pendidikan muzik prasekolah

20
Perkembangan kanak-kanak melalui muzik Oleh: HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR. "Movement is as necessary to mental and physical development as food." -- Grace Nash "Dance is an island in a sea of motion." -- Rudolf Laban “ If you can walk, you can dance. If you can talk, you can sing.” —Zimbabwe Proverb “ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga” . (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.) Pengenalan: Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang.

Upload: zulkiply-yaakob

Post on 23-Jun-2015

11.564 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Muzik Prasekolah

Perkembangan kanak-kanak melalui muzik

Oleh: HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN

ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

"Movement is as necessary to mental andphysical development as food."

-- Grace Nash "Dance is an island in a sea of motion."

-- Rudolf Laban

“ If you can walk, you can dance. If you can talk, you can sing.” —Zimbabwe Proverb

“ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga” .

(Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Pengenalan:

Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang.

Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.

Kenapa pendidikan muzik

Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan

Page 2: Pendidikan Muzik Prasekolah

perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik

1. Muzik dapat membantu kesan yang positif kepada perkembangan kanak-kanak.

- Perkembangan kemahiran kognitif seperti peningkatan minda dan boleh memberi sebab.

- Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan deria motor kanak-kanak

- Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktif/ terlibata secara langsung dalam muzik akan dapat:

o Membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasuki alam persekolahan.

o Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor.o Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang

tinggi.

2. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan- Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akan

mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya. - Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan.

3. Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.- Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa

seronok apabila belajar muzik

Definisi MuzikHampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

Page 3: Pendidikan Muzik Prasekolah

Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud “kejuruteraan bunyi secara artistik” . Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai “Muses” yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian . Matlamat dan objektif

MatlamatPendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara

ObjektifDengan memahami muzik kanak-kanak akan dapat;

1. menikmati pelbagai pengalaman muzik2. memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;3. merasai dan mengenal konsep muzik4. meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;5. mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas6. memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan

gerakan dan permainan alat;7. memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;8. mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;9. mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa

yang sesuai;10. mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan11. menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran muzik yang kondusif ia perlu merangkumi,

play..main permainan komunikasi gambaran imiginasi bercerita bekongsi refleksi dalam kehiduoan seharian penglibatan kumpulan dan individu dalam kehidupan

bermasyarakat. Sentiasa menggunakan latih tubi Kanak-kanak sentiasa mematuhi dan mengikut model.

Keupayaan muzik semula jadi kanak-kanak menjadi stabil apabila mereka berumur sembilan tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak, ia merupakan tempoh kritikal untuk memahami dan menghasilkan muzik (Andress, B, 1980). Jadual dibawah menerangkan kemahiran muzikal yang dikuasai oleh kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu.

Page 4: Pendidikan Muzik Prasekolah

AKTIVITI MUZIK:

Bidang Nyanyian

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

a. Mari menyanyi Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi -lagu berentak tradisional -lagu pusingan dan

-lagu suara berlapis Menyanyi secara spontan dan hafalan Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

Page 5: Pendidikan Muzik Prasekolah

b. Menyanyi secara muzikal Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan

kepada tekanan dan latihan sebutan berirama Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

-pic, tempo,corak irama, melodi; dan-ekspresi mengikut mud dan dinamik.

c. Teknik dan cara menyanyi Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel

dan warna ton Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan

dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;-pernafasan-pengeluaran suara-artikulasi-sebutan, dan -postur.

d. Meneroka dan mengenal muzik nyanyian Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti

monofoni dan polifoni. Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti

pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;

-lirik-melodi-cara menyanyi, dan-cara persembahan

Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal

Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh.

Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional

dan lagu dari negara lain.

Muzik dengan gerakan

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:

Gerakan mengikut lirik lagu

Page 6: Pendidikan Muzik Prasekolah

Gerakan mengikut konsep muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik; dan Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu ;

Imbangan berat badan Ruang Masa Daya/ aliran.

a. Imbangan berat badan.

Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot. b. Ruang

Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan “lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

Dari jauh menuju ke pusat badan Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu

pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

c. Masa

Faktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.d. Aliran

Page 7: Pendidikan Muzik Prasekolah

Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

Permainan alat Perkusi

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini iakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang didikirkan sesuai.

Aktiviti-aktiviti Muzik

Konsep Muzik

1. Melodi/ Lagu – Pic ........tinggi .........rendah

2. Irama (beat) rentak, meter, tekanan, tempo3. Notasi muzik.4. Harmoni ; Kod, arpeggio.5. Ekspresi – lembut, kuat6. Jalinan – monophonik (single melody line tanpa accom.) Polyphony (parts) Homophonik (one main melody & accom by chords)7. Warna ton/ timbre8. Persembahan – suara, - alat muzik ---strings ---wood winds --- brass --- perkusi9. Stail.. gaya 50an Gaya 60an Permainan Muzik:

Page 8: Pendidikan Muzik Prasekolah

Tujuan : 1. memperkembangkan keyakinan murid terhadap rentak dan irama2. memperkembangkan kepekaaan deria pendengaran.3. memperkembangkan kemahiran diri seperti kordinasi dan kreativiti4. memperkembangkan kemahiran sosial melalui aktiviti kumpulan dan

menghargai usaha dan sumbangan orang lain5. memenuhi sebahagian ruang dalam sesuatu pelajaran muzik atau sebagai

suatu cara berehat daripada rutin harian6. menyeronokkan.

Penunjuk Ajaib

Peralatan : Satu atau dua alat perkuzs

Cara bermain:1. murid duduk disekitar lantai berjauhan antara satu sama lain.2. guru bergerak disekitar mereka sambil bermain alat muzik. Minta murid-murid

tutup mata dan jari mereka tunjuk kearah guru (bunyi)3. minta seorang murid seorang murid bergerak disekitar kelas sambil

bermainan alat.

Chopstick

Keperluan: kastenet/ chopstickCara bermain :

1. kanak-kanak duduk dalam bulatan, setiap seorang memgang kastenet/ chopstick

2. mainkan muzik (rentak 3/4 dalam 3 beat* * * * * *1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3

3. pada setiap beat 1 setiap murid serahkan kastenet/ chopstik pada rakan sebelah kirinya.

3. mana-mana kanak-kanak yang mempounyai 2 atau tiada kastenet/ chopstick dihadapannya dianggap kalah dan terkeluar dari permainan.

Patung

Keperluan : Rakaman muzik

Cara bermain:1. mainkan lagu. Kanak-kanak berjalan disekitar kelas mengikut rentak muzik.

Seorang jadi ketua(didepan) yang lain mengikutinya.2. galakkan mereka bergerak dalam pelbagai gaya, yang luar biasa,

mengundur, itek, ketam, katak dan sebagainya.3. selepas beberpa ketika jerit perkataan “patung”. Kanak-kanak mesti kaku

dalam kedudukannya sehingga anda kata “jalan”4. kanak-kanak yang bergerak ketika “patung”(walaupun sedikit) dianggap kalah

dan keluar dari permainan.5. pastikan kanak-kanak bergerak mengikut rentak muzik.

Page 9: Pendidikan Muzik Prasekolah

Tiru macam saya

Keperluan: TiadaCara bermain:

1. Berlatih dengan seluruh kelas dahuluTepuk tangan 4 kali - kanak-kanak meniruTepuk bahu 4 kali - kanak-kanak meniruSentuh hidung.......Hentak kaki.......Tepuk paha......

2. buat rentak nseperti diatas mengikut sikuens. Tapi setiap kalai KK meniru, anda tukar kepada sikuens berikutnya tanpa berhenti. Seperti streching, bongkok, twist dsb.

3. gunakan lagi pelbagai cara / corak irama.

Barisan Bunyi

Keperluan : Muzik iringan, papan hitam/ white boardCara bermain:

1. Tulis nombor 1 2 3 4 5 6 7 8 dipapan hitam. Tepuk dan kira 1 hingga 8 mengikut rentak muzik

2. minta seorang kk pilih mana-mana 5 nombor dan bulatkan.3. Tepuk hanya pada beat yang dibulatkan berualang-ulang mengikut rentak

muzik4. letakan barisn nombor kedua dan ulang proses tadi. Gunakan 3 barisan

nombor yang berlainan.5. bahgikan kelas kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan menepuk satu barisan

berlainan. Atau kumpulan berlainan menepuk paha/ alat perkusi.

Bermain alat muzik/ genderang

Kanak-kanak suka bermain muzik sambil menyanyi. Mula-mula beri peluang kanak-kanak bermain bebas. Selepas itu guru boleh memainkan alat mengikut irama lagu yang betul.

Caranya:

Bahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. Tiap-tiap kumpulan diberi sejenis alat muzik yang berbeza.Contoh 3 Kumpulan:

Kumpulan 1 : tamborin/ kastenetKumpulan 2 : kerencingKumpulan 4 : kayu tik tok

Cara memainkan alat perkusi

Dengan memainkan semua alat di atas, kanak-kanak bermain sambil a. Mengikut notasi atau lirik lagu. b. Memainkan mengikut tanda masa muzik. c. Mengikut tempo d. Mengikut kehendak guru

Page 10: Pendidikan Muzik Prasekolah

e. mengikut gambar

Penggunaan kesan-kesan bunyi daripada alat-alat muzik genderang rekaan sendiri.

Kesan bunyi mengambarkan suasana di kedai mainan bunyi detik jam 12 malam (loceng selinder , kerinceng) bunyi kotak alat amain pecah (bunyi berkerik) gambaran askarberkawad (gendang) gambaran anak patung (kerinceng) bunyi harimau (bunyi mengaum, xylophone, genta) bunyi enjin keretapi (bunyi suara melalui kadbod, kayu blok atau claves) bunyi kuda ( bunyi tapak kaki, ritma tempurug, genta)

Kesan bunyi menggambarkan suasana pekan bunyi manusia berjalan –(claves, kayu dan papan ritma, blok kertas pasir) kenderaan bergerak (blok kertas pasir) ambulan, kereta polis, bomba ( bunyi dengan mulut, tiub kadbod, loceng,

kerinceng, blok kertas pasir)

Kesan bunyi menggambarkan suasana perang tenteran berkumpul ( bunyi tapak kasut, papan ritma, gendang,blok kertas pasir) kenderaan tentera bergerak (blok kertas pasir, gendang, markas, shaker,

canang)

Kesan bunyi menggambar ribut/ taufan di laut angin bertiup kencang (meniup menerusi kertas bergulung atau kotak bulu

tangkis) ombak kian bergulung (gendang, kotak slither, kertas pasir, gendang jepun kilat, petir sabung menyabung (canang, papan ritma,bunyi ayunan rotan) hujan turun mencurah-curah ( marakas, rattles atau shaker, bunyi ronyokan

kertas plastik)

Latihan:

suasana pembinaan sebuah bangunan berdekatan keadaan disebuah pasar malam suasana diperhatian keretapi keadaan semasa hari hujan( cuaca teruk) suasana disebuah ladang/ tempat ternakan haiwan kebakaran disebuah hutan kesibukan dilapangan terbang.

Contoh-contoh Lagu untuk Nyanyian :

Malaysia tanah airku

Malaysia tanah airkuTanah tumpahnya darahkuNegara yang amat kucinta

Page 11: Pendidikan Muzik Prasekolah

Hidup kekal bahagia

Malaysia tanah yang suburSentosa aman dan makmurMegahnya lagu negarakuKan ku sanjungnya selalu.

Deriasaya lihat dengan mata saya dengar dengan telinga,macam-macam warna macam-macam bunyimerah, kuning, hijau, biru tik-tok (2x) bum-bam (2x) jingga dan unggu riuh bunyinya

saya sentuh dengan jari, saya rasa dengan lidah,macam-macam benda, macam-macam benda,keras, lembut, kasar, halus, masam, manis, pahit, masinlain rasanya. Itu rasanya.

Saya hidu dengan hidungKalung bunga tanjungBau sedapnya harum wangiSenangnya hati

Sayang kepada keluarga Waktu malam

Saya sayang pada bapa sungguh indah diwaktu malamPada ibu dan saudara sunyi sepi amannya alamSaya sayang pada kakak ribuan bintang kelip-kelipanPada abang dan semua. Inilah ciptaatuhann

Merekalah berusaha cuba lihat bulan mengambangJaga saya sampai besar waktu malam terang benderangMerekalah bantu saya oh sungguh cantik seluruh alamBersekolah untuk jaya. Inilah kuasa tuhan

Lagu Haiwan: TUPAI

ADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR, JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKE

KEJADIAN TUHE, DIPANGGIL NAMA TUPA, ASALNYA DALE HUTE, SEJENIS MAMALIA

KALAU PASAI JAKEH KOT DEHE, DIALAH YANG PALING PANDAIJATUH JARE- JARE, KERANO DIA TOK SOBAR

PANDAI-PANDAI TUPA MELOPAK, JATUH TANAH JUGANAK WI KOBA ORANG JAHAT, JANGE TELAJAK MANGOTJANGE TELAJAK MANGOT

Page 12: Pendidikan Muzik Prasekolah

ORANG ZAME ITU, PAKAT HAMBAK TUPAIBIMBANG KAWOH KAYU, TAKOT TOK DEE BESAR

NYIOR DURIAN DUKU, KALAU DEE NYA KERIT TUPAPENDEK TAHUN TU, NYIOR DURIAN TAK DE NAK JUAL

ORANG KAMPONG TUPAI SEKO, HAMBAK HARI-HARINYA PAKAT LENGKONG, NYA PAKAT PEKONGTUPA TAK LEH LARI, TUPA TAK LEH LARI

TAKAT BEDIL ADO, TUPA HABIH MATIHOK NILAH SAYA RASO, KITA SANGAT RUGI

KITA MANUSIO, TINGGI MANO PON KITA NGAJINAK WAT TUPA SEKO, TENTU SEKALI DAH TAK JADI

LA NI KAMPONG, ATAS PAGAR JARE BOLEH TENGUK, BAPA TUPA, IBU TUPAJALE BAWAK ANOK, JALE BAWAK ANOK

RASA KESIAN SUNGGOH, TENGOK SEKO ANOK TUPA KERANA TELAJAK KURUH, SAMPAI TOK LEHNAK MENITI PAGA

BULU-BULUH PUN HABIH LUROH, AIR MATA BERAI-BERAIMARI DALE BAROH, BERKALI KENA RACUN TEBAKA

ADA SEKO ANOK TUPA, ATAS JULAI MOKTE,KUDUNG EKOR, PEROT LAPAR, JALE CARI MAKE, JALE CARI MAKE

Gembira Jumpa Ibu.

Hatiku gembira, bilaku bejumpa,Dengan ibu tercinta yang rajin bekerjaIbuku seorang ibu yang penyayang,Mendidik mengasuhku tanpa rasa jemuOh ibuBila keluar kemana-manaIbu sentiasa menjaga anaknya,Memakai tudung cantik sekaliWajahnya pula sopan tak berseriRiang rasa hatiu dapat ibu misali,Mendidik mengasuhku, jadi insan berilmu,Oh ibu.

Tugas Guru

Page 13: Pendidikan Muzik Prasekolah

Dari pagi sehingga ke petangTugas dijalankan penuh sabarTawa tangis rentak anak-anakJadi lagu riang dihatikuIbu bapa dan juga majikanAmalan yang telah ku terimaWalau apa rtintangan yang datangAkan ku hadapi dengan tenang.

Kasih sayang bahagi sama rata,Tugas membentuk akhlak yang muliaKalau ada jangan sampai menderaKu berjaya Dengan rasa tabah.

Hajat kamipengasuh yang cemerlangHajat kamii pengasuh yang gemilangHajat kami Khidmat yang dipatuhiHajat kami semoga diberkati.

Alat muzik:

Page 14: Pendidikan Muzik Prasekolah
Page 15: Pendidikan Muzik Prasekolah

Latihan Tangan:

5.

4. 8.

3. 7.

2 6.

1

Page 16: Pendidikan Muzik Prasekolah

Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam Muzik

P (piano) - lembut (soft)

F ( forte) - kuat (loud)

Solfa

Sekian. Selamat Berseminar.

RENUNGAN