kurikulum standard sekolah rendah · pdf filekurikulum modular berasaskan standard 5 . fokus...

20
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN SATU 2010 DRAF

Upload: donga

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF

Page 2: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

K A N D U N G A N MUKA SURAT

Rukun Negara 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1

Pendahuluan 2

Matlamat 2

Objektif 3

Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang 3

Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5

Fokus Mata Pelajaran 6

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8

Pentaksiran 9

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Seni Visual 10

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pendidikan Muziks 16

Page 3: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

1

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 4: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

2

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,

peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan

Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras

dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,

yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan

susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid

bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian

murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

Page 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

3

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta

menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

Page 6: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

4

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

Page 7: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

5

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1 Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

Kandungan.

Page 8: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

6

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif

6.1.1 Komponen : Pendidikan Seni Visual

Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi

murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan,

berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah

perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi

keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan

corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :

i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial

ii. mengembangkan bakat dan kreativiti

iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya

iv. menghasilkan karya seni yang kreatif

v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

6.1.2 Komponen : Pendidikan Muzik

Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid

supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan,

berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran

nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi

Page 9: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

7

memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni

serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid :

i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan

ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan

iii. mahir menggunakan alatan muzik

iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu

v. mengenal lagu berdasarkan melodinya

vi. mengawal koordinasi anggota badan

vii. melakon dan menghayati pelbagai watak

viii. membaca dialog dengan baik

6.2 Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif

6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu

guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi

lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran.

Page 10: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

8

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Inkuiri

Analisis Tugasan

Belajar Melalui Bermain

Pengajaran Bertema

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

Konstruktivisme

Multi Sensori

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Interaktif

Pembelajaran Koperatif

Simulasi

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 11: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

9

PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah

Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti

lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran

secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran

hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk

merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Page 12: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

10

KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Page 13: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

11

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Melukis dan

menggambar

1.1 Melakukan contengan bebas tanpa alatan

1.2 Melakukan contengan bebas menggunakan

pelbagai media bagi kemahiran motor kasar

1.3 Melakukan pergerakan jari-jemari secara

bebas

1.4 Mewarna

1.1.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung

1.1.2 Melakukan contengan bebas di kad manila

1.1.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan

1.2.1 Melakukan contengan bebas di kertas mahjung

dengan menggunakan pelbagai media

1.2.2 Melakukan contengan bebas di kad manila

dengan menggunakan pelbagai media

1.2.3 Melakukan contengan bebas di kertas lukisan

dengan menggunakan pelbagai media

1.3.1 Mengoyak dan menampal secara bebas

1.3.2 Meramas secara bebas

1.3.3 Menguli secara bebas

1.3.4 Menggentel dan menampal secara bebas

1.3.5 Menggunting dan menampal secara bebas

1.3.6 Menerap dan menampal secara bebas

1.3.7 Menepek secara bebas

1.4.1 Mewarna secara bebas

Page 14: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

12

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.5 Melukis tanpa alatan

1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis

1.4.2 Mewarna bentuk asas

1.4.3 Mewarna gambar mudah

1.5.1 Melukis di udara

1.5.2 Melukis di atas pasir

1.5.3 Melukis di atas meja

1.5.4 Melukis di tapak tangan

1.5.5 Melukis di papan putih / hitam

1.5.6 Melukis di atas kertas

1.6.1 Menamakan alatan seni lukis

1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni

lukis

2. Membuat rekaan dan

corak

2.1 Mereka corak secara bebas menggunakan

anggota badan

2.2 Mereka corak secara terancang menggunakan

pelbagai teknik

2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan jari tangan

2.2.1 Mencorak menggunakan teknik capan tapak tangan

2.2.2 Mencorak menggunakan teknik gosokan pensel,

pensel warna atau arang

Page 15: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

13

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Mereka corak secara tidak terancang

menggunakan pelbagai teknik

2.4 Menghasilkan projek

2.2.3 Mencorak menggunakan teknik kolaj kertas warna

2.3.1 Mencorak menggunakan teknik ikatan dan celupan

kain

2.3.2 Mencorak menggunakan teknik titisan

2.4.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan

corak yang telah dipelajari

3. Mereka dan membuat

binaan

3.1 Membentuk binaan mudah

3.1.1 Menghasilkan binaan terkawal model perabut

3.1.2 Menghasilkan binaan terkawal model makanan

4. Kraf 4.1 Mengenal kraf tradisional

4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang

mudah diperolehi

4.1.1 Menghias replika layang-layang

4.2.1 Membuat kraf kipas tangan

4.2.2 Membuat kraf topeng muka

Page 16: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

14

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Page 17: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

15

KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK

Page 18: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

16

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi muzik

1.1 Mengenal irama dalam muzik

1.2 Mengenal melodi dalam muzik

1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik

1.1.1 Memberi respon terhadap detik lagu yang diperdengar

1.1.2 Memberi respon terhadap tempo lagu yang

diperdengarkan

1.1.3 Memberi respon secara lisan/ gerakan terhadap corak

irama dalam lagu yang diperdengarkan

1.2.1 Mengenal pic yang diperdengarkan

1.2.2 Mengenal solfa so mi

1.3.1 Memberi respon terhadap dinamik pada lagu yang

diperdengarkan

1.3.2 Memberi respon yang sesuai terhadap mud lagu yang

diperdengarkan

2. Pengalaman nyanyian

2.1 Menyanyi mengikut muzik

2.1.1 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul

2.1.2 Menyanyi dengan postur badan yang betul

2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas

Page 19: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

17

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai

2.1.5 Menyanyi lagu berdasarkan melodi

2.1.6 Menyanyi lagu mengikut tempo, pic dan dinamik

3. Pengalaman perkusi

3.1 Meneroka bunyi dari pelbagai sumber

melalui pengamatan pendengaran

3.2 Mengenal alat perkusi

3.3 Memainkan alat perkusi

3.1.1 Meniru bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan manusia,

bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan bunyi alat

muzik

3.1.2 Membezakan bunyi haiwan, bunyi dari pelakuan

manusia, bunyi kenderaan, bunyi alam sekitar dan

bunyi alat muzik

3.2.1 Mengenal alat perkusi dari bahan persekitaran

3.2.2 Mengenal alat perkusi tradisional

3.2.3 Mengenal alat perkusi moden

3.2.4 Memegang alat perkusi secara bebas

3.2.5 Memegang alat perkusi dengan betul

3.3.1 Memainkan alat perkusi secara bebas

3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan betul

Page 20: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH · PDF fileKurikulum Modular Berasaskan Standard 5 . Fokus Mata Pelajaran ... Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

DRAF

18

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4. Apresiasi dan estetika

seni

4.1 Melakukan pergerakan anggota badan

untuk menghasilkan bunyi

4.2 Membuat pergerakan mengikut irama lagu

4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan

4.1.1 Menghasilkan bunyi menggunakan mulut, tangan, kaki

dan jari

4.2.1 Melakukan gerakan secara bebas

4.2.2 Melakukan gerakan secara terkawal

4.3.1 Mengenal kebudayaan negeri dalam Malaysia

4.3.2 Menjalankan aktiviti kebudayaan

5. Seni lakon

5.1 Latihan asas lakonan

5.1.1 Melakukan latihan mengawal pernafasan

5.1.2 Melakukan latihan pergerakan mengikut ruang dan

masa