penyampaian kain penutup penyusuan anak damit … kesihatan/fokus kesihatan ogos2015.pdf ·...

12
Tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) Sedunia bagi tahun 2015 ialah “Penyusuan Susu Ibu dan Kerja: Mari Merealisasikannya!”. Tema pada tahun ini menekankan akan kepentingan mengekalkan dan meneruskan PSI bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Pekerjaan di sini bermaksud pekerjaan yang dibayar, bekerja sendiri, pekerjaan bermusim dan pekerjaan berkontrak. Bersempena dengan Sambutan Minggu PSI Sedunia 2015 ini, satu Majlis Penyampaian Kain Penutup Penyusuan Anak Damit (Breastfeeding Cover) telah diadakan pada 1 Ogos 2015 bertempat di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Hajah Siti Mariam binti Hj Mohd Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Kementerian Kesihatan. Pada majlis ini, Tetamu Kehormat majlis juga turut menyaksikan pameran yang diadakan di Tingkat 9 pusat berkenaan dan seterusnya menyampaikan kain penutup penyusuan anak damit dan cenderahati di Wad Obsterik & Ginekologi kepada ibu-ibu di Tingkat 9 Wad 34 & 35 (Bilik Kelas Petama), Tingkat 8 : Wad 33 (Post-Natal) dan Tingkat 7 : Wad 31 (Post-Natal). Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • OGOS 2015 • BILANGAN 170 PENYAMPAIAN KAIN PENUTUP PENYUSUAN ANAK DAMIT SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Anugerah Cemerlang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah-Sekolah Rendah Pelancaran Kempen Kesihatan Hua Ho Manggis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan 1436/2015 Program Restoran Sihat di Subbstation Restoran dan Katering Berita ms.9 Aktiviti Kesihatan ms.12 Berita ms.5 Berita ms.3

Upload: hadung

Post on 13-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) Sedunia bagi tahun 2015 ialah “Penyusuan Susu Ibu dan Kerja: Mari Merealisasikannya!”. Tema pada tahun ini menekankan akan kepentingan mengekalkan dan meneruskan PSI bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Pekerjaan di sini bermaksud pekerjaan yang dibayar, bekerja sendiri, pekerjaan bermusim dan pekerjaan berkontrak. Bersempena dengan Sambutan Minggu PSI Sedunia 2015 ini, satu Majlis Penyampaian Kain Penutup Penyusuan Anak Damit (Breastfeeding Cover) telah diadakan pada 1 Ogos 2015 bertempat di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Hajah Siti Mariam binti Hj Mohd Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Kementerian Kesihatan.

Pada majlis ini, Tetamu Kehormat majlis juga turut menyaksikan pameran yang diadakan di Tingkat 9 pusat berkenaan dan seterusnya menyampaikan kain penutup penyusuan anak damit dan cenderahati di Wad Obsterik & Ginekologi kepada ibu-ibu di Tingkat 9 Wad 34 & 35 (Bilik Kelas Petama), Tingkat 8 : Wad 33 (Post-Natal) dan Tingkat 7 : Wad 31 (Post-Natal).

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• OGOS 2015 • BILANGAN 170

PENYAMPAIAN KAIN PENUTUP PENYUSUAN ANAK DAMIT SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015

Anugerah Cemerlang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah-Sekolah Rendah

Pelancaran Kempen Kesihatan Hua Ho Manggis

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan 1436/2015

Program Restoran Sihat di Subbstation Restoran dan Katering

Berita ms.9 Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.5Berita ms.3

2 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

BERITASAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015

BAGI DAERAH BELAIT DAN DAERAH TUTONG

6 Ogos 2015, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong

4 Ogos 2015, Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait

3FOKUSKesihatanOgos 2015Bilangan 170

BERITA

Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah-Sekolah Rendah yang diselajurkan dengan Pelancaran Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan 2015-2017 pada 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, Brunei Muara dan Sekolah Rendah Selapon, Temburong telah berjaya meraih Piala Khas Anugerah Emas bagi Anugerah Cemerlang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah-Sekolah Rendah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan anugerah pada majlis tersebut adalah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

Anugerah Cemerlang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah-Sekolah Rendah ini adalah terbuka kepada semua Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam. Antara lain objektif anugerah tersebut adalah memberi dorongan dan sebagai penggerak serta pengiktirafan rasmi kepada Sekolah-Sekolah rendah yang lebih memberikan sumbangan cemerlang untuk meningkatkan lagi Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian di Sekolah masing-masing; di samping itu menggalakkan persaingan yang sihat di antara sekolah-sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amalan penjagaan kesihatan mulut yang sihat dan mewujudkan kesedaran mengenai dengan tanggungjawab penjagaan kesihatan mulut dan tabiat baik kebersihan mulut di kalangan kanak-kanak sekolah di seluruh Negara.

ANUGERAH CEMERLANG PROGRAM PEMBERUSAN GIGI BERFLUORIDA HARIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

Pada majlis ini juga diselajurkan dengan Pelancaran Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan 2015-2017 yang bertujuan untuk memberikan maklumat dan data mengenai kesihatan mulut kanak-kanak dan orang dewasa yang tepat dan terkini. Survey Taskforce, Jabatan Perkhidmatan Pergigian sedang bekerjasama dengan pakar konsultan Australian Research Centre for Population Oral Health (ARCPOH), University of Adelaide, Australia untuk memberikan bantuan, nasihat dan panduan untuk merancang dan melaksanakan kajiselidik tersebut supaya ia menepati ‘international scientific, legal and ethical standards’.

Kajiselidik ini akan dibahagikan kepada fasa kanak-kanak dan fasa dewasa dimana pemeriksaan bagi Children Survey akan dilakukan pada bulan Ogos hingga November 2015. Pemeriksaan bagi Adult Survey pula dirancang pada bulan Ogos hingga November 2016.

Antara objektif Pelancaran Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan 2015-2017 adalah memberiga dan menyebarluaskan Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan 2015-2017 kepada orang ramai; memberi dorongan serta pengiktirafan rasmi kepada Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah yang turut serta dalam Kajiselidik (Fasa Kanak-kanak); dan Memberi dorongan kepada Penghulu-penghulu yang akan turut serta dalam Kajiselidik (Fasa Dewasa).

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, satu persembahan telah disampaikan oleh murid-murid dari Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah yang bertajuk ‘Kesedaran’.

4 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

BERITAMAJLIS DOA SELAMAT BAGI ROMBONGAN PEGAWAI PERUBATAN HAJI

DAN BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI KEMENTERIAN KESIHATAN

Pada 17 Ogos 2015, satu Majlis Doa Selamat bagi rombongan pegawai perubatan haji dan bakal-bakal Jemaah haji Kementerian Kesihatan telah berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Kementerian Kesihatan setiap tahun menghantar Pegawai-Pegawai Perubatan bagi mengiringi jemaah-jemaah haji Negara Brunei Darussalam ke tanah suci Mekkah dan Madinah yang akan menunaikan fardhu haji. Pada tahun ini, seramai 20 orang kakitangan perubatan telah terpilih di dalam rombongan Pegawai Perubatan Haji tersebut yang terdiri daripada 6 orang Doktor, 14 orang Jururawat dan kakitangan bantuan

yang diketuai oleh Yang Mulia Dr. Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah, Pemangku Pakar Penjagaan Kesihatan Asasi.

Peranan Pegawai Perubatan Haji ini adalah untuk memberikan sokongan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan rawatan dalam wad bagi Jemaah lelaki dan perempuan, perkhidmatan kecemasan 24 jam, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan ambulan serta penghantaran dan mengiringi pesakit yang perlu dirujuk ke Hospital Arab Saudi.

Majlis pada petang itu juga meraikan bakal-bakal Jemaah haji Kementerian Kesihatan seramai 8 orang. Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

5FOKUSKesihatanOgos 2015Bilangan 170

BERITA

Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan mengadakan Kempen Kesihatan Hua Ho Manggis 2015. Majlis pelancaran yang diadakan di Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis pada 26 Ogos 2015 akan diikuti dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik selama satu bulan mulai 24 Ogos hingga 27 September 2015.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Pelancaran Kempen Kesihatan Hua Ho Manggis ini ialah Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan. Kempen Kesihatan Hua Ho Manggis ini adalah merupakan kesinambungan dari Program Pasar Raya Sihat yang juga telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said pada 20 Oktober 2014 yang lalu di Gedung Hua Ho Manggis. Program Pasar Raya Sihat bertujuan untuk memperkasa orang ramai dalam membuat pilihan makanan sihat serta mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memilih makanan sihat di pasar raya. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana penilaian Program tersebut selepas enam bulan perlaksanaan telah menunjukkan peningkatan kadar pelanggan yang mengetahui mengenai pilihan makanan sihat meningkat sebanyak 18 peratus, dari 59 peratus ke 77 peratus.

Selain dari itu, penilaian juga telah menunjukkan penjualan makanan sihat telah meningkat sebanyak 18.2 peratus berlanjutan dari Program tersebut. Hasil dapatan yang menggalakkan dan positif ini mencerminkan kesediaan para pelanggan untuk membuat pilihan sihat dengan adanya usaha yang kukuh dan kerjasama bersepadu di antara pihak Kerajaan dan swasta.

Program yang berlangsung selama satu bulan, bermula 24 Ogos sehingga 27 September 2015 ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan sesi yang menarik serta interaktif bagi orang ramai. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pameran pilihan makanan lebih sihat, sesi mencuba makanan dan minuman sihat, permainan, kuiz, sesi senamrobik, lawatan sambil belajar ke pasar raya (‘healthy supermarket tour’), pemeriksaan kesihatan percuma dan pertandingan ‘Healthy Master Chef’ atau pertandingan memasak makanan sihat. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang dan ikut serta dalam aktiviti-aktiviti semasa kempen kesihatan tersebut.

Turut hadir ialah Mr Lau How Teck, Pengurus Am Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis; Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESIHATAN HUA HO MANGGIS ANJURAN GEDUNG PERNIAGAAN HUA HO MANGGIS DENGAN

KERJASAMA PUSAT PROMOSI KESIHATAN

6 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

AKTIVITI BULAN OGOS 2015

Leanne Riley, Team Leader, Surveillance and Population-Based Prevention Unit, WHO Geneva dan Dr. Warrick Junsuk Kim, NCD Management and Surveillance, WPRO Manila ketika membuat kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 13 Ogos 2015.

Kunjungan muhibah daripada Mrs Susan Mary Walker, National Centre for Health Information Management, Queensland University of Technology kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 13 Ogos 2015.

7FOKUSKesihatanOgos 2015Bilangan 170

BERITAAKTIVITI BULAN OGOS 2015

Program pembedahan buah pinggang kali ketiga sempurna dan selamat dilaksanakan oleh Dr. Jackson Tan, Pakar Nefrologi dengan kerjasama pakar-pakar, doktor-doktor dari Jabatan Perkhidmatan Renal serta para jururawat. Pembedahan kali ini juga dibantu oleh Profesor Mohan Rao, Pakar Bedah dari Australia.

Haji Mohammad Haris bin Haji Duraman, pesakit yang telah berjaya menjalani pemindahan buah pinggang kali ketiga. Beliau telah menerima buah pinggang daripada isterinya, Pengiran Sukmaria binti Pengiran Haji Hashim.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap di sidang media mengenai kejayaan program pembedahan buah pinggang kali ketiga pada 13 Ogos 2015 yang berlangsung di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

KEJAYAAN PROGRAM PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG KALI KETIGA

13 Ogos 2015

Pelancaran Program ‘Illness Management and Recovery’ (IMR)

dan Sambutan Hari Raya 2015 anjuran bersama Unit Jurupulih Cara Kerja, Unit Kebajikan Perubatan, Jabatan Psikiatri

Hospital RIPAS dan Bahagian Psikologi Masyarakat.

11 Ogos 2015, Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Muta-Wakillah

Hayatul Bolkiah, Rimba.

Sambutan Hari Raya 2015 anjuran Jabatan Perkhidmatan Pergigian3 Ogos 2015, Pusat Pergigian Negara, Berakas.

8 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

BERITA

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini menjadi Tuan Rumah bagi Mesyuarat The ASEAN Expert Group on Communicable Disease (AEGCD) Ke-Sepuluh. Mesyuarat tersebut berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 Ogos 2015 sehingga 20 Ogos 2015 bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Majlis Pembukaan bagi mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan selaku Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis ini juga menyaksikan penyerahan Pengerusi Mesyuarat The ASEAN Expert Group on Communicable Disease (AEGCD) Ke-Sebelas kepada Vietnam yang akan menjadi tuan rumah AEGCD pada tahun 2016 nanti.

Lebih dari 40 orang delegasi terdiri daripada wakil-wakil negara-negara ASEAN, pegawai-pegawai Sekretariat ASEAN dan negara-negara yang berkepentingan iaitu Negara Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.

ASEAN Expert Group on Communicable Disease (AEGCD)

MESYUARAT ASEAN EXPERT GROUP ON COMMUNICABLE DISEASE (AEGCD) MEETING KE-SEPULUH, 18-20 OGOS 2015

adalah sebuah rangka kerja ASEAN yang berfungsi sebagai platform untuk ahli-ahli negara ASEAN berkongsi maklumat dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit. Ia juga berfungsi untuk menguatkan lagi mekanisma koordinasi yang sedia ada di kalangan negara-negara ahli ASEAN. AEGCD dibentuk untuk mengurangkan pertindihan kerja mengenai pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di kalangan badan-badan ASEAN dan terutamanya kumpulan kerja dan pakar serta pasukan petugas di bawah Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN (ASEAN Health Minister’s Meeting) dan Pegawai-Pegawai Kanan mengenai Pembangunan Kesihatan (SOMHD).

Mesyuarat pertama AEGCD telah berlangsung pada tahun 2004. Sehingga kini AEGCD telah bermesyuarat sebanyak sembilan kali dan mesyuarat Ke-9 telah berlangsung pada 11-13 November 2014 di Bangkok, Thailand.

Jabatan Dasar dan Perancangan mengadakan Bengkel Latihan International Statistical Classification of Diseases – 10 (ICD-10) bagi Pengkodingan Data Morbiditi yang mana majlis pembukaan rasminya diadakan pada 7 Ogos 2015 bertempat di Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan, Kampong Kiarong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan bengkel tersebut ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal) Kementerian Kesihatan.

Bengkel Latihan ICD-10 bagi pengkodingan Data Morbiditi ini diadakan selama empat hari yang bermula pada 7 Ogos sehingga 10 Ogos 2015. Bengkel ini dikendalikan oleh Susan Mary (Sue) Walker, seorang konsultan dari Queensland University of Technology, Australia, Course co-ordinator National Centre for Health Information Research and Training, School of Public Health and Social Work.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecekapan pegawai dan kakitangan mengenai ICD-10 dalam tugas pengkodingan di

BENGKEL LATIHAN ICD-10 BAGI PENGKODINGAN DATA MORBIDITI

samping meningkatkan kualiti data morbidity selaras dengan piawaian anatarabangsa. Selain itu, dengan adanya bengkel ini diharapkan para peserta akan dapat memahami akan tatacara penggunaan ICD-10 dalam memenuhi keperluan pengkodingan electronic records dalam sistem Bru-HIMS sekaligus akan dapat menghasilkan data kesihatan kebangsaan yang berkualiti tinggi bagi keperluaan Kementerian Kesihatan dalam membuat intervensi, perancangan perkembangan perkhidmatan dan pemebentukan dasar-dasar yang berasaskan bukti (evidence-based policy) dan seterusnya dapat digunakan bagi penyediaan laporan k e b a n g s a a n s e r t a keperluaan agensi-agensi di dalam dan luar negara seperti Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Perubatan, Jururawat-Jururawat, Pegawai-Pegawai Allied Health Professionals serta Pegawai / kakitangan re k o d p e r u b a t a n kesihatan menghadiri bengkel berkenaan.

9FOKUSKesihatanOgos 2015Bilangan 170

BERITASAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN KESIHATAN 1436/2015

KURSUS ORIENTASI DAN INDUKSI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TEMPATAN YANG BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN

KESIHATAN BAGI TAHUN 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kementerian Kesihatan diadakan pada 16 Syawal 1436 bersamaan 2 Ogos 2015, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis ini merupakan salah satu acara tahunan Kementerian Kesihatan dan pada tahun ini ianya dikendalikan bersama oleh Bahagian Estet dan Perkembangan Projek dan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Antara tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah mesra bersama seluruh warga Kementerian Kesihatan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Kursus Orientasi dan Induksi bagi Pegawai-Pegawai Tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi Tahun 2015 diadakan mulai 29 Ogos hingga 14 September 2015. Majlis pembukaan rasmi bagi kursus berkenaan diadakan pada 29 Ogos 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

Seramai 40 orang pegawai-pegawai menghadiri kursus yang terdiri daripada pegawai/pakar baru yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Antara lain tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menyerapkan serta memperkenalkan mereka kepada:

• Dasar-Dasar dan Falsafah Negara;• Dasar-Dasar, Misi/Visi dan Matlamat Kementerian

Kesihatan;• Peraturan-peraturan Am Kerja dan Pengurusan dalam

Perkhidmatan Awam;• Kemudahan-kemudahan Perkhidmatan;

Sambutan Hari Raya tahun ini mempertandingkan Pondok Raya Sihat di mana setiap pondok yang disediakan perlu menyediakan sajian makanan sihat mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Sebanyak lima buah pondok Hari Raya disediakan oleh pihak penganjur yang mana ianya melibatkan penyertaan dari setiap jabatan di bawah Kementerian Kesihatan. Majlis ini juga diserikan lagi dengan pelbagai persembahan hiburan bertemakan Hari Raya Aildilfitri daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan beserta keluarga-keluarga mereka.

• Tugas dan Tanggungjawab pegawai-pegawai;• Mewujudkan “Teamwork” di kalangan pegawai-pegawai;• Menyerapkan unsur-unsur nilai Islam dalam penyampaian

perkhidmatan di Kementerian Kesihatan; dan• Memperkenalkan budaya dan etika kerja yang positif.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang kursus yang diadakan selama 17 hari ini yang mana para peserta/pegawai akan diberikan taklimat-taklimat dan penerangan daripada Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, aktiviti lain seperti “Team Building” dan “Community Diagnosis” juga diadakan bagi memberikan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan supaya lebih menyedari keadaan pesakit-pesakit yang tinggal di luar Bandar, yang mana mencabar inisiatif kebolehan berkomunikasi dan membuat perancangan strategik dan juga menguji kemampuan para peserta membuat keputusan mengimplementasi dan membina inisiatif kerja berpasukan untuk mencapai matlamat pasukan masing-masing.

10 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

Prevalen penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan obesiti telah meningkat di Negara Brunei Darussalam. Selain daripada kos penjagaan kesihatan, penyakit-penyakit ini menyumbang kepada kos tinggi yang berkaitan dengan kehilangan produktiviti. Pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu faktor penyumbang utama yang membawa kepada peningkatan kes-kes penyakit-penyakit tersebut. Usaha-usaha mengawal dan mengurangkan penyakit-penyakit ini perlulah merangkumi bukan sahaja peningkatan pengetahuan mengenai permakanan dan cara hidup sihat, malah ianya juga perlulah memberikan penekanan kepada memudahkan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif, dimana pilihan makanan yang sihat dapat dibuat dengan mudah dan senang bagi orang ramai.

Ke arah itu, pihak Pusat Promosi Kesihatan telah mengambil pendekatan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mendorong pilihan makanan sihat di pasar raya. Persekitaran di pasar raya boleh mempengaruhi keputusan individu untuk membuat pilihan makanan yang sihat dan yang mana akan

INFO KESIHATANPROGRAM PASAR RAYA SIHATMAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA BAGI PENGHUNI

RUMAH SINAR SEJAHTERA DAN RUMAH CAHAYA SEJAHTERA SERTA PUSAT REHABILITASI PSIKIATRI KEMENTERIAN KESIHATAN

Menyediakan point-of-decision prompts atau peringatan ringkas berupa label. Label ini menunjukkan bahawa sesuatu produk makanan itu adalah diiktiraf sebagai ‘sihat’. Label ini dilekatkan pada rak produk makanan sihat. Menurut kajiselidik di negara-negara membangun, pendekatan seperti ini didapati boleh menolong pelanggan untuk membuat pilihan makanan sihat dan juga meningkatkan pembelian makanan yang sihat.

Menyediakan risalah pemakanan atau resipi makanan sihat yang diletakan berdekat an dengan produk makanan telah didapati

dapat meningkatkan pilihan makanan sihat.

Menyediakan dan mempamerkan makanan sihat

pada satu rak.

Memberikan pendidikan pemakanan melalui lawatan sambil belajar ‘Grocery tour’ yang

diberikan oleh Pegawai Pelajaran Kesihatan. Pegawai tersebut mengajar mengenai pilihan

makanan dan minuman sihat.

dapat membentuk pemakanan seseorang individu dan memberikan kesan positif kepada kesihatan.

Setakat ini Pasar Raya Huo Ho cawangan Manggis dan Pasar Raya Giant telah bersetuju untuk menyertai Program Pasar Raya Sihat. Pelancaran Program Pasar Raya Sihat telah dirasmikan oleh Dr. Hjh Rahmah binti Hj Md Said,Timbalan Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Kesihatan, di Hua Ho Manggis pada 20 November 2014 dan Pasar Raya Giant telah pada 11 April 2015. Objektif utama program ini ialah untuk memperkasa orang ramai dalam membuat pilihan makanan sihat melalui:-

1. Pendidikan pemakanan; dan

2. Memudahcara perubahan pada persekitaran pasar raya dan seterusnya menjadikan pasar raya sebagai landasan yang berkesan bagi membeli makanan yang sihat.

Program tersebut mengenalkan kaedah-kaedah lain yang didapati berkesan untuk memudahkan pilihan makanan sihat di pasar raya, antara lainnya ialah:

Program ini akan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan dan meningkatkan keberkesanaannya. Program Pasar Raya Sihat ini dirancang akan dilaratkan ke pasar raya-pasar raya yang lain secara berperingkat-peringkat. Secara amnya, Progam Pasar Raya Sihat ini nanti akan dapat mendatangkan manfaat kepada pelanggan-pelanggan dengan menyediakan kemudahan dan bahan yang boleh mendorong pilihan makanan sihat dan sekaligus meningkatkan kesihatan orang ramai di Negara Brunei Darussalam.

Disediakan oleh:Hj Zakaria Hj Kamis

Pegawai Penjaga Zat Makanan KananPusat Promosi Kesihatan

Kementerian Kesihatan

11FOKUSKesihatanOgos 2015Bilangan 170

DARI MEJA PENTADBIRANPegawai-Pegawai yang menghadiri Kursus / Persidangan / mesyuarat / seminar

Pegawai dan KaKitangan yang Baru BerKhidmat

Pegawai dan KaKitangan Bersara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarNorbaiyane Nora binti Haji NudinRobi binti Haji @ Rabiatul Adawiyah binti Haji

“Coagulation Training at National Blood Center”, Malaysia (3-7 Ogos 2015)

Noorizan binti Haji IdrisMas Surianawati binti Haji Bakar

“Asian Pacific Quitline Network Quitline Monitoring Workshop 2015”, China (5-7 Ogos 2015)

Dato Seri Laila Jasa Dr. Md Arif Abdullah @ Dr. Rajendran NallathambyDr. Hafizati binti Md JayaMaggie Sim

“7th National Thalassaemia Seminar”, Malaysia, (8-9 Ogos 2015)

Dr. Abd Rashid bin Haji MohammadDr. Ian Geoffrey bin Haji Mohd Berkley Stewart

“The 2nd ASEAN Arthroplasty Association (AAA) Cadaveric Hip & Knee Course”, Thailand (11-12 Ogos 2015)

Dr. Sofian bin Dato Paduka Dr. Haji Johar “Asia Primary Angioplasty Congress 2015”, Singapura (15-16 Ogos 2015)

Dr. Pulimood Sussane AlexanderDatin Dr. Hajah Sabrina Su Hong binti Abd Azim Lim @ Dr. Lim Su HongDr. Chu Yee FeiDr. Margaret Wang Choon Lee

“Asia-Pacific Immunology Summit”, Hong Kong (21-22 Ogos 2015)

Dr. Alice Yong Moi LingDr. Joshua GeorgeDr. Ruzita binti Ghani

“Novo Nordisk Diabetes Symposium III”, Malaysia (22-23 Ogos 2015)

Hajah Norhaliza binti Haji MetassanHajah Junainah binti Haji Jusif

“Asia Pacific Transfusion Symposium”, Thailand (31 Ogos – 1 September 2015)

Nama & Jawatan Tarikh Bersara Nama & Jawatan Tarikh BersaraLaki binti JohariJururawat (Kesihatan Masyarakat) / Jururawat

1 Ogos 2015Hajah Junita binti Haji MominPegawai Jururawat Tkt Khas 16 Ogos 2015

Pg Rokiah binti Pg Haji SaliminPembantu Kerani 1 Ogos 2015

Hajah Sarbiah binti Haji OthmanPembantu Dapur 17 Ogos 2015

Bahari bin RagaTradesman Tkt 3 11 Ogos 2015

Mohamad bin Haji ShariPembantu Juruteknik Terlatih 26 Ogos 2015

Hajah Zaiton binti Haji Abu BakarPembantu Jururawat Kanan 12 Ogos 2015

Awang bin Haji Abd RahmanJurutera Perubatan Hayat Kanan 27 Ogos 2015

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasNurizzati binti Mohd SallehPsikologi 3 Ogos 2015

Rabi’atul ‘Adawiyah binti Haji ReduanPentadbir Kanan Hospital 20 Ogos 2015

Awang Cody Lim Yun ZhanPegawai Perubatan Pelatih (Pergigian) 24 Ogos 2015

Dk Hani Mahyana binti Pg Hj DamitPegawai Penyelenggara Perkakas Perubatan 25 Ogos 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

12 FOKUSKesihatan Ogos 2015 Bilangan 170

AKTIVITI KESIHATANPROGRAM RESTORAN SIHAT DI SUBBSTATION

RESTORAN DAN KATERING

Salah satu inisiatif bagi membendung peningkatan NCDs di Negara Brunei Darussalam, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Program Restoran Sihat sejak tahun 2014. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pihak restoran dan orang awam mengenai pilihan dan penyediaan makanan lebih sihat, di samping menggalakkan budaya dan amalan pilihan lebih sihat di kalangan pemilik restoran, pengurus dan pelanggan.

Sebagai usaha membendung penyakit-penyakit tersebut, pada 31 Ogos 2015, Majlis Perasmian Program Restoran Sihat dirasmikan oleh Dr. Awg Zainal Ariffin bin Hj Awg Yahya, Pengarah Umum, Kementerian Kesihatan berlangsung di Subbstation Restoran dan Katering, Citis Square, Berakas.

Program ini memfokuskan kepada mewujudkan persekitaran yang menyokong ke arah cara hidup sihat, di mana restoran yang menyertai akan menyediakan pilihan makanan yang sihat kepada pelanggan dan membolehkan mereka untuk memilih pilihan sihat

daripada senarai menu yang sedia ada. Restoran yang ikut serta juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai bahan-bahan masakan sihat dan mendapat khidmat nasihat dalam pelbagai cara penyediaan makanan sihat. Restoran yang ikut serta juga digalakkan untuk menyediakan pilihan makanan dan minuman sihat dalam jumlah saiz hidangan yang sederhana serta memenuhi permintaan kurang gula, kurang garam dan kurang lemak/minyak tanpa menjejaskan rasa sedap makanan berkenaan. Makanan dan minuman yang dikategorikan sihat akan dilabel dengan simbol ‘Pilihan Sihat’ atau ‘Healthier Choice’.

Dengan perasmian program berkenaan adalah diharap akan dapat menarik minat restoran-restoran lain untuk ikut serta dan menyokong inisiatif pemakanan sihat serta membantu mencegah dan mengawal risiko NCDs di Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya kerjasama dan penglibatan restoran-restoran dalam program ini akan dapat mendokong salah satu objektif utama di dalam BruMAP-NCD 2013-2018 dan merealisasikan Visi Kementerian Kesihatan 2035 ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.