pihak berkuasa tempatan (pbt)

23
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya serta izinNya kerana memberi kesempatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan individu untuk subjek Pengurusan Projek (Project Management). Subjek Pengurusan Projek (Project Management) adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang beriltizam dan bertanggungjawab dalam menjalankan pengurusan projek serta dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan. Pendedahan ini juga penting supaya individu dapat menyesuaikan diri dengan organisasi dan budaya kerja. Melalui tugasan individu ini,sedikit sebanyak saya telah memahami tentang sistem pentadbiran, tugas tugas dalam Pihak Berkuasa Tempatan PBT dan peranan keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Saya rasa agak terbeban apabila menerima tugasan ini pada mulanya, kerana kurang terdedah mengenai pengajian am. Namun, setelah melakukan carian maklumat melalui buku-buku berkaitan pentadbiran, pekeliling serta prosedur-prosedur kerajaan , masalah tersebut dapat diatasi. Selain itu saya juga membuat pencarian maklumat melalui internet. Kemudahan internet telah memudahkan lagi tugasan saya kerana melalui cara ini banyak maklumat boleh dicapai. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini adalah sangat berguna dan penting kepada saya untuk berada di dalam bidang kejuruteraan awam pada masa yang akan datang.

Upload: nufaa-aziz

Post on 23-Oct-2015

160 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PROJECT MANEGEMENT

TRANSCRIPT

Page 1: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya serta izinNya

kerana memberi kesempatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan individu

untuk subjek Pengurusan Projek (Project Management). Subjek Pengurusan Projek (Project

Management) adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang beriltizam dan

bertanggungjawab dalam menjalankan pengurusan projek serta dapat memberikan perkhidmatan

yang cemerlang, cekap dan berkesan. Pendedahan ini juga penting supaya individu dapat

menyesuaikan diri dengan organisasi dan budaya kerja. Melalui tugasan individu ini,sedikit

sebanyak saya telah memahami tentang sistem pentadbiran, tugas – tugas dalam Pihak Berkuasa

Tempatan PBT dan peranan keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan PBT. Saya rasa agak

terbeban apabila menerima tugasan ini pada mulanya, kerana kurang terdedah mengenai

pengajian am. Namun, setelah melakukan carian maklumat melalui buku-buku berkaitan

pentadbiran, pekeliling serta prosedur-prosedur kerajaan , masalah tersebut dapat diatasi. Selain

itu saya juga  membuat pencarian maklumat melalui internet. Kemudahan internet telah

memudahkan lagi tugasan saya kerana melalui cara ini banyak maklumat boleh dicapai. Setelah

menyiapkan tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini adalah sangat berguna dan penting

kepada saya untuk berada di dalam bidang kejuruteraan awam pada masa yang akan datang.

Page 2: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PENGENALAN

Di Malaysia, sistem perbandaran yang pesat telah mengundang pentinganya sistem tadbir

urus dan pengurusan perkhidmatan yang efisien dan saling menguntungkan semua pihak.

Dengan sistem kerajaan di Malaysia berupa sistem federalisme yang mengandungi tiga peringkat

pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, perkhidmatan

yang diharapkan oleh komuniti bandar kini semakin canggih dan mencapai kualiti yang tinggi

dan memberikan keselesaan kepada semua lapisan penduduk. Untuk itu, setiap peringkat

pentadbiran kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing. Kerajaan

Persekutuan misalnya bertanggungjawab dalam hal berkenaan dengan keselamatan negara, dasar

luar negeri, cukai pendapatan dan pendidikan. Sementara itu di peringkat tempatan, iaitu paling

dengan komuniti, Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu

badan yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah atau kawasan. PBT

adalah satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa

dan tugas yang diperuntukan dalam undang-undang. Tugas utama PBT adalah untuk memastikan

kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas merancang, melaksana,

mengawal perancangan dengan baik dan memberi perkhidmatan dengan tulus dan adil.

Dalam bab ini akan di bincangkan perkara-perkara berkenaan dengan peranan

keseluruhan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bab ini akan memberi huraian yang lebih terperinci

berkenaan dengan struktur pentadbiran kerajaan tempatan. Selain itu bab ini juga akan

membincangkan tujuan penubuhan kerajaan tempatan, diikuti pula oleh jenis kerajaan tempatan

dan seterusnya hubungkaitnya dengan tugas-tugas pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan mengawal selia

di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang dan akta yang digubal bagi

memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran kerja yang selamat.

Page 3: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran kerajaan

Malaysia.

Kerajaan tempatan yang berada di luar wilayah persekutuan terletak di bawah kuasa

kerajaan negeri.

Kerajaan tempatan bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, dan mengawal

penggunaan serta aktiviti memajukan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa

tempatan.

Kerajaan tempatan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pihak

berkuasa negeri dari semasa ke semasa.

Perkara-perkara yang bersangkutan dengan kerajaan tempatan merupakan tanggungjawab

bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Perkara 95A perlembangaan persekutuan memperuntukkan penubuhan majlis Negara

bagi kerajaan tempatan yang berfungsi sebagai badan penggubal dasar-dasar Negara

untuk menggalak, memaju,dan mengawal kerajaan tempatan.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak peraturan-

peraturan yang telah diluluskan. Hal ini bermakna kerajaan negeri, sesuatu peraturan

tidak dapat dilaksanakan sehingga mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

Merupakan kerajaan yang bersaing memandangkan kerajaan tempatan mempunyai kuasa-

kuasa tertentu seperti:

a. Membuat undang-undang kecil (by laws)

b. Mengutip cukai dan sewa

c. Menubuhkan kumpulan wang pihak berkuasa tempatan

Page 4: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

TUJUAN PENUBUHAN KERAJAAN TEMPATAN

Memberi peluang kepada rakyat atau penduduk tempatan mengambil bahagian dalam

pengurusan kawasan yang mereka diami. Secara tidak lansung hal ini dapat mengeratkan

hubungan kerjasama rakyat dengan kerajaan.

Memastikan bahawa keputusan-keputusan yang mengandungi kepentingan rakyat dapat

dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan atau kehendak penduduk tempatan.

Page 5: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

HIERARKI KERAJAAN TEMPATAN

Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976,

wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-

jenis itu ialah:

Dewan Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Bandaran

Lembaga Bandaran

Majlis Daerah Luar Bandar

Majlis Tempatan

Page 6: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

JENIS KERAJAAN TEMPATAN

Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk

kawasan Bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Bagaimanapun, akta 171

itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bendar raya.

Kerajaan tempatan di Negara ini disusun mengikut hierarki seperti berikut:

a. Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya

b. Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran

c. Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah

d. Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Page 7: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

TUGAS-TUGAS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin

untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence). Namun

begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan

dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh

menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk

pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan

kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti

menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga

kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas

berikut:

Kuasa perancang tempatan

Kuasa mengeluarkan lesen

Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)

Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam

bandaran)

Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam,

sosial dan juga pembangunan.

Alam Sekitar

Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang

kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan

Page 8: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-

program mengindahkan kawasan.

Orang awam

Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan

veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.

Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal,

membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di

kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha

perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut

dipertanggungjawabkan kepada PBT.

Sosial

Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan

kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah

program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut

menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-

kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau

pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di

peringkat negeri mahupun daerah.

Pembangunan

Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat

penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan

kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini,

majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

Page 9: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

MATRIKS PERBANDINGAN KATEGORI PBT:

 

Kriteria Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah

Keterangan kawasan pusat

pentadbiran

sesebuah negeri

bandar  utama atau

pusat pentadbiran

sesebuah negeri

ataupun daerah

kawasan

selain

bandar

utama

Penduduk melebihi 500,000

orang

melebihi 150,000

orang

kurang

150,000

orang

Pendapatan sumber kewangan

yang mapan

(fiscally

sustainable)

hasil tahunan tidak

kurang dari

RM100 juta

mampu

mengimbangkan

perbelanjaan

sumber kewangan

yang mapan

(sustainable)

hasil tahunan tidak

kurang dari RM20

juta

menyediakan

perkhidmatan yang

selesa

hasil

tahunan

kurang

daripada

RM20 juta

Perkhidmata

n

menyediakan

perkhidmatan pada

tahap yang tinggi

menyediakan ruang

dan peluang kepada

para peniaga

menggalakkan

pertumbuhan aktiviti

pelaburan,

perniagaan dan

lebih

tertumpu

kepada

kemudahan

infrastruktu

r dan utiliti

Page 10: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

komersial awam

Pembangun

an

menekankan

kepada

pembangunan

mapan (sustainable

development)

memberi tumpuan

kepada usaha

untuk menangani

isu-isu

perbandaran

seperti setinggan,

operasi kilang

haram,

keselamatan,

perumahan untuk

golongan

berpendapatan

rendah dan

pemeliharaan alam

sekitar

Indikator bandar

mapan seperti yang

ditekankan dalam

SistemMalaysia Ur

ban Indicator

Network (MURNIn

et)

perancangan bandar

yang mapan

(sustainable) yang

berupaya

menyediakan

persekitaran yang

selamat dan selesa

untuk didiami.

Indikator bandar

mapan seperti yang

ditekankan dalam

SistemMalaysia

Urban Indicator

Networ

k(MURNInet)

-

Kemudahan mempunyai pusat menggalakkan -

Page 11: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Lain perindustrian,

institusi kewangan

pusat institusi

pendidikan yang

lengkap

pusat kepada

aktiviti

kebudayaan, acara

sukan dan riadah

kemudahan

infrastruktur yang

lengkap, utiliti

awam termasuklah

taman-taman

awam yang mesra

pengguna

terutamanya

kepada Orang

Kurang Upaya

(OKU)

pengiktirafan

tertentu sama ada

di peringkat

kebangsaan

ataupun

antarabangsa

penduduk setempat

untuk

membangunkan

komuniti masing-

masing melalui

tadbir urus bandar

yang cekap seperti

pelaksanaan

ProgramLocal Agen

da 21 (LA 21)

 

Page 12: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

KATEGORI PBT:

 

(a) Majlis Bandaraya

1. PBT itu harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;

2. mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;

3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (fiscally sustainable) dengan

hasil tahunan tidak kurang dari RM100 juta serta mampu mengimbangkan perbelanjaan;

4. berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang tinggi termasuklah

aktiviti kutipan hasil, kelulusan pemajuan pembangunan, penguatkuasaan dan lain-lain

fungsi PBT serta mempunyai struktur organisasi yang mantap serta kakitangan yang

berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;

Page 13: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

5. pembangunan bandar yang menekankan kepada pembangunan mapan (sustainable

development) serta memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani isu-isu perbandaran

seperti setinggan, operasi kilang haram, keselamatan, perumahan untuk golongan

berpendapatan rendah dan pemeliharaan alam sekitar. Indikator bandar mapan seperti

yang ditekankan dalam SistemMalaysia Urban Indicator Network (MURNInet) juga

akan diambil kira;

6. pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian dengan fungsi bandar dan

budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan. Kawasan-kawasan dan

bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang unik serta

perlu dipelihara;

7. mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan

perniagaan dan perdagangan bagi menarik kemasukan pelabur. Ini termasuklah

kemudahan-kemudahan perhotelan bagi menggalakkan kegiatan pelancongan dan urusan

perniagaan. Tumpuan diberikan kepada kepesatan sektor perkhidmatan serta

pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berorientasikan

pengetahuan;

8. pusat institusi pendidikan yang lengkap dengan universiti, kolej, maktab, muzium dan

perpustakaan awam;

9. pusat kepada aktiviti kebudayaan, acara-acara sukan dan riadah serta konvensyen di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

10. mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi

termasuklah taman-taman awam yang mesra pengguna terutamanya kepada Orang

Kurang Upaya (OKU). Ini termasuklah kemudahan-kemudahan pengangkutan awam,

sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalan raya yang cekap serta perkhidmatan

ICT; dan

11. mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa

dalam bidang-bidang tertentu sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandar raya.

Page 14: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

(b)     Majlis Perbandaran

1. merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah;

2. penduduknya tidak kurang daripada 150,000 orang;

3. mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (sustainable) dengan hasil

tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan berupaya menyediakan perkhidmatan-

perkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup sebuah

perbandaran;

4. mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama sedia

ada ataupun dalam perancangan yang dikenal pasti berpotensi memberi sumbangan

kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-

peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor;

5. keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping

menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial;

6. mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan sistem

lebuhraya yang cekap. Mempunyai konsep perancangan bandar yang mapan

(sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk

didiami. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban

Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira; dan

7. mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk

membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti

pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21) ataupun penglibatan jawatankuasa

penduduk.

(c)     Majlis Daerah

1. lain-lain kawasan selain bandar-bandar utama;

2. penduduknya kurang daripada 150,000 orang;

3. jumlah hasil tahunan kurang daripada RM20 juta; dan

Page 15: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

4. keperluan penduduk lebih tertumpu kepada kemudahan infrastruktur dan utiliti awam

berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.

(d) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Safety

and Health (DOSH)

Dengan berkuatkuasanya Akta Keslamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, maka

tertubuhlah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mengambilalih Jabatan

Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta ilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa, namun

Jabatan Kilang dan Jentera telah ditukar namanya kepada JKKP JKKP ditubuhkan di peringkat

pusat iaitu beribu pejabat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri.

JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif

(1) Menggubal dan mengkaji dasar, undang-undang, peraturan, tataamalan dan garis panduan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian dan

Perundangan.

(2) Memastikan majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, pereka bentuk, pembekal,

pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sihat dan selamat serta mematuhi

undang-undang, peraturan, tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan

dan kesihatan pekerjaan. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan penguatkuasaan.

Page 16: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

(3) Membantu dan membei khidmat kepakaran, galakan, latihan, penyebaran maklumat dan

penyelidikan oleh agensi Kerajaan, organisasi bukan Kerajaan dan majikan supaya dapat

meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Aktiviti Utama Jabatan adalah:

(1) Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis Negara bagi

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

(2) Mengkaji, mengenal pati, merangka dasar, peraturan, tataamalan dan garis panduan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(3) Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal bahaya

keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

(4) Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim, pengandung

tekanan dan mesin angkut.

(5) Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan dengan penggunaan

bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri seperti penutup telingan dan mesin

pengukur bunyi.

(6) Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran, penghantaran dan penggunaan bahan

petroleum kimia.

(7) Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan peperiksaan tahap

kecekapan firma dan organisasi berkebolehan.

(8) Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan kecemasan serta

membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasi-instalasi bahaya besar.

Page 17: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

(9) Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas

kilang, jentera dan tempat kerja. Pemeriksaan dibuat setiap lima belas bulan sekali.

(10) Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja.

(11) Menyemak laporan pemantauan bahay kesihatan.

(12) Menyiasat kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan dan kejadian bahaya yang

berlaku di tempat kerja.

(13) Menganjur dan memberi ceramah serta latihan berkaitan dengan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

(14) Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada agensi

awam dan swasta serta persatuan-persatuan.

(15) Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung dengan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan. Perpustakaan ditubuhkan di Jabatan.

(16) Melakukan kerja-kerja pendakwaan.

(e) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Safety

and Health (DOSH)

Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP.

Tugas-tugas Majlis ini adalah:

(1) Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan apa-apa perkara yang

berhubung dengan tujuan akta ini.

Page 18: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

(2) Mengubah perkara yang dianggap wajar terhadap perundangan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

(3) Memajukan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

(4) Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh

tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kebajikan orang yang sedang bekerja.

(5) Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan

kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain di dalam

masyarakat.

(6) Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri kimia di tempat

kerja.

(7) Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berkaitan dengan

pekerjaan.

(8) Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.

(9) Menggalakan pembangunan dan penerimaan melalui undang-undang akan tataamalan

industri yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.

(10) Membangunkan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang

yang cedera di tempat kerja.

(f) Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Page 19: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965

untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Misi utama penubuhan

NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health (OSH) di Malaysia.

Fungsi NIOSH adalah untuk:

(1) Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKp melalui pembangunan kurikulum

dan program latihan kepada pekerjaan dan majikan.

(2) Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang bersangkutan

dengan KKP.

(3) Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi terkini

di dalam KKP di luar negara.

(4) Menganjurkan kajian samada jangka pendek atau jangka panjang ke atas KKP dan isu-isu

kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia.

(5) Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu kesihatan di dalam

aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak Institut dan menjadi pusat

rujukan.

Page 20: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PERTIMBANGAN KHAS 

Pertimbangan khas boleh diberikan atas kepentingan tertentu, umpamanya bagi tujuan menarik

pelaburan dan pelancongan. Permohonan mestilah mendapat sokongan daripada agensi

berkaitan.

Sungguhpun demikian, sekiranya sesebuah PBT itu tidak berjaya mencatatkan jumlah hasil

tahunan minima yang ditetapkan, pertimbangan masih boleh diberikan sekiranya PBT tersebut

mempunyai keupayaan dan kemampuan menjana pendapatan tambahan dari pelbagai sumber

lain yang diperakui sehingga mampu mencapai jumlah minimum sebagaimana ditetapkan bagi

tujuan naik taraf sama ada ke Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran. Bagi ibu negeri yang

belum lagi mendapat taraf bandaraya, maka ia wajar diberi pertimbangan khas dan kerajaan

negeri boleh membantu khususnya dari segi hasil sekiranya perlu.

Page 21: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PUNCA KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN IALAH:

cukai taksiran harta

bayaran perkhidmatan dan lesen

pinjaman serta pemberian daripada kerajaan negeri

peruntukan pelancaran daripada persekutuan sekali sahaja berdasarkan:

a. luas kawasan

b. jumlah hasil

c. jumlah penduduk

Page 22: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

KESIMPULAN

Tugas-tugas asas pihak berkuasa tempatan pada amnya seperti yang diperuntukkan di

dalam Akta Kerajaan Tempatan 1967 adalah berkaitan dengan pencegahan, kesihatan awam,

melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan pembangunan, melaksanakan semua

perkhidmatan sosial. Di bawah Akta perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pula,

peranan pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di mana

ia bertanggungjawab bagi merancang dan memajukan kawasan pentadbirannya dalam

konteks pembangunan nasional.

Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapata dua peranan pihak berkuasa perancang

tempatan di dalam pembangunan tanah adalah iaitu pertamanya sebagai agen pembangunan

semula kawasan-kawasan yanng perlu di ambil tindakan untuk kegunaan awam, dimajukan

semula atau yang memerlukan satu tindakan khusus. Keduanya, peranan yang dimainkan di

dalam mengawal, memantau dan menguatkuasakan perundangan pembangunan tanah agar

Page 23: PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

pembangunan yang dilaksanakan di negara ini dijalankan secara yang lebih berhemah,

sistematik dan mengikut keperluan.