penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

11
PENERAPAN UNSUR DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Upload: aziyanah

Post on 14-Jun-2015

5.982 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

PENERAPAN UNSUR DALAM PENDIDIKAN

JASMANI

Page 2: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

UNSUR-UNSUR PENERAPAN

• Kajian masa depan• Kemahiran berfikir• Kecerdasan pelbagai• Kemahiran masteri• Pembelajaran koperatif• Pembelajaran akses kendiri• Pembelajaran Belajar Cara Belajar• Stail peningkatan ansur maju• Stail pembelajaran terdorong• Stail berasaskan komputer

Page 3: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

KAJIAN MASA DEPAN

Definisi:• Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan

pembelajaran yang mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.

• Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

• Dalam Pendidikan Jasmani sebagai contoh tentang sejarah permainan sepak takraw dan dengan pengetahuan sediaada murid, guru boleh meminta pelajar untuk meramalkan corak permainan tersebut pada sepuluh tahun akan datang.

Page 4: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

KEMAHIRAN BERFIKIR

• Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua, iaitu:

a) Kemahiran Berfikir secara kreatif

b) Kemahiran Berfikir secara kritis

Page 5: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

• Adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Contohnya:

Murid menggunakan kecerdasan pelbagai mereka untuk merekabentuk sesuatu perkara baharu. Seperti penggabungjalinan permainan tradisional dan moden bagi membentuk suatu permainan baharu.

Page 6: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

• Kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.

Contohnya:

Murid memberi hipotesis awal kepada sesuatu perkara dan melaksanakan perkara tersebut hingga tamat. seterusnya, murid membanding beza hipotesis mereka dengan keputusan sebenar yang diperoleh hasil melaksanakan perkara tersebut.

Page 7: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

• Bagi menerapkan unsur KBKK dalam aktiviti yang dilakukan,guru boleh melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid-murid untuk berfikir bagi mengatur strategi.

• Sebagai contoh dalam permainan bola sepak di mana pasukan yang menang adalah pasukan yang berjaya mengatur strategi yang berkesan..

Page 8: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

KECERDASAN PELBAGAI

• Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:1) Intrapersonal2) Interpersonal3) Bahasa4) Kinestatik5) Logik Matematik6) Muzik7) Spatial Ruang

Page 9: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

CIRI-CIRI TUJUH KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

1. Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.

Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik Matematik

Menaakul, kiraan, membuat analisis

Saintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial)

Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukir

4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5. Kinestatik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan

Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.

6. Interpersonal

Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga

7. Interpersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Page 10: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

PEMBELAJARAN MASTERI

• Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

• Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Page 11: Penerapan unsur dalam pendidikan jasmani

• Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan dan boleh merangsang minat murid, guru perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran.

• Sebagai contoh menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang melibatkan visual, audio dan kinestetik.