pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan ... filedan buat anak-anak saudaraku faris,...
TRANSCRIPT
i
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU (TANAMAN HIASAN) DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH DAERAH SEGAMAT, JOHOR
NORSALIZA BT ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2006
ii
iii
DEDIKASI
Ingatan kasih sayang buat bondaku tercinta, Hjh Fatimah Bt Abdullah, semoga doa
dan restu kalian menjadi pendorong dan tulang belakang buat anakmu meneruskan
perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak.
Buatmu suamiku Sharman yang terlalu daku hormati, sanjunganmu sentiasa menjadi
tonggak pendokong sejati dalam perjuanganku ini. Terima kasih dariku.
Buat kakakku Normazani, terima kasih di atas pengorbanan yang telah diberikan
selama ini. Moga dilimpahi rahmat ke atas mu. Kepada abangku Fakhruddin dan
Yusri, terima kasih di atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.
Buat adik-adikku Salahuddin dan Najihan teruskan usaha murni kalian dalam mengejar
cita-cita. Semoga kalian terus berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi.
Dan buat anak-anak saudaraku Faris, Farah, Farhan dan Asyifa perjalanan hidup
kalian masih jauh. Hormatilah kedua ibu bapamu.
Semoga kita semua mendapat keredhaan dari- Nya
Amin Ya Rabalalamin……………..
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan rahmat Nya memberi kesabaran,
ketabahan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna dan kepada Nya jugalah saya
memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar NAbi Muhammad S.A.W.
Salam penghargaan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada Penyelia Projek
saya, En Mohsin Bin Uzir di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sehingga laporan
projek ini disiapkan. Juga tidak dilupakan,jutaan terima kasih buat para pensyarah dan
tenaga pengajar di Jabatan Teknik dan Vokasional dia atas segala ilmu dan kemahiran
yang dicurahkan
Terima kasih juga kepada Bahagian Penyelidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini.
Terima kasih kapada Jabatan Pendidikan Segamat, pengetua dan guru-guru
Kemahiran Hidup Daerah Segamat, Johor kerana meluangkan masa dan memberi
kerjasama yang baik.
Akhir sekali, ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan di atas
dorongan yang diberikan . Semoga jasa dan pengorbanan anda semua dianugerahi
keberkatan Illahi.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaplikasian kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (Tanaman Hiasan) di
Sekolah Menengah Rendah Daerah Segamat, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat sejauh mana pengaplikasian kemahiran berfikir sewaktu set induksi,
penyampaian isi, melakukan amali, menutup pelajaran dan membuat penilaian
pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden yang dikaji adalah
seramai 65 orang guru Kemahiran Hidup dan melibatkan 11 buah sekolah. Instrumen
kajian adalah soal selidik dan skala 5 (lima) mata telah digunakan untuk mendapatkan
maklumbalas jawapan responden. Segala data yang diperolehi telah diproses dengan
menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan peratus dan min. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pengajaran berada pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini, penyelidik telah
mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu seperti guru dan pihak-pihak
yang tertentu untuk kebaikan bersama di masa hadapan.
vi
ABSTRACTS
This research is conducted to identify the application of creative and critical
thinking in teacher’s teaching for Living Skills (Horticulture) subject in Sekolah
Menengah Rendah Daerah Segamat, Johor. The objective of this research is to observe
how far thinking skills are applied in induction set, contents, delivery, implementing
practical, teaching conclusion and carrying out teaching assessment while the teaching-
learning process is conducted in class. All respondents are 65 were examined which
involved 11 schools. Questionnaires and 5 point scales were used as the research
instruments to measure the respondent’s feedback. All the data that had been collected
are being processed with SPSS 12.0 software, which is based on percentage and min.
The obtained data shows that thinking skills are applied while the teaching-learning
process is conducted in class were in good hand. In the end of this research, the
researcher claims some suggestion to the teachers and particular party for our good
education in future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Am Kajian 10
1.4.1 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
viii
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Kementerian Pendidikan 11
1.6.2 Guru 12
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Terminologi 13
1.8.1 Pengaplikasian 13
1.8.2 Kemahiran Berfikir 13
1.8.2.1 Kemahiran Berfikir
Secara Kritis 14
1.8.2.2 Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif 14
1.8.3 Pengajaran 15
1.8.3.1 Set Induksi 16
1.8.3.2 Penyampaian Isi 16
1.8.3.3 Amali 16
1.8.3.4 Penutup Pengajaran 17
1.8.3.5 Penilaian Pengajaran 17
1.8.4 Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu
(Tanaman Hiasan) 18
1.9 Penutup 18
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Konsep Berfikir 19
2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 20
2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 21
2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis 22
ix
2.3.1 Penguasaan Peringkat Rendah 22
2.3.2 Penguasaan Peringkat Tinggi 23
2.3.3 Contoh-Contoh Kemahiran
Dalam Kemahiran Berfikir Secara
Kritis 24
2.3.3.1 Membanding Dan Membeza 24
2.3.3.2 Membuat Kategori/Klasifikasi 25
2.3.3.3 Menyusun Mengikut Urutan 25
2.3.3.4 Meneliti Bahagian-Bahagian
Kecil 26
2.3.3.5 Menerangkan Sebab-Sebab 27
2.3.3.6 Membuat Ramalan 27
2.3.3.7 Mengusul Periksa Andaian 28
2.3.3.8 Membuat Inferens 29
2.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif 29
2.4.1 Contoh-Contoh Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif 30
2.4.1.1 Mencipta Definisi 30
2.4.1.2 Mencipta Metafora 31
2.4.1.2 Menjana Dan Menghasilkan
Idea 31
2.4.1.3 Mencipta Analogi 32
2.5 Alat-Alat Berfikir Dalam Pengajaran 33
2.5.1 Soalan Dan Penyoalan 33
2.5.2 Alat CoRT 34
2.5.3 Pengurusan Grafik 34
2.5.4 Peta Minda 35
2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir
Dalam Pengajaran 35
x
2.7 Corak Pengajaran Guru 36
2.7.1 Set Induksi 37
2.7.2 Penyampaian Isi 38
2.7.3 Amali 39
2.7.4 Menutup Pengajaran 40
2.7.5 Membuat Penilaian 40
2.8 Penutup 41
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 43
3.4 Instrumen Kajian 44
3.4.1 Kajian Rintis 46
3.4.1.1 Keboleh Percayaan Soal
Selidik 47
3.4.1.2 Keesahan Soal Selidik 48
3.4.2 Prosedur Kajian 49
3.4.3 Analisis Data 49
3.5 Penutup 51
BAB IV ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 52
xi
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 53
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan 54
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 54
4.3 Analisis Bahagian B 55
4.4 Analisis Persoalan Kajian Pertama 55
4.5 Analisis Persoalan Kajian Kedua 59
4.6 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 62
4.7 Analisis Persoalan Kajian Keempat 65
4.8 Analisis Persoalan Kajian Kelima 68
4.9 Analisis Keseluruhan 72
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan 74
5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 74
5.3.2 Perbincangan Keseluruhan Persoalan
Kajian 75
5.3.3 Pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis 78
5.3.4 Pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif 80
5.3.5 Secara Pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif 84
xii
5.3.6 Pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Dalam
Corak Pengajaran Guru 87
5.3 Rumusan 91
5.4 Cadangan
5.4.1 Kepada Guru 92
5.4.2 Kepada Sekolah 92
5.4.2 Kementerian Pendidikan 92
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.4 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN
Lampiran A – E 99 - 124
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Kajian
Yang Digunakan 43
3.2 Kandungan Jenis-Jenis Kemahiran
Berfikir 45
3.3 Kandungan Kemahiran Berfikir Dalam
Corak Pengajaran Guru 45
3.4 Analisis Purata Nilai Alpha
Berdasarkan Persoalan Kajian 48
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 50
3.6 Perubahan Markat dan Skala 50
3.7 Markat Skala Likert 3 Mata 51
4.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina 53
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 53
4.3 Taburan Responden Mengikut
Pendidikan 54
4.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 54
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Set Induksi Dalam Pengajaran 56
xiv
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Penyampaian Isi Pelajaran 59
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Melakukan Amali 62
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Bagi Pengaplikasian KBKK
Semasa Menutup Pengajaran 65
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min BAgi Pengaplikasian KBKK
Semasa Membuat Penilaian 68
4.10 Analisis Persoalan Kajian 72
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
5.1 Pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Dalam
Corak Pengajaran Guru 90
xvi
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
NO. - Nombor
HOKI - Hemisfera Otak Kiri
HOKA - Hemisfera Otak Kanan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
MSC - Multimedia Super Coridor
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
P & P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SPSS - Statistical Package For Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik 99
B Surat Kebenaran EPRD 105
C Surat Kebenaran JPNJ 109
D Surat Kebenaran UTM 111
E Surat Pengesahan Soal Selidik 113
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Di Malaysia, sistem pendidikan sekarang ini bukan sahaja menekankan kepada sistem
3 M iaitu membaca, menulis dan mengira bahkan menekankan kepada kemahiran berfikir,
kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi. Bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di
Malaysia yang telah sedia ada sekarang, pelbagai program sedang dirancang dan akan
dilaksanakan.
Mengikut pernyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Tun Dr
Mahathir Mohammad iaitu Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan
dunia ketiga. Bagi menempuh perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi kedua,
piawai baru perlu ditetapkan dan kejayaan perlu dicapai. Kenyataan Dr Mahathir ini
merupakan amanat yang penting bagi semua masyarakat di Malaysia terutama bagi generasi
baru. Perkara ini berketepatan dengan ucapan beliau yang menyatakan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua warganegaranya menggunakan
sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni minda dan bukan di antara dua
bahu iaitu kekuatan atau apa juga yang berada di antara dua tapak kaki iaitu sumber
semulajadi (Som dan Mohd Dahalan, 2000).
2
Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020, segala urusan yang berkaitan dengan
pendidikan mestilah menjurus kearah melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,
emosi, intelek dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Tidak dinafikan bahawa kemajuan dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung
kepada rakyat yang dapat menggunakan kebijaksanaan dan kuasa mindanya seperti mana
yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Brazil, Luis Alberto Machado:
‘The level of development a country is determined, in considerable part, by the level;
of its people intelligence……..’
(Som dan Mohd Dahalan,2000)
Dalam proses pemerolehan ilmu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
perlu dijadikan satu landasan. Justeru itu, kemahiran berfikir harus dilatih kepada pelajar
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak
tanpa bergantung kepada orang lain.
Pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil
perubahan dalam reformasi pendidikannya. reformasi ini telah dilaksanakan bagi
memantapkan budaya ilmu di mana terangkum di dalamnya kemahiran berfikir. Oleh itu,
dari masa ke semasa penerapan kemahiran berfikir ke dalam pengajaran dan pembelajaran
telah diubahsuai mengikut keperluan.
K P M telah melaksanakan beberapa perubahan berhubung kemahiran berfikir dalam
pendidikan, di antaranya :
i. Latihan dalam perkhidmatan tentang kemahiran berfikir
secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia dilaksanakan;
ii. Bagi tahun 2000 salah satu saranan kerja utama K P M adalah memastikan
bahawa 60 peratus soalan peperiksaan merupakan soalan pemikiran kritis
dan kreatif ; dan
3
iii. Format baru soalan diperkenalkan pada tahun 2000 di semua peringkat
peperiksaan sama ada peringkat rendah (UPSR), sekolah menengah (PMR &
SPM) mahupun peringkat pengajian tinggi. Format baru ini lebih menguji
minda dan tahap keintelektualan pelajar.
(Shahril @ Charil & Habib.1999)
Pada tahun 1994, Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor sebagai
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, telah mengumumkan bahawa soalan-soalan
peperiksaan yang lebih bercorak analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran secara
kritis dan kreatif akan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Pada masa yang sama pula,
Menteri Pendidikan iaitu Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud mengumumkan bahawa Piagam
Pelanggan Kementerian termaktub bahawa menjelang tahun 2000 semua soalan peperiksaan
perlu ke arah menggalakkan pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif.
(Som & Mohd Dahalan, 2000).
Sekiranya dilihat dari perspektif Islam, perkataan akal disebut sebanyak 40 kali.
Perkara ini, membuktikan Islam mahukan umatnya berfikir bagi kesejahteraan hidup
individu, masyarakat dan negara. Amalan berfikir ini perlu dididik kepada pelajar dari awal
lagi bagi menggelakkan kesilapan semasa membuat keputusan. Perkara ini merujuk kepada
amalan berfikir yang sering dikaitkan dengan akal dan minda. Firman Allah yang
bermaksud:
‘Dan kebanyakkan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan kebenaran (iktikad).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa mereka melakukannya’.
(Surah Yunus ayat 36)
4
Daripada terjemahan surah di atas membuktikan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu
dicari dengan amalan berfikir. Umat Islam dilarang menggunakan sebarang sangkaan dalam
menentukan sesuatu keputusan, dimana sesuatu sangkaan itu akan menyebabkan timbulnya
masalah di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan
pencipta-Nya.
1.2 Latar belakang Masalah
Dekad ini merupakan zaman persaingan yang memerlukan kekuatan fikiran dan
minda di mana penguasaan pengetahuan lebih penting kesan daripada ledakan teknologi
maklumat. Berikutan itu, kerajaan telah melancarkan Multimedia Super Coridor (MSC) bagi
menghadapi persaingan global pada abad ke-21 di mana kekuatan minda akan membolehkan
negara kita mendahului negara-negara yang lain.
Di Malaysia, bagi mendapat saranan yang utama dalam FPN kepentingan terhadap
perkembangan daya intelek seseorang dititikberatkan. Begitu juga dengan kemahiran berfikir
yang sudah lama diperkenalkan, tetapi penggunaannya dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran mula dibincangkan secara serius pada sekitar penghujung tahun 80 an (Samsu
Yaacob, 1996).
Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan
matlamat FPN. Keperluan untuk mengembangkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar
bagi meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dirasakan
penting untuk mewujudkan masyarakat yang mampu berfikir. Antara objektif KBSM (1992)
adalah menjurus kepada perkembangan dan peningkatan intelek serta pemikiran yang
rasional. Perkembangan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Lee Gwo Jiuh,1993).
5
Penggubalan kurikulum bersesuaian dengan kehidupan yang lebih mencabar dalam
dunia berteknologi tinggi masa kini KBKK amat penting bagi membantu pelajar. Di samping
itu, KBKK dirasakan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran
mereka, memupuk pelajar yang berdaya fikir, memperkembangkan daya intelek pelajar dan
membantu pelajar bagi mengelak berlakunya kesilapan semasa berfikir. Dalam pengajaran
harian guru KBKK perlu disebatikan supaya pelajar-pelajar dapat memikirkan apa yang akan
dipelajari dan apa dapatan hasil pembelajaran mereka. ( Poh Swee Hiang,1999 ).
Disamping itu juga, pembangunan sumber tenaga manusia amat diperlukan.
Kepentingan membangunkan sumber tenaga manusia dalam kemahiran berfikir juga
ditekankan oleh Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Tun Dr Mahathir Mohammad seperti
berikut :
“…amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah
bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah
sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita
yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya. Malaysia
mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber
yang amat penting ini.”
( Lee Gwo Jiuh,1993)
Penekanan yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Tun Dr Mahathir
Mohammad ini menjurus kepada pembangunan sumber manusia yang berteraskan
penggunaan otak iaitu akal atau minda. Perkara ini dapat dilihat bahawa berfikir merupakan
salah satu sumber dalam pembangunan negara. Bagi memenuhi kehendak F P N, penggunaan
akal dapat melahirkan bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha dalam melakukan sesuatu
perkara seterusnya lahirlah masyarakat yang berdaya saing dalam semua bidang khususnya
bidang pendidikan
6
K P M (1997) telah menyarankan penggunaan KBKK dalam proses P&P bagi semua
mata pelajaran di peringkat pengajian di Malaysia bagi melahirkan insan atau masyarakat
yang progresif, berdaya fikir yang tinggi, inovatif dan memandang jauh kehadapan.
Sekiranya seseorang pelajar dapat menguasai KBKK sepenuhnya, mereka akan
menjadi seorang pemikir yang baik. Berikutan itu, untuk melahirkan seorang pemikir yang
tinggi daya intelek dan mindanya mereka perlulah dilatih dengan aktiviti-aktiviti yang lebih
menjurus kepada kemahiran berfikir. Menurut Falkof dan Moss (1994) ) menyatakan dalam
kertas Kerja VI, Md Idris (1999):
‘Penyoalan yang dirancang dengan baik merupakan teknik yang paling asas
digunakan oleh guru untuk merangsang pelajar berfikir. Aras soalan yang digunakan
oleh guru akan mendorong pelajar berfikir pada tahap pemikiran aras rendah atau
aras tinggi yang sepada. Penggunaan soalan aras tinggi akan mendorong pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif manakala penggunaan soalan aras rendah akan
menggalakkan pelajar mengingat sahaja’.
Daripada kenyataan Falkof dan Moss ini, dalam usaha memperkembangkan daya
intelek pelajar guru adalah merupakan watak yang penting, maka dengan itu, di dalam
pengajaran perlu diaplikasi kemahiran berfikir yang telah dirancang dengan sempurna
mengikut perancangannya.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Chen Cheu Fong (1999) keatas pelajar-pelajar
tahun 6 (enam) dalam mata pelajaran Sains mendapati ramai pelajar yang masih belum
menguasai KBKK dengan baik. Kelemahan guru untuk menguasai pengetahuan asas terhadap
komponen-komponen KBKK, adalah merupakan salah satu faktor tersebut. KBKK yang
wujud dalam kurikulum sekolah telah dibuat secara implisit iaitu kemahiran berfikir yang
dipupuk secara tidak langsung melalui mata pelajaran yang diajar.
7
Hasil daripada kajian yang beliau laksanakan jelas menunjukkan bahawa guru kurang
memberi tumpuan terhadap komponen-komponen KBKK. Ini disebabkan kerana guru-guru
belum bersedia dan tidak begitu yakin dengan kaedah mengajar yang menggunakan
pendekatan KBKK. Kurangnya penekanan terhadap KBKK diberikan bagi persediaan guru-
guru menerapkan KBKK di dalam pengajaran mereka merupakan salah satu dapatan kajian
beliau ialah semasa di maktab perguruan.
Kajian yang dilakukan oleh Sanif (2002) pula,mendapati penggunaan teknik-teknik
penyebatian KBKK di dalam pengajaran adalah tahap sederhana iaitu 76.18% dan kaedah
penyebatian KBKK dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu
pada tahap sederhana iaitu 73.5%. Responden beliau terdiri daripada sebahagian mempunyai
ijazah dan manakala sebahagian terdiri daripada guru yang sudah lama mengajar (veteran).
Guru-guru veteran kurang memberi penumpuan terhadap KBKK.
Bagi kajian yang telah di lakukan oleh Sufean (1995), ke atas mahasiswa yang
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana terdiri daripada guru-guru, pensyarah kolej
dan guru-guru besar. Daripada kajian asas yang di lakukan ke atas responden di mana ½ (satu
per dua) mempunyai sarjana pendidikan dalam kemahiran berfikir, ¼ (satu per empat)
memiliki ijazah dalam kemahiran berfikir manakala 1/5 (satu per lima) langsung tidak
memiliki kemahiran berfikir.
Hasil daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa sekumpulan kecil mahasiswa
yang telah keluar sebagai pendidik dari pusat pengajian tinggi masih belum dapat menguasai
sepenuhnya KBKK. Kajian ini juga mendapati kebolehan bakal guru siswazah tidak
mencapai tahap kecemerlangan seperti kebolehan mengkritik, kebolehan mengemukakan idea
dan memberikan cadangan yang relevan. Berikutan itu, guru-guru sepatutnya mempersiapkan
diri mereka dengan kemahiran-kemahiran seperti yang dinyatakan di atas bagi mencapai
kehendak F P N.
8
Kenyataan ini disokong oleh Nafsiah (1999), iaitu menurut beliau ia mendapati
kemahiran menterjemahkan kepada bahasa matematik adalah salah satu jenis kemahiran
berfikir yang penting. Ia merupakan asas kepada penyelesaian sesuatu masalah.
Permasalahan yang wujud dapat diatasi oleh pelajar dengan lebih mudah sekiranya mereka
mahir menterjemahkan bahasa matematik. Kajian yang beliau lakukan juga telah
menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru bersetuju bahawa alat-alat berfikir dalam buku
teks dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep terutama sekali pelajar-pelajar yang
lemah dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. Bagi merangsangkan minda pelajar
ke arah penyelesaian sesuatu masalah, teknik penyoalan yang terancang juga patut diberi
penekanan.
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberi
penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kementerian
Pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-
guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya diperingkat sekolah, peringkat daerah, peringkat
negeri dan peringkat kebangsaan sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, unsur-unsur teras Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), cuma
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan
semakin terabai.
(Rafiei,1999)
Pada dasarnya ramai pihak yang bersetuju dengan pentingnya melaksanakan
kemahiran berfikir di sekolah, namun kesannya hingga kini belum begitu ketara dan tidak
memberangsangkan.
(Zol Azlan,2000)
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) juga tidak kurang
pentingnya. P&P hendaklah dilakukan dalam berbagai bentuk aktiviti dan kerja praktis
mengikut huraian sukatan pelajaran. Guru-guru juga dikehendaki menyampaikan isi
9
pengajaran mereka dengan pelbagai cara semasa sesuatu bentuk aktiviti dan kerja praktis
dijalankan agar pengetahuan dapat disampaikan. Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan
guru adalah seperti membuat projek, simulasi, kajian kes, tunjuk cara, lawatan, main peranan
dan sumbangsaran. Pelbagai alat bantuan mengajar seperti gambar rajah, poster, carta dan
sebagainya untuk memudahkan penerangan dan tunjuk cara yang dibuat yang perlu dilakukan
oleh guru untuk mendalami tahap pemahaman pelajar mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Azrul (2001), menjelaskan bahawa sekiranya guru
mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran kelebihan akan diperolehi dengan memudahkan
lagi tahap pemahaman pelajar. Pelajar dapat melaksanakan tugasan mereka tanpa
mengharapkan bantuan orang lain. Guru merupakan pemangkin bagi mereka dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan berkenaan. Pelajar-pelajar juga dapat menghasilkan idea-idea
yang bernas. Namun segala perlakuan pelajar semasa amali adalah di dalam pengawasan
guru.
Namun demikian pengaplikasian KBKK yang tidak dijalankan dengan sempurna akan
mendatangkan kesan buruk terhadap pendidikan Negara. Di dalam huraian sukatan Mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Tanaman Hiasan), rata-rata dari isi pelajarannya
berasaskan konsep dan memerlukan pelajar menguasai sepenuhnya ilmu tersebut.
P&P yang tidak berkesan akan mendatangkan kesan yang buruk di dalam mata
pelajaran ini. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membuat analisis yang membawa
kesimpulan bahawa ramai calon memberi jawapan salah bagi soalan berbentuk KBKK
(Berita Harian,1999). Selain itu, Datuk Seri Najib, ketika menjawat jawatan Menteri
Pendidikan pernah mengadakan sidang akhbar pada November 1999. Beliau telah mengulas
mengenai salah satu faktor kemerosotan keputusan peperiksaan, iaitu peningkatan soalan
yang bercorak KBKK bagi semua kertas.
10
Berdasarkan kepada permasalahan ini, apakah semua guru telah diberikan atau
menerima latihan yang secukupnya dari segi penerapan unsur KBKK dalam pengajaran serta
dalam pembinaan soalan. Persoalan yang timbul sekarang, apakah guru-guru tidak
mengaplikasikan dengan sempurna KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini perlulah dilakukan untuk melihat corak pengajaran guru-guru semasa set
induksi, semasa menyampaikan isi pelajaran, semasa melakukan amali, semasa menutup
pengajaran dan semasa membuat penilaian pengajaran dalam mengaplikasikan kemahiran
berfikir bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Tanaman Hiasan) peringkat
Menengah Rendah Daerah Segamat, Johor Darul Takzim.
1.4 Objektif kajian
Objektif am kajian ini adalah untuk melihat aspek pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dalam pengajaran guru-guru Sekolah Menengah Rendah
Kebangsaan Daerah Segamat, Johor Darul Takzim.
11
1.4.1 Objektif khusus
1.4.1.1 Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif semasa set induksi yang dilaksanakan oleh guru-guru ;
1.4.1.2 Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif semasa penyampaian isi pelajaran ;
1.4.1.3 Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif semasa melakukan aktiviti semasa kerja amali ;
1.4.1.4 Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa guru-guru menutup dan mengakhiri pengajaran ; dan
1.4.1.5 Meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa membuat sesuatu penilaian.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa pendekatan set induksi
dalam pengajaran mereka?
1.5.2 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa penyampaian
isi pelajaran yang telah dirancangkan?
1.5.3 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa melakukan sebarang
aktiviti seperti amali dalam pengajaran mereka?
1.5.4 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa mengakhiri
pengajaran mereka?
1.5.5 Adakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa membuat sesuatu
penilaian?
12
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hasil daripada kajian ini, maklumat yang diperolehi akan dapat membantu pihak-
pihak KPM bagi memantau pengaplikasikan KBKK oleh guru-guru disekolah. Disamping
itu, KPM juga dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan guru terhadap KBKK untuk
diaplikasikan dalam pengajaran mereka, seterusnya dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.
1.6.2 Guru
Secara tidak langsung, kajian yang dilakukan ini dapat memberikan pendedahan
kepada guru-guru mengenai kepentingan menguasai KBKK dalam proses P&P. Perubahan
yang besar terhadap pembelajaran pelajar terutamanya dalam perkembangan intelek pelajar
akan diperolehi sekiranya KBKK yang dilaksanakan mengikut perancangannya. Bagi
memenuhi kandungan yang termaktub dalam FPN, hasil daripada kajian ini juga dapat
membantu guru-guru membuat penilaian mengenai pengajaran yang telah dijalankan
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dilakukan ini adalah bagi melihat pengaplikasian Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Tanaman
Hiasan). Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga untuk melihat corak pengajaran guru
dalam penyampaian isi pelajaran kepada para pelajar.