kertas penyelidikan pemahaman 1 malaysia dalam kalangan pelajar kelompok amanah, uniten 2011

21
© 2011 KDKB 113 1. Penghargaan Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Ruangan ini disediakan khas untuk memberi penghargaan kepada setiap individu yang telah menolong dan memberi tunjuk ajar serta semangat kepada saya sepanjang penghasilan penyelidikan ini. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah Keusahawan dan Kepimpinan, KDKB113 saya iaitu, En. Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, yang juga merupakan dekan Institute of Liberal Studies ( IKAL ) di Universiti Tenaga Nasional. Dalam kesibukan beliau sebagai dekan, beliau telah memberikan saya tunjuk ajar dan juga dorongan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Madhukar Dhirajlal dan Pn. Ranjanbala serta abang saya saudara Nitish Madhukar kerana memberi saya semangat yang tidak terhenti. Bukan itu sahaja, ibu bapa saya telah menanggung segala kos perbelanjaan kertas penyelidikan ini. Tambahan itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) yang menginap di Kelompok Amanah yang sudi meluangkan masa mereka untuk mengisi borang soal kaji selidik secara spontan Sebelum saya mengundurkan diri, saya juga ingin berasa syukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana melindungi dan membantu saya menjaga kesihatan sepanjang menghasilkan kertas penyelidikan ini. Akhir kata, saya juga ingin | Page

Upload: shilpesh91

Post on 27-Jul-2015

436 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

1. Penghargaan

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Ruangan ini disediakan khas untuk memberi

penghargaan kepada setiap individu yang telah menolong dan memberi tunjuk ajar serta

semangat kepada saya sepanjang penghasilan penyelidikan ini.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah

Keusahawan dan Kepimpinan, KDKB113 saya iaitu, En. Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, yang juga

merupakan dekan Institute of Liberal Studies ( IKAL ) di Universiti Tenaga Nasional. Dalam

kesibukan beliau sebagai dekan, beliau telah memberikan saya tunjuk ajar dan juga dorongan

untuk menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya

iaitu En. Madhukar Dhirajlal dan Pn. Ranjanbala serta abang saya saudara Nitish Madhukar

kerana memberi saya semangat yang tidak terhenti. Bukan itu sahaja, ibu bapa saya telah

menanggung segala kos perbelanjaan kertas penyelidikan ini.

Tambahan itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar

Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) yang menginap di Kelompok Amanah yang sudi

meluangkan masa mereka untuk mengisi borang soal kaji selidik secara spontan

Sebelum saya mengundurkan diri, saya juga ingin berasa syukur dan berterima kasih

kepada Yang Maha Esa kerana melindungi dan membantu saya menjaga kesihatan sepanjang

menghasilkan kertas penyelidikan ini. Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

penghasilan kertas penyelidikan ini.Sekian.

2. Pendahuluan | P a g e

Page 2: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Gagasan ‘1 Malaysia’ telah diasakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Sri

Najib Tun Razak pada 16 September 2008, yang juga merupakan Hari Malaysia. Gagasan ini

diadakan untuk menyeru kabinet, instansi pemerintah, dan pegawai negeri sivil untuk menjadi

lebih kuat menekankan keharmonian etnik, perpaduan nasional, dan pengurusan yang cekap.

Pada asalnya, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan slogan bagi gagasan ‘1

Malaysia’ ini dan pada tahun 2010, ianya ditukarkan kepada ‘Menjana Transformasi’. Konsep ini

diperkenalkan untuk meneruskan agenda negara yang asal iaitu, Wawasan 2020 – Negara Maju

Menjelang Tahun 2020, dengan lebih lancar lagi. Logo 1 Malaysia dibuat dengan angka ‘1’ dan

juga menggunakan Bendera Malaysia iaitu, Jalur Gemilang. Berikut adalah logo rasmi ‘1

Malaysia’.

Rajah 1 – Logo 1 Malaysia

Konsep ‘1 Malaysia’ ini berteraskan nilai-nilai murni diamalkan oleh rakyat jelata. Untuk

tahun 2010, Dato Sri Najib Tun Razak mengartikulasikan nilai-nilai seperti ketekunan, budaya

unggul, penerimaan, kesetiaan, pendidikan, kerendahan hati, integriti, dan meritokrasi.

‘1 Malaysia’ merupakan aspek terpenting dalam meningkatkan kecekapan kerajaan

persekutuan naungan Barisan Nasional. Penggunaan ‘Key Performance Indicators (KPIs)’ untuk

| P a g e

Page 3: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

bisnes korporat dan ‘National Key Results Areas (NKRAs)’ merupakan usaha yang

sememangnya sangat penting dalam konsep ‘1 Malaysia’ ini. ‘1Malaysia’ menekankan sikap

penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum

yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati

sebagai rakyat dalam satu Negara. Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata bahawa kerajaaan komited

dalam menjalankan proses transformasi yang juga merupakan agenda utama dalam konsep ini,

berasakan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Nilai-nilai murni seperti

hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan, dan berbudi bahasabakal diterapkan di dalam

rakyat tempatan khususnya golongan muda melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah

mengarahkan Biro Tata Negara ( BTN ) untuk menggunakan kursus yang ada untuk mendidik

semua yang sedia ada dan juga bakal pegawai awam berkaitan konsep ‘1 Malaysia’ dan pada

masa yang sama untuk menyemarakkan lagi perpaduan. Di samping itu, kerajaan juga telah

melancarkan Klinik 1 Malaysia, saham 1 Malaysia dan beberapa aktiviti lain di mana setiap

masyarakat Malaysia dapat faedah yang sekata. Bukan itu sahaja, beberapa badan bukan kerajaan

( NGO ) telah pun ditubuhkan setakat ini iaitu 1 Malaysia Foudation dan 1 Malaysia Youth

Fund. Secara ringkasnya, setiap agensi kerajaan diberi mandat oleh kerajaan persekutuan untuk

terima pakai konsep ‘1 Malaysia’ dan hasilnya dapat dilihat sedikit demi sedikit. Bukat setakat

agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan penuntutnya juga telah mengadaptasi konsep ‘1

Malaysia’ ini.

Persoalannya, adakah para penuntut Universiti Tenaga Nasional yang menginap di

Kelompok Amanah menghayati sepenuhnya konsep ‘1 Malaysia’ ?

3. Sorotan Kajian

| P a g e

Page 4: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Untuk bahagian ini, saya mengambil laman web Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

sebagai sorotan kajian saya.Program yang bertajuk ‘Program 1Malaysia di Kampus

Kejuruteraan’ dilaksanakan pada 17 Oktober 2010 . Ianya seiring dengan tajuk penyelidikan

saya iaitu ‘Setakat manakah pelajar-pelajar di Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional

memahami konsep ‘1 Malaysia’?’. Lihat sebelah untuk keratan tersebut :-

Untuk keratan tadi, izinkan saya untuk merumuskan sedikit sebanyak kandungnya.

| P a g e

Page 5: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah memilih salah

sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka di Pulau Pinang iaitu Universiti

Sains Malaysia (USM). Program sehari ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah, penduduk

sekitar Seberang Perai dan tidak terkecuali kakitangan-kakitangan dan pelajar-pelajar USM.

Pemimpin-pemimpin tempatan juga turut hadir dalam program ini. Program tersebut dimulakan

dengan ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Shahlan bin Ismail,

Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri dan pada waktu petangnya pula dengan Forum

1 Malaysia yang ahli panelnya terdiri daripada Y. Bhg. Tan Sri Emeritus Dr. Khoo Kay Khim,

Universiti Malaya, Y. Bhg . Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan

Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains

Malaysia dan Y. Bhg. Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Universiti Sains Malaysia.

Kesemua ahli panel tersebut telah menarik perhatian peserta program dengan soalan-

soalan yang agak panas. Program tersebut telah ditutup dengan rasminya oleh Y. B. Senator

Dato’ T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut memberi ucapan

penutup.

Oleh itu, secara ringkasnya, program ini seiring dengan tajuk saya yang menargetkan

pelajar-pelajar IPTS yang duduk di dalam kampus iaitu pelajar Universiti Tenaga Nasional yang

menginap di Kelompok Amanah.

| P a g e

Page 6: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

4. Methodologi Kajian

Dalam hal ini, teknik kajian amatlah penting untuk mendapatkan reaksi pelajar di

Kelompok Amanah. Oleh itu, saya telah pun memilih untuk mengedarkan sepuluh borang soal

kaji selidik dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah.

Borang soal kaji selidik mempunyai tiga bahagian kesemunya.Antaranya ialah Bahagian

A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian untuk demografi di mana

responden soal selidik perlu memberitahu serba sedikit tentang latar belakangnya seperti umur,

kolej, dan jurusan yang diambilnya. Hal ini adalah penting kerana iannya akan memudahkan

penilaian tersebut kelak. Faktor umur dalam situasi ini agak penting kerana setiap golongan umur

mempunyai pendapat yang berbeza antara satu sama lain.

Bahagian B pula merupakan soalan pilihan di mana para responden hanya boleh memilih

‘Setuju’ atau ‘Tidak Pasti’ atau ‘Tidak Setuju’ untuk setiap soalan tersebut. Bahagian ini

mempunyai lima soalan yang agak senang dan semuanya berkait dengan ‘1 Malaysia’. Contoh

soalan yang diutarakan dalam borang soal kaji selidik ini ialah ‘Sebagai seorang pelajar, adakah

anda rasa bahawa konsep ‘1 Malaysia’ ini adalah retorik politik semata-mata ?’. Dalam

bahagian ini juga, para responden akan dinilai sejauh mana penghayatan masing-masing dalam

konsep ‘1 Malaysia’ ini.

Bahagian C pula merupakan bahagian soalan khusus dimana soalan yang ditanya

mempunyai pelbagai jenis jawapan dan idea. Oleh itu, responden diberi dua soalan untuk

bahagian ini. Soalan pertama berbunyi begini, ‘Apakah cadangan anda untuk memperkukuhkan

lagi konsep ‘1 Malaysia’ dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga

Nasional ?’ dan soalan kedua pula berbunyi begini ‘Adakah anda punyai sebarang cadangan

secara keseluruhan untuk konsep ‘1 Malaysia’ ?’. Bahagian secara tidak langsung akan

membantu saya dalam bab terakhir tugasan ini iaitu Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan.

Secara keseluruhan, bab ini akan memberikan hasil kajian untuk keseluruhan kertas

penyelidikan ini. Berikut merupakan borang soal kaji selidik :-

| P a g e

Page 7: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

ARAHAN : Sila tandakan ( √ ) di kotak pilihan anda.

Bahagian A

Umur : 18 – 20 21 – 23 24 – 26

Kolej : College of Engineering (COE ) College of Information Technology ( COIT )

Jurusan: Asasi Degree

Bahagian B

NO. PERKARA SETUJU TIDAK PASTI

TIDAK SETUJU

1 Adakah konsep ‘1 Malaysia’ t memberikan anda manfaat sebagai seorang pelajar ?

2 Sebagai seorang pelajar, adakah anda rasa bahawa konsep ‘1 Malaysia’ ini adalah retorik politik semata-mata ?

3 Adakah anda memahami objektif dan peranan konsep ‘1 Malaysia‘ sebagai seorang pelajar ?

4 Adakah anda menjiwai konsep ‘1 Malaysia’ dengan mendalam ?

5 Perlukah pihak Universiti Tenaga Nasional adakan program yang berkonsepkan ‘1 Malaysia’ ?

Bahagian C

1. Apakah cadangan anda untuk memperkukuhkan lagi konsep ‘1 Malaysia’ dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional ?

________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

2. Adakah anda punyai sebarang cadangan secara keseluruhan untuk konsep ‘1 Malaysia’ ?

| P a g e

Borang Soal Kaji Selidik KDKB 113

Tajuk : Setakat manakah pelajar-pelajar di Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional memahami konsep ‘1 Malaysia’?

Page 8: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

________________________________________________________________________________________________________________________________________________.5. Analisa Kajian

Bahagian A

8

1

1

Bahagian A : Umur

18 - 2021 - 2324 - 26

Rajah 5.1 - Carta Pie Bahagian A : Umur

Carta Pie di atas menunjukkan ringkasan borang soal selidik Bahagian A : Umur dalam

bentuk mudah difahami. Kategori umur yang paling banyak menjawab borang soal kaji selidik

adalah kategori umur 18 – 20 iaitu dengan 8 responden dan hanya satu responden masing-masing

bagi kategori umur 21 – 23 dan 24 – 26.

| P a g e

Page 9: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

3

7

Bahagian A : Kolej

COECOIT

Rajah 5.2 - Carta Pie Bahagian A : Kolej

Rajah 5.2 menunjukkan carta pie bagi Bahagian A : Kolej . Dalam sepuluh responden

tersebut, tiga daripada mereka belajar di College Of Engineering ( COE ) manakala selebihnya di

College Of Information Technology ( COIT ).

2

8

Bahagian A : Jurusan

AsasiDegree

Rajah 5.3 - Carta Pie Bahagian A : Jurusan

Rajah 5.3 pula menunjukan carta pie bagi Bahagian A : Jurusan dimana dua daripada

responden sedang dalam jurusan asasi manakala baki lapan pula sedang mengambil degree di

Universiti Tenaga Nasional.

| P a g e

Page 10: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Bahagian B

1 2 3 4 50

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Bahagian : 5 Soalan

SETUJUTIDAK PASTI TIDAK SETUJU

No. Soalan

Bilangan

Rajah 5.4 - Carta Bar Bahagian B : 5 Soalan

Rajah 5.4 menunjukkan carta bar bagi Bahagian B : 5 soalan di mana responden perlu

menandakan sama ada setuju, tidak pasti atau tidak setuju bagi setiap soalan itu. Bagi soalan

nombor 1, majority responden bersetuju dengan soalannya iaitu dengan lima orang, manakala

tiga responden tidak pasti dan baki selebihnya tidak setuju sama sekali dengan soalan tersebut.

Saya berpendapat bahawa untuk soalan ini, secara langsung mahupun tidak langsung setiap

pelajar di negara ini mendapat manfaat dari konsep ‘1 Malaysia’ ini melalui dana-dana yang khas

diperuntukkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak dan oleh itu ramai responden yang bersetuju

dengan soalan ini. Soalan 2 pula melihat majoriti responden tidak pasti akan soalan itu, tiga

responden bersetuju dan dua lagi tidak. Hal ini disebabkan kerana responden-responden

merupakan pelajar dan mereka tidak tahu sangat akan fenomena politik di negara ini dan oleh hal

yang demikian, majoriti daripada mereka bersikap neutral.

Soalan 3 pula melihat lapan responden besetuju dengan soalan tersebut manakala masing-

masing satu bagi yang setuju dan tidak bersetuju. Situasi ini hanya akan berlaku jikalau

responden-responden mengambil berat tentang cara pentadbiran Perdana Menteri kita yang

keenam dari masa ke semasa serta mengambil inisiatif sendiri untuk membaca risalah-risalah

atau laman web melalui Internet. Soalan 4 pula menunjukkan lima responden tersebut bersetuju

sepenuhnya dengan soalan tersebut dan tiga responden pula tidak pasti akan pendapat mereka.

| P a g e

Page 11: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Selebihnya pula tidak bersetuju dengan soalan ini. Setiap rakyat Malaysia harus menjiwai konsep

‘1 Malaysia’ ini dan jikalau ada responden yang tidak pasti atau tidak bersetuju dengan soalan

ini, maka pendedahan yang diberikan melalui agensi kerajaan masih tidak lagi mencukupi.

Soalan 5 pula menyaksikan empat responden setuju dan tidak pasti akan soalan tersebut dan dua

lagi responden tidak bersetuju akan soalan tersebut. Pada pendapat saya, pihak pentadbiran

Universiti Tenaga Nasional juga tidak mengimplementasikan konsep ‘1 Malaysia’ sepenuhnya,

apatah lagi kelompok penginapan, Kelompok Amanah. Sesuatu perkara harus bermula dari

dasarnya dan oleh itu jumlah pelajar yang setuju dan keliru adalah sama.

Bahagian C

Rumusan untuk bahagian ini dapat dilihat di akhir bab iaitu di Bab 6 Kesimpulan dan Cadangan di perenggan kedua dan ketiga.

| P a g e

Page 12: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

6. Kesimpulan dan Cadangan

Ramai pelajar yang menginap di Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional

( UNITEN ) kurang menghayati konsep ‘1 Malaysia’ ini walaupun sudah dua tahun diwujudkan.

Konklusinya di sini adalah pihak pentadbir Kelompok Amanah harus mengadakan lebih banyak

akiviti dan program berkait rapat dengan konsep ‘1 Malaysia’ ini iaitu lebih bertemakan

perpaduan. Semua pelajar juga harus wajib menyertai aktiviti yang dianjurkan tidak kira kaum,

agama dan bangsa.

Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar yang menginap Kelompok Amanah sendiri telah

memberikan beberapa cadangan untuk memperkukuhkan lagi konsep ‘1 Malaysia’ antara

mereka( Lihat Lampiran : Borang Soal Kaji Selidik KDKB 113 : Bahagian C, Soalan 1 ). Salah

satunya mencadangkan untuk mengadakan Malam Kebudayaan di antara pelajar yang berbilang

kaum. Seterusnya pula mencadangkan untuk mengadakan ceramah ‘1 Malaysia’ dengan

memanggil pihak luar. Tambahan pula, pihak universiti juga boleh menempatkan pelajar

berlainan bangsa di setiap unit apartment bagi merapatkan hubungan. Ada juga pelajar yang

mencadangkan supaya pelajar-pelajar di sini bergaul dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum

dan tidak hanya berkelompok. Beberapa pelajar sebulat suara untuk menubuhkan Kelab 1

Malaysia di dalam kelompok penginapan. Beberapa pelajar lain pula berpendapat bahawa

banyak aktiviti harus dilakukan terutamanya di peringkat persatuan pelajar penginapan.

Itu hanya sekadar di peringkat Kelompok Amanah UNITEN. Pelajar juga mempunyai

beberapa cadangan bernas untuk keseluruhan konsep ‘1 Malaysia’ ini. Antaranya ialah

mengadakan Hari 1 Malaysia. Selain itu, konsep ini perlu digesakan lagi oleh pihak kerajaan.

Tambahan pula, konsep ini harus dijiwai oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada

pelajar pula berpendapat untuk melebihkan Majlis Rumah Terbuka semasa musim perayaan

supaya pemahaman antara kaum di Malaysia menjadi lebih dalam. Ada pelajar pula berpendapat

kelab dan persatuan harus dianggotai oleh pelbagai kaum dan bukan didominasi oleh satu kaum

sahaja. Walau bagaimanapun, ada seorang pelajar di antara responden tersebut tidak bersetuju

dengan konsep ‘1 Malaysia’ ini dan meminta untuk mengubahnya. Semua responden ini

mempunyai pandangan yang tersendiri dan oleh itu ianya tidak dikira betul mahupun salah.

Konkluisnya di sini, penginap-penginap di Kelompok Amanah masih memerlukan

pendedahan yang lebih banyak supaya penghayatan konsep ‘1 Malaysia’ antara penginap-

penginap tersebut dapat diperkasakan lagi.

| P a g e

Page 13: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

7. Lampiran

7. 1 Cara-Cara Dato’ Sri Najib Tun Razak mempromosikan ‘1 Malaysia’

Rajah 7.1 A – Laman Web Peribadi Dato’ Sri Najib Tun Razak

Rajah 7.1 B – FACEBOOK 1 Malaysia Fan Page

| P a g e

Page 14: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

Rajah 7.1 C – TWITTER @NaijbRazak

| P a g e

Page 15: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

7.2 Borang- Borang Soal Kaji Selidik

Rujuk Mukasurat Sebelah.

| P a g e

Page 16: Kertas Penyelidikan Pemahaman 1 Malaysia dalam kalangan pelajar Kelompok Amanah, UNITEN 2011

© 2011 KDKB 113

8. Rujukan

Berikut merupakan sumber rujukan saya :-

http://www.kpkk.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=1099%3Atranskrip-ucapan-yab-pm-di-majlis-pelancaran-program-1malaysia-bersama-rakyat-negeri-melaka&catid=174&lang=bm

www.1malaysia.com.my http://www.1malaysia.com.my/wp-content/uploads/2010/09/1MalaysiaBooklet.pdf http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia http://www.eng.usm.my/v3/index.php?

option=com_content&view=article&id=117%3Aprogram-1-malaysia-di-kampus-kejuruteraan&catid=1%3Alatest-news&lang=ms

http://www.facebook.com/group.php?gid=166361410463 http://twitter.com/#!/najibrazak

| P a g e