pengajaran berpasangan.2

3
PENGAJARAN BERPASANGAN NAMA : NUR NADRAH HASFINIE HASANUDDIN NAMA PASANGAN PRAKTIKUM : RAHIM NANANG KURSUS DAN AMBILAN : PISMP BAHASA MELAYU SJKT AMBILAN JANUARI 2012 TARIKH : 22 APRIL 2014 MASA: 11.10 – 12.10 PAGI TAHUN :3 KEKUATAN Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah mengenai tema pengguna bijak yang bertajuk berjimat cermat amalan mulia. Tajuk ini sangat menarik kerana mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian murid dan dapat melatih murid untuk lebih berjimat dalam kehidupan sebenar. Semasa set induksi, guru menunjukkan tabung yang berisi duit di dalamnya. Murid diminta untuk meneka barang yang dibawa oleh murid dan bertanyakan sama ada mereka memiliki tabung di rumah atau tidak . Sesi soal jawab diteruskan dengan bertanyakan tujuan menabung. Tajuk ini menarik perhatian murid kerana majoriti mereka mempunyai tabung di rumah masing – masing . Murid membaca secara mekanis mengenai petikan teks yang diberikan oleh guru. Murid dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid tertarik dengan permainan bahasa yang dijalankan untuk menambahkan pemahaman murid dalam penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Upload: harris

Post on 12-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJARAN BERPASANGAN.2

PENGAJARAN BERPASANGAN

NAMA : NUR NADRAH HASFINIE HASANUDDIN

NAMA PASANGAN PRAKTIKUM : RAHIM NANANG

KURSUS DAN AMBILAN : PISMP BAHASA MELAYU SJKT AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH : 22 APRIL 2014

MASA: 11.10 – 12.10 PAGI

TAHUN :3

KEKUATAN

Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah mengenai tema

pengguna bijak yang bertajuk berjimat cermat amalan mulia. Tajuk ini sangat menarik

kerana mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian murid dan dapat melatih

murid untuk lebih berjimat dalam kehidupan sebenar. Semasa set induksi, guru

menunjukkan tabung yang berisi duit di dalamnya. Murid diminta untuk meneka barang

yang dibawa oleh murid dan bertanyakan sama ada mereka memiliki tabung di rumah

atau tidak . Sesi soal jawab diteruskan dengan bertanyakan tujuan menabung. Tajuk ini

menarik perhatian murid kerana majoriti mereka mempunyai tabung di rumah masing –

masing . Murid membaca secara mekanis mengenai petikan teks yang diberikan oleh

guru. Murid dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid tertarik

dengan permainan bahasa yang dijalankan untuk menambahkan pemahaman murid

dalam penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk.

KELEMAHAN

Murid – murid pemulihan dan linus sukar mengikut perkembangan pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan. Sekiranya guru tidak berada di kumpulan mereka,

murid tersebut akan membuat kerja masing – masing dan tidak menghiraukan aktiviti

Page 2: PENGAJARAN BERPASANGAN.2

yang diberikan oleh guru. Mereka memerlukan bimbingan yang lebih dan perhatian

secukupnya. Murid pemulihan dan linus juga sukar membezakan ayat tunggal dan ayat

majmuk yang diajarkan. Kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan agar semua

ahli dalam kelas tersebut dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan.

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN

Sebagai cadangan mengatasi masalah ini ialah semasa langkah 1 sehingga

langkah 2, murid Linus dan pemulihan hendaklah dicampurkan dalam kumpulan murid

yang berkebolehan dan pemikiran aras tinggi. Murid boleh berkolaborasi dengan rakan

– rakan untuk bertanyakan soalan. Hal ini menyukarkan guru sekiranya perhatian hanya

diberikan kepada mereka disebabkan jumlah murid yang berpengetahuan aras rendah

dan murid yang lemah ramai. Murid yang lemah tidak akan terasa terasing apabila

bergabung dengan murid – murid lain. Selain itu, murid ini akan kembali dalam

kumpulan mereka apabila langkah pemulihan dan pengayaan dilaksanakan. Semasa

guru memberikan latihan kepada murid lain, guru boleh memberi tumpuan dan

bimbingan sepenuhnya kepada murid yang lemah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :