pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

Upload: wawieda

Post on 06-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    1/17

    78981223.DOC

    ------------------ KANDUNGAN --------------

    Pendidikan Rasullulah s.a.w. di Mekah.................................................................................................................5

    D- Kaedah Dialog , Perdebatan dan Perbincangan ..............................................................................................9

    Pengajaran dan Pembelajaran pendidikan Islam yang berkesan

    Kata Pengantar

    Melalui tajuk di atas, tajuk ini memerlukan sesuatu penjelasan yang cukup panjang kerana ia

    bersifat lebih umum terhadap pengajaran dan pembelajaran yang mengkhususkan kepada pendidikan

    Islam. Dalam pendidikan Islam itu sendiri suatu pendidikan ruanglingkup yang luas. Ia termasuk

    pendidikan ruhani,akal dan jasmani. Oleh itu, dalam essei ini penulis lebih menjurus dan

    memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam beberap matapelajran dalam

    pendidikan Islam. Penulis tidak akan menyatakan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran didalam essei

    ini kerana penulis lebih mengutamakan tentang ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

    dalam pendidikan Islam.

    Seperti yang telah diketahui pengajaran tidak akan terjadi jika tiada pembelajaran dan begitu

    juga sebaliknya. Oleh yang demikian, Jika ingin objektif pembelajaran itu dihasilkan dengan berkesan

    sudah semestinyalah pengajaran itu mesti berkesan dalam melaksanakan metod-metod pengajaran

    yang berkesan. Begitu juga sebaliknya, pengajaran itu tidak dianggap berkesan jika pembelajaran itu

    tidak mencapai objektif yang dikehendaki.

    Dalam essei ini akan memberikan sesuatu metod penyampai induktif dan deduktif bagi mencapai

    objektif dan matlamat tajuk yang akan diperjelaskan dalam essei ini nanti.

    PENDAHULUAN.

    Pengajaran dan pembelajaran itu akan lebih berkesan jika pendidik melaksanakan metod-metod

    pengajaran kearah keberkesanan dalam bidang pengajaran. Begitu juga peserta didik memperolehi jika

    mencapai objektif pembelajaran itu maka sesuatu pengajaran itu boleh dianggab berkesan. Maka

    dalam essei ini akan menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk yang menjurus kepada keberkesanan

    dalam pendidikan Islam.

    1

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    2/17

    78981223.DOC

    Meskipun pengajaran dan pembelajaran itu saling berkait rapat tetapi dalam essei ini, akan di

    bahagikan kepada dua bahagian iaitu Pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan dan

    Pembelajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan. Tujuannya supaya dapat memperjelaskan dan

    dapat lebih difahami berkenaan tajuk dalam essei ini.

    Mengikut pengalaman penulis, apakah selama pengalaman mengajar telah melaksanakan kaedah

    atau metod pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah pendidikan Islam yang diajarkan di

    sekolah ugama bersumberkan kaedah junjungan nabi kita? Apakah pengajaran dan pembelajaran di

    KUPU SB masa ini menjalankan metod pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Maka jawapan

    pada persoalan tadi akan diberi gambaran dan huraian dalam essei ini nanti.

    Di awal essei ini akan menyentuh tentang definisi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu

    dan seterusnya metod-metod pengajaran yang dilaksanakan di zaman Rasullullah, metod pengajaran

    dalam pendidikan Islam bagi gambaran induktif dan seterusnya penjelasan deduktifnya mengenai

    matlamat-matlamat pengajaran yang berkesan. Manakala pada pertengahan pula menjurus kepada

    perinsip ciri pembelajaran yang berkesan sebagai penjelasan induktif dan pelaksanaan pembelajaran

    yang berkesan sebagai deduktifnya.

    Definisi Pengajaran

    Definisi Pembelajaran

    TUJUAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

    Tujuan pendidikan Islam

    Al-Ibrashy (1976) menegaskan bahawa tujuan pendidikan Islam bukanlah memenuhi otak pelajar dengan

    berbagai-bagai maklumat atau mengajar mereka dengan pelbagai mata pelajaran yang mereka tidak tahu

    sebelumnya, tetapi tujuan sebenarnya ialah mendidik mereka supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya

    halus dan sempurna, mengasuh mereka melakukan yang baik, terhormat dan mulia, membiasakan mereka

    dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang berfaedah. (Al-Ibrashy,1976 : )

    Selain itu, dalam pelaksanaan pendidikan Islam pada umumnya ia lebih kepada menyampaikan maklumat,

    sebab itu ia disebut proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak pernah pun disebut proses pendidikan.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    3/17

    78981223.DOC

    Melihatkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar Islam yang begitu hebat dewasa ini, pendidikan Islam perlu

    disemak semula khasnya dalam bidang penyampaian dan perkaedahan serta penghayatan.

    Dalam mata pelajaran pendidikan Islam, guru bukan sahaja memberi ilmu agama malah guru haruslah

    mendidik pelajar dengan nilai-nilai Islam. Guru pendidikan Islam juga sentiasa menasihatkan dan mendidik

    pelajar supaya mereka menjadi manusia yang baik dan soleh. Pelaksanaan pendidikan Islam juga bertujuan

    supaya setiap pelajar dapat mengamalkan dan menghayati nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Pelajar

    haruslah di didik supaya berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Ini kerana, walaupun pelajar

    mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran pendidikan Islam tetapi tidak berakhlak mulia merupakan

    satu kegagalan dalam pendidikan Islam.

    Matlamat Pendidikan Islam

    Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan

    tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih

    luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak

    mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.

    Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan

    yang seimbang. Keseimbangan pembangunan manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana

    dengan kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum yang disyariatkan oleh

    Allah S.W.T. Proses membangunkan insan perlulah secara menyeluruh dari semua aspek kehidupan.

    Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai:

    Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan, bermegah-megah dan

    berlumba-lumba .

    Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah

    untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenal pencipta dan matlamat ilmu

    yang sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika pendidikan yang selain

    taqarraillallah, adalah bukan objektif pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam menjurus kepada matlamat

    hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

    Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan

    beribadat kepadaKu . (surah Al Zariat : 51-56 )

    Dan firmanNya lagi:

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 3

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    4/17

    78981223.DOC

    Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak

    menjadikan seorang khalifah di bumi .

    Kesimpulannya, matlamat pendidikan Islam adalah untuk memastikan perhambaan yang tulen semata-

    mata kepada Allah baik diperingkat individu, masyarakat atau kemanusiaan seluruhnya. Tugasnya sebagai

    khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam mengikut syariat Illahi, melihat kebahagiaan hidup

    umatnya di dunia dan di akhirat. Ini merupakan rahmat Allah kepada hambaNya yang mematuhi petunjukNya.

    Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di zaman Rasullullah

    Dalam essei ini akan menyentuh tentang metod atau kaedah Rasullullah menyebarkan tentang

    pendidikan Islam, ini kerana ia ada berkaitan dengan tajuk asal essei ini. Dimana objektif essei ini

    supaya menghuraikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan Islam. Jadi, kita

    balik pada dasar agama iaitu bersumberkan Al Quran dan Hadis. Sabda Rasullullah s.a.w. Bahawasebenarnya Aku diutuskan sebagai pendidik. ( Riwayat Muslim )

    Kita sedia maklum dengan kebijaksanaan Rasullulah dalam mendidik umat di zamannya,

    dimana sebelum penyebaran Islam pemikiran mereka dikatakan sebagai Jahiliah ( yang tidak ada

    pengetahuan) telah berubah kepada umat yang berilmu tinggi.

    Berlegar di pemikiran kita, bagaimana Rasullullah mendidik mereka hingga pembelajaran yang

    di berikan kepada mereka mempunyai keberkesanan dan kesinambungan dalam pencurahan ilmu

    hingga ke hari ini. Dengan pendidikan yang berkesan diajarkan oleh Rasullullah kita mendapat nikmat

    Iman dan dapat memperhambakan diri kepada Allah berlandaskan pendidikan dan ilmu yang

    diberikan.

    Oleh itu, berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang Rasullulah laksanakan terhadap

    umatnya ketika itu, tidak keterlaluan dikatakan mempunyai unsur-unsur, kaedah- kaedah pengajaran

    dan pembelajaran yang amat berkesan yang patut dicontohi dan diikuti khususnya kepada pendidik

    Islam.

    Apabila Rasullullah (s.a.w.) berkhalwat di Gua Hira datang Malaikat Jibril menyampaikan

    wahyu pertama dari Allah dan baginda di lantik menjadi rasul ketika baginda berusia 40 tahun. Sejak

    dari itu, bermulalah pendidikan Islam yang disebarkan oleh Nabi Junjunagan kita Nabi Muhammad

    s.a.w. kepada umat terakhir.

    Apabila Rasulluluh berdakwah, baginda telah menggunakan berbagai kaedah-kaedah

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pada tempat, jumlah umat dan keperluan ilmu pada ketika

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    5/17

    78981223.DOC

    itu. Ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang akan dijelaskan lebih jelas lagi, iaitu

    Pendidikan Zaman Rasullullah s.a.w. di Mekah dan Pendidikan Rasullullah s.a.w. di Madinah.

    Pendidikan Rasullulah s.a.w. di Mekah

    Pada peringkat ini lahir pendidikan Islam yang pertama, iaitu di rumah Al Arqam bin Abi Al

    Arqam, pada tahun 610 M. Pendidikan ini telah di atur oleh Rasullullah secara sulit di rumah Al

    Arqam selama 3 tahun. Manakala bilangan orang-orang yang hadir dalam kelas pengajaran Rasullullah

    pada awalnya adalah terlalu sedikit. Tetapi setelah beberapa lama bilangannya bertambah sehingga 38

    orang dan terdiri dari lapisan masyarakat seperti hamba sahaya. ( Ali Al Jumbalat dan Abu Al Futuh

    Al Tawanussiyat, 1973 : 9 )

    Objektif pendidikan ketika itu ialah untuk membentukSyaksyiah Islamiah(induvidu Islam

    yang tulin) yang dapat berjuang bagi menegakkan agama Islam. Oleh itu kandungan pendidikan yang

    disampaikan itu bergantung bergantung pada wahyu daripada Allah s.w.t. Melaluinya Allah

    menerangkan tentang persoalan aqidah atau kepercayaan kepada allah serta cara hidup yang

    bersendikan peraturan yang benar.

    Rasullullah telah menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya di rumah Al Arqam Ibn Abi

    Al Arqam. Baginda membaca ayat-ayat yang yang diterimanya serta menjelaskan maksud ayat-ayat

    tersebut supaya lebih jelas dan difahami oleh pengikutnya. Disamping itu baginda juga membimbing

    mereka menghafal ayat-ayat tersebut serta menyuruh mereka menulisnya.Seterusnya baginda

    menunjukkan kepada mereka bagaimana pula mengamalkan dan menghayati segala pengajaran ayat-

    ayat tadi. Begitulah Baginda mendidik umatnya dengan didikan penuh kasih sayang dan penuh mesra.

    Metod pendidikan Rasullullah yang dapat dipetik ialah :

    Membacakan ayat-ayat yang di wahyukan.

    Menerangkan dengan jelas supaya mudah difahami dan diamalkan

    Membimbing menghafal dan menulis ayat-ayat yang diturunkan dan menunjukkan cara

    amalannya.

    Melalui sifat seorang pendidik yang tinggi, baginda dapat meninggalkan kesan yang

    mendalam kepada orang yang dididiknya keberkesanan bukan sahaja dari segi kognitif(pengetahuan)

    malah juga dari segi sikap dan Psikomotor(tingkah laku).

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    6/17

    78981223.DOC

    Pendidikan Rasullullah s.a.w. di Madinah

    Apabila Baginda diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah, Baginda telah mendirikan masjid dan

    menggunakannya sebagai tempat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada umatnya. Baginda telah

    memperkenalkan sistem halaqat di masjid. Selepas setiap kali sembahyang para muslimin

    mengelilinginya untuk mempelajari segala apa yang mereka perlukan.

    Kaedah Halaqah pengajaran Rasullullah berterusan sehingga selepas kemenangan tentera

    Islam di dalam perang Badar Al Kubra pada tahun kedua Hijrah. Selepas kemenangan tersebut,

    penduduk Semenanjung Tanah Arab mula menaruh minat terhadap Islam. Dan dari semenjak itu

    semakin ramai yang memeluk agama Islam.

    Baginda telah menyusun semula metod pengajarannya bagi memenui hajat masyarakat yang

    baru memeluk Islam. Baginda telah menyusunnya dalam tiga bentuk iaitu :

    1. Bentuk Umum,

    2. Bentuk Khusus,

    3. Bentuk Institusi.

    Bentuk Umum

    Pengajaran dan bentuk ini disampaikan oleh baginda sendiri atau oleh wakil-wakil yang

    dilantiknya untuk pergi ke sesuatu tempat di luar Madinah. Pengajaran disampaikan dalam melalui

    khutbah selepas sembahyang atau melalui khutbah Jumaat. Pengajaran biasanya menyentuh konsep-

    konsep aqidah, syariah atau kemasyarakatan dengan secara umum.

    Selain berkhutbah, baginda telah memberikan juga pengajrannya melalui amalan,tingkahlaku

    dan juga melalui pergaulannya dengan orang ramai. Biasanya pengajaran cara ini lebih berkesan

    daripada pengajaran secara berkhutbah.

    Pengajaran dalam Bentuk Khusus

    Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-

    orang yang tertentu dari semua lapisan tanpa mengira tempat dan masa. Adakalanya ia lebih berbentuk

    dialog dan perbincangan. Di antara mereka yang diberinya ialah kanak-kanak, pendatang dan para

    Sahabat. Contohnya;

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    7/17

    78981223.DOC

    Umar Ibn Salmah berkata: Sewaktu saya masih kecil dan berada dalam peliharaan Rasullullah

    berkata kepada saya Wahai kanak-kanak, bacalah Bismillah sebelum makan, makanlah dengan

    tangan kanan dan ambilah benda yang dekat denganmu dahulu. ( Riwayat Muslim.)

    Seseorang lelaki datang mengadap Rasullullah lalu bertanya Apakah amalan yang paling baik di

    dalam Islam? Baginda menjawap Menjamu makanan dan memberi salam kepada sesiapa sahaja sama

    ada mereka yang engkau kenal ataupun tidak kenal ( Riwayat Muslim dan Abu Daud )

    Pengajaran dalam bentuk Institusi.

    Pengajaran dalam bentuk ini lebih berbentuk kepada suasana persekolahan kepada kanak-

    kanak. Seperti contoh, Rasullullah s.a.w. telah melantik para sahabat yang berkebolehan untuk menjadi

    guru. Di samping itu baginda juga telah memerintahkan orang-orang tawanan perang Badar yangberkebolehan supaya tiap-tiap seorang dari mereka mengajar sepuluh orang kanak-kanak muslim di

    Madinah, menulis dan membaca sehingga pandai, bagi menebus diri mereka dari menjadi orang

    tawanan perang.

    Maka pada kesimpulannya bahawa pengajaran dan pembelajaran yang telah di guna pakai oleh

    Rasullullah kepada umatnya pada ketika itu dapat melahirkan syaksiah Islamiah yang mengamalkan

    pembelajaran yang dipelajarinya dengan amalan yang berterusan dan hingga mempunyai keteguhan

    keimanan yang mendalam. Sehinga mampu menegakkan perjuangan Islam dan membentuk akhlak

    yang dikagumi.

    Oleh itu kaedah-kaedah pengajaran yang telah Rasullullah s.a.w. laksanakan patut menjadi

    sumber rujukan dan ikutan terutama dalam pendidikan Islam kearah pembentukan insan kamil yang

    berjaya dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat nanti

    Kaedah pengajaran Pendidikan Islam.

    Setelah diperjelaskan tentang kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Rasullullah, ia

    ada kaitan dengan kaedah pengajaran yang akan diperjelaskan nanti. Cendikiawan-cendikiawan telah

    menilai dan menyelidik tentang pengajaran Rasullullah. Kaedah-kaedah Rasullullah banyak

    memberikan kesan kepada umatnya ketika itu. Daripada jahil kepada berilmu dan menunjukkan

    keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran ketika itu sehingga melahirkan temadun yang

    berilmu sehingga ke hari ini.

    Kitab-kitab pendidikan Islam mengandungi banyak gambaran dan huraian tentang kaedah

    mengajar secara umumnya yang telah digunakan oleh pendidik-pendidik Islam. Di antara kaedah pengajaran dalam pendidikan Islam yang memberikan keberkesanan dalam pengajaran yang

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 7

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    8/17

    78981223.DOC

    membawa kepada objektif dalam sesuatu pembelajaran itu, secara ringkas di antaranya ialah( Omar

    As Syaibani, Dr., :)

    A- Pengambilan kesimpulan /induktif

    B- Perbandingan(Qiyasiah)/deduktif

    C- Metod Kuliah , syarahan dan halaqah

    D- Dialog ,Perbincangan dan Perdebatan

    E- Demonstrasi / Simulasi

    F- Bercerita dan Hafalan

    Pengambilan kesimpulan /induktif

    kaedah ini objektifnya untuk membimbing pelajar untuk mengetahui fakta-fakta dan hukum-

    hukum secara umum melalui jalan pengambilan kesimpulan atau induksi. kaedah ini dimulai dengan

    membahas dari bahagian-bahagian yang kecil untuk sampai kepada undang-undang umum.

    Guru yang menggunakan metod ini, ia akan memberi contoh-contoh yang kecil terlebih dahulu,

    kemudian menemukan perbandingan dan menentukan sifat-sifat bersamaan diantaranya, untuk

    mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagian-bahagian dan contoh

    yang diberikannya dan juga yang belum diberikannya,sebab padanya terdapat semua sifat bersamaan

    yang membentuk dasar umum tadi.

    Metod ini dapat digunakan pada berbagai-bagai ilmu yang menjadi tumpuan perhatian

    pendidikan Islam di antaranya mengajar dalam matapelajaran nahu,saraf, fiqih,faraid dan dalam

    berbagai pelajaran yang bertujuan untuk mencapai suatu undang-undang atau hukum atau berbagai

    fakta umum.

    B - Perbandingan(Qiyasiah) / deduktif

    Kaedah pengajaran ini berbeza dengan metod induktif, di mana pengajaran melalui metod ini

    dari yang umum kepada yang khusus, dari keseluruhan kepada bahagian-bahagian kecil, di mana

    disebutkan prinsip-prinsip umum dahulu, kemudian diberi contoh-contoh dan perincian-perincian yang

    menjelaskannya.

    Kaedah ini dapat digunakan kepada pelajaran-pelajaran yang mengandungi prinsip-perinsip,

    hukum-hukum dan fakta-fakta umum yang di bawahnya mempunyai bahagian-bahagian dan masalah.

    Metod ini dapat juga digunakan dalam mengajarkan sejarah, bahasa, nahu saraf dan lain-lain yang

    diatur oleh perinsip-perinsip dan undang-undang umum yang di bawahnya termasuk bahagian-

    bahagian yang banyak. ( )

    Metod ini berkait dan sebagai pelengkap kepada metod sebelumnya iaitu metod induktif. Oleh

    itu, untuk ke antara berkesanan metod ini, pendidik lebih baiknya menggabungkan antara keduanya.

    C Metod Kuliah , syarahan dan halaqah

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 8

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    9/17

    78981223.DOC

    Kaedah kuliah sesuai untuk penuntut-penuntut peringkat institusi-institusi tinggi dan universiti.

    Ia tidak sesuai digunakan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak sukar memberikan perhatian

    ,memahami perkara yang abstrak dan menyimpulkan fikiran-fikiran abstrak. Oleh itu, pendidik-

    pendidik Islam menggunakannya dalam kaedah pengajaran berbentuk lisan seperti syarahan, halaqah,

    bimbingan dan dakwah di dalam tempat bilik belajar. Adapun halaqah kebiasaannya guru duduk

    bersandar pada dinding atau tiang masjid dan di kelilingi oleh pelajar secara bulatan atau separa

    bulatan. Kaedah ini akan lebih berkesan apabila dilengkapi dengan alat bantu mengajar seperti slaid,projektor, perisian komputer, papan hitam, poster dan sebagainya.

    D - KAEDAH DIALOG , PERDEBATAN DAN PERBINCANGAN

    Kaedah dialog, perdebatan dan perbincangan berdasarkan melalui soal jawab dan munaqasah

    sesuatu tajuk untuk sampai kepada sesuatu fakta sehingga tidak dapat diragukan dan dibantah lagi.

    Dalam pengajaran dialog dan perbincangan, peserta didik dapat menguasai sesuatu mata pelajaran

    lebih terperinci lagi. Kaedah ini dapat melatih peserta didik supaya mempunyai kemahiran berfikir dan

    mengembangkan pemikiran.

    Rasullullah menggunakan kaedah dialog dan perdebatan dengan tujuan menarik perhatian parapendengar dan menggalakkan mereka untuk menjawab persoalan uang dikemukakan. Manakala

    kaedah perbincangan pula supaya menggalakkan umatnya untuk sentiasa melakukan masyuarah,

    Kaedah pengajaran ini digunakan dalam pengajaran dalam pelajaran-pelajaran diantaranya

    seperti Fiqh, Usul Fiqh dan Tauhid. Keberkesanan dalam pengajaran ini, peserta didik lebih

    memahami sesuatu masalah yang timbul apabila perdepatan terjadi atau soal jawab terjadi sehingga

    tiada kemushkilan lagi yang timbul. Objektif dalam pengajaran ini supaya peserta didik dapat

    berbincang untuk menghasilkan pemikiran kearah penyelesaian sesuatu masaalah. Peserta didik dapat

    bersoal jawab dengan pendidik atau penghujah tentang permasaalahan yang akhirnya mencapai

    kefahaman yang tinggi kepada sesuatu tajuk perdebatan atau perbincangan itu.

    Kaedah ini akan lebih berkesan lagi apabila menggunakan pemusatan terhadap peserta didik.

    Penyertaan aktif pelajar terhadap soal jawap,perbincangan dalam kaedah ini akan memberi kefahaman

    yang luas dan mendalam kepada peserta didik.

    G- Demonstrasi / Simulasi

    Kaedah ini ialah satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara

    langsung objeknya atau prosesnya atau cara melakukan sesuatu. Apa yang utama dalam kaedah ini

    ialah pemerhatian peserta didik secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian

    membuat kesimpulan-kesimpulan tertentu.

    Keberkesanan dalam kaedah ini pengajar perlu menitikkan beratkan objektif dan matlamat

    kaedah ini dijalankan supaya apa yang di demonstrasikan itu menjadi contoh sebagai amalan atau

    tunjuk cara dalam melakukan sesuatu. Kaedah ini sesuai dalam pelajaran pendidikan Islam seperti

    amali ugama, sejarah dan tauhid.

    Ciri-ciri pengajaran yang berkesan

    Setelah menjelaskan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sedikit sebanyak memberi

    gambaran bahawa kaedah pengajaran yang berbeza-beza bagi mencapai kearah keberkesanan sesuatu

    pembelajaran. Jika pendidik bijak memilih kaedah-kaedah pengajaran sudah tentu pembelajaran yang

    berkesan itu akan terlaksana.

    Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran itu sebenarnya bergantung banyak faktor di

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 9

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    10/17

    78981223.DOC

    antara guru, pelajar, keadaan fizikal dan tempat belajar, bahawa semua faktor tadi saling

    mempengaruhi.

    H- Bercerita dan Hafalan

    Rasullullah s.a.w. dalam menyampaikan risalah dakwah banyak menggunakan kaedah

    bercerita. Begitu juga banyak terdapat didalam Al Quran seperti kisah-kisah lampau seperti para nabi-nabi dan umat-umat yang terdahulu.

    Manakala hafalan pula merupakan kaedah yang wujud dalam diri Rasullullah. Kerana baginda

    bersungguh-sungguh menghafal wahyu sebaik saja menerimanya sebelum disampaikan kepada

    umatnya.

    Pengajaran Al Quran melalui kaedah hafalan banyak memberi kebaikan,keberkatan dan

    ketaqwaan kepada pelajar disamping dapat mengekalkan daya ingatan.

    PERINSIP-PERINSIP PENGAJARAN YANG BAIK

    Perinsip-perinsip pengajaran yang baik, jika dilaksanakan dan digunakan dengan bijak oleh

    pendidik, akan dapat menghasilkan bentuk pengajaran yang berkesan. Perinsip-perinsip pengajaran

    yang baik umpama resipi di dalam pengajaran yang berkesan. Umpamanya perinsip dalam sesuatu

    makanan masakan, yang lazimnya mempunyai sesuatu rasa, iaitu manis atau masin. Jika sekiranya

    masakan itu berkonsepkan manis maka perinsipnya hendaklah dalam resipi itu dibubuh dengan gula,

    jika perinsipnya tidak dilaksanakan sudah tentu makanan tersebut akan berubah rasa dan kesan keatas

    makanan tadi akan menjadi kurang sedap:

    1. Guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah di dalam penyampaian pengajaran.

    Contohnya, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

    2. Pengajaran guru hendaklah dirancang.Contohnya: hendak mengajar sesuatu tajuk atau mata

    pelajaran, guru hendaklah merancang kaedah pengajaran, bahan alat bantu dan penilaian. Guru

    perlu menggunakan bakat kreativitinya supaya objektif pembelajaran tercapai dengan berkesan

    yang akan dilaksanakan dapat diterima,difahami, dihayati

    3. Selalu memberikan motivasi. Contohnya: Memberikan berbagai-bagai contoh ganjaran yang

    akan diterima jika berjaya dalam pelajaran.

    4. Guru menjadi contoh teladan yang baik. Contoh nya guru menunjukkan sikap-sikap yang

    terpuji.

    5. Mengajar murid dengan kasih sayang dan bimbingan.

    6. Bahan pelajaran yang sukar bagi murid diajarkan dengan menggunakan alat

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    11/17

    78981223.DOC

    bantu.contoh:tayamum

    7. Pada setiap pengajaran guru hendaklah mengusahakan jasmani dan rohani murid aktif dalam

    proses belajar. Contohnya: mengerjakan cara-cara ibadat dengan betul seperti sembahyang.

    8. Penyesuaian dengan lingkungan peserta didik terutama dalam kaedah pengajaran.

    9. Murid dilibatkan secara aktif di dalam proses pengajaran

    Penerapan Nilai dan Akhlak dalam pendidikan Islam yang berkesan

    Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini

    juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa

    nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi

    dan sebagainya.

    Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus

    peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan

    cara yang betul. Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.

    Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya

    menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik

    anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah

    Allah.

    Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi

    kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi

    yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personalitiguru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).

    Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan

    masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan

    dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-

    Ibrashy, 1976).

    Rujukan

    Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 11

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    12/17

    78981223.DOC

    Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut:Maktabah Lubnan.

    An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar.

    Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987).Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

    Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York: Longman.

    Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: PustakaAntara,. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu.

    Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

    Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York: Longman, 7th ed.

    EMPAT KAEDAH YANG BERKESAN TERHADAP PELAJAR DI BRUNEI.

    Kaedah-kaedah dibawah ini berkesan terhadap pelajar dengan memberi kesan kepada mereka

    berfikir dengan cara yang Islamik, dapat mendorong minat mereka untuk mempelajari P.U.I.

    membantu mereka mengamalkan ajaran-ajaran Islam, memperbaiki perangai dan akhlak mereka,

    membantu mereka dalam menilai dan membersihkan peribadi,membina rasa tanggungjawab mereka

    terhadap diri sendiri,keluarga masyarakat serta dapat membantu mereka untuk berakhlak baik.

    Bil Kaedah pengajaran Item-Item Yang Berkesan kepada Pelajar Tahap

    1 Nasihat

    Pelajaran pengetahuan Ugama Islam( P.U.I) yang disampaikan dengan

    kaedah nasihat memberi kesan kepada pelajar untuk berfikir dengan

    cara yang Islamik.

    AB

    2 HafalanTajuk-tajuk pelajaran dalam buku P.U.I. yang disampaikan dengan

    kaedah hafalam dapat mendorong minat pelajar.B

    3 Bercerita

    P.U.I. yang disampaikan dengan kaedah bercerita membantu saya

    mengamalkan ajaran-ajaran Islam. AB

    4 Lakonan P.U.I. dapat memperbaiki perangai dan akhlak pelajar. AB

    P.U.I. membantu pelajar dalam menilai dan menyerapkan nilai-nilai

    Islam.AB

    P.U.I. membina rasa tanggungjawab pelajar terhadap diri

    sendiri,keluarga, dan masyarakat.B

    P.U.I. membantu pelajar menyesuaikan diri dengan masyarakat B

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    13/17

    78981223.DOC

    P.U.I. senang dan memudahkan saya memahaminya B

    Pui telah membantu aya dalam mengamalkan ajaran Islam dalm

    kehidupan sehari-hari.B

    P.U.I. membantu saya dalam berakhlak baik. AB

    AB = Amat Berkesan

    B = Berkesan.

    Dapatan Kajian dan Perbincanan

    Daripada hasil temuduga, guru-guru ugama memberikan pendapat mereka bahawa untuk

    mempertingkatkan lagi keberkeanan pengajaran pengetahuan Ugama Islam antaranya ialah:

    Bil Mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran P.U.I.

    1 Hendaklah selalu mengadakan kerja berkumpulan, perbincangan dan guru sebagai pemudah cara.

    2 Mewujudkan pendidikan bersepadu atau pendidikan merentasi kurikulum, untuk

    mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan minda pelajar-pelajar, mereka perlu didedahkan

    dengan pembelajaran di luar bilik darjah atau di luar sekolah.

    3 Pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak RTB dan pihak kementerian Ugama hendaklah

    membuat pita video dan cekera padat yang sesuai dengan tajuk-tajuk pelajaran untuk

    menambahkan lagi kefahaman pelajar-pelajar.

    4 Mengadakan kursus-kursus bagi guru-guru ugama yang mengajar P.U.I

    5 Untuk menarik minat pelajar-pelajar,buku-buku teks pelajaran P.U.I. hendaklah diperbaharui

    serta mempunyai gambar-gambar yang bersesuaian dan menarik.

    6 Guru-guru ugama hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran mereka.

    7 Guru-guru ugama hendaklah menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang mencukupi seperti

    lut sinar(OHP) , bilik pandang dengar,video,televisyen dan lain-lain

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 13

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    14/17

    78981223.DOC

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 14

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    15/17

    78981223.DOC

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 15

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    16/17

    78981223.DOC

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 16

  • 8/3/2019 pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam-yang-berkesan

    17/17