penerokaan teori dan pendekatan penterjemahan …web.usm.my/transeal/brochure_bm.pdf · bahasa...

2
Sekretariat Seminar Penterjemahan Bahasa-Bahasa Asia Tenggara (TranSEAL) 2011 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA. E-mel: [email protected] Fax: +604-656 3707 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Dr. Goh Sang Seong [[email protected]] Tel: +604-653 2877 Dr. Noraini Ibrahim [[email protected]] Tel: +604-653 3342 www.usm.my/transeal Rumah Tetamu USM E-mel: [email protected] Tel: +604-653 2030/ +604-653 2050 Eastin Hotel Penang Tel: +604-612 1111 http://www.eastinhotel-penang.com/ppc/ Vistana Hotel Tel:+604-6468000 http://www.ytlhotels.com/properties/vistana/pg/index.html Equatorial Hotel Tel: +604-6438111 http://www.equatorial.com/pen/ Hotel Sri Malaysia Tel: +604-6429452 http://www.serimalaysia.com.my/main/ppinang.jsp Dianjurkan oleh: BAHAGIAN BAHASA MALAYSIA, TERJEMAHAN DAN INTERPRETASI (BMBATI) PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Dengan Kerjasama Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) Penerokaan Teori Dan Pendekatan Penterjemahan Intrabahasa Dan Interbahasa Asia Tenggara 12-13 April 2011 Kampus Induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Upload: trannguyet

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerokaan Teori Dan Pendekatan Penterjemahan …web.usm.my/transeal/Brochure_BM.pdf · Bahasa rasmi seminar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ... akademik, pembuat dasar,

Sekretariat

Seminar Penterjemahan Bahasa-Bahasa Asia Tenggara (TranSEAL) 2011

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia,

11800 USM,

Pulau Pinang,

MALAYSIA.

E-mel: [email protected]

Fax: +604-656 3707

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr. Goh Sang Seong [[email protected]]

Tel: +604-653 2877

Dr. Noraini Ibrahim [[email protected]]

Tel: +604-653 3342

www.usm.my/transeal

Rumah Tetamu USM

E-mel: [email protected]

Tel: +604-653 2030/ +604-653 2050

Eastin Hotel Penang Tel: +604-612 1111

http://www.eastinhotel-penang.com/ppc/

Vistana Hotel Tel:+604-6468000

http://www.ytlhotels.com/properties/vistana/pg/index.html

Equatorial Hotel

Tel: +604-6438111

http://www.equatorial.com/pen/

Hotel Sri Malaysia Tel: +604-6429452

http://www.serimalaysia.com.my/main/ppinang.jsp

Dianjurkan oleh:

BAHAGIAN BAHASA MALAYSIA, TERJEMAHAN DAN INTERPRETASI (BMBATI)

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dengan Kerjasama

Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia

(PERSPEKTIF)

Penerokaan Teori Dan Pendekatan Penterjemahan

Intrabahasa Dan Interbahasa Asia Tenggara

12-13 April 2011

Kampus Induk Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang

Page 2: Penerokaan Teori Dan Pendekatan Penterjemahan …web.usm.my/transeal/Brochure_BM.pdf · Bahasa rasmi seminar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ... akademik, pembuat dasar,

SEMINAR TERJEMAHAN BAHASA-BAHASA ASIA TENGGARA 2011

(TranSEAL)

Perkembangan dan kemajuan pengajian penterjemahan sebagai satu disiplin akademik yang

tersendiri semakin mendapat tempat pada peringkat global. Begitu juga halnya di rantau Asia

Tenggara yang kaya dengan kepelbagaian bahasa dan budaya. Namun begitu, kebanyakan

teori dan pendekatan yang ditemui dalam dunia pengajian penterjemahan lebih cenderung

memfokus pada pendekatan kajian sarjana Barat, iaitu tumpuan banyak diberikan terhadap

pasangan bahasa Eropah dan Amerika. Memandangkan bahasa-bahasa di Asia Tenggara

mempunyai persamaan dan perbezaan daripada aspek intralinguistik dan ekstralinguistik

yang tersendiri, teori dan pendekatan penterjemahan yang lebih berkait dan sesuai bagi pen-

terjemahan intrabahasa dan interbahasa Asia Tenggara perlu diberikan lebih perhatian.

Seminar ini mempunyai matlamat untuk:

meneroka dan membincangkan teori serta pendekatan penterjemahan yang lebih

relevan bagi pemindahan intrabahasa dan interbahasa Asia Tenggara;

membuka gelanggang untuk para pengkaji dan peminat penterjemahan di rantau ini

untuk berkongsi penemuan baharu, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang

penterjemahan;

meningkatkan imej penterjemahan sebagai satu disiplin pengajian yang khusus dalam

kalangan masyarakat Asia Tenggara.

PENEROKAAN TEORI DAN PENDEKATAN PENTERJEMAHAN INTRABAHASA

DAN INTERBAHASA ASIA TENGGARA

Teori dan Pendekatan Penterjemahan

Kaedah Penterjemahan

Penterjemahan dan Budaya

Profesionalisme dan Kerjaya dalam Penterjemahan

Sejarah Penterjemahan

Penilaian dan Kritikan Terjemahan

Penterjemahan dan Penerbitan

Penterjemahan Teks Multimedia

Penterjemahan Teks Kesusasteraan

Kejurubahasaan

Pengikhtisasan Penterjemah dan Jurubahasa

* Topik yang akan dibincangkan tidak terhad pada yang dinyatakan di atas sahaja. Kertas

kerja lain yang juga berkaitan dengan tema akan dipertimbangkan.

Bahasa rasmi seminar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Seminar akan diadakan pada 12 April 2011 hingga 13 April 2011, bertempat di Kampus

Induk Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pihak Penganjur Seminar mengalu-alukan para penterjemah dan ahli bahasa, pensyarah/ahli

akademik, pembuat dasar, guru sekolah, pengamal bahasa, pengamal profesional, penulis, warga

media, multimedia dan komunikasi, pelajar dan individu yang berminat untuk menyertai seminar

ini.

Jawatankuasa Penganjuran Seminar ingin mempelawa mana-mana pihak dan individu yang

berminat untuk membentangkan kertas kerja di seminar ini. Abstrak yang lengkap hendaklah

dikirim ke alamat emel urus setia [email protected] sebelum 15 Oktober 2010.

Tarikh notis pemberitahuan penerimaan abstrak adalah pada 1 November 2010. Tarikh tutup

penyerahan kertas kerja penuh ialah 15 Januari 2011. Abstrak dalam bahasa Melayu mesti

dikepilkan dengan terjemahan bahasa Inggeris.

Abstrak : 100 patah perkataan

Biodata : 50 patah perkataan

Kertas Kerja : 2,500-3,000 patah perkataan

Mata Poin : Times New Roman, Saiz 11

Perisian : Microsoft Word 2003

Pembentang dan peserta lain RM200.00

Institusi (tiga orang sekumpulan) RM500.00

Pelajar RM120.00

Peserta luar negara USD 70.00

Pembayaran boleh dibuat atas nama BENDAHARI USM (TranSEAL 2011) dalam

bentuk draf bank atau wang pos dan dikirim kepada sekretariat Seminar.

Yuran termasuk beg seminar, prosiding, makan tengah hari dan jamuan ringan. Sila isi-

kan borang penyertaan secara dalam talian dengan melawat laman sesawang

www.usm.my/transeal