pendidikan sejarah dalam memupuk perpaduan kaum di malaysia
TRANSCRIPT
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 1/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Isi Kandungan 1
2. Profil peribadi 2
4. Abstrak 3
5. Pengenalan 3-5
6. Isu-isu perpaduan kaum 6-7
7. Kepentingan dan matlamat pendidikan sejarah 8-9
8.
Pendidikan sejarah ke arah memupuk hubungan etnik yang
harmonis 9-10
9. Kesimpulan 11
10. Refleksi 12-13
11. Rekod Kolaborasi 14
12. Rujukan 15-16
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 2/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
2 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
PROFIL PERIBADI
NAMA : HAFIZI IZZUAN B. RAMZAN
NO. KAD PENGENALAN : 800406-01-5559
TARIKH LAHIR : 6 APRIL 1980
TEMPAT LAHIR: MUAR JOHOR.
ALAMAT SEKOLAH : SK. KENERING, 33300 GERIK PERAK.
ALAMAT KEDIAMAN : RG, 2 SK. FELDA PAPULUT.
PENGALAMAN MENGAJAR : 11 TAHUN
SUBJEK DIAJAR : MATEMATIK, PENDIDIKAN MUZIK
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 3/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
3 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
PENDIDIKAN SEJARAH MAMPU MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH. JUSTIFIKASIKAN KEPENTINGAN DAN
KEBERKESANAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM MEMUPUK HUBUNGAN
ETNIK YANG HARMONIS.
ABSTRAK
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam
mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Oleh itu dalam tugasan kali
ini akan membincangkan peranan pendidikan Sejarah dalam memupuk hubungan etnik yang
harmonis di kalangan pelajar. Dalam tugasan ini juga ada dikupas mengenai turut mengupas
isu-isu perpaduan kaum, matlamat dan kepentingan pendidikan Sejarah. Malah ia turut
memberi beberapa cadangan dan langkah agar pendidikan Sejarah mampu menerapkan nilai-
nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek kandungan,penerapan nilai serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN
Pendidikan sejarah adalah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.
Mempelajaran sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan, tetapi ianya
boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah
berlaku. Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkaitrapat dengan jatuh
bangunnya sesuatu bangsa dan negara maka sejarah patut dijadikan garis panduan untuk
pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Patriotisma adalah satu
elemen utama dalam pendidikan sejarah yang bertujuan membina kesedaran dan
mengukuhkan semangat perjuangan dan cintakan bangsa dan negara. Memupuk nilai-nilai
patriotisme pada umumnya menjadi matlamat penting pendidikan sejarah dan ianya dapatdicapai sekiranya kurikulum sejarah negara ini menitikberatkan nilai-nilai ini.
Melalui nilai patriotisme yang menjadi asas untuk mengembangkan semangat
kebangsaan dan semangat kenegaraan, adalah diharapkan generasi muda mempunyai
semangat ketahanan yang baik, berbangga dengan negara mereka dan mampu menghadapi
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 4/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
4 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
persaingan dalam dunia yang berubah. Semangat patriotisme ini akan memperkukuhkan
perkembangan individu dengan membina semangat cintakan bangsa dan negara, mencurahkan
kesetiaan dan perjuangan mereka kepada kepentingan agama, bangsa dan negara. Beberapa
contoh pendidikan yang bertujuan menanamkan semangat patriotisme boleh diteliti seperti yang
berlaku di negara Jepun dan Amerika Syarikat.
Nilai-nilai patriotisme di negara ini perlu disemai dengan meluas dalam sistem
pendidikan dan persekolahan. Justeru itu, kurikulum pendidikan di sekolah perlu dikaji semula
bagi tujuan memupuk dan menyemaikan semangat patrotisme di kalangan generasi muda.
Semangat patriotisme amat penting bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dan
cuba menghancurkan pembinaan konsep negara-bangsa.
Pendudukan Inggeris selama 171 tahun (1786-1957) ke atas Tanah Melayu telah
mengubah landskap komposisi penduduk Negara ini. Dasar Inggeris membawa masuk tenaga
kerja dari India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi Tanah Melayu,
terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah menjadikan Negara ini sebuah
Negara yang berbilang bangsa (Chamil Wariya 2007). Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
pihak British telah menggalakkan lagi kemasukan imigran ke Tanah Melayu terutamanya
jaminan perlindungan terhadap keselamatan para imigran yang berada di bawah British.
Justeru, berlakulah kebanjiran imigran di Tanah Melayu. Oleh yang demikian dengan dasar
british ini maka ramailah etnik ysng wujud di tanah melayu.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara
Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah
dan perintah’. Polisi sedemikian juga diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita
dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi
Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu
bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa
ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian
lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.Selain
daripada membentuk dasar pecah dan perintah dari segi petempatan dan ekonomi, British juga
telah meninggalkan sistem pelajaran yang jelas menggalakkan pemisahan antara kaum.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 5/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
5 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
Peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar kepada kita
bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di
Malaysia. A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi pengajaran kepada
kita. Kita selama ini rupa-rupanya gagal menyatupadukan rakyat. Perpaduan mungkin berada
di kulit yang nipis secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak berakar umbi. Peristiwa
ini mengajak kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah baru untuk mengukuhkan
perpaduan.
Perisiwa tersebut memberi pengajaran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah-
masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Kerajaan memperkenalkan dua
perkara asas penting mulai tahun 1970 iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk
mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan rakyat. Bidang pendidikan dikekalkan
sebagai teras penting untuk menjayakan hasrat Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), pembangunan dalam bidang pendidikan
ditumpukan kepada usaha memperkukuhkan system pendidikan bagi menggalakkan inegrasi
nasional (Mohamad Rodzi 2009).
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza darisegi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha
untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya.
Justeru itu persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia
Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu,
yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk
hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-
nilai sebagai rakyat Malaysia.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 6/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
6 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
ISU-ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Dalam isu ini, sistem persekolahan yang pelbagai aliran di Malaysia seperti sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil merupakan
isu yang sering diperdebatkan dan akhirnya tiada jalan penyelesaian. Isu-isu sistem
persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia berbilang bangsa, kerana
bukan suatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarakat yang
mempunyai pandangan dan kepentingan berbeza. Sistem persekolahan Malaysia tidak banyak
berubah dari aspek perpaduan kaum. Kewujudan sekolah pelbagai aliran ini telah menghalang
pelajar-pelajar untuk membina hubungan baik seperti beramah mesra, bergaul, bersukan ,
makan bersama, saling kenal-mengenal , dan merapatkan hubungan silaturahim (Mior Khairul
Azrin b.Mior Jamaluddin, 2011).
Selain daripada pendapat Mior Khairul Azrin b.Mior Jamaluddin, 2011, Ridhuan Tee
(2010) juga turut bersetuju bahawa kewujudan sistem persekolahan berasaskan kaum seperti
SJKC memberi pengaruh kepada masalah perkauman di Malaysia. Kebanyakan orang Cina
memilih sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak-anak mereka mendapat
pendidikan. Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan kerana melalui pendidikan
mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka.
Hal ini turut diakui oleh Lee Yoke Fee (2004) yang berpendapat orang Cina tertama
yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk mengekalkan Mandarin sebagai
bahasa ibunda. Hal ini berlaku kerana mereka ingin mengekalkan identiti dan kebudayaan
Cina. Oleh yang demikian integrasi nasional atau perpaduan kaum sukar dicapai kerana
perbezaan-perbezaan yang wujud ini.
Selain daripada masalah kewujudan sekolah pelbagai aliran Ridhuan Tee Abdullah
(2010) dan Lee Yoke Fee (2004) turut mengemukakan beberapa isu perpaduan yang lain
antaranya ialah, tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa,
tradisi, agama dan budaya hidup. Malahan kesatuan wilayah juga berbeza apabila orang
Melayu tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju. Sedangkan orang Cina
hidup di kawasan pantai barat yang lebih maju. Seterusnya menurut Ridhuan lagi tiada
keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan politik. Kuasa poitik berada di tangan
orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 7/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
7 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
Ishak Saat (2010) pula menyatakan aspek politik yang menyumbang kepada masalah
perpaduan kaum. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepelbagai
latarbelakang cenderung mengamalkan fahaman politik berasaskan kaum masing-masing .
Malah ahli-ahli politik sendiri sering menggunakan isu-isu perkauman dan perpaduan untuk
mendapat sokongan politik yang semakin pudar. Keadaan seperti ini secara tidak langsung
turut menjejaskan integrasi dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat.
Manakala Ahmad bin Rahim, et.all (2011), membawa faktor isi kandungan kurikulum
seperti Sejarah yang menjejaskan perpaduan. Kurikulum Sejarah dikatakan bersifat
terlalu ”Melayu centrik” .Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan
memakmurkan negara perlu diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah orang
Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain juga perlu dilihat
dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah agar mata pelajaran lebih menarik, bersifat universal
dan mempunyai nilai tambah. Setiap kaum mempunyai tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk
kemerdekaan dan kemajuan negara.
Dalam pada itu, Mohd Rozi (2009) turut bersetuju bahawa bahawa sumbangan kaum,
masyarakat dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara
menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan
perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia yang seterusnya boleh meningkatkan
perpaduan dalam kalangan rakyat.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 8/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
8 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
KEPENTINGAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEJARAH
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan agen
perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan generasi muda atau pelajar. Pendidikan, sering kali dianggap sebagai teras utama ke
arah perpaduan nasional dan pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Setelah
peristiwa 13 Mei 1969, kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu,
ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen
perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka. Tumpuan kemudiannya
adalah kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan
patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.
Pendidikan sejarah telah dijadikan agenda utama dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk
mencapai matlamat di mana hubungan etnik yang harmonid dapat diwujudkan. Malah, cabaran
pertama yang digariskan dalam gagasan negara adalah ke arah pembentukan bangsa
Malaysia yang mempunyai matlamat yang sama. Ia perlu menjadi bangsa yang aman dengan
integrasi wilayah dan etnik, hidup dalam harmoni, adil, saksama ke arah bangsa Malaysia yang
taat dan setia kepada Negara. Masyarakat yang bersatu padu, berintegrasi, mengamalkan
toleransi serta beridentiti nasional menjadi tonggak utama Dasar Wawasan Negara bagi
membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni (Haminah
binti Suhaibo:2010).
Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang
boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama.
Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan
masyarakat sumbanga-sumbangan tokoh-tokoh negara dalam memerdekakan tanah melayu, di
mana pelbagai kaum terlibat dan bersatu padu untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa
depan negara. Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat yang dimaksudkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha
mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni seperti
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 9/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
9 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
bekerjasama, tolong -menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat menghormati dan
bertoleransi (Ee Ah Meng 1996).
Kepentingan mata pelajaran Sejarah ini turut juga diwar-warkan oleh Omar Mohd
Hashim (1991) yang berpendapat Sejarah ialah satu mata pelajaran yang memainkan peranan
penting kearah mencapai matlamat pembangunan. Bagi negara kita yang masih dalam proses
pembangunan, murid-murid di sekolah dapat ditanamkan semangat patriotik, kebangsaan serta
kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah, diharap dapat membina semangat
perpaduan dan perasaan hormat-menghormati terutama dalam masyarakat berbilang kaum,
keturuan, agama dan adat resam.
PENDIDIKAN SEJARAH KE ARAH MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS
Antara cadangan yang dikemukakan adalah mengenai isi kandungan kurikulum sejarah.
Kurikulum yang ditampilkan perlulah bersifat futuristic dan berdaya saing di mana
keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Selain daripada itu dalam isi
kandungan kurikulum, perlulah ditampilkan ilustrasi dan juga gaya penyampaian yang menarik
dan mudah difahami agar dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikutinya. Kurikulum
sejarah pada masa kini perlulah bersifat progresif, dinamik dan seimbang sertas harmonis.
Dengan kata lain, kurikulum yang dihasilkan perlulah berpusatkan pelajar, realistic serta
praktikal dan juga boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan seharian. Isi kandungan
kurikulum sejarah juga perlulah dilihat kembali agar sumbangan semua kaum di Negara ini
dapat dilihat dan dihargai (Ahamad bin Rahim, et . all, 2011).
Sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh kaum Melayu, Cina dan India terhadap
proses mendapatkan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan perlu dimasukkan dalam
kurikulum. Contohnya dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman,
Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalusi dari perspektif
perpaduan dan integrasi kaum di Negara ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan tafsiran sejarah
yang dipelajari lebih menjuruskan kepada sejarah orang-orang melayu atau ‘melayu centric’.
Seharusnya kurikulum sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat merasakan
sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Hal ini sangat penting agar setiap
kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain. Kurikulum sedemikian akan
dapat menarik minat pelajar dari semua kaum dalam menilai sumbangan kaum mereka
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 10/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
10 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
terhadap sejarah pembangunan Negara. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan
perpaduan di kalangan mereka (Ahamad bin Rahim, et.all, 2011).
Selain daripada isu-isu di atas guru juga sangat berperanan dalam menjadikan
hubungan etnik di negara ini menjadi harmonis, dimana guru perlu menjiwai sesuatu watak dan
juga semangat perjuangan yang ada pada pejuang-pejuang yang terdahulu agar penyampaian
guru masuk ke dalam minda pelajar dan meresap ke dalam diri pelajar. Yakinkan pelajar
betapa susahnya bagi mendapatkan kemerdekaan dan betapa pentingnya hubungan yang
harmonis di kalangan etnik diperlukan. Guru juga perlu menjadikan matapelajaran sejarah ini
sesuatu yang menarik dan pastikan jalan penceritaan yang dibuat tidak tersangkut-sangkut.
Jika ini berlaku boleh menjejaskan tumpuan pelajar itu sendiri.
Dengan teknologi yang ada sekarang ilustrasi dan video-video yang menarik dapat
menarik minat pelajar dalam Matapelajaran sejarah ini. Semasa saya bersekolah dahulu guru
sejarah dapat menyampaikan ilmu sejarah dengan baik sekali dan juga isu-isu yang sensitif
tidak langsung di sebut. Ini berlaku agar sensitiviti sesuatu kaum tidak berlaku dalam kelas
beliau. Beliau menggunakan sepenuh masa yang ada dengan teknik pengajaran yang sangat
baik sekaligus hubungan diantara pelajar Merayu, Cina dan India sangat harmonis dapat
diwujudkan.
Seterusnya adalah cadangan mengenai konteks penerapan nilai dalam sejarah. Hal ini
adalah kerana subjek sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai
kemasyarakatan, intelektual dan social untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang
lebih seimbang. Menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan sejarah dapat
dibahagikan kepada empat iaitu, nilai individu, nilai politik, nilai sosial dan kemasyarakatan dan
juga nilai intelek. Oleh yang demikian, kurikulum sejarah yang dibentuk perlulah memberi
penekanan kepada nilai unsur ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang
dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmonis, khususnya dalam konteks
masyarakat pelbagai etnik di Negara ini.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 11/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
11 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui
pendidikan Sejarah tiada jalan noktahnya. Pendidikan Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik
untuk merealisasikan hasrat ini. Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak
kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan, dalam konteks Malaysia yang mempunyai
masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan
memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini. Langkah kabinet untuk
membentuk sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum
Sejarah dianggap satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa.
Sebagai rakyat Malaysia, semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan
menemui titik noktahnya. Oleh yang demikan, semua kaum di Malaysia perlulah menanam
sikap toleransi, kekitaan dan saling mempercayai antara satu sama lain, selain meletakkan
kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing.
Kita tidak mahu isu dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk
tempoh 50 tahun yang akan datang. ‘Gagasan1 Malaysia’yang diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah
memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini.Oleh itu,
kurikulum Sejarah dilihat sebagai tempat yang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat
ini.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 12/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
12 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
juga saya menyiapkan tugasan individu ini yang telah diamanahkan kepada saya di bawah tajuk
Hubungan Etnik (WAJ 3106). Tajuk ini diseliakan oleh Puan MRM Malar Muthiah Terima kasih
yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya kerana beliaulah saya dapat
menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak membantu saya dalam menghasilkan tugasan yang
berkualiti ini.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada ahli keluarga yang memahami situasi saya
dalam proses menyiapkan tugasan. Sokongan moral yang diberikan menjadi penyuntik
semangat untuk saya terus menghasilkan tugasan yang berkualtiti ini dan sekaligus
meneruskan pengajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sepejuangan
kerana banyak membantu saya dalam mendapatkan bahan-bahan bagi menyiapkan tugasan
individu ini. Semasa soalan ini diserahkan, saya menghadapi masalah dalam memahami apa
yang dikehendaki oleh soalan, saya berasa tertekan dengan memikirkan apa yang dikehendaki
oleh soalan dan juga kekangan masa penghantaran tugasan individu ini. Semasa interaksi
kedua, Puan MRM Malar Muthiah telah menerangkan dengan lebih terperinci. Dapatlah kiranya
saya memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Beliau menjelaskan satu persatu apa yang
perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan apa yang disediakan oleh saya mencapai apa
yang dikehendaki oleh soalan.
Dalam menyiapkan tugasan, saya pergi ke beberapa buah perpustakaan yang ada di
daerah saya, banyak info berguna yang saya dapat di perpustakaan tersebut. Selain daripada
itu ada juga saya meminjam buku rujukan daripada rakan sekerja. Rakan-rakan sekerja juga
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya
mempunyai masalah masa dalam menyiapkan tugasan ini, masalah saya adalah kekanganan
masa, bahan yang tidak mencukupi, bahan rujukan yang kurang. Bagi mengatasi masalah ini
saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan dengan kerja-kerja di sekolah dan
juga tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Bagi mengatasi masalah ini saya membuat jadual untuk menyiapkan tugasan ini. Saya
susun jadual dalam menyiapkan tugasan projek ini, masa untuk menyiapkan tugasan sekolah
juga masa untuk keluarga. Saya perlu disiplin dalam melatih menggunakan jadual yang saya
sendiri sediakan. Saya tidak berasa tertekan dalam menyiapkan tugasan ini dengan
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 13/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
13 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
perancangan yang baik dan juga rapi. saya juga akan mempraktikkan amalan ini pada masa
akan datang. Selain daripada itu saya juga mnghadapi masalah dalam mendapatkan bahan.
Tidak banyak bahan tugasan yang ada dalam internet. Saya perlu memikirkan sendiri apa yang
perlu dimasukkan ke dalam tugasan ini, selain itu rakan-rakan juga membantu dalam memberi
idea dan juga bahan-bahan sampingan untuk menyiapkan tugasan individu ini.
Syukyur alhamdulilah saya panjatkan pada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
juga saya menyiapkan tugasan ini. Berkat kesabaran saya dan perancangan yang terperinci
dapat juga kiranyan saya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Saya juga
berharap pensyarah pembimbing saya berpuas hati dengan hasil kerja saya ini. Saya juga
berharap di masa akan datang Puan MRM Malar Muthiah dapat mengajar di kelas MTE D lagi.
Apa yang diajar oleh Puan MRM Malar Muthiah sangat mudah untuk saya memahami isi
pelajaran tersebut. Saya sangat berpuas hati mempunyai pensyarah yang prihatin terhadap
pelajarnya. Sekian terima kasih.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 14/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
14 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
REKOD KOLABORASI
TARIKH PERKARA CATATAN TANDATANGAN
13.07.2013 Menerima soalan tugasan
Projek dan taklimat dari
pensyarah WAJ 3106 dan
memahami kehendak soalan
dan membuat catatan ringkas
tentang kehendak soalan.
Tarikh hantar
tugasan ditetapkan
pada 30.7.2013
15.07.2013
Hingga
25.07.2013
Mencari maklumat dari bahan
yang berkaitan di dalam
internet dan membuat catatan
ringkas.
Mencetak maklumat
dari internet dan
mencatat secara
ringkas.
25.7. 2013
Hingga
28.07.2013
Menaip tugasan Menaip tugasan
29.7.2013 Kemaskini tugasan dan cetak
tugasan
Cetak tugasan
30.7.2013 Hantar tugasan Hantar tugasan
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 15/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
15 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
RUJUKAN
Chamil Wariya. 2007. Malaysia 50 Fakta Asas Kenengaraan. Kuala Lumpur: Media Global
Matrix Sendirian Berhad
A. Aziz Deraman.2000.Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.Kuala:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Rahim Abd. Rashid.2000. Wawasan & Agenda Pendidikan.Kuala Lumpur:
Utusan Publications
Abdul Rashid Suratnu dan Abdul Rahmad Daud. 2008. Khidmat Negara Tak
Maka Tak Cinta. Kuala Lumpur: Permasik Holdig
Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan – Teori, Analisis
Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional
Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan di Malaysia Satu Falsafah Pendidikan Guru dan Sekolah. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng.1997. Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II).Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj.Husin. 1997.Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi . Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Mohd Rodzi.2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan
Dasar Pelajaran Kebangsaan, JEBAT .36(90): 106
Mok Soon Sang.1999. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Muhammad Ismail Ahmad. 2004. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Pustaka Mawar.
7/29/2019 Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-sejarah-dalam-memupuk-perpaduan-kaum-di-malaysia 16/16
HUBUNGANETNIK WAJ 3106
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
16 DISEDIAKAN OLEH : HAFIZI IZZUAN B. RAMZANPPG MTE 3 D . Ambilan Khas
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ramlah Adam et.al.2004. Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robert F.Mager. 2006. Teknik Mendorong Pelajar Bel ajar…tanpa membunuh semangat
mereka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Shahabuddin Hashim et.al. 2007. Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Kuala Lumpur: PTS Professional.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Sejarah 2003. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.