kesusasteraan melayu komunikatif- sajak pahlawan ialah dia

31
KESUSAsTERAAN MELAYU % SAJAK PAHLAWAN IALAH DIA % SAJAK SEORANG JEMAAH

Upload: firash-esyahdee

Post on 21-Jun-2015

7.091 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Sajak Pahlawan Ialah Dia dan Sajak Seorang Jemaah

TRANSCRIPT

Page 1: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

KESUSAsTERAAN MELAYU

%SAJAK PAHLAWAN IALAH DIA

%SAJAK SEORANG JEMAAH

Page 2: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Pahlawan Ialah DiaPahlawan ialah warga yang mengalirkan keringatdemi menyuburkan ladang negara sayangPahlawan ialah warga yang menitiskan darahdemi menghidupkan simfoni negara berbilang.

DIALAH PAHLAWAN YANG MENGUMPULKAN TENAGA

SIAP SEDIA

ATAS NAMA NEGARA YANG TIDAK DIBIARKAN LEKADialah pahlawan yang menghimpunkan setia

Tahan uji

Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Page 3: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak relaMasa depan bangsanya lenaMalam-malam waspada kerana tak sanggupPeluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapungPada permukaan bahang puji dan kejiSemangat wajarnya kental membaraDi udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih sarangnyaPada keluarga semasa bertugas jauhBulan masa mrebut tidurnyaDari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Page 4: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Dialah laskar pelindung kota penyokong desaWarga yang tekadnya disimpulmatikanOleh jawapan sejahtera amanDialah nadi ketahanan industri

Teknologi kembanganMemikul amanah tak berkesudahanDemi mencari jawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru.

Boom-bom-boom-bammDia tak gentar

Tum-tam-tum-tammmDia tunggu

Tret-tet-tret-tettDia terus maju.

Page 5: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Baktinya bunga warna-warniDia tak peduli

Dia tak terpegunDia terus tugas tekun.

Sebagai warga bangga bermaruahDia terus gemakan gunung hasrat:

Selamatkan negaraBesar bangsaPelihara agamaDaulat bahasaCemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatanKerana dialah kelompok rakyat

Pengunjung amanatYang bersandar pada sinar takwaYang pernah mengalami erti sengsara.

Page 6: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Cedera di bukitTangis di laut

Jerit di udara

Tempang di sempadanButa di ladang

Emas di sungaiLesu di sawah

Parah di lembah

Yang menjadikan kematian bukti hidupnyaPahlawan

Bukti zaman yang pernah dilindungiZaman yang menjadi saksiKepada nilai kemanusiaan yang megah

dipertahankan,.

Page 7: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Maksud SajakRangkap 1Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga negara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.

 

Rangkap 2Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.

 

Rangkap 3Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.

 

Rangkap 4Khidmat pahlawan sentiasa  adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.

Page 8: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Rangkap 5Pahlawan sanggup mengorbankan masa meninggalkan jauh keluarga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.

Rangkap 6Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.

Rangkap 8Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.

Rangkap 9Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.

Page 9: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Rangkap 10Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (darat, laut dan udara)

Rangkap 11Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.

Rangkap 12Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Page 10: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Tema dan Persoalan

Tema

%Pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara.

%Contoh: pahlawan sanggup meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian negara.

Page 11: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Persoalan%Persoalan tentang kasih sayang

terhadap agama dan bangsa.%Persoalan tentang penderitaan dan

kesensaraan.%Persoalan tentang ketabahan dan cinta

akan tanah air.

Page 12: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Gaya Bahasa

L Anafora Perulangan di awal baris Kesan: menimbulkan kesan penegasan

maksud. Contoh: Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia. Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan uji.

Page 13: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

2 Sinkope; Bermaksud penyingkatan perkataan.; Contoh: dia tak peduli

2 Responsi ; Perulangan kata di tengah baris.; Contoh:

Cedera di bukitTangis di laut Jerit di udara

Page 14: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

2 Ansonansi Perulangan bunyi huruf vokal dalam sesuatu

baris. Perulangan bunyi huruf vokal ‘a’ sebanyak 8 kali. Contoh:

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya (Rangkap 5,baris 1)

2 Aliterasi Perulangan bunyi huruf konsonan dalam sesuatu

baris. Perulangan bunyi huruf konsonan ‘n; sebanyak 5

kali. Contoh:

Bukti zaman yang pernah dilindungi (Rangkap 12,baris 3)

Page 15: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Nilai Semangat perjuangan yang tinggi.

Contoh:rangkap pertama baris tiga (pahlawan ialah warga yang menitiskan

darah) Sikap bertanggungjawab terhadap

bangsa dan negara. Contoh: rangkap ketiga baris tiga. (malam-malam waspada kerana tak

sanggup peluang bangsanya tertutup)

Page 16: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Ciri SajakL mempunyai 12 rangkap.L setiap rangkap mempunyai 3-11 baris.L Setiap baris mempunyai 2-6 patah

perkataan.L Setiap baris mempunyai 3-18 suku kata.L Rima akhir bebas.

Page 17: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Watak dan PerwatakanPahlawan

8Seorang yang berani.

8Seorang yang taat kepada negara.

8Seorang yang cintakan negara.

8Seorang yang bersemangat tinggi dan kental.

Page 18: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Pemikiran Masyarakat

8 Masyarakat yg mementingkan keamanan negara.

8 Masyarakat yg sanggup mengorbankan diri demi negara.

8 Masyarakat yg berani meghadapi cabaran & dugaan.

8 Masyarakat yg bertanggungjawab8 Masyarakat yg amanah dalam

menjalankan tugas.

Page 19: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Pandangan Masyarakat%Penggorbanan pahlawan yg tidak ternilai.%Kerjasama atau kesepakatan semua

pihak untuk mempertahankan kesejahteraan negara.

%Keberaniaan yg dimiliki oleh pejuang-pejuang negara utk mempertahankan negara.

%Kesediaan utk menghadapi dugaan dan cabaran.

Page 20: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Sajak Seorang Jemaah1

Pada setia subuh beningSedang azan memancar di menara masjidKutemui dia tenang berjalanJubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih.

Sesekali aku berhentiMempelawanya menaiki keretaDia memberikan salamBersamanya menerpa wangi haruman.

Bila berjemaahSesekali kami bersebelahanSebelum takbirDia sibuk bersugi.

Page 21: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Sebaik selesai imam memberi salamDia berdoa singkatKemudian menerjah keluarMelipat jubahnyaDia ligat berjoging di asfaltPutih topinya, putih bajunya, putih seluarnya, putih kasutnya.

Setiap derap sepatunyaDia menyebut kebesaran AllahSetiap denyut jantungnyaDia menyambung doanya yang tertinggalMinta umur dipanjangkanMinta selamatkan anak isteriMinta selamtkan saudara seagamaSelamat yang hidupSelamat yang telah matiSelamat di duniaSelamat di akhiratSelamat semuanya.

Page 22: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

2KiniSetiap subuh beningAzan tetap memancar di menara masjidJalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutupTetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya duluWangi harumnya masih menerpaPutih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

KiniKetika aku berjemaahDi sisiku tiada dia lagiTetapi sugi dan usallinyaMemanjang di mataku.

KiniBila selesai imam memberi salamTidak kelihatan dia bergegas ke luarAsfalt lama merindukan seretan kasut putihnyaPejalan kaki pagiMerindukan topi putihnyaDoanya masih mengambangTapi degup jantungnya sudah lama berhentiDia telah selamatBerbaring bersama deretan pusaraDato’ dan Tan Seri

Page 23: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Maksud SajakBahagian 1Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah.

R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.

R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.

R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.

Page 24: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Bahagian 2Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.

R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.

Page 25: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Ciri-Ciri Sajak8 Sajak ini mempunyai 8 rangkap.8 Setiap rangkap mempunyai 4-12 baris.8 Setiap baris mempunyai 1-7 patah

perkataan.8 Setiap baris mempunyai 2-17 suku kata.8 Rima akhir bebas.

Page 26: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Tema; Sajak ini bertemakan kemanusiaan.; Penyajak merakam kisah seorang pesara tua

ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah.

; Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya.

; Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.

Page 27: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Persoalan ; Persoalan tentang agama.

2 Contoh: sedang azan memancar di menara masjid.

; Persoalan tentang seseorang yang mementingkan kebersihan.2 Contoh: dia sibuk bersugi.

Page 28: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Gaya BahasaL Anafora

Perulangan di awal baris Kesan: menimbulkan kesan penegasan

maksud. Contoh:

Selamat di duniaSelamat di akhiratSelamat semuanya

Responsi Perulangan kata di tengah baris. Contoh:

Minta selamatkan anak isteriMinta selamatkan saudara seagama

Page 29: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

2 Ansonansi; Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris.; Perulangan bunyi vokal ‘a’ sebanyak 8 kali.; Contoh:

Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya

2 Aliterasi; Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu

baris; Perulangan bunyi vokal ‘p’ sebanyak 3 kali.; Contoh:

Setiap derap sepatunya

Page 30: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Kepentingan Sajak1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan.

Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu.

2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah.

Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.

4. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba.

Page 31: Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia

Pandangan Sewarjagat Melakukan sesuatu yang bermakna di

penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.