72 gembira terima usaha kurangkan petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 19 - 25 September 2019, 19 - 25 Muharam 1441 Capai sasaran 20,000 unit rumah KUALA SELANGOR - PAS dan UMNO digesa supaya menjauhi gerakan politik perkauman melampau yang mampu mencetuskan sua- sana tidak sihat dalam negara. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berka- ta, piagam kerjasama antara PAS dan UMNO yang dimeterai dalam acara kemuncak Him- punan Penyatuan Ummah pada 14 Septem- ber lalu haruslah berpegang kepada Perlem- bagaan Negara. “Mereka sebagai sebuah parti ada hak bergabung dan saya ucapkan semoga ber- jaya (kerana) masing-masing ada misi politik masing-masing. “Negara kita negara berbilang kaum dan harus mempunyai polisi seimbang tetapi konteks penyatuan mereka bukanlah aslinya untuk penyatuan ummah sebab bagi saya orang Melayu juga ada dalam parti lain. “Mereka akan mencipta gerakan politik per- kauman melampau, saya bimbang dan harap- nya mereka kekal kepada asas perlembagaan, harapnya mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selan- gorKu Hibiscus 3 di Bandar Seri Coalfields. Himpunan Penyatuan Ummah yang ju- lung kali diadakan, berlangsung selama dua hari bermula pada 13 September lalu. Himpunan itu lebih dilihat sebagai permu- laan kerjasama politik lebih rapat antara PAS dan Umno selepas bermusuhan lebih 60 tahun untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan. Piagam PAS-Umno: Jauhi politik perkauman melampau OLEH NAZLI IBRAHIM KUALA SELANGOR - Sasaran me- nyiapkan lebih 20,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025 mam- pu dicapai berikutan kesemua projek yang dirancang berjalan lancar. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Sha- ri, berkata ini termasuk 274 unit Ru- mah Selangorku Hibiscus 3 dibangun- kan pemaju hartanah KL-Kepong (KLK) Country Homes Sdn Bhd yang dilan- carkan di Bandar Seri Coalfields. “Pembinaan rumah mampu milik tidak menjanjikan keuntungan besar kepada pemaju. Bagaimanapun Ke- rajaan Negeri amat berterima kasih serta mengalu-alukan kesediaan pe- maju swasta seperti KLK Country Homes menjayakan insentif peruma- han mampu milik Rumah Selangorku lebih berkualiti dan dilengkapi de- ngan kemudahan mencukupi, secara besar–besaran di Selangor. “Saya menyeru pemaju hartanah lain terutamanya menjadikan Hibis- cus 3 sebagai tanda aras baharu dalam pembangunan perumahan mampu milik, sebagai inspirasi merangka le- bih banyak lagi kaedah pembangunan dan reka bentuk kediaman bagi men- jana industri pembangunan hartanah lebih progresif,” katanya. Beliau berkata demikian pada Maj- lis Penyerahan Kunci Rumah Sela- ngorKu Hibiscus 3 di Bandar Seri Coal- fields di sini, pada 14 September lalu. Rumah SelangorKu Hibiscus 3 adalah projek rumah teres tiga bilik dan dua bilik air berharga RM220,000 dengan keluasan 1,080 kaki persegi. Mengulas lanjut kepada media, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memantau dengan dekat perkemba- ngan projek Rumah Selangorku yang masih dalam pembinaan. Katanya, banyak lagi penyera- han kunci Rumah Selangorku bakal menyusul dari semasa ke semasa berdasarkan projek yang disiapkan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melihat model unit Rumah Selangorku (Jenis D) ketika majlis penyerahan kunci projek itu di Galeri Jualan KLK Land, Presint 2 Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, pada 14 September lalu – Foto Fikri Yusof 72 gembira terima geran tanah Usaha kurangkan bahaya jerebu Petua tradisi mudah dapat zuriat Legasi Diraja Selangor sejak 1766 Kerajaan Negeri optimis

Upload: others

Post on 23-Oct-2019

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 19 - 25 September 2019, 19 - 25 Muharam 1441

Capai sasaran 20,000 unit rumah

KUALA SELANGOR - PAS dan UMNO digesa supaya menjauhi gerakan politik perkauman melampau yang mampu mencetuskan sua-sana tidak sihat dalam negara.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berka-ta, piagam kerjasama antara PAS dan UMNO yang dimeterai dalam acara kemuncak Him-punan Penyatuan Ummah pada 14 Septem-ber lalu haruslah berpegang kepada Perlem-bagaan Negara.

“Mereka sebagai sebuah parti ada hak bergabung dan saya ucapkan semoga ber-jaya (kerana) masing-masing ada misi politik masing-masing.

“Negara kita negara berbilang kaum dan harus mempunyai polisi seimbang tetapi konteks penyatuan mereka bukanlah aslinya

untuk penyatuan ummah sebab bagi saya orang Melayu juga ada dalam parti lain.

“Mereka akan mencipta gerakan politik per-kauman melampau, saya bimbang dan harap-nya mereka kekal kepada asas perlembagaan, harapnya mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selan-gorKu Hibiscus 3 di Bandar Seri Coalfields.

Himpunan Penyatuan Ummah yang ju-lung kali diadakan, berlangsung selama dua hari bermula pada 13 September lalu.

Himpunan itu lebih dilihat sebagai permu-laan kerjasama politik lebih rapat antara PAS dan Umno selepas bermusuhan lebih 60 tahun untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan.

Piagam PAS-Umno: Jauhi politik perkauman melampau

OLEH NAZLI IBRAHIM KUALA SELANGOR - Sasaran me- nyiapkan lebih 20,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025 mam-pu dicapai berikutan kesemua projek yang dirancang berjalan lancar.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Sha- ri, berkata ini termasuk 274 unit Ru-mah Selangorku Hibiscus 3 dibangun- kan pemaju hartanah KL-Kepong (KLK) Country Homes Sdn Bhd yang dilan-carkan di Bandar Seri Coalfields.

“Pembinaan rumah mampu milik tidak menjanjikan keuntungan besar kepada pemaju. Bagaimanapun Ke- rajaan Negeri amat berterima kasih serta mengalu-alukan kesediaan pe-maju swasta seperti KLK Country Homes menjayakan insentif peruma-han mampu milik Rumah Selangorku lebih berkualiti dan dilengkapi de-ngan kemudahan mencukupi, secara besar–besaran di Selangor.

“Saya menyeru pemaju hartanah

lain terutamanya menjadikan Hibis-cus 3 sebagai tanda aras baharu dalam pembangunan perumahan mampu milik, sebagai inspirasi merangka le-bih banyak lagi kaedah pembangunan dan reka bentuk kediaman bagi men-jana industri pembangunan hartanah lebih progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Maj-lis Penyerahan Kunci Rumah Sela- ngorKu Hibiscus 3 di Bandar Seri Coal-fields di sini, pada 14 September lalu.

Rumah SelangorKu Hibiscus 3 adalah projek rumah teres tiga bilik dan dua bilik air berharga RM220,000 dengan keluasan 1,080 kaki persegi.

Mengulas lanjut kepada media, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memantau dengan dekat perkemba- ngan projek Rumah Selangorku yang masih dalam pembinaan.

Katanya, banyak lagi penyera-han kunci Rumah Selangorku bakal menyusul dari semasa ke semasa berdasarkan projek yang disiapkan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melihat model unit Rumah Selangorku (Jenis D) ketika majlis penyerahan kunci projek itu di Galeri Jualan KLK Land, Presint 2 Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, pada 14 September lalu– Foto Fikri Yusof

72 gembira terima geran tanah

Usaha kurangkanbahaya jerebu

Petua tradisi mudah dapat zuriat

Legasi Diraja Selangor sejak 1766

Kerajaan Negeri optimis

Page 2: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

2Utama

SelangorKini 19 - 25 September 2019

KUCHING - Tun Dr Mahathir Mo-hamad mahu setiap rakyat Ma-laysia sedar akan tanggungjawab untuk mempertahankan perpadu-an dan kepelbagaian etnik, agama dan budaya demi kestabilan dan kemajuan negara.

Perdana Menteri berkata, ke-stabilan memberi ruang untuk mentadbir serta melaksana dasar dan program pembangunan ne-gara bagi kesejahteraan rakyat, sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi dan menjana kekayaan untuk dikongsi bersama.

“Pada Hari Malaysia ini, se-bagai rakyat, kita perlu sedar akan tanggungjawab kita untuk mempertahankan perpaduan dan kepelbagaian supaya kita mencer-minkan kebolehan mencapai perpaduan dalam kepelbagaian walaupun terbahagi kepada ramai bangsa dan suku kaum,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Per-paduan, Petra Jaya di sini, pada 16 September lalu.

Mengenang kembali kesepaka-tan Sabah dan Sarawak serta Tanah Melayu yang bersetuju memben-tuk Malaysia pada 16 September 1963, Dr Mahathir berkata, rakyat pastinya tidak akan mengambil ringan perpaduan dan kerjasama di antara rakyat, malahan akan bangkit mempertahankannya jika ada anasir yang mahu menggang-gu-gugat perpaduan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada kehancuran yang dialami beberapa negara akibat perpeca-

han sehingga berlaku konflik dan peperangan, yang ada kalanya ke-hancuran itu tidak dapat diperbai-ki melangkaui satu generasi.

Mengakui bahawa seman-gat perpaduan akan mengalami pasang surut bergantung kepa-da keadaan dan suasana, Dr Ma-hathir berkata, ia tidak seharusnya merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan.

“Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan kita dan ia dilakukan oleh rakyat kita sendiri. Naratif yang diguna sering berkait dengan perkara-perkara emosional terutamanya melibat-kan kaum, agama, kenegerian dan kumpulan etnik.

“Amat mudah untuk kita ter-perangkap dengan isu-isu ini kera-na ia dekat di hati kita. Tetapi jika kita berjiwa besar, ada keyakinan diri dan berfikiran waras, kita tidak akan benarkan diri kita dipengaru-hi,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan tanggungjawab mempertahankan perpaduan dalam kalangan rakyat bukan hanya tanggungjawab Kera- jaan Persekutuan atau Kerajaan Sabah dan Sarawak semata-ma-ta, sebaliknya menjadi tanggung-jawab semua yang mengaku diri mereka rakyat Malaysia.

Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Malaysia ‘Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih’, Dr Ma-hathir berkata, ia bertujuan meng-ingatkan rakyat tentang bahaya amalan rasuah yang boleh meng-hancurkan negara dan penting-

nya mengekalkan Malaysia yang bersih daripada gejala itu.

“Kita telah menjadi saksi bagaimana negara ini hampir hancur akibat amalan rasuah dan salah guna kuasa. Benar kita telah berjaya menyingkirkan kepim-pinan yang tidak bersih tetapi itu tidak bermakna ia sudah terhen-ti dan tidak akan berulang lagi,” katanya.

Dalam ucapannya Dr Mahathir turut berkongsi pandangan men-genai Wawasan Kemakmuran Ber-sama yang bertujuan memberi keutamaan kepada mengukuh-kan dan mengembangkan lagi ekonomi negara bagi memasti-kan kesejahteraan rakyat.

“Kita mahu Kemakmuran Bersama ini disalurkan kepada semua rakyat termasuk mening-katkan kuasa beli mereka serta menghapuskan jurang pendap-atan dan kekayaan antara kaum.

“Apabila ini dapat dilakukan, kerajaan boleh memastikan keka-yaan negara diagihkan dengan adil dan saksama sesama rakyat, dan ini sekali gus mewujudkan keharmonian dan kestabilan da-lam kalangan mereka,” katanya.

Menegaskan penglibatan semua kaum dalam pelbagai sektor ekonomi secara adil dan saksama amat penting untuk mewujudkan kemakmuran ber-sama yakni dalam semangat Ma-laysia Baharu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu semua negeri di Semenanjung serta Sa-bah dan Sarawak menjayakannya. – BERNAMA

Perpaduan tugas kita semua

Demi kestabilan dan kemajuan negara

SHAH ALAM - Muhibah dan rasa selamat antara kaum menjadi rang-ka utama ke arah kesatuan rakyat, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sempena perutusan Hari Ma-laysia ke-56, pada 16 September lalu.

Beliau berkata, ketenteraman dan kesatuan inilah yang menja-di dasar Malaysia sejak perjuangan meraih Kemerdekaan serta men-jadi asas Wawasan 2020 yang di-gariskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ibnul Qayyim Al-Jauziyah per-nah menyebut syariah adalah ke-bijaksanaan dan kemaslahatan, seluruhnya adil, rahmah dan bi-jaksana.

“Itulah Islam yang saya kenal, itulah Islam yang selama ini kita amalkan iaitu muhibah dan damai tanpa ada rasa takut-takut yang

tak berasas atau risau yang melu-lu pada agama dan kaum lain.

“Marilah kita sama-sama men-jadi patriot dengan mengekalkan keharmonian dan kesatuan yang ada dengan meletakkan negara se-bagai yang paling utama melebihi kepentingan-kepentingan lain,” ka-tanya dalam kenyataan.

Amirudin berkata, setiap in-dividu sejak kecil mempunyai ci-ta-cita sama ada mahu menjadi angkasawan, saintis ataupun ula-ma tersohor.

“Bangsa Malaysia ini mempunyai cita-cita besar apabila kita bersetuju untuk bersekutu pada tahun 1963.

“Daripada Perlis hingga ke Sabah, setiap anak merdeka mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk semua iaitu satu wawasan kemakmuran bersama,” katanya.

Muhibah asas kesatuan

Bukan untuk dihafal tetapi dijiwaiGOMBAK - Lima perkara yang ter-kandung dalam Rukun Negara bu-kan sekadar untuk dihafal tetapi perlu dijiwai setiap warga nega-ra bagi menjamin perpaduan rak-yat terus utuh dan Malaysia kekal harmoni.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, antara perkara yang terdapat dalam Rukun Negara ialah “kesetiaan kepada raja dan negara”, “kedaulatan undang-undang” dan “keluhuran perlembagaan” yang perlu dihayati oleh semua lapisan rakyat.

“Kita perlu mengukuhkan ke-fahaman dan hasrat di dalam Rukun Negara kerana ia ada niat di sebalik yang terkandung da-lam lima rukun tersebut misalnya “kesetiaan kepada raja dan nega-ra”, “kedaulatan undang-undang”, “kesopanan dan kesusilaan”, itu semua menjurus kepada negara yang demokratik dan bebas.

“Semua aspek itu perlu diteliti oleh rakyat dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kukuh dan stabil kerana sebe-lum ini kita menempuhi pelbagai cabaran, pernah diperlekeh negara jiran namun, kekuatan kita terhadap pemahaman tersebut meneruskan kejayaan kita pada hari ini dan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada Media Selangor pada Pro-gram Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dewan Terbuka & Padang Bola Padang Awam Batu Caves, di sini, pada 15 September lalu.

Amirudin berkata, suasana aman dikecapi hari ini membuktikan baha-wa hanya kestabilan mampu men-jadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, makmur dan sejahtera.

Ketika menyentuh Rukun Nega-

ra ketiga iaitu “keluhuran Perlem-bagaan” Amirudin berkata, terdapat beberapa “tiang seri” di dalam Per-lembagaan Persekutuan yang per-lu dijiwai seperti kedudukan Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa kebangsaan, hak semua kaum dijaga dan kebebasan.

Katanya, negara akan melahir-kan rakyat yang sekadar mengikut membuta-tuli sekiranya pema-haman terhadap “tiang seri” Per-lembagaan Persekutuan ini tidak dfahami dengan baik.

“Perlu dirakyatkan lagi asas-asas Perlembagaan kerana banyak perka-ra tidak semua faham kecuali mereka yang pakar Perlembagaan.

“Jadi, saya sarankan keluhuran Perlembagaan itu perlu didirikan atas dasar kefahaman, bukan ikutan membuta seperti mana sebahagian kita,” katanya.

Kita perlu mengukuhkan kefahaman dan hasrat di dalam Rukun Negara kerana ia ada niat di sebalik yang terkandung dalam lima rukun tersebut misalnya “kesetiaan kepada raja dan negara”, “kedaulatan undang-undang”, “kesopanan dan kesusilaanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud memukul Gong Perpaduan bersama Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan), Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) sempena sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, pada 16 September lalu. Foto BERNAMA

Page 3: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH ZAREFF MUZAMMIL RAWANG - Kegembiraan jelas ter-pancar pada wajah 72 pemohon lot industri di Taman Greatyear Capital, Bandar Rawang Tam-bahan, di sini, apabila Kerajaan Negeri ‘menghadiahkan’ Notis 5A kepada mereka selepas 22 tahun menanti.

Lebih bermakna, geran tan-ah berkenaan diserahkan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Batu 17, pada 14 September lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan hak semua pemilik di kawasan terb-abit tidak diabaikan.

“Kita dapat selesaikan isu ini da-lam masa dua tahun dan kita juga akan melihat beberapa isu secara mendalam berkenaan harga pre-mium tanah.

“Kesemua pemohon diberi tempoh enam bulan bagi menye-lesaikan proses pemilikan secara individu sebelum memiliki tanah berkenaan.

“Sebelum ini, tanah berkenaan diletakkan atas nama syarikat. Gred (syarikat) tidak melaksana-

kan proses pecah bahagian dan pemohon sudah membuat pem-bayaran premium, cuma mereka tidak membuat urusan seterusn-ya,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat dan Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.

Difahamkan, sebelum ini Taman Greatyear Capital adalah sebidang tanah blok berkeluasan 9.726 hek-tar dan Kerajaan Negeri memberi hak milik kepada sebuah syarikat iaitu Greatyear Capital Sdn Bhd.

Ia kemudiannya didaftarkan pada 22 September 1995 dengan kategori tanah ditetapkan sebagai perusahaan membabitkan cukai tahunan bernilai RM106,208.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan membatalkan hak milik tanah terbabit menerusi notis pengem-balian tanah kepada kerajaan (Notis 8A) berikutan kegagalan pemilik dalam menyelesaikan tunggakan cukai, pada 27 Okto-ber 2016.

“Bagaimanapun, usaha berteru-san dalam membela nasib pemilik lot industri ini terus giat dilaksan-

72 gembira dapat geran tanahPenantian dua dekad berakhir

akan Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua pemilik saban tahun.

“Pada 2017, kita mula men-gorak langkah awal dengan menerima dan memproses per-mohonan secara individu oleh

seramai 105 pemohon (pembeli asal) di Taman Greatyear Capital,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pemilik lot tanah diingatkan su-paya menjelaskan bayaran premi-um mengikut tempoh ditetapkan

dalam Notis 5A selain melunaskan cukai tanah gang dikenakan.

“Hasil daripada cukai tanah ini akan digunakan semula Kerajaan Negeri untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan so-sial di Selangor,” katanya.

Penerima bergambar bersama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika Majlis Penyampaian Notis Borang 5A di Taman Greatyear Capital, Bandar Rawang Tambahan Daerah Gombak di Dewan Serba- guna Majlis Perbandaran Selayang, pada 14 September lalu

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri berusaha memastikan tia-da kelompok dalam kalangan kum-pulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) ketinggalan memiliki kediaman sendiri dengan menye-diakan Skim Smart Sewa.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini diam-bil berikutan 35 peratus daripada 50,000 tawaran Rumah Selangor-ku yang diluluskan Lembaga Pe-rumahan dan Hartanah Selangor berdepan masalah pembiayaan pinjaman institusi kewangan.

Katanya, ia disebabkan pelbagai isu seperti tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan kad kredit.

“Melalui skim yang disebutkan tadi, sehingga kini sebanyak 341 unit rumah telah disewakan den-gan kadar sewaan bermula daripa-da RM450 sebulan sehingga RM700 sebulan.

“Sebanyak 101 unit telah disiapkan pada awal tahun ini dan bakal disewakan dalam masa ter-dekat, manakala sebanyak 541 unit dijangka dapat disiapkan pada pertengahan tahun ini hingga awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah SelangorKu Hibiscus 3 di Bandar

Seri Coalfields di sini, pada 14 Sep-tember lalu.

Amirudin berkata, selain skim Smart Sewa, Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI) Selangor dan Per-badanan Aset Keretapi (RAC) merangka rancangan pembangu-nan menyeluruh untuk membina rumah mampu milik di seluruh ka-wasan RAC di Selangor.

Katanya, MBI Selangor dan RAC akan bekerjasama dalam mem-bangunkan aset-aset ini dengan memberi tumpuan kepada pem-bangunan berorientasikan transit (TOD) termasuk rumah mampu milik.

“Langkah ini bertujuan mem-bina komuniti yang mampan, pembangunan tersebut akan menyediakan kawasan perumahan yang sesuai dan mampu dimiliki serta menyediakan jaringan hubu-ngan yang baik di samping turut meningkatkan ekonomi di sekitar pusat TOD dan komuniti sekitar.

“Inisiatif bersama ini juga mencerminkan sokongan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan visi Selangor untuk menjadi Neg-eri Pintar menjelang 2025, yang menghubungkan kemudahan pengangkutan awam bersepadu bersama perumahan mampu mi-lik,” katanya.

Skim Smart Sewa bantu golongan B40Belanjawan 2020 Selangor

dibentang awal NovemberSHAH ALAM - Kerajaan Negeri dijangka membentangkan Be-lanjawan 2020 pada awal No-vember ini bagi menampung keperluan dan memperkasa rak-yat di Selangor tahun hadapan.

Speaker Dewan Negeri Sel-angor (DNS), Ng Suee Lim ber-kata, belanjawan berkenaan akan dibentangkan Dato’ Ment-eri Besar, Amirudin Shari dengan membabitkan satu angka yang amat signifikan untuk rakyat se-

cara keseluruhan.“Seperti biasa, saya yakin ia

akan merangkumi semua aspek sosioekonomi, kebajikan dan hala tuju untuk pembangunan Selangor pada tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Selan-gorKini.

Pada masa sama, beliau op-timis beberapa dasar baharu bakal dikemukakan pemimpin tertinggi itu selaras hasrat Kera-jaan Negeri yang sentiasa meng-

hargai rakyat.“Setakat ini saya belum teri-

ma apa pembaharuan yang akan dibuat, tetapi memang diketa-hui biasanya beliau (Amirudin) mempunyai perancangan ke arah itu.

“Sama-sama kita menunggu perkembangan pada November nanti,” katanya.

Belanjawan Selangor ser-ing menjadi tumpuan masyar-akat seluruh negara berikutan kemampuan Kerajaan Negeri menampilkan pelbagai inisiatif baharu untuk rakyat.

Selain pengumuman bonus, antara yang paling mencuri per-hatian adalah Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR).

Kerajaan Negeri mempe-runtukkan RM2.56 bilion untuk perbelanjaan bagi Belanjawan Selangor 2019 bersandarkan kepada kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan terus ber-daya saing.

Daripada jumlah itu, se-banyak RM1.28 bilion atau 50 peratus diperuntukkan bagi per-belanjaan mengurus manakala selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan.

Page 4: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

4Utama

SelangorKini 19 - 25 September 2019

SIDANG PENGARANG

SHAH ALAM - Kekuatan nega-ra terletak pada kepelbagaian bangsa dan agama, sekali gus menjadikannya satu keunikan, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari sempena sambutan Hari Malaysia, pada 16 September lalu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu meraikan hari penuh berse-jarah berkenaan dengan iltizam bagi terus memakmurkan bumi bertuah ini.

“Selamat menyambut Hari Ma-laysia yang ke-56. Sayangi Malay-siaku: Malaysia Bersih,” tulisnya melalui laman Instagramnya.

Kali ini, Sarawak dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malay-

sia 2019 dan ia adalah kesinam-bungan kepada Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang diadakan pada 2 hingga 4 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Ja-watankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia, tema sambutan tahun ini adalah “Sayangi Malaysiaku: Ma-laysia Bersih”.

Tema itu dipilih kerana ia me- lambangkan perpaduan dan se-mangat cintakan negara demi kesejahteraan serta kemakmuran bersama, selain dapat memupuk juga menyalakan nilai integriti, jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Kepelbagaian bangsa, agama kekuatan Malaysia

KUALA SELANGOR - Program ke-merdekaan dan patriotisme di se-tiap peringkat perlu diperhebat bagi menyemai rasa cintakan ne-gara dalam kalangan rakyat.

Gesaan itu dizahirkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bagi memastikan setiap anggota masyarakat berbilang bangsa ter-us mengingati, menghayati dan memahami erti sebenar kemerde-kaan.

“Di saat wujudnya program berunsurkan kemerdekaan ka-dang kala seseorang itu terlu-pa untuk menghayati malah ada yang ketawa, sinikal dan mem-

buat jenaka terhadap program seperti ini.

“Hal ini kerana kita mengang-gap kemerdekaan itu dapat dinikmati selamanya seolah-olah ia datang bergolek sedangkan merdeka adalah satu perjuangan berterusan.

“Malah, untuk mengekalkan kemerdekaan kita harus bersikap kemandirian selain tidak mem-biarkan diri dikongkong orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Sam-butan Bulan Kebangsaan 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN)

Bukit Melawati di Padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuantan di sini, pada 13 Septem-ber lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat.

Terdahulu, Malam Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 anjuran DUN Bukit Melawati menampil-kan pelbagai aktiviti antaranya deklamasi sajak, pertandingan Kampungku Patriotik, pertandin-gan pakaian kebangsaan kanak-Kanak dan cabutan bertuah.

Perhebat program kemerdekaan, semai rasa cintakan negara

Amirudin Shari bersama kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 DUN Bukit Melawati di padang Sekolah Kebangsaan Pasangan Kampung Kuan-tan, Kuala Selangor, pada 13 September lalu

OLEH ZAREFF MUZAMMIL

GOMBAK - Kerajaan Negeri se-dang merangka pelan perancan-gan 10 tahun ke hadapan secara lebih serius dalam usaha mem-perkukuh kemajuan dan pem-bangunan yang bakal dinikmati seluruh rakyat Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Justeru, beliau berkata, buat masa ini Kerajaan Negeri sedang mendapatkan maklum balas da- ripada penduduk di negeri itu da-lam menggerakkan perancangan sepanjang tempoh 2020 hingga 2030.

Katanya, komunikasi antara Kerajaan Negeri dan masyarakat harus dipertingkat dari semasa ke semasa dalam memastikan pem-

bangunan negeri berada di lan-dasan terbaik.

“Perancangan jangka masa panjang lebih banyak suara yang perlu kita dengar supaya kita dap-at meneliti setiap kepentingan dan keutamaan yang diletakkan oleh rakyat.

“Di Selangor, kita menum-pukan pembangunan aplikasi pintar untuk memastikan ne- geri ini setanding dengan kawa-san-kawasan lain. Malah, setakat ini Selangor masih tidak dapat ditandingi negeri lain, khusus-nya dalam aspek kemajuan dan pembangunan aktiviti ekonomi.

“Kita harus bersaing de- ngan kuasa besar lain dan me-letakkan penanda aras bersama bandar-bandar utama di dunia,” katanya pada Sambutan Bulan

Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Kampung Baru Batu Caves, di Padang Awam Batu Caves, di sini, pada 15 Septem-ber lalu.

Terdahulu, program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kam-pung (MPKK) Kampung Baru Batu Caves dengan kerjasama Ahli Ma-jlis Zon 8 Majlis Perbandaran Se-layang (MPS) itu dimeriahkan dengan kehadiran penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat.

Program dua hari itu diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti jaringan penalti bola jar-ing, memasak ubi kayu, mewar-na untuk kanak-kanak, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patri-otisme.

Turut diadakan perlawanan is-timewa bola sepak yang menyak-

sikan pertemuan antara pasukan Selangai FC (veteran) dan Parang FC (pemuda).

Mengulas program berkenaan, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua berkata, ia se-bagai wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan komuniti di sekitar ka-wasan terbabit.

“Ini adalah satu usaha murni di saat kita menyambut Hari Ke-merdekaan pada 31 Ogos lalu dan memperingati Hari Malaysia yang disambut pada 16 September sa-ban tahun.

“Malah, ia suatu perkara pen-ting yang perlu sentiasa dititik-beratkan bagi mengukuhkan perpaduan dan muafakat dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Perancangan 10 tahun kukuh kemajuan negeri

Bakal dinikmati seluruh rakyat

Kita menumpukan pembangunan aplikasi pintar untuk memastikan negeri ini setanding dengan kawasan-kawasan lain. Selangor masih tidak dapat ditandingi negeri lain, khususnya dalam aspek kemajuan dan pembangunan aktiviti ekonomi

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 5: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS KLANG - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memberi amaran tegas kepada pemilik tanah yang sengaja melakukan pembakaran terbuka ketika jerebu teruk sedang melanda Selangor, pada waktu ini.

Beliau berkata, buat masa ini Kerajaan Negeri terus memantau lokasi panas yang dipercayai be-risiko untuk berlaku pembakaran terbuka oleh pemilik tanah yang tidak bertanggungjawab.

“Kita percaya mereka lakukan pembakaran terbuka ini pada wak-tu malam dan ia menyukarkan pi-hak bertanggungjawab membuat sebarang tangkapan, tuan tanah pun kita tidak tahu di mana mere-ka berada.

“Namun demikian, Kerajaan Negeri akan terus ambil tindakan tegas supaya keadaan jerebu tidak bertambah buruk,” katanya kepa-da media.

Beliau berkata demikian sele-pas merasmikan Pertandingan

Debat dan Pidato Peringkat Ke-bangsaan 2019 di Hotel Gocos di sini, pada 16 September lalu.

Terdahulu, Johan Setia kekal sebagai kawasan tunggal di Se-langor merekodkan IPU di paras sangat tidak sihat dengan bacaan melebihi 200.

Selain itu, turut sama terjejas iaitu lima kawasan di Selangor direkodkan pada paras tidak si-hat antaranya Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Banting dan Kuala Selangor.

Pantau lokasi panas

Tindakan tegas jika bakar terbuka

Pemandangan bandar raya Shah Alam yang dilanda jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 145 iaitu tahap tidak sihat ketika dirakam pada 11 September lalu.

MORIB - Orang awam yang didapati melakukan pembakaran secara terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM500,000 dan lima tahun penjara.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inova-si Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, jika mereka ber-jaya ditangkap ketika melakukan pembakaran, kompaun secara ter-us dikenakan sebanyak RM2,000.

Katanya, Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan berkompromi terhadap mereka yang sengaja melakukan pembakaran terbuka, sekali gus tidak teragak-agak men-genakan kompaun kepada golo- ngan terbabit.

“Kita tahu jerebu berpunca ke-bakaran yang berlaku di Indone-sia, namun jika terdapat orang awam turut melakukan pemba-karan terbuka di Malaysia keadaan kualiti udara sudah pasti bertam-bah parah.

“Saya nasihat orang awam yang ternampak mana-mana pihak me- lakukan pembakaran secara terbu-ka, laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da Media Selangor selepas Majlis Perasmian Pesta Morib dan Kem-pen 3R (Reduce,Reduce, Recycle) dan #BebasPlastik peringkat Kuala Langat Tahun 2019, di Pantai Mor-ib di sini, pada 14 September lalu.

Loy Sian berkata, Kerajaan Ne-geri turut mengarahkan PBT mem-buat rondaan di semua kawasan yang didapati kualiti udara pada paras tidak sihat.

Orang awam yang mahu men-yalurkan maklumat berkaitan pembakaran terbuka juga boleh menghubungi JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Ibu Pejabat JAS Malaysia (03-88712000) atau menghubungi Bilik Kawalan JAS Selangor (03-55197233).

Kompaun maksimum RM500,000

Hee Loy Sian (empat, kanan) bersama kakitangan Jabatan Alam Sekitar Selangor dan penduduk setempat meninjau kawasan pem-bakaran terbuka di Johan Setia, pada 13 September lalu

Edar 2,000 topeng muka kepada pelajar, guruPUCHONG - Sejumlah 2,000 to-peng muka diagih kepada pela-jar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1, Bandar Kinrara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang se-makin meningkat di negeri ini.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pemban-gunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, pengedaran penu-tup hidung dan mulut ke sekolah yang terjejas itu adalah pertama kali dibuat sejak jerebu melan-da Selangor pada awal bulan ini.

Katanya, beliau selaku Ahli De-wan Negeri (ADN) Kinrara juga akan memantau sekolah-sekolah

lain yang memerlukan penutup hidung dan mulut.

“Oleh itu, mana-mana sekolah yang memerlukan penutup hi-dung dan mulut boleh meng-hubungi pejabat ADN saya.

“Sebolehnya kita mahu pelajar dan kakitangan sekolah yang ser-ing kali berada di luar bangunan dilindungi daripada menyedut udara berjerebu kerana dikhuati-ri ia menjejaskan kesihatan,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ke- tika mengagihkan topeng muka kepada pelajar SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, pada 12 Septem-ber lalu.

Hadir sama pengetua se-kolah tersebut, Normah Hashim dan Setiausaha Persatuan Guru dan Ibu Bapa, Thiagaraj Sivanan-dam dan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, E. Mehanatan.

Sementara itu, Thiagaraj berka-ta, pihak sekolah tidak lagi mem-benarkan sebarang aktiviti fizikal di luar kelas berikutan kualiti udara tidak sihat yang turut men-jejaskan Bandar Kinrara.

“Jika ada pendidikan jasmani ia hanya dilakukan dalam kelas, kami tidak mahu kesihatan pela-jar terjejas memandangkan seka-rang ialah musim peperiksaan,” katanya.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memberi kuasa ke-pada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menentukan mana-ma-na sekolah di setiap negeri wajar ditutup berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepa-si tahap bahaya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, JPN lebih mengeta-hui sejauh mana keseriusan jere-bu yang dihadapi di setiap negeri mengikut Prosedur Operasi Stan-dard (SOP) ditetapkan.

“Kita menyerahkan kepada JPN untuk mengikut SOP yang ditetap-kan. Jadi kalau ada mana-mana negeri yang bacaan IPUnya tinggi dan melepasi tahap bahaya, maka JPN akan meneliti keputusan un-tuk menutup sekolah terlibat.

“Kita berikan kuasa kepada JPN

untuk memantau keadaan dengan lebih dekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita selepas merasmikan My Digital Maker Fair 2019 di Pu-sat Dagangan dan Pameran An-tarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, pada 15 September lalu.

Dr Maszlee berkata, JPN di se-tiap negeri mempunyai pelan ke-cemasan tersendiri dan berbeza di seluruh negara.

Bagaimanapun, sejauh mana perbezaanya tidak dapat ditentu-kan kerana ia bergantung kepada kaedah yang diguna pakai.

Terbaharu, 220 sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di daerah Muar dan Tangkak, Jo-hor, diarah tutup berikutan jere-bu yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200.

Tutup sekolah jika jerebu teruk

Page 6: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

6Utama

SelangorKini 19 - 25 September 2019

SHAH ALAM - Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) men-jadi perintis kepada penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) badan kerajaan di negeri ini sebagai per-sediaan peringkat awal sesuatu ke-cemasan atau bencana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, penubuhan pasukan ber- kenaan membantu anak syarikat Kerajaan Negeri itu untuk melak-sanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan sekiranya berlaku insiden tidak diingini di tapak pro-jek, kawasan perumahan mahu-pun premis PKNS.

“PKNS adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang banyak terbabit dengan aktiviti pembi-naan dan pembangunan peruma-han selain memiliki premis-premis dalam jagaan kami.

“Jika berlaku apa-apa di ta-pak, anggota yang terlibat da-lam CDERT sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan asas berke-naan kecemasan memandangkan ia (CDERT) ada berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pe- kerjaan.

“Pasukan CDERT juga dapat

bergabung tenaga bersama de-ngan menawarkan khidmat dan sumbangan kepada kerajaan persekutuan apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran dan Pentauliahan an-ggota CDERT 2019, di Dewan As-ter, Bangunan Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14, di sini, pada 13 Sep-tember lalu.

Pentauliahan itu disempurna-kan Setiausaha Bahagian Pengu-rusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor, Muhammad Ya-sir Yahya dan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab.

Terdahulu, seramai 78 anggota CDERT yang melengkapkan lati-han daripada silibus penuh asas pertahanan awam APM menerima pentauliahan itu terdiri daripada beberapa bahagian merangku-mi pentadbiran, teknikal dan ke-wangan.

Pada majlis sama, Mohd Azizi ditauliahkan Pegawai Kehormat CDERT, manakala 16 ahli pengu-rusan PKNS menerima pangkat se-bagai Pegawai Bersekutu.

PKNS perintis pasukan CDERT

Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain (dua, kanan) bersama Datuk Roslan Wahab (dua, kiri) memegang sijil perakuan pendaftaran ketika Majlis Pelancaran CDERT PKNS 2019 di Dewan Aster Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam, pada 13 September lalu

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100,000 se-bagai permulaan kepada Dana Bantuan Nafkah Bahagian Sokon-gan Keluarga Selangor bagi mem-bantu wanita dan anak-anak yang diabai oleh suami atau bapa.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, dana itu bertujuan disalurkan kepada wanita dan anak-anak yang berada di bawah had kemampuan kifayah atau di-abaikan tanggungjawab nafkah oleh suami atau bapa.

Katanya, dana itu bersifat ban-tuan khas wang sumbangan bagi membantu wanita dan anak ter-abai yang mengalami masalah nafkah selama tempoh enam bu-lan atau selepas kes yang difailkan di Mahkamah Syariah selesai.

“Syarat untuk menerima dana ini, bekas isteri perlu memfailkan kes pelaksanaan dan penguatkua-saan nafkah terhadap pihak suami atau bapa yang tidak bertanggu-ngjawab di Mahkamah Syariah itu terlebih dahulu.

“Dengan cara ini, saya percaya lebih ramai wanita dan anak yang teraniaya akan dapat dibantu dan mampu hadir ke Mahkamah Sya-riah untuk menuntut hak mereka.

“Malah, dengan dana ini ia sedikit sebanyak dapat memban-tu menampung kos lain yang ber-sangkutan dengan pemfailan kes tuntutan nafkah atau kes penguat-kuasaan nafkah,” katanya.

Bantu isteri dan anak yang diabai

RM100,000 Dana Bantuan Nafkah

SHAH ALAM - Rakyat Selangor disaran mempromosikan cara hidup yang dipenuhi nilai santun dan adab tinggi kepada pelan-cong luar sempena Kempen Ta-hun Melawat Malaysia 2020.

EXCO Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asa-ri berkata, kempen berkenaan adalah misi nasional dengan se-tiap rakyat berperanan menjadi ejen mempromosikan keunikan Malaysia di mata dunia.

“Selain mempromosikan lo-kasi dan makanan, kita boleh mempromosikan cara hidup rak-yat negara ini kerana nilai itulah membuatkan kita bersatu padu walaupun terdiri daripada pel-bagai kaum.

“Marilah sama-sama menjaya-kan usaha dan persiapan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2020

dengan menjadikan negara ini lebih bersih, indah, berwibawa dan sejahtera. Bersedialah dari sekarang dan jadilah duta terbaik untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Seni Budaya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di One City, pada 8 September lalu.

Hadir sama, Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan serta ham-pir 500 peserta terdiri daripada penggiat seni, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Antara yang dipertandingkan pada acara itu ialah Pertandingan Teater Muzikal Aspirasi Kemerde-kaan, Pertandingan Kebudayaan Warisan dan Pertandingan Muzik Kitar Semula.

Pada masa sama, Abdul Rashid berkata, generasi masa depan tidak dapat mewarisi seni wa-

risan budaya jika ia gagal disu- burkan masyarakat hari ini.

Katanya, ia juga menjadi pun-ca kepada golongan belia tidak dapat memahami perpaduan dan aprisiasi terhadap nilai seni bu-daya bangsa.

“Pelbagai usaha dilakukan Ke- rajaan Selangor dan Persekutuan untuk memelihara budaya bang-sa supaya ia sentiasa segar dan dikenali di seluruh dunia.

“Bahkan pendidikan terhadap budaya giat dijalankan di pering-kat akar umbi bagi memastikan ia dapat diwarisi. Saya percaya masyarakat yang tidak menga-malkan budaya juga akan hilang identitinya.

“Oleh demikian, menjadi satu kerugian kepada rakyat Malaysia jika kita tidak menghargai budaya kerana budaya melambangkan bangsa,” katanya.

Promosi nilai santun dan adab kepada pelancong

Beliau berkata demikian keti-ka berucap pada Pelancaran Dana Bantuan Nafkah Bahagian Sokon-gan Keluarga Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 17 September lalu.

Pada masa sama, Amirudin turut menyeru mana-mana badan korporat, syarikat swasta dan indi-vidu yang berkemampuan untuk bersama Kerajaan Negeri mem-bantu menyalurkan sumbangan untuk dana terbabit.

“Anda semua digalakkan un-tuk menyalurkan sumbangan ma-sing-masing kepada akaun Dana Bantuan Nafkah yang ditadbir Ja-watankuasa Akaun Amanah Baha-gian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,” ka-

tanya.Katanya, antara kriteria kela-

yakan untuk memohon dana ter-babit ialah pemohon beragama Islam, tidak berkemampuan, ber-mastautin di Selangor dan mereka perlu memperoleh perintah dari-pada mana-mana Mahkamah Sya-riah di negeri ini.

“Manakala, mereka yang la-yak akan diberi bantuan mini-mum RM200 untuk seorang anak; RM300 (dua hingga tiga anak); RM400 (empat hingga lima anak) dan RM500 kepada enam anak dan ke atas,” katanya.

Terdahulu, seramai 18 peneri-ma awal dikenal pasti layak mene- rima Dana Bantuan Nafkah dengan jumlah keseluruhan RM36,000.

Page 7: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif IN4TECH bagi pelaksanaan program ‘Affordable Meals’ yang bakal dilancarkan sempena Persidangan IN-4TECH, pada 24 hingga 27 September ini.

IN4TECH menjalin kerjasama erat de-ngan Perbadanan Ekonomi Digital Malay-sia (MDEC) Sdn Bhd berkaitan Ekonomi Digital Islam (IDE) dengan memberi fokus terhadap Teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Halalan Toyyiban dalam bidang pemakanan melalui ‘Handheld Terminal’ serta bayaran digital.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Ban-dar, Haniza Talha berkata, program itu diwujudkan sebagai pendekatan me-

ningkatkan ekonomi kehidupan bandar, khususnya kaum wanita.

Katanya, Kerajaan Negeri prihatin de-ngan keperluan rakyat dan cabaran ke-hidupan masa kini terutama daripada aspek kenaikan harga makanan beriku-tan keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Keusahawanan adalah jalan utama untuk bebas daripada kemiskinan dan memberi peluang seseorang itu menjana pendapatan tambahan keluarga.

“Oleh itu, dengan sokongan dan ban-tuan pinjaman mikro oleh Hijrah Sela- ngor, maka program ‘makanan harga patut’ dilihat mampu mengubah taraf ekonomi rakyat Selangor.

“Program ini akan bermula di Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh Malay-

‘Makanan harga patut’ mampu ubah taraf ekonomi

IN4TECH jalin kerjasama dengan MDEC

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia me- nerima cadangan dan idea daripada pe-main utama sektor perniagaan pengedaran di negara ini terutama yang membawa ke-pada perubahan dasar dan inisiatif, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, ini bagi membantu menyesuaikan perubahan terhadap trend dalam peruncitan dan kepenggunaan semasa terutamanya dengan perkemban-gan pantas e-dagang serta konsep stor ter-kini yang berubah daripada ciri tradisional dan konvensional.

Dr Wan Azizah memberi contoh IKEA telah merasmikan stor kecil pertama ber-saiz 1,600 meter persegi di New York ba-ru-baru ini dan bercadang membuka 30 lagi stor kecil di kawasan bandar, Carrefour SA Perancis pula telah mengurangkan ke- luasan stor dan kos operasi bagi mengad-aptasi trend e-dagang.

“Beberapa cadangan berkenaan pemba-haruan yang telah dicadang daripada pe-main industri termasuk menyemak semula format pusat pengedaran, keluasan lantai niaga dan waktu operasi perniagaan,” ka-tanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun AEON ke-35 di sini, pada 14 September lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Men-teri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, pasar raya asing telah menjana 26,829 peluang pekerjaan kepa-da rakyat tempatan dan menyumbang se-jumlah RM110,297,707.44 dari segi kutipan cukai negara pada 2018.

Malahan, sehingga suku pertama tahun ini, sektor perkhidmatan telah menyum-bang 57 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana sub sektor borong dan runcit merupakan penyum-bang pertumbuhan utama dengan menca-

tatkan nilai jualan sebanyak RM 321.8 bi- lion serta mengupah lebih kurang 1.8 juta tenaga kerja secara keseluruhan.

Dr Wan Azizah turut berharap agar kum-pulan AEON, dengan rangkaiannya dapat memainkan peranan penting dan efektif dalam usaha menstabilkan harga barangan, khususnya barangan keperluan harian bagi kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat.

Beliau turut memuji langkah AEON da-lam usaha memulihara alam sekitar me-nerusi program penanaman pokok yang telah dimulakan sejak 2014, di mana se- hingga kini sebanyak 18,000 batang pokok telah ditanam daripada sejumlah 30,000 yang disasarkan.

Langkah itu dilihat mampu menyum-bang kepada pengembalian biodiversiti termasuk di kawasan bekas tapak lombong di Malaysia dan seterusnya menarik lebih ramai pelancong ke tempat ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana usaha untuk menjadi sebuah ne-gara maju tidak akan tercapai atau diikti-raf jika pusat membeli belah berkembang dengan gah sedangkan sungai dan udara sedang tercemar serta hutan belantara menjadi tandus.

“Mesej ini jelas di waktu kita berusaha untuk membangunkan negara, kita tidak boleh lupa betapa pentingnya untuk kita mengekal dan memelihara alam semula jadi dan persekitaran kita.

“Kita telah melihat kesan akibat dari pem-bangunan yang tidak teratur dan yang hanya menekankan faktor keuntungan semata-ma-ta,” katanya.

AEON merupakan peneraju Kedai Barang Dagangan (GMS) merangkap pasar raya di Malaysia dengan memiliki 28 pusat membe-li-belah AEON, 34 stor cawangan AEON, satu MaxValue dan lima pasar raya utama Max-Valu Prime di seluruh negara. – BERNAMA

Kerajaan sedia terima idea pemain industri e-dagang

sia, pada masa akan datang,” katanya da-lam kenyataan.

Haniza berkata, program berkenaan akan menggalakkan pengusaha makanan halal menjualnya pada harga lebih kompetitif yang mampu dibeli pelanggan.

Katanya, ia juga melahirkan lebih ramai peniaga makanan, sekali gus mampu men-jana peningkatan pendapatan bulanan se-hingga RM4,000.

“Ini adalah sistem pertama yang mem-berikan terminal kepada individu dengan mengabungkan teknologi IR4.0 kepada pro-duk makanan seharian rakyat seperti nasi lemak. Dengan mengeluarkan makanan se-cara IR4.0, maka harga makanan yang dijual dapat dikurangkan.

“Malaysia sememangnya sinonim de-ngan syurga makanan, maka tidak hairanlah syarikat inovasi ini menghasilkan produk yang mampu melonjakkan lagi industri makanan dan minuman, di negara ini.

“Justeru, peniaga digalakkan mencuba menu baharu dan dengan kepastian, pro-gram `Affordable Meals’ boleh merangku-mi banyak lagi menu makanan kegemaran tempatan,” katanya.

Haniza yang juga Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya berkata, seramai 12 pengu-saha dari kawasan Dewan Undangan Negeri

Dengan sokongan dan bantuan pinjaman mikro oleh Hijrah Selangor, maka program ‘makanan harga patut’ dilihat mampu mengubah taraf ekonomi rakyat SelangorHANIZA TALHAEXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar

(DUN) berkenaan dipilih melalui medium Pusat Wanita Berdaya (PWB) Lembah Jaya untuk menyertai persidangan yang ber-langsung di Pusat Konvensyen Kuala Lum-pur itu.

“Mereka antara 1,500 pengusaha yang bakal menghadiri IN4TECH memandang- kan program ini ditujukan khas kepada pengusaha kecil merangkumi 76 peratus usahawan, di Malaysia,” katanya.

Page 8: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

8Nasional

SelangorKini 19 - 25 September 2019

KUALA LUMPUR - Tindakan men-jual kad pengenalan (MyKad) dan sijil kelahiran kepada warga asing adalah satu pengkhianatan be-sar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.

“Saya telah mengarahkan Ke-tua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Datuk Ruslin Jusoh) memberi kerjasama sepenuh-nya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia dalam

Jual MyKad, sijil lahir kepada warga asing

Pengkhianatan kepada negarasiasatan yang membabitkan kes berkenaan atau kes seumpama ini.

“Kementerian bertanggung-jawab ke atas proses permohonan MyKad di Malaysia. Proses permo-honan sedia ada adalah jelas dan semua permohonan yang lengkap akan diproses secara adil,” katanya dalam kenyataan di laman Face-book rasmi miliknya, pada 14 Sep-tember lalu.

Justeru, Muhyiddin menasihat-kan orang ramai supaya mengi-kut proses tersebut dan tidak sama sekali cuba mendapatkan seba-rang jenis dokumen melalui sa-luran yang tidak betul.

Orang ramai yang mempu-nyai maklumat mengenai sindi-

ket pengeluaran dokumen secara tidak sah boleh menyalurkannya kepada PDRM. Muhyiddin ber-kata demikian sebagai mengulas penahanan 20 individu termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki ter-libat dalam pengeluaran sijil kela-hiran dan MyKad secara penipuan, baru-baru ini. Pada 12 September lalu, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang dan lima individu terma-suk seorang bergelar Datuk dida-kwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas 32 pertuduhan ber-hubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepa-da warga asing. – BERNAMA

BUTTERWORTH - Selaras dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Ber-sama 2021-2030, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap merapatkan jurang pendapatan dengan melihat beberapa aspek antaranya mewujudkan lebih ba-nyak peluang pekerjaan dan pem-berian gaji munasabah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, terdapat dua aspek penting yang harus ditekankan iai-tu mewujudkan lebih banyak pe-luang pekerjaan serta pemberian gaji yang munasabah dalam usaha menambah baik kuasa pembelian dalam kalangan rakyat.

“Dua aspek ini perlu kita lihat dalam usaha merapatkan jurang pendapatan. Kita harus mewujud-kan lebih banyak pekerjaan dan gaji munasabah. Kita perlu lihat dua aspek ini untuk meningkat-kan kuasa pembelian dalam ka-langan rakyat khususnya mereka dari golongan tidak berada.

“Dalam hal ini gaji yang lebih munasabah akan memberi ke-san yang positif serta membawa im-pak yang baik dari segi mengu-

Rapat jurang pendapatan, tingkat peluang kerja

rangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas Program Kam-pungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan dan Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Ke-bangsaan di sini, pada 15 Septem-ber lalu.

Program itu dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Guan Eng berkata, dalam usaha menggalakkan peluang pekerjaan, satu cadangan akan dibentang-kan pada mesyuarat di Parlimen 11 Oktober ini.

“Memang ini adalah sesuatu yang akan diutamakan, ia bukan sahaja dapat merapatkan jurang sosial ekonomi, ia juga boleh me-nambah pendapatan rakyat. Ke-semua ini harus dikongsi dan dijana agar kemakmuran ini dirasai bersama sealiran dengan pertum-buhan pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan-nya pada program itu, Lim berkata, program Kampungku Sihat yang menekankan prinsip

“Mencegah Lebih Baik Daripa-da Mengubati” adalah sesuatu yang wajar puji.

“Saya berharap dalam jang-ka masa panjang, program ini dapat mengurangkan beban ke-wangan kerajaan dalam bidang kesihatan. Apabila semakin ra-mai rakyat yang sedar dan me- ngamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari penyakit, maka se-makin kurang kos yang ditang-gung kerajaan untuk merawat mereka yang berpenyakit,” kata Ahli Parlimen Bagan

Guan Eng berkata, selaku indi-vidu yang dipertanggungjawab-kan mengurus kewangan kerajaan Persekutuan, beliau mengakui ba-hawa tanggungan kerajaan dalam hal kesihatan sangat besar.

“Berdasarkan kepada Belan-jawan 2019, Kementerian Kesi-hatan telah diperuntukkan RM28.7 bilion dan ini menjadikan antara yang terbesar dari segi peruntu-kan tahunan. Peruntukan tersebut telah meningkat kira-kira lapan peratus dari tahun sebelumnya,” katanya. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kerajaan ti-dak akan membenarkan rakyat dan negara ini diganggu-gugat oleh kelompok yang cuba meng-hasut serta mengadu-domba supaya negara berpecah-belah, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar).

Timbalan Perdana Menteri, dalam perutusan bersempena Hari Malaysia, menegaskan kera-jaan akan melakukan apa saha-ja yang terbaik agar perpaduan sesama rakyat Malaysia sema-kin mantap dan kukuh. Kata-nya, seperti generasi terdahulu, Malaysia kini juga menghadapi cabaran getir dan rumit, antaran-ya cabaran perpaduan dalam ka-langan rakyat berbilang budaya dan agama.

“Akan sentiasa terdapat golongan pelampau yang suka mengapi-apikan isu perkauman untuk kepentingan tertentu. Ada juga kelompok yang cuba menghasut dan mengadu dom-ba supaya negara kita berpecah-belah.

“Kita tidak akan membiarkan

Tidak akan benarkan negara digugat

rakyat dan negara ini digang-gu-gugat. Keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara adalah keutamaan tertinggi bagi kera-jaan,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Men-teri Pembangunan Wanita, Ke-luarga dan Masyarakat berkata, segala kelemahan dan kesila-pan akan diperbaiki dan beliau mengajak rakyat bersama-sa-ma membina serta mengang-kat negara supaya kemakmuran terus dinikmati semua.

“Inilah Malaysia, tanah tump-ah darah kita bersama. Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih,” ka-tanya. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Tindakan Arab Saudi menggantung sementara penge-luaran di dua loji minyak Aramco susulan serangan oleh pemberon-tak Yemen, sudah pasti akan mem-beri kesan kepada harga minyak di seluruh dunia, kata Tun Dr Ma-hathir Mohamad.

Bagaimanapun, Perdana Men-teri berkata, di Malaysia, kerajaan mengamalkan pemberian subsidi bagi mengimbangi kenaikan har-

ga tersebut.“Kalau dia (Arab Saudi) terpaksa

henti pengeluaran minyak ditapis sebanyak sejuta tong, sudah tentu beri kesan kepada harga minyak seluruh dunia.

“Tetapi di Malaysia bila harga minyak naik, kita beri subsidi. Di United Kingdom, kalau minyak naik, dia (kerajaan) naikkan cukai. Bagi dia, orang dia tak merungut,” katanya pada sidang media sele-

pas menyaksikan The Putrajaya Boat Race 2019, di sini, pada 15 September lalu.

Dr Mahathir berkata demikian semasa ditanya sama ada kera-jaan akan mengkaji semula har-ga runcit petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2.08 jika berlaku kenaikan harga min-yak dunia berikutan kejadian sera- ngan itu.

Putera Abdulaziz Salman, dalam

kenyataan yang disiarkan agen-si berita SPA berkata, Arab Saudi menggantung pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman.

Menteri Tenaga Arab Saudi itu berkata, serangan tersebut menye-babkan penggantungan sementa-ra pengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais yang membawa kepada gangguan kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhan.

Aramco dalam kenyataan berasingan menjelaskan sera- ngan itu mengakibatkan peng-gantungan pengeluaran 5.7 juta tong minyak mentah sehari.

Serangan dron pemberontak Houthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua kemudahan utama Aramco di timur Arab Saudi, adalah yang ter-baharu dalam siri serangan ke atas loji minyak negara itu sejak bebe-rapa bulan ini. – BERNAMA

PM: Kerajaan beri subsidi jika minyak naik

Page 9: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional919 - 25 September 2019

KUCHING - Tun Dr Mahathir Mo-hamad memberikan komitmen bahawa Kerajaan Pusat akan memberikan lebih tumpuan ke-pada pembangunan di Sarawak dan Sabah selaras Wawasan Ke-makmuran Bersama yang baharu diperkenalkan.

Perdana Menteri mengakui ba-hawa keadaan di kedua-dua ne- geri berkenaan masih kurang di-beri tumpuan berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

“Kita dapati kerajaan sebe-lum ini tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada negeri Sa-rawak. Kalau kita bandingkan kita lihat keadaan di Sarawak ini yang kaya dengan minyak tetapi pem-bangunan tidak diagih sama rata antara raktyat di negeri Sarawak sendiri dan antara Sarawak dan Se-menanjung.

“Ini kita tentukan daripada ka-jian-kajian yang kita telah lakukan bahawa kita perlu beri tumpuan lebih kepada Sarawak dan Sabah supaya rakyat di negeri-negeri ini akan dapat layanan sama dengan Semenanjung,” katanya dalam uca-pannya pada program Berambeh (Ramah Mesra) Bersatu Sarawak di sini, pada 16 September lalu.

Perdana Menteri menjelaskan

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengenal pasti penyewa Perumahan Awam (PA) dan Pro-jek Perumahan Rakyat (PPR) seki-tar ibu kota yang layak diserapkan dalam Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa.

Menteri Wilayah Persekutu-an, Khalid Abdul Samad berkata, usaha itu bertujuan membantu penyewa yang benar-benar me-merlukan bantuan bagi memba-yar semula sewa bulanan yang

Selaras Wawasan Kemakmuran Bersama

Pusat fokus bangunkan Sarawak, Sabah

Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sem-pat berswafoto bersama ahli-ahli BERSATU ketika menghadiri program Berambeh BERSATU Sarawak, pada 16 September lalu. Foto BERNAMA

bahawa tumpuan lebih kepada dua negeri berkenaan bukan atas sebab pilih kasih.

“Tetapi kerana kenyataan se-benar bahawa walaupun negeri Sarawak negeri besar daripada (negeri-negeri) Semenanjung, tetapi pembangunannya agak ketinggalan melainkan di bandar-

bandar, di luar bandar kita dapa-ti kedudukan tidaklah seperti kita kehendaki.

“Sebab itu satu dasar baha-ru telah diperkenalkan Kerajaan Pusat untuk negara kita dan dasar baharu ini adalah untuk lihat agi-han kekayaan secara adil dan saksama, kita ingin lihat pemba-

ngunan bersama,” katanya.Menghuraikan lagi mengenai

dasar baharu yang diperkenalkan sebaik selesai Mesyuarat Khas Kabinet Sabtu lepas, Dr Mahathir berkata, pelaksanaan dasar berke-naan berbeza daripada dasar yang diperkenalkan sebelum ini.

“Kita nak kemakmuran bersa-

ma ini dicapai pada penghujung usaha kita, bukan di permulaan… Kali ini kita ingin tentukan yang kurang bernasib baik diberi pelu-ang hanya dengan syarat mereka dapat menggunakan sepenuhnya peluang ini, bukan untuk menjual lesen dan kontrak (yang diberi-kan) tetapi mereka akan berusa-ha sendiri.

“Malangnya mereka tidak beru-paya dan tidak ada kemahiran. Un-tuk ini kita akan betulkan dengan cara memberi latihan, pengajaran tentang pengurusan wang mere-ka, tentang perniagaan mereka su-paya bila dapat peluang, mereka tidak perlu jual kepada orang kaya, sebaliknya akan guna peluang itu untuk tingkat pendapatan mereka. Dengan itu jurang miskin dan kaya akan berkurangan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, wawasan berkenaan telah disusun de-ngan rapi supaya ia dapat dilak-sanakan dengan jayanya, namun berharap rakyat dapat memberi sokongan.

“Kalau kita beri peluang teta-pi mereka tak ingin berusaha tingkatkan kebolehan mereka maka keadaan sediakala ini akan berterusan, tetapi kalau mereka sanggup kerja kuat melatih diri dan beramanah tidak menjual se-gala peluang, InsyaAllah mereka akan tingkatkan kejayaan sendiri.

“Kita telah berjaya menyu-sun dan memahami bagaimana “shared prosperity” ini dapat di-capai. Ini semua kita akan dapat lakukan kerana kerajaan ini me-mang berminat untuk memper-hambakan diri kepada rakyat tetapi rakyat juga harus menyam-but cadangan ini supaya ia berja-ya,” katanya. – BERNAMA

KUCHING - Kerajaan bercadang membeli sebuah pesawat Bom-bardier dan helikopter Medevac bagi kegunaan Jabatan Bom-ba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, kedua-dua aset udara ini yang masih belum dimili-ki pasukan penyelamat berkenaan

Cadangan beli Bombardier, Medevac perkasa bombaamat diperlukan terutama dalam proses evakuasi mangsa di kawa-san pedalaman dan memadam ke-bakaran hutan.

Katanya, kementerian juga akan mempertimbangkan pe-merolehan peralatan-peralatan menangani kebakaran yang ter-kini sekiranya perlu bagi kegunaan jabatan berkenaan.

“Saya akan ke Itali dalam masa

terdekat bagi melihat keberkesa- nan jentera atau peralatan yang di-gunakan di negara itu dalam kerja pemadaman api.

“Itali model negara terbaik da-lam menangani isu kebakaran, jadi kita akan ke sana untuk melihat demostrasi model yang diguna-kan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Alat Pe-madaman Api di Ibu Pejabat JBPM

Sarawak, di sini, pada 15 Septem-ber lalu.

Sejumlah 1,000 alat pema- dam api diserahkan kepada JBPM Sarawak untuk diagihkan kepada rumah-rumah panjang di pedala-man sebagai alat bantuan awal da-lam mengawal kebakaran.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berka-ta, terdapat hanya 32 balai bomba

di Sarawak ketika ini sedangkan dari segi geografinya negeri ini lebih luas dari Semenanjung.

“Jika berlaku kebakaran, pihak bomba sukar untuk sampai awal ke lokasi terutamanya di pedalaman. Justeru dengan adanya peralatan pemadam api, ia dapat memban-tu memadamkan kebakaran awal sekali gus mengelakkan kerugian harta benda,” katanya. – BERNAMA

DBKL kenal pasti penghuni PA, PPR untuk dibantutertunggak itu.

“Saya sudah minta DBKL da- patkan senarai penduduk dan buat satu proses pemutihan untuk cari orang yang betul-betul me-merlukan bantuan. Kita akan cuba berikan pekerjaan dan jenis ban-tuan lain sehingga akhirnya mere-ka boleh membayar sewa mereka.

“Tetapi mereka yang akhir- nya didapati ada kereta, telefon bimbit, Astro dan hidup dalam keadaan agak mewah… itu, kita terpaksa ambil tindakan kerana

ada lebih ramai lagi yang layak menerima bantuan ini,” katanya selepas meras-mikan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, pada 15 September lalu.

Menurut Khalid, DBKL mengalami kerugian RM58 juta akibat tunggakan sewa itu, sedangkan sewa bula-nan hanya RM124.

“Ini bukan sejak Pakatan Harapan ambil alih. Dari

awal lagi, ada penyewa yang masuk langsung tidak pernah bayar.

“Ini pun kita kena tangani dengan berha-ti-hati dan berhemah kerana kita tahu akan ada golongan yang menjadikannya isu politik. Ini masalahnya, bila kita nak buat benda yang betul, ia dipolitik-kan,” katanya. – BERNAMA

Page 10: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

10Global

SelangorKini 19 - 25 September 2019

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ke- rajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan pelan jangka panjang bagi menangani jerebu rentas sem-padan yang melanda negara ini se- tiap tahun, namun turut memerlu-kan kerjasama negara lain termasuk Indonesia.

“Sehingga kita mendapat ker-jasama (daripada negara-negara lain) adalah tidak mungkin untuk mempunyai pelan jangka panjang,” kata beliau pada sidang media se-lepas menyaksikan pertandingan mendayung perahu, The Putrajaya Boat Race 2019, di sini, pada 15 Sep-tember lalu.

Ditanya sama ada beliau telah mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo berhubu-ng masalah jerebu ketika ini, Dr Ma-hathir berkata, beliau masih belum

Malaysia perlu kerjasama jiranberbuat demikian.

“Kita tengok bukti (dahulu) kera-na dia (Indonesia) dakwa kata (jere-bu) ini datang dari Malaysia, jadi kita kena sahkan sama ada datang dari Malaysia atau tidak,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Per-hutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar pada 11 September lalu di-laporkan mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia bukan da-tang dari negara itu, sebaliknya be-rasal dari Sarawak.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin membalas dalam han-taran di akaun Facebook beliau pada 12 September dengan berkata, In-donesia tidak perlu berada ‘dalam penafian’ sambil menyertakan da-ta-data termasuk titik panas di Su-matera dan Kalimantan.

Bee Yin juga dilaporkan berkata,

Dr Mahathir akan menghantar surat kepada Presiden Indonesia secepat mungkin berhubung isu jerebu ren-tas sempadan. Bee Yin turut dilapor-kan berkata bahawa Malaysia telah menawarkan bantuan kepada kera-jaan Indonesia untuk memadamkan kebakaran di negara itu, bagaimana-pun hingga kini belum ada permin- taan seumpama itu dibuat.

Semasa ditanya mengenai pe-merhatiannya terhadap kualiti udara ketika ini, sama ada ia sela-mat untuk aktiviti luar, Dr Mahathir berkata, walaupun jerebu di Kuala Lumpur tidak begitu teruk, namun beliau memakai penutup hidung dan mulut ketika menjalankan ak-tiviti luar.

“Bila naik kuda pun pakai pe-nutup hidung dan mulut, jadi orang tidak mengenali saya,” kata- nya secara berseloroh. – BERNAMA

JAKARTA - Aktivis alam sekitar In-donesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius mena- ngani kebakaran, sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan kese-lamatan awam.

Memetik laporan media tem-patan, jerebu itu bukan sahaja menyusahkan rakyat tempatan, ma-lah kini merentasi sempadan dan menjejaskan negara jiran.

Ketua Sumber Daya Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WAL-HI), Khalisah Khalid mendakwa jan-gankan tindakan tegas dilakukan terhadap mereka atau syarikat yang sengaja membakar hutan ketika ini, malah 10 syarikat yang didapa-ti bersalah dalam kebakaran hutan

Tidak serius tangani kebakaran hutan

Aktivis Indonesia kritik pemerintah

Kebakaran tanah pertanian di Kampar, wilayah Riau di Kepulauan Sumatera yang dirakamkan pada 16 September lalu. - Foto AFP

pada 2012 hingga 2015 juga belum dikenakan tindakan.

Direktur Eksekutif WALHI di Jam-bi, Rudiansyah pula mendakwa pemerintah hanya mengambil tin-dakan terpilih kepada pelaku pem-bakaran hutan.

“Lebih 11,000 hekatar kawasan hutan terbakar di Jambi dan tiada apa apa pun tindakan terhadap ma-na-mana pihak,” katanya.

Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik agensi berita Antara, turut melahirkan kekesalannya terhadap pemerintah daerah dalam mena- ngani kebakaran hutan yang menye-babkan jerebu teruk di provinsi Kali-mantan, Riau dan Jambi.

“Pasukan (pemadam api) kita

tambahkan. Tetapi sekali lagi, kalau tidak ada dukungan dari pemerintah daerah, ini adalah pekerjaan besar yang sulit diselesaikan.

“Kita memiliki semuanya, tapi tidak ditertibkan secara baik. Kalau infrastruktur ini diaktifkan secara baik, saya yakin, kebakaran hutan akan dapat ditangani,” kata Jokowi.

Menurut laporan Antara, ma- syarakat juga kesal kerana Gaber-nor Riau, Syamsuar dan Wali Kota Pekanbaru, Firdaus kini berada di luar negara ketika masalah jerebu kian memburuk.

Sejak Januari lepas, lebih 42,000 hektar hutan dan ladang terbakar di beberapa provinsi di Indonesia. – BERNAMA

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(1082296-U)

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

AIS/CBS/T35/9/2019

AIS/PCW/T27/9/2019

AIS/PCW/T28/9/2019

AIS/PCW/T29/9/2019

AIS/PCW/T30/9/2019

AIS/PCW/T31/9/2019

AIS/PCW/T32/9/2019

AIS/PCW/T33/9/2019

AIS/PCW/T34/9/2019

AIS/PCW/T16/9/2019

AIS/PCW/T19/9/2019

AIS/PCW/T25/9/2019

AIS/PCW/T26/9/2019

AIS/PCW/T24/9/2019

AIS/PCW/T35/9/2019

AIS/PCW/T36/9/2019

AIS/PCW/T20/9/2019

AIS/PCW/T21/9/2019

PRINTING AND POSTING OF MONTHLY WATER & MISCELLANEOUS BILLS TO CONSUMER

UPGRADING OF SLUDGE TREATMENT FACILITY, FLUORIDE DOSING SYSTEM AND CONSTRUCTION OF NEW CHEMICAL BUILDING AT SG. DUSUN WATER TREATMENT PLANT, HULU SELANGOR

CONSTRUCTION / UPGRADING SLUDGE TREATMENT FACILITIES AT BUKIT TAMPOI, RANTAU PANJANG AND SG. LANGAT WATER TREATMENT PLANT

CONSTRUCTION OF NEW LIME PLANT, REFURBISHMENT OF RAW WATER INLET CHAMBER, CLARIFIERS, WATER TREATMENT PUMP HOUSE AND CHLORINE STORE AT SG. SIREH WATER TREATMENT PLANT

PROPOSED REFURBISHMENT AND REHABILITATION WORKS AT SG. LANGAT DAM, SEMENYIH DAM AND ORS LABU

UPGRADING ACCESS ROAD AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT BUKIT BADONG SLUDGE DISPOSAL AREA IN SG. SELANGOR PHASE 2 WATER TREATMENT PLANT

PROPOSED IMPROVEMENT WORKS OF WATER STRESS AND LOW PRESSURE AREAS IN PETALING REGION - TAMAN WAWASAN

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF EXISTING LEAKING AND UNUSED RESERVOIR AND PUMP HOUSE IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA FOR YEAR 2019 – PACKAGE 5BI. TAMAN HARMONI INDAH SUCTION TANK AND PUMP HOUSE, HULU LANGAT REGIONII. TAMAN BANGI JAYA ELEVATED WATER TANK, HULU LANGAT REGION

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF EXISTING LEAKING AND UNUSED RESERVOIR AND PUMP HOUSE IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA FOR YEAR 2019 – PACKAGE 5CI. TANGKI MENARA LANGGAK BUKIT 1 & 2

REPLACEMENT AND UPGRADING OF WATER TREATMENT PLANT COMPONENTS INCLUDING ACCELERATORS, MAIN PIPING, CHEMICAL AUTO DOSING SYSTEM, PLANT INTERNAL WIRING SYSTEM, REHABILITATION OF BUILDING SURFACES AND ROOFS AND IMPROVEMENT WORKS FOR SLUDGE TREATMENT FACILITY AT BUKIT NANAS WATER TREATMENT PLANT

REPLACEMENT OF EXPANSION JOINTS AT 28 NOS SEDIMENTATION TANKS AND CLEAR WATER TANKS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG. SEMENYIH WATER TREATMENT PLANT, PRESINT 19, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

CONSTRUCTION OF NEW SLUDGE TREATMENT FACILITIES AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT BRH WTP

UPGRADING OF INTAKE STRUCTURE AND PROCESS TANK, SLOPE REHABILITATION AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG. SELISEK WTP

CONSTRUCTION OF NEW SLUDGE TREATMENT FACILITY AND UPGRADING OF CHLORINATION SYSTEM AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SALAK TINGGI WATER TREATMENT PLANT, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF EXISTING LEAKING AND UNUSED RESERVOIR AND PUMP HOUSE IN THE STATE OF SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA FOR AIR SELANGOR 2019 - PACKAGE 4A - KOLAM AIR BUKIT LELA A, KOLAM AIR BUKIT LELA B AND KOLAM MENARA KAMPUNG BENDAHARA.

REFURBISHMENT AND UPGRADING OF RAW WATER INLET WORKS, FILTRATION SYSTEM, CHEMICAL DOSING SYSTEM, DISINFECTION SYSTEM, TREATMENT FACILITY AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG. RANGKAP WATER TREATMENT PLANT

REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF EXISTING LEAKING AND UNUSED RESERVOIR AND PUMP HOUSE – PACKAGE 5A

REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF EXISTING LEAKING AND UNUSED RESERVOIR AND PUMP HOUSE – PACKAGE 4B

Page 11: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 19 - 25 September 2019

“Bahawasanya negara kita, Malaysia mendukung cita-cita...”.

Begitulah awal perkataan daripada Rukun Negara yang menjadi kompas penyatu antara kita. Setiap kita dari kecil mempunyai cita-cita; apa mahu menjadi angkasawan, saintis atau ulama’ tersohor.

Bangsa Malaysia ini mempunyai cita-cita besar apabila kita bersetuju untuk bersekutu pada tahun 1963. Dari Perlis hingga ke Sabah, setiap anak merdeka mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk semua: satu Wawasan Kemakmuran Bersama.

Tidak sekadar melewati soal kepentingan ekonomi, perkara lain yang turut menjadi perhatian pasca ‘69 dalam rangka menuju kesatuan rakyat adalah muhibah dan rasa selamat sesama kaum.

Ketenteraman dan kesatuan inilah yang menjadi dasar kita sejak perjuangan meraih kemerdekaan. Ketenteraman dan kesatuan inilah yang

menjadi asas Wawasan 2020 yang digariskan dahulu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketenteraman dan kesatuan inilah yang menjadi formula kita di Selangor sehingga membolehkan kita besar jiwa dan berhikmah memulangkan Alkitab berbahasa Melayu kepada penganut Kristian Sarawak.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah pernah menyebut betapa “Syariah adalah kebijaksanaan dan kemaslahatan. Seluruhnya adil, rahmah, kebajikan umum dan bijaksana. Setiap hukum yang terkeluar dari tiang seri ini bukanlah syariat”.

Itulah Islam yang saya kenal. Itulah Islam yang selama ini kita amalkan. Muhibah. Damai.

Tiada rasa takut-takut yang tak berasas atau risau yang melulu pada agama dan kaum lain.

Marilah kita sama-sama menjadi patriot dengan mengekalkan keharmonian dan kesatuan yang ada dengan meletakkan negara sebagai yang paling utama melebihi kepentingan lain.Selamat Hari Malaysia!

Perutusan sempena Hari Malaysia 2019

Impian anak merdekaWawasan Kemakmuran Bersama

Page 12: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

Album Klik!13SelangorKini 19 - 25 September 201912 SelangorKini 19 - 25 September 2019

KIRIFong Jia Yao, 10, (kanan) melawan Lim Kim Chong, 19, dalam pertandingan catur Cina atau Xiang Qi di Pesta Pantai Morib I FIKRI YUSOF

KANANAksi taekwando si cilik ketika program Kids Parade peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam I REMY ARIFIN

KIRIPersembahan muzik tradisi pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh I FIKRI YUSOF

KANANKanak-kanak memancing ikan mainan pada majlis anjuran Kemas Daerah Petaling di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam I REMY ARIFIN

KIRIPenerjun Poland, Filip Kubica beraksi ketika Gua Damai BASE Jump 2019, Batu Caves l ASRI SAPFIE

KANANRemaja berbasikal memakai topeng muka berikutan jerebu yang melanda Johan Setia, Klang l HAFIZ OTHMAN

KIRIPerlawanan bola sepak pantai antara pasukan Cherating A (biru) dan Geram FC sempena Pesta Morib 2019 di Bantingl ASRI SAPFIE

KANANRiadah bersama keluarga ketika cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia di Banting l HAFIZ OTHMAN

Bersemangat kibar Jalur Gemilang sempena Karnival Kemerdekaan di Taman Ehsan, KepongADN BUKIT LANJAN

Elizabeth Wong

Memantau perkembangan projek naik taraf Jalan Hulu Langat ke Jalan Taman Putra, Ampang

Memeriahkan Sambutan Pesta Tanglung 2019 di Dewan Rozel MBSA

ADN TERATAI

ADN KOTA DAMANSARA

Lai Wai Chong

Shatiri Mansor

Menyantuni peserta kejohanan bola jaring di Taman Desa Mawar,Tanjong Karang

ADN PERMATANGRozana Zainal Abidin

Meninjau gelanggang futsal yang uzur di Pangsapuri Sri Aman Kampung Tungku, Petaling Jaya

ADN KAMPUNG TUNKULim Yi Wei

Mengedarkan kuih bulan kepada penduduk ketika pasar pagi di Kampung Baru Sungai JaromADN BANTING

Lau Weng San

Page 13: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

14ADN

SelangorKini 19 - 25 September 2019

SUNGAI KANDIS - Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Ahmad Zawawi Mohd Mugh-ni, menzahirkan rasa syukur atas kerjasama erat diberikan pelbagai pihak sepanjang setahun beliau mengemudi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Beliau turut berkongsi rasa teruja terhadap sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat setempat dan kerjasama erat pel-bagai pihak selama ini.

Katanya, ia banyak memban-tu beliau dalam menyelesaikan masalah membabitkan jalan, isu perparitan dan kebakaran terbu-ka yang sering dilaporkan rakyat di DUN itu.

“Selepas 12 purnama diberi mandat mengemudi Sungai Kan-dis, saya lihat kerjasama yang diberikan cukup baik.

“Malah, cabaran juga tidak terlalu banyak memandang-

kan keadaan DUN ini sebahagi-an di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan sebaha-gian lagi Majlis Perbandaran Klang.

“Mereka ada Ahli Majlis yang sentiasa memberikan kerjasama dan sedikit sebanyak membantu saya menguruskan apa sahaja per-masalahan berlaku, di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Per-asmian Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Kandis dan Sambutan Se-tahun DUN Sungai Kandis, di sini, pada 8 September lalu.

Turut hadir adalah Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari; EXCO Pemberdayaan, Pembangunan So-sio Ekonomi dan Kerajaan Priha-tin, V Ganabatirau; ADN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri; ADN Seri Setia, Halimey Abu Bakar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dato’ Mohamed Yasid Bidin.

Terdahulu, Amirudin turut

merasmikan Pusat Khidmat Rak-yat DUN Sungai Kandis dan me-raikan Sambutan Setahun DUN Sungai Kandis.

Pusat Khidmat Rakyat terbabit lebih strategik dan mesra warga emas memandangkan ia berada di tingkat bawah.

Manakala, di tingkat atas turut terdapat kemudahan se- perti bilik mesyuarat, bilik aktiviti Pusat Wanita Berdaya dan surau.

Ahmad Zawawi meraih 15,427 undi pada Pilihan Raya Kecil Su-ngai Kandis, sekali gus dipilih men-jadi ADN, pada 4 Ogos 2018.

PRK yang menyaksikan per-tembungan tiga penjuru itu diadakan berikutan kematian pe- nyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, yang juga bekas Setiau-saha Politik kepada bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, akibat kanser limfoma, pada 2 Julai 2018.

PETALING JAYA - Lebih 200 ben-dera Jalur Gemilang diedarkan ke-pada pengunjung dan peniaga di Pasar Tani, Seksyen 17/14, di sini, pada 12 September lalu.

Bendera itu diedarkan oleh Ahli Dewan Negeri ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, sempena meraikan sambutan Hari Malaysia, pada 16 September lalu.

Rajiv berkata, inisiatif itu diusa-hakan oleh persatuan pasar tani terbabit yang mahu mewujudkan semangat patriotik terutama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya bangga melihat sema- ngat kerjasama dalam kalangan pe-niaga dan pengunjung di sini yang saban tahun komited melaksana-kan pelbagai sambutan meraikan hari penting.

“Tahniah saya ucapkan dan ini- lah semangat yang kita mahu-kan. Malah, saya optimis program ini akan berterusan kerana selain dapat memupuk semangat cinta-kan negara, secara tidak langsung hubungan antara komuniti turut dapat dieratkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Per-satuan Pasar Tani Seksyen 17/14,

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Kira-kira 50 pengamal media memeriahkan Pertandingan Tenpin Bowling Mesra Media anjuran pejabat De-wan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Wangsa Bowl, One Utama, di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar, berkata pertandingan itu bagi meraikan pengamal media sempena seta-hun kepimpinannya, di DUN ber- kenaan. Katanya, program itu juga sebagai usaha mengukuhkan silat-urahim yang sedia terjalin antara- nya bersama pihak media.

“Kita berbesar hati meraikan-nya dan merapatkan ukhuwah bersama pengamal media yang

banyak membantu memberikan liputan terbaik sepanjang kerjaya saya bermula daripada kempen Pi-lihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Se-tia sehingga kini.

“Semoga hubungan ini lebih erat demi manfaat rakyat keseluru-hannya,” katanya.

Pada masa sama, Halimey ber-harap program sedemikian akan terus diadakan dan berterima kasih kepada seluruh warga kerja media yang sentiasa menyokong kerjayanya selaku ADN di kawa-san itu.

Pertandingan itu disertai agen-si media antaranya Media Sela- ngor, TV3, Utusan Malaysia, TV AlHijrah, Sinar Harian, Selangor FM, Malaysia Gazette dan Malay-sia News TV.

Edar lebih 200 Jalur Gemilang di pasar tani

Zainal Abidin berkata, inisiatif pro-gram itu dilaksanakan bertujuan meraikan Hari Malaysia selain me-narik pengunjung singgah ke pasar terbabit.

Katanya, bukan sahaja Hari Ma-laysia tetapi pihaknya turut me- nganjurkan program sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali di pasar ter-babit bertujuan meraikan komu-niti pelbagai kaum..

“Hari ini, kita juga mengadakan acara memasak secara beramai-ra-mai dalam kalangan peniaga dan komuniti sebelum masakan itu di-jamu kepada pengunjung,” katan-ya.

Turut hadir pada jamuan itu ada-lah Pengerusi Majlis Penasihat Ke- rajaan, Tun Daim Zainuddin.

Mengulas berhubung keha- diran pengunjung ke pasar ter-babit, katanya, setiap minggu pasar itu mendapat sambutan mem-berangsangkan, malahan ia men-jadi tumpuan golongan atasan.

“Antara yang gemar berkunjung ke sini ialah Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa golongan atasan lain,” katanya.

Halimey rai pengamal media

YB KitaAhli Dewan Negeri N14 RAWANGnNama:

Chua Wei Kiat

nTarikh lahir: 23 Mac 1989

nNegeri kelahiran: Kuala Lumpur nPendidikan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pemasaran (Universiti Abertay Dundee, Scotland)

nMakanan kegemaran: Nasi Lemak

nAktiviti masa lapang: Bersukan

nFalsafah hidup: Jangan takut gagal sebelum mencuba, kejayaan hanya milik orang yang berani mencuba. nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Selayang

nAlamat pejabat ADN: No. E11 Jalan Mutiara 2 Mutiara Business Centre 48000 Rawang Selangor

nNombor telefon ADN: 03-6091 2118

nE-mel: [email protected]

N14 RAWANG

Sokongan padu bantu Zawawi

Setahun kepimpinan Seri Setia

Kita berbesar hati meraikannya dan merapatkan ukhuwah bersama pengamal media yang banyak membantu memberikan liputan terbaik sepanjang kerjaya saya

HALIMEY ABU BAKARAhli Dewan Negeri Seri Setia

Pada PRK tahun lalu, Halimey memenangi kerusi DUN itu de-ngan majoriti 4,027 undi mene-waskan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Page 14: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

1519 - 25 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

jerebu antaranya tidak merokok dalam bangunan, memastikan persekitaran dalaman berada dalam keadaan bersih serta bebas daripada debu dan habuk.

Semua pintu dan tingkap perlu ditutup serta pastikan kediaman bebas daripada debu semasa jerebu melanda.

Penggunaan bahan kimia seperti penyegar udara, pencuci lantai dan pencuci baju perlu dihadkan selain menggunakan pembersih udara jika ada untuk mengeluarkan zarah dari udara dalam bilik.

Bagi yang mempunyai pendingin hawa, tutup pintu dan tingkap serta gunakan ‘mode’ kitaran dalaman ketika menggunakannya serta memastikan pendingin hawa berada dalam keadaan baik dan diselenggara secara berkala.

Paling utama, jangan melakukan pembakaran terbuka di kawasan yang dilanda jerebu.

1 RumahDi kawasan rumah, pemilik disarankan untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk mereka yang berisiko dan mempunyai masalah pernafasan jika boleh.

Pemilik juga boleh meletakkan pokok hidup sebagai pokok hiasan dalaman rumah bagi membantu membersihkan udara tetapi perlu pastikan tiada pembiakan nyamuk. Penggunaan ‘cooker hood’ ketika memasak dan kipas ekzos

di dinding juga perlu dihadkan kerana udara tercemar berserta zarah terampai akan disedut dari luar ke dalam rumah.

2 PejabatPemilik atau pengurus bangunan perlu memastikan suhu udara antara 23°C-26°C, kelembapan relatif 40% hingga 70% dan pergerakan udara 0.15m/s hingga 0.50m/s.

Penggunaan pokok hiasan hidup dan sistem pengudaraan yang baik dapat membantu membersihkan udara dalaman. Penggunaan pembersih udara mudah alih digalakkan, penguatkuasaan larangan merokok dan meminimumkan penggunaan racun perosak dan semburan mestilah dilakukan luar waktu kerja.

Bagi kawalan pembersihan, jadual pembersihan mesti diatur mengikut corak penghunian dari tahap aktiviti dan bahan kimia tidak dibenarkan disimpan dalam bilik saluran atau ‘AHU’.

3 SekolahKelas perlu dibersihkan daripada habuk dengan lebih kerap menggunakan kain basah. Di samping itu, penggunaan kapur dan pen marker di dalam kelas perlu dikurangkan.

Untuk mengurangkan pencemaran udara, enjin kenderaan perlu dimatikan dan tidak dibiarkan ‘idle’ jika menunggu murid pulang sekolah.

bahaya jerebuJ erebu adalah pencemaran udara akibat

pengumpulan zarah debu dan habuk di atmosfera yang menyebabkan langit tidak jelas kelihatan. Lazimnya, fenomena ini berlaku apabila terjadinya kebakaran hutan berskala besar, pembakaran terbuka ditanah pertanian dan pembebasan asap kilang.

Harus diingatkan, kewujudnnya amat serius kerana berisiko dalam memberi kesan kepada tahap kesihatan orang ramai.

Di Malaysia, jerebu kebiasaannya akan berlaku antara Julai sehingga Oktober dan boleh berlarutan sehingga November mengikut keadaan semasa.

Fenomena ini menyebabkan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat dan menjejaskan kesihatan umum terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit asma selain membuatkan jarak pandangan menjadi terhad.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap jerebu yang melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Pengkelasan kualiti udara adalah Baik (0-50), Sederhana (51-100), Tidak Sihat (101-200), Sangat Tidak Sihat (201-300), Berbahaya (301-400) dan Sangat Berbahaya (401-500). Jika IPU melebih 501, darurat akan diisytiharkan serta-merta.

Kebiasannya, sesi persekolahan di Malaysia ditangguhkan serta merta jika IPU melepasi 200 bagi memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas.

Jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara sejak tahun 1991, kerana kebakaran hutan di Indonesia bagi membersihkan tanah pertanian.

Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 ketika itu, negara-negara ASEAN bersetuju mewujudkan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997).

Pada 2002, semua negara ASEAN sepakat menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan kecuali Indonesia yang hanya berbuat demikian pada 2014. Di bawah perjanjian itu, sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

Zarah Debu

OLEH AFIX REDZUAN

Fenomena jerebu memberikan kesan kesihatan seperti iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat,

sakit mata serta kulit berasa gatal. Bagi mengawal keadaan itu, orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar sebagai langkah berjaga-jaga serta memakai topeng hidung yang sesuai dan mimun banyak air putih atau air kelapa muda.

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis topeng muka di pasaran seperti topeng pembedahan, topeng habuk N99, topeng habuk N95 dan topeng habuk P100. Namun, bagi melindungi diri daripada jerebu, topeng jenis N95 adalah memadai dipakai ketika berada di luar kawasan terdedah kepada jerebu atau habuk.

Topeng jenis N95 ini menutup muka dan hidung serta menghalang sekurang-kurangnya 95 peratus zarah terampai kecil bersaiz 0.3 micron daripada memasuki saluran pernafasan.

Ia boleh dipakai berulang kali sehingga terdapat kerosakan seperti terkoyak atau kesan kotor di bahagian dalam topeng. Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara amnya menyarankan beberapa kaedah menambah baik kualiti udara semasa

Usaha kurangkan

Topeng muka tiga

lapis gelung telinga

Topeng muka N95

gelung telinga

Topeng muka tiga

lapis bertali

Topeng muka selapis

gelung telinga

Topeng muka dua

lapis gelung telinga

Page 15: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH NADHIRAH GHANI

Dum! Dum! Dum!Bunyi bagaikan guruh memaku

wilayah mereka. Garuda itu. Ga-ruda itu datang lagi. Sudah hari

ke empat puluh wilayah mereka diserang. Wilayah mereka kini tidak berupa seperti pe-tempatan. Ia bagaikan padang jarak padang tekukur. Bagai ditinggal orang. Tapi tidak. Ma-sih ada yang selamat. Masih ada yang cuba bertahan untuk hidup dari hari pertama wilayah ini diserang.

Langit merah seperti warna darah. Siang ti-dak terlihat seperti siang. Malam bagai gelita yang kelihatan seperti merah gelap di ang-kasa. Tiada bintang. Tiada bulan.

Anak-anak yang selamat, menangis. Mere-ka menangis meminta tolong, berharap juga perut mereka dapat diisi dengan makanan. Kini simpanan makanan semakin kehabisan.

Yang punya ibu, dipeluk oleh ibunya. Ber-harap dengan pelukan kasih dapat menge-nyangkan perut anak-anak mereka. Mereka tahu perkara itu tidak akan membantu, tetapi mereka tetap mencubanya.

Yang tidak punya ibu, hanya mampu mere-nung ke angkasa. Sudah habis air mata untuk ditangiskan dari hari pertama. Kini, mereka bagaikan patung. Patung yang cuba bertahan untuk bernyawa. Mereka lebih banyak ber-menung dan entah mendoakan apa-apa di dalam hati. Berharap ada pertolongan yang diberikan oleh Tuhan sama ada dari bawah bumi mahupun dari atas langit. Mereka ma-sih percaya pada kewujudan Tuhan walaupun sudah tiada ibu.

Yang haus. Mereka yang haus pernah cuba menghirup air dari sungai yang berdekatan. Tetapi sungai itu sudah tidak suci lagi seper-ti dulu. Ia bagaikan racun. Mereka yang me-minumnya hanya mampu bertahan untuk

seminggu kemudiannya mati. Ia perlah-an-lahan merosakkan hati, jantung, hemp-edu mereka. Merosakkan organ dalaman mereka hingga tidak berfungsi. Hingga-lah mereka tidak mampu bernafas dan ke-mudiannya diam. Senyap. Tidak bernyawa.

Dum! Dum! Dum!Garuda itu bersayap besi, bermata

merah menyala seperti api. Pekikannya apabila menyerang seperti bunyi guruh yang memaku wilayah mereka, bertalu-talu, berkali-kali.

Tiada sesiapa pun yang peduli. Hatta ji-ran mereka dari wilayah lain juga. Masing-masing me-nyelimut dan menyelubungi diri dengan rasa aman yang dimiliki. Tidak peduli. Mere-ka benar-benar tidak peduli. Tiada siaran langsung men-genai wilayah mereka yang diserang. Televisyen-televi-syen di wilayah jiran mereka dipenuhi dengan berita ke-amanan, dipenuhi dengan hiburan-hiburan. Mereka ket-awa. Mereka ketawa dengan segala keamanan yang dimil-iki dan hiburan yang disajikan oleh media mereka.

Ah, kalaulah mereka ting-gal di wilayah ini, pasti mereka merasa apa itu neraka dunia! Benar wilayah ini bagai sudah menjadi neraka dunia. Merah. Segala-galanya merah. Langit merah. Darah yang merah. Ta-nah yang penuh dengan da-rah merah. Penuh dengan mayat-mayat yang bergelim-pangan. Hutan yang terba-kar dengan api yang marak merah menyala.

Dum! Dum! Dum!Mereka di wilayah ini men-

jerit. Meminta tolong. Se-rangan garuda benar-benar menakutkan. Pada hari per-tama serangan, ketika semua warga wilayah ini lena diulit oleh mimpi pada malam hari.

Mereka terkejut dengan bunyi dentuman guruh.

Dum!Pada mulanya bunyi guruh itu sekali.Dum! Dum!Dua kali.Dum! Dum! Dum!Tiga kali berturut-turut, bumi terasa

seakan-akan bergegar dan mereka semua bangkit dari lena. Ingin tahu apa yang ter-jadi? Mereka melihat ke luar tingkap rumah mereka dan ketika itulah segala-galanya terjadi.

Rumah-rumah dan bangunan-bangu-nan yang ada di wilayah ini hancur mus-nah. Dibawa angin bagai dilanda puting beliung. Itu yang mereka sangka pada mulanya. Mereka merasakan Tuhan telah menurunkan petanda bahawa wilayah mer-eka ini akan menjadi tidak aman kerana ti-dak menurut perintah Tuhan.

Kerana mereka juga seperti jiran mereka di wilayah yang lain, bahagia, seronok den-gan hiburan-hiburan yang disajikan oleh media mereka. Segala-gala yang Tuhan per-intahkan, mereka tinggalkan. Mereka lagha. Mereka bagai tidak ingat dunia. Bagai lupa yang akan ada balasan untuk mereka dari Tuhan yang Satu.

Pada malam pertama serangan itulah, mereka semua menangis. Meminta am-pun dari Tuhan. Tapi tidak. Serangan tetap berlaku. Dan mereka melihat ada seekor garuda yang besar dan gagah meng-hempaskan sayap besinya, memusnahkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan di wilayah ini.

Separuh warga wilayah ini tiada. Hi-lang. Sama ada hilang di bawah runtuhan bangunan atau hilang dibawa angin oleh hempasan sayap dari garuda besi itu. Ses-ungguhnya mereka benar-benar takut. Ke-celakaan apa yang menimpa mereka ini?

Dum! Dum! Dum!Pada hari keempat puluh ini, tiba-tiba

mereka melihat ada seorang kanak-kanak cuba berhadapan dengan garuda itu. Kanak-kanak lelaki. Berbaju putih bersel-uar putih. Bersih. Pakaiannya benar-benar bersih. Tidak tercalit apa-apa kotoran.

Mereka pelik. Dari manakah hadirnya

kanak-kanak lelaki itu? Sungguh berani ber-hadapan dengan garuda besi itu. Siapakah ibunya? Siapakah bapanya? Mengapakah seorang diri?

Tiada sesiapa pun yang tahu. Ada yang cuba mengumpul keberanian, memang-gil kanak-kanak itu dari jauh. Tidak mahu mendekati. Mereka menyorok di bawah bangunan yang masih kukuh berdiri sejak dari serangan yang pertama.

Dum! Garuda itu berhenti melayangkan diri-

nya. Berdiri gagah di hadapan kanak-kanak lelaki itu. Saiznya besar. Empat puluh kali ganda besar daripada kanak-kanak lela-ki itu.

Dum!Garuda itu memekik seperti guruh. Dia

mengibaskan kedua-dua sayap besinya. Berterbanganlah segala apa yang ada di belakangnya tetapi tidak di hadapannya. Kanak-kanak lelaki itu tidak berkutik dari tempat dia berdiri.

Kemudian kanak-kanak lelaki itu berja-lan perlahan-lahan mendekati garuda yang gagah itu. Garuda itu memekik lagi seperti guruh. Bergegar bumi wilayah mereka ker-ana pekikan itu.

Kemudian segala-galanya putih. Sega-la-galanya sunyi. Sepi. Mereka yang ada di wilayah itu terdampar, terbaring di tempat mana mereka bersembunyi sebelum ini.

“Wilayah kita telah selamat. Kita sela-mat!” Terdengar suara seorang lelaki meme-kik memberitahu.

“Benarkah kita telah selamat? Benarkah?” Seorang anak bertanya kepada ibunya.

Ibunya menggeleng tidak tahu tetapi cuba tersenyum, memaniskan wajahnya. Jika benarlah wilayah mereka telah selamat, dia patut bersyukur kepada Tuhan kerana telah berakhirnya rasa neraka yang semen-tara itu.

“Di manakah garuda itu? Siapakah kanak-kanak lelaki tadi?”

Tiada sesiapa pun yang tahu. Tidak seorang pun. Kemudiannya setelah hari ke-empat puluh itu, warga wilayah itu bera-mai-ramai bersujud syukur, mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana masih menyayangi dan mengampunkan mereka.

Lupa adalah cara waktu merawat lukakata seorang teman tentang apa yang dilakukan hari ini:

“Saya berusaha melupakan.”

lupa adalah cara waktu merawat lukatapi waktu sentiasa mengarca ingatan sebagai kacasetiap yang cair membekusetiap yang mengalir tiba-tiba kaku

untuk melupakanpanasnya sentuhan cinta disertai suriabahang kucupan pertama musim remajadinginnya serpihan purnama rebah ke ribatajamnya butiran airmata mencakar mukasampai di puncak hanya untuk tunduk terpaku dalamnya rindu digali waktusaat tangan menyentuh keabadiankaca: perlu kauhempaskan.

lupa adalah kerja yang sangat sukarkerana waktu mengarca ingatan sebagai kacadan belah kau jadi duasetiap pandangan jauh ke depanyang kaulihat: bentuk-bentuk tak terpegangbangun berjajaran di belakang

saat ingatan dilepaskan berkecai di lantaikau tak dapat berbuat apa-apamenyaksikanbetapa repasnya manusia.pedih dadamu ditusuk ribuan serpihan kacapanas matamu digenangi sungai yang meluka.

Karim MohdMahkota Cheras

Page 16: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

1719 - 25 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Caranya ialah betik setengah tua dibelah dua. Lalu masukkan

dua biji telur ayam kampung di dalam betik dalam keadaan sebelah

menyebelah. Kemudian betik ditutup semula

dan dibakar di atas dapur gas atau da-lam ketuhar dalam masa lebih kurang lima belas minit dengan suhu 180 dar-jah celcius sehingga telur di dalam be-tik masak.

Sesudah betik masak, telur dikeluarkan dan pasangan suami isteri wajib memakan sebiji seorang telur yang sudah masak.

Nasihat mendapat zuriat soleh, solehah

Selanjutnya, pesakit dibekalkan sebo-tol air yang sudah dibacakan doa untuk dibawa balik. Air ini perlu diminum se-tiap malam sebelum tidur oleh pasangan suami isteri.

Perawat turut memberi nasihat keke- luargaan kepada pasangan dan sentiasa berdoa untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

Secara tersirat, betik diibaratkan rahim wanita dan telur pula adalah benih yang bakal hidup dalam rahim wanita. Pemba-karan betik pula bermaksud memberi ke-hangatan terhadap rahim wanita supaya zuriat yang dikandung dapat hidup sihat sehingga dilahirkan.

Dalam dunia moden hari ini terdapat pelbagai kaedah rawatan untuk mendap-atkan zuriat seperti kaedah IUI (Permani-an Berhadas) dan IVF (Persenyawaan in Vitro). Kaedah ini memerlukan kos yang agak tinggi dan memerlukan beberapa prosedur rawatan.

Walaupun kaedah moden mendapat tempat dalam dunia hari ini tetapi kaedah tradisional masih terus diamalkan sebagai satu usaha dan warisan yang tidak wajar dilupakan.

Dr Yusmilayati Yunos adalah Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Uni-versiti Kebangsaan Malaysia

Betik muda dan telur ayam kampung bahan asas

Petua tradisi mudah dapat zuriat

OLEH DR YUSMILAYATI YUNOS

Setiap pasangan di dunia ini pasti ingin menimang cahaya mata se-lepas mendirikan rumah tangga. Bukan semua pasangan terus

mendapat zuriat selepas melayari bahtera rumah tangga.

Alhamdulillah bagi pasangan yang ter-us mendapat zuriat selepas bernikah atau mendapat anak bunting pelamin.

Namun begitu, terdapat pasangan yang sukar mendapat zuriat selepas ber-tahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Ada yang menanti selama tiga tahun, lima tahun, tujuh tahun, sembilan tahun, bahkan lebih 10 tahun tetapi hampa.

Ada hikmahnya kejadian seumpama ini. Setiap penyakit ada ubatnya dan kita wajib berusaha untuk mencari ubat itu.

Bahan alami jadi kaedah rawatan

Secara tradisional terdapat satu kaedah yang menjadi amalan untuk mendapatkan cahaya mata. Kaedah ini menggunakan betik muda dan telur ayam kampung se-bagai bahan asas rawatan.

Sebelum rawatan dijalankan pesakit akan berjumpa perawat untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi.

Selepas itu, pesakit sekali lagi diminta datang bertemu perawat dengan mem-bawa sebiji buah betik setengah tua dan dua biji telur ayam kampung.

Proses pertama rawatan dimulakan dengan pasangan isteri akan diurut di ba-hagian perut menggunakan minyak oleh perawat tradisional. Tujuannya untuk me-lihat kesihatan perut pesakit dan bahagian peranakan pesakit.

Selesai diurut, pesakit diminta keluar daripada bilik urutan. Seterusnya pera-wat meminta betik setengah tua (masih berwarna hijau) dan dua biji telur untuk dibacakan doa.

Sebelum doa dibacakan perawat me-minta nama penuh pasangan suami isteri sebagai syarat dalam bacaan doa yang bakal dibaca.

Selepas proses bacaan doa selesai perawat menyatakan cara menggunakan betik dan telur ayam kampung.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

BahagianKontrak danUkur Bahan,JKR NegeriSelangor

Pra-Kelayakan UntukCadangan Membina Sebuah Bangunan Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Daerah Klang,Selangor Darul Ehsan

JKR/SEL/(N)/015(T)/2019

BumiputeraT1

Kontraktor adalah

diwajibkan berdaftar dengan

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

CIDB

Gred: G7Kategori: B

Pengkhususan: B04

BahagianKontrak &

Ukur Bahan,JKR

Selangor

19.09.2019 (Khamis)

Hingga

26.09.2019 (Khamis)

RM50.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)(Bayaran

tidak akan dikembali-

kan)

Atas Nama: Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,Kompleks

Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Tingkat Bawah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pada:

03.10.2019 (Khamis)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala (Berbeza mengikut projek)

Pendaftaran KontraktorKontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan CIDB dani) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dalam Gred 7 Kategori: B dan Pengkhususan: B04ii) Mempunyai Sijil Taraf Bumiputra (STB) yang sah dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan

(BPKU) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB serta Sijil Pendaftaran dari Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU) dan Sijil Pendaftaran UPEN hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh tutup Pra-kelayakan.

iii) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dan BPKU TIDAK LAYAK untuk menyertai Pra Kelayakan ini.

iv) Mempunyai Sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang yang masih sah layak diberi keutamaan

Keupayaan Kontraktor i) Mempunyai Nett Worth melebih 20% daripada Nilai Tahunan Bebanan Kerja (NTBK) atau Modal Pusingan

melebihi 10% daripada NTBK atau Modal Mudah Cair melebihi 3% daripada Anggaran Kos Projekii) Mempunyai Nilai Keseluruhan Kerja yang tertinggi bagi projek pembinaan bangunan melebihi 20% daripada

Anggaran Kos Projekiii) Tidak mempunyai rekod prestasi kerja semasa yang sakit dan tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang

tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun dari segi tempoh penyiapan projek dan mutu kerja

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sahsahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. BagiKontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ danSijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Page 17: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

18PBT

SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH ALIFF HAIKAL

SUBANG - Program Semarak Seni Budaya berjaya mencungkil bakat baharu dalam kalangan masyara-kat dalam bidang kesenian buda-ya di samping mempromosikan produk pelancongan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strate-gik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, tujuan program itu seba-gai landasan bagi menggalakkan orang awam untuk membabitkan diri dalam aktiviti kebudayaan, di Malaysia.

"Program kebudayaan ini dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan masyarakat terutama dalam bidang seni budaya, seka-li gus mempromosikan produk pelancongan di kawasan MPSJ," katanya.

Program dirasmikan oleh EXCO

Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari turut di-hadiri EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau serta Yang DiPertua MPSJ, Noraini Roslan, di The Square One City, di sini, pada 8 September lalu.

Antara acara yang dipertan-dingkan ialah teater muzikal aspirasi kemerdekaan, persem-bahan bela diri kanak-kanak, pertandingan kebudayaan wari-san dan pertandingan 'beyblade burst'.

Pelbagai aktiviti menarik di-anjurkan sepanjang program seperti persembahan tarian tradisional selain aktiviti komu-niti seperti 'busking', jualan buku, pameran dan jualan oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Se- langor serta Tourism Selangor.

"Hadiah pertandingan adalah wang tunai RM3,000 bagi johan

Semarak Seni Budaya cungkil bakat baharu

AMPANG - Larian Ampang Jaya Night Run 2019 edisi keempat yang bakal bermula di hadapan Melawati Mall kembali menemui peminat sukan larian, pada 21 September ini.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ), Dato’ Abd Hamid Hussain berkata, la-rian yang menarik 2,000 peserta itu menawarkan dua kategori se-jauh lima dan 12 kilometer (km) serta akan dilepaskan pada jam 9.45 malam serta 10 malam.

“Pihak kami menyasarkan hanya 2,200 peserta sahaja un-tuk mengambil bahagian dan menawarkan cabutan bertuah iaitu tiga televisyen jenama Sam-sung berukuran 42 inci, telefon bimbit dan hamper,” katanya pada sidang media larian itu di Menara MPAJ, di sini.

Katanya, MPAJ turut menawar-kan diskaun RM20 kepada 100 penyertaan terawal, khusus buat penduduk di sekitar Taman Me-lawati dengan peserta hanya per-lu membayar RM27 bagi kategori 5km dan RM39 (10km).

“Pemberian diskaun ini ber-tujuan memberi pendidikan dan kesedaran berhubung gaya hidup sihat kepada penduduk,” katanya.

Ampang Jaya Night Run 2019

Ampang Jaya Night Run 2019 kembali lagi 21 September

menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi johan kategori ter-buka lelaki, wanita, veteran lelaki dan wanita bagi kategori 12 km.

Manakala, tempat kedua menerima RM400, tempat keti-ga RM300 dan tempat keempat hingga sepuluh RM100 serta plak.

Larian itu turut mendapat so-kongan daripada rakan kongsi

Smart Selangor Mampan iaitu Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM50,000 se-lain IJM Land (RM5,000), Sport Direct.com, F&N Beverages Mar-keting Sdn Bhd dan Sime Darby CapitaLand.

Lebih 3,000 parkir turut dise-diakan termasuk di ruang parkir Melawati Mall.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor yakin kewujudan Transformasi Urusan Permit Pembinaan Pen-eraju Utama Negeri (State DCP Champion) mampu menarik ban-yak pelaburan, pada masa akan datang.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, beliau turut menzahirkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana terpi-lih menjadi perintis bagi program terbabit.

Katanya, beliau percaya uru-san berkaitan permit pembi-naan akan menjadi lebih cekap, sekali gus memudahkan pelabur mendapatkan perkhidmatan disediakan.

“Pemilihan MBSA sebagai State DCP Champion ini amat mem-banggakan kerana MBSA adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Selangor terbabit dalam program ini.

“Ini usaha yang baik kerana saya percaya perubahan dilak-sanakan bukan sahaja memberi kelebihan kepada bandar raya Shah Alam, malahan ia juga men-jadi pemangkin kepada pening-katan pelaburan, di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika

berucap pada Majlis Pelancaran dan Menandatangani Aku Janji Melaksanakan Program State DCP Champion di Dewan Bankuet, MBSA, di sini, 3 September lalu.

Sementara itu, Mohd Amin berkata, Kerajaan Negeri memer-lukan kerjasama semua PBT untuk menggunakan landasan sama su-paya permohonan premit pem-bangunan akan lebih efisien dan elektif.

“Justeru, saya menyeru kepada semua PBT dan MBSA khususnya untuk terus proaktif serta inova-tif dalam menyediakan segala prasarana juga konsisten melak-sanakan penambahbaikan, sekali gus memudahkan semua urusan sama ada pelabur dan orang awam,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan memilih MBSA sebagai bandar raya perintis di Selangor bagi menjayakan program State DCP Champion.

Program itu bertujuan mem-perkasa sistem penyampaian perkhidmatan PBT daripada as-pek pengeluaran permit pembi-naan merangkumi OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus selain menghasilkan perubahan dalam industri pembi-naan negara.

Transformasi permit mampu tarik pelabur

Promosi produk pelancongan MPSJ

pertandingan teater muzikal as-pirasi kemerdekaan, RM70 bagi johan pertandingan mewarna kanak-kanak dan RM500 untuk

johan pertandingan kebudayaan warisan," katanya.

Bagi pertandingan muzik kitar semula, johan menerima wang tu-

nai RM2,000 serta piala pusingan dan RM100 bagi pertandingan 'beyblade burst' serta 'beyblade takara tomy'.

Kakitangan MPAJ menunjukkan baju dan pingat yang akan diberikan kepada peserta larian pada sidang media Ampang Jaya Night Run 2019 di Menara MPAJ, pada 4 September lalu

Page 18: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

19SelangorKini 19 - 25 September 2019

Page 19: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

20Pendidikan

SelangorKini 19 - 25 September 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG - Bidang perdebatan mampu menjadi landasan terbaik mendidik pelajar berfikir lebih ra-sional, sekali gus melahirkan ge- nerasi masa depan yang bijak.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemikiran bijak ini mampu membuatkan pelajar membuat penilaian dalam segala hal secara adil dan saksama.

“Salah satu kerisauan masyara- kat hari ini ialah budaya penular-an berita palsu, sekiranya generasi muda percaya bulat-bulat pada isu yang ditularkan tanpa membuat perbandingan di antara benar ataupun tidak, kita akan lahir-kan generasi yang gagal ataupun kurang matang.

“Namun, ia boleh dipatahkan sekiranya kita berfikiran lebih ra-sional dan tenang, tetapi ia perlu lahir dari budaya atau kemahiran membezakan perkara benar atau tidak benar, sama seperti bidang perdebatan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap merasmikan Pertandi- ngan Debat dan Pidato Pering-kat Kebangsaan anjuran Yayasan Selangor di Hotel Gocos, di sini, pada 16 September lalu.

Maahad Tahfiz Pahang muncul juara

Lahir generasi masa depan bijak

Debat didik pelajar berfikir lebih rasional

Salah satu pasukan debat menyampaikan hujah balas selaku pihak kerajaan ketika sesi penggulungan dalam Yayasan Selangor kali ke-11 2019 berlangsung di Hotel Gocos, Klang, pada 16 September lalu

Hadir sama Ketua Pegawai Ek-sekutif Yayasan Selangor, Eddie Khodzali dan Pengerusi Pertandi- ngan, Zahura Zakry.

Terdahulu, sebanyak 40 pasu-kan debat, 46 peserta pidato Bahasa Melayu dan 35 peserta pi-dato Bahasa Inggeris menyertai

pertandingan, kali ini.Amirudin berkata, Kerajaan

Negeri menyokong penganju-ran acara itu yang dilihat mampu

mencungkil bakat pelapis debat yang berkualiti demi memper-siapkan pasukan sekolah da-lam bidang pengucapan awam bagi mengharumkan nama se-kolah seterusnya menggarap kejayaan di pentas nasional ma-hupun global.

“Yayasan Selangor sebagai agensi yang membawa misi pen-didikan negeri harus memastikan pendidikan memenuhi aspirasi ne-gara dengan melahirkan modal in-san seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani serta membudayakan Kemahiran Ber-fikir Aras Tinggi (KBAT).

“Ia penting dalam mende-pani perubahan landskap pen-didikan dan cabaran abad ke-21. Konsep pengajaran dan pembe-lajaran yang kondusif, terbuka, interaktif, menarik dan berpusat-kan murid menjadi trend terkini,” katanya.

Pemenang bergambar bersama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shariselepas selesai Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor kali ke-11 2019

KLANG - Pelajar Mahaad Tahfiz Negeri Pa-hang (Kuantan) berjaya mengalahkan Se-kolah Sultan Alam Shah serta 38 kumpulan lain, sekali gus menjuarai Pertandingan De-bat Peringkat Kebangsaan Yayasan Sela- ngor, pada 16 September lalu.

Ketua kumpulan, Mohammad Ikhwan Mohamad Nafiah, 16 berkata, beliau tidak menjangkakan kemenangan berpihak ke-pada mereka gara-gara hanya sempat ber-latih dalam tempoh tujuh hari sahaja.

“Namun saya bangga kerana semua ahli kumpulan memberikan komitmen terbaik dan salah satu faktor utama untuk melancar-kan perdebatan ialah peka dengan isu sema-sa, tidak kira dalam mahupun luar negara.

“Pada masa sama, pendebat juga tidak boleh berhenti melakukan latihan,” katanya ketika ditemui SelangorKini, di Hotel Go-cos, di sini.

Hadiah disampaikan Dato’ Menteri Besar,

Amirudin Shari serta diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Eddie Khodzali.

Kumpulan yang turut dianggotai Nabi-lah Batrisya Alias, 15, Nur Izzah Nasuha Zu-lmuksah, 16 dan Hasya Nur Auni Zahari, 15 itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 beserta piala irin-gan dan sijil.

Sebelum ini, kumpulan debat Maahad Tahfiz Negeri Pahang itu turut pernah me-menangi Pertandingan Debat Sains dan Teknologi Pulau Pinang serta melepasi pusingan akhir Debat Malaya 2019.

Sementara itu, Pengerusi Pertandingan, Zahura Zakry berkata, pertandingan yang dianjurkan sejak 2003 itu semakin mendap-at perhatian apabila berjaya menghimpun-kan pendebat serta pemidato dari pelbagai sekolah seperti berasrama penuh (SBP), ali-ran perdana, agama, swasta dan Maktab Rendah Sains Mara.

NOTIS SEBUT HARGATawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan UPEN serta berpengalaman dalam perkhidmatan dan bekalan berkaitan seperti berikut :-

NO. TENDER KOD BIDANG

TARIKH & TEMPATDOKUMEN MULA

DIJUAL

TAKLIMAT KERJA

DIWAJIBKAN

TAJUK PROJEK HARGA DOKUMEN

PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

PTGS/TENDER02/2019

KERJA-KERJA PERKHIDMATAN

MEMBEKAL, MENCETAK,

MENGISIH DAN MENGEPOS BIL CUKAI TANAH

2020

MOF Taraf: Bumiputera

Kod Bidang:221601 atau 221602

atau 221603 atau 221604 atau 221605

atau 221606 atau 221615;

Mempunyai Lesen Mesin Cetak

Yang Sah Dari Kementerian Dalam Negeri (KDN);dan

Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

Bahagian Khidmat Pengurusan ,

Tingkat 4, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Darul Ehsan

Tarikh:23 September

2019

Masa:2.30 petang

Tempat:Bilik

Mesyuarat Gemilang 1, Tingkat 4,Pejabat

Tanah Dan Galian

Selangor, Bangunan

SSAAS, Shah Alam,

Selangor

RM 50.00(Tunai / Bank Deraf)

1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 19 SEPTEMBER 2019 pada waktu pejabat di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

2. Dokumen Tender akan dijual dari 23 September 2019 (Isnin) hingga 04 Oktober 2019 (Jumaat) pada waktu pejabat. Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

3. Hanya pengurus/pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran dibenarkan mengambil atau memberi kuasa kepada kakitangan syarikat untuk mengambil Dokumen Tender. Petender/Wakil hendaklah membawa bersama sijil asal dan salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih belum tamat tempoh, Pengesahan Lesen Mesin Cetak yang sah dari KDN dan salínan pengesahan pendaftaran UPEN di Sistem Tender Online Selangor yang masih belum tamat tempoh.

4. Salinan-salinan perakuan dan Sijil Pendaftaran yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk tunai/bank deraf atas nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR”.

5. Tarikh tutup tender ini adalah pada 04 Oktober 2019 bersamaan hari Jumaat jam 12.00 tengah hari.

6. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kenyataan tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat seperti berikut:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANTingkat 4, PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam,SELANGOR

Page 20: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

2119 - 25 September 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Pertubuhan Is-lam Bukan Kerajaan (NGOi) perlu bersikap proaktif dan bersepadu dalam menyatakan pendirian berhubung isu semasa ummah, khususnya bagi mempertahan-kan kesucian agama Islam.

Timbalan Pengurus Jawa- tankuasa (NGOi) Majlis Agama Is-lam Selangor (MAIS), Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata, ia selari dengan peranan NGOi yang banyak membantu MAIS dalam menggerakkan ak-tiviti perkembangan dakwah dan penyebaran Islam, di negeri itu.

“Mereka seharusnya bera-da pada tahap yang diharapkan MAIS iaitu peka dengan setiap isu dibangkitkan dan bersama-sama membincangkan cara untuk men-gatasinya.

“Selain itu, NGOi juga diingat-kan supaya mengamalkan sikap saling hormat menghormati da-lam kepelbagaian pandangan dan bertindak secara bersepadu,”

Kerjasama proaktif NGOi

Pertahan kesucian Islam di Selangor

KUANTAN - Pensijilan logo halal masih tertakluk dibawah bidang kuasa Jaba- tan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tegas Timbalan Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, isu pensijilan ha-lal tidak pernah diuruskan badan atau agensi lain, sekali gus dakwaan bahawa perkara itu kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) adalah tidak benar.

“Di bawah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, ia menguruskan aspek berkenaan pensijilan termasuk prose-dur pensijilan, takrifan halal serta sis-tem jaminan halal,” katanya dalam kenyataan, pada 14 September lalu.

Fuziah berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar pada 13 September lalu yang meme-tik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai berkata, pensijilan halal tidak lagi berada di bawah JAKIM, sebaliknya MOF.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parli-men Bera didakwa berkata demiki-an semasa berucap pada Himpunan

Penyatuan Ummah di ibu negara, yang mana Fuziah menyifatkan ken-yataan itu sebagai menyeleweng, fak-ta yang salah dan berunsur fitnah.

“Kenyataan ini adalah berniat ja-hat demi menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam kon-onnya kerajaan Malaysia baru dipim- pin parti DAP. Saya menggesa beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan ini,” katanya.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menuntut Ismail Sabri mem-betulkan semula kenyataan itu bagi mengelakkan salah faham berkaitan aspek halal atau berdepan dengan tin-dakan undang-undang. – BERNAMA

19 - 25 SEPTEMBER 201919 - 25 MuharaM1441

19 Khamis 5:41 5:51 7:04 1:13 4:16 7:15 8:24 20 Jumaat 5:41 5:51 7:03 1:12 4:17 7:15 8:24 21 Sabtu 5:40 5:50 7:03 1:12 4:17 7:14 8:23 22 Ahad 5:40 5:50 7:03 1:12 4:17 7:14 8:23 23 Isnin 5:40 5:50 7:03 1:11 4:17 7:14 8:22 24 Selasa 5:40 5:50 7:02 1:11 4:18 7:13 8:22 25 Rabu 5:40 5:50 7:02 1:11 4:18 7:13 8:21

19 Khamis 5:38 5:48 7:02 1:10 4:13 7:13 8:21 20 Jumaat 5:38 5:48 7:02 1:10 4:13 7:12 8:21 21 Sabtu 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:12 8:21 22 Ahad 5:38 5:48 7:01 1:09 4:14 7:11 8:20 23 Isnin 5:37 5:47 7:01 1:09 4:14 7:11 8:20 24 Selasa 5:37 5:47 7:01 1:08 4:15 7:10 8:19 25 Rabu 5:37 5:47 7:00 1:08 4:15 7:10 8:19

19 Khamis 5:39 5:49 7:03 1:11 4:13 7:13 8:22 20 Jumaat 5:39 5:49 7:03 1:10 4:13 7:13 8:21 21 Sabtu 5:38 5:48 7:03 1:10 4:14 7:12 8:21 22 Ahad 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:12 8:21 23 Isnin 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:11 8:20 24 Selasa 5:38 5:48 7:02 1:09 4:15 7:11 8:20 25 Rabu 5:37 5:47 7:01 1:08 4:15 7:10 8:19

SHAH ALAM - Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS) melantik Mohd Shahzihan Ahmad sebagai Sahibus Saadah Pengarah JAIS yang baharu berkuatkuasa 10 September lalu.

JAIS dalam kenyataan memak-lumkan, Mohd Shahzihan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah Wal-Quran dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Beliau memulakan karier perkhidmatan awam sebagai Peg-awai Tadbir Agama daerah di Pe-jabat Agama Islam Sepang pada 4 Disember 1994.

“Lebih 25 tahun berpengala-man bersama JAIS dan beliau san-gat dekat dengan perundangan hal ehwal Islam serta penguatkua-

saan undang-undang, selain per-nah diberi kepercayaan mengetuai hampir keseluruhan bahagian di JAIS,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini, beliau pernah dianugerahkan lima kali Anuger-ah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998, 2000, 2005, 2007, 2015 dan terakhir dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah JAIS pada 2016.

Khidmat bakti beliau turut diiktiraf Kerajaan Negeri apabi-la dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih pada 2001 dan Darjah Ke-besaran Setia Mahkota Selangor pada 2010 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susu-lan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Agensi Pelan-congan, Umrah dan Haji (PAPUH), Da-tuk Seri Razali Mohd Sham, berkata walaupun caj itu dikenakan buat ju-lung kalinya kepada rakyat negara ini, namun ia dilihat tidak terlalu ma-hal untuk ditanggung bakal jemaah.

“Mana-mana jemaah yang sudah membuat tempahan penginapan dan

pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 September untuk pergi selepas tarikh itu, mere-ka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansu-hkan caj mengerjakan ibadah um- rah secara berulang setiap tahun iai-tu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikena-kan sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada sesi sidang me-dia itu adalah Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setia-

usaha Kehormat PAPUH, Datuk Jefri Sulaiman.

Razal berkatai, susulan keputusan terbaharu Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan landasan khas untuk mengeluarkan visa um-rah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Katanya, statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan bahawa Malaysia sudah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini. – BERNAMA

katanya pada Majlis Persidangan NGOi dan Penyerahan Sumba- ngan Bantuan Dana MAIS Bagi Ta-hun 2019, di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14, di sini, baru-ba-ru ini.

Turut hadir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Se-tiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Sijil halal masih di bawah JAKIM

Mohd Shahzihan dilantik pengarah baharu JAIS

Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya menyerahkan surat pelatikan jawatan kepada Mohd Shahzihan

Pada masa sama, Dr Yasmin berkata, pertubuhan berkenaan juga disaran mewujudkan perse-fahaman dalam kalangan klus-ter supaya perkara membabitkan kepentingan Islam dapat dilaksan-akan secara bersama.

“Kita tidak mahu kluster (gu-gusan) sedia ada wujud secara bersendirian tanpa kerjasama di antara satu sama lain dalam men-jaga dan memartabatkan kesucian agama Islam serta membangun-kan masyarakat yang sejahtera, di Selangor,” katanya.

Terdahulu, persidangan selama sehari itu bertujuan menjelaskan peranan NGOi dalam mengukuh-kan kedudukan Islam sebagai aga-ma Persekutuan dan Institusi Raja Berperlembagaan.

Selain menerangkan kepentin-gan NGOi dalam mengaplikasi- kan maqasid syariah, persidan-gan berkenaan turut memberi pendedahan berhubung cara me- ngurus perbezaan pandangan berkesan dalam dakwah serta islah.

Caj tambahan visa RM350 untuk umrah

Yasmin Hanani Mohd Safian

Page 21: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

22Rencana

SelangorKini 19 - 25 September 2019

Page 22: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

2319 - 25 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Page 23: 72 gembira terima Usaha kurangkan Petua tradisi mudah ... · merendahkan semangat perpad-uan dalam kalangan rakyat secara berterusan. “Terdapat usaha-usaha un-tuk melemahkan perpaduan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

BATU CAVES - Taman Ekstrem Gua Da-mai menggamit tumpuan penggemar su-kan terjun udara dari serata dunia untuk menyertai acara ‘Gua Damai International Base Jumping’ yang dianjurkan pada Sep-tember setiap tahun.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata, taman berkeluasan dua hektar dengan ketinggian 96 meter itu menjadi hab utama kepada penggiat sukan lasak untuk menjalani sesi latihan sebelum ber- aksi pada mana-mana pertandingan ber-prestij.

“Kita berbangga dengan keadaan di sini memandangkan jika dilihat dari 2008 hingga sekarang, banyak perubahan di-buat menerusi dana diberikan Kementeri-an Pelancongan.

“Malah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak ketinggalan untuk memasti-

kan Gua Damai sentiasa diselenggara dan ditambah baik termasuk mengindahkan serta mencantikkan ia sebagai salah satu tarikan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Gua Damai International Base Jump 2019 di sini, pada 15 Disember lalu.

Hadir sama, EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Wa-risan, Datuk Abdul Rashid Asari; Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato’ Johari Ahmad serta Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abdul Rahim.

Terdahulu, acara tahunan edisi ke-12 itu menerima penyertaan seramai 24 pe-serta meliputi lapan negara yang me- lakukan terjunan secara bebas antaranya Indonesia, Poland, New Zealand, Estonia, Australia, Amerika Syarikat, Belanda ter-

masuk Malaysia.Program di bawah kelolaan MPS turut

diperhebatkan menerusi kerjasama Wira Adventure Consultant, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Tour-ism Malaysia, Tourism Selangor dan Majlis Perwakilan Penduduk Kampung (MPPK) Taman Ekstrem Wira Damai.

Siri terjunan di Gua Damai adalah se-bagai aktiviti pemanas badan sebelum penganjuran acara KL Tower International Base Jump di Menara Kuala Lumpur, pada 26 September ini.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Ne-geri Sungai Tua berkata, kawasan seki-tar yang dijaga dengan baik mendorong kedatangan lebih ramai pengunjung ter-utama pelancong asing untuk merasai sendiri pengalaman sukan lasak disedia-kan di taman berkenaan.

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ha-midin Mohd Amin sebulat suara di- pilih sebagai Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi undian Ahli Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga 2019, pada 14 Sep-tember lalu.

Dalam kenyataan, Hamidin berka-ta, beliau berterima kasih atas keper-cayaan diberikan semua pemegang taruh MFL selain menganggap ia satu tanggungjawab dan amanah cukup besar.

“Saya akan berusaha untuk me-megang amanah ini dengan baik na-mun saya mengharapkan sokongan padu semua pihak untuk bergerak sama melaksanakan gagasan yang sudah diasaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya sebenarnya berat untuk me-mikul jawatan ini tetapi atas keper-cayaan diberikan daripada rakan kong-si liga dan demi stabilkan keadaan bola sepak negara, saya bersetuju dengan pemilihan ini,” katanya.

Beliau berkata, sokongan semua pi-hak ditagih untuk mengimbangi tun-tutan selaku Presiden FAM dan MFL.

Pemilihan Hamidin dibuat selepas pemegang taruh MFL terdiri daripa-da 23 rakan kongsi bersetuju untuk meminda perlembagaan badan itu di mana status jawatan Pengerusi ditukar kepada Presiden dengan calon untuk menduduki kerusi tertinggi itu adalah dalam kalangan Ahli Lembaga Penga-rah MFL serta tidak terikat dengan ma-na-mana pasukan atau kelab Liga Ma-laysia.

Perubahan itu, sekali gus men-yaksikan beliau mengambil alih te- raju MFL daripada Tunku Ismail iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku Pengerusi sebelum ini.

Sebulat suara pilih Hamidin

Taman Ekstrem Gua Damai gamit penggiat sukan terjun udara

Amirudin Shari bersama penerjun yang mengambil bahagian dalam Gua Damai International Base Jump 2019, Batu Caves, pada 15 September lalu

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Liga Juara-Juara Sela- ngor (SCL) 2019 edisi keempat bakal berlangsung dengan 16 pasukan bakal berentap merebut satu slot pusingan kelayakkan ke Piala FA Malaysia 2020.

Dalam majlis undian diadakan di Hotel Sunway Clio, pada 14 September lalu, juara bertahan edisi 2018, Puchong Fuerza FC di-undi dalam kumpulan A bersama juara Liga Perdana Sosial Selangor

M4 dan juara Liga Lembah Klang M4 yang masih berlangsung.

Bagaimanapun naib juara, Port Klang Kru tidak menyertai pertandingan kali ini selepas ter-kandas dalam pusingan kelaya-kan sebelumnya.

Pertandingan ini turut di-hangatkan dengan penyertaan pasukan jemputan, Belia Sela- ngor yang dibarisi pemain skuad bawah 19 tahun Selangor.

Belia Selangor diundi dalam kumpulan B bersama Kajang

MPKJ The Lions, Subang Protap II FC, NPNG FC Damansara Damai dan MBSA FC.

Undian yang disaksikan pengu-rus pasukan mengambil bahagian itu dijalankan oleh wakil Semua-nya Bola, Komuniti Belia Selangor (SYC), Pemerbadanan Menteri Be-sar Selangor dan Kaki Jersi.

Pertandingan yang dijadual berlangsung minggu ini hingga Disember itu menawarkan hadi-ah wang tunai RM14,000 dan pi-ala iringan.

Rebut slot Piala FA Malaysia 2020

16 pasukan berentap dalam SCL