peraturan dan undang-undang bola sepak -...

13
KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang- undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. (b) Ukuran Padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (Rajah 1.4 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar : Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Lebar : Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) (c) Kawasan Padang Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

Upload: vuongnhu

Post on 31-Jan-2018

292 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-

undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam

mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan

sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini

dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya

anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak

terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan

yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit

pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah.

Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan

dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a) Permukaan Padang

Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia

bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b) Ukuran Padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti

berikut (Rajah 1.4 ):

Panjang : Minimum 90m (100 ela)

Maksimum 120m (130 ela)

Lebar : Minimum 45m (50 ela)

Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:

Panjang : Minimum 100m (110 ela)

Maksimum 110m (120 ela)

Lebar : Minimum 64m (70 ela)

Maksimum 75m (80 ela)

(c) Kawasan Padang

Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk

membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala

dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak

melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian

melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m

(10 ela).

Page 2: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Rajah 1: Ukuran kawasan padang bola sepak

(d) Kawasan Gol

Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-

masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e) Kawasan Penalti

Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m

(18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari

kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti

dibuat di luar kawasan penalti (Rajah 1.5).

Rajah 2: Ukuran kawasan penalti

Page 3: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

(f) Tiang Bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru

padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari

garisan padang.

(g) Lengkungan Sudut

Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam

padang permainan.

(h) Tiang Gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak antara

tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki).

Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

Rajah 3 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan.

Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g.

Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan

untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 4: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Page 4: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a) Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri

daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan

sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

Rajah 5: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b) Perlawanan Rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah

gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada

setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan

untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c) Nama Pemain Gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum

perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk

bermain.

(d) Peraturan Pemain Gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah

dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang

selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada

pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan

pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e) Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran

dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a) Keselamatan

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada

dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b) Peralatan Asas

Page 5: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang

patut dipakai oleh pemain:

(i) Jersi;

(ii) Kasut bola;

(iii) Seluar pendek;

(iv) Stoking; dan

(v) Pelindung kaki.

Rajah 6: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(c) Pelindung Kaki (shin guards)

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang

diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d) Penjaga Gol

Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan

pembantu pengadil.

(e) Pelanggaran Peraturan

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil

akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut

tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain

tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang

setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a) Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa

dalam mengendalikan permainan bola sepak.

Rajah 7: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

Page 6: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

(b) Tugas Pengadil

Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 1.10):

(i) Melaksanakan undang-undang perlawanan.

(ii) Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.

(iii) Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.

(iv) Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.

(v) Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.

(vi) Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan

daripada pihak luar.

(vii) Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan

memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.

(viii) Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain

yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat

daripada pengadil.

(ix) Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu

kesalahan.

(x) Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan

mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.

(xi) Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa

perlawanan.

(xii) Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak

dapat dilihat olehnya.

(xiii) Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

(c) Keputusan Pengadil

Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila

menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu

pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a) Tugas

Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil

ialah:

(i) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.

(ii) Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang.

(iii) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

(iv) Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan

pengadil utama.

(b) Pembantu

Page 7: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.

Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan

kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 8: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas

semasa pertukaran dilakukan

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

(a) Tempoh Permainan

Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit (Rajah 1.12), kecuali terdapat

persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan

untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya

mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 9: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama

45 minit setiap separuh masa

(b) Masa Rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang

diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa Tambahan

Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain,

rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera

dari padang untuk mendapatkan rawatan.

(d) Tendangan Penalti

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan

sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

Page 8: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

(e) Pemberhentian Perlawanan

Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan

menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan

(a) Permulaan Perlawanan

Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan

pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling

akan memulakan pertandingan (Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk

memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan

mula pada separuh masa kedua.

Rajah 10: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b) Sepak mula

Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh

masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan

di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah

sah.

(c) Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada

sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah

dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi

isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan

pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali

sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula

akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi

garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 1.14). Permainan akan

diteruskan kembali dengan:

(a) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.

(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.

(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Page 9: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Rajah 11: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi

palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan

menggunakan lengan atau tangan (Rajah 1.15).

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan

dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua

pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15 menunjukkan

contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 12: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Ofsaid

Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak

lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya

dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka

bersama pemain itu sendiri (Rajah 1.16).

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada

pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Page 10: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Rajah 13: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan

sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan

akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana

tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

(a) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.

(b) Memegang pemain pihak lawan.

(c) Melompat ke atas pemain pihak lawan.

(d) Menolak pemain pihak lawan.

(e) Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang

pemain daripada mengambil bola.

(f) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.

(g) Menyadung pemain pihak lawan.

(h) Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.

(i) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan

(melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira

dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak

langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma

sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya

9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung.

Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang

diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam

situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan

berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m dari bola

apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam

keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil

Page 11: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak

langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma (Rajah 1.17).

Rajah 14: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang

mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah

1.18).

Prosedur:

(a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang.

(b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain

yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.

(c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan

mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.

(d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh

menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah 15: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan

apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk

akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Page 12: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Prosedur:

(a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala (Rajah

1.19).

(b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar

garisan.

(c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.

(d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Rajah 16: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat

hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:

(a) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.

(b) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

(c) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.

(d) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil.

(e) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur:

(a) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan

tiang bendera.

(b) Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

(c) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan

sudut diambil.

(d) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

Page 13: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF2703/20120106012108... · pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja

Rajah 17: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol