pengamalan muzik tradisional taboh dalam … · 73 journal of borneo kalimantan, institute of...

8
71 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM BUDAYA IBAN DI SARAWAK Noria Tugang* Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan, Malaysia Anna Durin Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan, Malaysia *Corresponding author E-mail: [email protected] ABSTRACT In the Iban society, taboh is one of thier tradisional music. Taboh refers to the tune produced by Iban tradision- al music intrument. Taboh has a special place amongst the Iban soceity in Sarawak. This is because taboh is considered as a cultural identity despite relationship between the Iban people or between the Iban people and the gods and supernatural beings. Taboh is not just a tune produced by the musical intruments but also brings symbolic meaning and certain philosophy. Hence, taboh is still a relevant pratice until today. There are few musical intruments played in the taboh Iban music namely gendang, engkerumong, tawak and bebendai. How- ever, tawak is the main musical instrument used to produce taboh amongst the Iban music. Performance of the taboh music vary according to occasion. Occasion namely such as ajat dance and ngajat, a new longhouse was built, blessing of new longhouse, uncloud moon esclipse, healing ritual, and gawai kenyalang festival. Apart from that, is also played for gawai ritual spesifically gawai naku antu pala, also to summon the gods and supernatural beings two week before gawai festival. Summon of gods is to get blessing in the Iban daily life. Taboh is also used as a mesengger for all the Iban longhouse. Key Words: Taboh, Iban Tradisional Dance, Symbol, Festival, Gods ABSTRAK Dalam masyarakat Iban, ada sejenis muzik tradisional yang dikenali sebagai taboh. Taboh ialah bermaksud bunyi-bunyi alat muzik yang dihasilkan menerusi permainan alat muzik tradisional masyarakat Iban. Taboh mempunyai tempat yang amat penting dan istimewa dalam masyarakat Iban.Ini kerana taboh dianggap se- bagai simbol identiti atau pengenalan diri orang Iban, sama ada di antara orang Iban dengan orang Iban atau di antara orang Iban dengan petara (tuhan) mereka atau kuasa-kuasa luar biasa yang lain. Taboh bukan sahaja merupakan bunyi objek yang dihasilkan melalui permainan alat muzik dan menghasilkan bunyi-bunyi yang sedap didengar, malah merupakan suatu bunyi yang mempunyai makna simbolik dan falsafah tertentu. Justeru itu, pengamalan taboh dalam budaya Iban masih relevan sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa alat muzik tradisional taboh, iaitu gendang, engkerumong, tawak dan bebendai, namun tawak merupakan alat muzik utama yang dimainkan dalam kesemua muzik taboh Iban. Dalam budaya Iban, muzik taboh dimainkan bergantung kepada keperluan sesuatu keramaian itu, contohnya apabila masyarakat Iban mengadakan tarian Ajat, mendirikan tiang untuk pembinaan rumah panjang baru, ritual gawai bagi memberkati rumah panjang baru, menghidupkan bulan gerhana, taboh untuk ritual gawai naku antu pala, taboh memanggil petara (tu- han) turun dari langit dua minggu sebelum masyarakat Iban mengadakan ritual gawai, taboh untuk mendi- rikan pandong gawai, taboh untuk mengubatan orang sakit, taboh untuk ritual gawai kenyalang dan taboh untuk memberitahu ada berlaku kecemasan di rumah panjang. Tujuan muzik taboh dimainkan dalam ritu-

Upload: vudien

Post on 11-Jul-2018

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

71 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM BUDAYA IBAN DI SARAWAK

Noria Tugang*Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak

Kota Samarahan, Malaysia

Anna DurinFakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak

Kota Samarahan, Malaysia

*Corresponding authorE-mail: [email protected]

ABSTRACT

In the Iban society, taboh is one of thier tradisional music. Taboh refers to the tune produced by Iban tradision-al music intrument. Taboh has a special place amongst the Iban soceity in Sarawak. This is because taboh is considered as a cultural identity despite relationship between the Iban people or between the Iban people and the gods and supernatural beings. Taboh is not just a tune produced by the musical intruments but also brings symbolic meaning and certain philosophy. Hence, taboh is still a relevant pratice until today. There are few musical intruments played in the taboh Iban music namely gendang, engkerumong, tawak and bebendai. How-ever, tawak is the main musical instrument used to produce taboh amongst the Iban music. Performance of the taboh music vary according to occasion. Occasion namely such as ajat dance and ngajat, a new longhouse was built, blessing of new longhouse, uncloud moon esclipse, healing ritual, and gawai kenyalang festival. Apart from that, is also played for gawai ritual spesifically gawai naku antu pala, also to summon the gods and supernatural beings two week before gawai festival. Summon of gods is to get blessing in the Iban daily life. Taboh is also used as a mesengger for all the Iban longhouse.

Key Words: Taboh, Iban Tradisional Dance, Symbol, Festival, Gods

ABSTRAK

Dalam masyarakat Iban, ada sejenis muzik tradisional yang dikenali sebagai taboh. Taboh ialah bermaksud bunyi-bunyi alat muzik yang dihasilkan menerusi permainan alat muzik tradisional masyarakat Iban. Taboh mempunyai tempat yang amat penting dan istimewa dalam masyarakat Iban.Ini kerana taboh dianggap se-bagai simbol identiti atau pengenalan diri orang Iban, sama ada di antara orang Iban dengan orang Iban atau di antara orang Iban dengan petara (tuhan) mereka atau kuasa-kuasa luar biasa yang lain. Taboh bukan sahaja merupakan bunyi objek yang dihasilkan melalui permainan alat muzik dan menghasilkan bunyi-bunyi yang sedap didengar, malah merupakan suatu bunyi yang mempunyai makna simbolik dan falsafah tertentu. Justeru itu, pengamalan taboh dalam budaya Iban masih relevan sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa alat muzik tradisional taboh, iaitu gendang, engkerumong, tawak dan bebendai, namun tawak merupakan alat muzik utama yang dimainkan dalam kesemua muzik taboh Iban. Dalam budaya Iban, muzik taboh dimainkan bergantung kepada keperluan sesuatu keramaian itu, contohnya apabila masyarakat Iban mengadakan tarian Ajat, mendirikan tiang untuk pembinaan rumah panjang baru, ritual gawai bagi memberkati rumah panjang baru, menghidupkan bulan gerhana, taboh untuk ritual gawai naku antu pala, taboh memanggil petara (tu-han) turun dari langit dua minggu sebelum masyarakat Iban mengadakan ritual gawai, taboh untuk mendi-rikan pandong gawai, taboh untuk mengubatan orang sakit, taboh untuk ritual gawai kenyalang dan taboh untuk memberitahu ada berlaku kecemasan di rumah panjang. Tujuan muzik taboh dimainkan dalam ritu-

Page 2: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

72Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

al-ritual masyarakat Iban, kecuali ajat (tarian) dan ngajat (menari) untuk menjemput petara dan kuasa luar biasa lain untuk turun dari langit bagi memberi segala kesempurnaan kepada pekerjaan masyarakat Iban.

Kata Kunci: Taboh, Ajat, Simbol, Gawai, Tuhan

PENGENALAN

Penyelidikan ini fokus kepada muzik tradisional taboh dalam masyarakat Iban di Sarawak. Objektif penyelidi-kan ini ialah menyelidik alatan muzik tradisional taboh dan menyelidik fungsi dan peranan muzik taboh terse-but serta meneliti cabaran dan kekangan pengamalan muzik tradisional taboh pada masa kini dalam budaya dan masyarakat Iban di Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu pengumpulan data menerusi kajian kerja lapangan di lokasi yang telah ditetapkan. Manakala, kaedah pemerhatian turut serta dilakukan di rumah panjang Ibol, Bahagian Sri Aman, Bahagian Kapit dan Bintulu, Sarawak. Penyelidik turut serta dalam menguruskan acara ritual gawai yang telah berlangsung di rumah panjang Ibol, Kapit dan Bin-tulu tersebut yang melibatkan penggunaan muzik tradisional taboh secara langsung. Dalam penyelidikan ini kaedah Kerja Lapangan digunakan bertujuan mendapatkan maklumat kualitatif secara langsung (first hand in-formation) yang asli/primer dan tepat. Kerja lapangan ini telah dijalankan di beberapa buah tempat di seluruh Sarawak, iaitu Bahagian Sri Aman, Bahagian Kapit dan Bintulu, Sarawak. Temu bual telah dijalankan dengan beberapa orang individu yang telah dikenalpasti kepakaran mereka dalam bidang muzik tradisional taboh da-lam budaya dan masyarakat Iban. Antara mereka yang telah ditemu bual ialah Uma Anak Kujat (pakar dalam memainkan alatan muzik tradisional taboh), Tugang Anak Rima (penggemar alatan muzik tradisional taboh), Long Anak Mang (seorang lemambang (pakar ritual orang Iban) dan seorang yang pakar dalam memainkan alatan muzik tradisional taboh), dan Unsa Anak Meringai (yang merupakan seorang lemambang (pakar ritual orang Iban) dan pakar dalam memainkan semua alatan muzik tradisional taboh).

Dalam penyelidikan ini pelbagai soalan telah digunakan untuk menemubual para informan pakar, iaitu antaranya ialah apakah ia muzik tradisional taboh? Bilakah muzik tradisional taboh itu dimainkan? Siapakah yang memainkan muzik tradisional taboh? Di manakah muzik tradisional taboh itu dimainkan? Mengapakah muzik tradisional itu dimainkan? Bagaimanakah muzik tradisional itu dipersembahan?

Dalam masyarakat Iban, ada sejenis muzik yang dikenali sebagai taboh. Taboh ialah merupakan muz-ik tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Muzik taboh telah wujud dalam masyarakat Iban sejak berkurun lamanya, namun tarikh sebenar tentang kewujudannya tidak dapat dipastikan. Perkataan taboh bermaksud bunyi-bunyi alat muzik tradisional Iban, manakala betaboh ialah perbuatan bermain alat-alat muzik tradisional tersebut.

Alat-alat muzik tradisional Iban taboh ini terdiri daripada empat alat utama, iaitu tawak, gendang, eng-kerumong dan bebendai. Daripada keempat-empat peralatan muzik tersebut, peralatan muzik yang dinamakan tawak ialah peralatan alat muzik utama dalam kategori muzik tradisional Iban di Sarawak. Masyarakat Iban bermain muzik taboh pada masa-masa yang tertentu sahaja, misalnya jika mereka ada mengadakan sesuatu perayaan atau keramaian seperti perayaan Hari Gawai Dayak, ritual-ritual gawai masyarakat Iban, mendirikan rumah panjang baru, memberkati rumah panjang yang baru siap dibina, menghidupkan bulan gerhana, istiadat perkahwinan, ritual memberi anak mandi di sungai dan taboh sebagai tanda ada berlakunya kecemasan di rumah-rumah panjang misalnya berlaku kebakaran dan kematian.

Dalam masyarakat Iban, taboh mempunyai pelbagai bunyi dan melodinya, dan setiap tune atau melodi taboh itu adalah tidak sama. Ia adalah bergantung atau tertakluk kepada sesuatu jenis fungsi dan acara kebu-dayaan yang memerlukan muzik tradisional taboh tersebut dimainkan. Malah muzik tradisional taboh juga mempunyai perbezaan melodi atau rentak antara Iban Kuching, Sri Aman, Betong, Saratok, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Ini kerana lain bahagiannya, lain pula bunyi taboh atau rentaknya. Terdapat bunyi-bunyi taboh yang agak perlahan, sederhana dan agak pantas bergantung kepada keperluan alat muzik taboh tersebut dimainkan dalam budaya Iban di Sarawak.

Page 3: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak Dalam

Menurut Lee Elaine (2006), gendang merupakan alatan muzik di bawah kategori membranophone. Manakala, menurut Ku Zam Zam Ku Idris (1983), gendang terlebih dahulu wujud berbanding dengan alat muzik serun-ai. Namun, menurut beliau lagi, penggunaan gendang pada masa kini tidak lagi sama sepertimana penggu-naan gendang pada waktu dahulu. Ini kerana pelbagai unsur luar yang masuk ke dalam industri muzik kini yang menyebabkan perubahan yang pelbagai dari aspek penggunaan alat muzik gendang itu sendiri. Menurut Kamarul Baharin (2000), ahli-ahli yang pakar dalam pembuatan gendang pada masa kini adalah amat sedikit bilangannya dan tidak ada pewaris atau pengganti yang berwibawa yang sememangnya lahir dalam bidang ini. Menurut Jabatin Bangun (1994:23-27), gendang bermaksud instrumen atau alat muzik yang menjelaskan alatan muzik dalam klasifikasi membranophone.

Muzik tradisional taboh dalam masyarakat Iban amat sinonim dengan kehidupan budaya masyarakat Iban itu sendiri. Muzik taboh ini akan menjadi lengkap melodi dan iramanya apabila gabungan keempat-em-pat alat muzik utama tradisional Iban itu dimainkan secara serentak untuk menghasilkan bunyi muzik tra-disional taboh. Ini kerana muzik tradisional taboh amat penting dan ia masih relevan dengan kehidupan mas-yarakat Iban, dan peranannya dalam budaya Iban masih diiktiraf sehingga ke hari ini. Menurut Tugang Rima, kewujudan muzik tradisional taboh ialah berkaitan dengan kepercayaan animisme atau kepercayaan warisan masyarakat Iban. Ini kerana muzik tabih bukan hanya dimainkan pada musim perayaan Gawai Dayak sahaja, malah ia dimainkan pada waktu ritual gawai lain untuk memanggil petara (tuhan) turun dari langit untuk da-tang ke rumah panjang masyarakat Iban.

Muzik tradisional taboh ialah bunyi-bunyi muzik yang dimainkan melalui alat-alat muzik seperti gen-dang, tawak, engkerumong dan bebendai. Alat muzik gendang ialah diperbuat daripada kualiti kayu yang sangat baik.

Pada lazimnya, orang Iban biasanya menggunakan kayu belian untuk membuat gendang. Kayu belian ialah kayu yang paling berkualiti dalam kategori kayu dalam masyarakat Iban yang terdapat di negeri Sar-awak. Penggunaan kayu belian ini bagi membolehkan gendang itu berkualiti tinggi, menghasilkan bunyi dan melodi yang sedap, dan yang penting gendang itu akan tahan lama. Kaedah dan teknik membuat gendang ini menuntut kemahiran yang tinggi dan ia hanya boleh dilakukan oleh orang Iban yang mahir dan pakar sahaja. Ini kerana jika ia dibuat tidak menepati kualiti sedia ada, gendang itu tidak dapat menghasilkan bunyi yang sedap dan pembuatan gendang itu boleh dikatakan gagal. Selain itu, kemahiran dan kepakaran yang tinggi di-tuntut juga dalam usaha menghasilkan gendang yang berkualiti dan menarik, ini kerana di sekeliling gendang itu, ia diukir dengan menggunakan motif-motif tradisi masyarakat Iban.

Pada lazimnya, pembuatan gendang ini dilakukan dengan menebuk lubang pada bahagian tengah kayu belian tersebut. Kemudian, lubang tersebut ditutup atau dililit dengan kulit haiwan seperti kulit rusa, kulit kijang dan kulit lembu. Kulit haiwan tersebut perlu direbus terlebih dahulu, dijemur dan sekiranya ia telah cukup kering barulah kulit tersebut dililitkan pada lubang yang telah ditebuk itu. Manakala lubang pada ba-hagian hujung gendang itu dibiarkan begitu sahaja. Gendang dipalu mengikut bunyi, melodi dan rentak yang dikehendaki dan ia amat bergantung kepada tujuan dan keperluan kegunaan bunyi alat muzik gendang itu dimainkan dalam sesuatu majlis atau perayaan itu.

Alat muzik tradisional taboh yang seterusnya ialah tawak. Tawak ialah diperbuat daripada tembaga dan jenis besi lain. Tawak boleh didapati di dalam pelbagai saiz dan warna. Biasanya alat muzik tawak terdap-at dalam dua warna, iaitu warna keperangan (tembaga) dan warna hitam. Tawak berbentuk bulat, dan tombol yang dipalu untuk menghasilkan bunyi-bunyi juga berbentuk bulat di bahagian tengahnya. Tawak yang pecah menghasilkan bunyi-bunyi yang tidak mantap dan tidak sedap dan ia tidak sesuai digunakan lagi. Dalam mas-yarakat Iban, alat muzik tawak merupakan alat ‘istimewa’ kerana ia bukan sahaja alat yang digunakan dalam muzik tradisional taboh masyarakat Iban, malah ia juga sebagai alat penting yang digunakan dalam ritual-ritu-al masyarakat tersebut untuk memanggil petara turun dari langit.

Page 4: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

74Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

Manakala alat muzik yang seterusnya ialah engkerumong. Engkerumong ialah diperbuat daripada tem-baga. Rupa dan bentuk engkerumong lebih kurang sama seperti tawak. Saiz engkerumong lebih kecil jika berbanding dengan tawak. Kaedah dan teknik engkerumong dimainkan adalah dengan set yang lengkap, iaitu sebanyak lapan buah engkerumong yang dibariskan di atas rak atau para. Kemudian engkerumong dipalu un-tuk menghasilkan bunyi atau melodi yang sedap dengan menggunakan kayu khas. Kayu tersebut hendaklah terdiri daripada jenis kayu yang keras dan berkualiti tinggi dan ini bertujuan menghasilkan bunyi-bunyi yang sedap serta bunyi yang cukup mantap sesuai dengan keperluan dan tujuan sesuatu keramaian dan majlis itu diadakan. Bunyi-bunyi engkerumong ini amat sedap jika ia dipalu bersama-sama dengan adunan dan alunan bunyi-bunyi alat-alat muzik tradisional Iban yang lain. Gabungan bunyi kesemua alat muzik tradisional Iban tersebut disebut sebagai taboh.

Alat muzik yang terakhir dalam kategori muzik tradisional masyarakat Iban ialah bebendai. Bebendai ialah diperbuat daripada tembaga. Rupa bentuk bebendai adalah lebih kurang sama seperti tawak. Cuma be-bendai rupa bentuknya agak lebih nipis dan kecil berbanding dengan saiz tawak. Bebendai dipalu bersama-sa-ma alat muzik tradisional Iban yang lain. Apabila gendang, tawak, engkerumong dan bebendai dipalu secara serentak, ia menghasilkan paduan atau gabungan bunyi yang lengkap dan bunyi-bunyi itu disebut sebagai taboh Iban.

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Pengamalan Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban

Menurut lemambang Long Anak Mang, dalam masyarakat Iban, peranan dan fungsi taboh boleh dilihat da-lam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Iban, misalnya semasa perayaan Hari Gawai Dayak, keramaian, majlis perkahwinan, dalam persembahan tarian ngajat, dan ritual-ritual gawai dalam budaya masyarakat Iban. Antaranya ialah pertama, alat tradisional muzik taboh seperti tawak akan dimainkan apabila orang Iban mel-akukan ritual pembinaan rumah panjang baharu. Dalam ritual pembinaan rumah panjang baru, pada lazimnya tiang-tiang tersebut didirikan bermula pada waktu awal subuh pagi hingga ke petang bergantung kepada ban-yaknya tiang yang didirikan itu.

Dalam masyarakat Iban tradisi, semasa pembinaan rumah panjang baharu terutamanya kerja-kerja mendirikan tiang-tiang, ia perlu dilakukan secara terhormat dan cermat. Dalam konteks ini, orang Iban tidak boleh melakukan kesalahan dan kesilapan baik dari segi ritualnya mahupun yang bukan ritual. Oleh itu, mas-yarakat Iban perlu memastikan bahawa setiap gerak-geri mereka dalam kawalan yang penuh tertib, beradab dan yang amat baik. Justeru itu, untuk mengelakkan diri mereka daripada sebarang bencana atau malapetaka pada sepanjang proses kerja-kerja mendirikan tiang-tiang rumah panjang baharu tersebut dan juga pada masa hadapan, orang Iban menggunakan muzik tradisional taboh. Ini kerana dalam budaya masyarakat Iban, peng-gunaan alat muzik taboh dalam proses pembinaan rumah panjang baharu, dipercayai dapat menggelakkan dar-ipada mendengar petanda-petanda atau bunyi-bunyi burung yang dikhuatiri boleh membawa kepada sesuatu yang kurang baik kelak.

Dalam pada itu, alat muzik tradisional yang biasa dimainkan untuk pembinaan rumah panjang baharu ialah tawak dan bebendai. Pada lazimnya, alat muzik tradisional tawak dan bebendai itu dimainkan oleh tiga orang, iaitu dua orang memalu dua buah tawak dan seorang lagi memalu sebuah bebendai. Alat-alat muzik itu perlu dipalu dengan bunyi yang amat kuat tanpa berhenti. Tujuan alat muzik itu dipalu dengan kuat untuk mengelakkan ninga burong jangka atau menggelakkan daripada mendengar petanda-petanda yang tidak baik seperti omen yang amat berat, iaitu mendengar bunyi burung-burung jahat, hantu-hantu hutan belantara dan hantu keranggas yang merujuk kepada hantu yang mempunyai semangat jahat. Ini kerana jika orang Iban mendengar bunyi petanda-petanda tersebut, ia dipercayai membawa alamat yang tidak baik. Petanda yang tidak baik ini akan memberi kesan yang kurang baik kepada penghuni dalam erti kata lain dipercayai men-datangkan bencana kepada kehidupan mereka pada masa hadapan dan rumah panjang yang bakal dibina itu dipercayai tidak selamat untuk diduduki.

Page 5: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

75 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

Dalam masyarakat Iban, ritual gawai sering diadakan bergantung kepada keperluan dan tujuan men-gadakan ritual-ritual gawai tersebut. Namun demikian, sepertimana pada kelazimannya, dua minggu sebelum mengadakan ritual gawai, orang Iban wajib mengadakan acara bergendang terlebih dahulu. Biasanya, acara bergendang ini hanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. Pihak lelaki perlulah memukul gendang itu dengan kuat dan ia perlu dilakukan selama dua hingga tiga jam pada setiap malam. Tujuannya memukul gendang itu dengan kuat untuk memanggil dan berseru kepada segala petara (tuhan) Iban di langit dan di bumi supaya petara dan kuasa-kuasa luar biasa lain tahu dan turun dari langit dan datang ke rumah panjang mereka yang mengadakan ritual gawai itu. Selain dari gendang, alat muzik tawak juga dipalu untuk ritual memanggil petara dan kuasa luar biasa tersebut supaya petara itu turun dengan membawa pengaroh (champ) kepada orang Iban. Biasanya pihak lelaki memerlukan jumlah gendang yang banyak untuk tujuan acara bergendang itu.

Selain itu, sebelum ritual nuduk ka pandong (mendirikan tiang utama ritual gawai) atau altar, masyar-akat Iban juga wajib mengadakan acara betaboh secara besar-besaran di ruai Tuai rumah. Acara betaboh ini perlu menggunakan alat muzik tradisional taboh yang lengkap dan ia biasanya dimainkan oleh kaum lelaki dan kaum perempuan. Tujuannya adalah untuk menjemput petara dan kuasa-kuasa luar biasa naik ke rumah panjang Iban yang mengadakan ritual gawai itu.

Dalam masyarakat Iban, setiap rumah panjang baharu yang baru siap dibina ia hendaklah diberkati dengan cara mengadakan ritual gawai Mandi Rumah. Gawai Mandi Rumah ialah sejenis ritual gawai bagi memohon keberkatan petara supaya penghuni-penghuni di dalam rumah panjang tersebut akan mendapat segala keberkatan, kesejahteraan, kedamaian, kesempurnaan dan panjang umur. Gawai Mandi rumah ini di-jalankan selama satu hari satu malam. Salah satu acara penting dalam ritual gawai Mandi Rumah ialah acara betaboh. Betaboh ini dilakukan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan dengan menggunakan alat muzik tradisional yang lengkap. Mereka yang terlibat juga perlu memakai pakaian tradisional Iban yang lengkap. Ini kerana acara betaboh ini bertujuan untuk memanggil petara dan kuasa-kuasa luar biasa lain untuk sama-sama datang bagi memberkati rumah baharu orang Iban itu. Selain itu, muzik tradisional taboh ini juga merupakan sebagai lambang dan simbol identiti pengenalan diri orang Iban antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan petara dan kuasa-kuasa yang lain di muka bumi ini. Oleh sebab itu orang Iban betaboh bagi memberi tanda rasa kesyukuran dan memohon segala kesempurnaan dalam hidup mereka. Adalah diper-cayai, apabila rumah panjang baharu itu telah diberkati dengan betaboh, semua penghuni rumah panjang akan mendapat berkat, kesejahteraan dan kesempurnaan sepanjang hayat mereka. Orang Iban percaya rumah pan-jang yang baharu diberkati itu akan dikurniaan dengan rezeki yang berlipat ganda turun temurun.

Dalam budaya Iban, pada zaman dahulu setiap lelaki Iban perlu menyertai ekspedisi perang untuk menunjukkan keberanian luar biasa mereka. Ini kerana mana-mana lelaki Iban yang berjaya memenggal ke-pada musuh dengan jumlah yang banyak akan dinaubatkan dengan gelaran pahlawan ulung dan bujang berani gagah perkasa. Tambahan pula, jika lelaki Iban tidak pernah menyertai ekspedisi perang, dikatakan mereka agak sukar mendapat calon isteri kerana dianggap lemah dan penakut. Oleh hal yang demikian, mana-mana lelaki Iban yang pergi ke ekspedisi perang ini merupakan misi yang wajib dilakukan oleh semua lelaki Iban, yang bukan sahaja untuk memudahkan mereka mendapat isteri, malah mendapat pangkat, nama dan status sosial yang paling tinggi dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak.

Kaum lelaki Iban yang pulang daripada medan perang biasanya membawa kepala musuh dengan jum-lah yang banyak. Kepala-kepala musuh itu tidak boleh dibawa naik ke rumah panjang sembarangan. Ia perlu dibawa naik dan diiringi dengan satu ritual khas, iaitu ritual naku antu pala. Ritual naku antu pala ini dilakukan dengan penuh adat-istiadat. Salah satu daripada adat tersebut ialah betaboh. Betaboh ini biasanya dilakukan dengan alat muzik tradisional yang lengkap. Aktiviti betaboh ini bermula dari tanah dan seterusnya mengirin-gi antu pala itu naik ke rumah panjang. Kemudian pihak yang betaboh tadi membuat perarakan di sepanjang rumah panjang itu sebanyak tiga kali bersama-sama antu pala itu. Antu pala itu dikendong oleh pihak kaum perempuan dengan kain pua kumbu lebur api. Tujuannya supaya mereka yang terlibat tidak kalah semangat atau alah bulu dengan semangat jahat.

Dalam konteks ini, aktiviti betaboh itu bertujuan sebagai satu tanda kemenangan besar kepada lelaki

Page 6: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

76Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

Iban yang telah berjaya memenggal kepala musuh, dan untuk meraikan kemenangan itu, masyarakat Iban wa-jib betaboh. Dalam masyarakat Iban perkara ini dilihat sebagai satu istiadat bagi memberi pengiktirafan status sosial paling tinggi kepada lelaki Iban tersebut. Oleh itu, betaboh dalam ritual naku antu pala adalah berbeza dengan betaboh pada keramaian atau ritual-ritual yang lain. Ini kerana muzik taboh naku antu pala mencer-minkan semangat juang yang jitu dan kental. Justeru itu, pihak yang betaboh perlu memukul alat-alat muzik tradisional taboh dengan penuh semangat, paling kuat, pantas dan mereka ibaratkan diri mereka itu sedang berada dalam suasana peperangan.

Selain betaboh dalam ritual naku antu pala, masyarakat Iban juga betaboh semasa mengadakan ritual gawai kenyalang. Pada lazimnya, gawai kenyalang ini dilakukan selama tujuh hari dan tujuh malam di ru-mah panjang. Tujuan masyarakat Iban mengadakan ritual gawai kenyalang ini adalah untuk meraikan dan menandakan bahawa lelaki Iban itu telah bedengah atau mendapat habuan kepala musuh dengan banyak semasa ekspedisi perang. Ritual gawai kenyalang merupakan satu ritual gawai yang amat tinggi kedudukan dan nilainya dalam budaya masyarakat Iban. Ini kerana ritual gawai kenyalang memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi dan melibatkan ramai orang untuk menguruskan segala persediaan dan keperluan dalam usaha menjayakan ritual gawai tersebut.

Dalam acara ritual gawai kenyalang ini, salah satu acara wajib ialah betaboh. Betaboh dilakukan atas beberapa tujuan, pertama betaboh untuk memanggil petara Sengalang Burong dan kuasa-kuasa luar biasa lain turun dari langit datang ke rumah panjang Iban dengan membawa beberapa pengaroh (tangkal). Kedua, betaboh untuk menjemput petara Sengalang Burong dan kuasa-kuasa luar biasa lain untuk naik ke rumah pan-jang orang Iban. Ketiga, betaboh sebagai satu tanda kesyukuran dan ucapan terima kasih atas segala kurniaan daripada petara Sengalang Burong dan kuasa-kuasa luar biasa yang lain. Keempat, betaboh untuk memberkati ritual gawai kenyalang supaya segala perkara yang dilakukan semasa ritual gawai itu diberkati dan direstui oleh petara Sengalang Burong, yang kelima, betaboh sebagai simbol dan lambang penghormatan dan pemu-jaan kepada petara dan kuasa-kuasa luar biasa lain di muka bumi ini, keenam, betaboh sebagai tanda manusia mentaati arahan petara dan kuasa-kuasa luar biasa lain, dan yang ketujuh, betaboh bagi memeriahkan lagi suasana ritual gawai tersebut.

Dalam masyarakat Iban, terdapat satu jenis ritual gawai yang dikenali sebagai gawai beterayu. Ritual gawai beterayu ini diadakan khas untuk pengubatan, iaitu salah satu cara berubat untuk mengubat orang sakit. Biasanya orang yang mengadakan ritual gawai beterayu ini badannya kelihatan kurus kering, semakin hari badannya semakin susut dan hilang selera makan. Ritual gawai beterayu ini dipercayai boleh menyembuhkan penyakit tersebut, dan salah satu acara penting semasa ritual gawai beterayu ini ialah betaboh. Pihak lelaki dan perempuan yang betaboh perlu menggunakan alat muzik tradisional yang lengkap serta berpakaian tradision-al Iban yang lengkap. Betaboh bertujuan untuk memohon restu dan berseru kepada petara Selampandai dan kuasa-kuasa luar biasa lain turun dari langit dengan membawa pelbagai pengaroh (tangkal) bagi merawat Si pesakit tersebut. Betaboh juga untuk mengalu-alukan, sebagai satu tanda sambutan hormat serta menjemput petara Selampandai dan kuasa-kuasa luar biasa lain naik ke rumah panjang Iban. Ini kerana dengan betaboh, orang Iban percayai petara dan kuasa luar biasa akan mengabulkan atau menunaikan permintaan mereka yang dipohon semasa ritual gawai itu.

Menurut Uma Anak Kujat, masyarakat Iban percaya kejadian bulan gerhana itu ada sebab dan musa-babnya dan tambahan pula ia jarang-jarang sekali berlaku di muka bumi ini. Apabila berlaku gerhana bulan di langit, orang Iban biasanya akan berusaha untuk menghidupkan bulan yang mati supaya bulan dapat kembali normal kepada keadaan asalnya. Ini kerana dalam budaya Iban, kejadian bulan gerhana adalah dianggap bulan itu mati. Justeru itu, untuk menghidupkan bulan mati, orang Iban perlu betaboh ka bulan mati. Peralatan pent-ing yang diperlukan ialah sebuah tawak, sebuah bebendai dan sehelai kain pua kumbu. Ritual menghidupkan bulan mati dilakukan di bahagian ruai, iaitu kawasan rumah panjang tanpa bumbung dengan tiga orang yang terlibat untuk memalu sebuah tawak, sebuah bebendai dengan kuat, dan manakala seorang lagi mengipas-ngi-pas bulan dengan kain pua kumbu. Ini kerana orang Iban percaya dengan berbuat demikian, maka bulan yang gerhana itu akan kembali kepada keadaan sediakala.

Page 7: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

77 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

Kebanyakan budaya masyarakat Iban di rumah panjang mengamalkan dan melakukan aktiviti harian mereka dengan cara manual tanpa bantuan mesin. Ini kerana masyarakat Iban yang tinggal di rumah panjang hidup tanpa teknologi moden. Dalam konteks hidup tanpa teknologi moden sekiranya ada berlaku kecemasan di rumah-rumah panjang seperti kematian dan kebakaran, orang Iban menggunakan tawak yang dipalu dengan kuat untuk memberitahu dan mengumumkan ada berlaku kecemasan di sesebuah rumah panjang itu. Oleh itu, sekiranya rumah panjang lain berdekatan ada mendengar bunyi tawak, secara langsung mereka tahu bahawa rumah tersebut ada berlaku kecemasan. Dalam budaya Iban bunyi tawak yang dipalu dengan kuat dan pantas, ia menunjukkan ada berlaku kecemasan dan bunyi tersebut dianggap sebagai lambang, siren atau simbol ke-cemasan untuk memanggil dan memohon pertolongan daripada rumah-rumah panjang lain. Biasanya, bantuan segera sentiasa dilakukan oleh penduduk rumah panjang lain kepada rumah panjang yang menghadapi kece-masan tersebut.

Dalam budaya Iban, perkara nikah kahwin perlu dilakukan dengan penuh adat-istiadat. Ia perlu dimulai dengan adat merisik, kemudian diikuti dengan adat bertunang dan seterusnya majlis nikah kahwin. Dalam adat nikah kahwin, rombongan pengantin lelaki biasanya pergi ke rumah pihak pengantin perempuan sama ada dengan berjalan kaki, menaik perahu ataupun dengan menaiki kenderaan. Satu perkara yang menarik, sepan-jang dalam perjalanan mereka ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin lelaki perlu betaboh dengan memalu dua buah tawak dengan sebuah bebendai dengan kuat. Dalam budaya Iban, betaboh ini dilakukan untuk menggelakkan daripada mendengar bunyi burung jangka/burung bisa atau burung-burung semangat ja-hat. Justeru itu, dengan melakukan betaboh, pihak pengantin lelaki dapat menghindarkan bunyi-bunyi burung semangat jahat yang menghalang perjalanan mereka ke rumah pengantin perempuan. Dalam masyarakat Iban, muzik tradisional taboh dipercayai dapat menyelamatkan perjalanan pihak pengantin lelaki untuk sampai den-gan selamat ke rumah pihak pengantin perempuan.

Dalam masyarakat Iban, menurut lemambang Unsa Anak Meringai, terdapat sejenis muzik tradision-al taboh yang dikenali sebagai gendang rayah. Gendang rayah pada lazimnya hanya dipersembahkan pada persembahan ritual miring yang dilakukan secara besar-besaran sahaja dan hanya boleh dimainkan tidak lebih daripada tujuh kali kekerapan pada permulaan persembahan ritual miring, dan juga sebanyak tujuh kali keker-apan pada penghujung persembahan ritual miring tersebut. Justeru itu, untuk masyarakat belajar memainkan alatan muzik gendang rayah ini bukannya sesuatu perkara yang senang atau mudah ini kerana gendang rayah tidak boleh dimainkan sesuka hati dan hanya boleh dimainkan beberapa kali pada setiap permulaan dan peng-akhiran persembahan ritual miring dalam budaya dan masyarakat Iban di Sarawak. Ini kerana gendang rayah merupakan muzik tradisional taboh yang penting dan hanya dimainkan berkaitan dengan persembahan ritual keagamaan dan kepercayaan warisan dalam budaya dan masyarakat Iban di Sarawak.

Menurut lemambang Long Anak Mang, sekiranya orang Iban terdengar bunyi muzik gendang rayah dimainkan di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di kawasan sungai, air terjun, dan di tepi kawasan rumah panjang, maka bunyi muzik gendang rayah tersebut memberi petanda dan penanda kepada sesuatu perkara yang mungkin berlaku dalam masyarakat itu.

Muzik tradisional taboh amat popular dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Ia ukan sahaja me-mainkan peranan penting dalam ritual-ritual masyarakat Iban, malah taboh juga salah satu bunyi muzik yang mengiringi tarian ajat atau ngajat. Istilah ajat ialah tarian, manakala ngajat ialah menari. Muzik tradisional taboh akan mengiringi setiap persembahan ajat atau ngajat di rumah-rumah panjang. Biasanya empat orang pemain akan memalu atau memukul alat-alat muzik tradisional taboh semasa tarian ajat dipersembahan. Cara atau rentak muzik tradisional taboh ini mungkin berbeza antara satu bahagian dan satu bahagian yang lain di Sarawak. Ini kerana ia bergantung kepada cara melodi dan rentak yang telah mereka digunapakai sejak turun-temurun.

Menerusi penyelidikan ini, penyelidik telah berjaya menyelami kerangka konsep pemikiran masyar-akat Iban tentang agama dan kepercayaan mereka yang berkaitan dengan penggunaan dan pengamalan alatan muzik tradisional taboh. Muzik tradisional taboh mempunyai pelbagai jaringan yang amat luas dalam pelbagai aspek kehidupan orang Iban, antaranya aspek agama dan kepercayaan, keselamatan dan kesejahteraan dalam

Page 8: PENGAMALAN MUZIK TRADISIONAL TABOH DALAM … · 73 Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Alat Muzik Tradisional Taboh Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak

78Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS

masyarakat Iban di rumah-rumah panjang. Ini kerana muzik tradisional taboh ialah satu objek yang berkait rapat dengan budaya Iban, sekaligus menjadi medium komunikasi orang Iban dengan kuasa-kuasa luar biasa.

KESIMPULAN

Muzik tradisional taboh ini memainkan peranan yang amat penting dalam budaya Iban dari dahulu sehingga kini. Muzik tradisional taboh bukan sahaja untuk memberi hiburan kepada masyarakat Iban bagi menikmati bunyi-bunyi muzik yang sedap didengar, malah taboh juga memainkan peranan yang amat penting antara hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan petara dan kuasa-kuasa luar biasa lain di muka bumi ini. Ini kerana muzik tradisional taboh merupakan sebagai lambang dan simbol identiti pengenalan diri orang Iban dengan petara mereka. Justeru itu, muzik taboh ini masih dimainkan dan masih relevan dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak dari dahulu hingga ke hari ini. Ini kerana muzik tradisional taboh mem-punyai pelbagai jaringan dalam kehidupan dan budaya masyarakat Iban di negeri Sarawak.

Penghargaan

Kami amat berterima kasih kepada Universiti Malaysia Sarawak yang membantu kami dalam menjalankan penyelidikan ini. Selain itu, kami amat berterima kasih juga kepada informan-informan yang telah memban-tu kami dalam memberi maklumat dalam usaha menyempurnakan penulisan artikel ini. Informan-informan tersebut ialah Tugang Rima, Uma Kujat, Long Anak Mang dan Unsa Anak Meringai.

RUJUKAN

Buma, D.M., (1987). Iban Customs and Traditions. Kuching: Borneo Publicaion, Sdn. Bhd.Elaine, L., (2006). Ethnic Musical Instrument of Malaysia. Selangor Darul Ehsan: win Publication Sdn. Bhd.Tugang, N. 2011. Ritual Kain Pua Dalam Budaya Iban Di Sarawak, Tesis PhD, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Tugang, N. 2014. Pua Identiti Dalam Budaya Masyarakat Iban. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.