fakulti pendidikan universiti teknologi malaysia … filependorong mengecap kejayaan serta...

21
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR TERHADAP UNIT REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU. SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU OLEH KHATIJAH BINTI ABD AZIZ BP010100 4 SPH 741225-14-5584 PENYELIA TUAN HAJI KANDAR BIN SALAMAT

Upload: dinhdieu

Post on 08-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR TERHADAP UNIT REKA BENTUK DAN

PENGHASILAN PROJEK DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU. SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN SATU

OLEH

KHATIJAH BINTI ABD AZIZ

BP010100

4 SPH

741225-14-5584

PENYELIA

TUAN HAJI KANDAR BIN SALAMAT

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di
Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

iii

KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR TERHADAP UNIT REKA BENTUK DAN

PENGHASILAN PROJEK DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU. KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

(PEREMPUAN) PUDU, KUALA LUMPUR.

KHATIJAH BINTI ABD AZIZ

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di
Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

v

DEDIKASI

Khas buat Ayahanda dan Bonda

Jua kedua mertuaku

Pengorbanan dan pertolongan yang diberikan

Seiring dengan doa restu kalian

Menjadi pedoman ku meneruskan perjuangan ini.

Buat Rashidi Bin Ahmad

Suami yang dikasihi

Pendorong mengecap kejayaan

Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat

Terima kasih atas segalanya

Tanpa mu takkan ku berada di sini.

Buat Iman Nurfathiah

Kehadiranmu adalah sumber kekuatan jiwa raga ku.

Buat adik beradik dan ipar duai,

Sokongan kalian amatlah dihargai.

Buat para pensyarah, guru-guru, dan rakan taulan,

Didikan dan galakan yang diberi

Akan ku genggam sebagai pedoman diri.

Hanya kepada Allah s.w.t daku berserah

Moga diberkatiNya

Insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

vi

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya,

saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

Ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional,

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi pendedahan dan

peluang untuk saya menjalankan penulisan ilmiah ini.

Rakaman ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah

terlibat dan terbabit terutamanya pensyarah pembimbing, Tuan Haji Kandar Bin

Salamat yang telah banyak menyumbangkan idea dan memberi tunjuk ajar berguna

sebagai pedoman untuk saya menghasilkan tesis ini.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan (Perempuan) Pudu, Puan Raja Jumaah, Penyelia Petang, Puan Chong dan

guru-guru kerana telah memberi kebenaran dan membantu saya menjalankan kajian di

sekolah tersebut.

Terima Kasih

Khatijah Binti Abd Aziz

Februari, 2004

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan belajar pelajar terhadap

Unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu. Kajian ini melibatkan 175 orang pelajar-pelajar tingkatan satu Sekolah

Menengah Kebangsaan (Perempuan ) Pudu Jalan Foss Kuala Lumpur. Instrumen

kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 32 item

soalan. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science(SPSS) for Windows Version 11.5 untuk

menilai kekerapan, peratusan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek

kemahiran fizikal, sikap,dan kefahaman adalah di tahap sederhana manakala aspek

minat di tahap baik. Di akhir kajian, peyelidik telah mengemukakan beberapa

cadangan yang boleh diteliti oleh pihak tertentu untuk membaiki dan meningkatkan

mutu pendidikan.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

viii

ABSTRACT

This research was carried out to identify student’s learning readiness based on

‘Unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek’ in Living Skill subject ( Kemahiran

Hidup Bersepadu). This research involved by 175 students form one from Sekolah

Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu Jalan Foss Kuala Lumpur. Research’s

instrument was a set of questionnaires consisted of 32 items which based on the scope

of this research. The collected data were analyzed using Statistical Package for Social

Science ( SPSS ) for Windows Version 11.5 to asses frequency, percentage, and

average. Result of this research showed that aspect of physical skill, attitude, and the

ability to understand the subject content of Living Skill is in average level but aspect

of interested is in good level. At the end of the research, suggestions had been made to

guide all related personnel to improve and to upgrade the achievement for quality of

educations.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACK viii

KANDUNGAN ix

HALAMAN SENARAI JADUAL xii

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kesediaan 9

1.8.2 Belajar 9

1.8.3 Reka Bentuk 10

1.8.4 Penghasilan Projek 10

1.8.5 Kemahiran Hidup Bersepadu 10

1.8.6 Kemahiran Fizikal 11

1.8.7 Sikap 11

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

x

1.8.8 Minat 12

1.8.9 Kefahaman 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Kurikulum/ Sukatan Pelajaran Kemahiran

Hidup Unit Reka Bentuk dan Penghasilan

Projek Tingkatan 1 14

2.3 Konsep Pembelajaran 17

2.4 Kesediaan Belajar 18

2.4.1 Kesediaan Kognitif 18

2.4.2 Kesediaan Afektif 18

2.4.3 Kesediaan Psikomotor 19

2.5 Kemahiran Fizikal 19

2.6 Sikap 22

2.7 Minat 24

2.8 Kefahaman 26

2.9 Penutup 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 32

3.6.1 Kesahan Soal Selidik 33

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 33

3.7 Penganalisisan Data 34

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

xi

3.8 Prosedur Kajian 37

3.9 Penutup 37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Bahagian A – Latar Belakang

Responden 39

4.3 AnalisisBahagian B – Persoalan Kajian 41

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 42

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 46

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 50

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 54

BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 58

5.2 Rumusan 59

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 60

5.3.1 Perbincangan Soalan Kajian 1 61

5.3.2 Perbincangan Soalan Kajian 2 62

5.3.3 Perbincangan Soalan Kajian 3 64

5.3.4 Perbincangan Soalan Kajian 4 66

5.4 Cadangan Tindakan 67

5.4.1 Cadangan Kepada Unit Teknikal

Jabatan Pendidikan 67

5.4.2 Cadangan Kepada Sekolah 68

5.4.3 Cadangan Kepada Guru 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 75

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jadual Pemetaan Kandungan Kemahiran Hidup

Bersepadu Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan

Satu dan Waktu Pembelajaran 3

1.2 Laporan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun

2003 Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)

Pudu Kuala Lumpur 4

3.1 Taburan Item Berdasarkan Kepada Aspek Yang

Hendak Dikaji 31

3.2 Jadual Skala Likert 32

3.3 Skor Skala Tiga Mata 35

3.4 Markat Skala Likert Tiga Mata 36

3.5 Perubahan Markat dan Skala 36

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Tingkatan 39

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 40

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

xiii

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 40

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 40

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Pengkhususan 41

4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Soalan Kajian 1 42

4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Soalan Kajian 2 46

4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Soalan Kajian 3 50

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden

Bagi Soalan Kajian 4 54

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 77

B Surat Akuan Pelajar 84

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Sekolah-Sekolah Dari Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan 85

D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan

Kajian Di Sekolah-Sekolah Dari

Kementerian Pendidikan 87

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di

Sekolah-Sekolah , Maktab Perguruan,

Jabatan Pendidikan Di bawah Kementerian

Pendidikan Dari Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan 88

F Surat Permohonan Menjalankan Kajian Rintis 89

G Surat Permohonan Menjalankan Kaji Selidik 90

H Surat Kebenaran Menjalankan Kaji Selidik 91

I Surat Pengesahan Item Kajian Soal Selidik 93

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

xv

J Carta Populasi Krejcie & Morgan 94

K Analisis Kajian Rintis 95

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada 29 September 1988, Jawatankuasa Pusat Kurikulum memutuskan untuk

membentuk dan melaksanakan mata pelajaran baru di semua sekolah menengah

rendah pada tahun 1989 bagi menggantikan mata pelajaran elektif memandangkan

wujudnya kelemahan dan kekurangan dalam sistem pendidikan aneka jurusan yang

diperkenalkan pada tahun 1965. Antara kelemahannya ialah tiadanya kesinambungan

antara mata pelajaran-mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,

Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Maka mata pelajaran Kemahiran Hidup

Program Peralihan diperkenalkan di kalangan pelajar tingkatan 1. Namun program

peralihan ini hanya berbentuk sementara sahaja. Oleh kerana itu mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah diperkenalkan pada tahun 1991. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata pelajaran pravokasional untuk

tingkatan 1, 2, dan 3.

Namun pada tahun 2000, kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu disemak

semula. Penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha penambahbaikan yang

bertujuan memantapkan keperluan dan kehendak Akta Pendidikan, memenuhi

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

2

semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi

mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti pelajar menghadapi pendidikan abad ke-

21. Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu yang disemak semula bermatlamatkan

untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta

kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam teknologi yang sentiasa berubah untuk

kehidupan seharian. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Ini bersesuaian dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani agar menjadi warganegara yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah yang diperkatakan ialah mengenai kesediaan belajar pelajar-pelajar

terhadap unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu. Menurut Mohd. Salleh Lebar (1991) wujud ketidaksamaan dalam

diri seseorang individu itu dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan

bahasa, saiz fizikal, perwatakan, sosial, emosi dan kreativiti. Kenyataan ini selaras

dengan pandangan Kamarudin Haji Husin (1997), yang menyatakan kesediaan belajar

di antara setiap individu adalah tidak setara dan berbeza dari segi fizikal, mental,

emosi dan sosial kerana proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar adalah tidak

sama dan searah. Proses pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza boleh

menimbulkan kekeliruan kepada pelajar terhadap aspek kehidupannya seperti sikap,

minat, anggota fizikal, dan pengetahuan. Kekeliruan boleh mengakibatkan pelajar

melakukan aktiviti tanpa panduan, tidak faham pelajaran, dan takut bertanya (Awang

Had Salleh, 1984). Dalam kajian Ismail Bin Ahmad (2000) ke atas 190 orang pelajar

tingkatan 2 dan 4 di sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru mencadangkan

agar pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada bimbingan dan kaunseling peribadi

psikologi untuk mengatasi masalah yang bersifat peribadi akibat kekurangan

kemampuan individu untuk menyesuaikan diri terhadap kerja. Di antara item kajian

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

3

beliau ialah 61.5% pelajar tidak dapat menyelesaikan tugasan pada masa yang

ditentukan, 52.1% pelajar tidak dapat memahami beberapa mata pelajaran dengan

memuaskan, 50.5% pelajar tidak suka belajar dan 47.4% pelajar tidak dapat

menumpukan fikiran dalam pelajaran.

Malah dalam Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2003 Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan

(Perempuan) Pudu, didapati masih terdapat pelajar-pelajar yang gagal dalam

peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu. Di samping itu juga wujud perbezaan

pencapaian gred markah di kalangan pelajar sedangkan pihak kementerian pendidikan

telah melaksanakan kesamaan dari segi kurikulum dan waktu belajar yang sama di

sekolah. Rujuk Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 di bawah :-

Jadual 1.1 : Jadual Pemetaan Kandungan Kemahiran Hidup Bersepadu Reka

Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu dan Waktu Pembelajaran

Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran Waktu Belajar

1. Reka Bentuk dan Teknologi

1.1 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

a. Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi

b. Faktor Reka Bentuk

c. Jenis Bahan dan Pengikat

d. Alatan Tangan dan Mesin

e. Proses

d. Reka Bentuk

8 minggu

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

4

Jadual 1.2 : Laporan Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2003 Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1

BIL TINGKATAN GRED PERATUS

LULUS

A B % C D % E %

1 1 Melur 2 12 40.0 18 2 57.1 1 2.90 97.1

2 1 Melati - 4 11.2 30 - 83.3 2 5.5 94.5

3 1 Mawar 1 10 29.0 20 6 68.4 1 2.6 97.4

4 1 Kenanga - 1 3.2 19 10 93.6 1 3.2 96.8

5 1 Kekwa - - - 11 16 84.4 5 15.6 84.4

6 1 Kemboja - - - 12 18 90.9 3 9.1 90.9

7 1 Kemuning - - - 12 9 75.0 7 25.0 75.0

8 1 Tanjung - - - 8 12 66.7 10 33.3 66.7

9 1 Teratai - - - 4 12 55.2 13 44.8 55.2

10 1 Telukis - - - - 10 35.7 18 64.3 35.7

Sumber : Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu (2003)

Merujuk Jurnal Guru 16 Mei 1995, salah satu Pengisian Wawasan Pendidikan

ialah ‘Zero Defect’. Dalam pendidikan sekolah Zero Defect membawa makna tiada

masalah seperti tiada pelajar gagal. Tetapi dapatkah sekolah mencapai Zero Defect

sedangkan hingga kini masih ada pelajar yang gagal dalam peperiksaan .

Malah dalam Laporan Seminar Peperiksaan PMR 2000, menyatakan antara

kelemahan-kelemahan pelajar adalah kerana kurang menguasai kemahiran-kemahiran

yang terdapat dalam bahagian teras terutamanya bahagian kemahiran manipulatif. Di

samping itu pelajar tidak menghabiskan tugasan yang terdapat dalam kerja kursus

yang boleh mengakibatkan pelajar mendapat gagal (gred E). Ini bermakna bahagian

teras manipulatif yang kini dikenali Bidang Reka Bentuk dan Teknologi merupakan

bidang yang perlu dititik beratkan kerana ia melibatkan aktiviti projek dan teori yang

boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Salah satu dari Bidang Reka

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

5

Bentuk dan Teknologi adalah unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek yang

melibatkan pelajar dengan aktiviti projek dan teori. Justeru itu pengkaji ingin

meninjau kesediaan belajar pelajar dalam unit ini yang menjurus pada kesediaan

dalam aspek fizikal, minat, sikap, dan kefahaman terhadap isi kandungan Kemahiran

Hidup.

1.3 Pernyataan Masalah

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau kesediaan belajar pelajar-

pelajar dalam unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Kemahiran Hidup Bersepadu

di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu, Kuala Lumpur. Responden

terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu. Kesediaan belajar yang ditinjau hanya

meliputi kesediaan belajar pelajar dalam aspek kemahiran fizikal semasa aktiviti

amali di dalam bengkel, kesediaan belajar dalam aspek minat dan sikap semasa proses

pembelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Kemahiran Hidup Bersepadu,

serta kesediaan belajar dalam aspek kefahaman terhadap isi kandungan unit Reka

Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

a. Meninjau kesediaan belajar pelajar dalam aspek kemahiran fizikal

semasa aktiviti amali Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dijalankan.

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … filePendorong mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di

6

b. Meninjau kesediaan belajar pelajar dalam aspek sikap semasa proses

pembelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.

c. Meninjau kesediaan belajar pelajar dalam aspek minat semasa proses

pembelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.

d. Meninjau kesediaan belajar pelajar dalam memahami isi kandungan

unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah tertumpu kepada beberapa aspek kesediaan belajar

pelajar terhadap unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu.

a. Adakah para pelajar mempunyai kesediaan belajar dalam aspek

kemahiran fizikal semasa aktiviti amali dijalankan di dalam bengkel?.

b. Adakah para pelajar mempunyai kesediaan belajar dalam aspek sikap

semasa proses pembelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?.

c. Adakah para pelajar mempunyai kesediaan belajar dalam aspek minat

semasa proses pembelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

mata pelajaran Kermahiran Hidup Bersepadu?.

d. Adakah para pelajar mempunyai kesediaan belajar dalam memahami

isi kandungan pelajaran unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?.