pendekatan komunikatif

Upload: norhisham-mohamud

Post on 01-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendekatan komunikatif

TRANSCRIPT

PENGENALANPendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berfokus kepada interaksi dan komunikasi di dalam bilik darjah. Pendekatan ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul untuk aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam pengajaran. Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menganggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Hal ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa.Prinsip pendekatan komunikatif menekankan perkara-perkara yang berikut:a) Murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;b) Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;c) Pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; dand) Mempelbagaikan aktiviti komunikasi.Pendekatan pengajaran komunikatif ini berpusatkan kepada bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain aktiviti berkomunikasi yang berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Pendekatan ini menekankan kepada penyerapan bentuk-bentuk gramatikal, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan sebagainya bagi tujuan berkomunikasi.Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Seseorang murid perlu mempunyai kecekapan sosiolinguistik dalam perhubungan lisan. Penggunaan bahasa tertentu seperti laras bahasa, kebolehan naratif iaitu boleh menyampaikan sesuatu cerita, merujuk kepada bidang ilmu yang lain serta mengubah suai gaya bahasa mengikut situasi.

TEKNIK PENGAJARAN MELALUI PROSES KOMUNIKASI

Teknik Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana yang berikut.

Wanita :Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?Kakitangan pos :Pak cik?Wanita : (terdiam)Kakitangan pos: Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggilpak cik?Wanita :Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Diapak ciksaya.Kakitangan pos: Lain kali panggil sayaabangatauencik. Saya berkahwin pun belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa, bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

Teknik Permainan BahasaMerupakan satu teknik yang menyeronokkan yang boleh merangsang minat murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP). Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada semua murid memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya, iaitu merangsang kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur) murid-murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak iaitu merangsang kemahiran lisan murid-murid, menambah kefasihan dan keyakinan,sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.Terdapat pelbagai jenis permainan bahasa yang boleh dilaksanakan oleh guru yang mengajar.Contohnya permainan Slip Undian.Permainan Slip Undian memerlukan murid-murid untuk menulis sesuatu aktiviti seperti menyanyi, berlakon, mendeklamasi puisi, berpidato dan sebagainya di atas sekeping kertas. Kertas itu kemudiannya digulung atau dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak. Kotak itu kemudiannya digoncang-goncangkan. Guru meminta seorang demi seorang murid mengambil salah satu daripada slip kertas itu dan melakonkan apa yang tercatat di kertas tersebut. Semua aktiviti yang tercatat di atas kertas tersebut dapat memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid.

Teknik PerbincanganDalam mengajar kemahiran lisan menggunakan pendekatan komunikatif, gurujugabolehmenggunakan teknik perbincangan. Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk yang bertujuan untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat yang bernas. Teknik perbincangan ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan guru. Teknik ini memerlukan murid-murid berbincang dan bekerjasama untuk menyatakan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik melalui mesyuarat, forum, seminar, bengkel dan perbahasan.Berikut merupakan cara pelaksanaan bagi teknik perbincangan:i. Gurumenarikperhatianpelajarkepadatajukperbincanganyangakan dijalankan.ii. Gurumembahagikanpelajarkepadabeberapakumpulandankemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. iii. Gurukemudianmemberitugaskepadasetiapkumpulanuntukmendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul. iv. Setelahtamatperbincangan,gurubolehmemintalaporandaripadasetiapkumpulan.Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis berdasarkan tahap kepentingannya. Setelah perbincangan selesai, guru boleh meneruskan PdP dengan menjalankan aktiviti yang lain.

Teknik Penyelesaian MasalahPengaplikasian teknik ini berupa aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka-teki, teka silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Pengaplikasian teknik penyelesaian masalah boleh dijalankan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah kuiz. Sebagai contoh, guru membuat kuiz berdasarkan klip video yang bertajuk Sambutan Hari Raya Dikampungku. guru boleh meminta pelajar untuk menyenaraikan nama-nama watak yang terdapat dalam klip video tersebut. Selain itu, guru juga boleh meminta wakil dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan yang diajukan. Aktiviti terakhiryang boleh dilakukan oleh guru adalah meminta setiap kumpulan untuk mengulang semula ayat yang disebut oleh watak-watak yang dipilih oleh guru tersebut. Melalui aktiviti ini, ia dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur pelajar.

IMPLIKASITeknik yang digunakan memberikan implikasi kepada beberapa pihak seperti dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pendidikan guru dan bahan pengajaran. Interaksi di dalam kelas pada kebiasaannya adalah dikendalikan oleh guru tetapi ia tidak bermakna guru mendominasi pengajaran dan pembelajaran. Perbualan yang berlaku di dalam kelas adalah diusahakan oleh guru. Semakin aktiviti tersebut memenuhi kriteria aktiviti komunikatif, semakin aktif murid ikut serta dalam interaksi dan komunikasi dalam kelas.Pengajaran aktiviti komunikatif didapati telah membantu murid meningkatkan keupayaan bertutur dan berinteraksi. Aktiviti yang dijalankan kepada mereka telah memaksa mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain sesuai dengan tujuan dan fungsi komunikasi yang telah diberikan oleh guru. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru telah menambahkan lagi kelancaran pembelajaran yang aktif.Pada peringkat pendidikan guru, penekanan perlu diberikan kepada aktiviti semasa pengajaran dilaksanakan. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan cara bagaimana komunikasi boleh berjalan dengan baik di dalam kelas. Guru-guru pelatih perlu diberi pengetahuan dan kemahiran tentang kriteria-kriteria serta aktiviti komunikatif yang sesuai.Pembinaan bahan yang berkualiti daripada penulis buku teks dan guru sendiri perlu lebih kreatif serta pandai memilih bahan yang dapat mempertingkatkan peluang untuk murid berkomunikasi. Bahan dan kandungan yang dipilih hendaklah memenuhi prinsip-prinsip aktiviti komunikatif, terutamanya daripada aspek fungsi-fungsi bahasa dan tugas komunikasi.Pedekatan Komunikatif memberi murid lebih keyakinan dalam menghadapi kehidupan sebenar . Mereka boleh bergaul dengan rakan , keluarga dan masyarakat dengan menggunakan bahasa yang lebih berstruktur dengan sebutan dan intonasi yang betul seperti mana yang telah dipelajari di dalam kelas . Namun begitu mereka tidak lepas daripada menggunakan dialek tempatan akibat pengaruh persekitaran yang menjadi amalan setiap hari .

RUMUSANTerdapat banyak teknik dan aktiviti yang dapat dijalankan oleh guru untuk mengajar mengajarkemahiranlisanmenggunakanpendekatankomunikatif.Sebelum merancang apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran lisan ataupun kemahiran berbahasa, guru perlu melihat kepada aspek perbezaan individu murid-murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai aspek yang berbeza dari segi kognitif, fizikal, sosial dan minat murid. Howard Gardner (1983) telah menyenaraikan lapan kecerdasan pelbagai. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, dan kelompok penduduk yang mempunyai kriteria istimewa. Gardner menyatakan bahawa kecerdasan bukan semata-mata diwarisi. Lapan kecerdasan pelbagai yang disenaraikan oleh Gardner adalah kinestetik, interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik, visual-ruang, naturalis, muzik dan logik-matematik. Seseorang guru itu harus bijak dalam membuat pemilihan kaedah media dan bahan sumber yang akan digunakan semasa PdP dijalankan. Di samping itu, seorang guru yang efektif akan melibatkan murid-murid dalam pembelajaran kerana pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan murid berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku murid. Langkah yang terakhir dalam merancang RPH dan aktiviti PdP adalah membuat penilaian dan menyemak semula. Langkah ini penting kerana ia membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan dan tindakan yang sesuai. Semua teknik dan kaedah yang digunakan banyak membantu guru dalam usaha meningkatkan kemahiran komunikasi dan bertutur di kalangan pelajar. Seterusnya pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

6