pendidikan kokurikulum - epicepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/hbef2703/2/fahmulanzack... ·...

11
0 ʹͲ͵ PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Upload: hangoc

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

0

���������

PENDIDIKAN

KOKURIKULUM

1

Program Klinik Bola Jaring yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid terutama ahli

Kelab Bola Jaring untuk mempelajari asas- asas dan teknik dalam permainan bola jaring. Selain itu, klinik ini juga diharap dapat

memberi pengalaman kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 4. Sebelum Program Klinik Bola Jaring ini dijalankan,

mesyuarat bersama dengan guru penasihat yang lain telah dijalankan. Setelah membuat draf dan pembahagian tugas, perjumpaan

bersama dengan guru besar dan penolong kanan kokurikulum telah diadakan untuk membincangkan perkara ini kerana selepas

Program Klinik ini diadakan, Karnival Bola Jaring pula akan menyusul.

Banyak kekangan telah berlaku di mana, pada tarikh program ini dijangka akan dijalankan. Gelanggang bola jaring terpaksa

dipindahkan kerana ada aktiviti lain yang akan dijalankan di situ. Setelah berbincang dan mengambil kira semua perkara, akhirnya

Klinik Bola Jaring ini dapat dijalankan di mana tapak gelanggang sementara telah dibina dengan kerjsama pekerja-pekerja sekolah dan

guru-guru kelab yang lain. Kami telah menggunakan tepung untuk melukis garisan pada gelanggang tersebut, namun pada waktu

malamnya hujan telah turun dengan lebatnya. Saya merasa amat risau dan terfikir beberapa alternatif lain. Walau apapun

halangannya, klinik ini harus diteruskan demi kepentingan murid-murid yang telah mendaftarkan diri. Pada pagi itu, kami telah

kembali semula memeriksa gelanggang dan kami bernasib baik kerana masih terdapat lima bungkus tepung lagi. Kami membuat

semula garisan dan petang itu, klinik ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Peristiwa ini telah banyak mengajar saya untuk sentiasa bersedia dan menjadikan saya seorang yang berhati-hati dalam

merancang apa sahaja program. Setiap apa yang dilakukan haruslah mempunyai perancangan yang teliti namun, kalau teliti

bagaimanapun, kita harus sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak diduga. Bak kata pepatah, “sediakan payung

sebelum hujan”. Ini bermaksud saya harus mempunyai perancangan yang kedua sekiranya perancangan pertama tidak dapat

dijalankan.

Semasa aktiviti dijalankan, saya sebagai jurulatih juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik supaya peserta tidak

merasa bosan dan setiap masa yang ada diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Semasa permainan kecil antara kumpulan,

2

dijalankan, para peserta begitu bosan dan peserta dari kategori murid khas Disleksia kelihatan tidak berminat dan kerap meminta izin

untuk berehat.. Perkara ini menjadi tanda tanya kepada kami kerana mereka seperti tidak meminati aktiviti yang telah kami susun

sebelum ini. Menurut Teori dari Maria Montessori ( 1870-1952), terdapat satu tempoh yang ada pada kanak-kanak yang

dipanggil tempoh sensitif. Tempoh sensitif ini merupakan tempoh di mana kanak-kanak hanya akan bersedia dan minat

mempelajari sesuatu apabila telah mencapai tempoh sensitif ini. Mereka akan memerhatikan dahulu sesuatu aktiviti dan

apabila mereka tertarik barulah mereka akan meyertai aktiviti tersebut. Selepas aktiviti itu, kami ubahsuai dengan memasukkan

aktiviti permainan, barulah mereka menunjukkan minat dan dengan rela hati meminta untuk dimasukkan ke dalam kumpulan-

kumpulan peserta yang lain.

Selepas berehat 10 minit, kami telah memasukkan unsur permainan tradisonal dalam aktiviti mereka. Permainan “ Bola

Monyet” memberikan keseronokan antara peserta. Secara tidak langsung, permainan ini dapat memberi manfaat kepada tiga orang

murid dalam satu masa. Permainan galah panjang juga dimuatkan dalam aktiviti klinik ini bertujuan untuk kemahiran gerak kaki

dan bijak mencari ruang dan peluang. Permainan ini amat penting dikuasai oleh peserta dan ini dapat meningkatkan kebolehan

mereka apabila berada dalam gelanggang. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan 4 set permainan berjaya dijalankan. Melalui

aktiviti permainan tradisional yang diselitkan dalam klinik ini, menjadikan Klinik Bola Jaring kali ini lebih berlainan dan begitu

menarik sekali. Menurut John Amos Comenius ( 1592 – 1670 ), pendidikan perlu memberi pengalaman yang positif dan perlu

juga memeberikan kebebasan , kegembiraan dan keriangan kepada kanak-kanak. Peserta program ini juga lebih berpuas hati

dan mereka juag menimba satu pengalaman yang baru. Ramai antara mereka begitu teruja dengan aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti permainan tradisional ini akan diselitkan pada setiap aktiviti yang dijalankan. Permainan tradisional ini akan

diteruskan pada masa hadapan di mana ia dilihat dapat menimbulkan keseronakkan pada masa yang sama para peserta juga dapat

memperbaiki kemahiran mereka. Ini amat berbeza dengan sambutan yang diberi tahun lepas apabila Klinik Bola jaring dijalankan. Ini

akan menjadikan objektif klinik ini akan dapat dicapai. Seperti yang diperhatikan, apabila aktiviti yang dijalankan terlalu mengikut

3

kehendak objektif, ini akan menjadikan para peserta kurang berminat untuk menyertainya. Mereka akan rasa tertekan dan penat lebih-

lebih lagi jika aktiviti yang diatur terlalu meletihkan. Apabila mereka letih, ini akan menyebabkan mereka bosan dan ini akan

menjejaskan latihan yang ingin diikuti. Perkara yang utama adalah, jurulatih perlu bijak dalam membimbing peserta. Mereka juga

perlu diberi aktiviti yang merehatkan contohnya, berjoging dalam kumpulan. Ini lebih merehatkan dan tidak memenatkan. Selain itu,

permainan galah panjang berupa aktiviti yang merehatkan tetapi menyeronokkan kerana mereka dapat bermain secara beramai-ramai.

Permainan galah panjang pada mulanya hanya diperhatikan oleh beberapa orang peserta lain. Setelah beberapa ketika memerhatikan

rakan-rakan bermain, mereka juga berminat dan terus melibatkan diri dan bermain dengan seronok dan kelihatan lebih aktif apabila

mengelak sentuhan pihak lawan. Ini menunjukkan betapa perlunya menyelitkan permianan tradisional dalam aktiviti yang dijalankan.

Permainan tradisional merupakan permainan yang mempunyai unsur yang untuk dan sepatutnya tidak dilupakan begitu sahaja.

Seperti yang telah diperhatikan, selitan permainan tradisional dalam aktiviti yang dijalankan memberikan keseronokkan kepada murid

pelbagai peringkat umur. Selain itu, mereka akan mengenali permainan tradisional ini melalui pengalaman mereka sendiri. Menurut

Teori John Dewey, pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Ini adalah disebabkan pembelajaran

perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. Ini bermaksud pengalaman sendiri adalah pengalaman yang cukup

berharga dan boleh diingati dan tidak akan dilupakan.

Pada akhir program Klinik Bola Jaring ini, adalah didapati bahawa beberapa kelemahan telah dikenalpasti sepanjang aktiviti

dijalankan. Mempelbagaikan aktiviti dan menyelitkan permainan tradisional yang sesuai dalam program amat tepat sekali. Ini

memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri di samping dapat berseronok dengan rakan-rakan satu pasukan. Menyelitkan

permainan tradisional banyak memberi manfaat kepada peserta dan juga jurulatih. Menurut Teori Maria Montessori ( 1870 – 1952),

peranan guru hanya membantu kanak-kanak bukannya memaksa atau menentukan arah pembelajaran mereka. Melalui teori

ini, dapatlah disimpulkan bahawa, aktiviti yang dijalankan perlulah diikuti oleh murid secara suka rela dan bukannya dipaksa. Jika

dibandingkan penyertaan secara paksaan dengan sukarela, kita dapat ,melihat nilai dan kualiti pencapaian lebih banyak diperoleh

4

daripada murid yang menyertai secara sukarela berbanding yang dipaksa. Mereka akan lebih seronok mengikuti aktiviti dan membawa

faedah kepada diri mereka juga.

Pada minggu yang ke 20 pula, selepas Klinik Bola Jaring diadakan, Kelab Bola Jaring telah menganjurkan Karnival Bola

Jaring. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 4 , 5 dan 6. Seramai 42 orang murid telah mendaftar mengikut rumah

sukan masing-masing. Ini menjadikan peserta yang menyertai adalah sebanyak 6 pasukan. Pasukan ini telah dibahagikan kepada

Kumpulan A dan Kumpulan B. Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru telah banyak memberikan kerjsama dalam

menjayakan Karnival Bola Jaring ini. Sistem undian yang kami gunakan sepanjang karnival ini adalah bercirikan sistem undian

tradisonal iaitu “ Melambung Duit Syiling “ dan “ Tepuk Daun “. Undian unik ini menjadikan keadaan lebih menyeronokkan dan

tidak terlalu formal dan membosankan para peserta.

Sepanjang mengadili pertandingan antara enam kumpulan, saya mendapati ada segelintir pemain yang masih kurang mahir

apabila menghantar bola kepada rakan mereka. Ini dapat diperhatikan daripada murid yang datang dari keluarga yang tidak

menggalakkan anak mereka mengikuti aktiviti kokurikulum terutamanya permainan. Sepanjang karnival ini, saya mengambil

kesempatan untuk mengumpulkan murid-murid ini yang sememangnya terdiri dalam satu pasukan untuk melakukan hantaran asas

bola jaring di tepi padang sebelum tibanya giliran mereka sebagai aktivti memanaskan badan. Mereka turut dipantau oleh guru rumah

sukan mereka. Walaupun beberapa orang guru menegur apa yang mereka lakukan sudah terlambat tapi dalam prinsip saya tiada apa

yang lambat selagi kita masih terdaya. Apa yang penting adalah usaha dan kegigihan untuk memperbaiki kelemahan diri. Sikap

rendah diri amat penting kerana melaluinya kita akan mendapat keberkatan di atas apa sahaja yang dilakukan.

Pada pusingan pertama, pasukan mewakili rumah saga ini bermain dengan tidak bertenaga. Apa yang saya perhatikan, strategi

permainan mereka sangat baik tetapi hantaran bola sahaja yang selalunya tidak sampai kepada pihak mereka. Ini menyebabkan

mereka kalah dan tidak mengutip apa-apa mata. Menurut Teori John Dewey (1859 – 1952 ) pembelajaran kooperatif atau kerja

berpasukan amat penting . Kerja berpasukan ini perlu diterapkan dalam diri murid-murid ini. Apa yang dapat saya perhatikan

5

apabila tiada kerjsama dalam sesuatu pasukan, maka pertahanan pasukan mereka juga akan lemah. Apabila ini terjadi, maka akan

menyebabkan tiada persefahaman dalam kumpulan ini. Selain dari itu, kerjasama dalam kumpulan ini akan mendidik murid-murid

untuk menghargai rakan mereka. Kerja berpasukan amat menyeronokkan sekiranya diterapkan dari awal lagi. Semua perlakuan ini

perlulah bermula dari rumah dan di sekolah. Apabila murid-murid sudah sering mengahadapi situasi dalam kumpulan dan mereka

dapat menyelesaikan masalah dalam kumpulan, masalah disiplin dapat dikawal. Ini adalah bekerjsama dalam kumpulan akan

mewajibkan kumpulan tersebut berbincang sebelum mengambil tindakan bersama-sama setelah mengambil kira semua kemungkinan.

Apabila menjalankan latihan awal, sebagai jurulatih guru perlu tahu teknik yang sesuai untuk menyampaikan isi pengajaran.

Menurut Teori John Dewey ( 1859 – 1952 ), guru perlu menyampaikan pembelajaran kepada murid-murid bermula dari

kumpulan kecil dan kemudiannya secara individu. Ini menunjukkan, walaupun bola jaring ini adalah aktiviti kokurikulum, namun

guru masih boleh menggunakan pendekatan dari kumpulan ke individu dalam membuat latihan seperti latihan hantaran asas seperti

aras dada, kepala sisi atau bahu. Pendekatan seperti ini lebih berkesan dan guru dapat mengenali masalah murid dengan lebih dekat

lagi dan boleh membetulkan kesilapan mereka pada masa itu juga.

Menurut Teori John Dewey ( 1859 – 1952 ), pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Pendidikan

disini bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga merangkumi pendidikan di luar bilik darjah contohnya aktiviti kokurikulum.

Permainan bola jaring adalah permainan yang mempunyai banyak peraturan. Oleh itu, peraturan dalam permainan ini perlu dipelajari

dan difahami oleh pemain dan perlu disepadukan dalam diri mereka. Berbalik kepada Karnival Bola Jaring yang telah dianjurkan,

ramai antara pemain yang boleh bermain dengan baik tetapi, sayangnya mereka akan terlepas peluang apabila mereka melanggar

peraturan. Sebagai contohnya, ada yang berlari sambil membawa bola. Ini kerana kurangnya pendedahan tentang peraturan bola jaring

ditambah mereka ini baru pertama kali bermain permainan ini. Ini adalah antara kelemahan yang dapat dilihat pada pemain-pemain

ini. Apa yang merugikan pasukan ini, kesalahan ini berlaku di kawasan D iaitu kawasan jaringan gol. Ini telah menyebabkan mereka

kehilangan peluang untuk mendapatkan mata bagi pasukannya. Peraturan dalam permainan amat penting dan boleh dikatakan setiap

6

permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Tanpa peraturan, permainan itu tiada keistimewaannya dan pemain juga akan

bosan kerana permaianan yang tiada peraturan.

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak mudah bosan dan penumpuan mereka terhadap sesuatu kurang dari sejam. Selain itu,

kanak-kanak suka akan aktiviti yang lasak dan mencabar kebolehan mereka. Pendedahan kanak-kanak kepada sesuatu peraturan

adalah amat perlu. Apabila kanak-kanak didedahkan kepada peraturan mereka akan diajar untuk patuh kepada peraturan tersebut.

Kanak-kanak yang patuh kepada peraturan akan lebih berdisiplin. Begitu juga dengan pemain-pemain bola jaring yang bermain dan

mengikut peraturan yang ditetapkan, mereka lebih berdisiplin walaupan di dalam pergaulan seharian malahan dalam gelanggang.

Pemain yang berdisiplin ini akan bemain dengan bersih, cekap dan professional. Peraturan yang dipatuhi akan menjadikan mereka

menghormati rakan-rakan dan orang-orang di sekeling mereka tidak kira walau di mana mereka berada.

Kesimpulannya, bagi program Klinik Bola Jaring yang telah dijalankan sebelum ini, apabila diimbas kembali, ternyata unsur

permainan tradisional perlu dimasukkan dalam aktiviti yang dijalankan kerana murid-murid kelihatan lebih berminat dan

memberikan respon yang baik. Selain itu, murid-murid juga lebih teruja apabila unsur permainan tradisional seperti galah panjang

dimainkan dan boleh menarik minat murid-murid Disleksia. Adalah diharap , banyak lagi permainan tradisonal akan dimasukkan ke

dalam aktiviti yang dirancang selepas ini. Ini penting selain memperkenalkan jenis-jenis permainan tradisional kepada murid-murid

agar unsur tradisional ini dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Bagi Karnival Bola Jaring pula, apa yang menjadi kelemahan para pemain adalah menguasai hantaran dan peraturan. Pada

masa akan datang adalah diharap murid-murid akan didedahkan lebih awal kepada peraturan permainan bola jaring bermula dari umur

9 tahun lagi iaitu dari Tahun 3 lagi berbanding sekarang hanya didedahkan kepada murid-murid Tahun 4 ,5 dan 6 sahaja. Melalui

pendedahan yang lebih awal, maka sekolah juga akan mempunyai pemain pelapis memandangkan murid Tahun 6 yang perlu

menumpukan perhatian dalam peperiksaan UPSR mereka.

7

8

9

10