penyampaian sumbangan derma dan peralatan …moh.gov.bn/fokus kesihatan/fokus kesihatan...

12
Pada 5 Julai 2015, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kebajikan Perubatan telah mengadakan satu aktiviti Penyampaian Sumbangan Derma dan Peralatan Perubatan ke Rumah-Rumah Pesakit daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi Sosio- Ekonomi yang telah berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadaee Billah, Tutong. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan berkesudian mengetuai rombongan lawatan tersebut. Aktiviti seperti ini merupakan satu aktiviti yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan bagi sama-sama menyemarakkan bulan yang Mubarak dan menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba. Keprihatinan serta sumbangan yang dihulurkan akan dapat membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan dengan rasa penuh kesyukuran yang tidak ternilai. Pada tahun ini, seramai 19 orang pesakit dan keluarga mereka telahpun dikenalpasti untuk menerima sumbangan derma, barang-barang keperluan asas dan peralatan-peralatan perubatan di Daerah Brunei dan Muara dan Tutong. Antara peralatan perubatan yang dimaksudkan ialah seperti Ripple Mattress, Reclining Wheelchair, Kerusi roda, Commode dan Katil Hospital (Hospital Bed) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Derma dan barang-barang keperluan asas Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • JULAI 2015 • BILANGAN 169 PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA DAN PERALATAN PERUBATAN KE RUMAH-RUMAH PESAKIT BAHAGIAN KEBAJIKAN PERUBATAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA serta peralatan-peralatan diperolehi melalui Tabung Bantuan Amal Kebajikan Perubatan, Kementerian Kesihatan melalui aktiviti-aktiviti amal yang dianjurkan serta sumbangan ikhlas daripada syarikat-syarikat swasta, kakitangan Kementerian Kesihatan dan orang- orang persendirian. Turut serta ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Yang Mulia Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah- Pengarah, Pakar/Doktor-Doktor, Persatuan Perubatan Brunei (Brunei Medical Association–BMA), Persatuan Kunjungan Muhibbah Kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan Ke Tapak Projek Pembinaan Pusat Kesihatan Lambak Kanan Majlis Khatam Al-Quran Secara Berkumpulan Sempena Bulan Ramadhan 1436H/2015M Bagi Jabatan Perkhidmatan Pergigian Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Bagi Kementerian Kesihatan Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Bagi Tahun 1436H/2015M Berita ms.9 Ø Bersambung ke muka surat 2 Aktiviti Kesihatan ms.12 Berita ms.4 Berita ms.2

Upload: phambao

Post on 14-Apr-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pada 5 Julai 2015, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kebajikan Perubatan telah mengadakan satu aktiviti Penyampaian Sumbangan Derma dan Peralatan Perubatan ke Rumah-Rumah Pesakit daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi Sosio-Ekonomi yang telah berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadaee Billah, Tutong. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan berkesudian mengetuai rombongan lawatan tersebut.

Aktiviti seperti ini merupakan satu aktiviti yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan bagi sama-sama menyemarakkan bulan yang Mubarak dan menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba. Keprihatinan serta sumbangan yang dihulurkan akan dapat membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan dengan rasa penuh kesyukuran yang tidak ternilai.

Pada tahun ini, seramai 19 orang pesakit dan keluarga mereka telahpun dikenalpasti untuk menerima sumbangan derma, barang-barang keperluan asas dan peralatan-peralatan perubatan di Daerah Brunei dan Muara dan Tutong. Antara peralatan perubatan yang dimaksudkan ialah seperti Ripple Mattress, Reclining Wheelchair, Kerusi roda, Commode dan Katil Hospital (Hospital Bed) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Derma dan barang-barang keperluan asas

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• JULAI 2015 • BILANGAN 169

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA DAN PERALATAN PERUBATANKE RUMAH-RUMAH PESAKIT BAHAGIAN KEBAJIKAN PERUBATAN

HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

serta peralatan-peralatan diperolehi melalui Tabung Bantuan Amal Kebajikan Perubatan, Kementerian Kesihatan melalui aktiviti-aktiviti amal yang dianjurkan serta sumbangan ikhlas daripada syarikat-syarikat swasta, kakitangan Kementerian Kesihatan dan orang-orang persendirian.

Turut serta ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Yang Mulia Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pakar/Doktor-Doktor, Persatuan Perubatan Brunei (Brunei Medical Association–BMA), Persatuan

Kunjungan Muhibbah Kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan Ke Tapak Projek Pembinaan Pusat Kesihatan Lambak Kanan

Majlis Khatam Al-Quran Secara Berkumpulan Sempena Bulan Ramadhan 1436H/2015M Bagi Jabatan Perkhidmatan Pergigian

Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Bagi Kementerian Kesihatan Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Bagi Tahun 1436H/2015M

Berita ms.9

Ø Bersambung ke muka surat 2

Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.4Berita ms.2

2 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

BERITAKesihatan Bersekutu (Allied Health Association – AHA), Persatuan Saintis Makmal Perubatan Brunei (Brunei Association of Medical Laboratory Scientists – BAMLS), Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Pegawai dan Kakitangan Hospital, dan Persatuan Jururawat Brunei (PENJURU) dan juga Syarikat Swasta. Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan perhatian dan sokongan dalam memberikan bantuan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan bukan sahaja dari segi rawatan di hospital atau klinik-klinik kesihatan tetapi juga dalam memastikan kesejahteraan mereka semasa berada di rumah.

Pada 27 Julai 2015, Profesor Dr Zaliha binti Omar, Consultant Rehabilitation Medicine Department, University of Malaya Medical Centre dari Malaysia telah membuat kunjungan muhibbah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

ØDari muka surat 1

KUNJUNGAN MUHIBBAH KEPADA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN

3FOKUSKesihatanJulai 2015Bilangan 169

BERITA

Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah mengadakan satu aktiviti yang berkebajikan sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M di selajurkan dengan penyampaian hamper Aidilfitri kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan pada 27 Julai lalu bertempat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan serta Datin Paduka.

Di antara matlamat majlis penyampaian hamper di adakan adalah:

• Bagi sama-sama memeduli, memberi perhatian dan sokongan yang berterusan terhadap mereka yang sedang menjalani rawatan;

• Sebagai acara tahunan pihak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dalam memeriahkan lagi suasana Hari Raya bersama pesakit kanak-kanak serta keluarga; dan

• Memberi galakkan serta peluang kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbangkan apa jua bentuk sumbangan yang ikhlas sambil beramal.

Turut hadir sama ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015MBAGI PESAKIT DAN WARGA HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK

SALEHA BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan dan Ketua-Ketua Bahagian, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan hamper kepada pesakit-pesakit di Bahagian Wad Kanak-Kanak iaitu Unit Pediatrik Akut, Pediatrik HDU/PICU; di Tingkat 5 iaitu Wad 26 (wad pengasingan) dan Wad 27 (Wad Umum), di Tingkat 6 iaitu Wad 28 (Onkologi) dan Wad 29 (HaematologI), Wad Obsterik & Ginekologi iaitu Wad 31 (Post-Natal) iaitu Wad 33 (Post- Natal) dan Wad 34 dan Wad 35 (Bilik Kelas Pertama) bagi penyampaian hamper dan sampul hijau kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan di wad berkenaan.

Majlis ramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri juga diadakan bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jemputan khas dan semua pegawai dan kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bertempat di Bilik Kuliah, Tingkat 4, Pusat

Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Tujuan majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Bahagian Pengurusan Dan Pentadbiran, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah:

• Menunjukkan rasa kesyukuran di atas kejayaan menjalani ibadah puasa selama sebulan; dan

• Memberikan peluang beramah mesra serta memohon kemaafan di antara satu sama lain dan m e n g e r a t k a n h u b u n g a n silaturahim di kalangan Pegawai dan Kakitangan.

4 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

BERITA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Pusat Kesihatan Lambak Kanan pada 28 Julai 2015.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat secara lebih dekat akan perkembangan projek pembinaan tersebut di samping mengenalpasti perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan kelancaran pembinaan projek tersebut dan seterusnya dapat memberikan penjagaan kesihatan asasi yang terbaik bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Majlis perletakan batu asas bagi pusat kesihatan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan sendiri pada 23 Jun 2014. Projek ini adalah salah satu projek dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-10 dan keseluruhan perbelanjaan pembinaan projek ini menelan belanja sejumlah $14 juta di atas tapak seluas 4.45 hektar (11 ekar).

Setakat ini, terdapat sebanyak 16 buah pusat kesihatan di seluruh Negara Brunei Darussalam yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Perkhidmatan

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN PUSAT KESIHATAN LAMBAK KANAN

Penjagaan Kesihatan Asasi termasuk Klinik Umum, Klinik Penyakit Kronik, Klinik Flu dan Rawatan Kecemasan; Perkhidmatan Kesihatan Ibu-ibu dan Kanak-Kanak; Perkhidmatan Pergigian; Perkhidmatan Farmasi; Perkhidmatan Pengambilan Contoh Darah; Rekod Perubatan dan lain-lain perkhidmatan seperti psikologi dan permakanan masyarakat. Ini adalah sejajar dengan konsep “One Stop Health Care” atau Perkhidmatan Kesihatan di bawah satu bumbung yang dihasratkan bagi meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien serta keadaan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada masyarakat khususnya yang tinggal di kawasan tadahan pusat-pusat kesihatan berkenaan.

5FOKUSKesihatanJulai 2015Bilangan 169

BERITAMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015MBERSAMA MENTERI KESIHATAN DAN PENYAMPAIAN HAMPER KEPADA PESAKIT-PESAKIT HOSPITAL PENGIRAN ISTERI HAJJAH MARIAM, DAERAH TEMBURONG

Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong melalui Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1436H/2015M dan Penyampaian hamper kepada Pesakit-Pesakit Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam pada 29 Julai 2015 bertempat di Ruang Legar Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Antara tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah

mesra bersama pegawai-pegawai dan kakitangan di hospital dan di samping itu ianya akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Seramai 40 orang pesakit menerima hamper yang terdiri daripada Pesakit-Pesakit di Wad Lelaki, Wad Kanak-Kanak, Wad Bersalin dan Wad Perempuan serta Pusat Dialisis Temburong.

Lebih kurang 150 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya yang terdiri daripada Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong.

6 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

AKTIVITI BULAN JULAI 2015Sekitar PenyamPaian Sumbangan Derma Dan Peralatan Perubatan ke rumah-rumah PeSakit bahagian kebajikan Perubatan hoSPital raja iSteri Pengiran anak Saleha

PaDa 5 julai 2015

7FOKUSKesihatanJulai 2015Bilangan 169

BERITAAKTIVITI BULAN JULAI 2015Sekitar PenyamPaian Sumbangan Derma Dan Peralatan Perubatan ke rumah-rumah PeSakit bahagian kebajikan Perubatan hoSPital raja iSteri Pengiran anak Saleha

PaDa 5 julai 2015

8 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

BERITA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEMENTERIAN KESIHATANDAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Bagi menyemarakkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 14 Julai 2015 bertempat di Surau Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah dan diselajurkan dengan membaca Tahlil, Dikir dan Doa Peliharakan Sultan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam serta Doa Munajaat Ramadhan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah berserta dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA BAGI PENGHUNI RUMAH SINAR SEJAHTERA DAN RUMAH CAHAYA SEJAHTERA SERTA

PUSAT REHABILITASI PSIKIATRI KEMENTERIAN KESIHATAN

Penghuni Rumah Sinar Sejahtera dan Rumah Cahaya Sejahtera serta Pusat Rehabilitasi Psikiatri, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa pada 13 Julai 2015 dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah:• sebagai acara tahunan Jabatan Psikiatri bagi para

peserta pemulihan psikiatri yang berugama Islam; dan

• mendorong semangat untuk mendalami pembacaan Al-Quran secara berterusan bagi memperolehi ketenangan dan keberkatan.

Seramai 6 orang peserta dari penghuni rumah ini telah mengikuti majlis khatam Al-Quran dan majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta khatam, derma dan hamper kepada penghuni Rumah Sinar Sejahtera dan Rumah Cahaya Sejahtera serta Pusat Pemulihan Psikiatri dan berbuka puasa dan sembahyang fardhu magrib berjemaah.

9FOKUSKesihatanJulai 2015Bilangan 169

BERITAMAJLIS KHATAM AL-QURAN SECARA BERKUMPULAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1436H/2015M BAGI JABATAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1436 Hijrah pada 14 Julai 2015 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Shamsir bin Haji Zainal Abidin, Pengarah Perkhidmatan Pergigian dan Yang Mulia Dr. Sylviana binti Haji Moris, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Perkhidmatan Pergigian.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan diikuti dengan Bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban beramai-ramai. Acara kemudiannya disusuli dengan penyampaian sijil dan bunga telur kepada para peserta serta sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan derma khas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015M BERSAMA MENTERI KESIHATAN DAN PENYAMPAIAN HAMPER KEPADA PESAKIT-PESAKIT HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG

Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong melalui Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1436H/2015M dan Penyampaian hamper kepada Pesakit-Pesakit Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada 30 Julai 2015M bertempat di Ruang Legar Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Antara tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk

meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah mesra bersama pegawai-pegawai dan kakitangan di hospital dan di samping itu ianya akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Seramai 43 orang pesakit menerima hamper yang terdiri daripada Pesakit-Pesakit di Wad Kanak-Kanak, Wad Perempuan, Wad Lelaki dan Wad Bersalin.

Lebih kurang 200 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya yang terdiri daripada Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

10 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

Menderma satu unit darah mengurangkan zat besi dari badan awda. Awda memerlukan zat besi untuk membuat sel-sel darah merah baru. Tahap zat besi yang rendah boleh menyebabkan anaemia.

Semua penderma darah perlu mengetahui lebih lanjut mengenai zat besi.

• Semua orang harus mengamalkan pemakanan yang sihat

• Semua penderma darah perlu menambah makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet mereka

• Penderma darah yang kerap juga perlu mengambil vitamin dengan zat besi atau zat besi supplemen

• Penderma darah yang kerap ialah:

Ø Wanita berusia 16 – 50 tahun yang mendermakan 2 atau lebih unit darah setahun

Ø Wanita lebih tua daripada 50 tahun yang mendermakan 3 atau lebih unit darah setahun

Ø Lelaki yang menderma 3 atau lebih unit darah setahun

INFO KESIHATANDARAH DAN ZAT BESI

Menderma darah tidak akan membahayakan badan atau melemahkan sistem daya tahan badan penderma. Orang dewasa mempunyai 4 – 5 liter darah. Semasa pendermaan, hanya 450ml darah akan dikutip. Dalam masa hanya 3 hari, jumlah darah yang didermakan akan terganti dan pada 10-12 minggu mendatang sel-sel merah akan terganti di dalam badan, tertakluk kepada permakanan dan minum yang seimbang dan mencukupi. Individu yang sihat boleh menderma sebanyak 4 kali dalam masa setahun dalam jarak 12 minggu di antara pendermaan.

Jika pendermaan darah awda telah ditangguhkan (‘deferred’) disebabkan tahap hemoglobin yang rendah, awda mungkin mempunyai kadar zat besi yang rendah.

11FOKUSKesihatanJulai 2015Bilangan 169

DARI MEJA PENTADBIRANPegawai-Pegawai yang menghaDiri kurSuS / PerSiDangan / meSyuarat / Seminar

Pegawai Dan kakitangan yang baru berkhiDmat

Pegawai Dan kakitangan berSara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDr Haji Md Syafiq bin Abdullah Dr Chong Vui Heng

“Prof Jordi Brulx Speakership – HCC Symposium”, Singapura (1 – 2 Julai 2015)

Dr Hajah Lailawati binti Haji JumatDr Norazlina Suryani binti Haji Abd RahmanChiang Mei Mei

“The 3rd Regional Meeting for The Survey on The Current Situation of Disaster / Emergency Medicine System in The ASEAN Region”, Thailand (7 – 9 Julai 2015)

Awg Haji Juniadee bin Awg Haji AhmadDyg Syazwani Azah binti Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar

“Public Sector Leadership”, Brunei (7 – 9 Julai 2015)

Dyg Hajah Mazmah binti Haji Ahmad Morshidi “NRL Molecular Workshop”, Sydney (27 – 28 Julai 2015)

Dayang Aqilah binti Awang Haji Md Yassin “Copywriting Discover Your Untapped Ability to Influence”, Brunei (28 – 29 Julai 2015)

Awang Muhd Yusuf bin Abd RahimAwang Waajidun Ni’am bin Haji Dollah

“Effective Communication and Presentation Skills”, Brunei (29 – 30 Julai 2015)

Sia Fwu Shii “32nd Annual NRL Workshop on Infectious Diseases”, Australia (28 – 31 Julai 2015)

Dayangku Dr Hajah Norazieda binti Pengiran Haji Md Yassin

“Joint 11th Bienniel Convention of The ASEAN Neurological Association (ASNA) and 16th ASEAN Congress of Neurological Surgery”, Singapura (29 – 31 Julai 2015)

Nama & Jawatan Tarikh BersaraPengiran Rosnani binti Pengiran Haji MohammadJobbing Clerk 7 Julai 2015

Dayang Noriah binti Haji SuhariJururawat (Kesihatan Masyarakat) 13 Julai 2015

Dayang Rosnah binti Abdullah @ Yumi Ak SanggolJururawat (Kesihatan Masyarakat) 31 Julai 2015

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasAwang Haji Md Khairuddin bin Haji Awang SerailPembantu Pergigian 2 Julai 2015

Dayang Khairunisa binti JahariPembantu Tukang Ubat 6 Julai 2015

Dayangku Hanisah binti Pengiran Haji RaniJururawat 9 Julai 2015

Beniesha Ann anak OsikPembantu Pergigian 13 Julai 2015

Dayang Nurafikah binti Awang Abd GhaniPembantu Kaji Mata 29 Julai 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

HARI KELUARGA PENDERMA DARAH DAN KEMPEN DERMA DARAH BESAR-BESARAN SEMPENA HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2015

12 FOKUSKesihatan Julai 2015 Bilangan 169

PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT AKHIR BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN BAGI TAHUN 1436H/2015M

AKTIVITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Pertandingan Membaca Al-Quran Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1436H/2015M pada 6 Julai 2015 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keagamaan Kementerian yang diungkayahkan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia pada setiap tahun.

Tetamu kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Di antara aturcara majlis ialah Pertandingan membaca Al-Quran dan kemudiannya diikuti dengan Persembahan Tausyeh daripada Kumpulan Nuurul ‘Inayah, Rakan Bantu Solat Pesakit, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada peserta-peserta pertandingan dan Cenderahati kepada hakim-hakim pertandingan. Majlis juga diselajurkan dengan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim dan disusuli dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.