elektronik -...

84
ELEKTRONIK

Upload: others

Post on 12-Oct-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ELEKTRONIK

1 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Headline: Institusi keluarga pengaruhi perpaduan kaum

Publication: BH Date of publication: Jun 4, 2014 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Teo Kok Seong

Perkara yang terpenting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ialah perpaduan antara pelbagaikaum. Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada tahap perpaduan yang diperlihatkan dalam hubungan etnik sesama kita. Tahap ini sesungguhnya tidak begitu baik dan perlu diperbaiki agar hubungan etnik di negara ini berada pada ikatan yang lebih sasa. Banyak pihak hendaklah bukan sahaja memberi perhatian serius, tetapi juga memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Antara pihak terbabit ialah institusi keluarga. Ia begitu penting dalam tamadun manusia di mana-mana sahaja, sehingga kepentingannya disamakan dengan yang didukung oleh institusi masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu, keluarga diperlukan oleh semua individu. Hal yang sama juga diperlukan budaya. Antara peranan utama keluarga ialah penyebaran budaya yang diamalkan sesebuah masyarakat. Keluarga adalah penyangkut segala unsur yang terkandung dalam budaya masyarakat berkenaan. Terap nilai murni Kuasa yang ada pada keluarga yang digabungkan pula dengan kepentingannya dapat mentransformasikan anak-anak yang diasuh, menjadi insan yang mulia hatinya. Interaksi melalui sifat begini dengan orang lain, sudah tentu menjamin kesejahteraan dalam masyarakat. Keluargalah tempat pertama anak mengenali kebaikan, kebencian dan sebagainya. Dalam keluarga juga anak diajar mengenai pihak yang boleh dipercayai dan yang sebaliknya. Dalam hal perpaduan negara, keluarga adalah tempat anak disosialisasikan untuk mempunyai persepsi awal, sama ada yang positif atau negatif, tentang kaum lain, sebelum mereka ke sekolah. Sosialisasi dalam konteks ini berupa proses pengajaran oleh ibu bapa dan saudara lain, selain pembelajaran oleh anak, mengenai kaum lain dan budayanya. Ia penting agar anak bukan sahaja mempunyai pengetahuan antara budaya yang baik, tetapi bertindak secara bertimbang rasa antara satu sama lain.

2 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Adakah semua ini berlaku dalam keluarga kita? Jawapannya ialah ya dan tidak. Sudah tiba masanya kita semua memanfaatkan institusi ini untuk ikut memupuk dan melestarikan perpaduan negara. Ini dapat dilakukan apabila keluarga ikut mendukung peranan mulia untuk menyebarkan nilai muhibah kepada anak. Dengan ini, bukan sahaja anak didedahkan kepada pentingnya perpaduan negara, mereka juga ditanamkan nilai dan moral mengenainya untuk dikembangkan terus sepanjang hayat dikandung badan. Selain itu, dalam soal perpaduan negara yang juga mencakupi pelbagai hal lain, keluarga juga didapati amat penting dalam mengajar jati diri. Ini sudah tentu bermula dengan anak mengenali diri mereka, yang diidentifikasikan dengan keluarga mereka. Daripada identiti sosial yang mudah ini, keluarga hendaklah ikut menyampaikan pengetahuan sosiobudaya umum. Antaranya mengenai sejarah tanah air dari sudut sosial dan budaya, akhlak nasional yang dikawal Islam sebagai agama negara, tradisi kebangsaan yang berlandaskan budaya Melayu serta bahasa negara yang menggunakan bahasa Melayu. Keluarga sumber maklumat Dengan ini, keluarga menyampaikan maklumat tentang identiti kita sebagai Bangsa Malaysia bernasionalisme Malaysia. Maklumat ini yang pada mulanya disampaikan dalam keluarga masing-masing, akan kemudian diperkukuh beberapa institusi lain. Antara yang terpenting ialah sekolah, yang akan menyampaikannya dalam konteks yang lebih luas, tetapi terarah dengan dipacu falsafah pendidikan dan aspirasi negara. Keluarga amat penting dalam soal perpaduan negara. Apabila anak memperlihat sikap positif atau sebaliknya terhadap kaum lain, ia cerminan asuhan yang diterima mereka daripada keluarga. Ini benar dan selari dengan beberapa pepatah mengenai pentingnya keluarga sebagai sumber kelakuan anak. Dalam masyarakat Cina, ada pepatah yang mengatakan kalau keluarganya sudah diketahui, tidak perlu lagi dikenali individu berkenaan. Pepatah dari Sweden yang menyatakan cara anak bertindak di luar rumah adalah gambaran bagaimana mereka berkelakuan di dalam rumah, ikut menyokong kepentingan keluarga dari segi asuhan. Walaupun keluarga penting dalam hal perpaduan ini, ia perlu bergabung erat dengan institusi lain, antaranya agama, masyarakat dan pendidikan. Keluarga tempat seseorang itu memulakan kehidupannya. Jadi, ia tempat

3 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

kelangsungan individu berkenaan. Ia adalah tempat kelangsungan masyarakat dan negaranya. Keluarga adalah institusi paling asas dalam tamadun manusia. Penulis ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara.

eadline: Institusi keluarga pengaruhi perpaduan kaum

Publication: BH Date of publication: Jun 4, 2014 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Teo Kok Seong

Perkara yang terpenting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ialah perpaduan antara pelbagaikaum. Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada tahap perpaduan yang diperlihatkan dalam hubungan etnik sesama kita. Tahap ini sesungguhnya tidak begitu baik dan perlu diperbaiki agar hubungan etnik di negara ini berada pada ikatan yang lebih sasa. Banyak pihak hendaklah bukan sahaja memberi perhatian serius, tetapi juga memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Antara pihak terbabit ialah institusi keluarga. Ia begitu penting dalam tamadun manusia di mana-mana sahaja, sehingga kepentingannya disamakan dengan yang didukung oleh institusi masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu, keluarga diperlukan oleh semua individu. Hal yang sama juga diperlukan budaya. Antara peranan utama keluarga ialah penyebaran budaya yang diamalkan sesebuah masyarakat. Keluarga adalah penyangkut segala unsur yang terkandung dalam budaya masyarakat berkenaan. Terap nilai murni Kuasa yang ada pada keluarga yang digabungkan pula dengan kepentingannya dapat mentransformasikan anak-anak yang diasuh, menjadi insan yang mulia hatinya. Interaksi melalui sifat begini dengan orang lain, sudah tentu menjamin kesejahteraan dalam masyarakat. Keluargalah tempat pertama anak mengenali kebaikan, kebencian dan sebagainya. Dalam keluarga juga anak diajar mengenai pihak yang boleh dipercayai dan yang sebaliknya. Dalam hal perpaduan negara, keluarga adalah tempat anak disosialisasikan untuk

4 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

mempunyai persepsi awal, sama ada yang positif atau negatif, tentang kaum lain, sebelum mereka ke sekolah. Sosialisasi dalam konteks ini berupa proses pengajaran oleh ibu bapa dan saudara lain, selain pembelajaran oleh anak, mengenai kaum lain dan budayanya. Ia penting agar anak bukan sahaja mempunyai pengetahuan antara budaya yang baik, tetapi bertindak secara bertimbang rasa antara satu sama lain. Adakah semua ini berlaku dalam keluarga kita? Jawapannya ialah ya dan tidak. Sudah tiba masanya kita semua memanfaatkan institusi ini untuk ikut memupuk dan melestarikan perpaduan negara. Ini dapat dilakukan apabila keluarga ikut mendukung peranan mulia untuk menyebarkan nilai muhibah kepada anak. Dengan ini, bukan sahaja anak didedahkan kepada pentingnya perpaduan negara, mereka juga ditanamkan nilai dan moral mengenainya untuk dikembangkan terus sepanjang hayat dikandung badan. Selain itu, dalam soal perpaduan negara yang juga mencakupi pelbagai hal lain, keluarga juga didapati amat penting dalam mengajar jati diri. Ini sudah tentu bermula dengan anak mengenali diri mereka, yang diidentifikasikan dengan keluarga mereka. Daripada identiti sosial yang mudah ini, keluarga hendaklah ikut menyampaikan pengetahuan sosiobudaya umum. Antaranya mengenai sejarah tanah air dari sudut sosial dan budaya, akhlak nasional yang dikawal Islam sebagai agama negara, tradisi kebangsaan yang berlandaskan budaya Melayu serta bahasa negara yang menggunakan bahasa Melayu. Keluarga sumber maklumat Dengan ini, keluarga menyampaikan maklumat tentang identiti kita sebagai Bangsa Malaysia bernasionalisme Malaysia. Maklumat ini yang pada mulanya disampaikan dalam keluarga masing-masing, akan kemudian diperkukuh beberapa institusi lain. Antara yang terpenting ialah sekolah, yang akan menyampaikannya dalam konteks yang lebih luas, tetapi terarah dengan dipacu falsafah pendidikan dan aspirasi negara. Keluarga amat penting dalam soal perpaduan negara. Apabila anak memperlihat sikap positif atau sebaliknya terhadap kaum lain, ia cerminan asuhan yang diterima mereka daripada keluarga. Ini benar dan selari dengan beberapa pepatah mengenai pentingnya keluarga sebagai sumber kelakuan anak. Dalam masyarakat Cina, ada pepatah yang mengatakan kalau keluarganya sudah diketahui, tidak perlu lagi dikenali individu berkenaan. Pepatah dari Sweden yang menyatakan cara anak bertindak di luar rumah adalah gambaran bagaimana mereka

5 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

berkelakuan di dalam rumah, ikut menyokong kepentingan keluarga dari segi asuhan. Walaupun keluarga penting dalam hal perpaduan ini, ia perlu bergabung erat dengan institusi lain, antaranya agama, masyarakat dan pendidikan. Keluarga tempat seseorang itu memulakan kehidupannya. Jadi, ia tempat kelangsungan individu berkenaan. Ia adalah tempat kelangsungan masyarakat dan negaranya. Keluarga adalah institusi paling asas dalam tamadun manusia. Penulis ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara.

Headline: Pesta Kaamatan wadah erat perpaduan

Publication: BM Date of publication: Jun 1, 2014 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Suzianah Jiffar

Penampang: Perayaan Pesta Kaamatan mampu menjadi landasan untuk rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah berkumpul, sekali gus mengeratkan perhubungan serta persaudaraan. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata walaupun hanya disambut selama sebulan sepanjang Mei, semangat perayaan Pesta Kaamatan akan kekal dan perlu dijadikan teras keharmonian serta serta wadah penyatu rakyat di negeri ini. "Saya berharap semangat perayaan ini terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk terus bersatu serta memantapkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat Malaysia khususnya di Sabah. Mercu tanda perpaduan "Semoga perayaan ini terus dimartabatkan sebagai mercu tanda kejayaan dan perpaduan demi kemakmuran serta kesejahteraan kita terutama generasi akan datang," katanya berucap sempena perasmian penutupan Pesta Kaamatan peringkat negeri di sini, semalam. Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan penutupan Pesta Kaamatan yang bertemakan `Kebudayaan: Asas Keamanan dan Persahabatan'. Promosi pelancongan

6 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Musa berkata, persefahaman, penyertaan dan komitmen semua kaum dalam menjayakan perayaan ini melalui penonjolan budaya, pameran pakaian tradisi serta makanan tradisi mampu mengeratkan lagi hubungan antara rakyat pelbagai kaum. "Pesta Kaamatan juga tidak langsung membantu mempromosikan industri pelancongan di negeri ini. "Ini bukan saja memberi ruang kepada masyarakat kadazandusun dan Murut menonjolkan warisan budaya mereka, tetapi secara tidak langsung membantu mempromosikan industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Headline: Program integrasi kaum di sekolah

Publication: BH Date of publication: May 22, 2014 Section heading: Main Section Page number: 026

Kuala Lumpur: Program integrasi kaum perlu dimulakan lebih awal di peringkat sekolah menengah bagi membolehkan semua pelajar memahami semangat cintakan negara. Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata program yang mirip Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu mampu mewujudkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan pelajar. "Ini pandangan saya. Seawal dua minggu pertama di Tingkatan Satu program ini boleh dimulakan. "Program suai kenal itu boleh dilaksanakan di sekolah masingmasing dengan menjemput pelatih dari luar," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Kamalanathan ditemui selepas sesi dialog Kelab Najib Razak (NRC11) membincangkan topik Membina Sistem Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia. Terdahulu, Kamalanathan ketika menjawab soalan peserta berkata kedudukan pendidikan sangat penting dalam usaha menarik lebih ramai pelajar luar negara ke sini. Beliau mengakui kedudukan negara ini tidak sebaik beberapa negara lain tetapi kerajaan sentiasa berusaha ke arah itu. "Dengan wujudnya Universiti Penyelidikan, beberapa penambahbaikan sudah

7 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

dilakukan dengan ada beberapa universiti tempatan menunjukkan perkembangan," katanya.

Headline: Rakyat perlu rapat jurang antara kaum

Publication: BH Date of publication: May 17, 2014 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Tan Sri Lee Lam Thye

Yayasan 1Malaysia mencadangkan agar Skuad Perpaduan ditubuhkan di setiap daerah di seluruh negara bagi memudahkan pergerakan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dalam membina jambatan persefahaman dan perpaduan serta menghentikan segala bentuk kempen kebencian yang boleh membawa kepada konflik kaum dan perpecahan di negara ini. Penubuhan Skuad Perpaduan ini adalah selaras dengan objektif untuk memelihara rangkaian yang lebih baik, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat akar umbi. Rakyat Malaysia mesti mengambil tanggungjawab membina dan memperkukuhkan perpaduan sebagai inisiatif rakyat kerana akhirnya rakyatlah yang akan memutuskan nasib negara kita. Jika ahli politik tidak berjaya membina dan memperkukuhkan perpaduan maka rakyat perlu berbuat demikian kerana membina perpaduan melampaui politik. Keharmonian kaum, perpaduan antara dan di antara kaum adalah mengenai rakyat dan apa yang mereka boleh dan harus lakukan demi perpaduan negara. Cuba dapatkan populariti Terlalu banyak penekanan telah difokus kepada peranan ahli politik untuk memastikan keharmonian dalam kalangan berlainan kaum. Namun demikian, rakyat Malaysia amat kecewa apabila ahli politik tertentu memainkan isu perkauman bagi mendapatkan populariti. Apa yang lebih membimbangkan kini adalah kemunculan parti politik berasaskan kaum dan mereka ini tanpa segan silu memainkan isu perkauman tanpa menyedari kesan daripada tindakan mereka itu. Inilah masanya untuk semua rakyat bersama-sama mengambil inisiatif untuk merapatkan jurang antarakaum dan berusaha ke arah perpaduan yang melampaui politik.

8 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Bagi mengelakkan rakyat Malaysia terus dihanyut dengan isu perkauman ini serta untuk mengelakkan negara kita dari perpecahan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti mengambil berat tentang masa depan negara dan bersedia untuk berintegrasi dan bersatu bermula dari umur muda. Tugas yang paling penting bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama dan menolak sebarang bentuk fahaman melampau yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama. Menyatupadu negara Ini juga masanya untuk semua rakyat Malaysia yang patriotik bersama-sama menuju ke arah menyatupadukan negara. Ini bukanlah masanya untuk sesiapa sahaja membuat kenyataan yang provokatif yang boleh membawa kepada konflik dan ketegangan dengan kesan yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian danperpaduan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab, kita berperanan untuk bekerjasama untuk memastikan keamanan, keharmonian dan perpaduan serta mengelakkan diri daripada membuat perbuatan provokasi, keganasan dan kebencian yang akhirnya akan mengakibatkan konflik dan huru-hara. Kita perlu menekankan di sini bahawa dalam analisis terakhir adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kaumyang akan menjadi wira yang boleh menyatupadukan Malaysia dan menolak suara fahaman melampau, kebencian dan ketaksuban. Tan Sri Lee Lam Thye, Ahli pemenang amanahYayasan 1Malaysia.

Headline: Masyarakat perlu bersatu tanpa mengira bangsa

Publication: BH Date of publication: May 13, 2014 Section heading: Main Section Page number: 032 Byline / Author: Oleh Tan Sri Lee Lam Thye

Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menggesa semua rakyat Malaysia untuk menerima hakikat bahawa masyarakat Cina adalah sebahagian daripada negara ini dan tidak patut bagi sesiapa membuat apa-apa

9 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

komen provokatif yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum atau boleh menjejaskan keharmonian kaum. Tindak balas daripada bekas Perdana Menteri ke atas kenyataan kontroversi Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) amat wajar dan perlu di sambut baik oleh semua rakyat demi keharmonian kaum danperpaduan. Seperti kumpulan etnik lain yang telah menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal mereka, masyarakat Cina juga adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia bersedia menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Mereka semua adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan mempunyai hak mereka sebagai warga negara. Malaysia adalah satu-satunya tempat tinggal mereka. Mereka ingin Malaysia terus maju dan berjaya agar semua kumpulan etnik yang lain boleh menikmati kemakmuran negara. Malaysia kini melalui peringkat yang amat kritikal sejak kewujudannya. Apa yang paling diperlukan adalah keharmonian kaum dan agama, keamanan dan perpaduan. Semai semangat kemerdekaan 1957 Adalah tidak wajar bagi sesiapa atau mana-mana pihak untuk membuat provokasi dan hasutan pada masa ini dengan membuat kenyataan terhadap mana-mana kumpulan etnik lain yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sebaliknya kita perlu kembali kepada Semangat Kemerdekaan 1957 dan berusaha ke arah mencapai rekonsiliasi dan menyumbang kepada persefahaman serta perpaduan. Bagi mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik perlu menjadi pembina jambatan dan bukannya pembina tembok yang hanya akan menjauhkan jurang antara rakyat Malaysia. Negara kita kini masih berhadapan dengan beberapa isu kritikal seperti kehilangan pesawat MH370, penculikan di Pantai Timur Sabah dan kesannya terhadap pelancongan, isu hudud, isu air serta kebangkitan fahaman pelampau dan ketaksuban. Dalam keadaan negara kita sekarang, kita tidak mampu menghadapi sebarang ketegangan kaum dan agama. Kita sedar bahawa apa-apa percubaan oleh mana-mana pihak untuk menghasut dan mencetuskan ketegangan kaum atau agama tidak akan membawa sebarang faedah kepada negara malah hanya terus mempolarisasikan kaum di negara kita. Tugas yang paling penting untuk semua rakyat Malaysia adalah bekerjasama menangani kebangkitan fahaman pelampau dan ketaksuban agama.

10 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Kepada mereka yang terus membuat kenyataan menghasut dan menyebabkan ketegangan kaum dan agama, agensi penguatkuasa undang-undang kita perlu bertindak ke atas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dan membantu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses perundangan. Tan Sri Lee Lam Thye, Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

Headline: Usaha perkukuh perpaduan

Publication: BM Date of publication: May 11, 2014 Section heading: Main Section Page number: 004 Byline / Author: Oleh Abdul Razak Raaff

Pekan: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meminta rakyat sentiasa berusaha mengukuhkan perpaduanantara kaum dan mempertahankan nilai murni ketika negara berdepan pelbagai cabaran serta persekitaran global yang sentiasa berubah. Walaupun zaman semakin berubah termasuk ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan, baginda bertitah, ia tidak bermakna semua perkara asas turut berubah, sebaliknya ia perlu disesuaikan dengan peredaran masa dan persekitaran. Banyak perubahan "Sepanjang 40 tahun memerintah, beta menyaksikan bagaimana peredaran masa

11 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

dan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan berlaku banyak perubahan dalam aspek kehidupan. Cara dan gaya hidup masyarakat serta sistem nilai juga berubah. "Politik dan pentadbiran yang dulunya mudah dan senang kini menjadi lebih kompleks dan mencabar... begitu juga dengan masyarakat yang dulunya adalah kelompok manusia mudah mesra dan rapat kini menjadi lebih besar, rencam dan sedikit longgar. "Beta gusar apabila memerhatikan masa dan persekitaran yang sudah berubah sehingga menukar sistem nilai yang dipegang kuat oleh masyarakat selama ini," titahnya. Baginda bertitah demikian ketika Istiadat persembahan Ikrar Taat Setia Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Memuliakan Sambutan 40 tahun Pemerintahan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini, semalam. Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Utama kepentingan rakyat "Sepanjang 40 tahun pemerintahan, selain daripada keluarga, beta juga menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Beta juga melafazkan `raja dan rakyat berpisah tiada' yang mempunyai erti dan implikasi sangat signifikan. Ia membawa erti raja dan rakyat wujud bersama-sama menjadikan sebuah negeri terus makmur dan membangun. "Raja menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, rakyat pula menumpukan taat setia kepada raja," titahnya. Sepanjang tempoh berucap dalam istiadat itu, baginda juga kelihatan terpaksa berhenti beberapa kali kerana sebak termasuk ketika mengenangkan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Almarhumah isteri, Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Muhammad.

Headline: Perkukuh perpaduan

Publication: HM Date of publication: Feb 3, 2014 Section heading: Main Section Page number: 002

12 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Kluang: Penduduk daerah ini digesa mengukuhkan perpaduan supaya keharmonian yang dikecapi selama ini terus terpelihara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md Jais Sarday berkata, tanpa ikatan perpaduan erat antara semua kaum, negara berdepan kesukaran untuk mencapai kemajuan dan pembangunan. "Apa yang kita lalui sejak puluhan tahun lalu perlu dikekalkan tanpa sebarang perasaan prejudis kerana untuk membina kemakmuran seperti ini bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dicapai dalam masa sebulan atau setahun. "Di negara ini, kita bebas meraikan sebarang sambutan perayaan kerana kita memahami adat resam setiap masyarakat," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kluang di Dewan Jubli Intan di sini, semalam. Md Jais berkata, beliau mengagumi masyarakat Kluang kerana saling bekerjasama dalam apa juga majlis dan sambutan perayaan yang dianjurkan.

Headline: Perpaduan rakyat beri kekuatan operasi mencari MH370

Publication: BH Date of publication: Mar 28, 2014 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Mohd Ayob Abd Razid

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu lalu, menyifatkan tragedi kehilangan pesawat MH370 mempunyai hikmah tersendiri. Ia telah mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini. Benar apa yang dinyatakan beliau kerana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, fahaman agama dan ideologi politik turut berkongsi harapan dan perasaan yang sama mengharap pesawat yang membawa 239 nyawa itu dapat ditemui dalam apa keadaan sekalipun. MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama mendoakan yang terbaik untuk MH370. Malah, masyarakat dunia juga turut melahirkan simpati terhadap tragedi itu. Kehilangan MH370 yang cukup luar biasa itu turut menarik perhatian 26 negara

13 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

untuk turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370. Kita melihat bagaimana ada di antara negara terbabit yang mempunyai hubungan yang dingin sanggup mengetepikan ego masing-masing demi keprihatinan mereka terhadap tragedi yang menimpa pesawat itu. Rakyat Malaysia tunjuk simpati Kini, setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media pada 24 Mac lalu bahawa perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, rakyat Malaysia terus menunjukkan simpati yang tinggi terhadap keluarga penumpang dan krew MH370. Rakyat Malaysia dari semua kaum terus bersatu hati memberikan simpati kepada keluarga dengan mendoakan ketabahan untuk mereka. Takziah tidak putus-putus disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui semua bentuk media, termasuk media sosial. Kita berharap keluarga penumpang dari China dapat menerima hakikat ini. Semoga mereka juga kembali tenang dan tabah dan tidak menuduh yang bukan-bukan terhadap Kerajaan Malaysia. Namun, kita kecewa apabila ada sesetengah media asing yang melaporkan berita kehilangan pesawat MH370 secara negatif dan spekulatif menyebabkan sesetengah ahli keluarga penumpang MH370, khususnya dari China terpengaruh dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Malaysia dan Penerbangan Malaysia (MAS) sehingga ada yang terlalu emosional dan menuduh Malaysia sebagai pembunuh. Sikap sesetengah media asing itu secara tersirat ada agenda jahat untuk mewujudkan ketegangan antara Malaysia dan China. Hubungan erat kekal Kita yakin kerajaan China matang dalam menilai agenda jahat ini. Kita juga yakin bahawa melalui hubungan diplomatik dengan China, kerajaan mampu memberikan penjelasan yang meyakinkan kerajaan China. Kunjungan duta khas Presiden Cina, Zhang Yesui untuk menemui Perdana Menteri, yang mana Cina memberikan komitmen untuk terus membantu mencari MH370 serta komited memperkukuhkan hubungan dua hala adalah bukti jelas kerjasama rapat kedua-dua negara itu. Dalam keadaan negara masih berhadapan dengan situasi mencabar ini, pasti sokongan dan semangatperpaduan rakyat menjadi elemen penting untuk memberikan suntikan semangat dan kekuatan kepada kerajaan untuk terus mencari pesawat MH370. Mengikut Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, perpaduan dan sokongan

14 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

rakyat inilah yang memberikan kekuatan kepada beliau dan pasukan operasi untuk terus mencari pesawat MH370. Pada sidang media itu, beliau menyebut, "Itulah (perpaduan dan doa) sesuatu yang membantu kita untuk tidak putus asa dan terus beri fokus walaupun ada banyak spekulasi sejak hari pertama." Perpaduan rakyat Malaysia terhadap tragedi itu terbukti apabila semua anggota Parlimen, sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang menyokong usul khas yang dibentangkan Perdana Menteri bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap pesawat malang itu. Malah, kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi itu. Suruhanjaya ini akan turut dianggotai oleh parti pembangkang. Kesimpulannya, perpaduan dan sokongan yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam tragedi kehilangan pesawat memberi kekuatan dan keazaman yang tinggi kepada kerajaan untuk terus berusaha mengesan pesawat MH370. Malaysia tidak bersendirian dalam usaha ini kerana banyak negara termasuk kuasa-kuasa besar membantu mencari pesawat malang itu. * Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, kementerian Komunikasi dan Multimedia

Headline: Galak budaya keamanan, keharmonian dan perpaduan

Publication: BH Date of publication: Mar 12, 2014 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Tan Sri Lee Lam Thye

Melihat kepada polarisasi kaum dan agama yang semakin serius di dalam negara, saya amat yakin bahawa rakyat Malaysia sendiri perlu memikul tanggungjawab dalam membina dan mengukuhkan perpaduannegara dan bukan semata-mata hanya menyerahkan tanggungjawab ini kepada ahli politik kerana rakyatlah yang akan menentukan nasib negara tercinta mereka sendiri. Jikalau ahli politik masih belum berjaya membina perpaduan maka rakyat perlu berbuat demikian kerana pembinaan perpaduan melampaui politik dan ahli politik. Keharmonian kaum dan perpaduan antara kaum adalah amat penting bagi negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti negara kita. Ini adalah berkaitan

15 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

dengan rakyat dan bagaimana mereka melihat dan berinteraksi antara satu sama lain. Penekanan yang amat banyak telah diberikan kepada peranan ahli politik untuk menjamin keharmonian antara kaum. Namun demikian, rakyat Malaysia berasa kecewa apabila ahli politik tertentu memainkan isu perkauman bagi mendapatkan populariti masing-masing. Politik berasaskan perkauman Apa yang lebih membimbangkan adalah kemunculan politik berasaskan kaum yang memainkan isu perkauman tanpa menyedari akibat dan kesan daripada itu. Ini adalah masanya untuk rakyat mengambil inisiatif untuk merapatkan mana-mana jurang antara kaumyang wujud dan berusaha ke arah perpaduan nasional dan integrasi kaum. Bagi mengelakkan rakyat Malaysia terus berada dalam situasi pola risasi begini, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti mengambil berat tentang masa depan negara kita dan bersedia untuk menyatukan semua masyarakat seawal usia muda lagi. Tugas yang paling penting bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik adalah untuk memastikan keharmonian kaum dan agama dan menolak sebarang bentuk fahaman ekstremisme yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama. Ini juga adalah masanya untuk semua peringkat rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk meneruskan punca yang menyatukanpadukan rakyat Malaysia. Ini bukanlah masa untuk sesiapa saja membuat kenyataan yang provokatif dan yang boleh membawa kepada konflik dan ketegangan kaum dengan kesan serius yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik, bekerjasama demi keamanan dan keharmonian negara serta mengelakkan diri daripada tindakan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan huru-hara adalah satu tanggungjawab yang besar. Bina jambatan etnik Yayasan 1Malaysia pernah menekankan bahawa apa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah pembina jambatan etnik yang ikhlas dan Duta Keamanan yang boleh membantu memupuk muhibah, saling menghormati, aman dan damai.

16 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Masanya telah tiba untuk kita mengenal pasti pembina jambatan etnik ini dan memberi penekanan kepada peranan penting mereka bagi merapatkan jurang kaum yang serius pada ketika ini serta meningkatkan hubungan kaum di dalam negara. Hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Ia telah menjadi sumber utama integrasi kaum selama bertahun-tahun dan telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dan penekanan yang lebih harus diberikan kepada penyatuan dan perpaduan Malaysia berdasarkan nilai murni di mana ia diajar oleh semua agama dan bangsa dan bukannya dengan tujuan dalam mengeksploitasikan sentimen etnik. Perpaduan dalam kepelbagaian adalah hadiah tidak ternilai yang perlu dihargai oleh semua rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus komited sepenuhnya dalam menggalakkan budaya keamanan, keharmonian dan perpaduan. Tan Sri Lee Lam Thye Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia

Headline: `Pelihara masyarakat bersatu padu'

Publication: BH Date of publication: Feb 24, 2014 Section heading: Main Section Page number: 024

Johor Bahru: Semua rakyat diseru berusaha memelihara masyarakat bersatu padu dan menolak sebarang gejala negatif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, bertitah ini kerana sikap toleransi dan hormat-menghormati antara rakyat berbilang kaum membantu mewujudkan suasana masyarakat yang sihat dan sejahtera. "Inilah keunikan kita. Justeru saya menyeru semua pihak supaya menzahirkan sikap sayangkan keharmonian dan perpaduan yang kita nikmati selama ini dengan sentiasa tampil menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pupuk sikap penyayang

17 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

"Masa depan negara dan kesejahteraan masyarakat kita pada hari ini bergantung kepada pengekalan keharmonian dan perpaduan yang dibina sejak sekian lama. Semoga sikap penyayang seumpama ini akan terus dapat dipupuk dan terus dikembangkan pada masa depan," titah baginda pada majlis meraikan Warga Tua dan Anak Yatim sempena Tahun Baharu 2014 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Johor Bahru di sini, semalam. Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi BSMM Johor Bahru, Chong Ah Ng, hadir sama. Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada warga tua dan anak yatim serta sijil penghargaan kepada penyumbang dana BSMM Cabang Johor Bahru. Raja Zarith Sofiah bertitah, majlis yang dianjurkan BSMM setiap tahun itu juga memberi pengertian besar kepada kumpulan warga tua dan anak yatim kerana ia menunjukkan masyarakat sentiasa prihatin dan bersedia membantu golongan kurang berkemampuan.

Headline: Rakyat Malaysia perlu bersatu demi negara: Kurup

Publication: BM Date of publication: Feb 23, 2014 Section heading: Main Section Page number: 006

Kuala Lumpur: Masyarakat Malaysia dilihat semakin dipisahkan dengan identiti dan sejarah kaum serta agama walaupun negara sudah menikmati kemerdekaan selama lebih lima dekad, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. "Bagi orang Semenanjung, sejarah bermula dari Tanah Melayu ke Malaya ke Malaysia, manakala bagi orang dari Sabah atau Sarawak, ia (bermula) dari Sabah atau Sarawak ke Malaysia. "Mana lebih penting? 31 Ogos atau 16 September? Bagaimana kita hendak membina negara bersatu apabila sejarah berbeza dari seorang ke seorang lain?" Kurup melontarkan persoalan ketika berucap melancarkan `Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi' di sini, semalam. Beliau berharap rakyat melihat diri mereka lebih sebagai anak Malaysia, berbanding kaum tertentu. Turut hadir, Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) Tan Sri Samsudin Osman, timbalannya Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah

18 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan. Rakyat perlu bersatu Kurup berpendapat, usaha menyatupadukan kaum di negara ini bukan mudah dan ia adalah tanggungjawab bersama. "Mungkin ramai melihat formula kejayaan negara kita ialah kerana kedudukan yang strategik, dasar mesra-perniagaan dan kestabilan...(namun), saya berpendapat asas penting kejayaan kita ialah semangat bermuafakat dan pegangan kepada nilai wasatiyyah," katanya. Sesi dialog di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka itu dipengerusikan Lee dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Ia dianjurkan MKPN dengan kerjasama institut berkenaan. Kurup berkata, sesi yang dijadual berlangsung hingga 30 Mac di 18 lokasi di seluruh negara itu adalah pendekatan terbaik bagi mendapatkan idea, pandangan akar umbi berhubung isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Beliau berkata, input dari siri dialog itu akan dianalisis pihak MKPN ke arah penyediaan Pelan TindakanPerpaduan Negara.

Headline: Pemimpin benteng perpaduan ummah

Publication: BH Date of publication: Jan 31, 2014 Section heading: Main Section Page number: 037

Satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi oleh umat Islam adalah perpaduan ummah satu tuntutan amat penting dan perpecahan dilarang. Oleh itu, Manhaj Islami dalam memelihara perpaduan ummah ialah melalui al-jama'ah. Sabda Baginda SAW lagi, "Jama'ah itu membawa rahmat, dan perpecahan itu membawa azab." (Riwayat Ahmad) Imam at-Tabari dalam kitabnya Fathul Bari mengatakan, jama'ah ialah bersama dengan kumpulan umat Islam yang berada dalam ketaatan pemerintah yang mereka bersepakat melantiknya sebagai pemerintah. Begitu juga pandangan Imam al-Sarkhasi, jama'ah umat Islam ialah mereka yang memiliki kekuatan mempertahankan negara dan umat.

19 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Memelihara perpaduan berkait rapat dengan kewajipan taat kepada pemerintah kerana pemimpin benteng kepada perpaduan ummah. Percayalah, umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan mereka menyerahkan kepemimpinan kepada seorang ketua yang dapat menyatukan mereka berdasarkan kebijaksanaannya. Manusia jadi kacau-bilau Ulama Abu Abdullah menyatakan dalam kitabnya Tahzib al- Risalah, teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah. Jika tidak wujud pemerintah, nescaya keadaan manusia akan menjadi kacau-bilau dan saling bunuh-membunuh. Al-Imam Abu Bakar al-Turtusyi menyatakan, taat kepada pemerintah adalah petunjuk bagi orang yang menjadikan cahayanya sebagai penyuluh, tempat berlindung bagi mereka yang memeliharanya. Orang yang terkeluar dari sempadan taat, tersingkir ia daripada perlindungan Allah, terlepas daripada jaminannya. Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agamanya yang lurus, perisai yang melindungi dan pemeliharaan yang tinggi. Ingatlah pesanan Imam al-Ghazali, sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tidak bertiang, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang. Justeru, sebagai orang beriman kita dituntut untuk mentaati pemimpin seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah an-Nisa', ayat 59) Manhaj Islami memelihara perpaduan ummah dapat dilihat dalam pendekatan dibawa Rasulullah SAW ketika pemerintahannya. Baginda menunjukkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara dengan mengukuhkan perpaduan warga Madinah yang terdiri daripada pelbagaikaum, bangsa, agama dan keturunan bersama mentaati pemerintah. Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang memisahkan diri daripada jama'ah dan menghina pemerintah, ia menemui Allah SWT tanpa sebarang hujah yang dapat membelanya." (Riwayat Ahmad) Perpecahan sememangnya merugikan, tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama.

20 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Sebabnya bukan lemah penghayatan agama, tetapi didorong hasutan musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani. Keamanan, keharmonian Keamanan dan keharmonian hidup yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada budaya saling hormat menghormati, bertolak ansur, berkompromi dan muafakat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan adat resam. Semua rakyat berperanan dan memberi sumbangan terhadap perpaduan negara. Berkat perpaduan itulah juga yang membolehkan pemerintah melaksanakan pelbagai program pembangunan demi mensejahterakan hidup rakyat. Ini isyarat jelas bahawa perpaduan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya yang perlu dipelihara dan dikekalkan oleh masyarakat majmuk negara ini. Mengejar agenda bersifat perkauman, kepentingan kelompok tertentu yang menanamkan benih perbalahan menggugat perpaduan. Umat Islam berkewajipan menghayati semangat pepatah Melayu 'Bersatu Teguh, Bercerai Roboh'. Sebagai umat Islam kita juga wajib mengambil iktibar daripada peristiwa penyatuan yang dicerminkan bangsa lain dalam mempertahankan maruah serta kepentingan mereka.

Headline: Memahami makna sebenar perpaduan

Publication: BH Date of publication: Jan 29, 2014 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Johan Jaaffar

Pada hari Jumaat ini kaum Cina di negara kita akan merayakan Tahun Baru Cina. Menurut kalendar Cina, tahun ini adalah tahun Kuda Kayu. Menurut kepercayaan mereka bagi tahun ini elemen api memainkan peranan yang penting, mengatasi air. Api juga melambangkan kemarahan, rasa tidak sabar dan keresahan. Sekiranya zodiak Cina boleh anda percayai, tahun ini juga menampakkan keadaan di mana emosi dan ketakutan akan lebih banyak menguasai ketenangan dan kewarasan. Banyak keputusan akan dibuat tanpa pertimbangan akal, kajian mendalam, kebijaksanaan dan kecerdikan. Maka itu ada tanda-tanda bahawa akan lebih banyak berlaku pergolakan dan krisis di dunia tahun ini. Itu bukan bermakna tahun Kuda Kayu merupakan tahun yang malap atau menggerunkan. Tahun ini juga menjanjikan banyak harapan. Kuda merupakan haiwan liar sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Kuda membantu manusia

21 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

memenangi perang. Kuda juga menjanjikan banyak peluang yang baik dalam bidang perniagaan dan dalam pembinaan kerjaya. Demikianlah ramalan tahun Kuda Kayu bagi kaum Cina. Beraya bersama-sama Bagi sebahagian besar daripada kita, Tahun Baru Cina merupakan salah satu daripada beberapa perayaan penting negara. Banyak daripada kita yang mengambil cuti dan menggunakannya untuk melancong atau sekadar berehat di rumah. Bagi yang lain, ini merupakan peluang untuk merayakan bersama-sama teman-teman kaum Cina. Perayaan kaum untuk sekian lama tidak pernah dilihat daripada kacamata keagamaan semata-mata. Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Tadau Keamatan dan lain-lain lagi merupakan perayaan yang dirayakan oleh semua kaum. Suku kaum di Sabah dan Sarawak memberikan makna yang sebenar konsep 1Malaysia dengan menjadikan perayaan suku kaum sebagai acara bersama sejak sekian lama. Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga menjadi perayaan yang dikongsi oleh semua kaum. Perayaan seperti inilah yang memberikan kesempatan rakyat Malaysia mendekati satu sama lain. Inilah bukti integrasi yang sebenar. Pemahaman terhadap budaya satu sama lain menjadi teras perpaduannegara. Sayang sekali soal perpaduan kini perlu dilihat semula secara jujur. Pelbagai isu yang berbangkit merenggangkan perpaduan kaum di negara ini. Soal politik, bahasa, agama - semuanya menjauhkan kita. Sistem pendidikan vernakular menjadikan anak-anak kita tidak berinteraksi seperti yang sepatutnya pada peringkat awal lagi. Isu keagamaan menjadi semakin sensitif hari ini. Penubuhan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) menunjukkan betapa perlu isu perpaduan ini ditangani secara jujur dan terbuka. Sebenarnya kerajaan tidak ada pilihan. Majlis ini diminta membuat cadangan langkah-langkah praktikal ke arah perpaduan sebenar. Tuntut tindakan serius Ini isu serius yang menuntut tindakan serius. Sudah pastilah ada pihak yang mencurigai keberkesanan majlis ini. Malang juga kerana mesyuaratnya yang pertama pada 6 Januari lalu ditenggelami oleh kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM). Memang majlis ini tidak mempunyai Lampu Aladdin untuk menyelesaikan semua masalah perpaduan.Perpaduan kaum di negara ini merupakan isu panjang yang berdaki dengan tradisi dan sejarah juga prasangka dan keraguan. Hari ini isu perpaduan merupakan isu nasional yang kritikal.

22 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, isu perpaduan dianggap amat penting. Maka itu pelbagai program dan kempen disediakan. Rukun negara diwujudkan sebagai tiang seri dan prinsip kerukunan bersama. Kempen muhibah dan perpaduan dilaksanakan secara berterusan menggunakan semua media yang ada ketika itu. Mungkin kaedah lama yang cuba menggandingkan suntikan elemen patriotisme, jingoisme dan propaganda tidak sesuai lagi untuk rakyat Malaysia hari ini. Tetapi semangat kempen itu masih penting. Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa isu kerenggangan kaum perlu diatasi segera. Mungkin sudah terlalu lama kita mengabaikan soal perpaduan. Atau mengambil mudah hal itu. Bila terhantuk baru terngadah, demikianlah peribahasa Melayu. Ini soal masa depan negara kita. Dalam negara pelbagai kaum, kita tidak ada pilihan melainkan memastikan wujudnya keharmonian kaum. Indonesia memberikan tumpuan pada pembinaan negara bangsa menggunakan bahasa sebagai paksinya. Namun demikian mereka juga berdepan dengan masalah perpaduan untuk jangka panjang. Kita mungkin menghabiskan terlalu banyak masa mencorakkan kemajuan ekonomi lalu mengabaikan aspek pembinaan negara bangsa yang sebenar. Inilah masa untuk membuat perubahan. Masanya belum terlambat. Dalam kita menghormati perayaan Tahun Baru Cina kali ini, elok juga direnungkan makna persefahaman dan kerukunan bagi kita semua. Demi masa depan bersama. Kepada semua pembaca Cina: Gong Xi Fa Cai.

Headline: Pertahan semangat perpaduan (HL)

Publication: BH Date of publication: Dec 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Hassan Omar

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan rakyat terhadap cubaan pihak ter tentu untuk memecah-belahkan keharmonian perpaduan kaum di negara ini. Perdana Menteri menegaskan, walaupun rakyat berbilang kaum dan agama diuji dengan pelbagai cubaan seumpama itu, Malaysia tetap kukuh berikutan perpaduan rakyat yang sukar digugat. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya mengekalkan perpaduan dan sentiasa menginsafi kemakmuran dinikmati di negara ini yang sukar dinikmati di

23 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

sesetengah negara lain. "Tetap wujud percubaan untuk memecah-belahkan keharmonian antara kita. Sering kali tekad perpaduankita diuji. Mujurlah, berkat kesabaran, penerimaan dan persefahaman, kita dapat mengatasi segala-galanya. Terus bersatu "Marilah kita terus bersatu padu dan berusaha gigih untuk memastikan Malaysia sentiasa dipenuhi keharmonian serta peluang, dan kita menginsafi nikmat kerana dapat hidup di bumi bertuah ini," katanya dalam perutusan Krismas melalui blog terbaru 1Malaysia, semalam. Sambil mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada rakyat beragama Kristian, Najib mengucapkan kesyukuran kerana rakyat yang memiliki keunikan budaya mampu meraikan perayaan itu dalam suasana muhibah. "Ini mampu direalisasikan kerana kita berupaya mendakap perbezaan antara satu sama lain. Jika kita bersatu, kita pasti dapat mencapai tahap kekuatan dan kegemilangan ulung," katanya. Rakyat Malaysia bertuah Najib berkata, berbanding persengketaan di sesetengah negara lain berikutan keengganan masyarakatnya menerima hakikat perbezaan agama dan bangsa, rakyat Malaysia harus berasa bertuah mampu meneruskan kehidupan harmoni. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah alpa akan rahmat berkenaan dan bersedia untuk berkongsi dengan orang lain. "Mari kita melakar langkah ke hadapan dengan penuh harapan, keyakinan dan kepastian bahawa setiap orang dikurniakan masa depan yang cerah di tanah air tercinta ini," katanya. Sementara itu, BERNAMA melaporkan lawatan kerja Najib ke Arab Saudi bukan sahaja memp erkukuh hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, malah dianggap sebagai pengiktirafan terhadap golongan profesional yang meneroka peluang di luar negara.

Headline: Empati kukuh penyatuan nasional

24 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Publication: HM Date of publication: Dec 18, 2013 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Muhammad Nizam Ab Ghani

Di bawah satu entiti yang dikenali sebagai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), 30 rakyat Malaysia berbilang kaum, termasuk golongan profesional, tokoh akademik, ahli politik, aktivis NGO dan artis dihimpunkan atas satu tujuan - demi perpaduan negara. Tiada istilah pilih bulu atau bias kepartian dijadikan kriteria untuk melantik anggota majlis berkenaan. Secara umumnya keanggotaan majlis seimbang dan rakyat Malaysia boleh menyandarkan harapan supaya buah fikiran ahli majlis ini dapat digembleng bagi merangka satu pelan tindakan yang menentukan arah tuju hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berakhir Mei lalu fokus utama pemimpin negara untuk merapatkan jurang yang timbul dalam perpaduan nasional. Polarisasi kaum seperti yang disebut oleh Perdana Menteri sejurus berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada malam keputusan PRU ke-13 satu perkara yang serius. Jika isu ini tidak dibendung masa depan Malaysia menuju dua kemungkinan sama ada terjebak dalam kancah perang saudara atau konflik ketegangan kaum. Cermat tadbir urus kerajaan Pentadbiran sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk perlu dikendalikan dengan cermat. Faktor perbezaan agama, kepercayaan, etnik dan sosioekonomi banyak mempengaruhi keadaan hubungan antara kaum sama ada harmoni atau sebaliknya. Misalnya keperluan orang Cina yang banyak terbabit dalam bidang perniagaan tidak sama dengan keperluan orang Melayu yang melakukan aktiviti pertanian, perikanan dan menyertai sektor awam. Dari segi integrasi wilayah pula banyak aspek yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan hidup penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Keupayaan memahami kehendak yang rencam dan luar jangkaan ini cabaran bagi kerajaan dan ia mampu diatasi dengan kewujudan badan pemikir khusus seperti MKPN. Kita wajar menilai penubuhan MKPN sebagai satu bentuk inovasi dalam tadbir urus kerajaan, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan yang tidak pernah meminggirkan agenda perpaduan sebagai satu keutamaan di peringkat nasional. Ketika berucap dalam majlis penyerahan watikah pelantikan anggota MKPN, Perdana Menteri ada menyatakan hala tuju majlis ini dengan menekankan prinsip tidak menyakiti mana-mana agama atau kaum. Masyarakat bertolak ansur

25 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Penulis teringat satu istilah yang sesuai untuk dikaitkan dengan hasrat Perdana Menteri kepada MKPN iaitu empati. Dalam konsep yang mudah difahami empati ialah sejauh mana kita boleh meletakkan diri kita dalam keadaan orang lain. Untuk menjadi masyarakat yang menjunjung nilai perpaduan, maka sikap tolak ansur adalah ramuannya. Tetapi tolak ansur tanpa mengambil elemen empati tidak akan memberi sebarang erti kepada perpaduan. Untuk memastikan semua kaum meletakkan empati mengatasi kepentingan kaum sendiri, maka ia perlu berlandaskan prinsip perlembagaan yang menjadi asas penubuhan Malaysia. Dalam konteks ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa MKPN perlu memastikan sebarang syor mengenai usaha meningkatkanperpaduan di negara ini perlu menjurus kepada tujuh perkara, antara lain perlu mengambil kira aspek Model Ekonomi Baru (MEB) dan menjaga sensitiviti setiap etnik di Malaysia. Jika prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan diabaikan, objektif penubuhan MKPN sukar dicapai. Lantaran itu, anggota MKPN perlu bekerja secara berpasukan, terbuka serta berhemah dengan melihat semula rekod pencapaian perpaduan nasional sejak daripada era kemerdekaan hingga ke hari ini. Peristiwa 13 Mei 1969, insiden Kampung Medan 2001 dan pelbagai kes penghinaan agama dan kaum yang muncul di media sosial sebahagian input kajian kes yang boleh dianalisis untuk merumuskan langkah terbaik mencegah sebarang implikasi negatif kepada hubungan masyarakat majmuk. Bersemuka rakyat Tugas MKPN pada masa sekarang menyiapkan dalam masa enam bulan satu laporan interim berhubung agenda perpaduan nasional. MKPN boleh menggunakan pendekatan sama seperti ketika Kementerian Pendidikan merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu mengadakan sesi bersemuka bersama rakyat atau hari terbuka. Pendekatan mendapatkan lontaran idea daripada peringkat akar umbi sebenarnya cara terbaik supaya laporan interim yang bakal dihasilkan bersifat inklusif. Ia sudah terbukti dalam penyediaan PPPM yang memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyatakan persepsi dan perspektif masing-masing mengenai pendidikan negara. Cuma bagi isu perpaduan MKPN perlu menetapkan kumpulan sasar yang sesuai untuk dibabitkan supaya butir perbincangan dilontarkan secara tertib dan meraikan sensitiviti agama dan kaum di Malaysia. Memandangkan MKPN berperanan penting mencorakkan masa hadapan negara fungsinya perlu dimantapkan dengan penggubalan satu akta atau peraturan khusus bagi memperkasakan tanggungjawabnya.

26 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Pada masa hadapan fungsi MKPN bukan sekadar mencadangkan syor untuk mengukuhkan perpaduannegara tetapi boleh diperluaskan dengan memberi kuasa kepada anggota majlis ini menjalankan siasatan terhadap apa-apa kes yang dianggap boleh memudaratkan perpaduan negara, terutama yang kerap berlaku di alam siber. * Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Multimedia

Headline: Penyatupaduan kaum perkasa ketahanan nasional

Publication: BH Date of publication: Nov 16, 2013 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Minggu lalu berlangsung Kongres Profesor Negara yang Kedua yang mana tema utamanya ialah gagasan penyatupaduan nasional. Wujud kebimbangan cerdik pandai tanah air bahawa isu perpaduan nasional khususnya selepas tamatnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pada sebelum dan selepas PRU-13 lalu, kita dapati banyak isu sensitif perkauman dan agama dibangkitkan secara terbuka di ruang awam khususnya media massa. Rakyat Malaysia pelbagai kaum memperdebatkan isu itu secara terbuka juga melalui media baru seperti Facebook dan Twitter yang dilihat boleh menjejaskan hubungan antara dan sesama kaum itu sendiri. Perdebatan, misalnya berkenaan isu mempergunakan kalimah Allah, Syiah, rumah ibadat dan hak asasi manusia sekiranya tidak ditangani secara rasional boleh menjejaskan hubungan keharmonian dalam negara. Akibat perbalahan politik Malah, perbalahan politik negara antara kerajaan dan pembangkang masih tidak kunjung padam pada pasca PRU-13 ini. Tidak salah perdebatan ini membawa kepada bentuk dasar negara yang konstruktif demi kebaikan umum kepada negara. Namun, sekiranya perdebatan ini membawa kepada kelemahan kepada daya ketahanan negara, ini sudah pasti akan menjejaskan kewibawaan negara nanti. Isu luar negara seperti pengintipan Amerika Syarikat dan Australia terhadap Malaysia perlu ditangani semua pihak kerana ia membabitkan kedaulatan negara yang dicabuli oleh pihak luar. Kepentingan kepada perpaduan nasional digarap dengan menarik sekali oleh

27 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah ketika menyampaikan titah ucapan pada Kongres Profesor Negara Kedua, Ahad lalu. Baginda menyatakan bahawa dinamik politik yang sedang berlaku hendaklah dijadikan cerminan kepada usia negara yang menjangkau umur 56 tahun sejak merdeka pada 1957. Maka, masyarakat majmuk yang wujud memerlukan kepada kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dalam menentukan kelangsungan negara pada masa hadapan. Raja Nazrin dengan indah sekali berhujah bahawa 'subjek penyatupaduan nasional, kini begitu terapung di laut fikir, menggerak lidah ke tasik kata. Penyatupaduan nasional ketika ini bagaikan rangkai kata yang kalut berlegar di minda warga, semakin diperkatakan, semakin dijadikan subjek perbualan, semakin dijadikan tema seminar - tema diskusi. "Penyatupaduan nasional pada hakikatnya adalah satu kemestian bagi sesebuah negara demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah negara, seperti perlunya kehadiran oksigen di atmosfera untuk meneruskan talian hayat, kehadirannya diambil secara lewa, tetapi ketiadaannya akan menyemputkan nafas." Pelbagai cabaran menunggu Kita tahu bahawa cabaran besar sedang menghadapi negara pada masa hadapan. Di dalam Kongres Profesor Negara Kedua itu menggariskan lima cabaran atau gagasan yang perlu diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan dalam usaha ke arah penyatuan nasional iaitu mewujudkan konsep penyatupaduan nasional yang sebenar dan terkini, penekanan kepada keadilan sosioekonomi, pemantapan sains dan pendidikan, pengukuhan jati diri dan patriotisme serta keteguhan menghadapi globalisasi melalui ketahanan nasional. Cabaran yang terakhir iaitu globalisasi dan ketahanan nasional dilihat amat penting masa kini. Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia mempertahankan negara sekiranya negara dicabuli atau diceroboh oleh pihak luar? Kekukuhan dan ketahanan negara menghadapi anasir luar adalah bergantung kepadaperpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia untuk sama-sama menentang anasir luar itu. Kejutan melalui pencerobohan Sulu pada awal tahun ini sudah membuatkan rakyat Malaysia tersentak kerana tidak menyangkakan yang kedaulatan Malaysia akan dicabuli pada masa itu. Isu jenayah antarabangsa melangkaui sempadan dan pemerdagangan manusia, selain jenayah bersenjata di dalam negara menjadikan unsur ketahanan negara sebagai keperluan mendesak untuk diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia. Malah, proses globalisasi yang datang bersamanya pengaruh ekonomi dan perdagangan dominasi kapitalisme, penyebaran ideologi khususnya liberalisme dan

28 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

extremisme melalui media baru internet dan penyebaran budaya luar yang kuat dari Hollywood, Bollywood dan K-Pop menjadikan kita bimbang identiti dan ketahanan jati diri dalam negara. Apa yang pasti, Malaysia sudah membuktikan melalui sejarah bahawa perpaduan nasional boleh wujud. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui ucapan beliau di kongres yang sama juga menegaskan bahawa konsep '1Malaysia' sebenarnya merujuk kepada matlamat penyatupaduan nasional yang juga agenda kesinambungan pemimpin terdahulu. Meskipun agenda kepelbagaian budaya dalam negara masih tidak sempurna, perbalahan dan peperangan antara kaum seperti yang berlaku di Sri Lanka, Rwanda dan Bosnia Herzegovina dapat dihindari. Maka, jaminan kepada perpaduan nasional ialah ketahanan nasional pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam memastikan kemakmuran negara terpelihara. * Penulis ialah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Headline: Institusi keluarga pengaruhi perpaduan kaum

Publication: BH Date of publication: Jun 4, 2014 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Teo Kok Seong

Perkara yang terpenting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ialah perpaduan antara pelbagaikaum. Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada tahap perpaduan yang diperlihatkan dalam hubungan etnik sesama kita.

29 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Tahap ini sesungguhnya tidak begitu baik dan perlu diperbaiki agar hubungan etnik di negara ini berada pada ikatan yang lebih sasa. Banyak pihak hendaklah bukan sahaja memberi perhatian serius, tetapi juga memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Antara pihak terbabit ialah institusi keluarga. Ia begitu penting dalam tamadun manusia di mana-mana sahaja, sehingga kepentingannya disamakan dengan yang didukung oleh institusi masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu, keluarga diperlukan oleh semua individu. Hal yang sama juga diperlukan budaya. Antara peranan utama keluarga ialah penyebaran budaya yang diamalkan sesebuah masyarakat. Keluarga adalah penyangkut segala unsur yang terkandung dalam budaya masyarakat berkenaan. Terap nilai murni Kuasa yang ada pada keluarga yang digabungkan pula dengan kepentingannya dapat mentransformasikan anak-anak yang diasuh, menjadi insan yang mulia hatinya. Interaksi melalui sifat begini dengan orang lain, sudah tentu menjamin kesejahteraan dalam masyarakat. Keluargalah tempat pertama anak mengenali kebaikan, kebencian dan sebagainya. Dalam keluarga juga anak diajar mengenai pihak yang boleh dipercayai dan yang sebaliknya. Dalam hal perpaduan negara, keluarga adalah tempat anak disosialisasikan untuk mempunyai persepsi awal, sama ada yang positif atau negatif, tentang kaum lain, sebelum mereka ke sekolah. Sosialisasi dalam konteks ini berupa proses pengajaran oleh ibu bapa dan saudara lain, selain pembelajaran oleh anak, mengenai kaum lain dan budayanya. Ia penting agar anak bukan sahaja mempunyai pengetahuan antara budaya yang baik, tetapi bertindak secara bertimbang rasa antara satu sama lain. Adakah semua ini berlaku dalam keluarga kita? Jawapannya ialah ya dan tidak. Sudah tiba masanya kita semua memanfaatkan institusi ini untuk ikut memupuk dan melestarikan perpaduan negara. Ini dapat dilakukan apabila keluarga ikut mendukung peranan mulia untuk menyebarkan nilai muhibah kepada anak. Dengan ini, bukan sahaja anak didedahkan kepada pentingnya perpaduan negara, mereka juga ditanamkan nilai dan moral mengenainya untuk dikembangkan terus sepanjang hayat dikandung badan. Selain itu, dalam soal perpaduan negara yang juga mencakupi pelbagai hal lain, keluarga juga didapati amat penting dalam mengajar jati diri. Ini sudah tentu bermula

30 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

dengan anak mengenali diri mereka, yang diidentifikasikan dengan keluarga mereka. Daripada identiti sosial yang mudah ini, keluarga hendaklah ikut menyampaikan pengetahuan sosiobudaya umum. Antaranya mengenai sejarah tanah air dari sudut sosial dan budaya, akhlak nasional yang dikawal Islam sebagai agama negara, tradisi kebangsaan yang berlandaskan budaya Melayu serta bahasa negara yang menggunakan bahasa Melayu. Keluarga sumber maklumat Dengan ini, keluarga menyampaikan maklumat tentang identiti kita sebagai Bangsa Malaysia bernasionalisme Malaysia. Maklumat ini yang pada mulanya disampaikan dalam keluarga masing-masing, akan kemudian diperkukuh beberapa institusi lain. Antara yang terpenting ialah sekolah, yang akan menyampaikannya dalam konteks yang lebih luas, tetapi terarah dengan dipacu falsafah pendidikan dan aspirasi negara. Keluarga amat penting dalam soal perpaduan negara. Apabila anak memperlihat sikap positif atau sebaliknya terhadap kaum lain, ia cerminan asuhan yang diterima mereka daripada keluarga. Ini benar dan selari dengan beberapa pepatah mengenai pentingnya keluarga sebagai sumber kelakuan anak. Dalam masyarakat Cina, ada pepatah yang mengatakan kalau keluarganya sudah diketahui, tidak perlu lagi dikenali individu berkenaan. Pepatah dari Sweden yang menyatakan cara anak bertindak di luar rumah adalah gambaran bagaimana mereka berkelakuan di dalam rumah, ikut menyokong kepentingan keluarga dari segi asuhan. Walaupun keluarga penting dalam hal perpaduan ini, ia perlu bergabung erat dengan institusi lain, antaranya agama, masyarakat dan pendidikan. Keluarga tempat seseorang itu memulakan kehidupannya. Jadi, ia tempat kelangsungan individu berkenaan. Ia adalah tempat kelangsungan masyarakat dan negaranya. Keluarga adalah institusi paling asas dalam tamadun manusia. Penulis ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara.

Headline: Masyarakat perlu hayati semula Rukun Negara

31 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Publication: BH Date of publication: Jun 3, 2014 Section heading: Main Section Page number: 031 Byline / Author: Oleh Mohamad Abdullah

Kecelaruan dan kekeliruan nilai masyarakat sekarang ini perlu ditangani segera dengan kembali menjunjung prinsip Rukun Negara yang dibentuk melalui Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang diketuai oleh negarawan dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Meskipun tujuan asasnya ialah untuk membentuk keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969, semangat yang utama ialah membentuk kesejahteraan masyarakat . Apatah lagi tatkala kita berhadapan pelbagai cabaran dan isu yang boleh mengancam keselamatan negara, perpaduan kaum serta mengganggu segenap keharmonian yang ada dan dijaga selama ini. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia Ke-13, menyediakan lima rukun penting yang sewajarnya diterapkan dan diperkasakan dalam kalangan rakyat negara ini secara berterusan yang mengingatkan kita bahawa tanggungjawab utama terhadap negara ialah menjaga kesejahteraan bersama yang ada. Pertahan kesejahteraan Pembangunan ekonomi dan fizikal lainnya hanya bermakna apabila kesejahteraan masyarakat dapat dipertahankan, mendidik hati dan jiwa kita untuk membenci permusuhan, membuang kebencian sesama sendiri serta menyingkirkan niat buruk untuk merosakkan perpaduan dan ketenteraman yang dinikmati selama ini. Pendidikan agama perlu menjadi teras dalam pendidikan hati untuk menghormati hal orang lain, hidup dalam berkasih sayang, mempunyai nilai integriti yang tinggi, tahu dan bijak mengawal nafsu sama ada seksual mahu pun material malah pelbagai asas penting bermasyarakat dan hidup bersama sebagai makhluk sosial. Agama juga seharusnya menjadi pegangan dan nilai penting dalam apa yang dilakukan. Malangnya, kita makin keliru antara tuntutan agama dengan tuntutan lain. Rukun Negara juga dengan jelas mengajak masyarakat berpegang teguh kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Apa yang dibuat harus mengambil kita kepentingan negara dan masyarakat mengatasi tuntutan peribadi. Ini termasuk dalam mengawal nafsu tamak haloba, integriti dan kuasa. Raja tonggak negara

32 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Raja menjadi tonggak kesetiaan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan konsep Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak. Hal ini penting apabila sejak sekian lama kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan negara yang bertunjangkan keadilan sosial, sikap toleransi dan saling bekerjasama dalam menegakkan keharmonian serta pembangunan negara yang seimbang. Malah, rakyat menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dengan memenuhi hasrat dan tujuan yang sama. Sikap membelakangkan undang-undang dengan meletakkan ketamakan sebagai yang utama dan meremehkan sistem yang ada ada dan diterima secara sah, adalah antara gejala zaman ini yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengingkarinya. Tentunya yang utama ialah sentiasa berpegang teguh kepada kesopanan dan kesusilaan. Malangnya, kita hari ini begitu terdedah dengan media yang terbuka, sikap pemarah yang ditunjukkan, maki hamun termasuk dalam Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya menjulang tinggi prinsip ini. Sekian lama, masyarakat kita begitu mempertahankan segala nilai murni yang ada. Kita bangga denganperpaduan rakyat yang menghormati kepelbagaian fikiran, agama, bahasa, bangsa, budaya dan sebagainya. Kita saling menghormati di antara satu sama lain. Malangnya, hari ini orang sudah terbuka menzahirkan kebencian. Yang tua sudah tidak dihormati apatah lagi disegani. Yang muda sudah tidak disayangi dan dikasihi. Seluruh sistem nilai kita makin tercalar sehingga akhirnya kita hilang fokus dan tidak lagi mempedulikan kesejahteraan yang kita idamkan bersama yang sepatutnya dipertahan dan diperkasakan secara berterusan. Masyarakat perlu kembali kepada Rukun Negara. Ia perlu dipegang dan dipertahankan demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Segala jenayah dan gejala sosial perlu menjadi musuh nombor satu. Ini adalah tugas bersama yang bukan boleh dipaksa, tetapi digembleng kekuatan yang ada, bersama-sama. * Penulis ialah Timbalan Pendaftar Kanan di Universiti Sains Malaysia

Headline: Keunikan tradisi serlah kerukunan

Publication: BH Date of publication: May 31, 2014 Section heading: Main Section

33 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Page number: 038 Byline / Author: Oleh Mohd Izham Unnip

Mei atau disebut bulan lima adalah musim pesta bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil tuaian pertanian, khususnya padi yang kebiasaannya selesai dikutip pada bulan berkenaan. Itulah Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai yang turut disebut sebagai Tadau Kokotuan, disambut oleh masyarakat Kadazandusun tetapi dimeriahkan bersama masyarakat berbilang kaum di Sabah. Kaamatan yang berasal daripada perkataan Kadazandusun `tomot' atau `mongomot' yang bermaksud mengetam atau menuai padi adalah sambutan kebudayaan penuh berwarna warni menjadi tarikan Negeri Di Bawah Bayu. Disambut secara rasmi sejak 1 Mei lalu menerusi pelancaran peringkat negeri di Kota Marudu, kemuncak Pesta Kaamatan akan berakhir di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang, pada hari ini. Pada asalnya, perayaan tradisi itu disambut sebagai penghormatan kepada semangat padi, Bambarayon dan Huminodun, seorang gadis dalam cerita legenda Kadazandusun yang dikatakan menjadi penyelamat kepada masyarakat berkenaan suatu masa dahulu. Kini, Kaamatan bukan lagi sambutan berunsur ritual tetapi lebih kepada perayaan kebudayaan yang menonjolkan pelbagai kesenian tradisi etnik Kadazandusun dan Murut serta etnik lain di Sabah. Anjur pelbagai program Koubasanan atau tradisi masyarakat itu, khususnya kesenian mereka dijadikan bahan pengisian utama sambutan di samping pelbagai program berunsur hiburan, sejajar dengan keunikan dimiliki oleh masyarakat terbabit. Ia diiktiraf produk pelancongan penting yang membantu mengembangkan sektor pelancongan negeri, sejajar keupayaannya menarik ribuan pengunjung termasuk pelancong asing ke Sabah saban tahun. Sambutan meriah dengan kehadiran pelbagai kaum tanpa mengira latar belakang agama dan kepercayaan, turut menjadikan Kaamatan sebagai landasan penting ke arah mengukuhkan perpaduanmasyarakat majmuk di negeri itu. Atas kepentingan itu, KDCA selaku penganjur rasminya, setiap tahun memilih tema sambutan yang mengaitkan Kaamatan dengan usaha mengeratkan hubungan baik antara kaum.

34 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Pada tahun ini, `Kebudayaan: Asas Keamanan dan Persahabatan' yang menggambarkan kepentinganmemelihara budaya untuk mengekalkan hubungan baik antara kaum dipilih sebagai tema. Presiden KDCA yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menyifatkan pemilihan tema itu bersesuaian dengan keadaan semasa bukan saja di Sabah, malah di seluruh negara. Pilih tema perpaduan "Setiap tahun kita memilih tema yang menjurus ke arah perpaduan kaum dan begitu juga pada tahun ini, KDCA memilih tema yang menekankan kepentingan budaya untuk menjaga keamanan dan persahabatan dalam kalangan rakyat. "Budaya perlu terus dipulihara kerana ia adalah aspek penting yang menjadi asas kepada keamanan dan wujudnya hubungan baik yang kita nikmati hari ini," katanya. Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaamatan peringkat negeri, berkata Kaamatan membawa kesan positif yang besar dalam usaha memulihara budaya dan mengukuhkan perpaduan rakyat. Sumbangan Kaamatan ke arah itu turut diakui kerajaan negeri dan ia dizahirkan menerusi penyediaan peruntukan besar setiap tahun untuk membiayai kos penganjuran. Pada pelancaran di Kota Marudu 1 Mei lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menyifatkan kehadiran pelbagai lapisan rakyat pada sambutan Kaamatan menunjukkan semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan rakyat di Sabah yang sentiasa erat. "Ia antara lain mengingatkan kita betapa pentingnya budaya dan persahabatan dalam meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan sesama kita, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Sabah," katanya. Keunikan budaya Musa berkata, kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian lebih daripada 32 kumpulan etnik di Sabah menjadikan Negeri Di Bawah Bayu sebagai bumi yang unik kepada pengunjung yang bertandang. Seiring kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, sambutan Kaamatan tahun ini sememangnya lebih bermakna terutama dalam membantu usaha kerajaan mencapai sasaran kedatangan pelancong. Program sambutan kali ini turut disesuaikan dengan kempen berkenaan agar dapat

35 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

menarik kehadiran lebih ramai pelancong selain menjadikan Kaamatan lebih meriah. Apa yang penting, Kaamatan bukan setakat berkaitan menuai padi, malah mencakupi segenap unsur budaya masyarakat Kadazandusun, Murut dan etnik lain di Sabah yang ditonjolkan menjadi produk pelancongan dan medan penyatuan rakyat ke arah memakmurkan negeri dan negara. Persembahan kebudayaan warnai sambutan Kaamatan Selama hampir sebulan disambut pada peringkat kampung dan daerah, kemeriahan Kaamatan kini beralih di Hongkod Koisaan, Penampang, menghimpunkan puluhan kumpulan kesenian tradisi sub etnik Kadazandusun untuk mempersembahkan keunikan budaya masing-masing. Sudah menjadi kelaziman, ribuan pengunjung termasuk pelancong membanjiri Hongkod Koisaan pada 30 dan 31 Mei untuk menyaksikan pelbagai program yang diatur sepanjang dua hari sambutan berkenaan. Sukan tradisi, persembahan kebudayaan, kraftangan dan semestinya pertandingan ratu cantik Kaamatan atau Unduk Ngadau adalah sebahagian acara wajib mewarnai sambutan Kaamatan di Hongkod Koisaan saban tahun. Nikmati kemeriahan Pengunjung bukan saja melihat, malah boleh merasai sendiri amalan tradisi masyarakat Kadazandusun dengan berkunjung ke rumah tradisi beberapa sub etnik Kadazandusun yang ada di Perkampungan Budaya Hongkod Koisaan. Perkampungan itu menghimpunkan rumah tradisi masyarakat Dusun Tindal, Kota Belud; Dusun Lotud, Tuaran; Dusun Tatana, Kuala Penyu; Kadazan Penampang; Kadazan Papar; rumah panjang Rungus, Kudat; `lansaran' Murut, Tenom; Dusun Tambunan; Dusun Keningau dan rumah suku kaum Bisaya, Beaufort. Menariknya, pada tahun ini sebuah daripada rumah tradisi berkenaan iaitu rumah panjang Rungus mendapat pengiktirafan sebagai bangunan tradisi yang memenuhi konsep hijau dan jimat tenaga. Rumah panjang itu yang dibina dengan kos RM500,000 menerusi peruntukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah rumah tradisi pertama memenuhi ciri-ciri binaan mesra alam dan jimat tenaga. Bangunan yang dilengkapi sistem tenaga solar itu diilhamkan oleh Timbalan Presiden KDCA yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata, idea membina semula rumah tradisi itu mengikut spesifikasi

36 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

bangunan hijau menepati ciri-ciri bangunan tradisi Rungus yang sememangnya menekankan aspek mesra alam. Miliki keunikan tersendiri "Rumah panjang Rungus memiliki keunikan tersendiri terutama dari sistem pengudaraan kerana reka bentuknya membolehkan udara keluar dan masuk dengan lancar menjadikan suasana dalamnya selesa. "Berdasarkan keunikan itu, kita mengambil inisiatif menambah baik ciri-ciri asal dengan memasukkan unsur moden seperti tenaga solar dan penggunaan lampu serta kipas jimat tenaga untuk menjadikannya bangunan hijau," katanya. Rumah panjang itu yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ahad lalu, mewakili seni bina etnik Kadazandusun dari kawasan utara Sabah yang merangkumi Kota Marudu, Kudat, Matunggong dan Pitas. Kongsi rumah panjang Selain mempamerkan kebudayaan tradisi masyarakat Rungus, rumah panjang itu dikongsi etnik Kadazandusun yang lain dari kawasan utara Sabah termasuk Dusun Tobilung, Kimaragang dan Tombonuo. Kemeriahan Kaamatan di Hongkod Koisaan bermula pada 30 Mei menerusi acara sukan tradisi dan persembahan kebudayaan di setiap rumah tradisi, selain di pentas utama di pekarangan Perkampungan Budaya. Pada 31 Mei, persembahan kebudayaan diteruskan di setiap rumah tradisi selain persembahan utama di Dewan KDCA yang kebiasaannya disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah. Pelbagai persembahan termasuk simbolik memotong padi diketuai Bobohizan atau bomoh wanita Kadazandusun dan kebudayaan pelbagai etnik Kadazandusun, memenuhi acara dalam dewan itu pada sebelah pagi, manakala pada petang diadakan pemilihan Unduk Ngadau atau ratu cantik Kaamatan. INFO Tadau Kaamatan * Dikenali juga sebagai Tadau Kokotuan atau Pesta Menuai. * Disambut masyarakat Kadazandusun dan Murut sepanjang Mei sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil padi. * Dikaitkan dengan legenda Huminodun yang dikorbankan lalu menghasilkan

37 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

tanaman makanan termasuk padi. * Satu upacara dipanggil Magavau diadakan untuk menghormati semangat padi dipanggil Bambarayon sebagai tanda permulaan Kaamatan. * Pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik Kaamatan diadakan bagi memperingati pengorbanan Huminodun. * Kemuncak sambutan di peringkat negeri diadakan di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang pada 30 dan 31 Mei. * Dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan etnik Kadazandusun. * Etnik Kadazandusun terdiri daripada 27 suku kaum antaranya Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tatana, Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai, Kuijau dan Tombonuo.

Headline: 2,645 KRT perkukuh semangat perpaduan

Publication: HM Date of publication: Apr 7, 2014 Section heading: Main Section Page number: 028

Baling: Sebanyak 2,645 pusat Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dibina di seluruh negara sehingga kini, termasuk 406 daripadanya di Kedah bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, pusat berkenaan adalah kemudahan yang disediakan kerajaan untuk mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat khususnya di kawasan perumahan. "Secara tidak langsung KRT ditubuhkan ini mampu meningkatkan taraf ekonomi dan modal insan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. "Kerajaan prihatin dan mengambil kira kepentingan rakyat dalam melaksanakan projek pembangunan khususnya berkaitan penjanaan ekonomi penduduk," katanya ketika merasmikan Pusat Komuniti Rukun Tetangga Perumahan Batu 42, Taman Emas, Kupang, di sini, kelmarin. Headline: Kembali kepada Rukun Negara tingkat perpaduan

Publication: BH Date of publication: Feb 21, 2014

38 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Mohamad Abdullah

Perpaduan masyarakat menjadi satu faktor penting dalam menentukan kelangsungan pembangunan negara pada masa hadapan. Bukan saja perpaduan dalam konteks pelbagai kaum, tetapi juga dalam kepelbagaian negeri, etnik, daerah, negeri, bahasa, budaya dan agama yang dianggap mencari punca kepada timbulnya sesuatu masalah jika tidak dilihat dengan terbuka dan diselesaikan dengan sewajarnya. Walaupun sehingga kini Malaysia bertuah kerana berjaya menguruskannya dengan baik, pelbagai kejadian membabitkan isu agama, politik dan budaya boleh menimbulkan kebimbangan jika tidak ditangani segera. Apatah lagi apabila timbulnya masalah kefahaman budaya dan provokasi tertentu yang boleh menimbulkan masalah dan mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara. Utamakan kepentingan rakyat Kita perlu kembali fitrah hidup manusia yang menginginkan kebahagiaan dan kesejahteraan berasaskan saling faham memahami, bertolak ansur, menerima fakta sejarah serta sentiasa mementingkankepentingan masyarakat dan kumpulan terbanyak. Pendidikan terhadap kepentingan memahami isu asas ini perlu dibangunkan seawal mungkin dan menerima hakikat bahawa kita perlu hidup bersama-sama dan bersinergi untuk membangunkan negara dan bangsa merdeka ini untuk selama-lamanya. Belajar daripada kehidupan di kampus, penulis masih ingat dengan jelas bagaimana pada era 80-an kami mampu berdebat, berbincang dan bercakap apa saja isu secara terbuka dengan teman sebilik daripadakaum lain. Kehidupan di kampus menjadi teras untuk kita memahami kepelbagaian budaya. Namun, pada suatu ketika, timbul pandangan yang mengatakan pelajar berlainan kaum dan agama tidak wajar diletakkan dalam satu bilik kerana ia boleh menjarakkan hubungan yang ada, selain daripada bertemu di kuliah dan aktiviti formal yang dijalankan. Ada pandangan yang mengatakan ada cara lain yang boleh dibuat untuk tujuan yang sama, namun tentu lebih bermakna apabila tinggal bersama untuk lebih saling memahami. Sampai masanya seluruh institusi pendidikan kita menjadi modul pembangunan masyarakat yang dapat membangunkan perasaan untuk lebih saling memahami dan

39 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

menghormati antara satu sama lain tanpa garis pemisahan ketara. Pengasingan di sekolah, universiti dan kolej akan menjarakkan lagi pemahaman di antara pelbagai budaya dan agama yang seharusnya banyak membantu ke arah pemerkasaan perpaduan yang begitu penting kepada negara. Lebih banyak aktiviti bersama harus dibuat tanpa sebarang perbezaan. Ada ketikanya pengasingan ini terjadi secara tersendiri, apabila ada golongan yang memonopoli sesuatu kumpulan perbincangan yang hanya dalam kalangan yang dianggap bijak, manakala yang lain terasa dikebelakangkan dan tidak dapat memainkan peranan apatah lagi jika dianggap gagal menyumbang. Perbezaan dalam penguasaan ilmu dan bahasa boleh menyebabkan ada sekumpulan tertentu yang berada dalam kelompok sendiri dan enggan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan, sama ada kerana rendah diri atau berasa tidak diperlukan, yang boleh diperhatikan jika berdamping rapat dengan mereka berkenaan. Institusi ilmu jadi teladan Institusi ilmu adalah tempat terbaik untuk menzahirkan erti perpaduan dengan melihat kepada kepelbagaian yang ada. Institusi ilmu juga wajar menjadi teladan yang berteraskan kepada kecemerlangan ilmu, menghormati kepelbagaian yang ada, melihat kepada nilai sejagat yang selaras dengan fitrah hidup manusia dan kemanusiaan serta sentiasa memastikan keupayaan untuk hidup bersama yang saling memberi dan menerima secara semula jadi menggunakan prinsip asas yang ada. Usaha ini perlu diperkasakan secara berterusan oleh semua pihak, terutama golongan muda. Wacana ilmu yang dapat membantu usaha ini perlu dibuat untuk lebih memberikan kefahaman dan membina keutuhan masyarakat kita. Kembali kepada fitrah bermakna kita bersama-sama untuk menghormati nilai yang kita percaya dengan saling memahami budaya dan kepelbagaian yang ada, malah meraikan sebagai sesuatu yang amat istimewa dan kelebihan demi kesejahteraan bersama. Ini termasuklah menghormati pemimpin negara, menghormati ibu bapa dan berpegang teguh kepada nilai integriti dan semua nilai murni yang menjadi teras keharmonian yang ada, walau pun mungkin berbeza pandangan dan kepercayaan. Lima prinsip Rukun Negara, misalnya menunjukkan dengan jelas nilai yang perlu kita terus tegakkan bersama-sama.

40 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

* Penulis ialah Timbalan Pendaftar Kanan USM

Headline: Penyatuan nasional pulih hubungan kaum

Publication: BH Date of publication: Dec 21, 2013 Section heading: Main Section Page number: 033 Byline / Author: Oleh Jeniri Amir

Pada malam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengusulkan penyatupaduan nasional. Konsep itu dikemukakan ekoran kerisauan beliau sesudah melihat pola pengundian yang mengarah kepada polarisasi kaum. Polarisasi kaum tidak baik untuk Malaysia yang sekian lama bangga dengan hubungan etnik yang aman dan harmoni. Ramuan terbaik perlu dicari bagi mengelakkan polarisasi kaum daripada memburuk dan memastikanperpaduan nasional terus dapat diperkukuhkan. Jawapan kepada semua itu ialah penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) baru-baru ini. Kesepaduan sosial dan integrasi nasional amat penting bagi negara yang kompleks seperti Malaysia, lebih-lebih lagi kita bukan saja mempunyai sekian banyak etnik, tetapi juga dipisahkan oleh Laut China Selatan. Dengan landskap sosiopolitik yang sudah berubah ekoran peningkatan kadar celik huruf dan politik, pendedahan kepada media baru, pertambahan golongan kelas menengah, serta kadar perbandaran yang meningkat memberi kesan kepada trend pengundian dalam pilihan raya. Perbincangan rakyat mengenai pelbagai isu yang dulu dianggap sensitif tidak lagi dapat dikawal, apatah lagi dengan adanya media baru. Kenyataan sentuh isu sensitif Rakyat Malaysia tidak segan memperkatakan sesuatu tanpa mengendahkan sama ada ia menghiris perasan etnik dan agama lain atau tidak. Akta Hasutan seolah-olah tidak memberi rasa gerun kepada golongan ini dengan terus menyentuh isu sensitif, emotif dan provokatif meskipun menyedari implikasi negatif kepada hubungan etnik. Mereka bertikam lidah terutama di alam maya, tetapi sering bertindak `tikam batu sembunyi tangan.' Keterbukaan dan kebebasan bersuara di alam maya bagai tidak disekat dan perselisihan pendapat ini sering menimbulkan salah tanggapan sesetengah orang, seolah-olah hubungan etnik di negara ini teruk walhal apa yang berlaku di alam maya tidak semestinya mencerminkan realiti sosial dalam hubungan seharian. Masyarakat pelbagai etnik masih lagi duduk semeja di kedai mamak,

41 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

mengunjungi rakan dankaum lain waktu perayaan atau majlis perkahwinan. Isu membabitkan kepentingan kaum, bangsa, agama, budaya, perlembagaan dan ekonomi jika tidak dikawal boleh membakar hati dan negara kita. Perbincangan terbuka, jujur dan profesional dalam MKPN amat dituntut untuk mencari penyelesaian terbaik. Hubungan etnik di negara ini mengalami keadaan turun naik, kecuali beberapa kejadian seperti 13 Mei 1969 dan dua tiga lagi kejadian lain, hubungan etnik di negara ini padanya aman dan harmoni. Kita sedang menuju kesepaduan dan perpaduan sosial. Pendekatan pulih hubungan Pelbagai langkah kerajaan sejak Majlis Gerakan Negara ditubuhkan membuahkan hasil, termasuk Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggunaan bahasa kebangsaan, dan seumpamanya. Meskipun demikian, ada pihak menganggap hubungan etnik di negara ini rapuh sifatnya bagai api dalam sekam, bila-bila masa saja boleh berlaku ketegangan dan konflik. Kita sedar bahawa kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini berkat kestabilan sosial dan politik sejak kemerdekaan. Percakaran memang berlaku. Tetapi keharmonian hubungan etnik dan kesepaduan sosial memungkinkan kita mencapai kemajuan dari segi politik, ekonomi, sosial, pelancongan dan seumpamanya. Kita perlu terus mempertahankan keadaan itu bagi menentukan survival Malaysia. Kita perlu mencari persamaan daripada perbezaan, kerana kita tidak dapat lari daripada realiti hidup dalam kesatuan dan kepelbagaian. Malaysia berada pada tangga ke-19 dalam Global Peace Index 2011 meskipun negara ini terdiri daripada pelbagai etnik. Negara lain yang mengatasi Malaysia pada amnya bersifat homogenus dari segi demografi. Kita perlu berbangga dengan pencapaian itu dan terus berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kita. Membina masyarakat yang teguh dari segi kesepaduan sosial dan integrasi nasional memakan masa panjang. Masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak mungkin hidup bagai sebuah pulau sebaliknya kita saling bergantung dalam setiap kegiatan dan perkara. Kesepaduan sosial boleh dicapai melalu akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi dalam pergaulan seharian, kebudayaan, makanan dan perkahwinan. Segala cabaran pada peringkat tempatan, nasional dan global bergantung kepada daya ketahanan kita yang ditentukan kestabilan sosiopolitik hasil kesepaduan sosial dan perpaduan nasional. Kesepaduan sosial prasyarat perpaduan nasional yang menjadi matlamat jangka panjang negara. * Penulis ialah pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak

42 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Headline: Toleransi kaum kekuatan negara

Publication: BH Date of publication: Sep 16, 2013 Section heading: Main Section Page number: 002

Kuching: Jalinan erat yang dipupuk antara rakyat Semenanjung, Sarawak dan Sabah perlu dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan dinikmati bersama mampu diteruskan demi kepentingan generasi masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata asas penting yang perlu dipupuk rakyat adalah mengekalkan keharmonian dan sikap toleransi penduduk berbilang kaum yang terbukti menjadi tonggak kekuatan negara ini sehingga dikagumi masyarakat antarabangsa. "Alhamdulillah, syukur di atas limpah rahmat dan kurniaan Allah... kini genap 50 tahun Malaysia megah berdiri. Sesungguhnya, Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka, begitu juga di Sabah adalah satu pencapaian amat dibanggakan. "Ia jelas membuktikan kejayaan penyatuan negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. "Sejarah membuktikan usaha menyatukan ketiga-tiga bahagian ini bersandarkan hasrat murni barisan pemimpin terdahulu yang mahu melihat Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan dunia," katanya dalam perutusan Hari Malaysia Ke-50, semalam, Pertahan perpaduan Muhyiddin berkata, tanpa perpaduan dan sikap toleransi, sudah tentu agenda pembangunan sukar dilaksanakan kerajaan kerana rakyat sentiasa bercakaran. "Penyatuan jiwa bangsa di bawah satu bendera tentu dapat menyerlahkan lagi keunikan serta kepelbagaian penduduk Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai contoh dikagumi di peringkat antarabangsa," katanya. Katanya, rakyat harus mengiktiraf setiap usaha kerajaan membangunkan negara bermula daripada era kemerdekaan hingga ini, selain sentiasa peka terhadap keperluan dan tuntutan rakyat. Muhyiddin berkata, sejak daripada era kepemimpinan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, kerajaan tidak pernah mengetepikan hak dan kepentingan rakyat walaupun berbeza kaum, selain kepercayaan dan anutan agama.

43 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

Headline: Pupuk semula toleransi kaum, agama

Publication: BM Date of publication: Aug 18, 2013 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Mohd Ayob Abd Razid

Toleransi beragama adalah aspek penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Aspek ini perlu disemai dan dipupuk sejak kecil dan peranan ini mesti dilakukan oleh keluarga dan diperkukuh di peringkat pendidikan formal. Semua kaum di negara ini dengan pelbagai anutan agama mesti mengelak diri daripada menyentuh sensitiviti penganut agama lain serta menjauhi sikap ekstremis. Sikap fanatik terhadap kaum dan agama secara membabi-buta sehingga tidak mempedulikan kepentingan orang lain juga mesti dijauhi. Jauhi semangat taksub Kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sewajarnya dapat memperkukuh aspek kenegaraan terutama dalam membina perpaduan nasional dan solidariti sosial. Justeru, semangat taksub yang keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum serta memperlekeh dan menghina penganut agama lain sewajarnya dihindari bagi mengelak konflik kaum dan agama yang boleh meruntuhkan kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada pelbagai konflik agama yang menyebabkan pertumpahan darah seperti di Myanmar dan Sri Lanka yang membabitkan penganut agama Buddha dan Islam. Beratus tahun dahulu berlaku Perang Salib di antara Kristian dan Islam yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Semuanya itu berlaku disebabkan kepercayaan dan permusuhan beragama yang melampau. Rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur kerana selama ini kepelbagaian agama menjadi kekuatan kepada perhubungan kaum di negara ini. Selama ini semua pihak dapat bertoleransi dan berganding bahu tanpa menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. Jika pun ada, ia dapat dikawal dengan baik dan setiap kaumakan segera kembali ke landasan yang betul mengikut landasan perlembagaan dan penghayatan terhadap Rukun Negara. Mereka sedar bahawa konflik kaum dan agama yang sengaja dicetuskan dan diperbesarkan akan memporak-perandakan dan menghancurkan negara. Namum, muktahir ini pelbagai isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible, penghinaan terhadap ibadah puasa dan sambutan Aidilfitri, dibimbangi akan mengheret kepada konflik kaum dan agama. Mereka yang terbabit dengan perbuatan seperti itu wajar dikenakan tindakan tegas serta dibawa

44 http://emedia.com.my (3 Julai 2014)

ke muka pengadilan bagi menerima balasan setimpal agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Penulis yakin umat Islam di negara ini masih bersikap rasional dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Namun bimbang lukanya tetap berdarah sekiranya masih wujud provokasi berterusan terhadap amalan umat Islam di negara ini. Kita mengharapkan penganut agama lain menjauhi penghinaan sedemikian terutama melalui media sosial kerana kesannya cukup mendalam. Pemimpin setiap agama harus mendidik penganut masing-masing agar menghormati amalan umat Islam di negara ini yang majoriti berbangsa Melayu. Kita menyanjung tinggi tokoh tertentu yang tahu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. Contohnya, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menggesa agar tuntutan untuk menggunakan nama Allah dalam Bible digugurkan demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Semai nilai positif Nilai positif dalam beragama mesti terus disemai dalam masyarakat supaya dapat menghasilkan interaksi budaya dan agama yang sihat di negara ini. Ambillah pengajaran daripada sejarah di mana ketika zaman pemerintahan Bani Umaiyyah hingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, golongan minoriti Yahudi dan Kristian boleh hidup harmoni dan aman damai bersama umat Islam. Mereka menghormati amalan agama umat Islam dan umat Islam pula menghormati pegangan agama mereka. Kesimpulan, semua kaum di negara ini mesti mengamalkan kembali budaya toleransi, berbincang dan berunding secara terbuka supaya kedamaian dan keamanan negara dapat terus dinikmati. Melalui perbincangan secara terbuka akan lahir semangat saling menghormati serta bersedia menerima perbezaan pandangan dan pendapat yang menjadi asas kepada amalan beragama di negara ini. Bagi umat Islam di Malaysia, provokasi dan penghinaan terhadap amalan agama mereka melalui media sosial yang semakin meningkat seharusnya dapat memperkukuh kembali perpaduan mereka. Hanyaperpaduan membolehkan umat Islam mempertahankan maruah agama dan bangsa daripada terus diperkotak-katikkan oleh mereka yang berniat jahat. * Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

1 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

KUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN ANTARA KAUM UNTUK KEPENTINGAN NEGARA

Date: 27-02-2010 Author: / NZR NZR RA ABDULLAH-KAUM KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara utama yang perlu diwujudkan dalam mengukuhkan semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara pelbagai kaum di negara ini. "Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat seperti yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. "Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah sikap hormat-menghormati dan saling mempercayai antara kaum dan rakyat perlu faham bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara," titahnya. Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidul Rasul peringkat Negeri Pahang di RTM Pahang di sini, malam tadi yang turut dihadiri isteri baginda Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Titahnya semua kaum perlulah menganggap mereka adalah bangsa Malaysia dan segala kemajuan yang dicapai perlu dinikmati secara bersama. Tengku Abdullah bertitah melalui konsep 1Malaysia, tidak akan wujud perasaan tidak puas hati terhadap mana-mana kaum kerana semua rakyat mempunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama-sama memajukan negara. Baginda turut menyeru semua umat Islam meraikan sambutan Maulidul Rasul dengan hati yang ikhlas dan insaf serta beriltizam tinggi untuk bersama-sama melakukan perubahan untuk memperkasakan syariat Islam. -- BERNAMA NZR NZR RA JPP PEMANGKIN PENTING PERPADUAN PENDUDUK BANDAR BERBILANG KAUM - MCA

2 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Date: 25-01-2014 Author: / DAN FBR SBB MCA-JPP MELAKA, 25 Jan (Bernama) -- Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) merupakan pemangkin penting bagi perpaduan penduduk bandar yang berbilang kaum di negara ini, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata melalui JPP, MCA akan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada rakyat sekali gus mengeratkan hubungan dengan kerajaan. MCA, katanya, akan bergerak seiring parti komponen Barisan Nasional dalam penubuhan JPP bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan berbilang bangsa di Malaysia. "Selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, usaha ini disambut baik parti untuk melaksanakan peranan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat di Wisma MCA di sini hari ini. Liow berkata MCA sedia mengambil bahagian dalam penubuhan JPP di kawasan bandar pada April depan, dan usaha itu dilihat dapat mengembalikan semula kekuatan parti terutama dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini. Penubuhan JPP diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 namun ditentang pemimpin pembangkang yang menyifatkan langkah itu tidak mendatangkan manfaat serta mengelirukan rakyat. "MCA memainkan peranan penting untuk membantu penduduk bandar dan kita akan bangunkan jentera membantu rakyat ini di setiap kawasan zon penduduk," kata Liow sambil menambah beliau sendiri akan menyelia pemantauan perkembangan penubuhan JPP di setiap zon. Beliau juga berkata tindakan itu bukan sahaja dijangka boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti malah sebagai satu langkah transformasi MCA. Liow berkata MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau perkembangan sokongan masyarakat Cina kepada parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14. "Jawatankuasa ini akan membantu kita memperkukuh parti bagi menarik kembali sokongan kepada MCA," katanya. -- BERNAMA DAN FBR SBB WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB KUNCI PERPADUAN KAUM - LAM THYE

Date: 21-01-2014 Author: / CS SNS MGN KLS LEE-KAUM

3 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Semua rakyat Malaysia harus menjadi warganegara yang bertanggungjawab bagi mengukuhkan keharmonian kaum dan toleransi beragama di semua peringkat untuk mengelak konflik antara kaum, kata Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata rakyat yang berasal dari etnik berbeza mestilah menyedari tentang keperluan untuk saling menghormati antara satu sama lain. "Adalah tidak matang dan tidak bertanggungjawab mereka yang memuat naik topik sensitif di Facebook (akaun) mereka. Kenyataan berbaur perkauman ini boleh menggugat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. "Kita sebuah masyarakat yang harmoni dan adalah perlu bagi kita untuk meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman antara kaum serta kepercayaan antara satu sama lain walau apa jua perbezaan," katanya kepada Bernama hari ini. Lee mengulas beberapa catatan bersifat perkauman yang disebarkan di laman sosial dan semakin banyak dimuat naik sejak kebelakangan ini. Beliau berkata Malaysia hari ini dikenali di dunia sebagai contoh bagaimana masyarakat pelbagai kaum dapat hidup aman dan damai serta bekerjasama untuk kemajuan dan kesejahteraan negara. -- BERNAMA CS SNS MGN KLS PENGHAYATAN PRINSIP RUKUN NEGARA PERINGKAT KRT BOLEH KUKUH PERPADUAN KAUM - JOSEPH KURUP

Date: 12-12-2013 KURUP-RUKUN NEGARA KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Amalan dan penghayatan prinsip Rukun Negara di kalangan warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) boleh dijadikan ikutan dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan hubungan kaum di negara ini, kata Menteri

4 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata jika prinsip berkenaan diamalkan dan dihayati dengan baik, ia akan memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat. "Selaku pemimpin di peringkat KRT, mereka seharusnya dapat menunjukkan contoh dan sentiasa menjadi role model kepada masyarakat setempat," katanya ketika merasmikan program sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri Sabah di sini hari ini. Mengenai sambutan minggu berkenaan, Kurup berkata ia boleh memberi ruang kepada komuniti setempat untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Katanya melalui program seperti itu, warga KRT dapat berinteraksi dengan lebih mesra seterusnya mewujudkan ikatan perpaduan yang lebih kukuh dan harmoni. Pada majlis itu Kurup turut menyampaikan anugerah Apresiasi Khas kepada 27 individu yang telah berkhidmat dalam KRT selama lebih 15 tahun. --BERNAMA NAM NAM HM PERPADUAN KAUM UKURAN KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT MAJMUK - JOSEPH KURUP

Date: 22-09-2013 Author: / NBA NBA NH JOSEPH-KAUM IPOH, 22 Sept (Bernama) -- Rakyat perlu bersatu padu bagi memastikan hubungan kaum di negara ini terus kukuh dan tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab kerana ia merupakan ukuran kepada kesejahteraan dan

5 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

kemakmuran hidup masyarakat majmuk di negara ini. "Kita seharusnya bangga kerana dapat menikmati kehidupan dalam suasana aman dan damai, dibandingkan dengan sesetengah negara di dunia yang tanah air mereka sentiasa bergolak dan berlaku rusuhan di kalangan rakyatnya," katanya ketika berucap bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia kali ke-30 di Stadium Indera Mulia di sini malam tadi. Sehubungan itu, beliau berkata kepelbagaian yang ditonjolkan dalam acara yang diadakan ini adalah warisan kebangsaan yang akan menjadi kekuatan kepada negara ke arah memastikan kelangsungan pembangunan negara dapat dipacu dan digerakkan bersama. "Acara ini dapat memperkenalkan nilai budaya kaum Tionghua kepada bangsa-bangsa lain dalam masyarakat majmuk di Malaysia demi mencapai persefahaman, keharmonian dan permuafakatan yang lebih baik di kalangan masyarakat majmuk di negara ini," katanya. Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan perdana menteri telah meluluskan peruntukan khas RM300,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Perak untuk membiayai sebahagian daripada kos penganjuran majlis ini. Acara itu dipenuhi pelbagai aktiviti antaranya larian obor, jamuan makan pulut "Dongzhi", karnival Chap Goh Meh Tahun Baru Cina 2013 dan pertandingan pakaian Cheong Sam di lapan lokasi di Perak. Acara yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan gendang 24, ceramah sastera Cina dan pertandingan tarian singa tradisional kebangsaan 2013. -- BERNAMA NBA NBA NH PERPADUAN, HUBUNGAN ERAT SESAMA KAUM KUNCI KEAMANAN NEGARA - ISMAIL SABRI

Date: 17-08-2013 Author: / HSM NF SBB ISMAIL SABRI-PERPADUAN BERA, 17 Ogos (Bernama) -- Hubungan baik, perpaduan erat, hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini bukan sahaja mampu mengekalkan keamanan malah boleh mempertingkat program pembangunan untuk rakyat. Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata faktor itu juga adalah kunci kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. "Keamanan serta hubungan antara kaum yang erat dan keselesaan yang terdapat di negara ini perlu dipertingkat dan dipertahan agar rakyat dapat hidup dengan

6 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

lebih selesa," katanya majlis rumah terbuka beliau di Dataran Kerayong Bera hari ini. Beliau berkata tiada makna negara kaya dengan hasil bumi tetapi jika dilanda peperangan, dan rakyatnya menderita setiap masa. "Keamanan yang kita nikmati ini perlu dipertahan supaya dapat menikmati pembangunan dan merayakan pelbagai perayaan kaum seperti mana yang kita nikmati pada hari ini. "Rakyat perlu berbangga kerana dapat hidup dalam satu kelompok masyarakat pelbagai etnik yang bersefahaman serta hormat-menghormati antara satu sama lain, dan kita perlu pertahan dan pertingkatkan lagi situasi itu untuk terus kekal bagi generasi akan datang," katanya. -- BERNAMA HSM NF SBB PERPADUAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA MEMBERIKAN SEBUAH NEGARA BERDAULAT, KATA PM

Date: 29-08-2012 Author: / HK HK RHM NAJIB-MERDEKA KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah memberikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis. "Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun,

7 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan. "Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara sendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global," kata Najib dalam blog 1Malaysia beliau bertajuk "55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan" hari ini. Beliau berkata: "Marilah kita meraikan hari Merdeka dengan memperingati jasa pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara berdaulat seperti hari ini." "Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan," katanya sempena sambutan Merdeka Jumaat ini. Najib berkata menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan lebih cerah. "Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan dan cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh banggakan. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada pelbagai etnik untuk duduk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlet negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan atlet negara," katanya. Najib berkata pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan rakyat berbangga mengenainya. "Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni," katanya. "Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia," katanya. Perdana Menteri berkata kesemua kejayaan negara adalah hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan negara terdahulu dan "kita patut berterima kasih kepada mereka". "Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi," kata Najib. Beliau berkata komoditi-komoditi itu menjadi sangat penting kepada perkembangan industri eksport negara yang membolehkan kita melabur untuk pembangunan infrastruktur serta industri. "Pada tahun-tahun seterusnya, negara telah mengalami pembangunan pesat daripada pekan-pekan kecil menjadi bandar-bandar besar, yang menempatkan ikon pencakar langit dan bangunan yang menjadi lambang pencapaian kita," kata Najib. Perdana Menteri berkata pada 1996, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa

8 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Kuala Lumpur (KLIA) menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa dan dua tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula mula menjadi ikon pencakar langit dalam negara. "Dan lebih dari dua dekad selepas itu, bangunan yang menempatkan gedung beli belah popular dan dikenali sebagai Suria KLCC itu masih merupakan menara kembar paling tinggi di dunia," katanya. Beliau berkata daripada bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang ada hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan rakyat patut berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi itu. "Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya," katanya. Najib berkata apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ini diikuti juga dengan keadaan sosial di samping kualiti pendidikan yang menjadi semakin baik dan mula boleh dinikmati oleh setiap rakyat daripada segenap lapisan masyarakat. Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan pedalaman membolehkan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan berkembang dan rakyat tidak lagi perlu berjalan jauh untuk membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk menonton filem di pawagam, katanya. -- BERNAMA HK HK RHM GURU DIMINTA TIDAK LALAI DALAM MEMELIHARA PERPADUAN KAUM

Date: 22-06-2013 Author: / NBK NT NM SABAH-GURU KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Golongan pendidik diminta tidak lalai dengan tahap perpaduan yang baik di negara ini kerana kecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud. Ketika menyampaikan nasihat itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata bibit-bibit polarisasi kaum harus dibendung bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk kepada keharmonian masyarakat dan kestabilan negara. Sehubungan itu, warga pendidik harus berusaha dengan lebih gigih dalam memberi pendidikan yang berkualiti menjangkau seluruh lapisan pelajar, seiring dengan prinsip pendidikan untuk semua, katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Penampang, di sini hari ini. Menurut Yahya kerajaan sentiasa menghargai peranan guru dalam membina modal insan, memelihara perpaduan kaum dan melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Beliau berkata tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' amat bertepatan dengan hasrat kementerian untuk

9 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

mentransformasikan sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. "Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita," katanya. Yahya berkata bagi menyahut hasrat itu, guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid . "Antara faktor utama yang membantu menjayakan Tranformasi Pendidikan Negara ialah Guru Yang Hebat dan Sekolah Yang Hebat," katanya. Pada majlis itu, Hajah Wan Noriah Wan Musa dipilih sebagai Tokoh Guru Penampang manakala 164 lagi menerima anugerah sempena Hari Guru dan lima menerima Anugerah Khas Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. -- BERNAMA NBK NT NM SUKAN PLATFORM ERAT SEMANGAT PERPADUAN KAUM - MUSA

Date: 03-03-2013 Author: / NBK SZA RAM MUSA-SUKAN BEAUFORT, 3 Mac (Bernama) -- Penganjuran program sukan merupakan platform terbaik dalam membuka peluang mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata menerusi karnival sukan juga ia dapat mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. "Sesungguhnya penganjuran aktiviti seperti karnival sukan, bukan sahaja menjadi platform untuk bersukan malah dapat melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif. "Saya percaya, penganjuran karnival ini akan dapat mengetengahkan bakat-bakat sukan olahraga daripada daerah ini," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Keluarga Beaufort 2013 di Kompleks Sukan Beaufort, di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Azizah Mohd Dun. Musa turut melahirkan kepercayaan daerah Beaufort mampu melahirkan atlet yang akan menjadi kebanggaan daerah dan negeri Sabah. "Justeru marilah kita bersama-sama menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin dan amalan seharian bagi mengekalkan kesihatan diri sekali gus menyumbang kepada rakyat yang sihat dan cergas," katanya. -- BERNAMA

10 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

NBK SZA RAM PENGANJURAN PROGRAM BUDAYA MAMPU kUKUH PERPADUAN KAUM - RAJA NONG CHIK

Date: 13-01-2013 Author: / NHAL RV RS NONG CHIK-KEBUDAYAAN KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Penganjuran program kebudayaan bagi meraikan perayaan sesuatu kaum mampu menjadi platform terbaik mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk negara ini. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerjasama yang terjalin bagi menjayakan program sedemikian akan meningkatkan semangat 1Malaysia. "Sekiranya penganjuran program bersama seperti ini diteruskan, masyarakat negara ini akan lebih memahami cita rasa kaum lain. Kalau tidak, orang ramai tidak akan tahu apa itu perayaan Ponggal, Deepavali dan Thaipusam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Pesta Ponggal 2013 di sini hari ini. Berdasarkan pengalamannya turun padang menyertai sendiri program kebudayaan itu, beliau berkata situasi berkenaan memberi pendedahan meluas kepadanya berhubung kebudayaan kaum lain. "Jadi program seperti ini penting, jikalau tidak tahu mengenai kaum lain ia berkemungkinan menjadikan pengetahuan seseorang itu tidak betul dan boleh menimbulkan prejudis," katanya. Pada majlis itu seramai 2,500 keluarga India dari lima tempat di Lembah Pantai diberikan sumbangan barangan seperti susu, tebu, daun mangga muda dan daun kelapa oleh Persatuan Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan India Lembah Pantai untuk meraikan Pesta Ponggal. -- BERNAMA NHAL RV RS

11 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

KUNJUNG-MENGUNJUNG AIDILFITRI KUKUHKAN PERPADUAN KAUM, KATA PAIRIN

Date: 24-08-2012 Author: / RJ NT HBS1 PAIRIN-AIDILFITRI TAMBUNAN, 24 Ogos (Bernama) -- Amalan kunjung-mengunjung majlis rumah terbuka Aidilfitri penting bagi menyemai semangat 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan kaum tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berkata menjadi kebiasaan masyarakat pelbagai kaum termasuk di kawasan pedalaman melawat rumah saudara mara dan rakan yang pasti dapat mengeratkan lagi perasaan muhibbah. Sebagai Anggota Parlimen Keningau, Pairin juga meluangkan masa meraikan sambutan Hari Raya dengan mengunjungi rumah terbuka termasuk yang diadakan di kawasan Tambunan bersama pemimpin lain kawasan pilihan raya tersebut. Budaya ini terdapat dalam setiap masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan pelbagai kepercayaan dan seharusnya amalan baik ini dipertahankan," katanya ditemui selepas menghadiri majlis rumah terbuka di Keningau dan Tambunan, hari ini. Sebelum itu, Pairin turut meluangkan masa menghadiri majlis yang serupa di Istana Negeri, rumah-rumah terbuka YAB Ketua Menteri, Speker Dewan Undangan Negeri, Umno Bahagian Papar, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun di Beaufort dan majlis sama Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau di Tambunan. Menurut Pairin, majlis rumah terbuka Aidilfitri PBS akan diadakan Ahad ini, 26 Ogos, bermula dari 10 pagi hingga 2 petang di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli. -- BERNAMA RJ NT HBS1

12 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

BUDAYA KUNJUNG MENGUNJUNG ERAT PERPADUAN KAUM - ADENAN SATEM

Date: 24-08-2012 Author: / CJ RAM NH BUDAYA-HARI RAYA LUNDU, 24 Ogos (Bernama) -- Budaya kunjung mengunjung terutamanya ketika musim perayaan yang menjadi tradisi masyarakat sejak dahulu seharusnya dikekalkan oleh generasi muda bagi memperkukuh perpaduan antara kaum, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu berkata amalan tersebut terbukti dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk di negeri ini. "Buktinya masyarakat Bidayuh Salako, Cina, Iban dan Melayu dapat berkumpul, makan dan minum bersama sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ini," katanya pada majlis rumah terbuka hari raya zon Lundu di rumah Setiausaha Cawangan Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu, Kanselor Abdul Razak Wahab di Kampung Sileng Melayu, di sini. Justeru, katanya, generasi muda di kawasan Tanjong Datu khasnya wajar mengekalkan budaya kunjung mengunjung demi memastikan negara terus aman dan makmur. Terdahulu, beliau turut beramah mesra dengan penduduk setempat pada majlis rumah terbuka hari raya Tanjong Datu zon Sematan, di Rumah Timbalan Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu Abu Seman dan seterusnya menyampaikan duit raya. Menurut Abu, majlis berkenaan begitu meriah, harmonis dan berjalan lancar hasil kerjasama penduduk kampung, pemimpin masyarakat, ketua kaum, kaunselor, jentera parti dan masyarakat berbilang kaum yang turut sama berhimpun. -- BERNAMA CJ RAM NH

13 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

PEMBINAAN MASJID MENGIKUT KAUM TIDAK JEJAS PERPADUAN UMAT ISLAM

Date: 21-08-2012 Author: / RSH KIA HK SN MASJID-CINA MELAKA, 21 Ogos (Bernama) -- Masjid Cina Muslim yang sedang dibina di negeri ini akan menggunakan bahasa mandarin dalam khutbah Jumaat bagi memudahkan proses penyampaian dakwah Islam kepada kira-kira 3,800 masyarakat itu di negeri ini. Presiden Persatuan Tionghua Muslim Negeri Melaka (Pertim) Mohd Mansor Yap Abdullah berkata khutbah itu, yang akan mendapatkan kelulusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), mungkin akan diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan disiar di skrin layar di ruang jemaah bagi manfaat jemaah bukan Cina. Masjid Cina pertama di Melaka dan ketiga di Malaysia itu bercirikan seni bina China menerusi pembinaan dua kubah, menara besar serta dua pintu gerbang dan bumbung berlapis sebagai satu daya tarikan kepada masyarakat Cina muslim untuk berkunjung ke rumah ibadat itu, katanya kepada Bernama. Masjid itu yang dianggar memakan belanja kira-kira RM7.5 juta di kawasan seluas dua hektar di Klebang Kecil, di sini, yang berdekatan Dataran 1Malaysia, dijangka siap pada awal 2014. Kerajaan persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM5.9 juta, manakala RM1.6 juta menerusi dana dan sumbangan pelbagai pihak. Mohd Mansor Yap berkata masyarakat Islam, khususnya di Melaka, tidak seharusnya berasa bimbang dengan kewujudan masjid mengikut kaum kerana ia tidak menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini. Masjid yang mewakili setiap kaum di negara ini adalah untuk memudahkan proses pendakwahan, katanya. "Contohnya, Masjid India di Kuala Lumpur menggunakan bahasa Tamil ketika menyampaikan khutbah Jumaat, begitu juga masjid Cina di Kelantan dan Perak yang menjalankan aktiviti pendakwahan dalam bahasa Mandarin, tetapi ada umat Islam bangsa lain yang menunaikan solat di sana," katanya. Mohd Mansor Yap berkata bahasa atau nama masjid hanya melambangkan identiti sesuatu kaum, namun perkara yang paling penting adalah niat bagi setiap individu untuk menunaikan ibadah. -- BERNAMA RSH KIA HK SN

14 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

KERAJAAN SENTIASA TEKAN PERSEFAHAMAN DAN PERPADUAN KAUM - NAJIB

Date: 04-06-2012 Author: / NSM NSM HM NAJIB-TILAWAH JOHOR BAHARU, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama apatah lagi yang melibatkan persefahaman sesama umat Islam demi kepentingan bersama. Sehubungan itu, katanya kerajaan tidak pernah menutup pintu kerjasama dan rundingan kepada sesiapa sahaja sama ada individu, mana-mana parti mahupun badan bukan kerajaan. "Kita juga tidak mengenakan apa-apa syarat kerana bagi kita kepentingan umat dan rakyat sentiasa diutamakan berbanding kepentingan kelompok-kelompok tertentu. "Apabila kita menutup pintu persefahaman dan rundingan demi kepentingan ummah, akhirnya kita akan menjadi bagai nasib Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai," katanya. Menurutnya, apabila keadaan itu berlaku sudah pasti yang akan tergadai bukan setakat kampung halaman, tetapi agama juga akan menjadi taruhan akhirnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini malam ini. Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Najib berkata tema tilawah iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' adalah bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang antara lain kalimah ta'aruf dalam ayat tersebut menuntut umat Islam tanpa mengira bangsa dan suku keturunan supaya saling mengenali dan menjalin persefahaman yang baik di samping mengukuhkan ukhwah. "Sehubungan itu kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman sebagai usaha menguatkan perpaduan dengan Gagasan 1Malaysia menjadi menifestasi kerajaan ke arah usaha murni itu," katanya. Beliau berkata Perlembagaan Negara telah memaktubkan bahawa Islam bukan sekadar agama rasmi negara, malah telah menobatkan 'Islam sebagai agama Persekutuan'. "Menjunjung peri pentingnya hakikat ini, maka kerajaan sentiasa memastikan

15 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

bahawa agenda memartabatkan Islam terus diperjuangkan semenjak kita dianugerahkan nikmat kemerdekaan," katanya. Di samping itu perdana menteri turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir rakyat di negara ini yang sengaja menjadikan Tanah Suci sebagai tempat meluahkan emosi mereka semata-mata kerana mengikut telunjuk parti tertentu. Najib menyelar golongan itu kerana sanggup mencemarkan kesucian Tanah Suci dan imej cemerlang Malaysia yang selama ini dipuji dan dicontohi sebagai jemaah terbaik di dunia. Seramai 27 qari dan qariah dari semua negeri kecuali Kelantan yang tidak menghantar qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing dalam majlis yang berlangsung selama lima hari bermula malam ini. Pada malam pembukaan ini, dua peserta telah memperdengarkan bacaan mereka iaitu qari dari Selangor, Abdul Khair Jalil dan qariah dari Perlis, Sarina Che Yahya. -- BERNAMA NSM NSM HM

16 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

PERPADUAN RAKYAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA DIIKTIRAF PEMIMPIN DUNIA - NAJIB

Date: 03-06-2012 Author: / AZM NH NAJIB-PAKAN PAKAN, 3 Jun (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kejayaan menyatupadukan rakyat dalam segala aspek itu dikagumi pemimpin-pemimpin dunia termasuk pemimpin dari negara maju seperti Amerika Syarikat. "Malaysia boleh jadi negara model dan contoh kepada dunia, ini bukan Barisan Nasional (BN) yang cakap, jauh sekali pembangkang...orang luar iktiraf kejayaan kita, kejayaan itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 penduduk Rumah George anak Chunggut Nanga Nansang dan sekitar Pakan di sini, hari ini. Katanya dua senator dari Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia baru-baru ini kegum dengan kejayaan kerajaan BN dalam mengekalkan keharmonian rakyat negara ini. Najib berkata gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak. Menurutnya sambutan perayaan-perayaan masyarakat di negara ini seperti Gawai Dayak mencerminkan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua rakyat dimana-mana pun di Malaysia. "Kita sambut Gawai Dayak dengan rasa syukur bahawa negara Malaysia diiktraf sebuah negara berjaya, sebelum saya luahkan gagasan 1Malaysia, Sarawak pada hakikatnya sudah amal semangat 1Malaysia selama ini," katanya. Dalam pada itu, katanya, sejak memegang tampuk kepimpinan negara tiga tahun lalu banyak kemajuan telah dibawa ke Sarawak termasuk di kawasan-kawasan pedalaman. Katanya untuk memastikan pembangunan itu dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa yang singkat. "BN akan terus bela, kita perlu dapat mandat baru. Kalau tiga tahun banyak ini kita buat...tambah lagi lima tahun lagi banyak lagi perubahan besar berlaku di negeri Sarawak," katanya. Sementara itu, Najib yang tertarik dengan lagu tempatan bertajuk "Berkikis Bulu Betis" berkata lagu tersebut memang unik kerana ia menggambarkan kesungguhan rakyat Sarawak untuk bangkit maju walau apapun cabaran yang perlu ditempuh. Katanya sebagai mengiktiraf lagu tempatan itu beliau berharap lagu karya Andrewson Ngalai itu dapat diangkat menjadi lagu nasional dan dinyanyikan pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia nanti. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom. -- BERNAMA AZM NH

17 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

JANGAN CUBA RUNTUHKAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI - MUHYIDDIN

Date: 26-12-2011 Author: / SNS NCD AKT ROS MUHYIDDIN-PERPADUAN KAJANG, 26 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang cuba meruntuhkan semangat perpaduan kaum di negara ini. Beliau berkata semangat perpaduan antara kaum yang telah menjadi asas keharmonian negara sejak 54 tahun lepas perlu terus diperkukuhkan sebagai landasan untuk membawa Malaysia dan masyarakatnya menjadi sebuah negara berjaya dan maju pada 2020. "Jangan ada pihak yang hendak meruntuhkan atau meleraikan segala asas yang telah terbentuk di atas kesepakatan dan kerjasama antara pimpinan yang datang dari pelbagai kaum keturunan dan agama. "Kesefahaman ini perlu diperkukuh dan dipertahankan untuk melihat aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang boleh diikuti oleh negara-negara lain akan menjadi kenyataan tidak berapa lama lagi," katanya ketika berucap sempena majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011, di sini hari ini. Hadir sama isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Muhyiddin berkata walaupun mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama namun jaringan kerjasama antara rakyat diyakini akan dapat dikukuhkan jika semangat saling menghormati, kasih-sayang dan perpaduan yang turut diterapkan dalam amalan-amalan beragama terus menjadi amalan masyarakat di negara ini. Kata Muhyiddin sambutan pelbagai perayaan, termasuk Krismas yang diraikan masyarakat di negara ini perlu dikekalkan kerana ia penting untuk menyatukan masyarakat setempat dan seterusnya di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Beliau berkata sambutan Rumah Terbuka seperti itu pastinya mewujudkan perasaan saling memahami dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang melalui amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain. "Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mana sambutan seperti ini diadakan dan dijayakan bersama oleh seluruh rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang agama budaya dan kaum. "Inilah keistimewaan Malaysia dan inilah yang kita harus jaga dan pelihara," katanya. Muhyiddin turut menegaskan bahawa dengan mendukung prinsip keadilan sosial untuk semua kaum, kerajaan tidak pernah mengetepikan mana-mana masyarakat daripada menikmati pembangunan yang dilaksanakan selama ini. "Kita dapat melihat pencapaian agak begitu membanggakan di seluruh peringkat masyarakat kita, tidak kira mereka dari latar belakang agama atau keturunan kaum atau bangsa yag berbeza, semuanya tidak diketepikan, semuanya mendapat nikmat pembangunan yang kita laksanakan selama ini.

18 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

"Ini sesuatu yang kita rasa syukur dan kita yakin dan percaya kalau kerjasama ini dapat diteruskan dengan melibatkan semua peringkat kepimpinan dalam masyarakat termasuklah kepimpinan agama, dan kalau kita dapat menerima apa-apa pandangan atau idea tidak kira ia datang dari siapa asalkan ia untuk kebaikan negara, maka pastinya negara Malaysia akan mencapai lebih banyak kemajuan pada masa-masa akan datang," katanya. Sementara itu, Rais dalam ucapannya berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin sentiasa memberi penghormatan terhadap kesemua tradisi dan perayaan rakyat negara ini. "Setiap tahun kerajaan mengadakan sambutan bagi perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Deepavali, Krismas, Tahun Baru Cina, serta Tadau Kaamatan dan Gawai di Sabah dan Sarawak. "Ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memberi jalan supaya tradisi kita diberi penghormatan oleh setiap warga Malaysia. Mari kita tunjukkan kepada dunia kita mampu memberi penghormatan kepada semua agama dan tradisi selain daripada yang kita anuti," katanya. -- BERNAMA SNS NCD AKT ROS PERPADUAN ANTARA PELBAGAI KAUM TUNGGAK KEMAJUAN MALAYSIA, KATA MUSA

Date: 29-08-2011 Author: / KI KI RHM PERUTUSAN-AIDILFITRI (MUSA AMAN) KOTA KINABALU, 29 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata rakyat Malaysia kekal bersatu, saling bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai kebudayaan dan agama berbeza. Beliau berkata nilai-nilai itu yang telah memungkinkan negara terus maju dan membangun, dan akan memacu rakyat untuk mencapai kemajuan lebih tinggi. Paksi kekuatan Malaysia ialah rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama yang telah memacu negara mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang hasil gabungan pengetahuan setiap individu yang terlibat dalam proses pembangunan, katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini. "Perpaduan ialah cara hidup di Malaysia, dan ini dicerminkan dalam perancangan dan dasar-dasar kita. "Lebih dua tahun selepas gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat kini mempunyai landasan yang kukuh untuk kekal bersatu dalam menghadapi masa-masa mencabar. "Saya gembira kerana rakyat Malaysia di Sabah mengamalkan nilai-nilai 1Malaysia, di mana perbezaan agama dianggap sebagai komponen penting yang menjadi asas kepada kejayaan kita," katanya. Sabah, kata Musa, adalah contoh baik bagaimana rakyat hidup secara aman dan harmoni dengan saling menerima perbezaan masing-masing walaupun berasal daripada pelbagai kumpulan etnik dan bertutur dalam bahasa berlainan. Beliau berkata oleh yang demikian, perayaan Aidilfitri merupakan peluang untuk memperkukuhkan lagi silaturrahim antara orang Islam dan semua rakyat Malaysia, khususnya menerusi amalan rumah terbuka.

19 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Sementara itu, Musa juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mendengar masalah yang dibangkitkan oleh rakyat dan kerajaan sentiasa cuba memberikan layanan adil kepada setiap kumpulan dan individual. "Saya sentiasa mengingatkan pemimpin dan penjawat awam supaya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan memastikan setiap orang mempunyai peluang samarata untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka," katanya. Beliau berkata kerajaan negeri juga komited dalam membantu kerajaan persekutuan memastikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencapai sasaran di samping memastikan kejayaan Model Baru Ekonomi (MEB), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-10. -- BERNAMA KI KI RHM PERPADUAN ANTARA KAUM TERZAHIR PADA SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN HARI KEBANGSAAN

Date: 16-09-2011 Author: / NAN NAW NBA2 KNAA AKT DC SAMBUTAN-REAKSI (KABINET) KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Sambutan serentak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hari ini telah dapat menzahirkan perpaduan yang wujud di kalangan rakyat berbilang kaum, menurut menteri-menteri Kabinet. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hubungan yang baik di antara kaum, golongan tua dan muda dapat menyumbang kepada usaha mempupuk perpaduan yang lebih kukuh selaras dengan tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. "Penyertaan Tuan Yang Terutama Sabah dan Sarawak juga membangkitkan perasaan satu Malaysia yang sangat kuat. Ini satu kelainan yang harus diteruskan," katanya ketika ditemui selepas tamat acara sambutan serentak yang julung kali diadakan di Dataran Merdeka di sini. Katanya gabungan generasi baru dan lama dalam perarakan menunjukkan semangat patriotisme yang kuat dalam diri rakyat Malaysia. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sambutan itu adalah unik dan menonjolkan kerjasama erat serta perpaduan antara rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S Subramanian berkata sambutan kali ini sangat meriah dan mempunyai makna yang amat mendalam. "Apa yang ditekankan pada sambutan kali ini ialah transformasi hanya mampu dicapai melalui perpaduan dan kerajaan akan berusaha mengekalkan keamanan dan kedamaian yang dinikmati negara ketika ini," katanya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula menyatakan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa induk sambutan termasuk kakitangan jabatan kerajaan serta anggota badan bukan kerajaan (NGO). Beliau juga melahirkan rasa gembira atas 'sentuhan rakyat' yang dilakukan

20 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Perdana Menteri di akhir upacara sambutan. "Ini merupakan satu kelainan yang menyentuh hati rakyat yang menyokong dan memberi sambutan pada pagi ini," katanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata kehadiran orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan bangsa mengambarkan sokongan kepada acara yang dianjurkan kerajaan. "Insyallah kerajaan akan terus berusaha dan bekerja kuat untuk memenuhi amanah yang diberikan," katanya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha Perdana Menteri turun padang dan bermesra dengan peserta persembahan formasi manusia menjadikan sambutan begitu meriah. "Pengisian program juga padat tetapi penuh bermakna untuk kita sama-sama menilai dan bukan sahaja memeluk tubuh tetapi bersungguh-sungguh membina 1Malaysia yang kita impikan," katanya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata semua aspek transformasi kerajaan yang ditonjolkan dalam persembahan adalah baik untuk menjadi ingatan kepada rakyat terutamanya golongan belia. "Inilah masa depan kita, sesuai dengan keadaan transformasi untuk masa depan negara yang akan diwarisi oleh mereka," katanya. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata penglibatan golongan muda yang mendominasi acara sambutan tahun ini membuktikan bahawa segala program transformasi kerajaan kini berjaya difahami dan diterjemah oleh golongan muda itu. "Anak-anak muda ini merupakan golongan yang akan membawa kelangsungan dalam menjayakan program Transformasi Negara," katanya. Beliau juga memuji upacara sambutan itu yang dilihat banyak memberi elemen baru dan kejutan, selain mempamerkan kejayaan negara yang dicapai dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa. -- BERNAMA NAN NAW NBA2 KNAA AKT DC

21 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

SEMUA MASYARAKAT PERLU MEMGUKUHKAN PERPADUAN TANPA MENGIRA KAUM

Date: 25-10-2011 Author: / NAH NO KLS DEEPAVALI-MELAKA Melaka, 25 Okt (Bernama) -- Semua masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan keturunan perlu mengukuhkan perpaduan bagi membina kekuatan bersama dalam usaha memajukan negara ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan Melaka negeri bandar teknologi hijau 2020. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata walaupun wujud pelbagai kepercayaan dan anutan agama masing-masing, namun sikap toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum di negara ini masih kukuh bagi membolehkan sesuatu perayaan itu disambut dengan penuh kegembiraan tanpa perlu rasa bimbang atau takut. Beliau berkata sebenarnya rakyat di negara ini cukup beruntung kerana berada dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera kerana mempunyai kerajaan yang stabil dan ekonomi yang kukuh. "Cuba kita bayangkan rakyat di negara lain yang terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik dalaman termasuk perang saudara, serangan kuasa besar, kemiskinan, kebuluran, gempa bumi, tsunami dan ketidakstabilan politik," katanya melalui kenyataan perutusan khas sempena sambutan perayaan Deepavali 2011. Beliau berkata rakyat perlu ingat bahawa perpaduan antara kaum, semangat muhibah, sikap tolak ansur dan sifat bermuafakat itu amat penting untuk meningkatkan kejayaan dan kemajuan negara, katanya. Mohd Ali berharap sambutan Deepavali kali ini membawa cahaya baru kepada masyarakat India apatah lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet 2012 yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia termasuk masyarakat India. Beliau berkata ini mencerminkan kerajaan di bawah pimpinan negara sentiasa mengutamakan rakyat selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Katanya melalui perkongsian kuasa yang terjalin selepas kemerdekaan menjadikan negara ini sebuah negara yang dihormati dan dikagumi pelbagai pihak termasuk di luar negara. Jadikan amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sempena perayaan ini sebagai ikatan untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum, katanya. 'Happy Deepavali', 'Deepavali Valthukel' kepada semua masyarakat India di negeri ini dan di seluruh negara, katanya. -- BERNAMA NAH NO KLS

22 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Tragedi MH370 uji perpaduan antara kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 01-04-2014 KITA dikejutkan dengan berita sedih kemungkinan besar pesawat MH370 hilang di tengah-tengah kehitaman Lautan Hindi. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui sejauh mana kesedihan ahli keluarga dan sahabat handai atas kehilangan ini. Sungguhpun kita masih menyimpan harapan ada penumpang atau anak kapal yang terselamat, harapannya tipis sekali. Sepanjang rungkaian kehilangan dan kukuhnya misteri ini, begitulah jitunya warga Malaysia mengikuti perkembangan kehilangan pesawat. Kita semua telah nampak dengan jelas kali ini, perpaduan antara kaum dan agama datang serentak. Namun, adakah hanya apabila berlaku sesuatu maka kita bersatu ? atau mungkinkah kesatuan itu hanyalah satu bentuk insiden semata-mata? Dari segi teori akademik dan keadaan semasa, tidak keterlaluan jika disimpulkan bahawa perpaduan dek kerana kehilangan pesawat ini ditahap insiden semata-mata. Kita tunggu sehingga jelas teori- teori kehilangan ini dan kita lihat serta teliti kembali hala tuju masyarakat kita selepas ini. Buat masa ini, perpaduan sering kali terlihat bagai bayang-bayang yang membayangi rakyat Malaysia, hanya datang dan pergi apabila adanya mentari. Mungkin itu benar jika diungkapkan soal perpaduan antara bangsa. Namun, adakah perpaduan dalam kalangan umat Islam sendiri jauh lebih baik dari itu? Sungguhpun Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mendapat sambutan menggalakkan, tunjang perpaduan masih belum dapat dikukuhkan. Ia buat masa ini, dalam keadaan semakin baik harapannya. Jadi mengapa kita perlu bersikap negatif terhadap perkembangan yang berpotensi menjadi lebih baik? Soalnya di sini bukanlah negativiti, tetapi jelas kerugian umat Islam kerana tidak belajar daripada kegemilangan Islam, sejarah dan peristiwa yang mendewasakan. Hakikatnya, andai soal pengurusan Islam diketengahkan sebagai elemen penting yang menghalakan kehidupan, maka lebih teratur dan berkuranglah masalah dalam masyarakat tidak kira berkaitan sesama umat Islam atau isu antara kaum. Ini kerana, jika dilihat dari segi kegemilangan Islam, umat Islam hari ini yang dilengkapi dengan segala kecanggihan teknologi, ilmu, pengalaman dan kemudahan infrastruktur dalam pelbagai bentuk seharusnya dapat menjadi pemimpin yang mendahului zaman. Namun, kadangkala kita tidak dapat melihat keadaan ini yang nampaknya menjadi bentuk masyarakat ideal buat kita. Manakan tidak, jika umat Islam tidak menguasai ilmu pengurusan dengan cemerlang dan boleh dijadikan contoh, masakan dapat ditarik minat yang bukan Islam untuk mempelajari kehebatan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya menerima sistem pengurusan yang membawa kebaikan kepada semua termasuk mereka. Malangnya, kita masih belum mampu mencipta sistem pengurusan sehebat zaman Khulafa ar-Rasyidin Kedua iaitu Sayyidina Umar al-Khattab. Baharu sahaja kita diduga dengan misteri MH370 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan PRK DUN Balingan, Sarawak, sesetengah kita sudah rasa

23 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

kesedihan, kehilangan dan diduga ujian seolah-olah begitu banyak cabaran yang kadangkala tidak berpihak kepada kita. Jika dikaitkan isu-isu ini dengan pengurusan Islam, pendekatan dibawa bukan bermatlamat semata- mata mencari penyelesaikan sesuatu masalah dihadapi manusia. Namun, Allah mewujudkan ketetapan bahawa manusia perlu dididik untuk mencapai matlamat yang baik serta kecemerlangan. Didikan pula perlulah berlandaskan kepada ajaran Islam serta fitrah manusia yang akhirnya mampu mengakhlakkan diri, keluarga, organisasi, masyarakat, bangsa dan negara. Jika dalam kes kehilangan pesawat, pelbagai teori wujud dan ada antaranya yang turut menyalahkan juruterbang pesawat. Yang menyebarkan ketidakpastian ini, ada antaranya umat Islam. Namun, ini bukan diajar Islam kerana selagi tiada bukti, andaian sebegini boleh menambah kepiluan hati keluarga dan memporak-perandakan masyarakat. Kita berbaik sangkalah kerana tiada sebab lagi sehingga kini yang membenarkan sangka buruk, sungguhpun diharuskan dalam Islam. Kata Saidina Umar Al Khattab ra: Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat baik . Bersangka baiklah, kerana ia mendidik dan meluruskan hati. Jangan mudah teruja dengan berita tidak pasti, kerana itu membawa mati. Hanya apabila hati terbela, jiwa terjaga, dapatlah kita mendidik diri menjadi individu berguna. Di sini, pengurusan diri yang berlandaskan Islam, antara titik tolak ke arah pengurusan Islam yang efektif. Kesederhanaan menjadi tunggak pembentukan masyarakat sentiasa mensyukuri kurniaan-Nya. Maka tidak hairan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melihat isu pengurusan Islam sebagai aspek penting yang perlu difahami dan diangkat sebagai perbincangan akademik di peringkat antarabangsa. Persidangan Antarabangsa Dakwah dan Pengurusan Islam 2014 yang akan berlangsung pada 20 hingga 21 Mei ini perlu dijadikan platform utama perbincangan dan seterusnya tindakan, pelbagai aspek kehidupan bagi memperkukuh landasan kehidupan umat Islam serta bukan Islam di negara ini. Maklumat lanjut sila lawati laman sesawang: http://ic-daim2014.usim.edu.my/. DR. SITI SURIANI OTHMAN Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (END) (Source by: Utusan Malaysia)

24 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Ziarah erat perpaduan kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 03-02-2014 JELEBU 2 Feb. Amalan berkunjung ke rumah jiran terutama semasa perayaan sesuatu kaum merupakan rahsia kejayaan negara ini mengekalkan perpaduan yang amat disanjungi dunia.Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Ismail berkata, formula itu membawa kepada budaya saling hormat menghormati, bertegur sapa dan saling berkunjung yang membawakeamanan berpanjangan. Inilah yang dituntut dalam semangat 1Malaysia di mana kita bersama-sama meraikan perayaan seperti Tahun Baharu Cina dalam suasana cukup mesra. Maka, dapatlah kita saksikan bahawa telah terjalin satu fenomena toleransi dan kefahaman budaya antara kaum yang sepatutnya menjadi khazanah dan tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun, katanya selepas menyertai program Ziarah Pemimpin Masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Klawang dekat sini hari ini. Jelasnya, sekarang adalah waktu paling sesuai untuk mendatangi semangat patriotik dengan bercerita kisah perihal keharmonian di bawah satu paying Malaysia yang aman. Jangan kita memencilkan semangat saling berkunjung antara kaum kerana ini adalah amalan unik yang dilakukan dalam negara ini sama ada pada musim perayaan mahupun biasa, katanya. Kata Zainudin, apabila kita memahami budayakaum lain, maka terbit unsur aling menghormati antara satu sama lain sehingga membawa kepada rasa hormat dalam aspek agama dan adat masing-masing. (END) (Source by: Utusan Malaysia)

25 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Lambang perpaduan kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 18-01-2014 Author: MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SOFIAN BAHAROM [email protected] KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai puluhan ribu rakyat pelbagai kaum selama kira- kira dua jam bagi menyaksikan keunikan masyarakat India menyambut Thaipusam di Batu Caves di sini. Beliau yang setiap tahun hadir menyaksikan sambutan Thaipusam sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2009, tiba pada pukul 10.15 pagi dengan mengenakan pakaian tradisi India iaitu kurta berwarna krim. Sebaik sahaja tiba, Perdana Menteri terus melawat gerai jualan yang terdapat di pekarangan kuil serta sempat beramah-mesra dengan para pengunjung sebelum dibawa masuk ke bangunan Kuil Sri Subramaniar Swamy. Terdahulu, kehadiran beliau disambut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Naib Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan serta Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman, Datuk R. Nadarajah. Selain itu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu; Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pilay serta Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan turut menyambut Najib. Thaipusam merupakan perayaan untuk menunaikan nazar bagi penganut Hindu dan keunikan yang terdapat dalam sambutan tersebut terutamanya kavadi menjadikan Thaipusam sebagai tarikan pelancongan. Malah, pada setiap sambutan Thaipusam, tidak kurang daripada 70,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum termasuk pelancong asing akan membanjiri Batu Caves. Dalam pada itu, Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas Najib beredar berkata, Perdana Menteri melahirkan rasa kagum dengan sambutan puluhan ribu rakyat negara ini setiap kali perayaan Thaipusam berlangsung. Katanya, Perdana Menteri juga gembira dengan perpaduan yang terjalin dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, lebih-lebih lagi Thaipusam pada kali ini disambut sebaik sahaja kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2014. (END) (Source by: Utusan Malysia)

26 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

MKPN kukuhkan perpaduan kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 25-11-2013 KUALA LUMPUR 24 Nov. Penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) merupakan inisiatif terbaik kerajaan dalam usaha memastikan hubungan antara kaum di negara ini terus kukuh tanpa diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penubuhan majlis itu amat penting kerana isu mengenai perpaduan boleh dibangkitkan dan dibincangkan secara mendalam. Isu mengenai integrity dan perpaduan kaum makin hari makin penting dan melalui usaha ini perpaduan dapat diserapkan dalam diri rakyat. MKPN mempunyai bidang kuasa lebih luas yang berfungsi sebagai panduan dan juga pandangan serta nasihat kepada kerajaan dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup mengenai penubuhan MKPN yang bakal diwujudkan menjelang akhir tahun ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini. Sebelum ini, cadangan menubuhkan MKPN diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat 26 Jun lalu dalam usaha mencapai matlamat penyatuan nasional bagi mengeratkan semula hubungan antara rakyat. (END) (Source by: Utusan Malaysia)

27 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Kerajaan negeri komited pastikan perpaduan rakyat berbilang kaum dipelihara

Source:Utusan Malaysia Date: 20-11-2013 MELAKA 19 Nov. Kerajaan negeri komited untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial yang dinikmati rakyat negeri ini terus terpelihara bagi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran berterusan. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, perpaduan rakyat serta keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh diyakini mampu menyumbang kepada kestabilan politik dan pengukuhan perpaduan rakyat di peringkat nasional. Menurutnya, dengan semangat 1Malaysia, ia akan dapat mencetuskan iltizam dan kekuatan untuk mencipta lebih banyak kejayaan bagi menjana masa depan lebih cemerlang. Justeru, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan perlulah dihindari bagi membolehkan kita merealisasikan agenda pembangunan dengan berkesan. Usaha ini sekali gus akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk selain memacu kemajuan khususnya di kawasan luar bandar, katanya. Beliau berucap dalam majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri 2013 di Taman Rempah, Pengkalan Rama, di sini malam tadi. Majlis yang dihadiri seramai hampir 5,000 pengunjung berbilang kaum termasuk pelancong asing itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama isteri, Toh Puan Zurina Kassim. Yang hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Fadilah Abdullah;Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri, Datuk M.S. Mahadevan. Sementara itu, kata Idris, majlis rumah terbuka sempena Pesta Cahaya itu sememangnya menjadi agenda tetap kerajaan negeri dalam meraikan masyarakat India di negeri itu setiap tahun. Sambutan perayaan seperti ini dapat memberi manfaat dalam mengukuhkan lagi semangat kekitaan, perasaan muhibah dan sikap toleransi yang amat sinonim dalam konteks kepelbagaian budaya dan etnik di negeri dan negara ini. Tradisi kunjung mengunjung sempena rumah terbuka merupakan amalan murni yang bukan sahaja akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga malah memantapkan lagi perpaduan rakyat serta mendekatkan pemimpin dengan masyarakat di peringkat akar umbi, katanya. Dalam majlis itu, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional India serta tarian pelbagai kaum mewakili masyarakat majmuk di negara ini selain dijamu pelbagai juadah enak. Malah, orang ramai turut berpeluang menyaksikan pemimpin kesayangan mereka menghiburkan ribuan pengunjung dengan persembahan nyanyian sempena majlis rumah terbuka yang berlangsung dari pukul 8 hingga 12 malam itu. (END) (Source by: Utusan Malaysia)

28 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Sukan mampu terap nilai perpaduan kaum: Muhyiddin

Source:Berita Harian Date: 18-11-2013 Author: Abdul Razak Raaff; Syazwan Msar Kuantan: Sukan adalah medium penting dalam menerap nilai perpaduan antara kaum selain memperkasakan pembangunan modal insan yang holistik dan berdaya saing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, penganjuran sukan dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi bukan saja dapat melahirkan atlet sukan berprestasi tinggi, malah juga meningkatkan kecemerlangan akademik. Beliau berkata, menerusi pembabitan aktif dalam sukan, pelajar dapat berkomunikasi, bersosial dan mengenali satu sama lain, merentasi sempadan kaum dan budaya. Katanya, ia sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memartabatkan sukan bukan saja bagi melahirkan atlet berbakat untuk cemerlang sehingga peringkat antarabangsa, malah turut menjadi ejen perpaduan mengeratkan hubungan walaupun berbeza latar belakang. Tingkat pencapaian sukan "Asas perpaduan yang kukuh boleh dibina menerusi sistem pendidikan negara dengan meletakkan sukan antara bidang utama serta memberi galakan kepada pelajar menyertainya hingga peringkat tertinggi. "Pada masa sama, Kementerian Pendidikan turut melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan pencapaian sukan selaras kecemerlangan akademik. Keseimbangan pembangunan kedua-dua perkara ini dilihat akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian sukan negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Kelima di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang di sini, malam tadi. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Seramai 1,281 pegawai dan atlet dari tujuh kontinjen institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan menyertai sukan yang bertemakan `SIPMA Menjana Perpaduan' selama enam hari berakhir Jumaat ini. Muhyiddin juga mahu sekolah memberi perhatian serius dengan meletakkan sukan sebagai satu daripada bidang yang diberi keutamaan selaras dasar 1Murid 1Sukan seterusnya melahirkan bukan saja modal insan berdaya saing malah juga atlet pelajar yang mampu mencapai taraf dunia. Justeru, katanya, kementerian itu akan terus melaksanakan program komprehensif dengan memperkasakan pengurusan dan pembangunan sukan daripada peringkat awal. ( END ) Source : Berita Harian

29 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

`Pertahan perpaduan kaum'

Source:Berita Harian Date: 01-07-2013 Author: Suzianah Jiffar Penampang: Rakyat tidak harus membiarkan golongan tertentu mengambil kesempatan daripada kebebasan berhimpun, untuk mewujudkan konflik antara kaum dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat terus mempertahankan perpaduan yang terjalin dengan memanfaatkan segala kekuatan kepelbagaian etnik dan warisan untuk mengukuhkan perpaduan. "Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat kestabilan seperti tunjuk perasaan di jalanan yang hanya merosakkan harta benda, mengakibatkan kecederaan dan hanya merugikan rakyat serta negara. "Jangan kita membiarkan pihak tertentu berusaha mengambil kesempatan memecah belahkan perpaduan yang kukuh sekian lama. Kekal keharmonian "Sejajar dengan tema sambutan Pesta Kaamatan 2013 iaitu 'Harmoni 1Malaysia,' kita hendaklah mengekalkan keharmonian bagi mencapai kejayaan dan meneruskan agenda pembangunan negara. "Saya minta seluruh rakyat Malaysia menjadikan keharmonian kaum sebagai tunjang kekuatan agar kemakmuran negara dan keharmonian rakyat terus wujud," katanya ketika melancarkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2013 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, di sini, semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta Datuk Yahya Hussin. Rumah terbuka anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk sambutan tradisi Pesta Tadau Kaamatan oleh masyarakat Kadazandusun serta persembahan kesenian masyarakat berkenaan. Tadau Kaamatan adalah perayaan yang disambut masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) sepanjang Mei setiap tahun bagi meraikan musim menuai padi. Sementara itu, Muhyiddin berkata, perbezaan kepercayaan dan agama adalah lumrah dalam sesebuah masyarakat majmuk, namun ia bukan penghalang mewujudkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian. Angkat martabat negara "Kita seharusnya memanfaatkan segala kekuatan kepelbagaian etnik bukan saja untuk membina perpaduan, malah mengangkat martabat negara sebagai sebuah destinasi pelancongan berdaya maju. "Tambahan pula dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia tahun depan, strategi ini amat penting untuk memastikan matlamat itu tercapai. Dalam masa sama, kita perlu mempelajari apa yang sudah dicapai pada masa lalu untuk membentuk landasan yang akan kita lalui pada masa hadapan," katanya. ( END ) Source : Berita Harian

30 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Perpaduan semua kaum perkukuh ekonomi negara

Source:Berita Harian Date: 15-02-2013 Pagoh: Sokongan masyarakat Cina dengan perpaduan bersama semua kaum penting bagi menyokong usaha kerajaan mewujudkan suasana dan iklim ekonomi demi kemajuan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membangunkan ekonomi negara kini memerlukan suasana dan iklim ekonomi yang sesuai dan setakat Malaysia terus berkembang mengikut acuan sendiri, ketika banyak negara dunia berdepan masalah. "Ini menunjukkan dasar ekonomi BN (Barisan Nasional) yang baik, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang membolehkan semua masyarakat menikmati peluang hidup lebih baik. "Malah di Malaysia, mana-mana peniaga boleh membuka perniagaan dan meningkatkan pelaburan tanpa sebarang sekatan kerana kerajaan mengambil langkah mempermudahkan urusan. Teras kekuatan negara "Walaupun ada yang menganggap Tahun Ular mengikut masyarakat Cina, lebih mencabar tetapi kita akan terus menghormati antara satu sama lain yang menjadi teras kekuatan Malaysia selama ini. Tentunya, kita mahu melihat sumbangan orang Cina dalam bidang ekonomi dapat diteruskan supaya negara kita maju menerusi kerjasama antara kaum," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Jern yang dihadiri lebih 8,000 tetamu di sini, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menegaskan sekolah aliran Cina dan Tamil akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan tiada yang akan ditutup selagi BN diberi mandat mentadbir negara ini, tetapi keadaan itu tidak dapat dipastikan jika di bawah pakatan pembangkang. Hormati amalan Beliau berkata, kebudayaan masyarakat Cina di negara ini juga masih subur dan hidup berkembang kerana selama ini, kerajaan sentiasa menghormati amalan dan adat resam pelbagai masyarakat dan kaum yang ada, sesuatu yang luar biasa berbanding negara lain. "Inilah Malaysia yang kita kenali dan negara yang masih kuat kepada prinsip perpaduan yang menjadi hukum dan syarat penting apabila semua kaum bersatu dan bersama-sama, selaras dengan gagasan 1Malaysia," katanya. Terdahulu, ketika berucap pada Program Sembang Santai bersama masyarakat Kampung Sungai Alai dan Sungai Ranggam dekat Panchor, Muhyiddin menegaskan, projek Hab Pendidikan Tinggi Pagoh bukan tipu helah kerajaan menjelang pilihan raya, sebaliknya perancangan itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi. Katanya, projek itu akan menempatkan 10,000 hingga 15,000 pelajar pelbagai pusat pengajian tinggi (IPT) secara tidak langsung akan membantu mengembangkan lagi ekonomi penduduk setempat. ( END ) Source : Berita Harian

31 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Perpaduan kaum kunci negara harmoni, stabil

Source:Berita Harian Date: 23-06-2012 Author: Noor Mohamad bin Shakil Hameed PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru mengariskan empat impiannya untuk Malaysia dan komited bagi merealisasikannya demi masa depan negara yang lebih baik. Impian berkenaan untuk melihat negara lebih aman, selamat serta harmoni selain rakyat memperoleh pendapatan lebih tinggi menerusi program transformasi bandar serta luar bandar. Beliau juga mengimpikan mewujudkan peluang lebih baik kepada rakyat di bawah langit biru 1Malaysia bersama rakannya dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited membantu rakyat serta mengetuai usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kukuh demi generasi masa depan. Ini boleh dikatakan bukan saja impian Najib malah, menjadi impian seluruh rakyat di negara ini. Rakyat secara keseluruhannya mahu terus kekal aman dan selamat serta menikmati pendapatan lebih kompetitif di bumi tercinta. Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai melalui perkongsian kuasa dan kekayaan antara semua kaum di negara ini atas dasar pemuafakatan, tolak ansur serta ikatan perpaduan yang kukuh. Sejak merdeka, negara kita sudah melalui pelbagai transformasi dalam segenap bidang sehingga kita digelar negara membangun yang cukup berjaya. Kestabilan politik daripada perkongsian kuasa dan keharmonian kaum serta pencapaian ekonomi memberangsangkan menjadi penyumbang utama kepada hasil pencapaian dan kejayaan kita selama ini. Ringkasnya, perpaduan kaum menjadi inti pati utama dan kunci kejayaan Malaysia selama ini. Apa yang ada pada hari ini adalah hasil usaha nenek moyang kita yang meletakkan batu asas kukuh sebagai legasi dan warisan menjadi panduan serta pegangan hidup generasi sekarang. Kontrak sosial dan Perlembagaan ditinggalkan kepada kita sebagai panduan dan rukun hidup majmuk dalam masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya. Ternyata gabungan ramuan mujarab antara kontrak sosial dan Perlembagaan membuahkan hasil cukup menggalakkan sekian lama. Buktinya sejak merdeka kita terus melangkah maju ke hadapan meniti pelbagai kejayaan menakjubkan. Malah, seluruh dunia mengagumi pencapaian luar biasa kita serta mengakui kehebatan pemimpin membawa perubahan mendadak secara konsisten. Kita juga terus diakui antara negara Islam yang dihuni rakyat pelbagai kaum terbaik dan wajar dijadikan contoh. Ternyata perpaduan kaum yang ampuh menyumbang kepada kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi mapan serta mewujudkan kehidupan aman, selamat dan damai. Maka ramuan terbaik untuk mencapai impian besar Najib sudah semestinya berlandaskan perpaduan kaum yang berpaksikan kontrak sosial dan Perlembagaan. Namun, persoalan timbul mutakhir ini apakah tahap perpaduan kaum kita masih kental dan boleh menjadi benteng pertahanan dan kejayaan negara? NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED, Universiti Putra Malaysia (UPM). ( END ) Source : Berita Harian

32 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Menghayati perpaduan kaum sebagai erti kemerdekaan

Source:Utusan Malaysia Date: 31-08-2012 Author: ZAINAL RASHID AHMAD KEMERDEKAAN sekiranya dicerakinkan seperti yang dikatakan Pendita Za aba adalah memerdekakan jiwa dalam konteks hari ini. Kita bukan lagi dalam dunia kolonial secara fizikal atau mudah berasa gundah dan takut setiap kali mengambil atau menikmati khazanah negara kerana adanya kuasa luar yang menjajah kita. Itulah hujah pembuka Bicara oleh Ketua Penyelidik Ekonomi Syariah Antarabangsa Kewangan Islam, Profesor Madya Dr. Asyraf Wajdi ketika disoal mengenai Memahami Erti Merdeka dalam Konteks Masa Kini. Merujuk pada kata-kata Za aba, Dr. Asyraf turut mengingatkan, bahawa ancaman terhadap bangsa merdeka kini menjelma dalam bentuk penjajahan dalam bentuk fikiran dan budaya. Kita bukan lagi berjiwa merdeka sekiranya berjiwa perhambaan dan malangnya, walaupun sudah 50 tahun merdeka, kadang-kadang pemikiran kita masih terjajah, katanya. Selain isu penjajahan minda, perkara utama yang menjadi cabaran terutama umat Islam di negara ini dalam konteks menjadi umat contoh, adalah cabaran untuk mengangkat martabat Islam sebagai agama yang syumul. Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, umat Islam di Malaysia selaku umat merdeka harus membuktikan kepada dunia, bahawa Islam bukan agama keganasan. Oleh itu, tanggungjawab memerdekakan negara dalam konteks agama adalah satu kewajipan dan tidak patut ada di kalangan kita membiarkan negara, agama Islam dan bangsa kita terus dijajah, katanya. Shahlan dan Dr. Asyraf menjawab demikian ketika disoal Amin Idris, hos program Bicara terbitan TV Al Hijrah yang bersiaran secara langsung, baru-baru ini. Merujuk pada kepentingan Islam sebagai asas kepada pembinaan jati diri bangsa merdeka, Dr. Asyraf mengingatkan pada kata- kata Saidina Umar Al Khattab yang berpesan, sebagai umat yang diberi kehormatan oleh Allah dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, pasti akan menempah kehinaan Allah. Shahlan pula merujuk pada Antropologi Islam terkenal, Ibu Khaldun yang menyebut: Mana-mana bangsa yang pernah dijajah kuasa penakluk, akan mudah merasa kagum kepada apa sahaja yang dilakukan penjajah, hingga mereka sanggup memuji-muji kehebatan penjajah walaupun jelas merosakkan bangsa sendiri. Justeru katanya, generasi masa kini perlu peka dan memahami erti kemerdekaan secara lebih halus. Kita berdepan generasi baharu yang tidak pernah merasai tentang susah payah memerdekakan negara. Masalah jurang generasi juga harus kita tangani dengan betul supaya kita mampu melaksanakan konsep menghayati erti kemerdekaan

33 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

dengan betul, jelasnya. Shahlan turut mengingatkan generasi masa kini agar berwaspada kerana penjajahan moden kini tidak datang melalui serangan bersenjata, sebaliknya diserapkan melalui pelbagai ideologi pasca moden Kita diserang dengan pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme hingga anak muda hari ini keliru kerana ideologi ini menyerap akibat keadaan politik yang berpecah-belah, katanya. Ditanya mengenai keutamaan dalam menghayati 55 tahun kemerdekaan negara, Dr. Asyraf menjelaskan, rakyat negara ini harus yakin untuk membina jati diri melalui acuan sendiri tanpa dipengaruhi telunjuk orang luar. Kita mesti melakukan perubahan dan pendekatan setiap zaman mengikut keutamaan waktu, dan kita harus ingat pada zaman Tun Abdul Razak, kita sudah bangkit menggunakan acuan kita sendiri melalui Dasar Afirmatif, walaupun pada waktu itu ia dipertikaikan banyak pihak, katanya. Menurutnya, sejarah awal kemerdekaan wajar dijadikan iktibar. Isu konflik kaum pada 1969 membuktikan, dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah menciptakan pelbagai jurang yang sensitif kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama dalam isu ekonomi. Pada 1970, kadar kemiskinan tegar negara adalah 49.3 peratus manakala peratusan kemiskinan tegar mengikut kaum pula, bumiputera 65 peratus, Cina 26 peratus dan India 39 peratus. Jurang ini pencetus konflik kaum, katanya. Jelas Dr. Aysraf lagi, isu ekonomi mencetuskan rasa tidak senang, tidak puas hati, dan prasangka perkauman. Namun akhirnya isu ini ditangani dengan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kini dari 49.3 peratus kemiskinan tegar pada 1970, DEB berjaya menurunkan angka itu pada kadar yang sangat rendah pada 2011, dengan angka kemiskinan tegar hanya berada di paras 3.5 peratus, katanya. Selain isu mengawasi ancaman penjajahan moden serta memahami pencapaian sepanjang 55 tahun merdeka, Shahlan turut mengingatkan generasi masa kini untuk memahami dan menghayati Perlembagaan negara. Katanya, Perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, justeru kedudukan itu perlu dihormati dan digunakan sebaik mungkin berdasarkan peruntukkan yang termaktub, dan rakyat harus sedar kini terdapat sekumpulan orang yang mahu membina Perlembagaan berdasarkan tafsiran mereka sendiri. Apabila Perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, ia menyumbang dan tidak menghalang kepada kemajuan negara yang beraspirasikan sistem pendidikan, sistem kewangan malah perundangan, katanya. Dengan tegas Shahlan mengingatkan, dalam apa jua keadaan, kata kunci bagi mengisi dan mempertahankan kemerdekaan negara agar lebih terjamin pada masa akan datang, tentunya berpaksikan pada perpaduan rakyat. Kita tahu polemik perkauman tidak akan mendatangkan apa-apa, marilah kita bersatu padu dan bersedia untuk bermuzakarah untuk terus mengekalkan perpaduan ini kerana generasi hari ini mesti menghormati usaha generasi terdahulu yang sudah berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara, jelasnya. PENULIS ialah Pengurus Besar Penerbitan TV Al Hijrah. (END)

34 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

(Source by: Utusan Malaysia) Tolak ansur kekal perpaduan kaum

Source:Berita Harian Date: 13-08-2012 Author: Abdul Aziz Sijan Selepas lebih 50 tahun menetap di negara jiran sejak 1955, saya mengambil keputusan kembali ke tanah air lima tahun lalu. Apa yang menyedihkan ialah kekalutan politik di tanah air dan terkini saya terpanggil menjawab tuntutan masyarakat Cina untuk kesamarataan dalam hal tertentu yang menguntungkan mereka saja. Mereka bercakap mengenai kesamarataan isu sekolah Cina, tapi tidak memperkatakan kesamarataan peluang ekonomi yang dinikmati kaum Cina, mengatasi penduduk Melayu sendiri. Tuntutan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang keterlaluan mencabar kesabaran kaum lain. Mereka bukan mahu mengikut Perlembagaan. Hari ini golongan berkenaan berdiri di belakang ahli politik yang jelas memperjuangkan isu kaum untuk mendapatkan kuasa. Malangnya, parti tertentu dalam Barisan Nasional (BN) sendiri pun kelihatan senada dengan pihak lain. Pelbagai pihak perlu mengambil iktibar bahawa perpaduan kaum amat perlu. Semangat Perlembagaan dan tolak ansur perlu dipelihara untuk kebaikan Malaysia pada masa depan. Pengalaman di luar negara menunjukkan bangsa majoriti tidak dicabar oleh pihak lain. Berbeza dengan kita yang sentiasa unik dan aneh! Abdul Aziz Sijan, Kampung Kandang, Melaka. ( END ) Source : Berita Harian

35 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Perpaduan kaum kunci kejayaan

Source:Utusan Malaysia Date: 30-08-2012 Author: SAIFULIZAM MOHAMAD [email protected] KUALA LUMPUR29 Ogos Kejayaan negara mengekalkan pertumbuhan pesat serta kestabilan ekonomi ketika negara-negara lain sedang bergelut dengan prestasinya yang semakin merudum adalah hasil daripada semangat perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan tersebut adalah sumbangan daripada perpaduan kukuh termasuk dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak serta Kadazan Dusun. Justeru, Perdana Menteri mahu semangat itu terus dikekalkan lebih- lebih lagi sempena sambutan Kemerdekaan kali ke-55 kerana hanya dengan perpaduan, kedudukan negara boleh menjadi semakin baik pada masa akan datang. Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara bersendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global. Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara hari ini. Tidak kira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan, katanya. Beliau berkata demikian dalam blog 1Malaysia di http://1malaysia. com.my, hari ini. Perdana Menteri turut menyatakan tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada pelbagai etnik untuk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlet negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan negara bersama-sama. Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama merempuh segala dugaan dan cabaran bersama sejak 55 tahun lalu, ujarnya. Dalam pada itu, beliau juga mahu semua rakyat negara ini sentiasa memperingati jasa pejuang- pejuang kemerdekaan. Kesemua kejayaan kita ini juga adalah hasil perjuangan para perjuang kemerdekaan negara dan kita patut berterima kasih kepada mereka. Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi, katanya Mengulas lanjut, beliau berkata, komoditi-komoditi itu kemudiannya menjadi sangat penting kepada perkembangan industri eksport negara yang akhirnya membolehkan negara melabur untuk pembangunan infrastruktur serta industri.

36 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Najib turut mengimbau langkah kerajaan membuka Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1996 yang membolehkan Malaysia berjaya muncul sebagai hab pelancongan antarabangsa. Dua tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula mula menjadi ikon pencakar langit dalam negara dan lebih dari dua dekad selepas itu bangunan yang juga menempatkan gedung beli belah popular dan dikenali sebagai Suria KLCC itu masih merupakan menara kembar paling tinggi di dunia, katanya. Beliau berkata, kerajaan dari setahun ke setahun terus membuat pelaburan bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini. Sebagai contoh, kata Najib, langkah kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) serta pembinaan Lebuh raya Utara Selatan. Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya. Bidang pertanian dan komoditi utama juga berkembang dengan pesat selain bidang pelancongan serta perdagangan antarabangsa negara yang turut meningkat, katanya. Hakikatnya, beliau berkata, apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ia sudah pasti memberi impak sosial yang baik misalnya, kualiti pendidikan menjadi semakin baik dan mula dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan pendalaman kini bertambah baik. Dengan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan yang semakin berkembang, rakyat tidak perlu lagi perlu berjalan jauh untuk membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk menonton filem di pawagam, katanya. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, selain berjaya mencatatkan penyenaraian kedua dan ketiga terbesar tawaran awam permulaan (IPO) dua syarikat besar negara iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan IHH Healthcare Bhd (IHH) Malaysia juga berjaya memperbaiki kedudukan di peringkat global. Antaranya, beliau berkata, menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia. (END) (Source By: Utusan Malaysia)

37 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Kemahiran berkomunikasi tingkatkan perpaduan kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 20-06-2012 KUALA LUMPUR 19 Jun Rakyat diseru memperkasakan kemahiran berkomunikasi sebagai satu daripada syarat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim bertitah, ini kerana keghairahan masyarakat menongkah arus perubahan menyebabkan segelintir daripada rakyat mengabaikan kemampuan dan kemahiran berkomunikasi secara bersemuka. Perkara ini terjadi kerana kepesatan perkembangan teknologi yang menidakkan nilai manusiawi untuk berkomunikasi secara langsung. Untuk memenuhi kehendak semasa, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan memahami budaya, bahasa dan adat kaum serta bangsa lain, titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Serantau Silang Budaya dan Integrasi Nasional 2012 (RECCNI 2012) di Seri Kembangan, dekat sini hari ini. Hadir sama, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor. Persidangan RECCNI 2012 yang berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis ini bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kaitan antara kepentingan integrasi nasional dengan keselamatan negara selain memberi input dan kaedah penyelidikan terbaru dalam pengajian komunikasi, bahasa dan budaya. Tunku Puteri Intan Safinaz bertitah, kepesatan teknologi telah mewujudkan satu bentuk komunikasi baru yang jauh berbeza daripada modul komunikasi sedia ada sebelum ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada para cendekiawan, ilmuwan dan pengkaji memberikan input berguna kepada masyarakat sekali gus memacu kemajuan bangsa dan negara, titahnya. Dalam perkembangan berkaitan, baginda yang juga merupakan Pro Canselor UPNM berharap, nilai-nilai kesungguhan mencapai kejayaan, kesediaan berkorban dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara perlu diterapkan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini. (END) (Source by: Utusan Malaysia)

38 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

Rukun Negara perlu kekal, jadi teras perpaduan rakyat pelbagai kaum

Source:Utusan Malaysia Date: 17-12-2012 KUALA LUMPUR 16 Dis. - Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, hal ini demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut," katanya ketika berucap dalam Majlis Bicara Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor's University, di sini hari ini. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Naib Canselor yang juga Presiden Taylor's University, Prof. Datuk Dr. Hassan Said, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Presiden Sekreteriat Rukun Negara Taylor's University, Fiqri Firdaus. Abdullah berkata, bukan mudah bagi pemimpin terdahulu merangka prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara dan menyebarkannya kepada masyarakat kerana banyak cabaran yang terpaksa dilalui. "Sebagai contoh, ketika zaman pelajar universiti hebat berdemonstrasi suatu ketika dahulu, saya ditugaskan untuk memperjelas dan menerangkan apa itu Rukun Negara dan matlamatnya, tetapi banyak rintangan yang saya terpaksa lalui, "Saya masih ingat lagi ketika itu, apabila Rukun Negara dijadikan satu tajuk penting untuk disampaikan kepada pelajar, jadi saya bertanggungjawab untuk sampaikan betapa pentingnya bagi semua menghayati, memahami dan mengamalkannya. Tetapi dengan serta-merta saya mendapat reaksi negatif," katanya. Malah, beliau berkata, ada antara pelajar ketika itu mempersoalkan kepentingan Rukun Negara yang dilihat seolah-olah mahu mengatasi rukun Islam dan rukun iman bagi orang Islam. Bagaimanapun, katanya, beliau berjaya memperjelaskan kepada pelajar bahawa Rukun Negara sebenarnya diwujudkan bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini dan tidak sama sekali bertujuan mengatasi rukun Islam dan rukun iman bagi orang Islam. "Jadi saya berharap Rukun Negara ini dihayati oleh generasi muda hari ini. Usaha yang dilakukan pihak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam menggerakkan Sekretariat Rukun Negara adalah satu usaha yang wajar diambil

39 http://blis.bernama.com (3 Julai 2014)

perhatian semua," katanya. Sementara itu, Tsu Koon dalam sidang akhbar selepas itu berkata, sehingga kini Sekretariat Rukun Negara telah diwujudkan di 133 IPT sama ada awam mahupun swasta.Katanya, sokongan padu IPT termasuk daripada pihak korporat amat dialu-alukan bagi menjadikan sekretariat itu sebagai aktiviti yang paling bermakna untuk golongan belia. (END) (Source by: Utusan Malaysia)