persepsi ibu bapa melayu muslim bandar terhadap …€¦ · diikuti dengan persepsi ibu bapa melayu...

34
PERSEPSI IBU BAPA MELAYU MUSLIM BANDAR TERHADAP PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NAZATUL AKMA BINTI ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 15-Nov-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI IBU BAPA MELAYU MUSLIM BANDAR TERHADAP

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

NAZATUL AKMA BINTI ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI IBU BAPA MELAYU MUSLIM BANDAR TERHADAP

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

NAZATUL AKMA BINTI ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Abah dan Mak tersayang…

Zakaria bin Hassan dan Arbaayah bt Hussain

Kau amat ku sayangi dan sanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari

anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda

lupakan hingga ke akhir hayat.

Adik-adik yang dikasihi,

Ijam, Aus, Eira dan Adik

Belajarlah bersungguh-sungguh.

Semoga kejayaan milik kalian.

Kalian cukup bermakna dalam hidupku.

Tidak lupa buat Pensyarahku...

Kalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-sahabat Seperjuangan...

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar

kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku

buat selama-lamanya.

Akhir sekali...

Terima kasih pada semua...

Terima kasih atas sokongan kalian...

Inilah hadiahku untuk kalian semua...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana

sanggup meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dan panduan yang diberikan

dalam menyiapkan projek sarjana muda ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Perpustakaan Utama dan Peringatan Za’ba dan lain-lain kerana

menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada penyelidik. Tidak

ketinggalan kepada sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana

sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada

penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat samada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T.

Sekian, Wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar

terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Responden bagi kajian ini adalah ibu bapa Melayu muslim bandar yang tinggal di

Taman Melur, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Populasi bagi kajian ini adalah

seramai 260 orang ibu bapa Melayu muslim bandar. Keseluruhan populasi menjadi

sampel kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal

selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan

skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis

menggunakan Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) versi 12.0

bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan

nilai Cronbach’s Alpha 0.896. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa

Melayu muslim bandar terhadap pemilikan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

sekolah menengah pada tahap min yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.03,

diikuti dengan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan

telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada tahap min yang

sederhana iaitu dengan nilai min 2.90 dan kecenderungan ibu bapa Melayu muslim

bandar untuk membelikan telefon bimbit kepada anak-anak berada pada tahap min

sederhana iaitu dengan nilai min 2.97. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah

yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa

akan datang.

vi

ABSTRACT

The research looked at the perception of muslim Malay parents in the urban

area on the use of handphone among secondary school students. The respondents of

this research were the muslim Malay parents in the urban area at Taman Melur,

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. The population of this research comprised of 260

of muslim Malay parents in the urban area. Overall populations were the research

sample for this study. This is a descriptive research which was using questionnaires

as the method. The questionnaires used Likert scales which contained 30 items. The

data gathered was analyzed using Statistical Packages For Social Sciences Windows

(SPSS) version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean of the

data. The results from the pilot of the study showed the value of Cronbach’s Alpha

which was 0.896. From the findings the perception of muslim Malay parents in the

urban area towards ownership handphone among secondary school students is at

medium with mean value at 3.03, followed by perception of muslim Malay parents in

the urban area towards on the use of handphone among secondary school students at

medium with mean 2.90 and the tendency of muslim Malay parents in the urban area

to buy a handphone to their children were the medium mean which was 2.97. At the

end of the study, the researcher had proposed several suggestions to the related

parties to ensure full attention was paid towards the studied problems. Suggestions

for further research were also been proposed for further research in the future.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SNGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Persepsi 11

viii

1.8.2 Ibu Bapa 11

1.8.3 Bandar 12

1.8.4 Penggunaan 12

1.8.5 Telefon 12

1.8.6 Telefon Bimbit 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Penggunaan Telefon Bimbit Hari Ini 15

2.2.1 Industri Telekomunikasi di Malaysia 15

2.2.2 Kemajuan Teknologi Maklumat dan 17

Komunikasi

2.2.3 Sejarah Perkembangan Telefon Bimbit 19

2.3 Perkembangan Teknologi Telefon Bimbit 21

2.4 Remaja dan Telefon Bimbit 24

2.4.1 Faktor-Faktor Penggunaan Telefon 27

Bimbit di Kalangan Pelajar

2.5 Remaja Dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 29

2.6 Larangan Penggunaan Telefon bimbit Di Sekolah 32

2.6 Peranan Ibu-bapa dalam mengawasi Remaja 33

2.7 Kajian-Kajian Lepas 37

2.8 Penutup 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 42

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 42

ix

3.5.1.1 Soal selidik 42

3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 45

3.6 Prosedur Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Kajian Sebenar 47

3.9 Jangka Masa Kajian 47

3.10 Analisis Data 48

3.11 Penutup 49

BAB 4 ANALISIS DATA 51

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Bahagian A : Analisis Data Latar Belakang Responden 51

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 52

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 52

Umur

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 53

Pekerjaan

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 53

Pendidikan

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 54

Bilangan Anak

4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut 55

Bilangan Tanggungan Yang Masih

Bersekolah

4.2.7 Latar Belakang Responden Mengikut 55

Pendapatan Keluarga

4.2.8 Latar Belakang Responden Mengikut 56

Jumlah Telefon Bimbit Yang Dimiliki

4.2.9 Latar Belakang Responden Mengikut 57

Jumlah Bilangan Anak Responden

Yang Mempunyai Telefon Bimbit

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 57

x

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 63

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 68

4.6 Analisis Keseluruhan 73

4.7 Penutup 78

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 79

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 80

5.2.2 Apakah Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim 82

Bandar Terhadap Pemilikan Telefon Bimbit

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

5.2.3 Apakah Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim 85

Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

5.2.4 Apakah Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar 87

Cenderung Untuk Membelikan Telefon Bimbit

Kepada Anak-Anak

5.3 Rumusan 90

5.3.1 Rumusan Apakah Persepsi Ibu Bapa Melayu 90

Muslim Bandar Terhadap Pemilikan Telefon Bimbit

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

5.3.2 Apakah Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim 90

Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

5.3.3 Apakah Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar 91

Cenderung Untuk Membelikan Telefon Bimbit

Kepada Anak-Anak

5.4 Cadangan 91

5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 92

5.4.2 Sekolah 92

5.4.3 Guru-Guru 93

5.4.4 Ibu Bapa 94

xi

5.4.5 Pelajar 94

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 95

5.6 Penutup 96

BIBLIOGRAFI 97

LAMPIRAN 105

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert 44

3.2 Klasifikasi item mengikut persoalan 45

kajian

3.3 Skala pemeringkatan Likert untuk min 49

3.4 Nilai skor min 49

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 53

4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan 53

4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 54

4.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan 55

Tanggungan Yang Masih Bersekolah

4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan 55

Keluarga

4.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah Telefon Bimbit 56

Yang Dimiliki

4.9 Taburan Responden Mengikut Jumlah Bilangan Anak 57

Responden Yang Mempunyai Telefon Bimbit

4.10 Taburan Skor Bagi Item Satu 58

4.11 Taburan Skor Bagi Item Dua 58

4.12 Taburan Skor Bagi Item Tiga 59

xiii

4.13 Taburan Skor Bagi Item Empat 59

4.14 Taburan Skor Bagi Item Lima 60

4.15 Taburan Skor Bagi Item Enam 60

4.16 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 61

4.17 Taburan Skor Bagi Item Lapan 61

4.18 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 62

4.19 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 62

4.20 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 63

4.21 Taburan Skor Bagi Item Dua belas 63

4.22 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 64

4.23 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 64

4.24 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 65

4.25 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 65

4.26 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 66

4.27 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 66

4.28 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 67

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua puluh 67

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 68

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 68

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 69

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 69

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 70

4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 70

4.36 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 71

4.37 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 71

4.38 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 72

4.39 Taburan Skor Bagi ItemTiga Puluh 72

4.40 Rumusan dapatan kajian Apakah Persepsi 73

Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap

Pemilikan Telefon Bimbit dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.

xiv

4.41 Rumusan dapatan kajian Apakah Persepsi 74

Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap

Penggunaan Telefon Bimbit dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah

4.42 Rumusan dapatan kajian Apakah Ibu Bapa Melayu 76

Muslim Bandar Cenderung Untuk Membelikan Telefon

Bimbit Kepada Anak-Anak

xv

SENARAI SINGKATAN

CAP - Persatuan Pengguna Pulau Pinang

3G - Third Generation GPS - Sistem Pengesan Global

GPRS - General Packet Radio Service

GSM - Sistem Global Komunikasi Mudah Alih

HSDPA - Pakej Capaian Muat turun Berkelajuan Tinggi

ICT - Information and Communication Technology

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Kongres - Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan

Pelajaran Malaysia

KS - Kurang Setuju

MCPSA - Pengerusi Badan Bertindak Penderaan Seksual

Kanak-Kanak

MMS - Khidmat Pesanan Multimedia

NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan

PDA - Telefon Pembantu Peribadi Digital

PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial

PPPM - Pesiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

S - Setuju

xvi

s.a.w Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala(Allah)

SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

SMS - Khidmat Pesanan Ringkas

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

VISA - Kad Visa Inernational

WAP - Wireless Application Protocol

xvii

SENARAI SIMBOL

a = Alpha

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 105

B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 111

(Fakulti Pendidikan)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini, era tanpa sempadan telah melanda seluruh masyarakat dunia seiring

dengan pembangunan pesat dalam teknologi digital. Fenomena ini menjadikan sistem

dan proses komunikasi semakin kompleks dalam kehidupan manusia. Dalam kajian

Ainal Akmar Haji Ahmad, (2004: 20), komunikasi didefinisikan sebagai hubungan dua

pihak iaitu antara pemberi dan penerima. Oleh yang demikian, komunikasi sentiasa ada

dalam kehidupan seseorang manusia dan setiap manusia tidak akan hidup tanpa

berkomunikasi antara satu sama lain. Secara logiknya, semua benda yang bernyawa akan

berkomunikasi tetapi dengan cara berkomunikasi sahaja yang berbeza.

Komunikasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan setiap saat dalam kehidupan

manusia. Di samping itu, proses komunikasi tiada permulaan dan tiada pengakhiran

kerana ia akan sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian seseorang individu. Menurut

Mohd Yusof Hussain et. al dalam penulisan Zulkifli Abd. Ghani, (2001: 3), definisi

komunikasi Islam ialah “sebagai proses menyampai atau bertukar perutusan dan

maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam al-

Quran dan al-Hadith”. Setiap individu muslim dianggap sebagai komunikator agama

2

atau Da’i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej menggunakan

keupayaan masing-masing. Di samping itu, menurut Mohd Yusuf Hussain (1986)

melalui analisis beliau telah mengemukakan beberapa prinsip komunikasi yang terdapat

dalam al-Quran (Zulkifli Abd. Ghani, 2001: 2). Firman Allah S.W.T:-

* ω = Ïtä† ª!$# tôγ yfø9 $# Ï™þθ¡9 $$Î/ z⎯ ÏΒ ÉΑ öθs) ø9 $# ωÎ) ⎯ tΒ zΟ Î=àß 4

tβ% x. uρ ª!$# $·è‹ Ïÿ xœ $̧ϑŠ Î=tã ∩⊇⊆∇∪

Maksudnya : “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar, lagi Maha mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)

Pendekatan dalam komunikasi Islam telah banyak memberi manfaat terhadap

seluruh manusia di muka bumi Allah S.W.T. Pada masa kini, wujudnya perkembangan

industri telekomunikasi yang begitu pantas dalam negara terutamanya dalam telefon

mudah alih atau lebih dikenali sebagai telefon bimbit untuk memudahkan cara

berkomunikasi antara manusia dengan manusia yang lain samada di desa mahupun di

bandar. Telefon bimbit merupakan suatu alat komunikasi yang amat penting dalam

hidup masyarakat (Ripaee Arip, 1994: 7).

Di Malaysia, terdapat wujudnya syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka

dunia seperti Nokia, Motorola, Sony Ericsson, Samsung, LG, Philips dan lain-lainnya

yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada perkembangan yang pesat

daripada industri telekomunikasi dalam negara (Mobile World, 2007: 77).

Teknologi telekomunikasi banyak mengubah gaya hidup manusia pada masa

kini. Misalnya, ia dapat di lihat dengan industri telekomunikasi di Malaysia telah

3

mengalami pertumbuhan yang begitu pesat. Oleh itu, telefon bimbit sudah menjadi satu

budaya di Malaysia (Majalah Mastika, 1994: 9).

1.2 Latar Belakang Masalah

Telefon bimbit adalah merupakan suatu alat komunikasi yang penting bagi

seseorang manusia untuk melakukan perhubungan samada jauh atau dekat. Telefon

bimbit juga telah berkembang dengan pesat dan memberikan ruang kepada seseorang

untuk berinteraksi merentasi jarak dan waktu (Norizah Aripin et. al, 2005: 2).

Pada hari ini, telefon bimbit hampir dimiliki oleh semua golongan termasuklah

golongan remaja, pelajar-pelajar universiti dan pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu,

penggunaan telefon bimbit, semakin meningkat dan mendapat perhatian dalam kalangan

generasi muda hari ini kerana mereka tidak mahu ketinggalan dalam era teknologi tanpa

sempadan (Ainal Akmar Haji Ahmad, 2004: 1).

Pada 31 Mac 2006, sebanyak 20694840 juta pengguna daripada kira-kira 25 juta

rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit. Statistik ini mencecah

kepada 92.5% kepada yang melanggan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2006: 8).

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah terdapat

akan kebaikan dan keburukan menggunakanya. Kebiasaanya, telefon bimbit sering

digunakan untuk aktiviti perniagaan, keakraban kekeluargaan dan lain-lain lagi. Kini,

telefon bimbit digunakan sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambang

status dan yang paling utama ialah sebagai keperluan (Shahril Anuar Abdul Ghalim,

Utusan Malaysia Online: 3 Januari 2006).

4

Namun, daripada kebaikan penggunaan telefon bimbit terdapat pelbagai isu yang

timbul daripada penggunaan telefon bimbit ini terutamanya dalam kalangan remaja iaitu

pelajar sekolah menengah. Isu penggunaan telefon bimbit di sekolah timbul apabila

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Sipon dalam kenyataanya 12 Januari lalu

membenarkan pelajar menggunakan telefon bimbit (Azman Che Man, Utusan Malaysia

Online: 23 Jan 2006).

Pada 18 Jan 2006, kabinet telah mengarahkan supaya kebenaran untuk pelajar

menggunakan telefon bimbit di sekolah di tarik balik. Arahan kabinet ini dibuat tujuh

hari selepas kementerian pelajaran membenarkan semula penggunaan telefon bimbit di

sekolah sejak larangan dikuatkuasakan pada 13 mei 1997. Pembatalan kebenaran

penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah berikutan daripada bantahan pelbagai pihak

iaitu ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan tokoh pendidik. Melalui

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ia tidak akan membantu

meningkatkan mutu pendidikan sebaliknya banyak menyumbang kepada masalah

disiplin sekolah (Zulkifli Jalil, Utusan Malaysia Online: 19 Jan 2006).

Sementara itu, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah diumumkan oleh

kerajaan ia tidak akan memberikan kesan terhadap pasaran telefon bimbit dalam

kalangan remaja yang di bawah umur 19 tahun kerana kemudahan itu boleh digunakan

lebih berkesan di luar kawasan sekolah (Shamshul Azree Samshir, Berita Harian: 25 Jan

2006).

Bekas ketua Pengarah pendidikan , Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula percaya,

pelbagai masalah akan timbul sekiranya para pelajar dibenarkan membawa telefon

bimbit di sekolah termasuk kes kecurian. Penggunaan telefon bimbit juga akan

menimbulkan jurang pemisah antara pelajar miskin dan kaya sehingga mencetus suasana

yang tidak harmoni (Utusan Malaysia Online: 14 Jan 2006).

5

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee

berkata, penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan salah laku moral yang akhirnya

menjejaskan dasar pendidikan negara. Menurutnya lagi, “Sebagai contoh, pelajar

mungkin akan menghendap dan merakam gambar pelajar atau guru perempuan di dalam

tandas”. Lebih dibimbangi sekiranya gambar ini disebarkan oleh pelajar yang tidak

bertanggungjawab menerusi telefon bimbit,” katanya (Zulkifli Jalil, Utusan Malaysia

Online: 19 Jan 2006).

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd Firdaus

Abdullah turut melahirkan kebimbanggan terhadap penggunaan telefon bimbit dalam

kalangan pelajar sekolah. Menurutnya lagi, “telefon bimbit boleh menyebabkan masalah

pencemaran bahasa, penyebaran gambar lucah, perhubungan bebas melalui telefon

dengan orang yang tidak dikenali yang seharusnya boleh menjurus kepada keruntuhan

moral. Malah dengan menggunakan telefon bimbit semasa waktu rehat, kemungkinan

para pelajar akan menggunakan untuk bermain ‘game’ atau SMS dan semua ini mampu

menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran,” katanya (Utusan Malaysia Online: 14

Jan 2006).

Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

(Kongres) yakin langkah menarik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah

mmapu memberikan kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

sekolah. Menurut Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Daud berkata, walaupun terdapat

kebaikan daripada penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar, akibatnya ia

membawa lebih banyak keburukan (Azman Che Man, Utusan Malaysia Online: 23 Jan

2006).

Oleh itu, melalui tinjauan Fatimah Haji Md Noor, masalah penggunaan telefon

bimbit perlulah di beri perhatian. Dengan itu, langkah melarang penggunaan telefon

bimbit di sekolah di anggap wajar. Larangan ini wajar diteruskan memandangkan

6

penggunaan telefon bimbit lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan

(http://www.brunet.bn/news/pelita/19sept/tinjau.htm).

Penjenayah seksual yang menggunakan telefon bimbit 3G boleh melakukan

aktivitinya dengan meluas di mana-mana sahaja berbanding dengan komputer yang

kadang-kala terpaksa digunakan di tempat yang terbuka yang boleh di lihat oleh orang

lain. Menjelaskan lebih lanjut perkara ini, Pengerusi Badan Bertindak Penderaan

Seksual Kanak-Kanak (MCPSA), Sabri Rahman berkata, aktiviti jenayah seksual adalah

berkonsepkan kerahsiaan dan berdiam diri. Dengan wujudnya teknologi 3G ini,

penularan gejala tidak sihat itu ke dalam kehidupan golongan muda akan menjadi serius.

Ini memandangkan 30 peratus daripada 14 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia

adalah merupakan golongan remaja (Zabry Mohamad, Utusan Malaysia Online: 22 Jun

2005).

Terdapat penghantaran SMS lucah yang kadang kala ia di hantar dalam bentuk

gambar grafik atau mengunakan perakam video. Penyebaran mesej lucah ini berlaku

dengan begitu pantas dan jika ia tidak di sekat mungkin akan merosakkan generasi muda

pada hari ini. Misalnya, dalam akhbar Metro, 22 Julai 2007: 6, seorang pelajar berusia

15 tahun, telah memutuskan hubungan dengan seseorang lelaki. Semasa berhubungan,

pelajar tersebut telah menghantar gambar lucah kepada teman lelakinya untuk sekadar

melayan nafsunya.

SMS adalah merupakan cinta popular dalam kalangan remaja. Pendapat ini

dinyatakan oleh presiden merangkap Pengurus Siemens Mobile Phones Malaysia, Alex

Wong. Beliau berkata, kajian yang telah dijalankan selama sebulan bermula November

2002 mendapati pada amnya komunikasi mudah alih turut memainkan peranan utama

dalam hidup berkasih sayang dan bagaimana teknologi ini dapat meningkatkan gaya

komunikasi di antara pasangan kekasih (Alex Wong, Berita Harian, 15 Februari 2003:

8).

7

Namun, terdapat kesan negatif bercinta melalui penggunaan SMS dalam telefon

bimbit iaitu akan menjadikan pelajar mengabaikan pelajaran, gangguan emosi jika

berlaku perpisahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya (Zainal Madon et. al,

2006: 207). Melalui Firman Allah S.W.T :

ä. øŒ $# uρ š−/ §‘ ’ Îû šÅ¡ø tΡ % Yæ•|Øn@ Zπ x‹ Åzuρ tβρ ߊ uρ Ìôγ yfø9 $# z⎯ ÏΒ

ÉΑ öθs) ø9 $# Íiρ߉äóø9 $$Î/ ÉΑ$|¹ Fψ $# uρ Ÿωuρ ⎯ ä3 s? z⎯ ÏiΒ t⎦, Î#Ï≈ tóø9 $# ∩⊄⊃∈∪

Maksudnya : “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai”.

(al-A’raaf: 205)

Baru-baru ini di negara kita dikejutkan dengan pelbagai program realiti di stesen

televisyen tempatan yang juga menimbulkan isu berkaitan dengan SMS. Melalui

perkhidmatan interaktif ini, penonton dapat melontarkan sebarang idea dan pandangan

terhadap sesuatu program yang dijalankan secara langsung. Misalnya dalam program

Akademi Fantasia iaitu program terbitan Astro. Melalui keputusan SMS, kedudukan dan

masa depan peserta bergantung kepada pengguna yang bertanggungjawab memilih

sesiapa yang layak untuk bertanding ke peringkat akhir. Ini secara tidak langsung

membawa kepada pembaziran masa dan wang. Golongan remaja adalah merupakan

golongan utama dalam mengundi rancangan realiti (Saharudin Musthapa, Mingguan

Malaysia, 22 Jun 2003: 16).

Oleh itu, Islam membenarkan manusia untuk mengambil sedikit ruang masa

untuk berhibur dan bergurau senda kerana ia adalah fitrah manusia (Mohd Khairuddin

Aman Razali at-Takiri MA, 2007: 28). Melalui Firman Allah S.W.T :

8

ÎóÇyèø9 $# uρ ∩⊇∪ ¨βÎ) z⎯≈ |¡ΣM}$# ’ Å∀ s9 Aô£ äz ∩⊄∪ ωÎ) t⎦⎪ Ï% ©!$# (#θãΖtΒ# u™

(#θè=Ïϑtã uρ ÏM≈ ysÎ=≈ ¢Á9 $# (# öθ|¹# uθs?uρ Èd, ysø9 $$Î/ (# öθ|¹# uθs?uρ Îö9¢Á9 $$Î/ ∩⊂∪

Maksudnya : “Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(al-Asr: 1-3)

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) : 4, telefon bimbit sebenarnya

memudaratkan kesihatan. Penggunaan telefon bimbit yang berterusan telah dikaitkan

dengan kehilangan daya ingatan, penyakit Parkinson, kelemahan sistem ketahanan

badan, penyakit buah pinggang, kecacatan ketika lahir, kanser dan banyak penyakit lain.

Telefon bimbit merupakan suatu keperluan bagi manusia untuk tujuan

kemudahan perhubungan. Justeru itu, penggunaanya seharusnya lebih mementingkan

norma-norma murni dalam kehidupan seharian.

1.3 Pernyataan Masalah

Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit kian meningkat dan mendapat perhatian

dalam kalangan generasi muda terutamanya kepada golongan remaja. Statistik

menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5 peratus adalah para remaja yang

menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,

2006: 11). Mereka ini tidak mahu ketinggalan dalam menggunakan kelengkapan yang

serba canggih ini kerana ia dapat banyak memberi kemudahan kepada penggunanya.

9

Dalam kepelbagaian penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah,

terdapat sebahagian pendapat yang melihat akan kebaikan dan keburukan terhadap

penggunaan telefon bimbit. Oleh itu, penyelidik ingin mengetahui apakah persepsi ibu-

bapa terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik.

Objektif tersebut adalah :

1.4.1 Mengenal pasti persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap pemilikan

telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

1.4.2 Mengenal pasti persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan

telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

1.4.3 Mengenal pasti kecenderungan ibu bapa Melayu muslim bandar untuk

membelikan telefon bimbit kepada anak-anak.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang

ingin dijawab ialah :

1.5.1 Apakah persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap pemilikan telefon

bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah?

1.5.2 Apakah persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon

bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah?

10

1.5.3 Apakah ibu bapa Melayu muslim bandar cenderung untuk membelikan telefon

bimbit kepada anak-anak?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap kajian yang dijalankan akan mendapat gambaran sebenar

kepada semua pihak mengenai “Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap

Penggunaan Telefon Bimbit dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. Terdapat

banyak kepentingan kajian ini dijalankan diantaranya ialah hasil kajian boleh digunakan

oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap

penggunaan dan pemilikan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Antara lain pihak

sekolah, kementerian dan ibu bapa juga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk mengambil langkah berhati-hati apabila hendak memberikan atau membelikan

telefon bimbit kepada anak-anak mereka. Kajian ini juga boleh digunakan oleh semua

pihak dalam isu penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah

pada masa akan datang.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di taman perumahan iaitu Taman Melur yang berada di

kawasan bandar Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Penduduk Taman Melur ini di huni

kebanyakan oleh orang Islam iaitu sebanyak 90 peratus (Diperolehi daripada Jabatan

Perangkaan, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan). Kajian hanya tertumpu kepada ibu bapa

Melayu muslim bandar di kawasan bandar Teluk Intan. Dalam kajian, kebolehpercayaan

data yang dikumpulkan bergantung kepada jawapan ibu bapa Melayu muslim sebagai

responden semasa menjawab soalan soal selidik yang diedarkan. Penyelidik memberikan

setiap satu set soal selidik kepada ibu bapa sebagai responden di dalam kajian.

11

Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh suasana dan peristiwa kajian yang dijalankan

oleh penyelidik. Oleh yang demikian, peristiwa yang terjadi semasa kajian dijalankan

tidak dapat memberi gambaran sebenar ibu bapa Melayu muslim di tempat yang lain.

Segala penemuan dan hasil kajian adalah terbatas kepada populasi kajian yang dikaji

oleh penyelidik.

1.8 Definisi Istilah

Tajuk kajian ini ialah “Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap

Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. Maka

definisi istilah ini akan berkaitan dengan tajuk kajian ini. Antaranya ialah :

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (2007: 1193), persepsi bermaksud gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan menerusi pancaindera

dan tanggapan. Persepsi dalam kajian ini ialah pendapat responden tentang sesuatu

perkara yang dikaji oleh penyelidik.

1.8.2 Ibu Bapa

Definisi ibu bapa yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah ibu bapa Melayu

muslim bandar yang mempunyai anak yang masih belajar di sekolah menegah dan

memiliki telefon bimbit.

12

1.8.3 Bandar

Menurut Kamus Dewan (2007: 119), bandar bermaksud tempat atau pusat yang

ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan (kota).

1.8.4 Penggunaan

Menurut Kamus Dewan (2007: 489), penggunaan bermaksud perihal (perbuatan,

kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu.

1.8.5 Telefon

Menurut Kamus Dewan (2007: 1634), telefon bermaksud alat untuk bercakap

dengan orang yang jauh (dengan menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan

satelit).

1.8.6 Telefon Bimbit

Telefon bimbit dalam kajian Ainal Akmar Haji Ahmad, (2004: 19), ialah

telefon digital yang mampu menerima maklumat perkhidmatan suara dan teks pesanan

ringkas yang dihubungi oleh salah sebuah jaringan telekomunikasi selular yang ada.

13

1.9 Penutup

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang penting dalam gaya hidup

seseorang manusia. Justeru itu, telefon bimbit merupakan alat keperluan yang mesti ada

dalam diri seseorang individu untuk memudahkan berinteraksi antara satu sama lain

sama ada jauh ataupun dekat. Melalui penggunaan telefon bimbit, terdapat akan

kebaikan dan keburukan dalam penggunaanya. Namun, industri telekomunikasi di

Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan pantas dan pesat.

Dalam bab 2, penyelidik akan menyorot kajian-kajian lepas yang berkaitan

dengan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon bimbit

dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Di samping itu, penyelidik akan

membincangkan mengenai persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan penyelidik

akan cuba membincangkan perkembangan semasa mengenai isu penggunaan telefon

bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.