penerbitan bil. (08) februari 2012 rasulullah saw kekasih ... · untuk mengharapkan syafaat nabi...

4
Rasulullah saw Kekasih Teragung.. Mutiara Hadis Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim) PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012 1. Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman. 2. Manifestasi atau bukti cinta kepada Allah. 3. Melahirkan syukur kepada Allah. 4. Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw. 5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga. 6. Untuk mengelak kemurkaan Allah. Dari Jabir bin Samurah ra berkata: “Aku melihat Rasulullah saw pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (Riwayat At -Tirmizi). Ali bin Abi Talib ra bercerita tentang sifat Rasulullah saw: "Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah -merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian Nabi. Rasulullah me- rupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang meli- hatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berke- nalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, ten- tunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama ada sebe- lum kelahirannya atau pun sesudah Baginda meninggal dunia” (Riwayat At -Tirmizi). Sumber: Majalah Anis, Bil 162, Februari 2011. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan www.muzir.wordpress.com. Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah saw Kenapa Perlu Mencintai Nabi saw?

Upload: trinhngoc

Post on 10-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012 Rasulullah saw Kekasih ... · Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw. 5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga. 6. ... Sebagai pembawa rahmat kepada

Rasulullah saw Kekasih Teragung..

Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali.”

(Riwayat Muslim)

PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012

1. Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman.

2. Manifestasi atau bukti cinta kepada Allah.

3. Melahirkan syukur kepada Allah.

4. Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw.

5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga.

6. Untuk mengelak kemurkaan Allah.

Dari Jabir bin Samurah ra berkata: “Aku melihat Rasulullah saw pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (Riwayat At-Tirmizi). Ali bin Abi Talib ra bercerita tentang sifat Rasulullah saw: "Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah

-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian Nabi. Rasulullah me-rupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang meli-hatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berke-nalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, ten-tunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama ada sebe-lum kelahirannya atau pun sesudah Baginda meninggal dunia” (Riwayat At-Tirmizi).

Sumber: Majalah Anis, Bil 162, Februari 2011. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan www.muzir.wordpress.com.

Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah saw

Kenapa Perlu Mencintai Nabi saw?

Page 2: PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012 Rasulullah saw Kekasih ... · Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw. 5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga. 6. ... Sebagai pembawa rahmat kepada

Sentiasa membaca zikir atau doa pada akhir solat sebagaimana

dinyatakan oleh Rasulullah saw kepada Muaz bin Jabal ra,

″Sesungguhnya Rasulullah saw memegang tangannya (Muaz bin Jabal ra) dan lantas berkata, Wahai Muaz, sesungguhnya aku menyayangimu dan aku berpesan kepadamu wahai Muaz: Jangan sekali-kali engkau

lupakan/tinggalkan pada tiap-tiap lepas solat, engkau berkata, ″Ya Allah, tolonglah aku mengingatiMu, bersyukur padaMu dan mengindahkan ibadatku kepadaMu.″

Andainya kita menyukai atau menyayangi seseorang kerana Allah

maka ceritakanlah kepadanya bahawa kita mengasihi dan menyukainya kerana Allah.

Sentiasalah memberi/mengucapkan salam kepada sesama Islam sama

ada kita kenal atau tidak.

Ziarah-menziarahi kerana Allah bukan kerana faktor atau sebab lain.

Selalu menziarahi orang sakit.

Laksanakan apa jua perintah Rasulullah saw seperti solat berjemaah, menjaga adab percakapan, membaca al-Quran pada waktu fajar dan

menolong orang dalam kesusahan.

Sentiasa mendoakan seseorang dalam keadaan mereka tidak

mengetahui bahawa kita mendoakan mereka.

Kasihi dan cintai orang-orang Ansar dan orang-orang soleh.

Berkawanlah dengan orang-orang beriman. Sumber: Majalah Anis, Bil 162, Februari 2011.Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Tips Berkasih Sayang kerana Allah

Menurut Rasulullah saw

2 B i l . (08), Februar i 2012

Sumber: Ahmad Sarwat, Lc, www.eramuslim.com.

Item Khulafah ar-Rasyidin

Khalifah Umaiyyah

Khalifah Abbasiyah

Khalifah

Uthmaniyah

Tempat Madinah Syria (kota

Damaskus)

Baghdad,

Iraq

Turki

Tempoh 30 tahun 89 tahun 446 tahun 404 tahun

Jumlah 4 khalifah 14 khalifah 55 khalifah 30 khalifah

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

ra

Umar bin Khatab ra

Uthman bin Affan ra

Ali bin Abi Thalib ra

Khalifah pertama

Muawiyyah

bin Abi

Sufiyan

Abu al-

Abbas al-

Safaah

Salim I

Khalifah terakhir

Marwan bin

Muhammad

Al-Mutawakil

‘Ala al-Allah

Abdul Majid II

Mari

Mengenal

Khalifah

Islam

Page 3: PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012 Rasulullah saw Kekasih ... · Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw. 5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga. 6. ... Sebagai pembawa rahmat kepada

3 B i l . (08), Februar i 2012

Kurniaan Allah kepada Rasulullah saw 1. Diberi kelapangan dada

Pendapat yang sahih ialah Allah mengurniakan kelapangan dan keluasan sehingga Rasulullah saw dapat hidup selesa. Kelapangan di langit dan di bumi kerana kurniaan iman, hikmah, yakin dan cahaya hidayah.

″Bukankah Kami melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?″ (Al-Insyirah:1).

2. Diangkat sebutannya seiringan dengan nama Allah

Qatadah mengatakan: Allah meninggikan sebutan beliau di dunia dan di akhirat. Tidak ada seorang khatib, orang yang mengucapkan syahadah dan juga orang yang mengerjakan solat melainkan menyebut dua kalimah syahadah.

″Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan pelbagai kemuliaan)?″ (Al-Insyirah: 4).

3. Pemeliharaan Allah terhadap Rasulullah saw

Pemeliharaan Allah di sini ditafsirkan juga dengan ″Selamat daripada melakukan maksiat,” seperti kata Ibnu al-Jauzi dalam Zad al-Masir fi’Iimi al-Tafsir.

″Dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia″ (Al-Maidah: 67).

4. Kurniaan kemenangan dan pembukaan kepada Rasulullah saw

Al-Mawardi dalam tafsirnya, al-Nukat wa al-Uyun, menyebut dua pendapat:

Sesungguhnya Kami ajarkan kamu ilmu yang nyata dan kami turunkan kepadamu Al-Quran dan

perintahkan dalam urusan agama.

Kami putuskan bagimu hukuman dan balasan yang amat nyata dengan cara membuka untukmu

negeri-negeri di dunia.

″Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata″ (Al-Fath:1).

5. Mempunyai akhlak yang agung

Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya al-Tahrir wa-Tanwir, ″Sebagaimana Allah menjadikan Rasulullah saw di atas akhlak yang agung, dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa manusia dengan akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan.″

″Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia″ (al-Qalam: 4).

6. Sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam

Dr ’Aid al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:Baginda seorang manusia utusan Allah. Baginda datang membela nasib umat yang lemah, tertindas, terbelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia

ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.

″Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam″ (Al-Anbia: 107).

7. Dikurniakan beberapa kelebihan lain

Daripada hadis Huzaifah: ″Dilebihkan kami atas semua manusia dengan tiga perkara. Dijadikan saf-saf kami seperti saf malaikat″ (Riwayat Muslim).

Daripada Abu Hurairah ra: ″Dilebihkanku atas sekalian nabi dengan enam, diampunkan dosaku yang terdahulu dan kemudian dijadikan umatku sebaik-baik umat, diberikan aku telaga al-kauthar, sahabatmu adalah pembawa bendera kepujian pada hari khiamat, di bawahnya Adam dan kesemuanya″ (Riwayat Al-Bazzar). Sumber: Rasulullah saw-Sifat, Akhlak dan Cinta kepadanya. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Majalah Anis. Bil 162, Februari 2011. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Page 4: PENERBITAN BIL. (08) FEBRUARI 2012 Rasulullah saw Kekasih ... · Untuk mengharapkan syafaat Nabi saw. 5. Untuk bersama dengan Nabi saw di syurga. 6. ... Sebagai pembawa rahmat kepada

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012

Sumbangan Kematian PKKIM (SKEP) jika berlaku

kematian kepada ahli sebanyak RM 300 manakala ahli keluarga sebanyak RM 150.

Sumbangan Perkahwinan (RM 300/RM 200)

tertakluk kepada kedudukan kewangan.

Sumbangan ihsan daripada PKKIM sekiranya

berlaku musibah (kebakaran dan lain-lain)

sebanyak RM 150 bagi ahli dan RM 100 bagi bukan ahli (tertakluk kepada case by case basis).

Sunnah Rasulullah saw Ketika Makan

Belum Menjadi Ahli PKKIM?

Cara makan, kenapa kita menggunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah saw, sebelum baginda makan, baginda akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu menghisap garam itu. Kemudian baru Rasulullah saw makan makanan tersebut. Garam merupakan sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan manusia. Dua cecah garam dari jari adalah bersamaan dengan satu liter air mineral. Oleh kerana

manusia berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang berasal daripada bumi (tanah) ini yang paling berkhasiat untuk manusia.

Selain sebagai sumber mineral, garam juga merupakan penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan di hospital, rawatan terawal bagi pesakit adalah dengan memberikan sodium chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir

dan makhluk halus yang menggangu manusia.

Cara Rasulullah saw mengunyah

Rasulullah saw mengunyah sebanyak 40 kali bagi membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita mudah memproses makanan itu.

Membaca Bismillah

Membaca Bismillah sebelum makan adalah bagi mengelakkan penyakit. Ini kerana bakteria dan racun telah membuat perjanjian dengan Allah, apabila Bismillah dibaca, bakteria dan racun itu musnah daripada sumber makanan itu.

Sumber: Amalan 24 jam dalam Kehidupan Rasulullah saw. Zulkarnain Dollah. PTS Islamika Sdn Bhd.

Menyertai aktiviti PKKIM/program korban/

aqiqah melalui potongan gaji.

Potongan/diskaun kepada ahli apabila

PKKIM menganjurkan seminar/kursus.

Boleh menyumbang kepada tabung

masjid/surau melalui potongan gaji.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang, sila layari laman web PKKIM di intranet.

Nikmati Keistimewaan Sebagai Ahli PKKIM