penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan … bin jemaan.tp.pdf · penglibatan pelajar sekolah...

48
PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN BAKRI MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI MASRIF BIN JEMAAN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

46 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN BAKRI

MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN

KECERDASAN EMOSI

MASRIF BIN JEMAAN

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN BAKRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI

SESI PENGAJIAN : 2010/2013

Saya MASRIF BIN JEMAAN (MP101630) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : No115, JLN MURNI 10, PROF.MADYA DR. HAMDAN MD.SAID

TAMAN PUTERA MURNI 84000 MUAR JOHOR

Tarikh : 28 JANUARI 2013 Tarikh :

Page 3: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : PROF MADYA DR HAMDAN BIN SAID

TARIKH : ..........................................

Page 4: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN

BAKRI MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KECERDASAN EMOSI

MASRIF BIN JEMAAN

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2013

Page 5: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda Tangan :...........................................

Nama Penulis : MASRIF BIN JEMAAN

Tarikh : 28.01.2013

Page 6: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

iii

DEDIKASI saya yang tidak terhingga kepada :

“Ayahnda, bonda, isteri dan anak-anak tersayang yang banyak

membantu dan memberi sokongan “ semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa

melimpahi kita di dunia dan di akhirat”

Page 7: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Prof.

Madya Dr. Hamdan Said selaku penyelia kajian di atas bimbingan, nasihat, tunjuk

ajar dan dorongan sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi

Malaysia, teristimewa untuk Dr. M. Al-Muzammil Mohd Yassin, Dr. Lokman Tahir,

Dr. Khadijah Daud, Prof. Dr. Mohamed Najib Ghafar, Prof Madya Dr Abdul Rahim

Hamdan dan Prof Madya Dr. Yusof Boon yang telah mencurah ilmu tanpa mengira

penat lelah. Saya juga ingin meragkamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof.

Madya Dr. Hj. Mohd. Anuar Abdul Rahman, selaku penyelaras program atas segala

bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua, guru-

guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat atas sokongan dan

kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan (Pengurusan

dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bantuan, dorongan,

humor dan cerita yang telah menjadi rangsangan kepada saya sepanjang tempoh

program pengajian ini.

Page 8: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan pelajar di sekolah menengah

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi di sekolah-

sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Bakri Muar, Daerah Muar, Johor. Kajian

ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang selidik sebagai

instrumen untuk mendapatkan data. Pemilihan sampel secara rawak bertujuan telah

digunakan dan seramai 306 pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan

telah dipilih sebagai responden. Kajian ini juga meneliti hubungan antara

pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan antara pengetahuan kepentingan aktiviti

kokurikulum dengan faktor demografi respondan. Dapatan daripada kajian rintis

menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah masing-masing 0.968 .

Kesemua borang soal selidik yang lengkap telah dipulangkan. Data yang diperolehi

dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” ( SPSS )

versi 17.0 secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan dan secara

inferensi dalam bentuk ujian-t dan Pekali Korelasi Pearson. Dapatan kajian

menunjukkan min pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti adalah tinggi. Selain

itu, min penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah sederhana. Min tahap

kecerdasan emosi pelajar adalah tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian

Korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan kecerdasan emosi pada nilai

signifikan 0.000. Cadangan yang relevan berdasarkan dapatan kajian dikemukakan.

Page 9: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the relationship between students in

co-curricular activities and emotional intelligence in secondary schools in the area of

Parlimen Bakri, Muar, Johor. This study was carried out quantitatively using a

questionnaire as an instrument to collect data. Random sample selection aims were

used and a total of 306 form four students from secondary schools were selected as

respondents. The study also examines the relationship between knowledge of the

importance of co-curricular activities with student involvement in co-curricular

activities and knowledge of the importance of the relationship between co-curricular

activities and demographic factors of respondents. Findings from the pilot study

show Alpha Cronbach coefficient was respectively 0.968. All completed

questionnaires were returned. Data were analyzed using the software "Statistical

Package For Social Sciences" (SPSS) version 17.0 using descriptive in terms of

frequency, percentage and mean and inference in the form of t-test and Pearson

correlation coefficient. The results showed the mean knowledge of the importance of

the activity is high. In addition, the mean student involvement in co-curricular

activities is modest. Mean level of emotional intelligence is high. The t-test results

showed no significant difference in the level of student involvement in co-curricular

activities among male and female students. Based on Spearman correlation test

showed a significant relationship between the level of student involvement in co-

curricular activities with a significant value of emotional intelligence in 0000.

Relevant recommendations based on the findings presented

Page 10: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xviii

SENARAI RAJAH xxiii

SENARAI SIMBOL xxv

SENARAI LAMPIRAN xxvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Hipotesis Kajian 12

1.7 Kerangka Teori Dan Konsep 12

1.8 Kepentingan Kajian 14

1.9 Skop Kajian 16

1.10 Batasan Kajian 17

1.11 Definisi Istilah dan Operasi 17

1.11.1 Tahap Penglibatan 18

Page 11: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

viii

1.11.2 Aktiviti Kokurikulum 19

1.11.3 Kecerdasan Emosi (EQ) 19

1.11.4 Kesedaran Kendiri 20

1.11.5 Pengawalan Kendiri 21

1.11.6 Motivasi Kendiri 21

1.11.7 Empati 22

1.11.8 Kemahiran Sosial 22

1.12 Penutup 22

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 24

2.2 Latar Belakang Pendidikan 24

Kokurikulum

2.3 Konsep Aktiviti Kokurikulum 25

2.4 Matlamat Aktiviti Kokurikulum 27

2.5 Objektif Aktiviti Kokurikulum 27

2.6 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 28

2.6.1 Menyemai kesedaran kepada 29

Agama dan Kepercayaan kepada

Tuhan

2.6.2 Menyeimbangkan Perkembangan 30

Rohani, Jasmani, Intelek dan Emosi

2.6.3 Mengukuhkan Perpaduan dan 32

Kerjasama

2.6.4 Membina dan Meningkatkan Disiplin, 33

Minat dan Bakat

2.6.5 Mewujudkan Budaya Sekolah Sihat 35

dan Berwatak

2.7 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 36

2.8 Kecerdasan Emosi (EQ) 38

2.9 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara 40

Page 12: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

ix

2.10 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara 43

2.11 Penutup 47

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 51

3.2 Rekabentuk Kajian 51

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 52

3.4 Instrumen Kajian 54

3.4.1 Bahagian A - Maklumat Responden 55

3.4.2 Bahagian B - Pengetahuan Terhadap 55

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

3.4.3 Bahagian C - Penglibatan Pelajar 57

Dalam Aktiviti Kokurikulum

3.4.4 Bahagian D - Kecerdasan Emosi (EQ) 58

3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 59

3.6 Cara Pemarkatan 59

3.6.1 Skala Pengetahuan Kepentingan 60

Pengetahuan Dalam Aktiviti

Kokurikulum

3.6.2 Skala Penglibatan Pelajar dalam 61

Aktiviti Kokurikulum

3.6.3 Skala Kecerdasan Emosi (EQ) 63

3.7 Kajian Rintis 64

3.8 Analisis Data 65

3.8.1 Analisis Deskriptif 66

3.8.2 Analisis Inferensi 67

3.9 Takwim Kajian 69

3.10 Penutup 70

Page 13: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 73

4.2 Analisis Diskriptif Maklumat Diri 74

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 74

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 74

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 75

Pendidikan Ibu

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 76

Pendidikan Bapa

4.3 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 76

4.3.1 PengetahuanTerhadap Kepentingan

Aktiviti Kokurikulum dari Aspek Jasmani dan

Kesihatan 77

4.3.2 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti

Kokurikulum dari Aspek Kerohanian 79

4.3.3 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti

Kokurikulum dari Aspek Emosi 79

4.3.4 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti

Kokurikulum dari Aspek Emosi Intelek/

Akademik 82

4.4 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Ko-kurikulum 84

4.4.1 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum 84

4.4.2 Kekerapan JumlahMasa Melibatkan Diri Dalam

Aktiviti Kokurikulum 84

4.4.3 Jumlah Aktiviti Yang Disertai Dalam Aktiviti

Kokurikulum 86

4.4.5 Jumlah Jawatan Dipegang Dalam Aktiviti

Kokurikulum 87

Page 14: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xi

4.4.6 Menjalankan Tugas Dalam Aktiviti

Kokurikulum 88

4.4.7 Dalam Penilaian Aktiviti Kokurikulum 90

4.5 Kecerdasan Emosi 91

4.5.1 Kecerdasan Emosi Dari Segi Intrapersonal 91

4.5.1.1 Keputusan Keupayaan Mengenal

Emosi Kendiri 91

4.5.1.2 Keputusan Keupayaan Mengurus Emosi

Kendiri 94

4.5.1.3 Keputusan Motivasi Kendiri 98

4.5.2 Tahap Kecerdasan Emosi Dari Segi

Interpersonal 100

4.5.2.1 Keupayaan Mengendalikan

Hubungan Yang Berkesan 100

4.5.2.2 Keupayaan Mengenal Emosi Orang

Lain 103

4.5.2.3 Rumusan Analisis Tahap 107

Kecerdasan Emosi

4.6 Analisis Hubungan 108

4.6.1 Hubungan Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum Dengan Kecerdasan

Emosi Intrapersonal dan Interpersonal 109

4.6.2 Analisis Hubungan Antara Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Dengan Kecerdasan Emosi 119

4.7 Hubungan Antara Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum Dengan Pengetahuan

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 110

4.8 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Faktor

Page 15: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xii

Demografi 111

4.8.1 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Kokurikulum

Berdasarkan Faktor Jantina 111

4.8.2 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan

Faktor Kaum 112

4.8.3 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan

Pendidikan Ibu 114

4.8.4 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan

Tahap Pendidikan Bapa 115

4.9 Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar Berdasarkan

Faktor Demografi 116

4.9.1 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Berdasarkan Jantina 116

4.9.2 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Berdasarkan Faktor Kaum 117

4.9.3 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu 118

4.9.4 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

BerdasarkanTahap Pendidikan Bapa 120

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 122

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 122

5.2.1 Taburan Demografi Responden 123

5.2.2 Tahap PengetahuanTerhadap Kepentingan

Aktiviti Kokurikulum 124

Page 16: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xiii

5.2.3 Tahap PenglibatanPelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum 126

5.2.4 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 128

5.2.5 Hubungan Antara Tahap Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokorikulum

Dengan Tahap Kecerdasan Emosi

(Intrapersonal, Interpersonal) 128

5.2.6 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan

Kepentingan Aktiviti kokorikulum

Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum 130

5.2.7 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut Jantina 130

5.2.8 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut Kaum 132

5.2.9 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 133

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 134

5.4 Cadangan Tindakan 134

5.5 Kesimpulan 136

Rujukan 138

Lampiran

SENARAI JADUAL

Page 17: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xiv

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi Kajian 53

3.2 Penentuan Saiz Sampel, Krejcie dan 53

Morgan (1970)

3.3 Instrumen Pengetahuan Kepentingan 56

Aktiviti Kokurikulum

3.4 Skor jawapan soal selidik Bahagian B 56

3.5 Item-Item Penglibatan Pelajar Dalam 57

Kokurikulum

3.6 Item-Item Kecerdasan Emosi 58

3.7 Skor jawapan soal selidik Bahagian D 59

3.8 Tahap Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 60

Kokurikulum Min Tiga Skor

3.9 Pemarkatan item Positif dan Negatif Alat 60

Ukur Pengetahuan Terhadap Kepentingan

Aktiviti Kokurikulum

3.10 Kedudukan item-item positif dan negatif 61

bagi soal selidik Pengetahuan Kepentingan

Aktiviti Kokurikulum

3.11 Tahap Min Skor Penglibatan Pelajar 62

Dalam Aktiviti Kokurikulum

3.12 Tahap Skor Jawapan Penglibatan Pelajar 62

Dalam Aktiviti Kokurikulum

3.13 Tahap EQ berdasarkan min tiga skor 63

3.14 Pemarkatan item Positif dan Negatif

3.15 Kedudukan item-item positif dan negatif bag i 63

soal selidik Kecerdasan Emosi

3.16 Kaedah Penganalisisan Data 64

3.17 Interpretasi Kekuatan Sesuatu Hubungan 67

Berdasarkan Tafsiran

Page 18: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xv

3.18 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara 69

Dua Pembolehubah

3.19 Takwim Kajian 69

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 72

4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 73

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 74

Pendidikan Ibu

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 74

Pendidikan Bapa

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 76

Terhadap Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Aspek Jasmani dan Kesihatan

4.6 Taburan RespondenMengikut Pengetahuan 78

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek

Kerohanian

4.7 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 80

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek

Emosi

4.8 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 82

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek

Intelek Akademik

4.9 Taburan Responden Mengikut Jumlah Masa 84

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.10 Taburan Responden Mengikut Jumlah Aktiviti 85

Yang Disertai Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.11 Taburan Responden Mengikut Jumlah Jawatan 88

Yang Dipegang Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.12 Taburan Responden Mengikut Menjalankan 89

Tugas Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.13 Taburan Responden Mengikut Dari Aspek 91

Penilaian Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.14 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 93

Mengenal Emosi Kendiri

Page 19: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xvi

4.15 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 96

Mengurusm Emosi Kendiri

4.16 Taburan Responden Mengikut Motivasi 100

Kendiri

4.17 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 103

Keupayaan Mengendalikan Hubungan Yang

Berkesan

4.18 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 106

Mengenal Emosi Orang Lain

4.19 Tahap Kecerdasan Emosi Intrapersonal 109

4.20 Tahap Kecerdasan Emosi Interpersonal 110

4.21 Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal

dan Interpersonal)

4.22 Keputusan Ujian Korelasi Spearman 112

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum dengan Intrapersonal dan

Interpersonal

4.23 Keputusan Ujian Korelasi Spearman Bagi 112

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum dengan Kecerdasan

Emosi

4.24 Korelasi Hubungan Antara Pengetahuan 113

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dengan

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.25 Keputusan Ujian-T Perbezaan Penglibatan 115

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Mengikut Jantina

4.26 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 115

Penglibatan Aktiviti Kokurikulum

Mengikut Kaum

4.27 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 116

Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan

Pendidikan Ibu

4.28 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan Tahap 117

Page 20: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xvii

Penglibatan Aktiviti kokorikulum Berdasarkan

Pendidikan Bapa

4.29 Keputusan Ujian-T Perbezaan Kecerdasan 119

Emosi Mengikut Jantina

4.30 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 120

Kecerdasan Emosi Mengikut Kaum

4.31 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 121

Kecerdasan Emosi Berdasarkan

Tahap Pendidikan Ibu

4.32 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 122

Tahap Kecerdasan Emosi Berdasarkan

Tahap Pendidikan Bapa

5.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Kepentingan 126

Aktiviti Kokurikulum

5.2 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti 128

Kokurikulum

5.3 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 129

SENARAI RAJAH

Page 21: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xviii

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 13

2.1 Hubungan Di Antara 26

Kurikulum Dan Kokurikulum

2.2 Aliran ciri kecerdasan emosi 40

3.1 Reka Bentuk Kajian 50

DAFTAR SINGKAT

Page 22: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xix

EQ Emotional Qoutient (Kecerdasan Emosi)

Ho Hipotesis nol

IQ Intelligence Quotient (Kecerdasan Intelek)

IPT Institut Pengajian Tinggi

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

p Signifikan

S Setuju

SP Sisihan Piawai

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UIA Universiti Islam Antarabangsa

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UPM Universiti Putra Malaysia

% Peratus

SENARAI SIMBOL

Page 23: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xx

% - Peratus

r Pekali Kolerasi

f - Kekerapan

α - Alpha

df - Darjah Kebebasan

p - Nilai Signifikan

SENARAI LAMPIRAN

Page 24: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

xxi

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Nilai Analsis Data- Kajian Sebenar

C Analisis Data Korelasi Spearman

D Nilai Analisis Data- T-Test dan ANOVA

E Surat Kelulusan Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)

Page 25: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan

social yang dikemukakan oleh Thorndik pada tahun 1920an (Goleman, D. 1995).

Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk

kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner,

H (1982) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan

intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya.

(Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan oleh Goleman, D. (1998)

dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan

kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan

emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.

Kecerdasan emosi merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dalam

disiplin psikologi. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang

terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi

manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan

klinikal. Malah ia turut dilihat dalam pelbagai pespektif sains sosial dan kemanusiaan

seperti sosiologi, geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya. Pendek

kata emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai disiplin

pengetahuan. Justeru itu, tidak hairanlah menurut sebuah klise yang diungkapkan

Page 26: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

2

oleh Plato iaitu “emosi hanya dimiliki oleh manusia, namun tidak semua manusia

memiliki kemanusiaan”.

Bagaimanapun menurut Goleman, D. (1995), kejayaan seseorang individu,

secara keseluruhanya sebanyak 20% bergantung pada tahap Kecerdasan Intektual

(IQ), manakala sebanyak 80% bergantung kepada keberkesanan seseorang mengurus

dan mengawal emosi (EQ). Kecemerlangan akademik memainkan peranan untuk

mendapatkan sesuatu pekerjaan tetapi ianya tidak menjamin seseorang itu dapat

menunjukkan prestasi kerja yang baik. Goleman, D. (1998), juga menegaskan

bahawa individu yang cemerlang memiliki kelebihan berbanding dengan individu

lain dalam mengawal emosi. Mereka mampu melaksanakan tugasan yang sukar tanpa

bersungut dan rasa terbeban, boleh menjalinkan kerjasama sebagai satu pasukan

untuk mencapai matlamat hidup dan matlamat organisasi. Ringkasnya kecerdasan

emosi boleh mempengaruhi keupayaan individu untuk menguasai cabaran dan

tekanan dalam persekitaran.

Di peringkat Pendidikan Nasional pula, usaha kerajaan untuk menyediakan

tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbang kepada

pihak industri dijelmakan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara inti pati

falsafah tersebut ialah melahirkan individu yang seimbang daripada segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks inilah peranan kokurikulum sebagai

pelengkap kepada kurikulum memainkan peranannya. Ini kerana menerusi kurikulum

semata-mata adalah sukar untuk sesebuah institusi pendidikan melahirkan individu

yang seimbang secara sempurna. Intelligence Quotient (IQ) boleh dikembangkan

menerusi kurikulum tetapi Emotional Quotient (EQ) agak sukar dikembangkan

menerusi kurikulum, EQ lebih mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ

penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam alam persekolahan

tetapi EQ penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan

kehidupan sebenar (Tuan Ismail Tuan Soh, 1999). Peri pentingnya kokurikulum

dalam pembangunan diri individu dan melahirkan individu yang seimbang turut

disokong oleh Teng Bon Tong (1984) dan Vasudevan T. Arosoo (1988) yang

menyatakan antara keunikan kokurikulum ialah di dalamnya terkandung

pembangunan psikomotor (fizikal), kognitif (intelek) dan afektif (emosi dan rohani).

Yusoff Ismail (1993) pula menyatakan pelajaran dalam bilik darjah ialah asas

Page 27: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

3

pengetahuan tetapi perkembangan potensi diri individu adalah menerusi

kokurikulum. Sekiranya kita melihat aspek intelligence dalam ruang lingkup lebih

luas seperti diutarakan oleh Gardner (1982) menerusi konsep Multiple Intellegence

yang merangkumi kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik-logik, kecerdasan

ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik-fizikal, kecerdasan interpersonal dan

kecerdasan intrapersonal, maka peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada

kurikulum akan lebih diperlukan.

Sehubungan dengan itu, dunia pendidikan masa kini berhadapan dengan

cabaran untuk melahirkan generasi muda yang seimbang, harmonis, berilmu

pengetahuan, memiliki kecerdasan intelek serta kecerdasan emosi yang baik dalam

usaha merealisasikan aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun

2020. Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1987) yang memberi penekanan kepada aspek kecerdasan emosi sebagai

salah satu potensi individu yang ingin dikembangkan dalam sistem pendidikan di

Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan

wadah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya

serta alam sekeliling serta untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada

masyarakat melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai–nilai positif untuk

perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda akan datang. Bagi menghasilkan

satu sistem pendidikan seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada kedua-dua

aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan agar tahap kecerdasan

emosi pelajar dapat memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan

jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan

dan ketrampilan intelek.

Page 28: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

4

Sehubungan dengan itu kokurikulum adalah sangat penting dalam

menstabilkan emosi untuk merealisasikan konsep pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran merentasi kurikulum di mana ia merangkumi aktiviti pendidikan jasmani,

seni dan rekreasi, aktiviti sains dan teknologi serta aktiviti kumpulan dan sosial.

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2004), kegelisahan atau ketidakstabilan emosi

terjadi akibat kegagalan seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya

terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan

dan daya tahan seseorang pelajar berbeza, kegelisahan boleh menjadi penyakit yang

merbahaya dan menyebabkan penderitaan serta menjejaskan keharmonian hidup.

Maka kegelisahan ini perlulah diatasi dengan wajar agar mereka dapat meneruskan

hidup ini dengan ceria dan positif. Bagi Mohamed Alfian dan Mohamed Shariff

(2006) pula, kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah

laku atau kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami

kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya tetapi yang

membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup

bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang ini berupaya

memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan jasmani, menguatkan

keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi seterusnya kepada kemantapan

rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan pegangan kepada agama

yang dianuti. Proses pembinaan individu ini perlu berterusan dan menyeluruh tanpa

ada pemisahan antara kurikulum dan kokurikulum (Ab.Alim Abd Rahim, 1999).

Kini, kokurikulum dan tahap kecerdasan emosi telah menjadi keutamaan

dalam pendidikan. Kajian oleh Yusnizam, (2008) dalam Wong Huey Ling (2007),

mendapati, penglibatan dalam kokurikulum menggalakkan perkembangan

keseluruhan individu murid. Ia juga memudahkan pencapaian matlamat akademik

dan bukan akademik. Kokurikulum berupaya menghasilkan kesan positif seperti

membentuk keupayaan mengawal kehidupan sendiri, aspirasi pendidikan yang tinggi

dan mengurangkan masalah keciciran. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia begitu serius berusaha dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah

untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan

Page 29: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

5

peribadi unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara

kolektif dan bersepadu.

Persoalannya di sini, adakah pelajar-pelajar yang mempunyai tahap

kecerdasan emosi yang rendah turut dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang

mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Ini mungkin kerana mereka

mempunyai kurang daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, sentiasa

berfikiran negatif, sukar menjalinkan persahabatan dengan orang lain dan juga

terdorong untuk melakukan kegiatan jenayah yang kian berleluasa di Negara ini.

Sebagai bukti yang nyata, terpampang jelas didada-dada akhbar, yang menunjukkan

semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan rompakan,

perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan

perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami,

walhal untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi

pembelajaran mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan

masyarakat sekitar. Salah perilaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin

disebabkan mereka terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh

rakan sebaya, masalah kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap

kecerdasan emosi yang terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada

beberapa masalah tertentu, seterusnya menggugat prestasi akademik pelajar

berkenaan. Hasil daripada pendapat dan kajian tersebut, penyelidik cuba untuk

meninjau perkaitan hubungan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian

akademik pelajar.

Mohd. Najib Abd Ghafar (2007) menyatakan pendidikan seimbang

seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti

kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa

Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa

kecerdasan emosi generasi hari ini dapat melahirkan pemimpin masa depan. Apa

yang menarik untuk kita ketahui daripada kenyataan ini ialah sejauh manakah

generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa mereka kelak akan menjadi

pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan tanggungjawab kepimpinan kepada

masyarakat? Ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan

satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan

Page 30: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

6

objektif yang nyata (Faridah Karim, 1988) dalam kajian Wong Huey Ling (2007).

Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada pemburuan keputusan akademik

cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat pelajar yang aktif dalam

kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi akademik. Walau

bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim Yen Yen (1991) dalam

kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam pencapaian

akademik bagi pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum

dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran dan menghayati nilai-

nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai kemahiran dan kompetensi,

namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan penegasan yang sewajarnya

dalam mengimbangi antara kepentingan akademik dengan aktiviti kokurikum. Hasrat

untuk mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang

unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak

akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang lebih hanya

diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya diberikan

pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek kurikulum dan

kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh profesional dapat

dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran negara.

Menurut Adnan Sharif (1988) walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum

kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang

masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak

menghairankan jika programnya dilaksanakan secara ambil lewa sahaja dan aktiviti

dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran

akademik. Dapatan Adnan Sharif (1988) disokong oleh Abu Bakar Nordin (1991).

Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan pihak yang tidak memahami dan

tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila mereka merasakan

kokurikulum membuang masa pelajar, menggunakan wang yang banyak dan terlalu

banyak tanggungjawab. Pelaksanaan kokurikulum di universiti tidak begitu

mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak

terutamanya pengurusan mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil

bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat

Page 31: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

7

kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar menyakini bahawa kecenderungan

tenaga pengajar terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan

beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Menurut Azizah Nordin (1991), kokurikulum memberi ruang kepada pelajar

untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat menyemai,

memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan perasaan kekitaan

di kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya bersikap berdisiplin,

berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi (Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,1979). Asiah Abu

Samah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka tentang

keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena penglibatan

yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar berlaku kerana

kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam

aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan peluang pelajar

memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di kalangan pelajar.

Menurut Mohd.Nordin Mohd Nasir (1986), kecerdasan emosi yang tumbuh dalam

diri pelajar-pelajar akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran pelajar. Rasa

tanggungjawab menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah

dipengaruhi oleh kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri

dalam aktiviti kokurikulum, sikap-sikap dalam kemahiran generik ini akan dapat

disemai, disubur dan akhirnya dibentuk. Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata

kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung

di dalam pembentukan diri dan personaliti pelajar.

Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002) dan Sumarni Dahrir dan

Borhan Yusof (2002) pula menyatakan kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti

yang dapat mengembangkan kemahiran sosial, bercampur gaul, berhubung mesra,

personaliti positif, kepimpinan, kemasyarakatan dan sifat bertanggungjawab dan

akhirnya dapat membentuk pelajar yang mahir dalam perhubungan awam

(interpersonal). Ketua Unit Kokurikulum Mohd. Hanafi Majid menyatakan menerusi

kegiatan perkhemahan akademik di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat

mewujudkan ciri-ciri kemahiran generik seperti pembinaan sahsiah, kepimpinan,

akhlak mulia, membina potensi pelajar, jaya diri, yakin diri, disiplin, ketokohan, daya

Page 32: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

8

kepimpinan, amal muafakat, keprihatinan, budaya penerokaan ilmu pengetahuan dan

kemahiran berfikir kritis dan kreatif (Torek Sulong, 2001). Idea tersebut selari

dengan pandangan yang dikemukakan oleh Wan Abd. Aziz Wan Mohd. Akib, et al

(1999), yang berpendapat kegiatan kokurikulum yang efisien dapat melahirkan

lulusan universiti yang mempunyai personaliti kemesraan, personaliti keberanian,

personaliti disiplin diri, personaliti tahu tanggungjawab, personaliti kompromi,

personaliti dedikasi, personaliti berinovasi dan bermotivasi.

Sehubungan dengan konteks kokurikulum melahirkan pelajar yang

mempunyai motivasi, Ishak Othman dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002),

mengemukakan pandangan bahawa dalam kegiatan sukan, seseorang dapat

meningkatkan motivasi dalaman dan luaran. Selanjutnya Zainuddin Mohamad dan

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002), berpendapat bahawa dalam kegiatan sukan

terdapat faktor motivasi, proses latihan, kepuasan kendiri dan hidup, hubungan

personal dan pencapaian prestasi yang merupakan antara penentu imej kendiri positif

dan seterusnya melahirkan pemikiran positif serta menjamin pencapaian sesuatu

matlamat.

Omardin Ashari (1996) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang

diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat

pelajar untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan. Kokurikulum juga

dilihat sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak dicapai melalui

program pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja dapat melahirkan

pelajar yang berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terserlah. Semua ini

menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan dapat membentuk

personaliti pemimpin pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang mensasarkan beberapa

objektif yang boleh dicapai berhubungan dengan pembentukan daya kepimpinan di

kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang memberi peluang kepada pelajar

melibatkan diri dengan aktif, meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan

pemupukan nilai dengan sikap positif dan memupuk daya kepimpinan di kalangan

mereka. Secara umumnya kita menyedari bahawa daya kepimpinan dalam diri

seseorang tidak wujud secara semulajadi. Menyedari realiti ini pihak berwajib telah

Page 33: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

9

berusaha untuk menyemai dan menyuburkan pembentukan kecerdasan emosi

tersebut dalam aktiviti kokurikulum.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar yang cemerlang biasanya dikaitkan dengan tahap kecerdasan emosi

yang tinggi. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum, tahap kecerdasan emosi pelajar

dapat membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai

kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan

perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi; mengukuhkan perhubungan dan

pergaulan dalam kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan bakat;

membina dan meningkatkan disiplin; mewujudkan budaya sekolah yang sihat;

membina dan meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah berwatak telah

dilakukan melalui aktiviti kokurikulum.

Dalam kajian ini penyataan masalah yang hendak ditimbulkan ialah mengenal

pasti keberkesanan aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri iaitu tahap

kecerdasan emosi intrapersonal dan interpersonal dikalangan pelajar.

Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalamn aktiviti kokurikulum

berupaya membentuk kecerdasan emosi pelajar. Berdasarkan pendapat Salovey &

Mayer (1990) kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal dikategorikan

kepada lima domain utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi kendiri,

memotivasikan diri, empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan. Empati

dan mengendalikan hubungan yang berkesan adalah dikategorikan dalam kecerdasan

interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri, mengurus emosi dan

memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal. Oleh yang demikian,

kajian uni dijalankan untuk membuktikan terdapatnya hubungan antara penglibatan

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi pelajar.

Page 34: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

10

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat kecerdasan emosi pelajar dan

hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-

sekolah yang menjadi tempat kajian. Kajian ingin melihat bagaimana sumbangan

yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan

dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu meningkatkan

tahap kecerdasan emosi pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan terhadap kepentingan penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum

1.4.2 Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

1.4.3 Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan

Interpersonal)

1.4.4 Mengenalpasti perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap

kepentingan penglibatan dalam kokurikulum dengan tahap

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

1.4.5 Mengenalpasti hubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dengan tahap kecerdasan emosi.

1.4.6 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan faktor demografi ( (jantina, kaum, tahap pendidikan

ibu dan bapa).

1.4.7 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum, tahap

pendidikan ibu dan bapa).

Page 35: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

11

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang akan

dijalankan dan ianya bergantung kepada objektif kajian iaitu untuk mengetahuai

kecerdasan emosi pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Secara terperinci

persoalan kajian ialah:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan aktiviti

kokurikulum?

1.5.2 Apakah tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

1.5.3 Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan

interpersonal) ?

1.5.4 Apakah terdapat perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap

kepentingan aktiviti kokurikulum dengan tahap penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum?

1.5.5 Apakah tahap hubungan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan kecerdasan emosi ?

1.5.6 Apakah terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum berdasarkan faktor demografi demografi (jantina, kaum,

tahap pendidikan ibu dan bapa) ?

1.5.7 Apakah terdapat berbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan

faktor demografi (jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan bapa)?

Page 36: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

12

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menguji tiga hipotesis bagi melihat hubungan antara

pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan pelajar

dalam aktiviti ko-kurikulum..

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan

pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum dengan faktor kecerdasan emosi

pelajar

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor demografi

( jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa).

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor kecerdasan

emosi pelajar.

1.7 Kerangka Teori Dan Konsep

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah

menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan

kecerdasan emosi. Pengkaji ingin memperjelaskan bagaimana sumbangan yang dapat

dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan

permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform

Page 37: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

13

INTERPERSONAL 1. Mengendalikan

perhubungan berkesan

2. Mengenal emosi orang lain

Rajah 1.1: Kerangka Kajian

PERBEZAAN

AKTIVITI KOKURIKULUM

HUBUNGAN

EQ

Pembolehubah Bersandar I iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum merangkumi aspek dengan menilai jumlah masa melibatkan diri,

jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan

tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum. Pembolehubah Bersandar II merupakan

tahap kecerdasan emosi intrapersonal yang terdiri dari mengenal emosi kendiri,

mengurus emosi kendiri dan motivasi kendiri. Sementara dalam Interpersonal pula,

mengendalikan hubungan berkesan dan mengenal emosi orang lain.

Demografi

Jantina

Kaum Tahap Pendidikan Ibu dan bapa

Pembolehubah Bersandar I

INTRAPERSONAL 1. Mengenal emosi

kendiri 2. Mengurus emosi

kendiri 3. Motivasi kendiri

EQ

Pembolehubah

Bebas

Pembolehubah

Bersandar II

Page 38: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

14

1.8 Kepentingan Kajian

Kegiatan kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang daripada

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid

peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (BSSK 2009). Kepelbagaian persatuan yang

ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada matapelajaran yang diajar di sekolah, hobi

dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform serta apa-apa persatuan lain

yang diluluskan oleh pendaftar berserta kepelbagaian aktiviti yang berupaya

memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan disiplin dan perpaduan,

membina pengetahuan, minat dan bakat, membentuk sahsiah, mengukuhkan

pegangan keagamaan dan sebagainya.

Adalah diharap kajian tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungan dengan kecerdasan emosi pelajar dapat memberi kepentingan kepada;

i. Kepentingan Kepada Pelajar

Kajian ini dapat member maklumat mengenai pembentukan

kecerdasan emosi amat penting untuk memberi kesedaran kepada

pelajar-pelajar tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum, di mana dengan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum ianya dapat menyeimbangkan antara perkembangan

mental dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani;

menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan

kepada tuhan; membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-

murid dalam aktiviti yang diceburi dan seterusnya membina dan

meningkatkan displin pelajar.

ii. Kepentingan Kepada Sekolah

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah

untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti

Page 39: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

15

kokurikulum antaranya mewujudkan budaya sekolah yang sihat,

membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan

masyarakat; dan mewujudkan sekolah berwatak

iii. Kepentingan Kepada guru-guru Penasihat Kokurikulum

Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru

penasihat kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti

kokurikulum berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

iv. Kepentingan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan

penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum dan

objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar

Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang

seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

v. Kepentingan Kepada Penyelidikan

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada

penyelidikan mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi. Diharapkan

ia akan menenjadi salah satu bahan rujukan untuk penyelidik lain

yang berminat untuk membuat kajian lanjutan.

Page 40: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

16

1.9 Skop Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi pelajar. Lima faktor tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum telah dikaji. Faktor-faktor tersebut

adalah jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan

yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian aktiviti kokurikulum.

Berkaitan dengan hubungan dengan kecerdasan emosi pula, sejak kebelakangan ini

kajian berhubung dengan kecerdasan emosi mula mendapat perhatian daripada

pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian ilmiah sangat diperlukan untuk pengesahkan

kebenaran sesuatu fakta atau isu yang diketengahkan. Seperti yang diketahui topik

EQ mendapat perhatian menyeluruh disebabkan penghasilan buku oleh Goleman

pada tahun 1995 yang membincangkan peranan EQ dalam menentukan kejayaan

seseorang, dimana menurutnya tahap IQ yang tinggi bukanlah peramal mutlak

kepada kejayaan dalam hidup. Untuk melihat kecerdasan emosi di kalangan pelajar,

kajian ini memfokus kepada Secara umumnya EQ boleh dibahagikan kepada dua

bahagian utama, iaitu emosi perhubungan kendiri (Intrapersonal) dan emosi untuk

perhubungan dengan orang lain (Intrapersonal).

Intrapersonal boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mengenal emosi

kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri. Manakala

Intrapersonal pula boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu mengendalikan

perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Mohd. Najib Ghafar,

2002). , penulis telah menggunakan instrumen yang digunakan oleh Mohd Najib

Ghafar (2002) untuk melihat tahap kecerdasan emosi responden manakala instrumen

Wong Huey Ling (2007) telah diubah suai untuk melihat tahap dan hubungan

kokurikulum responden untuk memperjelaskan hasil kajian. Responden-responden

ini juga berbeza dari segi pencapaian akademik dan mereka dianggap terlibat dalam

aktiviti kokurikulum. Oleh itu hasil kajian tidak dapat menggambarkan secara

menyeluruh tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya

dengan kecerdasan emosi pelajar yang dilihat dari sudut interpersonal dan

intrapersonal di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

Page 41: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

17

1.10 Batasan kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 4 di enam buah

Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Parlimen Bakri di daerah Muar berkaitan

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan dengan kecerdasan

emosi di sekolah mereka. Pihak pentadbir tidak terlibat dalam kajian ini.

Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang

diedarkan kepada guru kaunseling di sekolah yang dijalankan kajian dan seterusnya

guru kaunseling akan memberi penerngan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat

yang dipilih secara rawak mudah tujuan kajian dijalankan. Maka, dapatan yang

diberikan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat adalah bergantung kepada keikhlasan

mereka semasa menjawab soal selidik yang dikemukakan.

Selain itu, kajian yang dijalankan hanya melibatkan ke atas pelajar tingkatan

4 kerana ianya tidak melibatkan kelas peperiksaan utama (SPM dan PMR). Selain

daripada itu pemilihan pelajar tingkatan empat dianggap mereka sudah matang dan

faham akan tujuan kajian. Kajian ini juga tidak melibatkan guru-guru di sekolah

menengah.

1.11 Definisi Istilah dan Operasi

Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan bagi menjelaskan

maksud aktiviti kokurikulum dan kecerdasan emosi (Intrapersonal dan

Interpersonal).

Page 42: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

18

1.10.1 Tahap Penglibatan

Astin (1984) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman

kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu:

i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi

dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.

ii. Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap

penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun

dalam aktiviti yang sama.

ii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh

mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur

secara kuantitatif dan kualitatif.

iv. Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan

dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan

kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar.

Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dilihat

dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah

jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti

kokurikulum. Mashitah Ghazali (1994) dalam kajiannya telah menetapkan kriteria

pelajar aktif sebagai pelajar yang menjadi ahli biasa atau memegang tidak lebih

daripada dua jawatan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dari

tingkatan dua hingga kini sama ada dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan

dan kelab, dan badan beruniform. Kriteria yang ditetapkan sebagai pelajar sangat

aktif pula ialah pelajar yang memegang jawatan penting seperti pengerusi, ketua

pasukan, setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum.

Pelajar-pelajar ini mungkin memegang lebih daripada empat jawatan penting tidak

kira sama ada jawatan dalam mana-mana bidang aktiviti kokurikulum.

Page 43: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

19

1.10.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan

murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia dianggap sebagai sebahagian

daripada kursus pendidikan murid di sekolah (Warta Kerajaan, 1998). Kokurikulum

adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai

pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan

dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,

kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara, dan

sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya

(Ramlan, 2002).

Collins (1973 dalam Abdullah, 2004) merumuskan bahawa apa jua aktiviti

selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap

sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama

ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal. Menurut Mohd. Najib

Ghafar (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi

perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan

tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat,

sosial, jasmani, dan rohani.

Aktiviti kurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi

yang berikut:

i. Penyertaan dalam sukan dan permainan;

ii. Penyertaan dalam persatuan dan kelab;

ii. Penyertaan dalam badan beruniform; dan

iv. Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh

Menteri (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan,

1997).

Page 44: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

20

Secara amnya aktiviti kokurikulum adalah merujuk kepada aktiviti yang

dilakukan di luar waktu pembelajaran formal walaupun hakikatnya guru boleh

menjalankan aktiviti ini dalam waktu formal.

1.10.3 Kecerdasan Emosi (EQ)

Menurut Kamus Dewan (1999), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal

untuk berfikir dan mengerti. Emosi pula membawa maksud perasaan atau jiwa yang

kuat seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain. Kecerdasan emosi adalah konsep

kecerdasan yang luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan

dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan intelektual. Konsep

kecerdasan emosi mengikut Mayer dan Salovey (1997) bermaksud satu bentuk

kebolehan memantau dan meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain, dapat

membezakan antara keduanya dan boleh menguruskan maklumat itu untuk mengarah

pemikiran dan tindakannya. Dalam konteks kajian ini, kecerdasan emosi difokuskan

kepada lima komponen iaitu Kesedaran Kendiri, Pengawalan Kendiri, Motivasi

Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial. Lima komponen kecerdasan emosi ini adalah

merujuk kepada lima faktor atribusi kecerdasan emosi seperti yang disarankan oleh

Goleman (1999).

1.10.4 Kesedaran Kendiri (self-awareness)

Konsep kesedaran kendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan)

dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu membuat

keputusan yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung

ia juga membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik.

Individu yang memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan

Page 45: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

21

kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang

lain dan bersedia untuk belajar dari pengalaman yang dilalui (Goleman, 1999).

Dalam kajian ini, definisi operasi kesedaran kendiri diertikan sebagai keupayaan

pelajar untuk mengenali perasaan yang dialami olehnya. Selain itu, kesedaran kendiri

juga merujuk kepada kemampuan seseorang pelajar untuk menggendalikan emosi

dirinya dengan lebih baik.

1.10.5 Pengawalan Kendiri (self-regulation)

Pengawalan kendiri bererti mengawal emosi sendiri supaya tidak dicampur

adukkan dengan tugas dan tekanan emosi yang dihadapi. Pengawalan kendiri

sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat.

Keupayaan mengawal emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi

dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat

bebas daripada kitaran emosi yang kritikal (Goleman, 1999). Dalam konteks kajian

ini, definisi operasi pengawalan kendiri bermaksud kebolehan seseorang pelajar

untuk mengawal emosinya dan mengarah emosinya untuk berfikir sebelum

bertindak.

1.10.6 Motivasi Kendiri (self-motivation)

Konsep motivasi kendiri adalah merujuk kepada kecenderungan emosi yang

menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga memandu kita

mengambil inisitif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam

menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya

lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah

berputus asa (Goleman, 1999). Dalam kajian ini, motivasi kendiri adalah bermaksud

Page 46: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

22

kebolehan seseorang pelajar menggunakan dorongan dalaman dalam menggerakkan

diri sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat.

1.10.7 Empati (empathy)

Konsep empati adalah diertikan sebagai satu kebolehan untuk mengenali dan

memahami orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap

mereka. Manusia jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara

berterus terang. Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti

perubahan nada suara dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi

emosi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka

menguruskan situasi emosi ini. Perasaan empati ini akan memudahkan seseorang

individu menjalin perhubungan dengan individu lain (Goleman, 1999). Dalam

konteks kajian ini, definisi operasional empati diertikan sebagai keupayaan pelajar

untuk memahami perasaan orang lain serta meletakkan situasi orang lain dalam

situasi diri sendiri.

1.10.8 Kemahiran Sosial (social skill)

Kemahiran sosial bermakna kebolehan mengurus emosi orang lain dalam

perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial

serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan

kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan perbalahan

dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat diwujudkan.

Individu yang dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam

perhubungan sosialnya dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya

(Goleman, 1999). Dalam kajian ini, definisi operasi kemahiran sosial adalah merujuk

Page 47: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

23

kepada kebolehan pelajar berinteraksi dengan orang lain dalam suasana yang positif

dan produktif.

1.11 Penutup

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah diharap aktiviti

kokurikulum berupaya memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan

jasmani, menguatkan keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi

seterusnya kepada kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni

berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti. Proses pembinaan individu ini

perlu berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara kurikulum dan

kokurikulum (Ab.Alim, 2004, Tam Yeow Kwai, 2010) dan akhirnya dapat

membantu mempertingkatkan tahap kecerdasan emosi.

Kenyataan-kenyataan yang diberikan membuktikan dengan jelas bahawa

peranan EQ sememangnya penting di dalam diri seseorang individu. Justeru itu,

kesedaran terhadap peranan EQ sebagai penentu keupayaan hidup perlu ditetapkan di

dalam jiwa generasi hari ini. Maka pengkaji amat berharap kajian ini dapat memberi

manfaat kepada pembaca melalui maklumat-maklumat yang diperolehi sebagai

persediaan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks dan mencabar.

Oleh yang demikian, kajian yang akan dijalankan ini akan mengkaji tahap

hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

tahap kecerdasan emosi (EQ). Ini adalah kerana kecerdasan emosi merupakan suatu

kebangkitan diri seseorang terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu

benda atau keadaan yang dialami. Kecerdasan emosi akan membentuk nilai peribadi

seseorang dan juga akan membentuk nilai dikalangan masyarakat (Mohd. Najib

Ghafar, 2000).

Rumusannya, kokurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai satu

aktiviti pembelajaran sistematik dan terancang yang menyokong dan melengkapkan

Page 48: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN … Bin Jemaan.TP.pdf · penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan parlimen bakri muar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan

24

kurikulum dan dijalankan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah, sama ada pada

waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan serta diuruskan oleh organisasi

sekolah atau organisasi yang mendapat keizinan daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kokurikulum sewajarnya mempunyai kurikulumnya sendiri yang selari

dengan ajaran Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam

konteks melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek dan dimanifestasikan menerusi sukan, permainan, persatuan, kelab dan unit

beruniform yang dilaksanakan sama ada dalam lingkungan sekolah, dalam dan luar

sekolah dan antara sekolah.