pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman pendidikan islam di kalangan murid sekolah

Upload: zahid5050

Post on 20-Jul-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAEDAH PENYELIDIDKAN LANJUTAN (IXGX6111)

PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PEMAHAMAN PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH: KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK 2DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD MAZLAN ABD MAJID MOHD HAFIZULLAH ISMAIL MOHD KHAIRUL ANUAR ISMAIL MOHD ZAHID RASHID LOKMAN MUSA

PENDAHULUAN Pendidikan sebagai elemen penting dalam menjana

perkembangan intelektual Tokoh-tokoh pendidikan Islam dari seluruh dunia telah bersetuju bahawa matlamat pendidikan dalam Islam adalah memberi tumpuan kepada hubungan antara Allah s.w.t. dan dan manusia serta pembangunan insan yang seimbang dan bersepadu

LATAR BELAKANG KAJIAN Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan

berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanakkanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang Pengaruh ibu bapa dilihat begitu signifikan dengan tahap perkembangan pendidikan individu bermula seawal zaman kanakkanak Teori Analisis Transaksi dan teori Behaviorisme jelas mengatakan bahawa tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa ketika seseorang individu masih kanakkanak lagi serta hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi pesekitaran

PERMASALAHAN KAJIAN Kelemahan murid dalam menguasai Pendidikan Islam Peranan ibu bapa dilihat begitu penting dalam

memastikan kesinambungan dari apa yang disampaikan oleh pendidik Punca kepada gajala sosial ialah pengabaian ibu bapa dalam aspek Pendidikan Islam

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji

pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam di kalangan murid sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 2, Kuala Lumpur. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk : Melihat sejauh manakah pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman dalam Pendidikan Islam Mengenal pasti langkah-langkah yang diambil ibu bapa di rumah dalam mempertingkatkan pemahaman Pendidikan Islam Melihat impak pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian murid dalam Pendidikan Islam

KEPENTINGAN KAJIAN Membuka ruang polemik yang lebih sihat dalam mencari

jalan penyelesaian kepada perkembangan Pendidikan Islam di negara terutamanya kepada kanak-kanak. Dapatan daripada kajian ini juga mungkin akan menjadi asas kepada pihak berwajib dan NGO terlibat seperti Persatuan Ibu Bapa Dan Guru untuk mencari jalan penyelesaian kepada permaslahan yang timbul terutamanya dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah serta merancang langkah-langkah positif dan proaktif bagi ibu bapa memainkan peranan yang lebih efektif dalam membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak terutamanya Pendidikan Islam.

KAJIAN LEPAS Dr. Faridah Abu Hassan, Dr. Naimah Ishak, Dr. Hamidah Yusof dan Dr. Habibah Abdul Rahim dalam kajian mereka berkaitan Kemiskinan dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik telah menyatakan bahawa faktor kemiskinan, keluarga, pelajar, sekolah, dan persekitaran banyak mempengaruhi kelemahan pelajar Bumiputera khususnya pelajar Melayu dalam akademik terutamanya dalam aspek bahasa, angka, pembelajaran, dan perkembangan minda. Latar belakang keluarga seperti status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang diperolehi di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan pelajar pada peringkat persekolahan seterusnya. Dr. Faridah bt Abu Hassan,Dr. Naimah bt Ishak, Dr. Hamidah bt Yusof dan Dr. Habibah bt Abdul Rahim (2005), Kemiskinan dan Pendidikan : Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik, dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jil. 7,hlm. 35

SKOP KAJIAN Kajian ini difokuskan kepada pelajar tahap dua di

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2), Cheras, Kuala Lumpur terdiri daripada 51 orang murid tahun 4, 5, dan 6. Kajian juga difokuskan kepada pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam sahaja Kajian juga melihat impak yang terhasil dari langkahlangkah yang diambil oleh ibu bapa.

Hamidah binti Sulaiman, Siti Salina binti Abdullah, Farrah

Dina Yusop di dalam kajian tentang Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik mendapati pelajar yang kurang mendapat perhatian guru dan ibu bapa hanya mempunyai pencapaian akademik dan konsep kendiri yang sederhana dan keadaan ini kurang memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Kelemahan akademik ini bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Hamidah binti Sulalman, Siti Salina binti Abdullah, Farrah Dina Yusop Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik, dalam Masalah Pendidikan Jilid 27, Universiti Malaya, hlm. 75

Che Zarina bt. Sa`ari dan Joni Tamkin bin Borhan di dalam

kajian mereka berkaitan Peranan Wanita Dalam Pengukuhan akidah Umat Islam telah menegaskan peri pentingnya kedudukan wanita sebagai ibu dalam konteks mendidik akidah anak-anak agar menjadi mukmin yang sejati. Jatuh bangunnya sesebuah masyarakat adalah dinilai dari kemampuan ibu untuk memberikan didikan agama yang terbaik kepada anak-anak. Kelalaian mereka dalam memberikan penerapan akidah Islamiyyah yang terbaik akan menjerumuskan masyarakat ke arah kemurkaan, kedurhakaan dan kemusnahan. Che Zarina bt. Sha`arid an Joni Tamkin b. Borhan (2006), Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam, dalam Jurnal Usuluddin, Bil 23-24, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 39-45

Fatimah bt. Ali dalam kajiannya berkaitan Masalah Sosial

Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran telah melihat bahawa antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala social adalah kegagalan ibu bapa dalam memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak serta pengabaian kepada aspek didikan agama. Ibu bapa yang gagal memberikan sudut pandang positif berkaitan agama dengan contoh teladan yang baik (qudwah hasanah) kepada anak semenjak kecil dilihat akan gagal berbuat demikian ketika mereka sudah dewasa kerana mereka kan lebih terikut dengan anasir-anasir seperti media dan rakan sebaya. Fatimah bt. Ali (2007), Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan Kemerosotan Pembelajaran, dalam Jurnal Usuluddin, Bil 255, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 149-152

Ahmad Zabidi Abd Razak dan Mariani Md. Nor di dalam

kajian mereka berkaitan Model Hubungan Sekolah Dan Komuniti Bagi Peningkatan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Cadangan telah telah mengenal pasti tiga faktor kritikal dalam menentukan penglibatan ibu bapa iaitu: i. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalampendidikan anak-anak mereka. ii. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran. iii. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa. Ahmad Zabidi Abd Razak dan Mariani Md. Nor (2007), Model Hubungan Sekolah Dan Komuniti Bagi Peningkatan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Cadangan, dalam Masalah Pendidikan, Jilid 30 (1), Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Hamidah Sulaiman dalam kajiannya bertajuk

Pendidikan Islam Dan Pengaruh Persekitaran Dan Kemajuan: Kesan Kepada Pembentukan Sahsiah telah menyimpulkan bahawa usaha yang bersungguhsungguh untuk memperkasakan modal insan dari golongan remaja perlu dijana melalui sistem pendidikan yang terancang dan sistematik kerana negara memerlukan rakyat yang berilmu, berakhlak mulia serta etika kerja yang cemerlang. Usaha ini perlu dilakukan seawal usia kanak-kanak lagi. Hamidah Sulaiman (2005), Pendidikan Islam Dan Pengaruh Persekitaran Dan Kemajuan: Kesan Kepada Pembentukan Sahsiah, dalam Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 77

Mariani Md. Nor dalam kajiannya berkaitan Realiti

Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mendapati ibu bapa telah memberi respon yang positif dalam perkembangan awal pendidikan kanakkanak dengan membantu anak-anak mendapatkan bahan bacaan yang bersesuaian, membelikan peralatan persekolahan, sentiasa menyemak kerja sekolah anak-anak dan memilih persekolahan yang sesuai untuk anak-anak. Mariani Md. Nor(2006), Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, dalam Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 86-87

TEORI KAJIAN Pengaruh ibu bapa merupakan unsur terpenting dalam

perkembangan kanak-kanak Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibu bapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak Teori Ekologi Bronfenbrenner - Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak

METHODOLOGI KAJIANREKA BENTUK KAJIAN Kajian yang dibuat bagi mendapatkan data adalah kajian yang bersifat kuantitatif Bagi menyiasat sejauh mana hubungan atau perkaitan pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam di kalangan murid sekolah rendah, kajian dijalankan dengan menggunakan strategi kajian jenis deskriptif berbentuk tinjauan. Satu jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik

POPULASI DAN SAMPEL Populasi adalah terdiri daripada pelajar tahap dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2), Cheras, Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri daripada 51 orang murid tahun 4, 5, dan 6. Pemilihan murid yang terlibat dibuat secara rawak merangkumi murid cemerlang, sederhana dan lemah

INSTRUMEN KAJIAN Proses pengumpulan data menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapat maklum balas responden. Soal selidik yang dibina mengandungi lima bahagian iaitu: 1. Bahagian A; mengenai maklumat peribadi, 2. Bahagian B; mengenai maklumat ibu bapa dan penjaga, 3. Bahagian C; mengenai langkah yang diambil oleh ibu bapa dalam mempertingkatkan pemahaman terhadap Pendidikan Islam, 4. Bahagian D; mengenai pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam murid, dan 5. Bahagian E; mengenai impak pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman murid dalam Pendidikan Islam.

PROSUDER Dalam melakukan kajian, penyelidik telah mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah untuk melakukan kajian. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 51 orang murid yang dipilih dan responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan dengan sedikit taklimat telah diberikan bagi memudahkan perjalanan soal selidik. Semua borang yang telah diedarkan telah berjaya dikumpulkan dalam masa yang telah ditetapkan. Kerahsian adalah diutamakan di dalam proses penyelidikan ini.

Menganalisis data Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package of the Social Science (SPSS/PC). Data yang diperolehi diukur secara ordinal iaitu ia disusun mengikut pangkat berdasarkan kualitinya secara relative. Kajian ini menggunakan kategori sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS) dan sangat setuju (SS). Data yang dikutip juga merupakan data satu sampel. Justeru ujian-t satu sampel telah digunakan bagi menguji hipotesis yang telah ditetapkan samada hipotesis diterima atau ditolak. Ujian-t satu sampel merupakan ujian yang digunakan untuk menentukan kesignifikanan hipotesis yang diuji. Dalam ujian ini aras keertian (peratus kesilapan) telah digunakan untuk menguji hipotesis iaitu sekiranya aras keertian ini kurang daripada 0.05 maka hipotesis akan ditolak begitu juga jika sebaliknya.

Selain daripada ujian-t satu sampel, ujian korelasi

Spearmen Rho juga telah dilakukan bagi mengkaji hubungan di antara dua pembolehubah. Melalui ujian korelasi ini kita dapat melihat sejauh mana hubungan dan kekuatan hubungan tersebut dengan melihat kepada pekali korelasinya. Intrepetasi pekali korelasi dengan hubungannya dinyatakan dalam jadual di bawah:Nilai pekali korelasi (r) Kurang daripada 0.20 0.20-0.40 Intrepetasi Hubungan sangat lemah Korelasi rendah

0.40-0.700.70-0.90 0.90-1.00

Korelasi sederhanaKorelasi tinggi Korelasi sangat tinggi

ANALISIS DAPATAN KAJIANProfil responden Sebanyak 51 borang soal selidik telah diedarkan kepada 51 orang murid tahap dua Sk Bandar Tun Razak (2), Cheras, Kuala Lumpur. Borang yang lengkap telah dikembalikan kepada penyelidik sebanyak yang diedarkan. Pengembalian borang oleh responden ialah 100 peratus keseluruhan.

Analisis demografi responden Jadual-jadual di bawah menunjukkan perangkaan

demografi responden yang mengandungi taburan jantina, umur dan pendidikan agama. Taburan Jantina RespondenJantina Lelaki Perempuan Kekerapan 25 26 Peratus 49.0 51.0

Sejumlah 51 orang responden telah digunakan dalam

kajian ini terdiri daripada 25 orang murid lelaki iaitu 49.0 % dan selebihnya, 26 orang murid perempuan iaitu 51.0%.

Taburan Umur RespondenUmur 10 Tahun 11 Tahun 12 Tahun Kekerapan 10 21 20 Peratus 19.6 41.2 39.2

Daripada 51 orang responden yang terlibat, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada umur yang berbeza. Di sini dapat dilihat taburan umur mereka ialah 10 orang murid adalah berumur 10 tahun mewakili 19.6% jumlah kesluruhan responden, 21 orang berumur 11 tahun mewakili 41.2%, dan 20 orang berumur 12 tahun mewakili 39.2% dari jumlah keseluruhan.

Taburan pendidikan agama respondenTahap pendidikan agama Sekolah rendah agama Kelas KAFA Kekerapan 23 4 Peratus 44.2 7.6

Ibu bapa mengajar di rumah Lain-lain

12 12

23.1 23.1

Seterusnya, merujuk kepada taburan pendidikan agama responden didapati seramai 23 orang murid dengan kadar 44.2% telah mengikuti pengajian di Sekolah Rendah Agama. Di samping itu, seramai 4 orang murid memilih untuk mengikuti kelas KAFA. Di sini didapati hampir separuh daripada mereka tidak mengikuti kelas pengajian secara formal dan taburan menunjukkan 12 orang daripada mereka dengan kadar 23.1% telah memilih untuk diajar oleh ibu bapa dirumah dan selebihnya dengan jumlah yang sama tidak dapat dipastikan samada memilih inisiatif lain atau langsung tidak belajar agama.

Analisis latar belakang sosioekonomi ibu bapa/

penjaga Jadual-jadual di bawah adalah dapatan yang berkaitan

dengan latar belakang sosioekonomi keluarga. Item-item yang berkaitan dikemukakan dan mendapat maklum balas daripada responden.Taburan taraf pendidikan tertinggi bapa respondenTaraf Pendidikan Tertinggi Sekolah rendah Sekolah menengah Institusi pengajian tinggi Kekerapan 1 30 18 Peratus 2.1 61.2 36.7

Daripada dapatan yang diperolehi, didapati 61.2% daripada bapa

responden hanya mendapat pendidikan setakat sekolah menengah dan hanya 36.7% sahaja yang mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi (IPT). Selebihnya hanya mendapat pendidikan setakat peringkat rendah sahaja.

Taburan taraf pendidikan tertinggi ibu respondenTaraf Pendidikan Tertinggi Sekolah rendah Sekolah menengah Kekerapan 2 27 Peratus 3.9 52.9

Institusi pengajian tinggiTidak bersekolah

211

41.22.0

Sementara

bagi ibu pula, data yang diperolehi menunjukkan bahawa 52.9% daripada keseluruhan mereka telah mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah dan 41.2% telah berjaya meneruskan pengajian sehingga keperingkat IPT. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan mereka telah mendapat pendidikan di peringkat rendah dengan kadar 3.9% dan 2.0% tidak mendapat sebarang pendidikan formal.

Taburan pekerjaan bapa respondenPekerjaan Pesara/tidak bekerja/buruh Peniaga/kerja sendiri/guru Pentadbir/professional 18 37.5 14 29.2 Kekerapan 16 Peratus 33.3

Melihat kepada taburan pekerjaan bapa murid,

didapati 33.3% daripada mereka adalah adalah buruh, pesara dan tidak bekerja. Sementara 29.2% terdiri daripada peniaga, bekerja sendiri dan guru. Hanya 37.5% sahaja daripada mereka yang bekerja sebagai pentadbir dan profesional.

Taburan pekerjaan ibu respondenPekerjaan Pesara/surirumah/buruh Kekerapan 21 Peratus 41.2

Peniaga/kerjasendiri/guru Pentadbir/professional

22

43.1

8

15.7

Bagi kebanyakan golongan ibu, data yang diperolehi

menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka daipada mereka adalah pesara, suri rumah dan buruh dengan peratusan sebanyak 41.2%. Sementara sebahagian lagi adalah terdiri dari golongan peniaga, bekerja sendiri dan guru dengan kadar 43.1%. Hanya 15.7% sahaja yang terlibat sebagai golongan pentadbir dan professional.

Taburan pendapatan bapa respondenPendapatan Kurang dari RM500 RM501 RM 1500 RM1501-RM3000 Lebih daripada RM3000 Kekerapan 7 24 11 7 Peratus 14.3 49.0 22.4 14.3

Taburan pendapatan ibu respondenPendapatan Kurang dari RM500 RM501 RM 1500 RM1501-RM3000 Lebih daripada RM3000 Kekerapan 18 16 9 6 Peratus 36.7 32.7 18.4 12.2

Kajian ini juga meliputi taburan bagi pendapatan ibu dan

bapa responden. Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti bapa responden berpendapatan di antara RM501 dan RM 1500 manakala majoriti pendapatan ibu responden pula kurang daripada RM500. Hanya peratusan yang kecil sahaja bagi pendapatan ibu dan bapa responden yang melebihi RM3000 iaitu 14.3% bagi pendapatan bapa dan 12.2% bagi pendapatan ibu responden. Taburan jenis rumah kediamanRumah Kediaman Kekerapan Peratus

Rumah kampongRumah pangsa Rumah teres Rumah bangle

134 12 4

2.066.7 23.5 7.7

Bagi taburan rumah kediaman pula, sebanyak 66.7%

daripada responden tinggal di rumah pangsapuri dan 23.5% tinggal di rumah teres. Bagi jenis rumah kediaman banglo hanya 7.7% daripada jumlah keseluruhan responden dan 2.0% daripada responden tinggal di rumah kampung. Taburan status perkahwinan ibu bapa respondenStatus perkahwinan Berkahwin 45 88.2 Kekerapan Peratus

Tinggal berasinganBercerai hidup Bercerai mati

12 3

2.03.9 5.9

Kajian ini juga mengambil kira status perkahwinan ibu

bapa responden sebagai salah satu daripada faktor latar belakang sosioekonomi keluarga. Daripada jadual taburan di atas, didapati bahawa 88.2% adalah status berkahwin manakala selebihnya adalah tinggal berasingan dan bercerai.

Daripada hasil dapatan analisis demografi di atas, ujian

korelasi Spearmen Rho telah dibuat untuk mengkaji hubungan diantara beberapa faktor demografi dengan langkah yang diambil oleh ibu bapa dalam mempertingkatkan pemahaman terhadap Pendidikan Islam dan hubungan di antara beberapa faktor demografi dengan impak pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman murid dalam Pendidikan Islam. Daripada ujian tersebut didapati bahawa faktor taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa mempunyai hubungan yang lemah dengan langkah-langkah yang diambil oleh ibu bapa dalam mempertingkatkan pemahaman terhadap pendidikan Islam yang dipilih. Ini menunjukkan bahawa faktor sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa mempengaruhi tindakan ibu bapa dalam membantu peningkatan pemahaman Pendidikan Islam anak-anak mereka.

Seterusnya, hasil dapatan ini juga menunjukkan hanya sebahagian sahaja daripada jumlah responden telah dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mendapatkan pendidikan Agama Islam di Sekolah Rendah Agama dan Kelas KAFA yang menawarkan bentuk pegajian Agama Islam yang sistematik. Sebahagian lagi dilihat lebih cenderung untuk mengajar sendiri atau membiarkan anak mereka tanpa sebarang pendidikan Agama melainkan apa yang diajar di sekolah kebangsaan. Faktor ini telah diuji dengan ujian kolerasi Spearmen Rho dan didapati bahawa faktor ini mempengaruhi pemahaman murid terhadap Pendidikan Islam.

Analisis langkah-langkah yang diambil oleh ibu bapa dalam mempertingkatkan pemahaman terhadap Pendidikan Islamtc2-ibu bapa saya mengajar saya membaca al-quran di rumah c3-ibu bapa saya selalu menceritakan tentang kisah-kisah nabi dan rasul c4-ibu bapa saya selalu membelikan saya buku-buku berkaitan agama c5-ibu bapa saya memberi tunjuk ajar dlm mata pelajaran pendidikan islam saya c6-saya diajar pelbagai doa oleh ibu bapa saya c7-ibu bapa saya mengupah guru agama untuk mengajar saya di rumah c8-ibu bapa saya mengajar saya tentang adab-adab ketika bercakap dgn org tua,adab makan,dll c9-ibu bapa salalu bercerita tentang perkara2 yang tidak boleh dilakukan dan berdosa,serta tentg balasan neraka c10-ibu bapa saya menyuruh saya menutup aurat dan akan memarahi saya jika saya tidak melakukannya c11-saya tahu tentang perkara-perkara berkaitan hari kiamat,syurga dan neraka dari kedua ibu bapa saya c1-ibu bapa saya mengajar saya tentang solat di rumah -.574 -4.529 -3.773 .350 -2.244 -7.567 4.636 3.872 .553 1.159 1.429

Df50 49 49 50 50 50 49 50 50 50 50

Sig( 2 tailed).569 .000 .000 .727 .029 .000 .000 .000 .583 .252 .159

Objektif bagi bahagian ini adalah untuk mengenalpasti langkah-

langkah yang diambil ibu bapa di rumah dalam mempertingkatkan pemahaman Pendidikan Islam. Justeru, Ujian-t satu sampel telah dipilih bagi mengenalpasti langkah-langkah tersebut. Daripada jadual di atas didapati bahawa nilai aras keertian bagi langkah c1iaitu ibu bapa saya mengajar saya tentang solat di rumah ialah 0.159 iaitu hipotesis diterima iaitu langkah ini adalah langkah yang dijalankan oleh ibu bapa bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap Pendidikan Islam. Seterusnya bagi langkah c5 iaitu langkah ibu bapa saya memberikan tunjuk ajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, c10 iaitu ibu bapa saya menyuruh saya menutup aurat dan akan memarahi saya jika saya tidak melakukannya dan langkah c11 iaitu saya tahu tentang perkara-perkara berkaitan hari kiamat, syurga dan neraka daripada kedua ibu bapa saya adalah langkah yang telah dikenalpasti memberi impak positif kepada pemahaman murid dalam Pendidikan Islam. Selain daripada yang telah dinyatakan daripada hasil dapatan, didapati bahawa langkahlangkah tersebut mempunyai nilai aras keertian yang kurang daripada 0.05 yang membawa maksud hipotesis ditolak iaitu langkah-langkah tersebut tidak dilaksanakan oleh ibu bapa dalam usaha mereka mempertingkatkan pemahaman anak-anak terhadap Pendidikan Islam.

Analisis pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman

Pendidikan Islam kanak-kanaktd1-ibu bapa saya selau membaca alquran dirumah d2-saya selalu solat fardhu berjemaah bersama ibu bapa saya d3-ibu bapa saya selalu membaca doa sebelum makan dan kami makan bersama d4-jika saya melakukan kesalahan,ibu bapaakan menegur saya d5-ibu bapa saya selalu menggunakan perkataan tidak sopan ketika memarahi saya atau org lain d6-ibu bapa saya menutup aurat ketika berada di luar rumah d7-jika saya mempunyai masalah berkaitan mata pelajaran pendidkn islam,sy akan merujuk kpd ibubapa d8-saya selalu dibawa oleh ibubapa saya untuk menziarahi keluarga atau kenalan yg sakit d9-ibu bapa saya jarang melakukan solat .613 -5.325 1.212 6.052 -13.792 6.452 -.671 .139 -17.349

Df50 50 49 50 50 50 50 50 50

Sig( 2 tailed).542 .000 .231 .000 .000 .000 .506 .890 .000

d10-saya selalu dibawa oleh ibu bapa saya menghadiri kuliah agama,syarahan di masjid d11-ibu bapa saya amat mengambil berat tentang makanan di rumah samada halal atau tidak

-5.1892.698

5050

.000.009

Bagi bahagian ini pula ujian-t satu sampel juga telah

digunakan dan daripada hasil dapatan didapati faktor d1, d3, d7 dan d8 mempunyai aras keertian yang melebihi 0.05 yang menunjukkan bahawa hipotesis diterima iaitu hanya faktor-faktor tersebut merupakan pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut : Faktor ibu bapa selalu membaca Al-Quran di rumah Faktor ibu bapa selalu membaca doa sebelum makan dan makan bersama Faktor ibu bapa adalah rujukan anak-anak jika mereka mempunyai masalah berkaitan pelajaran Pendidikan Islam. Faktor ibu bapa selalu membawa anak-anak menziarahi keluarga atau kenalan yang sakit.

Impak pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman

murid dalam Pendidikan Islamte1-saya merasa tidak selesa untuk keluar rumah tanpa menutup aurat e2-saya akan memastikan dahulu makanan dibeli mempunyai tanda halal e3-perbuatan memberi salam perlu diamalkan ketika bertemu dgn org lebih tua 1.062 8.752 10.170

Df50 50 50

Sig( 2 tailed).293 .000 .000

e4-saya takut meniggalkan solat dgn sengaja kerana ianya merupakan dosa besare5-setiap kali sebelum makan saya akan membaca doa dahulu e6-saya tidak malu untuk membaca al-quran apabila disuruh oleh guru e7-kejayaan ibu bapa saya mendorong saya untuk berjaya e8-saya sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran pendidikan islam

3.1395.190 1.384 6.521 .151

5050 50 50 50

.003.000 .172 .000 .881

Bagi bahagian ini juga ujian-t satu sampel juga telah

digunakan bagi mengenalpasti impak pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman murid dalam Pendidikan Islam. Daripada jadual diatas dikenalpasti bahawa e1, e6 dan e8 merupakan impak pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman murid dalam Pendidikan Islam. Faktor-faktor ini mempunyai aras keertian yang melebihi 0.05 yang menyebabkan hipotesis adalah benar. Faktor faktor tersebut adalah seperti berikut : Anak-anak berasa tidak selesa untuk keluar rumah tanpa menutup aurat Anak-anak tidak merasa malu untuk membaca AlQuran apabila disuruh oleh guru Anak-anak sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan Ibu bapa telah memainkan peranan positif dalam mempertingkatkan pemahaman murid tetapi tidak secara menyeluruh Faktor-faktor demografi sosioekonomi memberi kesan kepada tindakan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka Perilaku ibu bapa dinilai oleh murid dan memberi kesan secara langsung terhadap pemahaman mereka dalam Pendidikan Islam Cadangan Keperluan ibu bapa memperlengkapkan diri dengan pengetahuan agama Ibu bapa mengambil langkah-langkah perlu dalam memastikan

penguasaan murid di dalam Pendidikan Islam Menerapkan nilai-nilai keIslaman di dalam kehidupan seharian sebagai langkah memperkukuhkan pemahaman Pendidikan Islam murid