bahasa melayu komsas tajuk drama: inflakasta

32
BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk Drama: Inflakasta Nama: Siti Syafiqah Bt. Mohamad Faizal. Kelas: 2 Ikhlas (2014). Nama guru matapelajaran: Pn. Rosiah Bt. Othman.

Upload: chapa

Post on 24-Feb-2016

1.406 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk Drama: Inflakasta. Nama : Siti Syafiqah Bt. Mohamad Faizal . Kelas : 2 Ikhlas (2014). Nama guru matapelajaran : Pn . Rosiah Bt. Othman. Sinopsis Inflakasta. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

BAHASA MELAYU KOMSASTajuk Drama: Inflakasta

Nama: Siti Syafiqah Bt. Mohamad Faizal.

Kelas: 2 Ikhlas (2014).Nama guru matapelajaran: Pn.

Rosiah Bt. Othman.

Page 2: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Peperangan sedang berlaku. Bangunan dan

alam sekitar musnah. Muncul Dibisi dalam keadaan yang sangat lemah dengan pakaiannya yang carik-carik. Marhen pula muncul dalam keadaan yang sangat kotor serta berwajah bengis dengan jambang yang tidak terurus. Mereka terjumpa sebuah kotak makanan lalu bergelut untuk memiliki kotak itu sehingga kotak itu terputus dua. Mereka hampa kerana tidak ada makanan di dalam kotak itu. Peperangan menjadikan mereka orang yang lapar.

Sinopsis Inflakasta

Page 3: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Mereka saling berkenalan. Dibisi merupakan

orang penting dalam pemerintahan. Hidupnya sebelum ini mewah. Marhen pula merupakan petani yang hidup senang. Dia seorang yang pemurah. Namun begitu, nasib Dibisi dan Marhen sekarang sama,iaitu menjadi manusia yang lapar. Kerana kelaparan, mereka pun tertidur.

Muncul pula Siti dengan wajah yang sugul. Dia memanggil-manggil nama “Inflakasta”. Kehadiran Siti mengejutkan Dibisi dan Marhen daripada tidur. Mereka menghampiri Siti. Siti menuduh Dibisi dan Marhen sebagai orang yang zalim, pembunuh dan penyebab berlakunya peperangan.

Page 4: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Tiba-tiba terdengar suara dari pelaung suara

yang mengarahkan mereka agar jangan lari kerana meraka telah dikepung. Muncul Kastabung, ketua kumpulan tentera yang berkuasa di situ. Kastabung menuduh mereka bertiga sebagai perisik pihak musuh. Marhen hendak menyerang Kastabung. Kastabung segera memanggil pembantunya, Taliba yang memiliki senjata “kuasa bahaya” yang dapat memusnahkan stiap benda. Dibisi memberitahu Kastabung bahawa mereka ialah pelarian mangsa peperangan, namun Kastabung tetap tidak mempercayai mereka.

Page 5: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Marhen bertumbuk dengan Kastabung. Taliba dan Siti turut masuk campur. Pergaduhan terhenti apabila muncul Jakidan yang membawa berita buruk tentang kerajaan mereka. Kastabung tidak peduli akan berita yang dibawa Jakidan, malah dia tetap akan meneruskan cita-citanya untuk membina Empayar Kastabung. Dibisi dan Siti menasihati Kastabung tetapi tidak diendahkannya.

Page 6: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Dibisi dan Marhen berselisih pendapat lalu

terjadi pergelutan antara kedua-duanya. Siti merampas senjata “kuasa bahaya” daripada Taliba dan menyuruh Kastabung mengarahkan orang-orangnya supaya meninggalkan tempat itu. Kastabung akur. Tiba-tiba, Siti rebah kerana ditembak dengan cahaya laser. Marhen menyambar senjata “kuasa bahaya” dan menuduh Kastabung menipu. Setelah memapah Siti dan meletakkan Siti di tepi batu, Dibisi menyerang Kastabung, Jakidan dan Taliba. Dibisi juga maut terkena cahaya laser. Marhen yang geram membocorkan peluru senjata “kuasa bahaya” menyebabkan semuanya musnah menyembah bumi.

Page 7: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Muncul dua orang kanak-kanak, Infla dan

Kasta membawa bungkusan makanan untuk ibu mereka. Siti menyedari kehadiran anak-anaknya. Siti menyampaikan pesanan terakhir kepada anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia.

Page 8: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Peperangan hanya membawa kemusnahan.

Kastabung sanggup melancarkan peperangan demi meneruskan cita-citanya untuk membina Empayar Kastabung. Kastabung tidak memikirkan nyawa orang lain. Namun begitu, akhirnya peperangan itu telah memusnahkan sagala-galanya termasuklah Kastabung.

Tema

Page 9: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Perbezaan ideologi yang tidak dikawal dan

disertai sifat selalu mengutamakan kepentingan diri.

Contoh: Kastabung lebih mengutamakan kepentingan dirinya untuk membina Empayar Kastabung daripada memikirkan nasib rakyatnya yang kelaparan dan melarat.

Persoalan

Page 10: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Peperangan dapat mengakibatkan berlakunya

inflasi.(Penyakit ekonomiContoh: Jakidan datang memberitahu Kastabung bahawa kewangan telah merosot. Keperluan rakyat meningkat dan perimtaan tinggi tetapi tiada bahan mentah yang dapat dikeluarkan untuk mengatasi permintaan itu. Pemerintahan secara diktator akan

melemahkan pentadbiran dan membawa kepada kepincangan hidup.

Contoh: Kastabung menjalankan pemerintahan secara mutlak dengan merampas kekuasaan dan sesiapa sahaja yang menentangnya akan dihapuskan.

Page 11: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Watak utama ialah Dibisi dan Marhen.

Watak sampingan terdiri daripada Siti, Kastabung, Jadikan, Taliba, Infla dan Kasta.

Watak

Page 12: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Dibisi

Mempunyai wajah yang intelek dan sopan. Pembesar negara semasa sebelum

peperangan berlaku. Merupakan golongan atasan yang pernah

hidup mewah. Hidup secara individualistik dan tidak bergaul

dengan orang bawahan. Mangsa peperangan.

PERWATAKAN

Page 13: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Marhen Berwajah bengis dan berjambang yang tidak

terurus. Seorang petani yang hidup senang. Suka membantu golongan yang susah. Cepat bertindak tanpa berfikir panjang. Seorang yang berani. (Cnth: dia berani

bertumbuk dengan kastabung) Mangsa peperangan.

Page 14: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Siti Ibu kepada Infla dan Kasta. Wanita yang cekal dan berani.(Cnth:

merampas senjata “kuasa bahaya” dari Taliba) Pandai berhujah dengan baik dan menasihati

Kastabung. Mansa peperangan.

Page 15: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Kastabung

Diktator yang zalim. Dia merampas kekuasaan daripada pemerintah dahulu.

Tidak mahu bertolak ansur.(Cnth: tidak mahu mendengar atau menerima nasihat Siti mahupun Dibisi)

Terlalu mementingkan diri. Tidak memikirkan nasib rakyatnya.

Gila kuasa. Dia mahu membina Empayar Kastabung.

Page 16: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Taliba

Orang suruhan Kastabung. Setia kepada arahan ketuanya (Kastabung) Memiliki senjata “kuasa bahaya”.

Infla dan Kasta Infla merupakan anak lelaki kepada Siti. Kasta merupakan anak perempuan kepada

Siti. Infla dan Kasta menyayangi ibu mereka.

Mereka sanggup membahayakan diri untuk pergi mencari makanan kepada ibu mereka.

Page 17: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

BINAAN PLOT Permulaan: Drama ini bermula dengan

suasana peperangan. Letupan besar berlaku. Muncul Dibisi dan Mahren di celah-celah runtuhan bangunan. Pada mulanya mereka bergaduh kerana berebut makanan. Akhinya mereka bersahabat kerana kedua-dua mereka senasib, iaitu sama-sama kelaparan. Kemudian, muncul Siti yang sedang mencari anak-anaknya. Siti juga sedang kelaparan.

PLOT

Page 18: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Perkembangan: Cerita drama ini mula berkembang dengan kehadiran Kastabung dan Taliba. Kastabung menyangka bahawa Dibisi, Mahren dan Siti adalah perisik pihak musuh. Berlaku konflik antara Kastabung dengan Mahren dan Dibisi. Konflik itu bermula dengan kata-kata dan berakhir dengan konflik fizikal.

Page 19: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Perumitan: Cerita menjadi semakin rancak

dengan ketibaaan Jakidan yang membawa berita tentang kegawatan ekonomi dan kelaparan yang sedang dihadapi oleh rakyat di bawah pemerintahan Kastabung. Perdebatan hangat berlaku antara Kastabung dan orang-orangnya dengan Siti, Dibisi dan Marhen. Pada satu tahap, Dibisi dan Marhen pula yang bergaduh kerana berbeza pendapat yang berakhir dengan kedua-duanya bergelut. Pada masa itu juga Kastabung mengarahkan Taliba menembak Dibisi dan Marhen.Namun begitu, Siti lebih cepat bertindak dengan menendang Taliba dan senjata “kuasa bahaya” berjaya disambarnya.

Page 20: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Klimaks (kemuncak): Sekarang senjata

“kuasa bahaya” ada pada Siti. Semua orang menjadi panik. Siti menyuruh Kastabung mengarahkan orang-orangnya supaya meninggalkan kawasan itu. Tiba-tiba suatu sinaran cahaya tajam menusuk tepat ke bahu Siti. Siti rebah. Marhen melompat menyambar senjata “kuasa bahaya”. Selepas memapah Siti dan meletaknya di tepi batu, Dibisi menyerang Kastabung, Jakidan dan Taliba. Sinaran cahaya tajam sekali lagi menusuk ke dada Dibisi. Marhen dengan geramnya membocorkan peluru senjata “kuasa bahaya” dan semuanya menyembah bumi.

Page 21: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Peleraian: Kedengaran suara halus dua orang

kanak-kanak. Mereka datang dengan membawa bungkusan makanan untuk ibu mereka, Siti. Selepas memberikan nasihat dan pesanan kepada anak-anaknya, Infla dan Kasta, Siti pun meninggal dunia.

Kesimpulan: Plot cerita ini lancar dan peristiwa berlaku dengan pantas hingga pembaca mudah mengikuti perjalanan ceritanya.

Page 22: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

TEKNIK PLOT

Teknik pemerianDalam drama ini, pengarang banyak menggunakan teknik pemerian dalam bentuk arahan pentas.Contohnya: Bunyi siren. Lampu isyarat. Satu letupan yang besar. Cahaya laser. Suara-suara panik dan kecewa. Teknik dialogBanyak terdapat dialog antara watak-wataknya. Contoh:- DIBISI: (Senyum) siapa-siapa? Saudara siapa? MARHEN: (Pantas) aku? Namaku Marhen. DIBISI: Marhen? MARHEN: Ya, Marhen bin Daif.

Page 23: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Teknik saspensSemasa Dibisi dan Marhen berebut kotak makanan.Contohnya:… Di tengah halaman itu terdapat sebuah kotak “fragile-food” yang telah lusuh. Kedua-dua mangsa perang itu ternampak kotak yang sama. Mereka menerkam pada kotak itu. Pergelutan sengit berlaku. Kotak terputus dua. Kotak itu sebenarnya kosong. Mereka terasa seperti bodoh pula dengan perbuatan itu. Teknik nyanyianPengarang menggunakan teknik nyanyian melalui watak Siti yang menyanyikan lagu “Buai Anak”.

Page 24: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Latar tempatDi kawasan peperangan, di kawasan runtuhan rumah batu di gurun gersang. Latar masaa) Waktu siangb) Waktu malam

LATAR

Page 25: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Latar masyarakata) Masyarakat yang kucar –kacir disebabkan

oleh peperangan.Cnth: peperangan yang berlaku telah banyak menyebabkan manusia mati, bangunan runtuh, rakyat saling berperang dan sebagainya.

b) Masyarakat yang kelaparan kerana tidak ada makanan.Cnth: Dibisi dan Marhen yang kelaparan bergelut untuk mendapatkan sebuah kotak makanan sedangkan tiada makanan di dalamnya.

Page 26: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Dialog dalam drama ini pendek dan berkesan.Cnth:Kastabung: (Marah) Taliba! Buta ke! Aku bukan musuh. TALIBA: Maaf, gelap sangat ini! KASTABUNG:Buka cermin tu.

TALIBA: (Membuka cermin helmet) Ha, baru nampak! Eh, orang apa ni?

KASTABUNG: Sudah. Itu musuh kita, bersedia untuk memusnahkan mereka.

GAYA BAHASA

Page 27: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

c) Masyarakat yang tamak dan gila kuasa.Cnth: Kastabung gila kuasa sehingga sanggup mengetepikan kepentingan rakyatnya demi menubuhkan empayarnya.

d) Masyarakat yang melakukan penindasan dan kezaliman.Cnth: Kastabung sanggup membiarkan rakyatnya kebuluran dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak berfungsi.

Page 28: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Penggunaan kata bahasa inggeris.Cnth: fragile-food Penggunaan kata bahasa arab:Cnth: lailahaillallah, rasulullah, alhamdulillah Penggunaan sinkope yang sesuai dengan

bahasa lisan.Cnth: tak. Simile.Cnth: letupan bergegaran seperti halilintar. Hiperbola.Cnth: neraka jahanam, marah berapi.

Page 29: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Personifikasi Cnth: pokok-pokok mati berceratuk, satu persatu akan gugur di makan bumi, tongkatku ini dapat mengesan segala rakaman di sini, ideologi jahat. Repetisi Cnth: Siti: Inflakasta! Inflakasta! Inflakasta di mana? (diam sejenak) Inflakasta mari sini. Jangan tinggalkan emak. Ibu takut nak. Ibu takut nak. Inflakasta! Inflakasta!. Peribahasa Cnth: tak kenal maka tak cinta

Page 30: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Kasih sayangCnth: Infla dan Kasta mencari makanan untuk diberikan kepada ibu mereka, Siti. Keberanian Cnth: Marhen, Dibisi dan Siti berani menghadapi Kastabung. Baik hatiMarhen menyuruh Dibisi menolong Siti yang cedera. Dibisi memapah Siti dan meletakkannya di tepi batu. Kerjasama Cnth: Marhen,Dibisi dan Siti saling bekerjasama untuk menentang Kastabung.

NILAI

Page 31: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

Janganlah bersikap ego dan gila kuasa serta mementingkan diri.

Cnth: Kastabung gila kuasa, bongkak, dan mementingkan dirinya. Golongan yang berkuasa janganlah menindas

mereka yang lemah.Cnth: Kastabung yang berkuasa di kawasan itu melakukan penindasan terhadap rakyat bawahannya. Peperangan tidak membawa kebaikan,

sebaliknya membawa kemusnahan.Cnth: banyak bangunan yang runtuh dan banyak rakyat yang menderita malah ada yang menemui ajal.

PENGAJARAN

Page 32: BAHASA MELAYU KOMSAS Tajuk  Drama:  Inflakasta

SEKIAN, TERIMA KASIHHAVE A NICE DAY