pendidikan di malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluanmanusia tetapi juga untuk...

Upload: batara-guru

Post on 16-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan di malaysia

TRANSCRIPT

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluanmanusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam PenyataRazak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negaramencapai matlamat Wawasan 2020.Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebutdalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.PengenalanPendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait sertapertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga,pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhikeperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untukmenjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga,pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakandalam Penyata Razak 1956.Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkanperanan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkanperpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjayamengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dankesejahteraan negara.Menurut #Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd,pen didikanbermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.Perpadua natau solidaritydapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggaakan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut #Kamus Dewan1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokandan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.Manakala maksud bagi perkataanmemperkasakanadalah memantapkan ataumengukuhkan sesuatu.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilaimurni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsadan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telahmembuktikan betapa golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnyasesebuah bangsa dan negara.Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabahterhadap persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kitabertanya apa signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapatmenyimpulkan bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanyapermuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.

Pendidikan di MalaysiaPendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara.Pendidikan mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosialsesebuah negara.1.Pendidikan sebelum merdekaSemasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasarpecah dan perintah. Kerajaan British mengamalkan dasar laissez-fairedengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikuthaluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yangberbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dansosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. KaumMelayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutupendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atasdaya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cinadengan sekolah Cinayang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil puladiuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih olehmubaligh-mubaligh Kristian.

2.Perwujudan sistem pendidikan kebangsaanSistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidakdapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaanmenerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, makasatu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sediaada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaumLaporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yangmenjadi teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan inimencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabilamencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistempendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatupadu dan berdisiplin.Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistempelajaran kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak inikemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistembercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiapkanak-kanak di negara ini.

Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu:Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajarantahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakansukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untukmenjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkaitrapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalamkonteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yangberkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagaidialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diribangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

Bagaimana dasar dan rangka kerja dapat mewujudkan perpaduan danpembangunan negara.Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangkabagi pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyaiwawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanankepada konsep Malayanization ialah membina satu bangsa Malaysia yangmempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang kearah masa depan pembangunan bangsa.

Dasar Pendidikan KebangsaanSelepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancamkeselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alatperpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurangkemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi danhasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuannilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. DasarPendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagimencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapatdengan dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara danKurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;(iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan padatahun 1989Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segijasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untukmelahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam FalsafahPendidikan Negara (FPN): PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepadaTuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapatdirealisasikan ke arah:(i) Perpaduan kaum dan polarisasi kaum;(ii) Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;(iii) Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;(iv) Penerapan nilai-nilai Islam dan(v) Pembentukan insan yang harmonis dan seimbangKesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yangbersatu padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasanaaman dan makmur.Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalahatas kesedaran bahawa:(i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmupengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanakkita;(ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuhmengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak diserapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalamkehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormat-menghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untukditerapkan dalam jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankandalam kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum.

Be rd ik a riBa ikh a tiHe ma hT in g g iHo rma tKa s ihs a y a n gKeadilanKe ra jin aKebebasanKe b e ra n ia nKerjasamaKe s e d e rh a n a a nKebersihanFizikal & MentalRa s io n a lKe s y u k u ra nKejujuranSemangatbermasyarakatNILAI TERASPENDIDIKAN(NILAI-NILAI MURNI)Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamatPendidikan Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.Nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dan membentuksikap positif yang berguna kepada diri agama dan bangsa. Nilai moral inisebenarnya di ambil dan dipetik daripada pelbagai seperti ajaran agama Islam,Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah punmelancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah danmengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam teras itu adalah:1.Membina Negara Bangsa2.Membangunkan Modal Insan3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan4.Merapatkan Jurang Pendidikan5.Memartabatkan Profesion Keguruan6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi PendidikanTeras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuanperpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelangtahun 2020.Membina Negara BangsaMatlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yangmemiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama,penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu.Antara strategi perlaksanaannya ialah:(i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional(ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan(iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari(iv) Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsaMemperkasakan Sekolah KebangsaanAgenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang ketiga di dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu:(i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan utama masyarakat(ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk perpaduan kaumKedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawaSekolah Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan,kerjasama dan semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita.Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yangberkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individusepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkansatu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:(i) Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks(ii) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta Sekolah Missionary selaras dengan sistem pendidikan negara(iii)Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum(iv) Sekolah Wawasan(v) SBP IntegrasiHasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui:Penubuhan Sekolah WawasanMatlamat menubuhkan Sekolah Wawasan adalah bertujuan memperkukuhhubungan dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran SekolahRendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina danTamil. Dengan menempatkan ketiga-tiga sekolah ini akan dapat menjadilandasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaumpada peringkat premier lagi.Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan adalah:(i) Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan;(ii) Merapatkan hubungan antara kaum;(iii) Integrasi nasional;(iv)Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan(v) Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)Rancangan Malaysia Ke 9 merupakan Misi Nasional 2006-2020. Rancangan inimeliputi Perpaduan Nasional, Modal Insan dan Nilai-nilai Murni. Lima terasutama di dalam Rancangan Malaysia Ke 9 adalah:1.Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;2.Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.3.Menangani ketidaksamaan sosial-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.4.Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan5.Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan,sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan olehsemua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar iamenjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertarafdunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingansengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumijurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingatbahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kitasendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu denganmasyarakat Bangsa Malaysia.Wawasan 2020Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagirakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan olehTun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagainegara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial,kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju,mampu berdikari,progresifdanmakmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysiadapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan ataurintangan yang dianggap sebagai cabaran.Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perludiasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depanmasyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring),progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini jugabermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan majumenjelang abad ke-21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti: ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring),progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini jugabermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan majumenjelang abad ke-21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti:Sebagai memenuhi hasrat ke arah perpaduan kaum, cabaran yangpertama merupakan matlamat yang dicita-citakan untuk membentuk sebuahnegara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dapatdikongsi bersama. Menurut cabaran ini, bangsa itu mestilah sejahtera,berintegrasi di peringkat wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya,duduk dalam keadaan harmoni berasaskan persamaan hak dan keadilan,membentuk sebuah Bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dandedikasi kepada negara.Cabaran-cabaran di atas sebenarnya membangkitkan rasa kepada parapendidik untuk melahirkan insan yang dapat memenuhi kehendak negara danseterusnya memperkasakan sesebuah sekolah. Bagi membolehkan Malaysiamencapai taraf negara maju isu pembentukan satu negara bangsa Malaysiamempunyai makna yang mendalam kerana ia bermaksud sebuah negaraberdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan antara kaum, keturunanatau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa tanpa rakyatnya mempunyaisatu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Maka sebarang bentukkerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi mengisi konsep ini,para pendidik perlu menekankan istilah-istilah seperti perpaduan negara,kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dandiamalkan.Masalah perpaduan kaumWalaupun sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar WawasanNegara (DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapatsegelintir pelajar yang masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaumdalam kalangan mereka.Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telahmewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.Masalah polarisasi kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidakdibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita.Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan danpergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapaikecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsamasing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salahfaham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yangmenimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertuturdalam bahasa ibunda yang berlainan.Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masahadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalamjiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan denganperibahasa yang berbunyi Melentur buluh biarlah dari rebungnya .Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangatpenting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untukmengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkanpelajar-pelajar dapat dirobohkan. Adakah kita mahu melihat negara kita hancurangkara sikap para pelajar kita sekarang? Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangatperpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam padamasa yang sama untuk memperkasakan sekolah.Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolahPerpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapatdicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, DasarBahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perludifahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaumakan dapat diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah.1.Melalui kegiatan-kegiatan kurikulumDalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mestimenunjukkan contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajarbetapa pentingnya perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidakmenguntungkan sesiapa. Para pelajar harus sedar, Bersatu kita teguh, Berceraikita roboh. Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas,semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain.Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan akademik yanglain perlu disertai oleh semua pelajar.Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi danmemperlihatkan sikap perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajaragar bermesra dan berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen paraguru dan sekolah merupakan faktor utama yang dapat membendung masalahperkauman antara pelajar.2.Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulumDi samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainanbangsa boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktivitikokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburibidang sukan dan permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unitberuniform.a.Aktiviti permainan dan sukanSelain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukansikap kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bolatampar, pelajar berpeluang:(i)Berinteraksi dengan pelbagai kaum.(ii)Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.(iii)Bekerjasama dalam pasukan.(iv)Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan

b.Aktiviti kelab dan persatuan(i)Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.(ii)Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan.(iii)Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka.c.Aktiviti Unit Beruniform(i)Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat,berkhemah, gotong-royong, latihan kecemasan dan lain-lain.(ii)Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan.(iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelabdan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukarfikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dantahu menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulumdapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum.3.Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolahSelain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkankeharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajarmereka boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atauberpasukan. Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancangaktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancangprogram sambutan Hari Guru, temasya sukan tahunan dan pesta-pestakebudayaan lain. Penglibatan pelajar ini sudah tentu mendorong mereka untukberinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukar-tukar idea dan salingmemahami.Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatansambil belajar, perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudahtentu menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, parapelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patutmengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakanperayaan kaum-kaum lain, memberikan impak yang kukuh dalam hubunganpersahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapatmenjalinkan hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa perasaancuriga dan prasangka.4.Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amalPara pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapatmewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan danmemupuk semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pulaseperti mengadakan pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuandan melancarkan tabung kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal inisangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dalam perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.5.Memupuk kesedaran sivikPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM.Melalui pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain,membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan,mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaranSivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangatkekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakatdan negara. Contohnya mereka tidak akan membuang sampah merata-ratate,pat di sekolah demi menjaga keselesaan orang lain dan alam sekitar. Hal iniakan mendorong wujudnya hubungan baik sesame insane dan secara tidaklangsung hubungan dapat dipererat.6.Melalui Pendidikan SejarahMata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolahmenengah. Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru, perlumenanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuanpenyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu pekabahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada pendidikanSejarah. Sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dansejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan dalamkurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat sosialisasi bagipembinaan bangsa Malaysia. Mengajar mata pelajaran sekolah mempunyai kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yangbersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat penting untukmendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa.Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supayacelik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulumempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsadan negara. Contohnya pelajar digalakkan menyambut Hari Kemerdekaanmelalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat melibatkanpenyertaan semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilaiperpaduan.7.Melalui program BahasaSelaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagaialat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraanboleh dilaksanakan di sekolah. Contohnya dengan mmenganjurkan MingguBahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalaspantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktivitiini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar.Kesimpulan Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, parapendidik merupakan role model dan uswatun hasanah bukan sahaja kepadaanak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan anggota masyarakat. Perananguru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk anak bangsaagar aspirasi negara menjadi kenyataan.Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasionaldan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing.Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepadausaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalahbertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat diMalaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menujuWawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan dasar-dasar dan program-program negara yang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaankepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya.Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting danberkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arahmemperkembangkan potensi individu yang harmonis dan seimbang dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani.Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikannegara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selarasdengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapatmenyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diriserta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan inidapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang mampumengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia.Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam duniapendidikan khususnya para guru amatlah diperlukan dalam mewujudkanperpaduan kaum dan memperkasakan sekolah sekaligusmemenuhi wawasannegara.

Rujukan1. Aziz Mahmood, Nilai Teras Pendidikan, Nota Kursus PTK untuk PPP SiswazahDG48, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu.2. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am, PetalingJaya: International Law Book Services.3. Mingguan Malaysia, Wawancara. Ahad 8 April 20074. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K),Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.6. Pendidik,Bil 25 /2006.7. Pendidik, Bil 26/2006, Perutusan Tahun Baru, Dato Sri Hishamuddin TunHussein.8. Sejarah Malaysia Tingkatan 5, (1992). Kuala Lumput: Dewan Bahasa Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia.9. Sinar Rohani, Bil 34/2005, JAKIM.10.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,Kementerian Pelajaran Malaysia.11. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)2003, Kompetensi (Teras dan Profesional),Penerbit Femina.12.http: // ww w.karangkraf.com/dewan13.http: //vlib.unitarklj/.edu.my/htm/wawasan.html