hbms1103 pengenalan pendidikan muzik

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK NO. MATRIKULASI : 720318125096001 NO. KAD PENGNEALAN : 720318125096 NO. TELEFON : 0148529170/0128416756 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PPT TAWAU

Upload: isyati-mohammad

Post on 07-Sep-2015

107 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

asgmn

TRANSCRIPT

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012HBMS 1103PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIKNO. MATRIKULASI

: 720318125096001NO. KAD PENGNEALAN: 720318125096NO. TELEFON

: 0148529170/0128416756E-MEL

: [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN: PPT TAWAU

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN DAN DIFINISI KEMAHIRAN

BERFIKIR

2

2.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

4

3.0KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN

BERFIKIR DALAM RANCANGAN PENGAJARAN

HARIAN

8

3.1Kecerdasan Yang Pelbagai

9

3.2Meningkatkan Cara Pemikiran Pelajar

10

3.3Kesan Yang Bermakna Dalam Pembelajar Pelajar

11

3.4Keadaan Atau Suasana Yang Memberangsangkan

Kepada Pelajar

12

4.0RUMUSAN

13

5.0RUJUKAN

15

LAMPIRAN1.0 PENGENALAN DAN DIFINISI KEMAHIRAN BERFIKIRTerdapat satu lagi elemen baru didalam transformasi pendidikan Negara iaitu kemahiran berfikir. Menurut Edward de Bono (1976), mengaitkan bahawa kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang bererti, bukan hanya untuk menyelesaikan tetapi juga berfikir bagi melihat sesuatu dengan berbagai perpektif untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir juga merupakan proses menggunakan minda bagi mencari makna serta pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea mahupun ciptaan serta membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya membuar refleksi dan metakognitif terhadap proses-proses yang dialami. Proses ini termasuklah aktiviti menyusun idea, membuat kesimpulan bagi mendapat ilmu dan kemahiran yang baru yang mana ini digunakan untuk menyelesaikan masalah baru yang semakin mencabar. Terdapat tiga peringkat kemahiran berfikir iaitu peringkat pertama ialah pemikiran konkrit. Peringkat kedua pula, pemikiran abstrak dan peringkat yang ketiga pula ialah pemikiran kreatif.

Terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kreatif serta kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran nerfikir secara kreatif ialah merupaka tentang kecekapan ataupun keupayaan menggunakan minda bagi menjana serta menghasilkan idea yang tidak terhad, berkepelbagaian, asli mencabar dan dapat diperkembangkan kepada idea yang lebih meluas lagi serta terbuka. Kemahiran kreatif ini berfungsi untuk memperluaskan serta memperkembnagkan daya imaginasi dan kerativiti bagi mendapatkan idea yang banyak serta baru dan pelbagai. Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah menjana dan menghasilkan sesuatu idea yang baru, asli dan mencabar. Selain daripada itu, contoh kemahiran kreatif ialah mencipta analogik, mencipta metafora, membuat difinisi serta membuat peta konsep.

Sementara kemahiran berfikir secara kritis pula merupaka kecekapan serta keupayaan dalam penggunaan minda bagi menilai kewajaran idea-idea berdasarkan alasan serta bukti yang munasabah serta mendorong kepada pertimbangan yang lebih baik. Iannya melibatkan juga penjelasan idea untuk mempertingkatkan lagi pemahaman serta keupayaan dalam menggunakan maklumat yang lebih berkesan. Ini melibatkan dalam proses menilai dan menganalisis idea, maklumat atau data untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas, kukuh serta bermakna. Antara contoh berfikir secara kritis ialah membanding dan membeza, menbuat katagori, menentukan sumber, menerangkan sebab, membuar ramalan, membuat inferens serta menilai sesuatu.Bagi memupuk budaya berfikir dikalangan pelajar, guru hendaklah dapat mengajar kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) secara eksplisit dan kemudiaannya diaplikasikan oleh murid daalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada itu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) juga dapat disepadukan serta disebatikan didalam aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajarn. Guru juga seharusnya mengajar kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) di dalam isi pengajaran.

Perlaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan dapat di lihat melalui kesediaan guru, kemahiran pedagogi guru serta sikap individu itu sendiri sama ada secara khusus mahu pun secara amnya. Seterusnya, setiap guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) di dalam bilik darjah melalui matapelajaran yang mereka ajar. Sehubungan dengan itu, guru perlualah menembah ilmu sama ada pedagogi atau kemahiran yang baru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini.2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa : 1 Jam

Tahun

: 4 UM

Bidang

: Nyanyian

Konsep: Irama

Objektif: Diakhir sesi pengajaran dan pembelajar diharapkan pelajar-

Pelajar dapat:

(a) Menyanyikan lagu Burung KakakTua dengan sebutan yang jelas dan betul(b) Menyanyikan lagu Burung Kakak Tua dengan iringan muzik

(c) Membuat pergerakan kreatif berdasarkan lirik dan mud lagu

Objektif KB: Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran diharapkan pelajar-

Pelajar dapat:

(a) Menjana idea dengan memindahkan senikata lagu dalam bentuk cerita pendek

(b) Membezakan lagu rakyat dengan lagu tradisional

(c) Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan

Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah didedahkan pengetahuan tentang lagu tradisionalKemahiran Berfikir: a. Menjana idea b. Membuat banding beza c. Membuat ramalan d. Membuat inferens

Bahan Bantu

Mengajar: cd, alat pemain video, carta lagu, slaidLangkah/MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan/

BBM

Set InduksiSoal jawab tajuk lagu Pelajar ditunjukkan senikata lagu Burung Kakak Tua Pelajar dikehendaki membaca senikata lagu Pelajar dikehendaki membuat cerita pendek berdasarkan senikata lagu

Contoh arahan guru:-

1- Sila buat cerita pendek berdasarkan senikata yang ditunjukkanKBKK:Menjana idea

BBM:

Carta lagu

Langkah 1Menamakan jenis-jenis lagu dan contohnya Pelajar diterangkan tentang ciri-ciri lagu rakyat

Pelajar dikehendaki menyatakan perbezaan antara lagu rakyat dengan Lagu tradisional.

Contoh soalan guru:-

1- Nyatakan secara ringkas perbezaan antara lagu rakyat dengan lagu tradisional dari segi ciri-cirinya.KBKK:Banding beza

BBM:

Slaid tentang ciri-ciri lagu rakyat

Langkah 2Menyanyi lagu secara kelas Pelajar dipertonton dan diperdengarkan lagu Burung Kakak Tua Pelajar diajar menyanyi lagu burung kakak tua secara kelas mengikut muzik

Pelajar menyanyi lagu burung kakak tua secara kelas mengikut muzik

Guru memperbetulkan kesalahan sebutan murid jika ada

BBM:Cd

Pemain video

Langkah 3Menyanyi lagu secara kumpulan Murid membentuk kumpulan mengikut ramai kumpulan yang ditetapkan Murid menyanyi lagu mengikut satu-satu kumpulan dengan iringan muzik mengikut sebutan yang betul

BBM:Cd

Pemain video

Langkah 4Menyanyi lagu secara individu Guru meminta murid untuk menyanyi secara individu mengikut muzik Guru bertanya pendapat murid tentang persembahan rakan dan cara-cara untuk memperbaiki persembahan

Murid menberi inferens dan ramalan tentang persembahan rakan

Guru memberi ganjaran hadiah kepada murid yang berani tampil untuk menyanyi secara individu

KBKK:

Inferens

Ramalan

BBM:Hadiah

Langkah 5Membuat gerakan kreatif berdasarkan lagu Pertandingan secara kumpulan:--murid diminta membentuk kumpulan

-murid diminta mencipta gerakan kreatif berdasarkan senikata lagu dan mud lagu

-murid diminta mempersembahkan nyanyian dan gerakan yang telah dibincangkan di dalam kumpulan untuk dipertandingkan

-kumpulan yang mencipta gerakan yang paling kreatif serta menyampaikannya dengan baik akan dikira sebagai pemenang-pemenag akan diberi ganjaran hadiah

BBM:Hadiah

KBKK:

-Menjana idea

-Membuat

ramalan

-Membuat

inferens

Langkah 6Membuat pengurusan grafik banding beza Sekali lagi murid diminta membentuk kumpulan Setiap kumpulan diminta berbincang dan membuat pengurusan grafik banding beza ciri lagu rakyat dan lagu tradisional

Setelah siap, ketua daripada setiap kumpulan untuk membentangkan hasil pengurusan grafik mereka

Guru akan berbincang bersama murid tentang hasil pembentangan

BBM:-Kertas majong

-pen marker

pelbagai

warna

KBKK:

-PG banding

beza

Penutup

Guru membimbing murid untuk menjana idea mereka tentang kepentingan mempelajaria kemahiran banding beza

Guru menyoal murid tentang kepentingan menggunakan kemahiran banding beza dalam proses pembelajaran mereka

KBKK:Menjana idea

REFLEKSI

: Murid...........................................................................................................

Guru.............................................................................................................

Impak...........................................................................................................

Tindakan susulan.........................................................................................

3.0KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIANDalam bidang pendidikan, menguasai kemahiran befikir KBKK pada zaman globalisasi kini merupakan suatu perkara yang sangat penting. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif Kementerian Pelajar Malaysia telah diperkenalkan iaitu satu program yan dinamakan program penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1992, program ini telah diperkenalkan secara rasminya dalam kurikulum sekolah dan pada tahun 1993 pula dalam kurikulum pendidikan guru.

Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk penyebatian KBKK di dalam matapelajaran yang diajar. Oleh sebab kemahiran berfikir tidak tumbuh secara semulajadi, maka setiap guru perlukan mengembangkannya didalam pendidikan secara formal.

Penyebatian Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis dalam proses pengajaran dan pembelajara dapat dilaksanakan melalui pelbagai langkah pengajaran seperti dalam langkah pengenalan, di dalam langkah pengajaran, di dalam refleksi serta metakognitif, di dalam aktiviti pengukuhan dan juga aplikasi.

Penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dilaksanakan di dalam pengajaran pembelajaran melalui dua langkah atau cara itu penyebatian sepenuh dan penyebatian separa. Melalui RPH yang disediakan, saya mengunakan proses penyebatian separuh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajara muzik tahun 4.

3.1 Kecerdasan Yang Pelbagai

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggunakan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak akan menjadi pembelajaran yang efektif. Seperti yang diketahui, setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan gaya pembelajaran yang berbeza. Sehubungan dengan itu, penyebatian kemahiran secara kreatif dan kritis merupakan salah satu strategi yang sangat berkesan bagi menangani masalah kecerdasan yang pelbagai para pelajar serta kepelbagaian gaya pembelajaran.

Setiap pelajar mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Gaya pembelajara ini kadangkala dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada pelajar yang lebih cenderung untuk mempelajari maklumat konkrit seperti fakta dan konsep, namun sebilangan besar pelajar lebih menggemari untuk mempelajari maklumat dengan cara visual seperti gambarajah dan carta aliran. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang menggemari untuk mempelajar maklumat dengan cara verbal atau kuliah. Terdapat juga pelajar gemar untuk membuat perbincangan, belajar secara reflektif, belajar secara urutan, belajar memahami gambaran serta banyak lagi jenis gaya belajar yang ditunjukkan untuk mendapat maklumat.

Jika gaya pembelajaran pelajar adalah sama dan selari dengan pengajaran guru, maka proses pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadi sangat efektif tetapi jika sebaliknya, ini akan membuat para pelajar ini mudah bosan, kurang dalam memberikan tumpuan serta mempunyai tanggapan yang negetif terhadap matapelajaran itu sehingga menyebabkan penurunan prestasi tentang matapelajaran itu. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya selari dan seiring dengan situasi begini. Oleh yang demikian, penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu strategi yang berkesan untuk mencapai hasrat ini.

Sehubungan dengan itu, melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, seperti set induksi, saya telah menggunakan kemahiran berfikir secara keratif iaitu menjana idea. Melalui proses penyebatian di sini, guru akan dapat mengetahui kecerdasan pelbagai murid serta gaya pembelajaran mereka. Melalui set induksi itu tadi, murid akan dapat mengeluarkan idea melalui penulisan cerita pendek berdasarkan petikan senikata lagu yang diberi. Guru akan cuba membincangkan sesame murid tentang penulisan cerita pendek yang ditulis oleh mereka. Penjanaan Idea akan berlaku di dalam set induksi dan ini akan menggalakkan proses kemahiran berfikir ini. Selain daripada itu, Elemen merentas Kurikulum (EMK) juga dapat dilaksanakan di dalam set induksi ini. Elemen merentas Kurikulm yang dilaksanakan ialah elemen kreatif.

3.2 Meningkatkan Cara Pemikiran Pelajar

Dalam proses penyebatian kemahiran berfikir kreatif dan kritis, guru mengajar secara eksplisit iaitu dengan cara menyebatikan pengajaran di dalam isi kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh para pelajar semasa proses berfikir serta meninggkatkan cara pemikiran pelajarnya. Sehubungan dengan itu, penyebatian ini akan dapat menggalakkan cara peningkatan pelajar ini berfikir dan ini berbeza jika pelajar tidak diajar penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam langkah pengajaran langkah 1, penyebatian Kemahiran berfikir dilaksanakan iaitu kemahiran pemikiran kritis dimana aktiviti banding beza telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid dikehendaki mencari perbezaan lagu tradisional dengan lagi rakyat melalui ciri yang berbeza. Melalui proses banding beza ini, guru dapat mempertingkatkan pemikiran pelajar dan membantu murid untuk mengimbas kembali pengajaran yang lepas. Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran dapat dipertingkatkan. Proses penyebatian ini sememangnya dapat membantu murid untuk mempertingkatkan minda mereka dan sentiasa memahami sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru.

Proses penyebataian kemahiran berfikir juga dilaksanakan pada langkah pengajaran, langkah 6. Pada langkah 6 ini, murid diminta untuk membuat pengurusan grafik dan dan mengaplikasikan kemahiran banding beza ini dalam bentuk pengurusan grafik. Di sini, guru telah membantu murid untuk mempertingkatkan cara pembelajaran murid dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak membosankan. Pengurusan Grafik dapat digunakan serta dilaksanakan dalam penyebatian kemahiran berfikir. Sememangnya pengurusan grafik akan dapat mencetus idea-idea baru murid dalam bentuk yang menarik dan proses ini akan meningkatkan lagi cara pemikiran pelajar.3.3 Kesan Yang Bermakna Dalam Pembelajaran Pelajar

Di dalam proses penyebatian KBKK, guru menggunakan ransangan yang eksplisit bagi membimbing pelajar bagi mengamalkan pemikiran yang bijak sambil pelajat itu mempelajari fakta, konsep serta kemahiran yang berkaitan dengan kandungan pelajaran. Sehubungan dengan itu, dengan mengamalkan penyebatian KBKK ini, ianya akan memberi kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian ini akan membantu para pelajar untuk mengaplikasi pembelajaran di dalam kehidupan harian para pelajar.

Melalui langkah pengajaran langkah 5, proses penyebatian kemahiran berfikir melalui pemikiran kreatif akan dilaksanakan melalui penjanaan idea, membuat ramalan dan inferens. Di dalam langkah ini, murid dikehendaki menjana idea dengan mencipta gerakan kreatif berdasarkan senikata lagu dan mud lagu yang diperdengarkan. Ini akan memberikan keseronokkan kepada pelajar seterusnya memberikan kesan yang bermakna kepada pembelajaran murid-murid. Melalui aktiviti yang nyanyian dan gerakan, setiap kumpulan murid akan cuba memberi idea untuk mencipta bentuk gerakan yang menarik. Kreativiti murid akan dapat dipertunjukkkan melalui penyempaian persembahan setiap kumpulan.Setelah melakukan aktiviti nyanyian dan gerakan kreatif, murid-murid diberi peluang untuk membuat ramalan dan inferens tentang persembahan rakan-rakan mereka. Aktiviti ini sememangnyalah dapat membantu dan memberi kesan yang bermakna di dalam proses pembelajaran murid. Kanak-kanak akan berasa dihargai selepas aktiviti ini dijalankan dan ini menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang positif. Sehubungan dengan itu, penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid untuk menerima pembelajaran yang bermakna.

3.4 Keadaan Atau Suasana Yang Memberangsangkan Kepada Pelajar

Proses penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam bilik sangatlah penting bagi mewujudkan suasana yang memberangsangkan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, seharusnya berusaha untuk menukarkan amalan pengajaran mereka di kelas agar amalan ini benar-benar berbeza daripada amalan di kelas konvensional. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya mempunyai kemahiran pedagogi, yang mantap, pemgetahuan ilmu yang meluas serta sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, seseorang guru haruslah memiliki kemahiran-kemahiran tersebut untuk melakukan proses penyebatian kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis di bilik darjah kerana ini akan lebih memberangsangkan murid untuk menjalanin proses pembelajaran mereka dan ini akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi pencapaian sesuatu matapelajaran.

Di dalam penulisan Rancangan pengajaran Harian (RPH) langkah penutup, proses penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui aktiviti pengukuhan, murid dikehendaki menjana idea tentang kepentingan untuk mempelajari kemahiran- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti penjanaan idea ini, proses pembelajaran murid akan dapat dirangsangkan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Secara keseluruhannya, di setiap langkah pengajaran yang mengandungi penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan membantu suasana pembelajaran lebih bermakna memandangkan suasana pembelajaran yang memberangsankan dapat mempertingkatan proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokan serta tidak membosankan. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bermakna dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh setiap guru.4.0 RUMUSANBidang pendidikan merupakan satu faktor domain bagi menentukan sebuah kejayaan sesebuah Negara. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan system pendidikan Negara. Menyedari bahawa kemahiran berfikir merupakan satu item yang amat penting, Kementerian Pelajar Malaysia telah melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi merialisasikan hasrat kerajaan, guru seharusnyalah mengembleng tenaga bagi mempertingkatkan sistem pendidikan Negara.K.Narayanasamy (2000) menyatakan bahaya guru yang inovatif dan kreatif perlulaah memikirkan bermacam cara dan pelbagai aktiviti lain untuk mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan bidang masing-masing. Ini menunjukkan betapa pentingnya penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah.

Namun begitu, kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mementapkan lagi penggunaan kemahiran berfikir di dalam setiap matapelajaran. Penyebatian kemahiran befikir secara kreatif dan kritis juga akan dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Kepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.(2580 patah perkataan)

5.0 RUJUKAN

1. K.Narayaanasamy. 2000. Melayan pelbagai gaya pembelajaran:pengajaran kemahiran berfikir sebagai satu alternative berkesan. Jurnal Pendidikan TIGAENF. 2(3): 64-702. Mok Soon Sang. 2009. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

3. Mok Soon Sang. 2010. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

LAMPIRAN

PAGE 17

_1253083327.bin