dunia muzik - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/.../dokumenstandardkurikulumduniamuzikthnpen… ·...

15
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS DUNIA MUZIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: buithuan

Post on 06-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

DUNIA MUZIK (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Dunia Muzik Tahun Pengukuhan

Pengalaman Muzikal 2

Penghasilan Muzik 4

Apresiasi Muzik 5

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK

Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani

cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan

pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

1

KSSRPK DUNIA MUZIK

PENDAHULUAN Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk murid-murid Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Dokumen Standard ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea disamping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan ini, dokumen standard ini dibina dengan bertumpu kepada dua standard utama iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ;

i. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat genderang,

ii. Mengoptimumkan sisa pendengaran agar murid sedar akan kewujudan muzik (bunyi),

iii. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan bermain alat muzik.

FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dibina berasaskan dua standard iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. Standard Pengalaman Muzikal Standard ini memberi pengalaman muzikal kepada murid menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat muzik. Standard Apresiasi Muzik Standard ini memberi pendedahan kepada murid untuk menghargai dan menghayati pelbagai jenis muzik (bunyi).

2

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN PENGUKUHAN

STANDARD 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi lagu dengan menggunakan

isyarat komunikasi

1.1.1 Menghayati lirik lagu dengan bantuan bahan visual dan dapat meluahkan

secara gesture

1.1.2 Mengesan dan mengenal ton suara

Contoh ton suara:

-suara bercakap

-suara menyanyi

-suara memanggil

-suara berbisik

1.1.3 Menyanyi dengan postur

- postur duduk

- postur berdiri

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat

- guru menetapkan tempo lagu yang hendak dinyanyikan

1.1.5 Menyanyi dengan menggunakan bahasa isyarat komunikasi

- latihan berisyarat

3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Memainkan perkusi secara

solo atau berkumpulan dari

pelbagai repertoire

Memainkan perkusi tanpa pic

- Kemahiran asas

- Irama

1.3 Muzik dan Gerakan

1.2.1 Memainkan perkusi dengan teknik konvensional.

- postur

- cara memegang alat

- cara memainkan alat

1.2.2 Memainkan alat perkusi mengikut tempo.

1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan bunyi kuat/lembut, tinggi/rendah, cepat/lambat dan

panjang/pendek.

- Menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan bunyi seperti rekorder

dan kibod

1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lagu aksi (action song) dan permainan nyanyian

(singing games)

4

STANDARD 2 : PENGHASILAN MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Kreativiti menerusi akitviti

muzikal

2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokan suara dan perkusi badan.

Contoh aktiviti perkusi badan:

- Bertepuk tangan

- Menepuk peha

- Memetik jari

2.1.2 Meniru suara haiwan, suara manusia, kenderaan, bunyi alam semulajadi

5

STANDARD 3 : APRESIASI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Penghayatan muzik dari

pelbagai repertoire

- Muzik patriotik

Negaraku

Lagu negeri

Lagu sekolah

- Lagu rakyat

3.1.1 Membezakan ton suara manusia yang didengar

- perbezaan ton suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara

Dewasa

3.1.2 Pendedahan kepada muzik yang diperdengarkan

- Mud (riang, sedih, marah dan takut)

- dinamik (cepat, lambat dan kuat-lembut)

- tekstur ( dengan iringan – tanpa iringan dan solo-kumpulan)

Contoh aktiviti

- Bersoaljawab

- menggambar