pendekatan p & p psv

18
Hassan Mohd Ghazali UPSI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EKSPERIMEN PERBINCANGAN PROJEK SIMULASI PENYELIDIKAN DEMONTRASI LAWATAN KONSTRUKTIVISME INKUARI PENEMUAN PEMBELAJARAN MASTERI KONSTEKSTUAL ICT KDM PEMBELAJARAN BERFIKRAH STRATEGI P & P PENDEKATAN

Upload: hassan-mohd-ghazali

Post on 12-Jun-2015

10.566 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EKSPERIMEN

PERBINCANGAN

PROJEK

SIMULASI

PENYELIDIKAN

DEMONTRASI

LAWATAN

KONSTRUKTIVISME

INKUARI PENEMUAN

PEMBELAJARAN MASTERI

KONSTEKSTUAL

ICT

KDM

PEMBELAJARAN

BERFIKRAH

STRATEGI

P & P

PENDEKATAN

Page 2: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Seni Visual mula diperkenalkan

oleh PPK mulai kurikulum baru semakan

semula.

Pendekatan ini menjurus kepada teori

Behaviorisme kepada teori Konstruktivisme

yang mementingkan kemahiran kepada pelajar

dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.

Beberapa pendekatan diserapkan dalam PSV

agar proses pembelajaran akan berlaku

secara afektif dan berkesan.

Page 3: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar

membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

Dalam Proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan

yang diterima dengan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan

yang baru.

Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut

masa oleh pelajar sendiri dalam konteks sosial melalui

interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan

dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas

apa yang dipelajari.

KONSTRUKTIVISME

Page 4: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri.

Berdasarkan pengetahuan yang sedia ada, pelajar terus

membina pemahaman sendiri tentang alam persekitaran.

Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan

idea baru dengan idea yang sedia ada. Pengstrukturan

semula idea dapat ditingkatkan melalui strategi berfikir dan

refleksi yang dirangsang oleh pengalaman.

Pendekatan Konstruktivisme menjadikan pembelajaran

Pen. Seni Visual bermakna dan mengembirakan.

KONSTRUKTIVISME DALAM PSV

Page 5: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

APLIKASI KONSTRUKTIVISME

Pencetusan Idea oleh pelajar sendiri sebelum

memulakan tajuk penting. Pelajar diberi peluang untuk

mencatat pengetahuan sedia ada sebelum aktiviti

melukis.

Pelajar menjalankan eksperimen tak terbimbing untuk

menguji sesuatu sebagai usaha sesuatu membnina

pengetahuan baru berteraskan pengetahuan sedia ada

Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk

menguji idea seni secara membina pengetahuan dan

secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

Page 6: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendekatan inkuiri merupakan pendekatan yang

mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri

secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan

menyiasat sesuatu fenomana yang belaku disekeliling.

Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran

secara menemuan berkalu apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji

sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru

kemudian membimbing pelajar untuk memahami konsep

seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN

Page 7: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu

fenomena yang berlaku di sekeliling melalui aktiviti

eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan.

Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran

berfikir untuk membuat kesimpulan sendiri serta menemui

kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri. Guru

berperanan membimbing.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PSV

Page 8: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN

Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji

perkara yang mereka hasilkan, kemudian mencari

jawapan yang telah dikaji.

Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang

untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja

melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran

lain seperti Nilai murni.

Perbincangan merupakan kaedah yang efektif untuk

mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri

dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu,

semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman

ditingkatkan.

Page 9: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan

dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam

pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara

konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila

pelajar dapat memproses maklumat atau pegetahuan baru

dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda

seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks

dengan hubung kait yang bermakna dan releven dengan

persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi

pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks budaya,

sosial, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil

pembelajaran yang dihasatkan

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Page 10: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan

konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu persoalan

seni perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar

secara eksplisit.

Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati

kerelevanan pembelajaran PSV dengan kehiduapan sendiri.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM PSV

Page 11: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN

Melalui projek kolaboratif pelajar mengkaji aplikasi

konteksual untuk seni visual supaya pembelajaran

menjadi lebih bermakna.

Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau

internet untuk mengkaji situasi di mana konsep seni

visual boleh diaplikasikan dalam masyarakat.

Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan

Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir untuk

menyelidiki aplikasi PSV dalam kehidupan harian.

Page 12: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang

memastikan semua pelajar menguasai objektif

pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang

kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika

diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada pelajar untuk

belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup

menguasai konsep dengan cepat, aktiviti pengayaan

mengukuhkan lagi pengetahuannya. Untuk pelajar yang

belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan

diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI

Page 13: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pembelajaran ini, topik seharusnya ditentukan dan

dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran mengikut satu

hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajaran dan

pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran

pembelajaran yang berkesan dan bahan bantu mengajar

yang sesuai

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PSV

Page 14: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI

Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau

melalui internet untuk mengkaji tajuk yang telah diberi

Dalam aktiviti berfikrah, pelajar mengunakan KBSB

untuk mengupas idea dengan lebih mendalam hingga

menguasai idea berkenaan.

Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar

untuk mendalami konsep PSV hingga tahap masteri

yang lebih tinggi.

Page 15: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam era maklumat ini, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi membolehkan pelajar mengakses data dan

maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan

kamahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media

ICT yang membolehkan pemerolehan maklumat termasuk

alat bantu audio-visual, internet, persian komputer dll.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Page 16: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mod Tutorial – penggunaan ICT sebagai praktis latih

tibu. Maklum balas yang serta merta untuk

pembelajaran kendiri.

Mod Penemuan – Aplikasi ICT untuk memahami

sesuatu konsep, seperti pengguna perisian simulasi

dan lain-lain

Mod Resos – Melalui internet, muat turun untuk

mencari bahan.

Mod Perhubungan – Berkomunikasi seperti e-mail

Mod sokongan – Penggunaan ICT dengan perisian

seperti pemproses perkataan, pereka bentuk grafik dll.

ICT DALAM PSV

Page 17: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

APLIKASI PEMBELAJARAN ICT

Melalui projek Kolaboratif dengan menggunakan

komputer

Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet

Aktiviti Berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni

menggunakan ICT

Page 18: Pendekatan P & P PSV

Hassan Mohd GhazaliUPSI

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAJIAN MASA DEPAN (KMD)

Dalam aktiviti Kajian Masa depan, pelajar digalakkan

menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau

perubahan keadaan dari masa dahulu ke masa sekarang,

dan seterusnya membuat ramalan tentang keadaan yang

mungkin berlaku pada masa depan. Pedagogi ini

berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan PSV dengan

pelbagai bidang yang lain seperti pendidikan alam sekitar,

sains, dan lain-lain.