kokurikulum ar201

26
Index PERKARA MUKASURAT PENGHARGAAN 2 PENGENALAN 3 SEJARAH TLDM 4-11 PERANAN TLDM 12 TANGGUNGJAWAB MARKAS DAN PANGKALAN UTAMA 13-14 ANGGOTA TLDM 15 ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT 16-18 LAMPIRAN 19-20 RUJUKAN 21 1

Upload: kogulan-subramaniam

Post on 09-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kokurikulum

TRANSCRIPT

KOKURIKULUM AR201

Index

PERKARAMUKASURAT

PENGHARGAAN2

PENGENALAN3

SEJARAH TLDM4-11

PERANAN TLDM12

TANGGUNGJAWAB MARKAS DAN PANGKALAN UTAMA13-14

ANGGOTA TLDM15

ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT16-18

LAMPIRAN19-20

RUJUKAN21

Penghargaan

Saya Kogulan a/l Subramaniam, 05DPE11F1060 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menyiapkan projek yang bertajuk Memahami Tentera Laut Diraja Malaysia. Pertama sekali saya ingin memanjangkan kesyukuran saya kepada tuhan kerana telah mengurniakan kebolehan dan semangat yang kental dalam menyiapkan kerja ini.Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Mohd Hazry. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar yang boleh dijadikan panduan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, idea dan cadangan yang telah diberikan oleh beliau amatlah berguna dan dapat digunakan semasa membuat tugasan ini. Selain pensyarah, saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada senior, yang memberi semangat dan sokongan positif.Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya yang telah banyak membantu saya. Walaupun mereka sangat sibuk dengan tugasan yang sama, tetapi mereka tetap sanggup menyumbangkan idea dan tenaga untuk saya. Selain itu, mereka juga tidak pernah mengeluh apabila saya bertanya soalan kepada mereka.

Pengenalan

Tentera Laut Diraja Malaysiaatau lebih dikenali dengan singkatannya,TLDM, merupakan salah satu cabangAngkatan Tentera Malaysiadan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860km persegi) merangkumi kawasan pesisiran danZon Ekonomi Eksklusif(ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara sepertiSelat MelakadanSelat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairanSpratly. Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang berterusan diTeluk Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negaraASEANdan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini. Dengan kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih masih memerlukan penambahan platform dan kapal-kapal lain untuk beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.Penubuhan PLAS(TLDM)

PLAS (TLDM) adalah singkatan untuk PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA. Ia telah ditubuhkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (dulu dikenali sebagai Politeknik Shah Alam) sejak Mei 1999 (intake 1). Ia adalah sub unit kepada Pasukan Simpanan Sukarela (PSSTLDM) yang ditubuhkan melalui KD SRI KLANG.Apa yang membanggakan ialah ianya merupakan yang pertama dalam sejarah penubuhan PLAS di politeknik di seluruh Malaysia.Pengambilan dilakukan setahun sekali dan pengambilan adalah 40 pada satu-satu masa. Setiap orang yang ingin menyertai pasukan ini mestilah melalui beberapa prosedur. Antaranya ialah menjalani latihan fizikal (fitness)/ uji cergas (UC), pemeriksaan kesihatan (medical check up) dan temuduga (interview). Iklan dan promosi pengambilan akan dilakukan di setiap jabatan di Politeknik Shah Alam dan juga laman web ini (plaspsa.cjb.net). Sehingga kini jumlah PLASTLDM PSA sudah melebihi dari 70 orang. Ianya adalah jumlah ahli dari pengambilan ketiga (intake 3) dan keempat (intake 4).Apa yang diharapkan oleh pegawai latihan adalah komitmen para ahli pasukan untuk menjayakan dan menyertai segala aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, diharap pasukan ini bersatu dalam melakukan sebarang aktiviti tanpa mengira pangkat dan umur.

Sejarah PLAS

PLAS (TLDM) PSA telah ditubuhkan sejak bulan Mei tahun 1999 lagi. Pada masa itu pengambilan pertama dilakukan seramai 40 orang. Kini, pengambilan sudah mencapai sehingga pengambilan yang kelima. Memandangkan PLAS ialah satu unit yang baru dan ianya adalah sebahagian daripada PSS, maka politeknik hanya memegang pangkat 'Lain-lain Pangkat' (LLP).Terdapat 2 lagi politeknik yang telah menubuhkan PLAS(TLDM) selepas PSA iaitu Politeknik Johor Bahru dan Politeknik Kuching. Politeknik Johor Bahru telah menubuhkan PLAS pada tahun 2001, diikuti Politeknik Kuching pada tahun 2002. Selain itu IKM juga akan menubuhkan PLAS.Kemasukan pada setiap pengambilan adalah 40 orang yang layak selepas menjalani beberapa prosedur pengambilan. Di Politeknik Shah Alam, pengambilan adalah terdiri daripada pelajar diploma. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan untuk menamatkan latihan mengambil masa lebih kurang 3 tahun.

Sejarah Tentera Laut Diraja MalaysiaTENTERA LAUT SIMPANAN SUKARELAWAN NEGERI SELATSejarah Tentera Laut Diraja Malaysia boleh bermula dengan pembentukanTentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat (TLSSNS) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial BritishNegeri-negeri Selatpada 27 April 1934 diSingapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantuTentera Laut Diraja Britishmempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan politik di Asia di manaEmpayar Jepunsedang meluaskan kuasa dan pengaruhnya. Pembentukan sebuah cawangan diPulau Pinangmenyaksikan berkembangnya TLSSNS.Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi (Admiralty)Royal Navytelah menghadiahkan TLSSNS diSingapuradengan sebuah kapalkorvetkelasFlower, HMSLaburnumuntuk berkhidmat sebagai kapal utama dan kapal latihan TLSSNS. Kapal ini telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMSLaburnummalangnya telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktuPerang Dunia Kedua.Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengambilan rekrut bagi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan unit- unit Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit dalamRoyal Navy Malay Section, juga dipanggilRoyal Malay NavyataupunMalay Navydengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Pasukan ini telah menjalani latihan di HMS Pelandok, Sembawang,di Singapura. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan ditugaskan bersama-sama dibawah panji-panji Royal Navy.Laskar-laskar Malay Navy terlibat bersama Royal Navy di medan operasi diLautan HindidanLautan Pasifikdan sebilangan mereka terkorban ketika ini. Ramai juga yang telah berkhidmat dengan cemerlang, antaranya ialahAble SeamanRamli Mohd Said yang telah dianugerahkan pingatPacific Staroleh kerajaan British. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya sekitar 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, pasukan Malay Navy yang kecil ini telahpun dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

ERA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUAPada 24 Disember 1948,Daruratdiisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingan tentera laut bagi membendung ancaman komunis, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini digelarMalayan Naval Forces,MNF. Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan Malayan Naval Forces yang berpangkalan di HMS Malaya, Woodlands, Singapura.Misi utama MNF ialah mengawasi pesisir pantai Tanah Melayu bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah frigat kelas River HMSTestyang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapalminelayerbekas tentera Jepun, juga dinamakan HMSLaburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo HMS Simbang, dan beberapa kapal kecil lagi.Pada bulan Ogos 1952,Ratu Elizabeth IItelah mengurniakan gelaran Diraja kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagaiTentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy)di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang ketika Darurat. Kapal-kapal TLDM kini mempunyai imbuhan HMMS:Her Majesty's Malayan Shipsebelum namanya.

ERA KEMERDEKAAN DAN SELEPAS MERDEKAERA KEMERDEKAAN DAN SELEPAS MERDEKATentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaanPersekutuan Tanah Melayupada 12 Julai 1958[1]. Penaikanpanji Tentera Laut Persekutuansecara rasminya menandakan TLDM memikul tanggungjawab untuk mempertahankan perairan persekutuan. TLDM memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat diHMS Malayadan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelasHam, dan 7 buah kapal ronda.Pada 16 September 1963, TLDM dinamakan sebagaiTentera Laut Diraja Malaysia(juga sebagai TLDM) setelahpembentukan Malaysia.Kekuatan TLDM bertambah secara beransur-ansur setelah Malaysia dibentuk. 18 buah bot ronda kelas Keris telah ditempah dari firma Vosper, dan bot-bot ini membentuk kekuatan pengawasan TLDM untuk tahun-tahun akan datang. Bot sepanjang 103 kaki ini berfungsi dengan enjin disel dengan kelajuan maksima 27 knot. Walau bagaimanapun, bot kelas Keris hanya dihadkan sebagai bot peronda pesisir pantai kerana mempunyai ketahanan operasi yang rendah.Selepas itu, kekuatan berperang TLDM bertambah dengan pembelian bot serang laju kelasBravedari firma Vosper sebanyak 4 buah. Kapal ini juga dikenali sebagi kelas Perkasa dan dibina khas untuk TLDM dalam limbungan Vosper Thorneycroft pada tahun 1967. Kapal serang laju Perkasa ini dilengkapkan dengan empat torpedo 21, sebuah meriam Bofors 40mm, dan satu meriam 20mm di bahagian buritan. Perkasa mempunyai kelajuan sehingga 54 knots (100km/jam).TLDM mendapat sebuah lagi kapal apabila Royal Navy memindahkan frigat kelasLochHMSLoch Insh(K433) kepada TLDM pada tahun 1964.Loch Inshdinamakan semula sebagaiKD Hang Tuah(F433). SemasaKonfrontasi,KD Hang Tuah mengambil alih tugas pengawalan di perairan Tawau, Sabah dariHMASYarra. KD Hang Tuah berkhidmat dalam armada TLDM sehinggalah kapal ini dilucutkan tauliah pada tahun 1970 dan dilupuskan.Pada tahun 1977 pula TLDM memperoleh frigat HMSMermaiddari Royal Navy bagi menggantikan Hang Tuah yang tidak lagi berkhidmat. Kapal ini juga dinamakan Hang Tuah, (F72)KD Hang Tuah. Hang Tuah merupakan sebuah frigat seberat 2,300 tan bersenjatakan meriam berkembar 102mm. KD Hang Tuah masih berkhidmat kini menjadi kapal latihan.KD Rahmat(F24) menyertai armada TLDM pada tahun 1972. Kapal frigat ringan seberat 2,300 tan ini merupakan antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. Pada awalnya Rahmat dinamakan sebagai KD Hang Jebat, namun disebabkan masalah sewaktu ujian pentauliahan, kapal ini dinamakan sebagai KD Rahmat. KD Rahmat merupakan kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem misil anti udara iaituSea Cat, Rahmat telah dilucutkan tauliah pada tahun 2004.TLDM membeli lagi beberapa jenis bot serang laju peluru berpandu diantara tahun 70an-80an. Bot-bot ini adalah 4 buah kelas Combattante II yang dibeli dari Perancis, dan 4 buah kelas Spica M dari Sweden. Kedua-dua kelas ini dilengkapkan dengan misil Exocet MM38. TLDM turut memperoleh 2 buahOffshore Patrol Vessel(OPV) kelas Musytari seberat 1,300 tan rekaan Korea Selatan.Keperluan menghantar tentera dan peralatan melalui jalan laut (military sealift) turut dipenuhi apabila TLDM membeli kapal-kapalLanding Ship Tank, LST dariAmerika Syarikat. Kapal- kapal yang dibeli adalah KD Sri Banggi (A1501), bekas USSHenry County, KD Raja Jarom (A1502), bekas USSSedgwick County,KD Sri Inderapura(A1505), bekas USSSpartanburg County. Kebolehan tambahan turut diperoleh dan disediakan dengan 2 kapal sokongan pelbagai fungsi seberat 4,300 tan, 100 meterKD Sri Indera Sakti(A1503) danKD Mahawangsa(A1504).Keupayaan menangani ancaman periuk api disediakan oleh 4 kapalminehunterkelas Mahamiru. Kapal-kapal ini juga dikenali kapal penyapu ranjau kelasLerici. Tugas hydrografi diserahkan kepadaKD PerantaudanKD Mutiara.Sejumlah kapal TLDM telah dilucutkan tauliah dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). APMM telah menerima 17 buah kapal dari armada TLDM dengan pemindahan secarahot transferuntuk perkhidmatan APMM. 6 buah kapal diserah kepada APMM pada Ogos 2005 dan 7 lagi pada Januari 2006.

PERMODENANPEMODENANBermula dengan perolehan dua buah korvetkelas Kasturi, iaitu KD Kasturi dan KD Lekir pada tahun 1983/84 TLDM mengorak langkah menuju era pemodenannya. Kapal seberat 1,500 tan (1850 tan berat penuh) ini asalnya bersenjatakan misil Exocet MM38 dan mampu menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana. Kapal- kapal ini bagaimanapun tidak dilengkapi hangar dan dan sistem anti udara yang berkemampuan tinggi. Seterusnya, 4 buah korvetkelas Laksamanatelah dibeli dari Itali . Kapal ini pada asalnya dibina untuk Iraq sebagai korvet kelasAssad, namun ia tidak diserahkan atas sekatan antarabangsa ke atasnya selepasPerang Teluk.Penambahan aset seterusnya kepada armada TLDM ialah dua buah frigatkelas Lekiuyang berdasarkan rekaan model Yarrow F2000, yang telah dibina di Scotstoun, Glasgow dan diserahkan pada tahun 1994/95. Ketika dilancarkan, kapal-kapal ini dianggap yang termoden di Asia. Kapal frigat seberat 2,270 tan (berat penuh)ini bersenjatakanpeluru berpandu permukaan ke permukaan, (SSM) Exocet MM40 Block II danpeluru berpandu anti udara Sea Wolfsistem lancaran tegak (VLS). Bagi tugas anti kapal selam torpedo Whitehead 324mm mampu dilancarkan dari sistem B515. Kapal-kapal kelas ini juga berupaya membawa dan menyokong operasi sebuah helikopterSuper Lynx 300.

ASET UDARA TLDMASET UDARA TLDMWalaupun tidak sepertiTentera Laut Diraja Thailand, mempunyai dan mengoperasikan kapal pengangkut pesawat, namun TLDM tetap memerlukan cawangan udaranya sendiri. TLDM telah membeli 6 buahhelikopterWestland Super Lynxuntuk kapal-kapal utama dalam armadanya dan beroperasi sebagai Skuadron 501. HelikopterAS 555 Fennecsberoperasi sebagai Skuadron 502. Manakala helikopter Wasp Westland tidak lagi berkhidmat dalam pasukan udara TLDM. Tempahan 6 buah helikopter Augusta Westland Super Lynx 300 dijangka memenuhi keperluan helikopter dalam pasukan udara TLDM. Helikopter jenis Super Lynx juga ditugaskan bersama skuadron frigat iaitu KD Jebat (29) dan KD Lekiu (30).Panglima Tentera Lautyang baruDatuk Abdul Aziz Jaafar, secara terbuka memaklumkan hasrat TLDM untuk memperolehi 6 buah lagi helikopter khusus untuk peranan anti kapal selam. Beliau berkata dalam temubual pada bulan April 2008,helikoptermerupakan alternatif yang lebih kos efektif berbanding pembelian kapal permukaan. Beliau juga tidak menolak ianya dipertimbangkan dalamRancangan Malaysia Kesepuluh(RMK-10) nanti.

PERANAN TLDMPERANAN TLDMPeranan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pada masa aman dan juga di masa darurat, dan juga masa peperangan. Pertama sekali saya akan membincangkan tentang peranan TLDM di masa aman. Mereka berperanan untuk menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi. Selain itu, di masa aman mereka juga berperanan untuk menyekat kemasukan bot-bot nelayan secara haram di kawasan perairan Malaysia. Pasukan TLDM juga akan menyelidik dan menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia. Mereka juga akan memberi bantuan kepada anggota awam terutama sekali penduduk di pulau-pulau seperti prubatan, keselamatan, makanan, dan lain-lain lagi. Peranan mereka yang paling penting adalah untuk mengawal keselamatan kawasan perairan sekitar Malaysia dan laluan masuk ke Negara kita daripada ancaman lanun.Di masa darurat pula, peranan-peranan TLDM, mereka berperanan untuk mencegah kemasukan senjata-senjata haram yang dibawa dari luar negeri serta menghapuskan anasir-anasir subversif. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat pertahanan dan serangan yang boleh mengancam keamanan Negara dari kawasan perairan. Mereka juga harus memastikan peraturan pecahan dan undang-undang laut berjalan dengan lancer. Antara peraturan yang menjadi keutamaan tentera-tentara laut ialah, mencegah kemasukkan bot-bot penyeludupan dan menjaga keselamatan perahu nelayan. Selain itu peraturan lain yang harus menjadi keutaman ialah, mencegah kemasukkan warganegara asing secara haram dan menjalankan awasan di laut semasa perintah kawasan hitam diisytiharkan. Tambahan pula mereka juga berperanan untuk menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi. Mereka juga akan memberi bantuan kepada kapal penyarang untuk menyarang sesuatu kawasan dan juga member latihan ketenteraan untuk menambahkan pengecaman semua bahagian.Semasa berlaku peperangan mereka bertanggungjawab untuk membuat rondaan mencegah penyerapan dan menjalankan tugas-tugas menangkis periuk api. Tambahan pula, mereka juga akan memberi perlindungan kepada kapal dagang dan juga bersedia untuk memberi bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat. Mereka juga berperanan sebagai satu gerakan melawan musuh dari atas dan bawah air. Akhirnya, mereka juga menjalankan serangan mengejut terhadap pantai musuh dan melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air.

TANGGUNGJAWAB MARKAS ATAU PANGKALAN UTAMATANGGUNGJAWAB MARKAS DAN PANGKALAN UTAMA

Markas Tentera Laut, Kementah, Kuala Lumpur.Markas ini bertanggungjawab dalam aspek kecekapan, moral dan tatatertib, rancangan latihan-latihan mengawal gerakan tentera laut dan menentukan keselamatan yang kukuh dalam tentera laut. Department ini, juga bertanggungjawab dalam memelihara petahanan yang mengadakan rancangan keselamatan dalam Negara, rancangan kerjaya, pertukaran, kenaikan pangkat untuk anggota-anggota, menentukan kelicinan pentadbiran, penilaian pengutamaan kelengkapan TLDM, membuat syor berkaitan pakaian seragam dan lain-lain perkara ,mengikut arahan Majlis Angkatan Tentera. Markas Panglima Armada TLDM, Lumut, PerakMarkas ini pula bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas Wilayah Laut Satu dan Markas Laut Wilayah Dua, merancang dan menyelaras latihan ke lautan untk kapal-kapal TLDM, menentukan pangkalan dibawah naungan sentiasa mencapai kecekapan dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian serta memberi bantuan material dalam semua aspek teknikal. Markas Panglima Material Armanda, Lumut. PerakMarkas ini berperanan melaksanakan dasar- dasar yang disalurkan melalui Department Tentera Laut dan bertaggungjawab terhadap perancangan program bantuan material. Unit ini juga menentukan organisasi- organisasi bantuan material yang diwujudkan dibawah pemerintahan dan kawalan teknikal Panglima Material Armanda memberi bantuan yang berkesan. Beberapa unit telah ditubuhkan dibawah pemerintahannya. Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Pahang) & Markas Panglima Wilayah 2 (Labuan)Bertanggungjawab dalam menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin bagi kapal- kapal TLDM yang berada dibawah naungannya. Markas ini juga menentukan peralatan untuk kapal- kapal yang beroperasi.

PANGKAT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIAPANGKAT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

PANGKATLENCANA

LAKSAMANA

LAKSAMANA MADYA

LAKSAMANA MUDA

LAKSAMANA PERTAMA

KAPTEN TLDM

KOMANDER TLDM

LEFTENAN KOMANDER TLDM

LEFTENAN TLDM

LEFTENAN DYA TLDM

LEFTENAN MUDA TLDM

ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKATPANGKAT ANGGOTA LAIN-LAINTLDMTDMTUDM

Pegawai Waran 1(warrant officer 1)Pegawai Waran 1Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 2(Warrant Officer 2)Pegawai Waran 2Pegawai Waran 2

Bintara Kanan(chief Petty Officer)Staff SarjanFlight Sarjan

Bintara Muda(Petty Officer)SarjanSarjan (U)

Laksar Kanan(Leading Rate)KopralKopral (U)

Laksar Kelas 1( Able Rate)Lans kopralLaksar Kanan(U)

Laksar Kelas 2(Junior Able Rate)-Laksar Udara 1

Laksar Muda(Ordinary-COD)PrebetLaksar Udara 2

RekrutRekrutRekrut

PEGAWAI LAIN-LAINPEGAWAI LAIN-LAIN

PEGAWAILENCANA

PEGAWAI WARAN 1

PEGAWAI WARAN 2

BINTARA KANAN

BINTARA MUDA

LAKSAR KANAN

LAKSAR KELAS 1

LAKSAR KELAS 2

LAKSAR MUDA

LampiranTentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)

Panji (Ensign) TLDM

Aktif27 April 1934

NegaraMalaysia

KesetiaanSPBYang di-Pertuan Agong

JenisTentera laut

Keanggotaan14,000 anggota

SebahagiandariAngkatan Tentera Malaysia

Markas/Ibu pejabatMarkas Tentera Laut, Kementerian PertahananMarkas Armada, Lumut

MottoSedia Berkorban

Ulang tahun27 April

Perang/pertempuranPerang Dunia KeduaDaruratKonfrontasi Indonesia-Malaysia

Komander

Panglima Tentera LautLaksamanaTan Sri Abdul Aziz Jaafar

Timbalan Panglima Tentera LautLaksamana MadyaDato' Wira Haji Mohammed Noordin Ali

Panglima ArmadaLaksamana MadyaDato' Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

Tanda kebesaran

Simbolidentifikasi

KD Perak, kapal ketiga dalam kelas Kedah. Model bac Kedua NGPV ketika pameran Helikopter Fennecskuadron 502

RUJUKAN

www.wikipedia.com/sejarahtldm

www.Royal Malaysia Navy.mil.my

2