penterjemahan simpulan bahasa arab-melayu: satu …pertanika.upm.edu.my/pertanika papers/jssh vol....

7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 143-149 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans MUHAMMAD FAUZIJUMINGAN Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Simpulan bahasa, penterjemahan Arab-Melayu, teori Relevans, set andaian ABSTRAK Pada abad ke-20 ini, telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahan moden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dan komunikasi oleh Newmark (1981) teori skopos oleh Vermeer dan Reis (1981), dan teori sastera oleh Larson (1984). Secara dasarnya, kesemua teori ini lebih menumpukan kajian pada produk penterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya (hasil) terjemahan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-20 ini muncul satu teori baru dalam komunikasi manusia. Teori ini cuba menafikan konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekod— transmisi-penyahkod. Dengan kata lain, komunikasi menurut teori ini harus melibatkan pemprosesan idea dan minda manusia yang sepatutnya bekerja dalam membuat keputusan tentang sesuatu komunikasi. Teori ini dinamakan teori relevans (TR) yang telah diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986/1995). Teori ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Gutt dalam disiplin penterjemahan pada tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba melihat penerapan TR dalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya dalam aspek simpulan bahasa (SB). Bagaimana konsep dua makna ini dihasilkan dan manakah makna yang dikehendaki oleh penulis asal akan cuba dijawab oleh TR. ABSTRACT At the end of the twentieth century, theories and approaches were introduced in the field of translation. Amongst these theories were dynamic theory by Nida and Taber (1967), semantic and communication theory by Newmark (1981), scopos theory by Vermeer and Reis (1981), and literature theory by Larson (1984). Basidly, all of these theories have been more focused on the product of translation. There was also a new theory of translation that was proposed in the field of human communication. Actually, this theory had rejected the old concept of communication that was based on the system of coding-transmission-decoding. In other words, based on this new theory, the process of communication must involve the process of the human mind. Later on, this process would make a decision on communication. This theory was named the Relevance Theory (TR) that was developed by Sperber and Wilson (1986/1995). After that, TR was developed by Gutt in the field of translation. This article will discuss the application of TR in the Arabic-Malay translation. How the concept of two meanings operated and which one is the real meaning will be answered by TR. PENGENALAN Simpulan bahasa (SB) ialah sejenis gaya bahasa sastera yang agak sukar diterjemahkan. Oleh kerana ia melibatkan konsep dua makna, iaitu tersurat dan tersirat (external and internal meaning) maka penterjemah akan menghadapi kesukaran dalam menterjemahkan SB tersebut. Simpulan bahasa juga dikenali sebagai bahasa figuratif (BF). Lazimnya, BF ini menekankan makna tersirat sebagai makna sebenar sesuatu ujaran. Walau bagaimanapun, kesukaran penterjemahan BF begini dapat diselesaikan dengan pendekatan teori relevans (TR) yang mengusulkan teknik penterjemahan langsung (PL) atau direct

Upload: trandieu

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 143-149 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

MUHAMMAD FAUZIJUMINGANJabatan Bahasa Asing

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Simpulan bahasa, penterjemahan Arab-Melayu, teori Relevans, set andaian

ABSTRAKPada abad ke-20 ini, telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahanmoden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dankomunikasi oleh Newmark (1981) teori skopos oleh Vermeer dan Reis (1981), dan teori sasteraoleh Larson (1984). Secara dasarnya, kesemua teori ini lebih menumpukan kajian pada produkpenterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya (hasil) terjemahan. Walau bagaimanapun,pada akhir abad ke-20 ini muncul satu teori baru dalam komunikasi manusia. Teori ini cubamenafikan konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekod—transmisi-penyahkod. Dengan kata lain, komunikasi menurut teori ini harus melibatkanpemprosesan idea dan minda manusia yang sepatutnya bekerja dalam membuat keputusantentang sesuatu komunikasi. Teori ini dinamakan teori relevans (TR) yang telah diasaskan olehSperber dan Wilson (1986/1995). Teori ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Gutt dalamdisiplin penterjemahan pada tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba melihat penerapan TRdalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya dalam aspek simpulan bahasa (SB). Bagaimanakonsep dua makna ini dihasilkan dan manakah makna yang dikehendaki oleh penulis asal akancuba dijawab oleh TR.

ABSTRACT

At the end of the twentieth century, theories and approaches were introduced in the field oftranslation. Amongst these theories were dynamic theory by Nida and Taber (1967), semantic andcommunication theory by Newmark (1981), scopos theory by Vermeer and Reis (1981), andliterature theory by Larson (1984). Basidly, all of these theories have been more focused on theproduct of translation. There was also a new theory of translation that was proposed in the fieldof human communication. Actually, this theory had rejected the old concept of communicationthat was based on the system of coding-transmission-decoding. In other words, based on this newtheory, the process of communication must involve the process of the human mind. Later on, thisprocess would make a decision on communication. This theory was named the Relevance Theory(TR) that was developed by Sperber and Wilson (1986/1995). After that, TR was developed byGutt in the field of translation. This article will discuss the application of TR in the Arabic-Malaytranslation. How the concept of two meanings operated and which one is the real meaning willbe answered by TR.

PENGENALANSimpulan bahasa (SB) ialah sejenis gaya bahasasastera yang agak sukar diterjemahkan. Olehkerana ia melibatkan konsep dua makna, iaitutersurat dan tersirat (external and internal meaning)maka penterjemah akan menghadapi kesukarandalam menterjemahkan SB tersebut. Simpulan

bahasa juga dikenali sebagai bahasa figuratif(BF). Lazimnya, BF ini menekankan maknatersirat sebagai makna sebenar sesuatu ujaran.Walau bagaimanapun, kesukaran penterjemahanBF begini dapat diselesaikan dengan pendekatanteori relevans (TR) yang mengusulkan teknikpenterjemahan langsung (PL) atau direct

Page 2: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Muhammad Fauzi Jumingan

translation, Dengan berbekalkan konsep setandaian dan proses membuat rumusan ataudeduksi terhadap set andaian itu maka sesuatupenterjemahan SB itu kelihatan mudah. Olehitu, makalah ini cuba melihat bagaimana TR iniberoperasi dalam penterjemahan SB yangmenjurus pada data sastera Arab-Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Banyak teori penterjemahan moden hanyamelihat aktiviti penterjemahan pada tahap hasilyang telah diterjemahkan, iaitu produkterjemahan itu sendiri. Lantaran itu, timbunanteori ini agak bertentangan sesama sendiri dalammengemukakan teknik terbaik dalam membuatterjemahan. Perselisihan ini memuncak hinggake tahap definisi terjemahan itu sendiri kurangdisepakati. Dalam pada itu, belum ada mana-mana teori pun yang cuba melihat prosespenterjemahan pada tahap praproduk.Maksudnya, bagaimana sesuatu prosespenterjemahan itu berlaku dalam pemikiranpenterjemah dan pembaca sasaran tidak pernahdirungkai atau dijelaskan. Pada hal, tahappraproduk inilah fasa yang terpenting dalammenghasilkan terjemahan yang terbaik.

Selain itu, timbunan teori yang disebutkansebelum ini lebih mementingkan 'keselesaan'pembaca sasaran. Maksudnya, ramai penterjemahyang menggunakan deretan teori tadi cubamengadaptasi ciri dan unsur asal teks sumberbagi memudahkan pemahaman mereka.Tindakan begini menyebabkan banyak keaslianciri teks sumber terkorban.

Berdasarkan kedua<Lua masalah di atas tadi,maka makalah ini cuba menyarankan TR sebagaijalan penyelesaiannya. Dengan berbekalkan teknikPL maka kedua-dua masalah itu cuba diselesaikan.

OBJEKTIF KAJIAN

Sebenarnya, makalah ringkas ini cubamemperkenalkan sesuatu yang agak 'baharu'dalam kajian bidang penterjemahan. Oleh itu,antara objektif yang disarankan adalah sepertiberikut:1. Melihat proses praproduk yang berlaku

dalam minda atau kognisi manusia semasaaktiviti penterjemahan dilakukan.

2. Memperkenalkan teknik PL sebagai jalanpenyelesaian terhadap kehilangan banyakunsur asal teks sumber.

3. Melihat peranan ilmu pragmatik dansemantik dalam penterjemahan.

Batasan Kajian

Sebenarnya, kajian dalam makalah ini hanyamembataskan skop-skop tertentu sahaja agaranalisis kajian dapat dibuat dalam bentuk yangmudah difahami. Oleh itu, analisis ini hanyamenumpukan aspek berikut:1. Konsep SB sahaja dan bukan konsep lain

dalam BF seperti metafora dan simile.2. Data sastera yang terdapat dalam novel

Masrur dan Makrur (MDM) dan bukan datalain yang dihasilkan oleh penterjemah MDM.

KERANGKA KERJA / TEORI ANALISIS

Seperti yang terdapat pada judul makalah inimaka kerangka kerja yang akan digunakan ialahTR yang lazim digunakan dalam analisis ujaranlisan dan bukan lisan. Beberapa konsep pentingdalam TR akan cuba dijelaskan agar analisisyang dibuat nanti mudah difahami. Antarakonsep atau definisi penting dalam TR yangakan diperjelaskan ialah inferensi/deduksi(membuat rumusan), set andaian, konteks dankesan konteks, serta penterjemahan langsung(PL). Kesemua konsep ini akan dijelaskan dalamsubtopik berikutnya.

Selain itu juga, bagi tujuan perbandinganmaka satu lagi antonim bagi teknik PL akan jugadianalisis. Teknik tersebut dipanggilpenterjemahan tidak langsung (PTL).Perbandingan ini nanti dapat menyerlahkan lagiketepatan dan keistimewaan PL dalampenterjemahan genre sastera berbanding teknikPTL.

Definisi Konsep

Dalam makalah ini, terdapat beberapa istilahpenting yang harus diterangkan untukpemahaman yang lebih jelas. Istilah itumerangkumi istilah dalam judul makalah danistilah penting dalam perbahasan TR. Antaraistilah tersebut ialah:

1. Teori Relevans

Teori relevans (TR) ialah satu teorikomunikasi yang dihasilkan oleh Sperberdan Wilson (dalam Gutt 1992). Teori inimenekankan kerelevanan sesuatu ujarandengan menggunakan pendekatan konteksdan kesan konteks. Definisi TR ialah semakinbanyak kesan konteks maka semakinrelevanlah ujaran itu; semakin sedikit usahamemproses yang digunakan maka semakin

144 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 3: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

relevanlah sesuatu ujaran itu (Nor HashimahJalaluddin 1992:33-34).

2. Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa (SB) ialah ungkapan yangbiasanya terdiri daripada dua atau tigaperkataan dan mempunyai makna yangberlainan sama sekali daripada makna asalperkataan tersebut. Misalnya SB hari jadi,langkah kanan, dan orang asing (AinonMuhammad dan Abdullah Hassan, 1993:22-25).

S. Inferensi/Deduksi (Membuat Rumusan)Inferensi ialah satu proses membuatrumusan atau keputusan terhadap setandaian yang terhasil daripada sesuatuujaran lisan dan bukan Hsan. Misalnya,konteks menyatakan bahawa Ahmad akanpergi ke kelas kalau hari tidak hujan. Konteksyang berikutnya membuktikan bahawa hujantidak turun. Lantaran itu, inferensi ataukesan konteks yang terhasil ialah Ahmadakan pergi ke kelas.

4. KonteksKonteks ialah seberkas andaian tentangdunia yang dibina secara psikologi olehpendengar. la tidak terhad pada maklumatyang paling dekat tetapi merangkumi masadepan, hipotesis saintifik, kepercayaanagama, andaian tentang budaya, dankepercayaan penutur (Nor Hashimah 1992:34). Misalnya, bercium di khalayak ramai,dalam budaya Inggeris ialah sesuatu yangbiasa dan tidak salah. Tetapi dalam konteksbudaya Melayu, ia merupakan satu perbuatansumbang.

5. Kesan KonteksKesan konteks ialah tafsiran/jawapansebenar sesuatu ujaran yang dihasilkansetelah sesuatu set andaian dihasilkan (Gutt,1992). Misalnya, ayat ketaksaan "Saya nakbeli ketam". Ayat ini menghasilkan beberapaandaian dalam kognisi (pemikiranpembaca). Antara andaian yang mungkinterhasil ialah a) ketam, iaitu sejenis makananlaut, b) ketam, iaitu sejenis alat pertukangan.Yang manakah yang dimaksudkan olehpengujar hanya akan ditentukan olehkonteks yang melatari perbualan tersebut.

Jawapan sebenar kepada maksud ujaran ituyang mengikut konteks sebenar, maka iadinamakan kesan konteks.

6. Set AndaianSet andaian ialah ramalan atau pemikiranpembaca/ pendengar tentang sesuatu ujaranyang dikomunikasikan. Misalnya dalam ayatAminah berbadan dua, set andaian yangterhasil di pemikiran pendengar ialahAminah mengandung atau badan Aminahsudah dipotong dua (terpisah badannya).Konteks yang akan menentukan maknasebenar maksud ujaran itu.

7. Penterjemahan LangsungPenterjemahan langsung (PL) ialah teknikpenterjemahan yang disarankan oleh Gutt(1992) dalam TR. Maksud PL ialahpenterjemah menterjemahkan semua maknaleksikal yang ada dalam sesuatu ujaranseperti frasa dan klausa tanpa mengubahnyamenurut bahasa sasaran. PL banyakdigunakan dalan penterjemahan sasteraseperti BF. Misalnya BF as white as snowmaka teknik PLnya ialah putih seperti saljidan bukan putih seperti santan yangmengikut budaya Melayu.

PEMAPARAN DATA

Secara umumnya, data yang digunakan terbahagidua, iaitu data PL dan data PTL. Data PL akandianalisis dahulu dan kemudian baru diikutidata PTL.

Simpulan Bahasa secara PL

1. "Yabdu anna syayatin al-riyah qad 'utliqat miniqaUha...(T$A: 12)

"Nampaknya, syaitan-syaitan angin ituterlepas dari kekangannya...(TSM: 3)

Dalam TSA di atas terdapat simpulan bahasayang tertumpu pada frasa syayatin al-riyah (syaitan-syaitan angin). Terjemahan yang digunakandalam SB ini ialah teknik PL. Semua leksikalArab telah diterjemahkan ke dalam bahasaMelayu. Terjemahan SB begini menghasilkanset andaian berikut:a. syaitan yang bertugas membawa anginb. syaitan yang berbentuk anginc. angin deras (puting beliung)

Pertanika J. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004 145

Page 4: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Muhammad Fauzi Jumingan

Set andaian di atas akan menerjah masuk keminda pembaca sasaran. Lantaran itu, merekaakan memproses set andaian yang paling relevandengan konteks asal. Andaian yang lemah akandigugurkan. Setelah dibuat deduksi makaandaian (c) merupakan andaian yang palingrelevan. Dua andaian sebelum itu, iaitu (a) dan(b) ialah andaian lemah dan sukar diproses.Sukar diproses bermaksud ia tidak selari dengankonteks asal. Oleh itu, andaian (c) dianggapsebagai kesan konteks atau interpretasi sebenarpenterjemahan SB di atas.

2. " .. wa rubbama xoajadta man yulbisuhu taj ahsyaraf. (TSA: 13)

"Mungkin awak akan mendapati orangmemakaikan mahkota kehormatankepadanya (TSM: 4)

Dalam TSM di atas juga terdapat SB, iaitufrasa taj al-syaraf (mahkota kehormatan). SB initelah diterjemahkan mengikut teknik PL. Semuamakna leksikal TSA telah diterjemahkan kebahasa Melayu. Berdasarkan terjemahan itu makaSB tersebut melahirkan set andaian berikut:a) mahkota lambang kehormatanb) mahkota merupakan benda yang paling

dihormatic) kehormatan setaraf dengan mahkota berlian

Berdasarkan set andaian di atas makaandaian (a) merupakan andaian yang palingrelevan mengikut konteks teks sumber. Andaian(b) dan (c) merupakan andaian yang lemah laluia digugurkan. Oleh itu, andaian (a) dianggapsebagai kesan konteks atau jawapan sebenarpenterjemahan SB tersebut. Semua ini dihasilkansetelah proses deduksi dibuat dalam mindapembaca secara psikologi.

3. "Kana yastadifu ahwazir al-awwal xua qadi al-qudai wa kabir al-bassasin wa ra is al-untzara\.. (TSA: 15)

"Dia menerima kunjungan oleh menterikanan, ketua hakim, ketua perisik, danperdana menteri (TSM: 6)

Dalam TSA di atas juga terdapat SB yangtelah diterjemahkan secara PL, iaitu SB al-waziral-aunval (perdana menteri/menteri pertama).Setiap makna leksikal dalam TSA tersebut telah

diterjemahkan satu persatu. Penterjemahan PLbegini telah menghasilkan set andaian berikut:a. menteri yang mula-mula dilantikb. menteri paling kananc. menteri paling tua (senior)

Set andaian di atas ini akan terhasil dalamminda pembaca sasaran. Mereka akanmemproses set andaian tersebut secara psikologi.Proses psikologi ini dibuat secara inferensi bagimenghasilkan kesan konteks yang paling relevandengan konteks asal. Berdasarkan konteks yangdibekalkan dalam teks sumber maka andaian(b) merupakan andaian yang paling relevan.Andaian lain tidak konsisten dengan konteksasal teks sumber lalu ia digugurkan. Oleh itu,andaian (b) menjadi kesan konteks sebenarpenterjemahan SB tersebut setelah prosesdeduksi'dibuat secara psikologi.

Simpulan Bahasa secara PTL

4. "Jalasa Maqrur fi sijnihi radiyan kulla ahrida...(TSA: 29)

"Makrur duduk dengan hati tenang di dalampenjara...(TSM: 18).

Dalam TSA di atas terdapat SB yangditerjemahkan secara PTL, iaitu radiyan kulla al-rida (hati tenang). Penterjemah telahmengadaptasi penterjemahan SB itu mengikuttafsirannya sendiri bagi memudahkan pembacasasaran. Sepatutnya, penterjemahan PLnya ialahakur seakur-akurnya atau reda sereda-redanya.Berdasarkan teknik PTL yang digunakan makaia menghasilkan set andaian berikut:a. Jiwa Makrur tenangb. Makrur tidak gelisah

Berdasarkan konteks sebenar dalam tekssumber, kedua-dua andaian di atas ini tidakkonsisten dengan kerelevanan teks sumber.Dengan kata lain, set andaian tersebut bukankesan konteks yang diniatkan oleh penulis asal.Oleh itu, set andaian dalam teknik PTL ini tidakkonsisten dengan teks sumber. Dengan kata lainyang lebih mudah, teknik PTL yang digunakanmenyebabkan terjemahan yang dihasilkan salah.

Peta Minda

Bagi memudahkan pemahaman dan analisistentang teknik PL dan PTL dalam penterjemahan

146 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 5: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

SB maka berikut ini diperturunkan peta mindabagi analisis tersebut {Rajah 1, 2, idanjadual 1).

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis deskriptif dan analisis petaminda maka dapatlah disimpulkan bahawa TRyang menggunakan PL amat sesuai digunakandalam penterjemahan BF seperti simpulanbahasa. Selain ciri asal dapat dikekalkan makainterpretasi tepat sesuatu penterjemahan jugadapat diketahui. Sebenarnya, teknik PL mengujiminda manusia bagi membuat deduksi sesuatuujaran. Proses ini akan berlaku dalam kognisi

> P L

manusia dan dijana secara psikologi. Prosesbegini akan menajamkan minda manusiadaripada menerima sesuatu maklumat yangditerima secara bulat-bulat. Hal inilah yangmenyebabkan TR berbeza dengan teori ataupendekatan lain dalam tradisi pengajian ilmupenterjemahan moden. Teori-teori lain hanyamelihat hasil atau produk terjemahan yang sudahterhasil sedangkan TR cuba melihat apa yangberlaku sebelum produk itu terhasil. Meskipunteknik PL ini kelihatan agak kabur pada mulanyatetapi apabila minda manusia dijana maka hasilyang diterima adalah berbaloi. Selain ciri asal

PTL

Data Simpulan Bahasa

PL ^ — • 1. ...syayatin al-riyah qad...(TSA: 12)

2. ...yulbisuhu taj al-syaraf... (TSA: 13)

3. .. .yastadifu al-ivazir al-awwal... (TSA: 15) TSA

PTL4r- — • ...radiyan kulla al-rida...(TSA: 21)

TERJEMAHAN

• la. ...syaitan-syaitan angin...(TSM: 3)

2a. ...memakaikan mahkota kehormatan...(TSM: 4)

3a. ...ditemani menteri pertama...(TSM: 6)

TSM

PTL4a: • ...hati tenang...(TSM: 18)

BF: Bahasa Figuratif, PL: Penterjemahan Langsung, PTL: Penterjemahan Tidak Langsung,TSA: Teks Sumber Arab, TSM: Teks Sasaran Melayu

Rajah 1: Peta minda simpulan bahasa

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 147

Page 6: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Muhammad Fauzi Jumingan

Syayatin al-riyah

Teknik PL (syaitan-syaitan angin)A) syaitan yang membawa anginB) syaitan yang berbentuk anginC) angin deras (puting beliung)

taj al-syaraf

Teknik PL (mahkota kehormatan)A) mahkota lambang kehormatanB) mahkota setaraf kehormatanC) mahkota berlian

al-wazir al-axvwal

Teknik PL (menteri pertama)A) menteri yang paling awal dilantikB) menteri paling kananC) menteri paling tua (senior)

radiyan kulla al-rida

Teknik PTL(hati tenang)A) hati tenangB) tidak gelisah

PL: Penterjemahan Langsung, PTL: Penterjemahan Tidak I angsung

Rajah 2: Set andaian dalam penterjemahan simpulan bahasa

JADUAL 1Analisis data simpulan bahasa (ciri-ciri perbandingan PL/PTL)

1.2.3.4.5.6.

7.8.

PL

setiap makna diterjemahmakna SB diiahamikekalkan semua ciri asal TSAmakna tepatjujur dan setia dengan TSAberbentuk penterjemahan tulenmenghasilkan set andaianmenguji minda pembaca

1.

2.3.4.5.6.

7.8.

PTL

tidak diterjemahSB difahamiciri TSA gugurmakna tepattidak setiataf si ran / agakansatu/dua andaiantidak menguji

148 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 7: Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu …pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Melihat peranan ilmu pragmatik dan semantik dalam penterjemahan

Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

TR

(melalui PL)

PL

Kebaikan

Boleh difahami

Memudahkan pembaca

Mengekalkan ciri asal

Makna tepat

Bersifat terjemahan tulen

Rajah 3: Kebaikan TR (melalui TR) dalam penterjemahan simpulan bahasa

dapat dikekalkan, yang lebih penting maknasebenar sesuatu penterjemahan itu dapat jugadiketahui.

Sesungguhnya analisis begin i dapatmemerkasakan lagi konsep bahasa itu sendiri.Bahasa bukan hanya berlaku di luar minda, iaitubahasa yang dapat didengar atau dibaca tetapiproses bahasa juga berlaku di dalam mindamanusia lagi. Proses inilah yang memartabatkanmanusia sebagai makhluk Allah S.W.T. yangterbaik sekali kerana kuasa bahasa yang adapada mereka.

RUJUKAN

AINON MUHAMMAD dan ABDUIJAH HASSAN. 1993. Kamus

Peribahasa. Kuala Lumpur: Utusan MelayuPublication.

BAHJAT, AHMAD. 1984. Masrur xva Maqrur. Kaherah:Al-Mukhtar al-Islamiy.

GUTT, E.A. 1991. Translation and Relevance: Cognitionand Context Oxford: Basil Blackwell.

NAHMAR JAMIL. 1987. Masrur dan Makrur (terj.). ShahAlam: Marwilis Publisher @ Distributors Sdn.Bhd.

NOR HASHIMAH JAIALUDDIN. 1992. Semantik dan

Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Diterima: 8 April 2003)

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004 149