dunia seni visual - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/dokumenstandardkurikulumduniasenivi… ·...

20
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: vongoc

Post on 03-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 3: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Dunia Seni Visual Tahun Pengukuhan

Bidang 1 – Menggambar 3

Bidang 2 – Membuat Corak dan Rekaan 5

Bidang 3 – Membentuk dan Membuat Binaan 7

Bidang 4 – Mengenal Kraf Tradisional 9

Page 5: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

Page 7: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK

Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani

cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan

pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

1

KSSRPK DUNIA SENI VISUAL PENDAHULUAN Kurikulum Kreativiti Dan Seni Visual merupakan salah satu cabang bidang ilmu kesenian yang luas. Sebagai satu bidang ilmu, seni visual turut berperanan dalam sistem pendidikan.

Kreativiti Dan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.

Murid sekolah rendah keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat melalui visual, imaginasi dan daya pemikiran. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meningkatkan apresiasi terhadap estetika kesenian.

Perkembangan bidang ilmu serta perubahan kepada penekanan dasar pembangunan negara menuntut supaya rancangan pendidikan atau kurikulum persekolahan ditransformasikan. Pendidikan Seni Visual juga tidak terkecuali daripada arus perkembangan ini.

MATLAMAT

Kreativiti Seni Dan Visual Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif, kritis dan produktif secara intelektual menerusi aktiviti kesenian.

OBJEKTIF

Kurikulum Pendididikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ;

i. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

ii. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis dan kreatif sebagai aktiviti kesenggangan yang menyeronokkan dan berfaedah.

iii. Mengembangkan bakat dan potensi murid melalui aktiviti

kesenian.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Seni Dan Visual Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan pendidikan khas bermasalah pendengaran dibina berasaskan bidang kegiatan seni visual meliputi proses dan produk seni iaitu .

1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Kraf Tradisional.

PENEKANAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah , terdapat beberapa perkara diberi penekanan bagi tujuan memaju pencapaian aspirasi negara khususnya dalam pembangunan modal insan. Selain daripada berilmu pengetahuan, anak bangsa yang dididik dihasratkan supaya kreatif, inovatif, patriotik dan berketrampilan dalam penggunaan teknologi. Di samping ilmu seni visual itu sendiri, kurikulum pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah turut mendokong penekanan-penekanan tersebut.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti merupakan intipati kepada semua bidang ilmu kesenian terutamanya bidang ilmu seni visual. Proses kreatif seperti penerokaan, penjanaan idea, mereka bentuk, penggunaan alat dan media, serta penghasilan karya seni adalah sebahagian utama kandungan pendidikan seni visual. Dalam kurikulum pendidikan seni visual, proses kreatif telah diangkat sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang unik kepada pendidikan seni visual. Oleh itu, kreativiti bukan sahaja dapat dilihat sebagai kandungan, malah juga sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum pendidikan seni visual.

Page 12: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

2

Keusahawanan Asas penting kepada keusahawanan adalah inovasi. Inovasi dan kreativiti mempunyai maksud yang sama, hanya yang membezakan antara kedua-dua istilah tersebut ialah dari segi penggunaanya. Kreativiti digunakan dalam disiplin kesenian, manakala inovasi digunakan dalam disiplin keusahawan. Dengan hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa pendidikan seni visual ialah asas yang penting ke arah memupuk semangat keusahawanan. Sejarah dan Patriotisme Antara disiplin pendidikan seni visual ialah sejarah seni. Dengan memberi fokus kepada pengajian tentang hasil seni warisan budaya bangsa, secara sedar dan terancang pendidikan seni visual menyokong teguh kepada usaha untuk menimbulkan kesedaran terhadap sejarah tanah air serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pendengaran. Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Perkembangan teknologi khususnya TMK telah memberi impak kepada aspek kehidupan. Bidang pendidikan seni visual tidak terkecuali daripada menerima kesan yang menyeluruh akibat perkembangan dan kemajuan teknologi TMK mempengaruhi pendidikan seni visual dalam pelbagai cara sama ada dari segi kandungan mahu pun pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kandungan pendidikan seni visual, TMK bukan sahaja merupakan alat atau media baru untuk menghasilkan karya seni, malah TMK memberi penambahbaikan kepada alat dan media lazim. TMK juga mempunyai keupayaan untuk membuat simulasi karya seni. Dalam erti kata yang lain penggunaan TMK merupakan satu teknik baru bagi menghasilkan karya seni

ORGANISASI KANDUNGAN : Standard kandungan setiap bidang pembelajaran ialah : MENGGAMBAR Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,struktur dan komposisi. Antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah : Kolaj, capan, lukisan dan catan MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : titisan dan capan. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang ini menekankan perkembangan persepsi murid terhadap aspek dari segi bentuk, ruang, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan jelas apabila membina sesuatu model. Bidang ini memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik dan memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif semasa menjalankan proses penghasilan seni. Antara cadangan aktiviti ialah topeng dan membuat mobail. KRAF TRADISIONAL Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ( kerja seni ) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat turun-temurun. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah anyaman.

Page 13: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

3

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN PENGUKUHAN

BIDANG 1 : MENGGAMBAR

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik

Membuat persepsi dan memahami bahasa seni

visual.

1.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa, jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.

1.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam penghasilan karya.

1.1.3 Mengenalpasti bahasa seni visual yang terdapat dalam proses dan karya.

1.2 Aplikasi Seni

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi penggunaan media dan teknik

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

1.2.2 Mengenal sifat-sifat media.

1.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan.

1.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media dalam penghasilan karya.

1.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan bertanggungjawab.

Page 14: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Ekspresi Kreatif

Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa seni visual.

Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian

dan teknologi dalam penghasilan karya

2 Dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D).

1.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran.

1.3.2 Mengekplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan

kerja seni.

1.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

1.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya.

1.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni visual

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual.

Menghayati dan menghargai karya seni

Menghubungkaitkan seni visual dengan

matapelajaran lain..

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

1.4.2 Menceritakan karya sendiri.

1.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran

lain.

1.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.

Page 15: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

5

BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik

Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.

2.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa,

jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.

2.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam

penghasilan corak.

2.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang digunakan

dalam proses rekaan corak.

2.2 Aplikasi Seni

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni

menerusi penggunaan media dan teknik

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

dalam rekaan dan penghasilan corak.

2.2.2 Mengenal sifat-sifat media.

2.2.3 Mengetahui fungsi media dalam corak.

2.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media

dalam penghasilan corak.

Page 16: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Ekspresi Kreatif

Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa seni visual.

Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian

dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.

2.3.1. Menghasilkan kepelbagaian lakaran dalam rekaan

corak.

2.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan

kerja mencorak.

2.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

2.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan rekaan

corak.

2.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

2.4 Apresiasi Seni visual

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

dan budaya.

Menghayati dan menghargai karya seni dan

warisan.

Menghubungkaitkan seni visual dengan

matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya.

2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

2.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran

lain.

2.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.

2.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan

budaya.

Page 17: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

7

BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik

Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.

3.1.1 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan , rupa,

jalinan dan warna dalam karya seni sendiri.

3.1.2 Memahami penggunaan unsur seni dalam

penghasilan boneka dan origami.

3.1.3 Mengenal pasti bahasa seni visual yang terdapat

dalam proses penghasilan boneka dan origami.

3.2 Aplikasi Seni

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni

menerusi penggunaan media dan teknik.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam

penghasilan boneka dan origami.

3.2.2 Mengenal sifat-sifat media.

3.2.3 Mengetahui fungsi media dari segi kegunaan dalam

membentuk dan membuat binaan.

3.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media

dalam penghasilan boneka dan origami.

Page 18: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.3 Ekspresi Kreatif

Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa seni visual.

Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian

dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.

3.3.1 Menghasilkan pelbagai lakaran dalam penghasilan

boneka dan origami.

3.3.2 Mengeksplorasi bahan dan teknik dalam menghasilkan

boneka dan origami.

3.3.3 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

3.3.4 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan boneka

dan origami.

3.3.5 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

3.4 Apresiasi Seni visual

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

dan budaya.

Menghayati dan menghargai karya seni dan

warisan.

Menghubungkaitkan seni visual dengan

matapelajaran lain, kehidupan seharian dan kerjaya.

3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran

lain.

3.4.4 Menghargai karya seni sendiri dan rakan.

3.4.5 Menghargai karya seni berkaitan sejarah dan

budaya.

Page 19: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

9

BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik

Membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual.

4.1.1 Mengetahui penggunaan garisan lurus dalam anyaman.

4.1.2 Memahami rupa segi empat dalam proses anyaman.

4.1.3 Mengenal dan menjelaskan unsur garisan, rupa dan

jalinan dalam karya seni sendiri.

4.2 Aplikasi Seni

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa

seni menerusi penggunaan media dan teknik

4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam

proses penghasilan anyaman.

4.2.2 Memahami teknik selang seli dalam penghasilan

anyaman mudah.

4.2.3 Mengetahui proses penghasilan kraf anyaman

4.2.4 Mengetahui teknik-teknik asas penggunaan media

dalam penghasilan karya.

4.2.5 Menggunakan media, teknik dan proses dengan

bertanggungjawab.

Page 20: DUNIA SENI VISUAL - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumDUNIASENIVI… · kementerian pelajaran malaysia kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas

10

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Ekspresi Kreatif

Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa seni visual.

Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber, kajian

dan teknologi dalam penghasilan karya 2D dan 3D.

4.3.1 Menjalin helaian daun kelapa, daun mengkuang atau

bahan gantian lain dalam proses menganyam..

4.3.2 Menyusun helaian daun kelapa, daun mengkuang atau

bahan gantian lain dengan kemas.

4.3.3 Menghasilkan kraf mudah dengan menggunakan teknik

anyaman secara kreatif.

4.4 Apresiasi Seni visual

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

dan budaya.

Menghayati dan menghargai karya seni dan

warisan.

Menghubungkaitkan seni visual dengan

matapelajaran lain, kehidupan seharian dan

kerjaya.

4.4.1 Mengetahui nama kraf tradisional- anyaman tikar,

ketupat dan lain-lain.

4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

4.4.3 Menghargai kraf tradisional tempatan.