pengaruh laman rangkaian sosial kepada gerakan islam

7
1 PENGARUH LAMAN RANGKAIAN SOSIAL KEPADA KEPADA GERAKAN ISLAM Oleh : Mohd Khairunnizam Mhd Supian [email protected] | gtalk | YM | facebook | Twitter | LinkedIn Pendahuluan Rangkaian sosial ( social network ) adalah suatu struktur sosial yang terdiri daripada individu atau organisasi yang dihubungkan antara satu sama lain berasaskan persamaan atau ikatan tertentu contohnya seperti persahabatan, hobi, karier, cara hidup, kepercayaan, perkongsian ilmu atau kedudukan. (sumber : Wikipedia) Tahukah anda bahawa Facebook, Youtube, Google, Blooger  merupakan laman web rangkaian sosial yang mendapat ranking tertinggi di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya? Sila rujuk fakta di bawah. Facebook Kini Laman Sosial Terpopular di Malaysia. Setelah sekian lama Friendster  menjadi laman sosial popular di dunia, kini takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook. Ranking Dunia Malaysia 1 Google Facebook 2 Facebook Google.com.my 3 Youtube Yahoo! 4 Yahoo! Google.com 5 Windows Live Youtube 6 Baidu.com Blogger 7 Wikipedia Windows Live 8 Blogger.com Wikepedia 9 MSN MSN 10 QQ Maybank2u.com.my 11 Twitter Wordpress 12 Yahoo.co.jp Mudah.my 13 Google India Twitter 14 Taobao.com The STAR online 15 Sina.com.cn Malaysiakini Sumber (http://www.alexa.com/topsites/global )   8/7/2010 Rangkaian sosial Internet bermula pada sekitar tahun 1970an dengan kemunculan BBS, AOL ( American Online ) and CompuServe and menawarkan perkhidmatan chatting menggunakan teks. Para pengguna dihubungkan kepada satu sistem pusat menggunakan modem. Dengan kemunculan Internet pada sekitar tahun 80an, ia semakin popular dengan keupayaan berkongsi fails dan berita dan berkembang dengan pantas dalam tahun 90an apabila Yahoo dan Amazon menjual barangan melalui I nternet. Laman rangkaian sosial benar-benar memberikan impak dengan kemunculan Friendster (www.Friendster.com) , rangkaian ‘kawan-kawan’  pada tahun 2002 dan hanya dalam masa setahun lebih ia telah berjaya menarik lebih 3  juta penguna berdaftar dan b egitu banyak minat pelaburan. Rangkaian social LinkedIn pula mengambil manaafaat daripada kesan Friendster  dengan berorientasikan hubungan diantara orang yang mempunyai minat dalam kerjaya dan perniagaan. Sehingga kini LinkedIn telah berjaya mengumpulkan 30 juta pengguna berdaftar.

Upload: nur-sadiqah-mohd-desa

Post on 14-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 1/7

1

PENGARUH LAMAN RANGKAIAN SOSIAL KEPADA KEPADA GERAKAN ISLAM

Oleh : Mohd Khairunnizam Mhd Supian

[email protected] | gtalk | YM | facebook | Twitter | LinkedIn

Pendahuluan

Rangkaian sosial (social network ) adalah suatu struktur sosial yang terdiri daripada individu atau organisasi yang

dihubungkan antara satu sama lain berasaskan persamaan atau ikatan tertentu contohnya seperti persahabatan,

hobi, karier, cara hidup, kepercayaan, perkongsian ilmu atau kedudukan. (sumber : Wikipedia)

Tahukah anda bahawa Facebook, Youtube, Google, Blooger  merupakan laman web rangkaian sosial yang

mendapat ranking tertinggi di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya? Sila rujuk fakta di bawah. Facebook Kini

Laman Sosial Terpopular di Malaysia. Setelah sekian lama Friendster  menjadi laman sosial popular di dunia, kini

takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook.

Ranking Dunia Malaysia

1 Google Facebook

2 Facebook Google.com.my

3 Youtube Yahoo!

4 Yahoo! Google.com

5 Windows Live Youtube

6 Baidu.com Blogger

7 Wikipedia Windows Live

8 Blogger.com Wikepedia

9 MSN MSN

10 QQ Maybank2u.com.my

11 Twitter Wordpress

12 Yahoo.co.jp Mudah.my

13 Google India Twitter

14 Taobao.com The STAR online

15 Sina.com.cn Malaysiakini

Sumber (http://www.alexa.com/topsites/global)  – 8/7/2010

Rangkaian sosial Internet bermula pada sekitar tahun 1970an dengan kemunculan BBS, AOL ( American Online) and

CompuServe and menawarkan perkhidmatan chatting menggunakan teks. Para pengguna dihubungkan kepada

satu sistem pusat menggunakan modem. Dengan kemunculan Internet pada sekitar tahun 80an, ia semakin

popular dengan keupayaan berkongsi fails dan berita dan berkembang dengan pantas dalam tahun 90an apabila

Yahoo dan Amazon menjual barangan melalui Internet.

Laman rangkaian sosial benar-benar memberikan impak dengan kemunculan Friendster (www.Friendster.com),

rangkaian ‘kawan-kawan’ pada tahun 2002 dan hanya dalam masa setahun lebih ia telah berjaya menarik lebih 3

 juta penguna berdaftar dan begitu banyak minat pelaburan.

Rangkaian social LinkedIn pula mengambil manaafaat daripada kesan Friendster dengan berorientasikan hubungan

diantara orang yang mempunyai minat dalam kerjaya dan perniagaan. Sehingga kini LinkedIn telah berjaya

mengumpulkan 30 juta pengguna berdaftar.

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 2/7

2

Myspace pula melangkah ke depan dengan menawarkan konsep kehidupan atas talian bagi golongan muda

dengan membolehkan perkongsian muzik, video, permainan dan menghidupkan komunikasi maya dan menjadikan

manusia ketagih.

Twitter, diasasakan dalam tahun 2006 pula lebih kepada perhubungan pantas perkumpulan secara adhoc atau

sampaikan berita secara pantas. Ia dikatakan menggabungkan fenomena SMS dan hubungan kumpulan social.

Blogger.com yang sebelumnya dikendalikan oleh Pyra Labs telah dibeli Google dalam tahun 2003 yang

kemudiannya turut membeli Picasa dalam tahun 2004. Blogger mempunyai enjin archive, post, comment tersedia

untuk digunakan.

Facebook  dilancarkan dalam tahun 2004 dan menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan

lebih 150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap

hari. Faceebook diasaskan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Harvard dan menjadi laman web kampus sehingga

dibuka kepada orang-ramai pada tahun 2006. Ia dilihat begitu berjaya kerana mempromosikan kejujuran dan

keterbukaan kepada peminatnya. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun

2008. Pengguna hanya perlu menjadi diri sendiri dan bebas menyatakan suara hati, aktiviti dan pendirian masing-

masing.

Benarkan pengasas Facebook adalah Yahudi? Fakta berikut tidak dapat dinafikan:-

1.  Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan

dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Mark Zuckerberg semasa menuntut di

Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para

pelajar tanpa kebenaran mereka.

2.  Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tok oh sebagai antara ‘tokoh

paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

3.  Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerikadaripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu

termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi

sebanyak USD 1.5 billion.

4.  Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan

persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat sekolahtinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk

menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang

profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 3/7

3

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC,

Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith

International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjungFacebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan

besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam

di Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Sumber : http://www.digitaltrends.com/features/the-history-of-social-networking/ 

Sumber : http://gigaom.com/2009/02/01/a-brief-history-of-twitter/ 

Malaysia sendiri mempunyai beberapa laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, seperti

Ikon.my, friends2u dan juga Connection, namun ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan.

Faktor populariti rangkaian sosial Internet

Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa

mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat

yang menjadi trend pada masa kini. Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan

dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Secara umumnya, kita boleh menyimpulkan rangkaian sosial internet begitu mendapat tempat kerana faktor-

faktor berikut:-

1.  Faktor kejayaan teknologi Internet. Sejak diperkenalkan kepada masyarakat dunia dalam tahun 80an,

Internet menjadi begitu Berjaya sehingga tidak diketahui berapa sebenarnya jumlah pengguna Internet di

dunia.

2.  Cara hidup masa kini yang berorientasikan hiburan yang dipengaruhi cara hidup barat. Rata-rata manusia

yang kekosongan jiwa mencari jalan menenangkan fikiran dan menghilangkan stress bekerja dengan

bersosial dan bergosip sambil mendengar muzik, menonton video dan membelek gambar-gambar idola

(biasanya artis). Ia menjadi alternatif kepada orang yang anti-sosial yang tidak gemar ke tempat hiburan

untuk bersosial.

3.  Tempat orang muda (Generasi Y  – yang lahir tahun 80an) bergaul dengan rakan-rakan dan mencari

teman. Memiliki akaun facebook adalah satu perkara yang wajib. Golongan ini menjadi ketagih kepada

facebook dan menghabiskan masa di depan computer sehingga 12 jam sehari.

4.  Medan bagi Generasi X - untuk bersosial dengan kenalan lama, kenalan baru, saudara-mara, dan dengan

mereka yang mempunyai hobi yang sama. Perkongsian maklumat melalui imej, video, chatting, suara

5.  Medan perniagaan untuk promosi barangan kerana ia dikunjungi ramai.

6.  Laman rangkaian sosial juga telah mula digunakan oleh organisasi untuk menyampaikan maklumat,

ideology, mencari peminat, mencari ahli seterusnya mencari penggerak.

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 4/7

4

7.  Tempat melakukan jenayah (ancaman, penipuan, penculikan, pencerobohan)

8.  Pencarian maklumat individu/organisasi

9.  Munculnya perkakasan telapak yang menyediakan aplikasi dipermudahkan untuk mengakses laman

rangakaian sosial di mana penggunanya boleh sentiasa terhubung. (always on, connected and reachable 

at anywhere, anytime and anyway )

Cabaran/Ancaman Laman Rangkaian sosial kepada Islam

Tidak dinafikan laman rangkaian sosial mengundangkan banyak kesan negative terutamanya kepada Islam

walaupun dipercayai penganut Islam antara pengguna terbesarnya. Antara kes yang pernah dilaporkan adalah:-

Kes 1 : Masalah sosial dikalangan remaja

27/2/2010. Seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki

yang dikenali melalui Facebook. Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang

ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah

stesen televisyen. Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskankerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak

diapa-apakan.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.h

tm 

Kes 2: Penyebaran sentimen anti Islam

20/5/2010. Satu ruangan (pages) bertajuk ‘Everybody Draw Mohammed Day ’ telah dibuka oleh seorang kartunis

AS bernama Molly Norris yang bertujuan menunjukkan sokongan kepada sitcom animasi Amerika. Ruangan

tersebut mengajak orang ramai melukis kartun Nabi Muhammad yang telah menarik peminat seramai 81,306. Ia

telah mengundang kemarahan masyarakat Islam melalui ruangan dan juga kumpulan (groups) yang bejaya

mengumpulkan lebih 100 ribu peminat dan ahli. Akhirnya Norris telah menyatakan kekesalan dan membuang

ruangan tersebut daripada facebook. 

Kes 3 : Mengancam hak beribadat orang Islam

16/6/2010. Satu kumpulan dalam Facebook di Perancis telah menganjurkan satu majlis anti Islam bertemakan

“ pork-sausage and booze”. Majlis ini diadakan pada hari Jumaat di hadapan sebuah masjid dengan pengikutnya

meminum arak dan makan sosej babi bagi menunjukkan protest kepada orang Islam yang hadir ke masjid untuk

menunaikan solat Jumaat. Majlis yang telah disertai 7000 orang itu bagaimanapun telah dihalang oleh polis.

http://www.politicsdaily.com/2010/06/17/paris-facebook-group-throws-anti-muslim-booze-and-pork-sausage-

par/ 

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 5/7

5

Kes 4 : Kumpulan murtad

Kumpulan murtad “Apostates in Malaysia” telah dibuka di facebook bagi mengumpulkan orang -orang murtad di

Malaysia. Ia tidak terbuka tetapi telah memiliki 20 ahli. ‘ Apostates of Islam - We left  Islam’  pula mengumpulkan

seramai 194 ahli.

Kes 5 : Pengaruh terhadap minda kanak-kanak

Sebanyak 87 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari internet yang

memberi kesan kuat terhadap emosi mereka. Kajian juga mendapati 46 peratus daripada golongan itu berasa

marah selepas melihat kandungan dilayari, 45 peratus meluat, 42 peratus sedih, 40 peratus terkejut, 39 peratus

berasa jijik dan 35 peratus takut. Kajian itu mendapati kanak-kanak meluangkan 19 jam melayari internet setiap

minggu, sedangkan ibu bapa menganggap anak mereka hanya meluangkan masa itu 11 jam.

Rumusan itu diperoleh berdasarkan kajian Norton Online Family Report 2010 firma kajian pasaran bebas, The

Leading Edge mewakili Symantec Corporation, membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (termasuk 101

ibu bapa kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dan 110 kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Internetjejasemosianak/Article 

Kes 6 : Intipan/perisikan terhadap maklumat

Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam

dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut. Pendedahan terbaru itu

diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan

maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak

pemikiran mereka. Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti

Provence, Gerrard Niroux.

Hamas pula telah dilaporkan mengharamakan penggunaan facebook oleh masyarakat Gaza kerana dipercayai

Israel menggunakannya untuk membuat risikan maklumat.

Kes 7 : Serangan bentuk elektronik

Baru-baru ini Iran telah melancarkan ‘Intifada media’ ke atas Israel apabila Facebook kumpulan Hamas telah

dibuang daripada Facebook. Facebook juga telah menyekat ruangan peminat para pemimpin Hamas seperti PM

Palestine, Ismail Haniyah dan Khaled Mashaal yang mencecah lebih 30000 peminat.

http://www.israelnationalnews.com/News/news.aspx/136556 

Bagaimana rangkaian sosial boleh dimanafaatkan untuk tujuan dakwah?

Bagaimanapun disebalik semua ancaman di atas, masih ada manafaatnya untuk tujuan dakwah. Tidak boleh kita

nafikan bahawa dakwah tidak lagi boleh terbatas secara lokaliti dengan sasaran mengikut golongan, tempat dan

masa tertentu. Tetapi ia perlu melangkau setiap masa, setiap golongan dan di mana-mana. Bagi memenuhi

keperluan ini, maka laman rangkaian sosial adalah medan yang paling sesuai. Laman rangkaian sosial boleh

dimanafaatkan dengan cara berikut:-

1.  Pendakwah buka akaun dan buka keahlian peminat, sampaikan ilmu – ust zahzan,ust zaharuddin

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 6/7

6

2.  Seruan sokongan terhadap sesuatu isu/kempen, we love islam

3.  Perkongsian ilmu, saifulislam

4.  Reaksi terhadap serangan

5. 

Alternatif kepada hiburan yang melalaikan, maher zain

Dakwah perlu disebarkan tanpa sempadan lokasi, masa usia dan lapisan masyarakat. Dengan hanya menghantar

sepotong hadis dan huraian ringkas melalui computer riba di rumah atau telefon bimbit di, ia boleh sampai ke

beratus orang berbanding dalam bilik kuliah dewan seminar.

Ruangan/Kumpulan Jenis/Type Peminat/fan

Islam itu Indah Organisation 228,150

We Love Islam Pages 318,736

Yusuf Islam (aka Cat Stevens) Musician 147,521

Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat Religious Centre 156,917

Belajar Islam Religious Centre 116,003

If we are more than 1,000,000 ,then the group"f*** islam" must be deleted

Non-proft 104,279

Cinta dan Persahabatan dalam Islam Education 59,701

To prove that Islam is the largest & fastest

growing religion in the World

Religious Centre 58,463

I love Islam Local business 1,184,693

ISLAM TERBUKTI BENAR Local business 1,048,095

Islam Religious Centre 278,617

Ustaz Zahazan Mohamed Author 145,457

Zaharuddin.net Public Figure 90,837

Sumber : facebook – 16/7/2010

PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL DALAM GERAKAN ISLAM

Apa yang diperlukan oleh sebuah gerakan Islam ? Antaranya :-

1.  Dana

2.  Pengerak/tenaga

3.  Mekanisme hebahan/menyatakan pendirian

4.  Menyebarkan ideologi/misi/visi/objektif 

5.  Menghebahkan kredibiliti pemimpin

6.  Sokongan/simpati

Laman rangkaian sosial boleh digunakan oleh gerakan Islam untuk memenuhi kehendak di atas.

Etika dalam menyertai laman rangkaian sosial

Rangkaian social adalah fenomena yang tidak dapat dielakkan. Oleh pendapat saya, langkah untuk

mengharamkannya secara total adalah tidak wajar. MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa

mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya

tidak wajar. Walaubagaimanapun ia perlu dikawal dalam apa jua bentuk.

7/27/2019 Pengaruh Laman Rangkaian Sosial Kepada Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/pengaruh-laman-rangkaian-sosial-kepada-gerakan-islam 7/7

7

KESIMPULAN

Laman rangkaian sosial terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan

penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga

boleh berfungsi sebagai alat pemasaran.

Rangkaian sosial boleh dimanafaatkan dalam bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepadaIslam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Isu sebenar adalah bagaimana kita menggunakannya. Jika kita gunakan untuk kebaikan, ia akan memberi kebaikan

kepada kita. Jika kita gunakan pedang untuk ‘membunuh’, ia memang akan ‘membunuh’. Kita yang menentukan

kegunaan ‘facebook’ ataupun ‘teknologi’ tersebut. Mengharamkan atau menidakkan kemudahan, kita tidak

merebut ‘peluang’ yang ada. Sama seperti komputer, ‘garbage in, garbage out’.