unsur jasmani n rohani

18
UNSUR JASMANI (PSIKOMOTOR) Pengenalan •Psikomotor merujuk kepada potensi /kematangan seseorang dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor yang tinggi membolehkan seseorang menjalankan aktiviti harian dalam program pembelajaran yang cekap dan berkesan. Kesediaan psikomotor lazimnya penting untuk pembelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Kemahiran Hidup. Kesediaan psikomotor berperanan penting bagi membentuk kokurikulum di sekolah. Sistem daam pembelajaran di sekolah juga dirancang mengikut tahap psikomotor pelajar terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Murid-murid juga didedahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap. Kaitannya dengan unsur rohani, kesediaan psikomotor yang tertentu dan berperingkat dalam proses pembelajaran boleh diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada masa akan datang.

Upload: shimahelmi

Post on 27-Jun-2015

4.918 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur jasmani n rohani

 UNSUR JASMANI (PSIKOMOTOR)

Pengenalan•Psikomotor merujuk kepada potensi /kematangan seseorang dan bersediauntuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.

•Kesediaan psikomotor yang tinggi membolehkan seseorang menjalankan aktiviti harian dalam program pembelajaran yang cekap dan berkesan. •Kesediaan psikomotor lazimnya penting untuk pembelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Kemahiran Hidup.

•Kesediaan psikomotor berperanan penting bagi membentuk kokurikulum di sekolah. •Sistem daam pembelajaran di sekolah juga dirancang mengikut tahap psikomotor pelajar terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. •Murid-murid juga didedahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap.

•Kaitannya dengan unsur rohani, kesediaan psikomotor yang tertentu dan berperingkat dalam proses pembelajaran boleh diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada masa akan datang.

Page 2: Unsur jasmani n rohani
Page 3: Unsur jasmani n rohani

-Menurut Jean Piaget, pembelajaran dalam bentuk permainan merupakan alternatif pembelajaran dalam bentuk jasmani melalui pebagai aktiviti yang bersesuaian. -Bukan melalui teori sahaja dapat mendidik kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperoleh ilmu.

-Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.

-Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam P&P.

-Kanak-kanak dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal ,serta meningkatkan penguasaan bahasa .

-Kesihatan tubuh badan individu akan meningkat dan mencapai tahap keupayaan bagi menjaga kesihatan tubuh badan dan mampu melakukan riadah dengan sempurna.

-Mampu meningkatkan daya produtiviti demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

-Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna.

Page 4: Unsur jasmani n rohani

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah

-Pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan

keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu.

-Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu

seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas.

-Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid

meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat

beraktiviti.

-Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani

membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya

memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya.

-Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum

yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat

dalam diri setiap murid.

-Hal ini mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

-Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang

dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif.

-Aspek pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses

pembentukan modal insan yang berkualiti.

-Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum sukatan pelajaran

pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka kesepaduan mata

pelajaran dapat dibentuk. 

 

Page 5: Unsur jasmani n rohani

Fizikal yang sihat dan matang tidak akan dimiliki tanpa disusuli dengan keihklasan dalam beribadat dan menyembah Pencipta yang Esa.

Dengan ini, matlamat dan wawasan falsafah pendidikan negara akan tercapai seperti dalam petikan;“Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri dan berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain. 

Page 6: Unsur jasmani n rohani

UNSUR ROHANI

Pengenalan

-Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga ; rohani bermaksud batin, yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa.

-Rohani pula me rupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu pe rkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat den gan mata kasar.

-Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu, jiwa dan roh.

-Pada peringkat awal remaja, (12-15 tahun), remaja telah  memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptual.

-Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohani untuk menghada pi dugaan hidup.

-Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Page 7: Unsur jasmani n rohani

-Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun mula mempunyai pegangan agama yang kukuh. -Mereka telah percaya tentang kewujudan Tuhan, dosa  dan pahala serta hari pembalasan. -Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak. -Remaja dalam lingkungan umur  ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara logik. -Kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

-Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.

-Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan seperti kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Page 8: Unsur jasmani n rohani

-Mereka mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama. -Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. -Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

Page 9: Unsur jasmani n rohani

Antara langkah memperkembangkan unsur rohani dalam diri pelajar.

1.Strategi Penerapan Nilai Murni

a.Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai), digabungkan sebagai komitmen untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

b.Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung.

c.Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. d.Hal ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Page 10: Unsur jasmani n rohani

d.Guru bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk menilai diri sendiri. e.Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional.

f.Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah. g.Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.

h.Tindakan Kementerian Pendidikan melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian ;bertujuan memastikan semua matapelajaran yang diajar saing berkaitan dan bersifat bersepadu;manakala unsur yang menunjukkan kesepaduan ini ialah unsur nilai. 

Page 11: Unsur jasmani n rohani

Teknik Penerapan Nilai Murni-Nilai-nilai murni wajar dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, melalui teknik yang sesuai bagi mencapai matlamat dan keberkesanannya. -Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah: a.Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)b.Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lainc.Aktiviti ko-kurikulumd.Aktiviti persatuan sekolah

Page 12: Unsur jasmani n rohani
Page 13: Unsur jasmani n rohani

“Potensi Intelek”  -Menurut Nik Aziz Nik Pa dalam bukunya “Potensi Intelek” menjelaskan dalam perkembangan daya intelek, kita tidak harus mengenepikan unsur agama Islam dalam pendidikan. -Ini disebabkan manusia adalah mahluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa dan lahir dengan segala macam keistimewaan dan anugerah.

-Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.     

Page 14: Unsur jasmani n rohani

Kepentingan dan Keberkesanan Penerapan Nilai Rohani/Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.

-Pada hari ini semakin ramai golongan remaja yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk melencongkan nilai murni pada diri manusia.

-Pada hari ini timbulnya kesedaran remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok.

-Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain.

-Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa.

-Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat.

-Melalui penerapan nilai di sekolah-sekolah, mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

-Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 15: Unsur jasmani n rohani
Page 16: Unsur jasmani n rohani

-Insan yang baik secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik.

-Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:  

i. percaya dan patuh kepada Tuhan; ii. berilmu pengetahuan;

iii.berakhlak mulia; iv.bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;v.berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; vi.dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

-Memperkembangkan potensi individu,dimana potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan.

-Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan.

Page 17: Unsur jasmani n rohani
Page 18: Unsur jasmani n rohani

Penutup Natijahnya, perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan kedua-dua unsur ini iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.