pembakaran terbuka & pencemaran udara

26
1.0 Pengenalan Dalam proses ke arah sebuah negara maju, alam sekitar merupakan elemen penting bagi memperoleh pembangunan yang stabil. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor- faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal. Aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam sekitar dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada alam sekitar. Malahan, kemerosotan kualiti alam sekitar masih dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kos pertumbuhan ekonomi yang perlu bagi pembangunan dan dapat dipertanggungjawabkan. Walaubagaimanapun, pada masa kini, ramai orang yang berpendapat bahawa kemerosotan kualiti alam sekitar boleh menyebabkan kerugian sebenar daripada segi kesan jangka panjang. Tambahan pula kemerosotan kualiti alam sekitar menggugat objektif asas pembangunan, iaitu untuk mempertingkatkan taraf hidup manusia secara berterusan. Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau dikenali sebagai akta 127 bagi menjaga persekitaran alam sekitar supaya bebas dari sebarang ancaman yang akan merosakkan alam sekitar. Jabatan tersebut merupakan salah satu agensi kerajaan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga merupakan akta yang paling komprehensif dalam memberi pelindungan dan menguruskan alam sekitar. Menurut Shamsuddin Suhor (2003), akta ini dikaitkan dengan perkara mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam sekeliling. Selain itu, akta tersebut juga diberikan kuasa dan bidang kuasa yang luas serta dibekalkan dengan peraturan- peraturan, perintah- perintah serta kaedah bagi melicinkan perlaksanaannya. 1

Upload: unie-onie

Post on 12-Aug-2015

388 views

Category:

Education


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

1.0 PengenalanDalam proses ke arah sebuah negara maju, alam sekitar merupakan elemen penting bagi

memperoleh pembangunan yang stabil. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974),

alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan

manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga

faktor-faktor sosial yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan

faktor-faktor fizikal.

Aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam sekitar

dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada alam sekitar. Malahan,

kemerosotan kualiti alam sekitar masih dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kos

pertumbuhan ekonomi yang perlu bagi pembangunan dan dapat dipertanggungjawabkan.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, ramai orang yang berpendapat bahawa kemerosotan

kualiti alam sekitar boleh menyebabkan kerugian sebenar daripada segi kesan jangka panjang.

Tambahan pula kemerosotan kualiti alam sekitar menggugat objektif asas pembangunan, iaitu

untuk mempertingkatkan taraf hidup manusia secara berterusan.

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan untuk menguatkuasakan

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau dikenali sebagai akta 127 bagi menjaga persekitaran

alam sekitar supaya bebas dari sebarang ancaman yang akan merosakkan alam sekitar. Jabatan

tersebut merupakan salah satu agensi kerajaan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga merupakan akta yang paling komprehensif

dalam memberi pelindungan dan menguruskan alam sekitar. Menurut Shamsuddin Suhor (2003),

akta ini dikaitkan dengan perkara mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam

sekeliling. Selain itu, akta tersebut juga diberikan kuasa dan bidang kuasa yang luas serta

dibekalkan dengan peraturan- peraturan, perintah- perintah serta kaedah bagi melicinkan

perlaksanaannya.

1

Page 2: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (pindaan) 2012, memperuntukkan sekyen 2 yang

mentakrifkan pencemaran sebagai suatu perbuatan atau proses, sama ada semula jadi atau

buatan, yang menyebabkan kemasukkan apa- apa bahan- bahan cemar ke dalam alam sekeliling

dengan melanggar syarat- syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan di bawah

seksyen 21. Seksyen 21 memperuntukan peraturan- peraturan seperti syarat- syarat pengeluaran,

pelepasan dan benda- benda yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada alam sekeliling. Di

dalam penulisan ini, isu dipilih yang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah

berkaitan isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara.

Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses penghasilan asap

daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa

melalui cerobong asap. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak

pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa

kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim

panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah seperti jerebu. Bagi

peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975, larangan mengenai pembakaran

terbuka telah digariskan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29A, 29AA

dan 29B.

Seksyen 29A menjelaskan bahawa tidak ada seorang yang boleh membenarkan atau

menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis. Manakala bagi Seksyen 29B pula ialah

pemunya atau penduduk bagi premis yang disabitkan melanggar Seksyen 29A Akta Kualiti Alam

Sekeliling akan dikenakan hukuman melainkan jika dibuktikan sebaliknya yang berkait dengan

perintah larangan di bawah Seksyen 29AA. Dua perintah larangan dibawah Seksyen 29AA iaitu

pertama Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar boleh mengeluarkan perintah larangan bagi

memberhentikan semua aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka termasuk 15 aktiviti yang

diisytharkan sebagai bukan pembakaran terbuka di bawah perintah kualiti Alam Sekeliling di

kawasan-kawasan tertentu melalui apa-apa cara yang difikirkan bersesuaian apabila kualiti udara

di kawasan itu mencapai tahap tidak sihat dan kebakaran, pembakaran atau pembaraan itu

membahayakan alam sekeliling. Kedua, menteri melalui warta boleh menentukan keadaan-

keadaan dimana pembakaran tidak boleh dilakukan sama sekali. Seksyen ini menggariskan

bahawa larangan pembakaran bagi memelihara alam sekitar.

2

Page 3: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarah

yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan

tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.

Punca pencemaran udara di sesuatu kawasan boleh dikaitkan dengan dua sumber iaitu sumber

tempatan dan sumber luaran. Sumber tempatan yang paling ketara termasuklah kenderaan

bermotor, tapak pelupusan sampah, kilang industri dan juga tapak pertanian. Sumber luaran pula

bermaksud pergerakan sumber pencemar yang merentas sempadan negara Malaysia dan

membentuk episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan

tanah rendah. Seksyen yang menggariskan bagi pencemaran udara ialah panduan sekatan

mengenai pencemaran udara.

Di dalam penulisan ini, beberapa elemen penting yang telah diolah antaranya ialah ulasan

jurnal itu sendiri, punca terhadap isu yang dibangkitkan, kesan terhadap permasalahan tersebut

dan langkah bagi mengatasi isu berkaitan alam sekitar. Oleh itu, penulisan ini sedikit sebanyak

menambahkan pengetahuan tentang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu isu yang berkaitan

pencemaran khususnya sekaligus usaha yang dapat dilakukan bagi memelihara alam sekitar.

3

Page 4: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

2.0 Ulasan jurnal Tajuk : Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia: Kes Jerebu pada Ogos 2005.

Berdasarkan jurnal yang telah dirujuk, kajian tersebut memberi fokus kepada kejadian jerebu

yang dicetuskan oleh faktor pembakaran hutan dan tapak pertanian di pulau Sumatra. Perincian

utama akan dilakukan terhadap kes jerebu terkini iaitu pada bulan Ogos 2005.

Aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan dikenal pasti sebagai punca jerebu di

Indonesia- Malaysia, khususnya di kawasan Sumatera Utara dan Riau (Asmala et al. 2006). Di

beberapa kawasan, ribuan hektar tanah gambut terus dibakar sebagai persediaan untuk kerja-

kerja menanam semula kelapa sawit. Apabila keadaan ini berterusan, beban pencemaran akan

meningkat seterusnya merentasi sempadan dari kawasan kebakaran ke Semenanjung Malaysia di

bawah pengaruh angin monsun barat daya yang lemah. Pergerakan angin dari kawasan kejadian

telah membawa bahan pencemar ke Semenanjung Malaysia dan mengakibatkan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia meningkat ekoran bawaan angin dari Sumatra.

Beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam pembakaran terbuka untuk

membersihkan ladang. Mereka menggunakan kaedah ini kerana mudah dan murah yang telah

lama menjadi tradisi amalan syarikat-syarikat perladangan. Kesan daripada pembakaran terbuka

ini menyebabkan beberapa negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia mencatatkan

paras partikel terampai pada paras yang tinggi dan diisytiharkan darurat. Tambahan itu juga,

faktor tempatan lain yang menyumbang kepada peningkatan bahan pencemar di atmosfera

Semenanjung Malaysia iaitu bahan pencemar daripada kenderaan bermotor, kesan morfologi

bandar dan pembakaran terbuka. Faktor ini amat jelas kesannya di kawasan bandar terutama di

sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya berdasarkan jurnal, isu tentang pembakaran terbuka sudah lama

menjadi wabak di Malaysia khususnya berpunca dari Sumatra, Indonesia. Oleh itu,

penguatkuasaan perlu dilakukan bagi mencegah perkara sebegini berulang. Dengan adanya

kawasan tanah tinggi seperti Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung

Malaysia mampu menghalang penyebaran meluas bahan pencemar ke kawasan pantai timur

Semenanjung Malaysia.

4

Page 5: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbukaKes : Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) vs syarikat perladangan

Fakta : Syarikat perladangan dikesan melanggar larangan terhadap aktiviti pembakaran terbuka

pada musim panas.

Keputusan : syarikat peladangan terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak RM9,000 kerana

didapati melakukan kesalahan tersebut.

Penjelasan : Manakala bagi kes-kes yang lebih berat terutama membabitkan syarikat, pesalah

boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (29) (b) yang boleh membawa

hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya

sekali jika sabit kesalahan.

Seksyen 29A

Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana

permis.

Seksyen 29B

Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan sebagai melanggar Seksyen 29A, Akta

Kualiti Alam Sekitar Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

KESALAHAN DAN DENDA

Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974

* Kompaun - RM2,000.00 maksima bagi setiap longgokan kebakaran

* Denda - RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

5

Page 6: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

4.0 Punca pembakaran terbukaMenurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah seksyen 29A, pembakaran terbuka ini

diertikan sebagai apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas

dan yang tidak dihalakan melalui serombong atau cerobong. Pembakaran terbuka ini boleh

berlaku berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya termasuklah berpunca daripada

pembakaran pertanian seperti jerami padi, pembakaran pokok-pokok tua, pembakaran sisa-sisa

pepejal dan juga pembakaran yang berpunca daripda sikap individu atau organisasi tertentu.

Kesemua ini merupakan punca yang paling ketara terhadap terjadinya pembakaran terbuka yang

boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar di Malaysia.

1. Pembakaran pertanian

Pembakaran terbuka boleh berlaku akibat daripada aktiviti pembakaran yang

meghapuskan sisa-sisa pertanian seperti jerami padi. Aktiviti ini masih lagi dipraktikkan

oleh para petani yang mengusahakan penanaman padi khususnya di Kedah. Pembakaran

jerami padi ini lazimnya dijalankan selepas musim menuai iaitu selepas padi ini ditanam

selama 120 hari untuk dijadikan kompos atau baja. Selain itu, ia juga adalah bertujuan

untuk meningkatkan kesuburan tanah selepas sahaja hasil padi itu dituai dan untuk

mematikan benih padi yang tinggal kerana ia akan mengganggu proses penanaman dan

pertumbuhan padi yang akan ditanam semula selepas itu. Namun begitu, menjadi

masalah kualiti udara kepada alam sekitar apabila pembakaran jerami padi yang

dijalankan ini adalah secara tidak terkawal dan serentak di sesuatu kawasan. Hal ini akan

menyebabkan api tersebut mudah merebak dan seterusnya akan mengambil masa yang

lama untuk memadamkannya supaya tidak merebak ketempat lain dan menyebabkannya

menjadi pembakaran yang besar. Tambahan pula, pembakaran seperti ini mudah merebak

terutamanya pada musim yang agak kering dan panas sepanjang hari.

Walaupun aktiviti pembakaran terbuka ini dilarang di bawah seksyen 29A, Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974, namun kegiatan ini masih juga diteruskan. Di dalam Akta

tersebut, terdapat tiga peraturan yang berkaitan dengan pembakaran terbuka iaitu Perintah

Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Pembakaran Terbuka) tahun 2000,

kaedah-kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan

Pembakaran Terbuka) tahun 2000 dan Perintah Kualiti alam Sekeliling (Perwakilan

Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) tahun 2000 (Pembakaran Terbuka Jerami

6

Page 7: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

Padi, JAS). Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memberikan kelonggaran

yang khusus terhadap aktiviti pembakaran jerami padi di kawasan sawah padi demi

menjaga kepentingan sektor pertanian negara.

Menurut Mastura Mahmud dan Siti Haslina Mohd Shafie (2012), Alor Setar

merupakan kawasan pertanian padi yang penting di Kedah dengan keluasannya adalah

46,266 km persegi. Pertanian padi di kawasan ini akan dijalankan dalam dua musim dan

penanamannya dilakukan secara giat. Rentetan daripada itu, aktiviti ini secara langsung

telah memberikan impak negatif dari segi kualiti udara kepada alam sekitar. Kualiti udara

di kawasan Alor Star dicatatkan menurun selepas musim menuai apabila jerami padi

dibakar oleh petani. Hal ini sekaligus akan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara

yang memberi impak terhadap alam sekitar dan masyarakat sekelilingnya.

2. Pembakaran pokok-pokok tua

Selain itu, punca yang menyebabkan pembakaran terbuka ialah pembakaran pokok-pokok

tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari

satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada

pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan

kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini

jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi

semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang

dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali

gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Aktiviti seperti ini juga selalu dikaitkan dengan pertanian pindah yang dijalankan

oleh orang asli. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Hal ini demikian kerana,

mereka membakar hutan untuk tujuan penyuburan tanah sebelum melakukan penanaman

tanaman kontar. Ia telah mengakibatkan peranan tumbuhan hutan sebagai agen penyejuk

tidak mampu menstabilkan haba di permukaan bumi ini. Pembakaran pokok-pokok tua

ini juga sering dijalankan terhadap pokok tua kelapa sawit untuk tujuan penanaman

semula pokok kelapa sawit yang baru. Jika pembakaran yang dijalan secara tidak

berperingkat dan terkawal, ia akan menyebabkanya menjadi suatu pembakaran terbuka

yang boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar.

7

Page 8: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

3. Pembakaran sisa pepejal

Pembakaran terbuka seterusnya boleh juga berpunca daripada pembakaran sisa-sisa

pepejal. Menurut Azrina Sobian (2014), penghasilan sampah ataupun sisa pepejal ini

bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang

dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan

bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar.

Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa

binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya.

Di Malaysia, sampah yang dihasilkan ini akan di hantar ke tapak pelupusan ataupun ke

pusat pembakaran sampah yang juga di sebut sebagai incinerator.

Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak

namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan.

Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam

masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini juga berisiko

tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar tapak pelupusan tersebut. Sebagai

contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di

kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu

hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.

Rentetan daripada masalah ruang yang semakin terhad ini, Malaysia beralih

kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat tujuh

pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau

Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal

sebanyak 3 hingga 10 tan/hari/unit. Pembinaan pusat pembakaran ini dikatakan mampu

mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Ini kerana sistem itu

berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah

terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu

yang tinggi sekitar 500 hingga 600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa

pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari.

Namun begitu, walaupun kaedah pembakaran ini menjadi pilihan untuk mengatasi

masalah pelupusan sampah, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca

dari aktiviti pembakaran ini juga harus diambil kira. Hal ini kerana, melalui pembakaran

8

Page 9: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

sisa yang tidak sempurna, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah jerebu dan

masalah gas dioksin. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang

besar. Ia dikaitkan dengan penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah

kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan

udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan

seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan.

4. Sikap individu dan organisasi

Seterusnya, pembakaran terbuka juga sering dikaitkan dengan sikap individu dan

organisasi tertentu yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pendedahan mengenai

kesalahan melakukan pembakaran terbuka banyak didedahkan, namun sikap sambil lewa

individu tertentu ini sering membawa masalah kepada masalah kualiti udara terhadap

alam sekitar. Punca berlakunya pembakaran terbuka melalui sikap individu adalah seperti

tindakan individu yang merokok membuang puntung rokok mereka di kawasan yang

kering. Hal seperti ini boleh mengakibatkan pembakaran berlaku. Bermula dari

kebakaran yang kecil daripada haba yang sedikit dari puntung rokok, seterusnya boleh

menjadi kebakaran yang besar apabila cuaca ketika itu terlalu kering dan panas.

Begitu juga halnya dengan sikap individu yang sering membakar sampah sarap

kering di kawasan perumahan. Kebiasaannya di kawasan luar bandar sering berlaku.

Masyarakat luar bandar mengambil inisiatif mudah dengan membakar sisa sampah sarap

dan daun-daun kering di kawasan perumahan mereka untuk melupuskannya. Jika

pembakaran sampah sarap yang dilakukannya dalam kuantiti yang sedikit dan di waktu

sesuai, ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi jika ianya dilakukan secara besar dan di

waktu yang tidak sesuai iaitu di waktu berangin dan cuaca yang panas, ia boleh

menjadikannya suatu pembakaran terbuka yang akan menjejaskan berlakunya

pencemaran udara yang akan menjejaskan kualiti udara di kawasan sekelilingnya.

Manakala bagi organisasi seperti kilang pula, pembakaran terbuka ini boleh

berlaku terhadap organisasi yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan

pembakaran hasil perkilangan atau mengeluarkan asap dari kilang seperti kilang kelapa

sawit. Kilang ini cenderung melepaskan asap yang banyak ke udara. Tidak menjadi

masalah jika asap yang dibebaskan itu menggunakan kaedah yang betul Tetapi menjadi

masalahnya di sini apabila asap yang dilepaskan itu tanpa pemasangan alat penapis

9

Page 10: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

udara yang akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap

individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada

persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta

sendiri.

5.0 Kesan pembakaran terbukaAktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan berpunca daripada pembakaran sampah sarap,

belukar, hutan atau sisa-sisa pertanian di kawasan lapang secara terbuka boleh mengakibatkan

berlakunya kesan negatif kepada alam sekeliling yang akan menjejaskan keseimbangan

ekosistem, dan juga keselesaan bagi manusia dan juga hidupan di muka bumi. Antara kesan-

kesan pembakaran terbuka ialah peningkatan suhu, jerebu, menjejaskan flora dan fauna, tanah

runtuh.

1. Peningkatan suhu

Kebakaran hutan merosakkan hampir seluruh kompenan hutan sehingga menyebabkan

hutan tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai agen penyejuk. Menurut Ahadi

Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani

(2011), Hutan dianggap sebagai kompenan yang penting dalam mengimbangi kandungan

gas di udara kerana potensinya menjadi satu kawasan simpanan karbon dan penyumbang

utama kepada gas oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis.

Oleh itu, kehilangan hutan melalui pembakaran terbuka yang dijalankan oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan tahap kepanasan semakin meningkat.

Tambahan pula, Asap yang dibebaskan ke udara akibat pembakaran hutan juga turut

menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan suhu kerana ianya menambahkan

kandungan gas karbon dioksida di udara.

2. Jerebu

Seterusnya kesan pembakaran terbuka ialah jerebu. Pembakaran terbuka yang berpunca

daripada aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan menyebabkan berlakunya

jerebu. Contohnya, pada Ogos 2005, Malaysia mengalami masalah jerebu disebabkan

oleh faktor pembakaran ladang pertanian dan hutan di Pulau Sumatra, Indonesia. Jerebu

tersebut disebarkan oleh agen penyebarannya iaitu angin. Jerebu juga boleh ditakrifkan

10

Page 11: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

sebagai partikulat- partikulat atau zarah halus terampai di atmosfera dalam kepekatan

yang tinggi. Partikulat- partikulat ini menyerap dan menyerak cahaya matahari sehingga

mengurangkan jarak dan membataskan penglihatan. Jerebu yang berlaku ini boleh

mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia. Masalah kesihatan yang disebabkan

oleh jerebu seperti asma, radangan paru- paru, alahan dan sesak nafas.

3. Menjejaskan flora dan fauna

Pembakaran terbuka yang melibatkan kawasan hutan telah menjejaskan spesis flora dan

fauna. Bagi fauna, pembakaran hutan telah menyebabkan habitat mereka semakin

mengecilkan atau musnah bagi haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang

memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan semakin

mengecil turut menganggu kemampuan haiwan-haiwan tersebut untuk mencari makanan

dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Manakala, bagi flora pula,

kebakaran hutan telah memusnahkan sumber kayu keras yang bermutu tinggi dan

mempunyai harga yang tinggi di pasaran dunia seperti cengal, meranti dan kapur serta

seraya. Selain itu, kegunaan hasil balak bukan sahaja untuk tujuan pengeksportan tetapi

untuk perkembangan ekonomi industri tempatan. Sebagai contoh hasil balak digunakan

untuk membuat landasan kereta api, alat- alat perabot, papan lapis, membuat rumah dan

juga kertas.

4. Tanah runtuh

Pembakaran terbuka disebabkan oleh aktivti pembalakan atau pembangunan

menyebabkan timbulnya masalah tanah runtuh. Hal ini kerana, hutan mempunyai

fungsinya tersendiri iaitu menjadi kawasan tadahan air hujan. Sebagai contoh, apabila

hujan turun di kawasan hutan, air hujan akan terperangkap di kanopi dan hanya

sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Namun, ketiadaan tumbuhan telah

menyebabkan air hujan akan turun terus ke permukaan tanah. Kandungan air yang

banyak di permukaan tanah menyebabkan tanah menjadi longgar, tidak stabil dan mudah

bergerak ke tempat lain seperti anak-anak sungai. Hal ini juga secara tidak langsung akan

menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

11

Page 12: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udaraFakta kes 1

Kes:Binastra Construction (M) Sdn Bhd v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006]

Fakta:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd telah didakwa oleh Jabatan Alam

Sekitar Wilayah Persekutuan kerana telah membenarkan pembakaran terbuka reja- reja kayu

ditapak pembinaan blok rumah pangsa kos sederhana 18 Tingkat di Taman Melati

Utama,Setapak kira- kira 6.20 petang, 20 Jun 2005.

Keputusan Mahkamah:Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen(1) Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut Seksyen 29 A (2) iaitu yang membincangkan mengenai

pembakaran terbuka yang boleh mendatangkan masalah kepada udara persekitaran dan segala

aktiviti yang akan menyebabkan perkara tersebut berlaku.Syarikat tersebut telah di dakwa di

bawah Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara

sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen Rosenani

Abdul Rahman mengarahkan Binastra Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak

RM25, 000 kerana telah melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut

Seksyen 29 A (2).

Kritikan kes:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd perlu di kenakan tindakan

yang lebih berat kerana telah melakukan pembakaran yang terbuka dan akan menyebabkan

berlaku masalah pencemaran udara.Denda yang di kenakan adalah tidak setimpal dengan apa

yang di lakukan oleh syarikat tersebut yang boleh memberi kesan kepada orang sekeliling dan

alam sekitar.

Fakta kes 2

Kes :Syarikat OG Metal Trading v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006]

Fakta : Pekerja syarikat pengilangan kayu Syarikat OG Metal Trading telah melakukan

kesalahan iaitu telah melepaskan asap keudara melebihi ketumpatan maksimun yang di benarkan

melalui ekzos lori yang di pandunya pada tahun 2003. Pekerja syarikat tersebut Lee Chee Sang

yang menggunakan lori bernombor pendaftaran NAR 5389 telah melakukan kesalahan tersebut

kira-kira pukul 10.55 pagi, 27 Ogos 2003 di Plaza Tol Sungai Besi.Tambahan lagi,Pegawai

12

Page 13: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan iaitu Norizan Mohamed Nazir telah

menyebut rekod bahawa Syarikat OG Metal Trading telah menjalankan operasi tanpa sebarang

lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Keputusan Mahkamah: Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 yang dibaca bersama Seksyen 43 (2) dan di hukum mengikut Seksyen 22 (3)

Akta yang sama,membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara sehingga lima

tahun atau kedua-duanya. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen mengarahkan Binastra

Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM 5, 000 atau penjara sebulan.Kes ini

melibatkan pekerja syarikat tersebut dan perlu di baca bersama dengan Seksyen 43 (2) kerana

melibatkan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.Seksyen 43(2) membincangkan

mengenai mana-mana yang menjadi majikan dan mencarum kepada Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja perlu bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan

kesalahan dan di sabitkan kesalahan ,boleh di penjarakan selama tempoh tiga tahun atau denda

tidak melebihi RM10000,00 atau kedua-duanya.

Fakta Kes 3

Kes:Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik VS Pegawai Pendakwa dari Jabatan

Alam Sekitar (JAS)

Fakta kes : Pekerja Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik telah melakukan kesalahan

dengan melepasakan asap hitam ke udara dengan ketumpatan 76.7 peratus iaitu melebihi had

ketumpatan maksimum iaitu yang di benarkan hanya 50 peratus.Nama pekerja tersebut adalah

Borhani Bon yang telah melakukan kesalahan pada 10.26 pagi bertarikh 30 Mac 2009 diPlaza

tol Sungai Buluh.Kenderaan yang di gunakan adalah lori bernombor pendaftaran WPB8615.Kes

ini di oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam sekitar iaitu Hariati Abu Bakar.

Keputusan Mahkamah:Hakim Mahkamah iaitu Hasbi Hasan telah mendakwa syarikat tersebut

dibawah Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen

43(2) akta sama Seksyen 22(2) adalah mengenai.Hukuman denda maksimum RM100,00 atau

penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Syarikat tersebut di arahkan membayar denda

RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah tersebut.Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen 43(2) kerana majikan perlu membayar dan

13

Page 14: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan dan apabila di

sabitkan ,boleh di penjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak

melebihi rm10000,atau kedua-duanya.Oleh itu,Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-

Beradik perlu membayar segala denda yang di kenakan kerana denda yang di kenakan tidak

melebihi RM10000.00

7.0 Punca- punca pencemaran udaraSudah menjadi kebiasaanya pada setiap masalah yang berlaku sudah tentunya terdapat punca

atau penyumbang yang menimbulkan sesuatu masalah tersebut. Isu pencemaran udara ini juga

tidak terlepas daripada membincangkan punca-puncanya. Punca-punca berlakunya pencemaran

udara ialah:

1. Kenderaan bermotor

Menurut Mastura Mahmud, Iza Hadila Ab Llah (2010) Masyarakat moden amat

bergantung kepada penggunaan pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi.

Kesemua kenderaan ini akan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan

bunyi bising yang memberi kesan buruk kepada persekitaran. Kualiti udara persekitaran

bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga,

tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Dalam sektor

pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran

udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas

alam sekitar. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia,

jumlah ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus

meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, migrasi dan

kekurangan kemudahan pangangkutan awam yang cekap.

2. Aktiviti perindustrian dan pembangunan

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya

elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah

menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,

bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar yang

berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang melindungi pelbagai

kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak

14

Page 15: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam

pula mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan

pencemar seperti karbon dioksida yang menyebabkan gas rumah hijau punca perubahan

iklim seluruh dunia.

3. Penjanaan kuasa

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas

asli, minyak dan arang batu. Loji-loji penjanakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan

antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa

ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa

konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidroelektrik.

Sebagai contoh, empangan kenyir yang merupakan tempat penjanaan elektrik yang utama

di Terengganu. Tambahan lagi, keadaan ini menyebabkan gas yang digunakan untuk

menjana kuasa elektrik seperti karbon dioksida dan metana terpaksa dilepaskan ke

atmosfera. Gas yang dilepaskan akan menyebabkan ia terapung ke udara dan berlaku

pencemaran udara.

4. Aktiviti pembakaran yang terbuka

Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang dilakukan oleh

manusia atas kepentingan tersendiri. Hal ini, terbukti apabila pembakaran pokok –pokok

tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Petani melakukan

pembakaran terbuka untuk melakukan penanaman semula. Walaupun penanaman semula

sememangnya sangat baik tetapi pada yang sama menyebabkan berlakunya pencemaran

udara. Sebagai contoh, pesawah yang membakar jerami di sawah padi selepas musim

menuai adalah salah satu sebab masalah pencemaran udara berlaku. Tambahan lagi,

pembakaran terbuka turut dijalankan di tempat pelupusan sampah yang terutamanya

berada di kawasan berhampiran dengan Bandar yang akan lebih menjejaskan kualiti

udara di Negara kita.

15

Page 16: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

8.0 Kesan pencemaran udaraUntuk pengetahuan umum, pencemaran udara dapat dikaitkan dengan bahan sintetik, kotor dan

amat berbahaya dimana ia turut meresap masuk kedalam udara. Kebanyakkan daripada bahan-

bahan tersebut merupakan hasil daripada sisa buangan industri, asap ekzos kenderaan, aktiviti

pembalakan dan banyak lagi yang mana akan menyebabkan berlakunya pengeluaran zarah-zarah

pepejal dan gas ke ruang udara. Pencemaran udara telah menyebabkan berlakunya pelbagai

kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.

1. Menjejaskan kesihatan manusia

Antara kesan buruk akibat daripada pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan

manusia. Sebagai contoh sistem pernafasan manusia akan terjejas disebabkan menghidu

udara yang tercemar. Hal ini juga akan menyebabkan manusia menghidap penyakit yang

berbahaya. Udara yang bersih amat penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu,

jika udara yang dihidu telah tercemar seterusnya menyebabkan sistem pernafasan akan

terjejas. Hal ini akan mengakibatkan penukaran karbon dioksida kepada oksigen yang

seterusnya menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam darah. Keadaan ini juga

akan menjejaskan fungsi paru-paru serta mengakibatkan sistem pengaliran darah

mengalami komplikasi. Selain itu, kesan jerebu yang berlaku pernah mengakibatkan

kematian kira-kira 300 orang pada tahun 1997 kerana cuaca kering yang berlarutan serta

keadaan kualiti udara yang rendah. Sebagai contoh Malaysia juga telah mengalami

kerugian yang besar akibat berlakunya jerebu iaitu telah menyebabkan penerbangan di

lapangan terbang terpaksa ditangguhkan akibat jarak penglihatan yang kurang bagi

mengelakkan kemalangan di udara. Tambahan lagi, industri pelancongan juga terjejas

kerana pelancong tidak akan datang ke negara yang mengalami masalah udara kerana

bakal menjejaskan kesihatan mereka.

2. Menjejaskan bekalan makanan

Selain itu, pencemaran udara juga menyebabkan tanaman yang menjadi makanan

penduduk dunia terjejas. Hal ini disebabkan tumbuh- tumbuhan juga memerlukan udara

yang bersih untuk menjalankan proses fotosintesis dan tumbesaran. Namun begitu, jika

kandungan dalam udara mengandungi bahan pencemar, keadaan ini akan menyebabkan

berlakunya pengurangan karbon dioksida untuk proses menghasilkan klorofil. Hal ini

juga akan mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati disebabkan tisu-tisu tumbuhan

16

Page 17: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

reput akibat tindak balas partikel-partikel yang tercemar yang terlekat pada pokok-pokok

dan akhirnya menyebabkan tanaman tersebut mati. Kesannya menyebabkan kemerosotan

dari segi hasil pemgeluarannya. Tumbuhan mengalami proses kerosakan melalui tiga cara

iaitu nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna) dan perubahan

pertumbuhan. Terdapat beberapa bahan tercemar yang boleh memusnahkan tumbuhan

antaranya ialah sulfur dioksida yang menyebabkan tompok-tompok kecil diantara urat-

urat daun. Sebagai contoh tumbuhan yang rosak akibat sulfur dioksida ialah gandum,

barli, epal dan kapas. Ozon juga merupakan salah satu partikel yang memusnahkan

tumbuhan. Sebagai contoh, pokok kekacang, tembakau, bayam dan tomato yang musnah

akibat ozon. Hal ini akan menyebabkan penduduk mengalami kekurangan sumber

makanan.

3. Menjejaskan binatang ternakan

Selain itu, pencemaran udara juga telah menyebabkan binatang ternakan mati. Sebagai

contoh di Poza Rica, Mexico telah berlaku pencemaran udara disebabkan gas sulfur

dioksida yang dilepaskan di udara sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Hal ini juga

telah menyebabkan haiwan ternakan mati kerana makan makanan yang telah tercemar

dan terdedah kepada bahan toksik di udara. Kesannya, sekumpulan burung kenari,

ayam, itik dan lembu telah mati di Mexico. Kesannya, penduduk di Mexico mengalami

kekurangan makanan kerana binatang ternakan telah mati. Disamping itu, pencemaran

udara turut berlaku di Jerman dimana telah menyebabkan kuda dan lembu telah mati.

Haiwan ternakan telah meragut rumput sekitar 50 meter daripada kilang yang melepaskan

gas plumbun dan zink. Akhirnya, haiwan ternakan telah mati akibat daripada makan

rumput yang telah tercemar tersebut.

17

Page 18: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udaraAlam sekitar yang berkualiti amat penting untuk manusia dalam menjalani kehidupan yang sihat.

Isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan diri dan alam

sekitar. Namun hakikatnya, punca masalah tersebut berlaku daripada sikap segelintir manusia

yang mengambil ringan terhadap isu ini dan hanya mengejar kemajuan dunia sahaja. Lantaran

itu, langkah- langkah yang proaktif dan pramatik perlu dijalankan bagi mengatasi masalah

pembakaran terbuka dan pencemaran udara.

1. Penguatkuasaan undang- undang

Langkah yang utama untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka dan pencemaran

udara ialah penguatkuasaan undang- undang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Akta

kualiti Alam Sekeliling 1974. Dengan adanya penguatkuasaan undang- undang tersebut,

pesalah- pesalah yang melakukan pembakaran terbuka dan pencemaran udara akan

dikenakan tindakan undang- undang. Menurut Azman, Rosnah & Kuswandi (2007),

menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan larangan terhadap sebarang bentuk

pembakaran terbuka. Mengikut Seksyen 29(A) yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1998) ia merupakan larangan atas pembakaran terbuka.

Pihak yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh

dikenakan hukuman penjara maksimum selama 5 tahun dan denda maksimun RM 500,

000 atau kedua- duanya sekali.

Manakala, mengikut seksyen 22 yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 (pindaan 1996) ia merupakan sekatan mengenai pencemaran udara. Di

dalam seksyen tersebut menyatakan bahawa pihak yang disabitkan kesalahan melakukan

pencemaran udara boleh dikenakan denda sebanyak RM 10, 000 atau penjara tidak lebih

2 tahun atau kedua- duanya. Kebiasaannya, kes pembakaran terbuka dan pencemaran

udara yang ringan akan dikenakan kompaun sebanyak RM2, 000. Namun, bagi kes- kes

pembakaran terbuka dan pencemaran udara yang berat terutama membabitkan syarikat,

akan dikenakan denda berdasarkan seksyen yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1978. Langkah perundangan yang digubal ini menunjukkan bahawa kerajaan

memandang serius terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu,

dengan adanya penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ianya dapat mencegah

18

Page 19: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara daripada berlaku secara berleluasa

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Pendidikan secara formal dan tidak formal

Kesedaran dari segi pendidikan, masyarakat boleh didedahkan melalui dua konsep

pendidikan iaitu secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan secara tidak formal ini

boleh diterima melalui pendidikan yang diajar oleh ibu bapa dan juga pesekitaran

sekeliling. Manakala, bagi pendidikan formal ialah melalui penerapan di dalam

matapelajaran tertentu di pelbagai peringkat sekolah termasuklah Pusat Pengajian Tinggi

(IPT). Program pendidikan adalah penting supaya kesedaran mengenai pentingnya

penjagaan alam sekitar dan kesan aktiviti manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar

seperti pembakaran terbuka ini didedahkan dengan lebih awal. Sebagai contoh di

peringkat sekolah rendah, pelajar akan menerima pendidikan tersbut dalam mata

pelajaran Alam dan Manusia manakala semasa di peringkat menengah pula, pelajar akan

menerima pendidikan tersebut dalam pelajaran Biologi.

3. Kempen alam sekitar

Seterusnya, kempen alam sekitar juga boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga

pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pembakaran terbuka yang sering berlaku kini

kebanyakkannya adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Oleh yang demikian,

adalah penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar berhenti daripada

melakukan pembakaran terbuka yang bakal mengundang risiko yang negatif terhadap

alam sekitar. Kesedaran orang ramai ini dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti

program pendidikan dan kempen kesedaran. Tiada gunanya jika kerajaan terus-terusan

mengambil langkah fizikal, jika masyarakat itu sendiri tiada kesedaran dan terus-terusan

melakukan aktiviti yang menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar ini.

Begitu juga halnya dengan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan seperti

kempen sahabat alam, kempen berkongsi kenderaan, kempen mencegah kebakaran dan

sebagainya. Kempen-kempen ini secara langsung, dapat memberi pengetahuan kepada

masyarat mengenai isu-isu tersebut dengan lebih terperinci dan lengkap. Selain itu juga,

pendekatan kempen melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik juga

harus diperluaskan. Rencana-rencana berkaitan pembakaran terbuka dan pencemaran

alam sekitar harus disiarkan dengan meluas terutamanya di dalam akhbar. Selain itu juga,

19

Page 20: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

iklan-iklan yang berkaitan di dalam panggung wayang dan sepanduk-sepanduk di tempat-

tempat awam mesti dilaksanakan agar dapat memberi maklumat kepada masyarakat. Di

samping itu juga, ia adalah sebagai suatu simbol yang menunjukkan ketegasan negara

dalam menjaga alam sekitar dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh

merosakkannya kepada masyarakat.

4. Keadaan kereta

Selain daripada itu, langkah untuk mengatasi pembebasan asap kenderaan bermotor ialah

dengan menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada

enjin kenderaan bagi mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Contohnya di Kuala

Lumpur penggunaan keretapi elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya

mengurangkan pencemaran udara. Hal ini kerana keretapi elektrik merupakan sistem

pengangkutan yang bersifat mesra alam disebabkan tidak mengeluarkan asap hitam.

Selain itu, untuk mengurangkan pembebasan asap kenderaan ialah dengan menggunakan

kereta berenjin elektrik dan petrol atau lebih dikenali dengan kereta Hybrid. Negara-

negara maju seperti Jepun dan Amerika sudah mengambil langkah proaktif dalam

menangani masalah pencemaran udara dengan mengeluarkan kereta jenis Hybrid ini.

Walaupun kereta ini tidak memberhentikan pencemaran sepenuhnya tetapi dapat

mengurangkan pencemaran udara ini.

5. Meninggikan serombong asap

Selain itu, langkah yang boleh diambil oleh pihak pengusaha kilang

ialah meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan

meletakkan penapis asap. Industri yang melepaskan asap pencemar

melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam

Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan

pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya sistem penapis di

dalam serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh

terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat. Tujuannya

adalah supaya asap yang dibebaskan telah dirawat. Hal ini kerana,

asap yang dilepaskan mengandungi gas-gas beracun seperti karbon

dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida memanaskan keadaan

cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba (pemanasan

20

Page 21: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

setempat). mempunyai saiz partikel zarah yang lebih kecil berbanding

asap yang tidak menggunakan serombong. Oleh itu, tindakan undang-

undang seperti denda dan penjara boleh dikenakan. Disebabkan itu

penting menggunakan penapis asap untuk serombong di kilang-kilang.

6. Penggunaan tenaga alternatif dan teknologi tinggi

Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang

bolehdiperbaharui dan sentiasa berterusan. Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan

dinegara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga

biomas dan tenaga geotermal.

Tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk yang ada di samping

mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini demikian kerana stok

sumber asli yang masih ada dijangka tidak mampu menampungkeperluan penduduk pada

masa akan datang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk yang

semakin meningkat di negara-negara membangun. Sebenarnya, tenaga alternatif

mempunyai banyak kelebihan berbanding tenagakonvensional. Namun, tenaga ini kurang

diterokai dan dieksploitasi menyebabkannyakurang popular di peringkat dunia. Oleh

sebab itu, negara membangun telah menjana tenaga alternatif ini kerana lazimnya

sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana.Misalnya, Malaysia paling banyak

menjana tenaga hidroelektrik di Asia Tenggara, diikuti oleh Thailand, Indonesia dan

Filipina. Namun begitu, India merupakan negaramembangun yang paling banyak

menjana tenaga tersebut.

Selain itu, teknologi tinggi yang mampu mengesan pencemaran turut merupakan

salah satu alternatif yang mampu menjana kearah pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar. Sebagai contoh, negara Switzerland mempunyai teknologi yang mampu

menegsan pembakaran terbuka di kawasan yang melakukan pencemaran. Dengan cara

ini, tindakan dan penguatkuasaan akan dilakukan ekoran maklumat yang diperoleh

dengan cepat dan efektif. Namun begitu, teknologi yang tinggi memerlukan kos yang

tinggi untuk diperoleh. Hal ini menyebabkan masalah bagi negara-negara yang sedang

21

Page 22: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

membangun untuk memperoleh teknologi sebegitu. Justeru, hubungan baik antara negara

perlu dijalin supaya dapat berkongsi teknologi dari negara-negara maju.

10.0 PenutupKesimpulannya, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diwujudkan untuk mencegah, menghapus,

mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling yang seiring dengan pembangunan

mampan yang ingin dilaksanakan di Malaysia. Manakala, Pembangunan mampan boleh

didefinasikan sebagai memenuhi keperluan semasa serta masa depan bagi mencapai

kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan

bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Oleh itu bagi mencapai pembangunan

mampan akta merupakan satu kaedah yang sesuai kerana menyatakan langkah- langkah

menangani pencemaran dan seterusnya bagaimana pengurusan alam sekitar ini untuk mencapai

dan memenuhi hasrat tersebut.

Selain itu, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974 merupakan satu bukti kecintaan masyarakat Malaysia terhadap alam semulajadi. Melalui

pembangunan mampan ciri yang ditekankan adalah menjaga kualiti alam sekitar bagi

mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan berlaku

sesuatu pencemaran yang akan mengancam kesihatan manusia. Oleh itu, akta yang telah

diwujudkan iaitu pencemaran udara di bawah seksyen 20 yang membincangkan mengenai

larangan melakukan sebarang aktiviti yang melepaskan sesuatu ke udara serta boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekeliling. Jelaslah di sini, bagi mencapai

pembangunan mampan, akta yang diwujudkan dapat membantu ianya untuk dicapai kerana

melibatkan akta yang melarang sesuatu pembakaran dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan

ke udara. Selain itu juga, terdapat beberapa garis panduan yang sesuai di dalam Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 bagi mewujudkan kelestarian alam sekitar yang seiring dengan

pertumbuhan ekonomi Negara.

Pencemaran alam sekitar seperti penbakaran terbuka dan pencemaran udara memberi

impak yang sangat buruk terhadap dunia kita dan perlu ditangani segera sebelum keadaan

menjadi lebih kritikal. Hal ini kerana manusia dan juga hidupan lain memerlukan alam sekitar

22

Page 23: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

yang terjamin dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, manusia memerlukan

bahan makanan secara berterusan. Sekiranya sumber makanan telah tercemar dan rosak maka

bekalan makanan akan terjejas. Oleh itu, penduduk dunia atau manusia yang bersikap sambil

lewa dengan keadaan alam sekitar menyebabkan masalah ini berlarutan dan menjadi semakin

kritikal. Memandangkan pencemaran udara dan pembakaran terbuka boleh memberi kesan

menyeluruh kepada manusia dan alam sekeliling. Dengan itu, semua pihak perlu berkerjasama

mengambil langkah- langkah bagi mengatasi masalah tersebut.

Malahan, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) peranan yang dimainkan oleh

pihak kerajaan, swasta serta setiap individu dalam memelihara alam sekitar bukan suatu yang

dianggap sampingan sahaja. Ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar kerana ia melibatkan

kepentingan bersama. Kesedaran terhadap kepentingan alam sekeliling serta kepatuhan terhadap

peruntukan akta, peraturan, perintah, kaedah sehinggalah kepada Undang-Undang Kecil yang

diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan akan memberikan kejayaan dalam menangani masalah

alam sekitar.

23

Page 24: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

Isi Kandungan1.0 Pengenalan............................................................................................................................................1

2.0 Ulasan jurnal..........................................................................................................................................4

3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbuka.......................................................................5

4.0 Punca pembakaran terbuka.................................................................................................................6

5.0 Kesan pembakaran terbuka.................................................................................................................10

6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udara.................................................................12

7.0 Punca- punca pencemaran udara........................................................................................................14

8.0 Kesan pencemaran udara....................................................................................................................16

9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udara.......................................18

10.0 Penutup.............................................................................................................................................22

24

Page 25: PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

25