penerangan mengenai video

2
PENERANGAN MENGENAI VIDEO Video saya memaparkan kisah tentang sebuah keluarga yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Encik Awang merupakan seorang penoreh getah yang menyara keluarganya daripada hasil jualan getah yang tidak seberapa manakal isterinya Puan Timah hanyalah seorang suri rumah tangga yang menguruskan anaknya yang cacat fizikal keseluruhan iaitu tidak mampu bergerak dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Kisah bermula apabila jiran mereka yang sangat prihatin membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kesusahan hidup mereka. Dua orang pegawai JKM telah melawat keluarga Encik Awang dan menyarankan mereka mendaftarkan anak mereka ke PDK. OBJEKTIF PDK Satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU. Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan. AKTIVITI PDK Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktviti kehidupan harian. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di PDK mengikut kemahiran dan keperluan pelatih seperti Manipulatif, Kraftangan, Sosial, Mobiliti, Pemulihan Terapi, 3M, Agama, Masakan, Latihan Berdikari, Latihan Bekerja dan sebagainya.

Upload: ain-batni

Post on 05-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

xpayah ikut

TRANSCRIPT

Page 1: Penerangan Mengenai Video

PENERANGAN MENGENAI VIDEO

Video saya memaparkan kisah tentang sebuah keluarga yang hidup ibarat

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Encik Awang merupakan seorang

penoreh getah yang menyara keluarganya daripada hasil jualan getah yang tidak

seberapa manakal isterinya Puan Timah hanyalah seorang suri rumah tangga yang

menguruskan anaknya yang cacat fizikal keseluruhan iaitu tidak mampu bergerak

dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri.

Kisah bermula apabila jiran mereka yang sangat prihatin membuat laporan

kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kesusahan hidup mereka. Dua

orang pegawai JKM telah melawat keluarga Encik Awang dan menyarankan mereka

mendaftarkan anak mereka ke PDK.

OBJEKTIF PDK

Satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan

peluang dan integrasi sosial OKU.

Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan

masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan,

pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

AKTIVITI PDK

Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan

latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran

dalam aktviti kehidupan harian.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di PDK mengikut kemahiran dan keperluan

pelatih seperti Manipulatif, Kraftangan, Sosial, Mobiliti, Pemulihan Terapi, 3M,

Agama, Masakan, Latihan Berdikari, Latihan Bekerja dan sebagainya.

Program dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua

peringkat umur.

Pendekatan yang diamalkan melalui kerjasama bersepadu pelbagai sektor

dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan serta kemudahan yang

diperlukan.

Page 2: Penerangan Mengenai Video

PDK memberi latihan kepada OKU untuk keluar bekerja di pasaran terbuka,

ini perlu sokongan penuh dari ibubapa/ penjaga itu sendiri.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PDK

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Mempunyai kad OKU

Tiada had umur

Semua jenis kecacatan