pendekatan senyap dan terbuka

3
Pendekatan senyap dan terbuka Apabila sesuatu konflik dan masalah yang dihadapi kanak-kanak tidak dapat diatasi mereka akan sering mengalami penderitaan. Perasaan tidak puas hati yang tidak diluahkan akan menimbulkan kemudaratan kepada seseorang. Contohnya kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sering dibuli akan mempunyai kebarangkalian sebanyak tiga kali lebih berkemungkinan untuk mengalami keresahan dan kemurungan daripada rakan-rakan mereka yang lain. Selain daripada itu mereka juga mempunyai kadar kebimbangan yang lebih tinggi, mencederakan diri sendiri, membunuh diri, pemikiran dan kesihatan fizikal menjadi semakin lemah, prestasi akademik terjejas dan seringkali tidak hadir ke sekolah. Bagi sesetengah kanak-kanak, kebimbangan dan kemurungan akan selesai dengan sendiri apabila dia tidak lagi dibuli. Bagi sebahagian kanak-kanak yang lain, mungkin kesan tersebut tidak hilang dengan mudah. Campur tangan oleh guru-guru dan profesional yang lain yang diperlukan untuk membantu mengurangkan bahaya daripada perasaan pengasingan, kesusahan dan kemarahan yang boleh mengakibatkan kanak-kanak mengalami penderitaan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai personaliti introvert akan menderita di dalam senyap. Contohnya kanak-kanak yang sering dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukaiakan mengalami penderitaan secara senyap. Maksudnya mereka tidak merungut atau membantah tetapi sangat tidak gembira dengan tugas yang terpaksa dilakukan. Manakala kanak-kanak yang mempunyai personaliti ekstrovert akan membantah dan menentang secara lisan dan perlakuan. Mereka akan menunjukkan rasa tidak suka dan tidak setuju dengan tugasan yang diberi. Luahan rasa hati yang negatif ini akan mengurangkan penderitaan konflik yang dialami. Apabila diluahkan orang yang disasarkan kemarahan akan memahami perasaan kanak-kanak ini. Sekiranya berlaku konflik di dalam bilik darjah, guru perlu menanganinya dengan adil dan bijaksana. Diantara langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku konflik adalah : 1. Mengenal pasti bahawa kanak-kanak sedang mengalami konflik. Apabila anda mendengar suara kanak-kanak itu semakin meninggi , tenangkan dia dan katakan sesuatu seperti , "Saya mendengar bahawa awak ada masalah dengan Sarah. Kita perlu faham apa yang membuatkan Sarah marah? " Ia boleh jadi sukar untuk kanak-kanak memahami sesuatu hujah tertentu. Dengan mengenal pasti bahawa terdapat masalah, anda boleh membimbing mereka untuk mengambil langkah berfikir dan bertenang.

Upload: napie-mohd-hanafi

Post on 13-Jul-2016

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pendekatan Senyap Dan Terbuka

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Senyap Dan Terbuka

Pendekatan senyap dan terbuka

Apabila sesuatu konflik dan masalah yang dihadapi kanak-kanak tidak dapat diatasi mereka akan sering mengalami penderitaan. Perasaan tidak puas hati yang tidak diluahkan akan menimbulkan kemudaratan kepada seseorang. Contohnya kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sering dibuli akan mempunyai kebarangkalian sebanyak tiga kali lebih berkemungkinan untuk mengalami keresahan dan kemurungan daripada rakan-rakan mereka yang lain. Selain daripada itu mereka juga mempunyai kadar kebimbangan yang lebih tinggi, mencederakan diri sendiri, membunuh diri, pemikiran dan kesihatan fizikal menjadi semakin lemah, prestasi akademik terjejas dan seringkali tidak hadir ke sekolah. Bagi sesetengah kanak-kanak, kebimbangan dan kemurungan akan selesai dengan sendiri apabila dia tidak lagi dibuli. Bagi sebahagian kanak-kanak yang lain, mungkin kesan tersebut tidak hilang dengan mudah. Campur tangan oleh guru-guru dan profesional yang lain yang diperlukan untuk membantu mengurangkan bahaya daripada perasaan pengasingan, kesusahan dan kemarahan yang boleh mengakibatkan kanak-kanak mengalami penderitaan.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai personaliti introvert akan menderita di dalam senyap. Contohnya kanak-kanak yang sering dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukaiakan mengalami penderitaan secara senyap. Maksudnya mereka tidak merungut atau membantah tetapi sangat tidak gembira dengan tugas yang terpaksa dilakukan.

Manakala kanak-kanak yang mempunyai personaliti ekstrovert akan membantah dan menentang secara lisan dan perlakuan. Mereka akan menunjukkan rasa tidak suka dan tidak setuju dengan tugasan yang diberi. Luahan rasa hati yang negatif ini akan mengurangkan penderitaan konflik yang dialami. Apabila diluahkan orang yang disasarkan kemarahan akan memahami perasaan kanak-kanak ini.

Sekiranya berlaku konflik di dalam bilik darjah, guru perlu menanganinya dengan adil dan bijaksana.

Diantara langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku konflik adalah :

1. Mengenal pasti bahawa kanak-kanak sedang mengalami konflik. Apabila anda mendengar suara kanak-kanak itu semakin meninggi , tenangkan dia dan katakan sesuatu seperti , "Saya mendengar bahawa awak ada masalah dengan Sarah. Kita perlu faham apa yang membuatkan Sarah marah? " Ia boleh jadi sukar untuk kanak-kanak memahami sesuatu hujah tertentu. Dengan mengenal pasti bahawa terdapat masalah, anda boleh membimbing mereka untuk mengambil langkah berfikir dan bertenang.

2. Sekiranya sampai ketahap yang lebih teruk, duduk dengan kanak-kanak tersebut dengan melutut , atau duduk di kerusi yang rendah. Postur anda

Page 2: Pendekatan Senyap Dan Terbuka

memberitahu anak anda bahawa semua orang di sini adalah sebahagian daripada orang yang bersama dalam menyelesaikan konflik tersebut. Apabila anda berdiri dari atas , anda mengambil kuasa dari kanak-kanak itu dan memindahkannya kepada diri sendiri.

3. Mendengar masalah kanak-kanak bergilir-gilir. Mula dengan memberitahu mereka bahawa masing-masing akan mendapat giliran dan mengganggu adalah tidak dibenarkan.

4. Mengulangi apa yang kanak-kanak beritahu anda dengan perkataan anda sendiri supaya mereka tahu anda memahami keadaan dan perasaan mereka.

5. Minta idea tentang kompromi. Minta setiap kanak-kanak memberikan jawapan sendiri untuk mengetahui bagaimana dia melihat konflik itu boleh diselesaikan.

6. Jangan memberitahu kanak-kanak bagaimana untuk menyelesaikan konflik , ini tidak akan mengajar mereka apa-apa. Kanak-kanak secara semula jadi akan membuang idea-idea mereka. Ini seolah-olah tidak adil dan mereka perlu diberi diberi masa untuk berfikir dan berbincang.

7. Melihat semula konflik dan penyelesaian yang kanak-kanak fikirkan. Ini akan membantu mengukuhkan dan memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana mereka mereka dapat membuat penyelesaian konfllik melalui kompromi dengan pihak lain.

Kesejahteraan emosi kanak-kanak adalah berkaitan dengan cara kanak-kanak menanggap dirinya. Mereka melihat diri mereka sebagai berkebolehan dalam mengendali cabaran hidup. Mereka membanding secara positif atau negatif dengan orang-orang di sekeliling mereka serta melihat penerimaan orang di persekitaran mereka sama ada suka atau tidak terhadap tindakan mereka.