pendidikan jasmani suaian pelajar berkeperluan khas

16
Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran- matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek- subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa

Upload: annizuka

Post on 27-Oct-2015

668 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan KhasPendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.

Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar

Page 2: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas adalah seperti berikut:

i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan

ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif

iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas

iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal

v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas

vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas

vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas

viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif

ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.

Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktor-faktur keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.

Pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani

Page 3: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.

Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan jasmani perlu mampu mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst, 1994).

Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).

Rujukan: http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf

Posted by freddy at 9:00 PM No comments: 

Bukan Sukar Untuk Mendidik Anak IstimewaOleh Zulkiple Ibrahim

Ini ialah bahagian kedua rencana tiga siri sempena Hari Antarabangsa Bagi Orang Kurang Upaya pada 3 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Orang Kurang Upaya (OKU) atau dinamakan 'golongan istimewa' memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan meneruskan kehidupan walaupun dibelenggu dengan pelbagai masalah kerana ketidakupayaan mereka.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), kerajaan telah mewujudkan

Page 4: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi membantu anak-anak golongan ini yang dikenali juga sebagai anak istimewa dalam proses pemulihan mereka.

Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, ada di antara OKU ini yang mempunyai kelebihan masing-masing, dan mereka boleh menjalankan aktiviti secara sendiri tanpa bantuan orang lain jika mereka diberi latihan di sekolah khas serta juga PDK.

Seorang ibu kepada anak istimewa, yang mahu dikenali sebagai Juliana berkata membesarkan anak kurang upaya bukanlah susah jika ibu bapa serta penjaga tahu bagaimana cara mendidik dan memberi peluang serta ruang bagi mereka mempamerkan bakat yang ada.

"Saya lihat bagaimana selepas anak saya yang kurang upaya berdaftar dan menjalani program pemulihan di PDK, terdapat banyak perubahan berlaku seperti dia bertambah yakin dan lebih berani mencuba sesuatu," kata Juliana.

MEMBESARKAN ANAK KURANG UPAYA

Bagi Ida, seorang penjawat awam yang mempunyai anak Sindrom Down, mendidik anak kurang upaya bukanlah sangat sukar seperti dijangkakan ramai, cuma ia memerlukan banyak kesabaran.

"Saya menghantar anak ke Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) di Petaling Jaya dan dia telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi pengenalan kognitif serta pergerakan fizikal," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Bagi Ida, banyak cabaran perlu dihadapi bagi menjaga anak seperti ini terutama apabila mereka menghadapi beberapa masalah kesihatan yang kerap memerlukan rawatan hospital.

"Anak saya juga mempunyai jadual rutin pemeriksaan kesihatan di hospital kerana mempunyai masalah respiratori serta perkara lain yang bersangkutan Sindrom Down," kata beliau.

Jurupulih anggota, Jenny Chin berkata mendidik anak istimewa perlulah secara lembut dan jangan terlalu berkasar dengan mereka kerana boleh menyebabkan mereka memberontak dan melakukan perkara yang tidak diingini.

"Jangan berkasar atau buat mereka marah kerana dalam keadaan sebegini mereka boleh bertindak mengikut kemarahan sahaja".

Kata beliau didikan sempurna amat penting bagi anak istimewa dan ibu bapa boleh mendaftarkan mereka di institusi pemulihan agar dapat dibantu oleh pakar yang berpengalaman dalam bidang ini.

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Bagi pensyarah Suhiadi Sanii, kehadiran anak istimewa merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa kerana tanggungjawab menjaga anak-anak ini lebih mencabar dan memerlukan lebih perhatian.

Page 5: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

"Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjalankan apa yang sepatutnya diperlukan anak mereka. Anak-anak ini perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak dan pendidikan akademik mengikut kemampuan masing-masing.

"Di Malaysia, kerajaan menyediakan banyak sekolah khas untuk memberi pendidikan bagi mereka yang dalam kategori anak istimewa. Ramai di antara mereka ini mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sama seperti pelajar yang normal.

"Ada di antara mereka yang berjaya dalam kerjaya profesional masing-masing seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi dan juga akademik," kata Suhiadi.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Syaratnya anak-anak istimewa ini diberikan program pemulihan khas agar kemampuan mereka dapat dipertingkat.

Terdapat lebih 300 pusat PDK yang boleh menampung lebih 8,000 orang anak istimewa seperti mereka yang mengalami Sindrom Down dan kecacatan otak. PDK merupakan satu program yang disediakan oleh JKM untuk memberi latihan dan pemulihan bagi anak istimewa dalam masyarakat.

Suhiadi berkata membiarkan anak istimewa tanpa mendapat apa-apa usaha pemulihan dan pendidikan yang sewajarnya akan memburukkan lagi keadaan.

"Jika mereka diasuh dan diberi latihan, sudah pasti pergantungan terhadap ibu bapa dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental mereka bertambah baik".

Sikap ibu bapa tidak mahu menghantar anak istimewa ke sekolah atau institusi pendidikan khas berpunca daripada kurang keyakinan dan juga rasa malu mempunyai anak sedemikian.

"Perasaan tersebut perlu dikikis," kata beliau.

Kerajaan telah mengambil usaha untuk membela nasib OKU. Pembelaan itu bukan setakat memberi bantuan latihan khas dan bantuan alat sokongan, tetapi memberi peluang untuk OKU sama-sama menyumbang terhadap kemajuan negara.

Usaha berterusan kerajaan serta sokongan pihak swasta, pertubuhan kebajikan dan orang ramai memperlihat kesan positif dalam meningkatkan taraf hidup OKU.

Sikap prejudis dan diskriminasi orang ramai terhadap OKU juga semakin berkurangan.

LANGKAH PEMULIHAN

Ibu bapa, penjaga dan guru-guru mesti peka terhadap perkembangan normal kanak-kanak. Jika mereka mendapati berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak itu mesti dibawa untuk saringan dan mengenal pasti masalah.

Setelah kurang-upaya atau kecacatan dikenal pasti, penjaga atau ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak istimewa itu berdaftar dengan JKM.

Page 6: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Borang pendaftaran ada disediakan di Pejabat Daerah JKM, klinik kesihatan dan hospital-hospital. Borang itu mesti disahkan oleh doktor bertauliah dan OKU berkenaan akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah disebabkan oleh kecacatan mereka.

Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti pemulihan anggota, cara kerja, pertuturan, kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan di sesetengah klinik.

Bagi mendapatkan pendidikan formal, kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

-- BERNAMA

Posted by freddy at 8:51 PM No comments: Friday, March 12, 2010Aktiviti Fizikal adalah untuk semua golongan: Golongan Kurang Upaya(OKU)

PengenalanOrang yang kurang upaya (OKU) adalah :

"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

Page 7: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan

* Kecacatan penglihatan/buta* Kecacatan pendengaran/pekak* Kecacatan fizikal-contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation) * Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'* Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'* Masalah komunikasi 

penyebab kurang upaya/kecacatan

* Sebab utama di kalangan bayi:

o Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'o Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;+ Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi+ Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok+ Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'o Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephalyo Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'o Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus) 

* Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:

o Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'o Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuho Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/butao Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)o Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Posted by freddy at 1:32 AM No comments: 

Komponen KecergasanTerdapat 5 komponen kecergasan.

1) Daya Tahan Kardiovaskular

Kecekapan jantung dan sistem perdaran darah berfungsi dengan sistem respiratori untuk memenuhi keperluan oksijen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka masa yang panjang dapat diteruskan.

Komponen ini melibatkan sistem tenaga aerobic yang mana memerlukan kehadiran oksigen untuk proses penghasilan tenaga. Dayatahan CVR boleh dibina dengan

Page 8: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara berpanjangan seperti aktiviti berikut:

a) Jogging sejauh 5 kmb) Berbasikal sejauh 20 kmc) Berenang sejauh 600 meterd) Senamrobik selama 60 minit

Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular

a) Cooper test (lari selama 12 minit)b) Lari 2.4 kmc) Ujian Bleep (Pace Run)d) Renang 600 meter.

2) Dayatahan Otot

Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-ulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang lama.. Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan otot tertentu seperti

a) latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)b) Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)c) Ulangan perlakuan sehingga lesu.

Dayatahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti

a) Tekan tubi tanpa henti selama 1 minitb) Harvard step up dengan mengikut rentak metronomec) Dan lain-lain lagi.

3) Kekuatan Otot

Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangana) Isotonikb) Isometrikc) Isokinetik

Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihana) Ujian Kekuatan Ototb) Bangkit tubi bervariasic) Dynometer testd) Set ujian kekuatan.

4) KelenturanKeupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku melalui satu julat atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan. Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.

Latihan meningkatkan kelenturan

Page 9: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Kekerapan untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa sesi memanaskan badan. Kekerapan melakukan kelonggaran sendi-sendi.Ujian Kelenturana. Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan jangkau.b. Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap kelenturan seseorang.

5)Komposisi BadanKadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)

Latihan Pembakaran Lemak• Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.• Mengawal kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.• Meningkatkan kadar metabolisme.Ujian Komposisi Badan• Ukur lilit pinggul• Berat / tinggi

AKTIVITI FIZIKAL SUAIAN

DIFINISI

Pendidikan jasmani merupakan satu-satunya pendidikan yang berkonsepkan kokurikulum. Subjek ini

merupakan subjek yang paling penting dalam aktiviti kokurikulum. Walaupun subjek ini tidak masuk

dalam peperiksaan tetapi subjek ini merupakan satu-satunya subjek yang mengajar @ menekankan

taksonomi jasmani. Empat kemahiran taksonomi yang diterapkan dalam pengajaran ini ialah jasmani

emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan jasmini adalah penyumbang terbesar dalam kemahiran

sosial pelajar iaitu dalam proses asimilasi individu kepada masyarakat ( De Vries, 1995).

Di sekolah Pendidikan Jasmani juga digolongkan dalam aktiviti kurikuluum pelajar kerana dalam

pendidikan jasmani diterapkan proses pembelajar secara indor iatu pemdelajaran dalam kelas secara

teori. Untuk menjaga kesihatan fizikal dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam semua

golongan termasuk golongan orang kurang upaya maka aktiviti jasmani telah diubah dan disesuaikan

dengan keperluan orang kurang upaya @ khas bagi membantu golongan berkenaan menjalankan

aktiviti fizikal dan dapat mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapinya.

Di Malaysia kekurangan aktiviti riadah untuk golongan orang kurang upaya daripada orang biasa

menyebabkan golongan ini sukar untuk mencari aktiviti riadah yang sesuai. Untuk melakukan aktiviti

riadah di luar golongan ini terpaksa menggunakan alatan riadah orang biasa  yang sesuai dengan

mereka. Begitu jga disekolah, peralata aktiviti fizikal untuk golongan ini sangat terhad menyebabkan

Page 10: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

aktiviti sukar dijalankan. Pelajar ini terpaksa melakukan aktivi dengan orang biasa tetapi aktivi

tersebut sangat sukar dijalankan kerana golongan pelajar khas mengalami masalah antaranya

masalah otot, fizikal, saraf dan pembetukan postur yang kurang sempurna.

Manakala masalah yang dihadapi oleh guru juga menyebabkan proses pengajaran aktiviti fizikal

suaian menjadi sukar untuk dilaksanakan. antara masalah yang dihadapi adalah.

1. kekurangan guru pakar dalam aktiviti fizikal suaian.

2. jumlah pelajar khas terlalu ramai menyebabkan pelaksanaan aktiviti susah untuk dikawal.

3. peralatan yang tidak sesuai digunakan untuk mengajar pelajar khas.

4. pergabungan antara pelajar khas dan pelajar normal menyebabkan pelajar khas dipinggirkan

oleh pelajar normal.

5. keadaan seperti cuaca yang panas dan persekitaran yang tidak kondusif.

6. masalah fizikal pelajar khas yang pelbagai menyebabkan kesukaran guru untuk

menyesuaikan aktiviti secara kumpulan kepada pelajar.

7. ada juga pelajar khas yang tingkah lakunya yang agak agresif dan tidak terkawal

menyebabkan sukan untuk giuru melaksanakan aktiviti.

8. masalah komunikasi antara guru dengan pelajar khas dan antara plejar khas dengan pelajar

biasa.

Selain itu faktor keselamatan dan ketidakuaian peralatan juga menyebabkan  sukar untuk guru

melakukan aktiviti fizikal suaian. Apabila hendak melakukan aktiviti fizikal suaian aspek pertama yang

guru perlu menilai adalah dari segi kesihatan pelajar khas kerana kesihatan peljar khas tidak sama

dengan pelajar biasa dan kesihatan antara mereka juga adalah berbeza. Sebelum melakukan aktiviti

fizikal suaian guru perlu menilai keadaan murid khas dari pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal,

saraf dan lain-lain. Sekiranya aktiviti tersebut dapat dirancang dengan elok dan berkesan maka aktiviti

tersebut akan menjadi lancar dan kelebihan juga akan dapat kepada pelajar khas kerana aktviti

tersebut dapat membantu mengurangkan dan mengendurkan kekejaman otot yang dihadapi.

Faedah yang akan dapat kepada pelajar adalah adalah dari segi kesihatan psikologi seperti kognitif,

sosial, afektif dan moral pelajar khas yang akan bertambah baik dan dari segi guru juga melalui

aktiviti yang dirancang dapat memmudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti tersebut kerana aktiviti

tersebut telah dirancang dan disesuaikan kepada semua pelajar khas dan normal. Apabila mereka

berjaya melakukan aktiviti suaian yang diberikan maka mereka akan dapat meningkatkan self

kendiri(self-concep), penghargaan diri(self-esteem) dan keyakinan diri( self-confident). Keterangan-

keterangan ini sesuai dengan pendapat Jansma dan French, 1994 yang menyatakan  modifikasi

aktiviti fizikal tradisional membolehkan orang kurang upaya berpeluang mengambil bahagian dalam

aktiviti fizikal mengikut kesesuaian secara selamat, berjaya dan mendapat kepuasan diri.

Page 11: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Pendidikan Jasmani Suaian Kanak-Kanak Berkeperluan KhasPendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan

awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan

yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain

dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan

intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini

menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan

bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.

Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani

merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (de Vries,

1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat, melalui sekolah, universiti dan lain-lain

institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi

ke satu generasi. Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek pendidikan

jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Pendidikan jasmani

merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai

lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek

kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek

psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan

Page 12: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot

dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar

berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang

dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan

rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang

dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan

(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk

pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum

bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah, jika

dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih

kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai

untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah

khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan

peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut

serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di

sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang

diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-

pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas

untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan

khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang

sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna

tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria

tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa

rendah diri dan tersisih. Aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih

dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk

menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian

juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada

golongan istimewa ini.

Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada

pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas

adalah seperti berikut:

i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan

Page 13: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif

iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas

iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal

v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas

vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas

vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas

viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif

ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.

Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk

menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini

kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktor-faktur

keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh

membahayakan pelajar sekiranya digunakan.

Pendidikan jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori

keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi

dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya

secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh

mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal

terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh pelajar khas seperti

kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan

pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu

dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi

kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu

mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani

juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada

Page 14: Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan

untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang

mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan

yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.

Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila

berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai

perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina

bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini

berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk

mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa

kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan jasmani perlu mampu

mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang tercedera atau jangkitan

urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat

perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru

ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat

mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French

1994; Pangrazi & Darst, 1994).

Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan

normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan

psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti

program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar

khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya

menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept),

penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003).

Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994)

yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi

membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya,

dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994).

Rujukan : http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf