pendidikan seni visual

9
PENGENALAN 1. Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsure-unsur seni ( garisan , rupa , bentuk , jalinan , ruang dan warna ) untuk menimbulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual . 2.Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni, kontra, penegasan , imbangan , irama dan pergerakan , kepelbagaian dan kesatuan . 3.Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam proses ciptaannya . Corak permaidani ini mengaplikasikan prinsip harmoni dan imbangan ( motif sama diulang- ulang), serta prinsip penegasan ( motif di pusat tidak sama dengan hiasan di tepi .

Upload: yeang-theng-yeap

Post on 15-Dec-2015

458 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

1. Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsure-unsur seni ( garisan , rupa , bentuk , jalinan , ruang dan warna ) untuk menimbulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual .

2.Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni, kontra, penegasan , imbangan , irama dan pergerakan , kepelbagaian dan kesatuan .

3.Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam proses ciptaannya .

4. Struktur ialah rangka asas sesuatu objek . Semua objek di alam sekeliling kita mempunyai struktur yang memberi sokongan dan perlindungan kepada objek tersebut .

Corak permaidani ini mengaplikasikan prinsip harmoni dan imbangan ( motif sama diulang-ulang), serta prinsip penegasan ( motif di pusat tidak sama dengan hiasan di tepi .

Gubahan corak ini mengutamakan prinsip irama

dan pergerakan ( corak anak panah ), prinsip

kepelbagaian ( rupa anak panah yang berbeza

saiznya ) dan prinsip kontra ( aplikasi warna hitam,

putih dan biru sahaja .

5. Dalam konteks seni , struktur rekaan ialah gaya persembahan sesuatu gubahan seni visual .

6. Jenis struktur yang sering wujud dalam gubahan seni visual ialah struktur linear , struktur pancaran , struktur formal dan struktur tidak formal .

Struktur

berpancar

Bunga Struktur berlingkar-lingkar

Kulit siput

HARMONI

1. Dalam istilah bahasa , harmoni membawa maksud aman dan damai .

2. Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang sesuai dan seimbang serta yang berhubung kait .

3. Harmoni dapat mewujudkan kesan keselerasan kerana tiada wujud ciri-ciri percanggahan di dalamnya .

4. Dalam konteks seni , ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni .

Corak batik

( grid berulang )

Hiasan permaidani

( grid pancaran )

Seni Op

( ulangan rupa geometri )

5. Harmoni juga mewujudkan kesan keselesaan , kesesuaian , keseragaman , ketenangan dan kesatuan .

6. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan , umpamanya warna sejuk, warna panas, gubahan warna sewarna, gubahan warna harmoni dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain .

Aplikasi warna panas Aplikasi campuran berbagai jenis warna

yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain pada catan

Aplikasi warna sejuk pada catan

7. Harmoni pada alam ciptaan Tuhan

Harmoni wujud pada objek-objek alam seperti garis-garis jalinan kulit

kerang , sisik-sisik badan ikan , jalur-jalur corak siput , susunan bulu

burung , urat-urat dan sebagainya .

Contohnya , warna serangga berharmoni dengan habitnya .

Harmoni pada sayap rama-rama

Harmoni pada tumbuh-tumbuhan

Helaian daun pokok paku pakis yang berulang-ulang rupa , saiz dan warna menghasilkan corak yang harmonis

Harmoni pada jalur-jalur badan ikan

8 ) Harmoni pada benda-benda buatan manusia

Harmoni wujud pada objek-objek seperti corak anyaman , bangkai

Cermin, muka , tingkap atau ruang udara kayu dan sebagainaya .

Harmoni pada kain songket

Harmoni dalam seni bina

Corak wau

Ruang tamu kelihatan harmoni kerana susunan perabotnya yang teratur