pendidikan asas

10
1.0 Pengenalan Menurut International Dictionary of Education, pendidikan merupakan suatu proses yang membentuk kemampuan dan sikap manusia melalui suatu proses sosial dalam mana seseorang individu tersebut memperoleh keyakinan dan pertumbuhan individu yang dijalankan melalui suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta diinstitusikan seperti sekolah ataupun kolej. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001). The New Encyclopaedia Brittanica pula mendefinisikan pendidikan sebagai suatu displin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam sekolah dan juga persekitarannya. Kedua-dua rujukan ini menyatakan bahawa sekolah merupakan sebuah institusi yang penting dalam usaha memberikan pendidikan kepada manusia dan dilakukan dalam keadaan secara terancang dan sistematik. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001). Di Malaysia, suatu halatuju serta pedoman perlu difikirkan bagi mewujudkan pendidikan yang terancang serta sistematik ini. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka ia menjadi sebuah sistem yang bersepadu kepada setiap institusi sekolah mahupun kolej dalam melaksanakan pendidikannya. Aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi dan lain-lain ditekankan didalam FPK agar menjadi pedoman kepada para pendidik dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, matlamat pendidikan untuk membentuk rakyat yang berpengetahuan serta berguna kepada diri, bangsa dan agama telah menjadi lebih jelas setelah wujudnya FPK. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan oleh setiap institusi sekolah di Malaysia bukan sahaja memudahkan usaha mendidik malah telah menjadi suluh serta halatuju kepada usaha mengembang dan memajukan pendidikan negara. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah boleh difahamkan sebagai suatu pemikiran yang melihat suatu permasalahan daripada pelbagai perspektif. Ia dilakukan dalam keadaan yang sistematik, penuh keinginan serta kritis bagi mendapatkan suatu pandangan atau teori murni yang tidak

Upload: cikgu-echah

Post on 11-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan asas

TRANSCRIPT

1.0Pengenalan

MenurutInternational Dictionary of Education, pendidikan merupakan suatu proses yang membentuk kemampuan dan sikap manusia melalui suatu proses sosial dalam mana seseorang individu tersebut memperoleh keyakinan dan pertumbuhan individu yang dijalankan melalui suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta diinstitusikan seperti sekolah ataupun kolej. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001).

The New Encyclopaedia Brittanicapula mendefinisikan pendidikan sebagai suatu displin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam sekolah dan juga persekitarannya. Kedua-dua rujukan ini menyatakan bahawa sekolah merupakan sebuah institusi yang penting dalam usaha memberikan pendidikan kepada manusia dan dilakukan dalam keadaan secara terancang dan sistematik. (Sivachandralingam Sundara Raja, 2001).

Di Malaysia, suatu halatuju serta pedoman perlu difikirkan bagi mewujudkan pendidikan yang terancang serta sistematik ini. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka ia menjadi sebuah sistem yang bersepadu kepada setiap institusi sekolah mahupun kolej dalam melaksanakan pendidikannya. Aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi dan lain-lain ditekankan didalam FPK agar menjadi pedoman kepada para pendidik dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.

Akhirnya, matlamat pendidikan untuk membentuk rakyat yang berpengetahuan serta berguna kepada diri, bangsa dan agama telah menjadi lebih jelas setelah wujudnya FPK. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan oleh setiap institusi sekolah di Malaysia bukan sahaja memudahkan usaha mendidik malah telah menjadi suluh serta halatuju kepada usaha mengembang dan memajukan pendidikan negara.

2.0Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah boleh difahamkan sebagai suatu pemikiran yang melihat suatu permasalahan daripada pelbagai perspektif. Ia dilakukan dalam keadaan yang sistematik, penuh keinginan serta kritis bagi mendapatkan suatu pandangan atau teori murni yang tidak bias kepada mana-mana pemikiran dalam mencari kebenaran. Oleh kerana itulah falsafah juga dikenali bertujuan untuk mencari kebenaran sekaligus memberi arah tuju kepada perkara yang penting dalam kehidupan.

Berdasarkan huraian ini, maka falsafah pendidikan dapat didefinisikan sebagai suatu pemikiran yang sistematik, kritis, penuh usaha untuk mencari kebenaran dalam menetapkan halatuju yang berkaitan dengan pendidikan. Kebiasaannya, falsafah pendidikan sesebuah negara diwujudkan berdasarkan idealogi yang dipegang oleh sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, bagi negara German pada zaman pemerintahan Hitler, falsafah pendidikannya berbeza dengan falsafah pendidikan German pada zaman kini. Begitu juga dengan negara Malaysia, ia tidak terlepas daripada falsafah atau idealogi yang dipegang oleh negara kita pada saat ini. Maka, pendapat bahawa sekolah merupakan sebuah kemungkinan untuk agen doktrinasi masyarakat adalah tidak dapat disangkal lagi.

Oleh yang demikian, falsafah pendidikan kebangsaan boleh dirumuskan sebagai sebuah falsafah yang digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan idealogi negara sebagaimana yang dimanifestikan didalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk rukun negara. Hasil falsafah pendidikan kebangsaan ini digunakan sebagai suluh yang memberi pedoman kepada segala usaha pendidikan yang dijalankan di dalam negara bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara.

2.1 Sejarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagaimana yang telah dijelaskan diatas, setiap sesebuah negara mempunyai falsafah pendidikan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaaan faktor seperti falsafah negara, cita-cita pemerintah, berlainan bentuk pemerintahan dan corak kebudayaan. Di samping perbezaan ini juga, falsafah pendidikan juga tidaklah kaku atau tetap selamanya. Sebaliknya ia akan sering berubah dari suatu masa ke suatu masa mengikut hal perubahan faktor seperti yang dinyatakan di atas.

Falsafah pendidikan di negara Malaysia secara rasminya digubal hasil daripada sistem pendidikan di Malaysia yang telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka. Antaranya setelah diperkenalkan dengan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Rancangan KBSR yang menekankan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira berserta penekanan terhadap aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani bertujuan bagi mengembangkan individu secara holistik. Begitu juga dengan rancangan KBSM yang menitikberatkan agar sistem pendidikan di Malaysia juga menjadi lebih bersepadu. Dengan adanya perubahan melalui penerapan rancangan KBSR dan KBSM ini maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan dengan harapan agar sekolah di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan , dan kesejahteraan terhadap pembangunan negara.

Mengikut sejarah, sebelum Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan, pendidikan di Malaysia telah berusaha untuk menghapuskan cita negara daripada dasar penjajah British yang bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Hasil daripada pemikiran yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 berserta Laporan Rahman Talib 1960, kedua-dua laporan ini menitikberatkan pendidikan bagi perpaduan negara dalam usaha mencipta sebuah negara yang merdeka. Kedua-dua laporan ini juga jika dikaji secara teliti menunjukkan bahawa usaha untuk mewujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah lama semenjak pasca kemerdekaan.

2.2 Peranan Falsafah Pendidikan Negara

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara ini maka negara sudah mempunyai petunjuk bagi menentukan arah sekaligus menentukan halatuju pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara ini bukan sahaja penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan malahan ia turut memainkan beberapa lagi peranan penting dalam usaha untuk memperkembangkan lagi mutu pendidikan di negara Malaysia. Berikut adalah beberapa peranan hasil wujudnya Falsafah Pendidikan Negara.

Sebagai suluh yang memberi panduan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara.Falsafah Pendidikan dibina melalui 3 aspek iaitu menerusi laporan, dasar pemerintahan sesebuah negara, dan juga ideologi yang dianuti oleh sesebuah negara. Dengan melakukan perincian terhadap ketiga aspek ini lantas wujudlah Falsafah Pendidikan Negara yang dapat dijadikan pedoman buat para pendidik sekaligus memudahkan cita negara dalam usaha untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara.Selain dapat dijadikan pedoman buat para pendidik, Falsafah Pendidikan Negara juga dijadikan sebagai penanda bagi menentukan matlamat yang ingin dicapai. Antara matlamat yang ingin dicapai adalah untuk memperolehi warganegara yang bersepadu kendirinya yang dilengkapi oleh aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang diharapkan agar dapat menjadi masyarakat yang berguna.

Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa melaksanakan tugas pendidikan.Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara para pendidik dapat mengetahui matlamat pendidikannya yang perlu dicapai. Falsafah Pendidikan Negara akan membimbing para pendidik bukan sahaja bagi mempermudahkan lagi tugas pendidikan malah dapat dijadikan satu batasan agar didikan yang disampaikan tidak tergelincir daripada apa yang ingin dicapai.

Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.Falsafah Pendidikan Negara boleh dianggap sebagai sebuah manual atau rukun yang perlu dipegang oleh para pendidik di Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara, ia akan sentiasa dirujuk oleh para pendidik sekiranya terdapat sebarang salah faham atau keraguan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti pendidikan.

2.3 Matlamat Falsafah Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan bagi melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna daripada segi jasmani, rohani, emosi dan intelektualnya melalui pendidikan secara bersepadu.

Keempat ciri ini penting kepada pembangunan negara dalam usaha melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, progresif, mahir serta cekap selain dapat menghasilkan rakyat yang taat dan cinta kepada negara. Selain daripada itu juga matlamat yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam usaha mewujudkan toleransi serta perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Negara, berikut adalah beberapa huraian yang diambil bagi menjelaskan falsafah yang digariskan dalam usaha menuju pencapaian Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Memperkembangkan potensi individu.Melalui proses pendidikan yang bersepadu hasil daripada perancangan yang diterapkan didalam Falsafah Pendidikan Negara, maka potensi di setiap diri para pelajar akan diperkembangkan semaksima mungkin bagi menghasilkan para pelajar yang sempurna sifatnya iaitu yang berilmu pengetahuan dan juga berakhlak mulia.

Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis.Seperti yang sudah dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara bukan sahaja menitikberatkan kepada perkembangan intelektual semata, sebaliknya ia juga merangkumi aspek jasmani, rohani dan emosi dalam usaha mewujudkan insan yang lengkap dan seimbang dengan harapan agar dapat menjadi warganegara yang baik kelak.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan.Dengan penerapan ilmu pengetahuan sejak awal secara bersepadu yang merangkumi aspek intelektual, jasmani, rohani dan juga emosi, akhir sekali ia diharapkan agar dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang sentiasa bersatupadu menggembleng tenaga dalam memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Ini boleh dikatakan matlamat akhir yang mahu dicapai oleh Falsafah Pendidikan Negara iaitu dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan makmurdidalam sebuah negara yang maju, tenteram serta moden. Dengan keharmonian dan kemakmuran hasil pendidikan secara bersepadu, negara akan sentiasa terus pesat membangun bersama masyarakatnya yang berakhlak mulia dan berkualiti.

3.0Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada masa hadapan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.

Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut Muhammad Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian didalam diri setiap manusia.

Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan negara serta masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak usia awal lagi. Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.

Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada program pendidikan awal kanak-kanak ini adalah seperti menghasilkan kanak-kanak yang cerdik dan pandai, yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan baik, dan juga kanak-kanak yang sihat dan cergas baik dari segi jasmani mahupun rohani. Ciri-ciri ini yang sudah diterapkan di Malaysia hasil daripada penggubalan sistem yang akhirnya diharapkan dapat menghasilkan masyarakat yang seimbang dan harmoni bagi menjamin ketenteraman negara.

4.0Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa Kritik Keatasnya.

Mengikut sejarah, pendidikan prasekolah secara berinstitusi bermula di Malaysia pada tahun 1950an. Sebelum itu, permintaan bagi mewujudkan institusi pendidikan prasekolah diwujudkan bersamaan dengan pembukaan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial British. Sesetengah pendapat telah mengatakan bahawa pembukaan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu adalah untuk menyediakan kanak-kanak itu dengan pengetahuan asas seperti membaca, mengira, dan menulis supaya dapat bekerja dikawasan ladang dan perlombongan dibawah pemerintahan British. (Wan Mohd Nor Wan Daud, 1997).

Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 apabila Yayasan Asia telah menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan model institusi prasekolah yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada kanak-kanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek Headstart telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi kanak-kanak apabila masuk ke tahap sekolah rendah.

Melalui Akta Pendidikan 1996, program pendidikan prasekolah telah dimartabatkan sebagai satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa program pendidikan prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting secara umumnya. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi halangan yang harus ditempuhi untuk menuju ke tahap kesempurnaannya. Masih wujud lagi segelintir ibubapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang belum mampu untuk memahami secara tuntas kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti harus diberikan kepada mereka. Contoh yang terdekat adalah permasalahan yang timbul akibat kurangnya persefahaman antara guru di sekolah elementari dan guru di prasekolah.

Memang tidak dinafikan bahawa guru besar dan penolong kanan tidaklah diharapkan untuk memberi perhatian atau sokongan yang lebih kepada kelas-kelas prasekolah berbanding kelas di gred yang lain. Namun apa yang diperlukan dan diharapkan kepada guru besar dan juga penolong kanan di sekolah sepatutnya mereka harus mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai program prasekolah sama seperti pengetahuan yang mereka ada tentang kelas elementari.

Akibat kurangnya pengetahuan dan juga perhatian yang diberikan, pendidikan yang diberikan di prasekolah amat jarang mendapat kesinambungan yang memberangsangkan apabila kanak-kanak memasuki ke persekolahan di tahun satu. Hal ini ternyata merupakan satu kerugian besar buat pendidikan di negara kita.

Apabila di alam persekolahan telah timbulnya tidak kesefahaman antara para guru elementari dan juga prasekolah, efeknya nya juga turut dirasa oleh para ibubapa. Telah terdapat ibubapa di negara kita yang berpendapat bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan melalui institusi seperti tadika adalah membazir semata-mata. Pendapat ibubapa seperti ini bukanlah salah dan juga bukanlah benar kesemuanya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah suatu fakta dapat ditunjukkan biarpun terdapat ibubapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah tadika namun ia tidak merencatkan perkembangan anak-anak mereka ke tahap yang baik sebanding dengan para ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tadika.

Namun begitu, kita juga tak dapat menafikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke tadika, perkembangan kanak-kanak dapat dilakukan dengan sistematik berlandaskan sistem pendidikan yang teratur yang digunakan didalam silibus pendidikan di sekolah. Hal ini hakikatnya bergantung kepada kualiti pendidikan yang diberikan oleh guru mahupun ibubapa yang memilih samaada untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ataupun dengan memilih pendekatan homeschooling iaitu di rumah.

Begitu juga terhadap sesetengah agensi kerajaan yang lebih memikirkan untuk memberikan pendidikan demi melegitimasikan lagi idealogi negara berbanding untuk menyerapkan kanak-kanak dengan pengetahuan murni supaya dapat menjadi manusia yang bermandiri di dewasa kelak. Pendidikan yang sepatutnya diberikan untuk memproduksikan struktur sosial yang baru telah dinafikan sebaliknya hanya difokuskan untuk mere-produksikan struktur sosial yang ada. Menurut Ivan Illich didalam karyanya yang terkenal iaitu Deschooling Society menyatakan bahawa Anak yang bersekolah tidak semestinya anak yang berpendidikan. Sekolah pada hari ini hanyalah perpanjangan daripada sistem negara atau idealogi negara yang dipaksakan. (Shaharom TM Sulaiman, 2004).

Anak-anak diajar atau dididik demi memenuhi acuan idealogi yang ditetapkan. Untuk anak-anak yang berjaya akan ditempatkan di sektor pekerjaan yang mendapat ganjaran yang sedikit menguntungkan, manakala buat anak-anak yang gagal, akan menerima nasib yang buruk iaitu dilahirkan untuk bekerja keras mengikut sistem yang diterima secara umum oleh masyarakat. Kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama iaitu dilahirkan sebagai buruh demi menguntungkan perut kaum kapitalis iaitu kaum elit di atas. Perkara ini bertentangan dengan pendapat bahawa pendidikan adalah dilakukan seumur hidup yang disarankan oleh Jean Jacques Rosseau.

Namun begitu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja memberikan peranan yang besar dalam menentukan segala pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh negara pada zaman kini. Pendidikan masih lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial yang paling berkesan dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Telah terdapat pelbagai model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan diatas kepercayaan itu antaranya seperti Head Start, Bank Street dan juga Reggio Emilia.