pendahuluan dan kesimpulan keburukan internet

2
PENDAHULUAN Usia dunia yang kian tua kini banyak tertumpu kepada penggunaan internet sebagai landasan utama dalam konteks pembinaan sesuatu jaringan sosial. Internet difokuskan sebagai medium dalam melebarkan sayap sesuatu maklumat tanpa had. Kepentingan internet dalam kehidupan sememangnya tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, kesalnya penyebaran informasi daripada internet telah melabelkan internet sebagai penyebar khabar angin sekali gus memberi titik hitam kepada kebaikan yang turut terkandung menerusi penggunaannya. Frasa di atas menjelaskan kepada kita bahawa penggunaan internet sudah melebihi aras kritikal ekoran sikap segelintir pengguna yang diibaratkan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- masing apabila golongan ini berlumba-lumba menggunakan medium internet sebagai jambatan ke arah kebejatan sosial yang dilihat semakin bernanah. Persoalan yang bermain di gawang minda kini adalah apakah keburukan internet yang akan memberi impak kepada modal insan Negara pada masa hadapan?Kupasannya akan dibincangkan secara panjang lebar pada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pertama iaitu ancaman siber. KESIMPULAN Tuntasnya, internet seharusnya diangkat kembali martabat penggunaannya agar lebih terarah kepada perkara yang berunsurkan kebaikan. Setiap masyarakat sewajarnya lebih mendominasi manfaat dalam penggunaan jaringan sosial. Hal ini demikian kerana menerusi internet pelbagai informasi berguna juga dapat diperoleh dan sudah sepatutnya masyarakat menapis terlebih dahulu segala informasi yang datang dari pelbagai bentuk yang adakalanya menggunakan internet sebagai medium penting untuk menabur fitnah dan penipuan. Tidak salah mencari rezeki, tidak salah berkongsi ilmu yang ada melalui internet, tetapi beringatlah bahawa jangan kerana internet masyarakat jadi lupa diri.

Upload: memy-zul

Post on 11-Jul-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KK

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan Dan Kesimpulan Keburukan Internet

PENDAHULUAN

Usia dunia yang kian tua kini banyak tertumpu kepada penggunaan internet sebagai landasan utama dalam konteks pembinaan sesuatu jaringan sosial. Internet difokuskan sebagai medium dalam melebarkan sayap sesuatu maklumat tanpa had. Kepentingan internet dalam kehidupan sememangnya tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, kesalnya penyebaran informasi daripada internet telah melabelkan internet sebagai penyebar khabar angin sekali gus memberi titik hitam kepada kebaikan yang turut terkandung menerusi penggunaannya. Frasa di atas menjelaskan kepada kita bahawa penggunaan internet sudah melebihi aras kritikal ekoran sikap segelintir pengguna yang diibaratkan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing apabila golongan ini berlumba-lumba menggunakan medium internet sebagai jambatan ke arah kebejatan sosial yang dilihat semakin bernanah. Persoalan yang bermain di gawang minda kini adalah apakah keburukan internet yang akan memberi impak kepada modal insan Negara pada masa hadapan?Kupasannya akan dibincangkan secara panjang lebar pada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pertama iaitu ancaman siber.

KESIMPULAN

Tuntasnya, internet seharusnya diangkat kembali martabat penggunaannya agar lebih terarah kepada perkara yang berunsurkan kebaikan. Setiap masyarakat sewajarnya lebih mendominasi manfaat dalam penggunaan jaringan sosial. Hal ini demikian kerana menerusi internet pelbagai informasi berguna juga dapat diperoleh dan sudah sepatutnya masyarakat menapis terlebih dahulu segala informasi yang datang dari pelbagai bentuk yang adakalanya menggunakan internet sebagai medium penting untuk menabur fitnah dan penipuan. Tidak salah mencari rezeki, tidak salah berkongsi ilmu yang ada melalui internet, tetapi beringatlah bahawa jangan kerana internet masyarakat jadi lupa diri. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan masyarakat agar kecenderungan ke arah masalah sosial itu tidak berlaku. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu impak negatif internet sebagai suatu yang penting dalam pembangunan dan pemodenan bangsa Malaysia agar seiring dengan matlamat untuk menjadikan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat global.