pendekatan tindakan sosial

Upload: liyoong-djaesz

Post on 06-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

weaf

TRANSCRIPT

PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

1.1 Asal-UsulPendekatan Tindakan Sosial adalah satu teori yang diaplikasikan daripada penyelidikan dan teori tingkahlaku. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura dan Emile Durkheim. Teori ini dibina daripada prinsip-prinsip pelaziman operan oleh Bandura dan dikenali juga sebagai Pembelajaran Sosial kerana ianya menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku secara betul dalam konteks sosial. Pembelajaran Sosial bererti mengetahui apa yang harus dilakukan, bila, di mana, dan apa yang tidak harus dilakukan.

Albert BanduraAlbert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya.

Beliau menegaskan Teori Pembelajaran Sosial ini adalah dengan cara membuat pemerhatian terhadap tindakan orang lain melakukan sesuatu. Bandura menggariskan tiga bentuk peniruan :a) Meniru secara langsung iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung melalui menonton filem,video,mendengar huraian atau gambar foto. Contohnya murid melihat guru atau ibubapa cara berpakaian, percakapan, gaya berjalan fdan juga tindakan.

b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan - sekatlakuan ialah sekatan tingkahlaku yang sesuai dalam situasi A tapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya murid bersorak di padang tapi tidak boleh dilakukan dalam kelas kerana merupakan suatu kesalahan dan melanggar peraturan.Tak sekatlakuan ialah murid meniru sesuatu perlakuan seperti bersorak dan terus melakukan dalam kelas tanpa dihukum kerana guru yang baru atau lain yang tidak marah bersorak bila memberi jawapan yang betul bila disoal.

c) Peniruan melalui elisitasi - murid akan turut melakukan apa saja lakuan yang dilakukan oleh orang sekiranya ia tahu bagaimana cara untuk melakukan tindakan itu. Contohnya melihat kawan membaca buku lalu ia juga memngeluarkan buku terus membaca. Keinginan membaca timbul bila lihat kawan yang lain membaca.

Emile DurkheimEmile Durkhem dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis, yang terletak di Lorraine. Ia berasal dari keluarga Yahudi Perancis. Durkheim sangat mementingkan tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan integriti mereka dalam era moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak lagi dapat dipastikan. Dalam usaha untuk mengkaji kehidupan sosial dalam masyarakat moden, Durkheim cuba untuk mencipta satu daripada pendekatan saintifik kepada fenomena sosial. Bersama-sama Herbert Spencer, Durkheim merupakan salah seorang pengkaji pertama yang menerangkan kewujudan dan kualiti beberapa bahagian berlainan dalam masyarakat, berdasarkan kepada apakah fungsi mereka dalam mengekalkan kesihatan dan keseimbangan masyarakat. Ini dinamakan sebagai fungsionalisme.Teori moral Durkheim didefinisikan sebagai kolektif moral atau falsafah altruisme. Moral bukan saja berguna untuk individu yang boleh menerima pengorbanan diri sendiri tetapi juga untuk kepentingan masyarakat. Durkheim mengenengahkan beberapa prinsip dan pandangan terhadap moral seperti :

1. Masyarakat sebagai OrganismaBeliau percaya masyarakat mempunyai tujuan boleh justifikasi kepada segala tindakan moral dan moraliti. Moraliti dicipta untuk kegunaan semua manusia tetapi tidak sesuai untuk individu.

2. Altruisme sebagai punca organismaMenurut beliau lagi, individu mampu melakukan keganasan atas nama agama atau kehendak masyarakat, tindakan sebegini adalah sifat biasa bagi suatu masyarakat. Jadi masyarakat merupakan satu organisma kerana setiap orang berfungsi untuk menggerakkan masyarakat, dan masyarakat itu akan bergerak dalam satu hala tuju yang sama.

Durkheim sangat berminat dalam pendidikan. Ini disebabkan beliau telah ditugaskan secara profesional dengan guru-guru pelatih, dan beliau menggunakan kebolehannya untuk membentuk kurikulum dalam usahanya membolehkan sosiologi diajar secara terbuka. Durkheim juga berminat tentang pendidikan yang mana ia boleh digunakan untuk melengkapkan rakyat Perancis dengan latar belakang yang dikongsi dan sekular, yang penting untuk mengelakkan anomie dalam masyarakat moden. Selain itu, beliau juga mencadangkan pembentukan kumpulan profesional untuk ditugaskan sebagai sumber perkembangan untuk orang dewasa. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi pendidikan iaitu:

1. Untuk meningkatkan soladiriti (sosial)2. Untuk mengekalkan peranan sosial3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja.http://cikguskskr.blogspot.com/2012/07/pendekatan-tindakan-sosial.html

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Di dalam pengajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan tajuk yang akan diajar. Terdapat tujuh pendekatan bagi pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.

1.1 PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

Pendekatan Bertimbang Rasa adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikendaki, yang mana nilai-nilai itu pula dipandang sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada budaya atau masyarakat. D.P. Superka (1976). Pendekatan ini digunakan bagi mengajar pola perlakuan positif bagi amalan seseorang.

Kebaikan pelaksanaan pendekatan ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran moral adalah ia dapat memupuk pelajar untuk bersikap perihatin terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan mengambil kira perasaan orang lain. Murid juga belajar untuk mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi.

Pendekatan ini juga dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan serta kepentingan diri sendiri dan juga orang lain. Dalam erti kata lain murid tidak bersikap pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu situasi murid didedahkan dengan proses membuat pilihan dengan mengenalpasti pilihan, menimbangkan kesan pilihan tersebut serta membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak.

Pelaksanaan pendekatan ini juga merangkumi pelbagai teknik dapat memudahkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid.

Keburukan pendekatan ini pula, murid cenderung untuk memikirkan kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri mereka. Dikhuatiri murid akan meminggirkan kepentingan diri sendiri demi menjaga kepentingan orang lain.

Selain dari itu jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini, guru haruslah menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seimbang. Ini kerana pendekatan ini tidak menggunakan penggabungjalinan pendekatan kognitif, fizikal dan sosial.

1.1 PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik moral.

Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.

Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini.

Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan.

Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Selain dari itu pelaksanaan pendekatan ini juga melibatkan sumber yang besar bagi sesetengah projek yang dilaksanakan.

1.2 PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF

Menurut penulisan Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon (2002), Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai (lebih dari satu) dan memberikan sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:i) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk murid berfikir tentang beberapa alternatif dalam dilemma tersebut.ii) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.iii) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moraliv) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

PENUTUP

Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.Justeru sebagai pendidik dari kalangan yang digelar professional, guru haruslah peka akan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah kelolaan mereka agar murid mendapat manfaat semaksimum yang mungkin semasa pembelajaran tersebut dijalankan. Pembelajaran bermakna amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Walaupun pendidikan moral merupakan satu mata pelajaran minor di sekolah ia penting bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.Oleh yang demikian pendekatan, teknik, kaedah dan strategi pelaksanaan bagi sesuatu mata pelajaran haruslah dikuasai oleh pendidik agar dapat merangka dan menyusun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menarik dan berkesan

by: Nurulhaslin Zainolhttp://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/pendekatan-dalam-pengajaran-pendidikan.html