pendahuluan 2 1

Upload: hman3636

Post on 08-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

satu

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Atan Long (1978), manakala objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau dikehendaki berlaku keatas pelajar-pelajarnya. Pendidikan Syariah Islamiah pula merupakan salah satu daripada pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menenggah Agama. Ia diperkenalkan di peringkat menenggah di sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. Ini bermakna mata pelajaran Syariah Islamiah merupakan mata pelajaran yang sangat penting bagi melahirkan insan kamil yang beriman, berilmu dan berakhlak sebagai mana yang digariskan dalam Islam. Hal yang demikian pelajaran ini perlu diajar dengan sebaiknya, bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seorang muslim. Namun begitu, Pembelajaran Usulfikah seringkali dianggap oleh pelajar sebagai sesuatu yang sukar difahami dan diingati kandungan yang terdapat didalamnya, sebagai contoh bab 9 tingkatan 5 iaitu tajuk Am dan Takhsis. Ini disebabkan dalam struktur bilik darjah tradisional, proses pengajaran dan pembelajaran hanyalah berpusatkan guru dan hanya menggunakan chalk and talk atau pun menggunakan bahan bercetak sahaja. Guru hanya menjadi pemberi maklumat dan pelajar menerima terus idea-idea guru. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sehala. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1999), pengetahuan dipindahkan kepada seseorang individu berdasarkan aktiviti yang dilakukannya, bukan berdasarkan maklumat atau pembelajaran yang diterima secara pasif dari luar. Kaedah tradisional ini menjadi satu tekanan kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan rendah seterusnya hilang minat dan tumpuan kepada pembelajaran.

Dengan itu, menjadi satu kepentingan untuk guru pendidikan Syariah Islamiah mencari satu persimpangan dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai agar pelajar-pelajar dapat menghayati keindahan Islam dan akhirnya akan dapat membantu pelajar-pelajar berkebolehan rendah memahami dan menguasai pelajaran Syariah khususnya bidang Usulfikah dengan lebih baik dan berkesan. Diharapkan kajian ini dapat memberi peluang kepada pelajar belajar dengan kaedah sepatut dan sebaiknya bagi menghadapi dunia globalisasi yang semakin mencabar.

Refleksi Pengalaman yang lalu

Pada bulan Mei 2015, para pelajar Tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan Pertenggahan Tahun, namun keputusan peperiksaan sebagaimana yang diharapkan semua pelajar akan lulus bagi matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah ini, tetapi markah pelajar tidak mencapai tahap yang tinggi atau gred A dan B+. Markah keseluruhan pelajar hanya berputar dalam lingkungan A-, B+, B, C+, C , D dan E. Senario ini sudah berlaku sejak awal matapelajaran ini diperkenalkan disekolah Menenggah Agama Darussadah sebagai subjek elektif kepada pelajar. Ini dapat dilihat melalui Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 yang lalu dimana hanya 85% sahaja pelajar yang berjaya dalam matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Memang tidak dinafikan bahawa pendekatan Chalk & talk perlu terutamanya apabila pelajar berdepan dengan fakta, konsep dan proses memahami cara mengeluarkan hukum perundangan Islam. Walaubagaimanapun, pendekatan sebegini kurang diminati oleh pelajar kerana sukar difahami.

Proses atau cara mengeluarkan hukum dari dalil atau lafaz yang umum (AM) dan dalil khusus (TAKHSIS) daripada al-quran dan hadis, adalah proses yang rumit. Proses atau cara hampir-hampir dan boleh jadi tidak dapat dilakukan langsung kerana istilah, sebab dan maksud cukup abstrak dan sangat kompleks bagi pelajar. Sedangkan Menurut Mok Soon Sang (2010), perkembangan pelajaran perlu merujuk kepada langkah-langkah mengajar, iaitu daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada kompleks. Dalam subtopik usul fiqh ini pelajar perlu mempelajari proses asas mengeluarkan hukum berdasarkan al-Quran dan hadis. Proses itu hanya dapat dilakukan sekiranya pelajar dapat mengikuti langkah-langkah berikut iaitu mengenalpasti lafaz yang Am atau umum, mencari sebab dan maksud yang seterusnya akan mengeluarkan hukum dalam setiap dalil al-Quran dan hadis. Namun sekiranya dalam ayat yang sama ada mengandungi lafaz yang khusus atau TAKHSIS, maka proses mengenalpasti lafaz akan menjadi dua kali, sebelum ini pelajar berjaya mengenalpasti lafaz am, mencari sebab, mengeluarkan hukum namun sekiranya terdapat lagi dalil takhsis selepasnya maka pelajar sekali lagi akan terlibat mencari dalil takhsis dan barulah boleh mengeluarkan hukum. Bagi dalil am mengandungi sebanyak 20 lafaz am yang perlu di hafal pelajar. Manakalala bagi lafaz takhsis mengandungi 8 dalil yang perlu dihafal dan dikenalpasti oleh pelajar. Di dalam bahagian ini, penyelidik perlu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan strategi dan kaedah yang sesuai, sangat sistematik dan berkesan. Selepas penyelidik mengajar matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, subtopik Am dan Takhsis Tingkatan 5 pada tahun ini, seorang pelajar bertanya kepada penyelidik Ustazah, tak ada ke, teknik supaya saya cepat ingat Am dan Takhsis ni? Penyelidik merasakan amat terkesan dengan pertanyaan itu. Barulah penyelidik tahu bahawa selama ini penyelidik hanya syok sendiri. Penyelidik juga pernah membuat soal selidik kepada 105 orang calon SPM pada tahun ini tentang topik Am dan takhsis ini. Hasil soal selidik 43.6% min menyatakan topik Am dan Takhsis ini sukar kerana tidak dapat memahami dengan baik. Ekoran dari ini penyelidik juga membuat temubual dengan guru ekonomi yang merangkap guru kelas 5 Mawaddah. Beliau menyatakan Pelajar kelas 5 Mawaddah ni bukan tak pandai, semuanya cerdik-cerdik cuma kita yang kena sabar dan sambil fikir-fikir teknik dan cara berkesan bagi pelajar-pelajar ni faham Pendekatan Ekspositori ataupun penerangan yang hanya menekankan aspek

Kajian ini juga dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua pelajar di dalam kelas Tingkatan 5 Mawaddah menguasai bidang Usul Fiqah. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan pembelajaran dan pengajaran, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan kelemahan markah dalam bidang UsulFiqah dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Darussaadah dan akan menaikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan pendidikan syariah di peringkat sekolah dan akan diteruskan di peringkat yang lebih tinggi demi memastikan pendidikan Syariah ini terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam di Malaysia.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini penting untuk membantu pelajar khususnya pelajar-pelajar Tingkatan 5 Mawaddah dapat menguasai mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah khususnya bagi bidang usul Fiqah secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.

Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guru-guru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Kajian ini juga penting untuk mengenal pasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap bidang usulfikah. Ini amat penting supaya aktiviti ini boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat pelajar terhadap pembelajaran. Secara tidak langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah dalam kalangan murid khususnya bagi bidang usulfikah, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan SPM akan datang. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta semua murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan masalah utama pelajar, penulis mencipta kaedah pengajaran baru supaya pelajar dapat memahami proses atau cara mengeluarkan hukum daripada ayat al-Quran yang umum dan khusus. Penulis menggunakan Modul AKRONIM ASMAK (lembaran kerja) untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Am dan Takhsis. Adalah diharapkan pada akhir kajian pelajar-pelajar akan dapat: 3.1.1 Mengenalpasti lafaz umum, sebab dan khusus maksud hukum daripada alquran dan hadis.

3.1.2 Dengan menggunakan kaedah ASMAK , pelajar dapat menyelesaikan permasalahan dalam topik tersebut. 3.1.3 Melalui kaedah ASMAK dapat meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran.

3.2 SOALAN KAJIAN 3.2.1 Adakah kaedah yang digunakan dapat mengenalpasti hukum yang terdapat dalam al- Quran.3.2.2 Bagaimanakah kaedah ASMAK dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dikalangan pelajar.3.2.3 Adakah kaedah pengajaran guru dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pengajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada pelajar tingkatan 5 Mawaddah yang terdiri dari lelaki 8 orang, manakala perempuan pula 12 orang yang mengikuti pelajaran syariah khususnya bidang usulfikah yang bertajuk AM dan KHAS dalam topik 9 yang belajar di Sekolah Menengah Agama Darussaadah Titi Besi Kepala Batas Alor Setar Kedah.

Antara sebab Tingkatan 5 Mawaddah dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor:

i- Murid Tingkatan 5 Mawaddah ini adalah terdiri daripada murid-murid yang agak lemah namun ada potensi untuk meningkat dan lulus jika diberikan bimbingan serta pemerhatian yang sewajarnya.

ii- Adalah disebabkan tingkatan 5 Mawaddah merupakan salah satu kelas yang lemah dan tidak dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran. Justeru, ini merupakan masa yang sesuai bagi menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu diatasi mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Langkah pengkaji ialah melakarkan (modul) lembaran kerja. Sebelum kajian tindakan penulis menyediakan modul berbentuk soalan peperiksaan dan skema sahaja. Melalui kaedah ini, penulis mengasingkan dan menyusun maklumat jawapan mengikut lafaz, sebab dan maksud. Setiap satu di wakilkan satu huruf akronim atau singkatan huruf (A am, Ssebab, M maksud ) Akronim ini difikirkan untuk pelajar menyelesaikan masalah mengeluarkan hukum dari dalil yang umum. Kemudian penulis menyambungkan lagi akronim tersebut kepada A akhassu -maknanya takhsis dan K kesimpulan. Apabila pelajar hendak melakukan proses mengeluarkan hukum, maka pelajar akan menggunakan AKRONIM ASMAK untuk menyusun maklumat. Apabila maklumat ini berjaya disusun, secara tidak langsung akhirnya pelajar berjaya mengeluarkan hukum daripada lafaz am dan khusus bagi subtopik 9 ini. 5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data

Kajian ini ditumpukan kepada 20 orang pelajar kelas 5 Mawaddah yang telah mendapat gred C,D dan E dalam Peperiksaan Pertenggahan tahun baru-baru ini. Kajian terhad untuk subtopik Am dan Takhsis sahaja (Topik 9 Tingkatan lima)

5.2.1 Ujian Pra

Data ujian pra diperolehi daripada ujian bulan Mac. Keseluruhan soalan topik ujian Am dan Takhsis sahaja. Pencapaian pelajar dalam soalan ini adalah amat mengecewakan. Dimana pencapaian pelajar dalam soalan Am dan Takhsis ( Ujian pra ). Dalam ujian pra ini pelajar belum diberikan lagi model AKRONIM ASMAK, buku teks juga di sediakan, pelajar perlu mencari sendiri jawapan dan maklumat tersebut, berdasarkan buku teks. Daripada jadual 1, jelas menunjukkan bahawa semua pelajar tidak tahu langsung cara untuk mengenalpasti lafaz am dan takhsis.

5.2.2 Ujian Pos

Data ujian pos diperolehi daripada ujian bulan Mac. Keseluruhan soalan Topik ujian Am dan Takhsis sahaja. Sebelum ujian pos ini dijalankan, pelajar diberitahu terlebih dahulu berkaitan topik yang akan di uji. Pelajar diberikan soalan modul, buku teks juga di sediakan cuma pelajar perlu mencari sendiri jawapan di dalam maklumat tersebut melalui petunjuk. Selepas menggunakan kaedah AKRONIM tanpa penerangan guru. Pelajar dapat mejawab sendiri soalan yang dibincangkan. Hal yang demikian jelas menunjukkan bahawa semua pelajar sudah mula mengecam maklumat yang dikehendaki dalam topik am dan takhsis ini walaupun masih tidak mendapat jawapan yang tepat.

5.2.3 Soal selidik

Manakala soal selidik pra dilakukan dengan meminta pelajar menyenaraikan masalah yang mereka hadapi berhubung subtopik am dan takhsis. Bilangan responden yang terlibat dalam soal selidik ialah 20 orang. Kemudian masalah pelajar ini disenaraikan satu persatu dalam borang kajiselidik pos. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan deskriptif iaitu min, beberapa masalah dapat dikesan.

5. Sangat Setuju (SS)4. Setuju (S)3. Kurang Setuju (KS)2. Tidak Setuju (TS)1. Sangat Tidak Setuju (STS)

Hasil dapatan kajian di atas, jelas menunjukkan masalah utama pelajar ialah tidak memahami cara mengeluarkan hukum daripada ayat al-quran dan hadis. Kesukaran tersebut menyebabkan mereka kurang meminati subtopik ini. Tinjauan terhadap buku teks juga, penulis mendapati kurang membantu pelajar kerana maklumat atau penerangannya sangat jelas.

5.2.4 Borang Pemerhatian

Pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur bedasarkan aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Hal yang demikian bertujuan untuk melihat minat belajar pelajar sepanjang aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Data yang diperolehi adalah dari instrumen kajian iaitu hasil jawapan pelajar dalam ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik akan direkodkan dan diproses menggunakan kaedah statistik iaitu data diproses secara kuantitatif untuk mencari nilai min pencapaian kedua-dua sampel. Bagi Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos membawa skor yang berbeza untuk setiap item, terdapat soalan yang membawa dua markah dan ada yang membawa tiga markah. Oleh itu skor pelajar akan disemak berdasarkan rubrik yang telah disediakan. Markah keseluruhan akan dikira dan direkodkan dalam bentuk peratus. Responden yang tidak menjawab soalan juga dikira sebagai memberikan jawapan yang salah. Tahap pencapaian pelajar akan ditentukan melalui peratus markah yang diperolehi dalam ujian pos seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Skor Markah Ujian dan PencapaianSkor Markah (%)Tahap Pencapaian

0 19Sangat Lemah

20 39Lemah

40 59Sederhana

60 79Baik

80 100Cemerlang

Bagi instrumen borang soal selidik pula, dapatan dari borang soal selidik akan dikumpul dan direkod berdasarkan Skala Likert seperti yang ditujukan dalam jadual 3.

Jadual 3 : Skor Markah Borang Soal SelidikSkor Markah Tahap Pencapaian

0 15Rendah

16 30Sederhana

31 45Memuaskan

45 60Baik

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Jadual PerlaksanaanBILAKTIVITITEMPOH PERLAKSANAANCATATAN

01Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal

12 Jun 2015

02Menulis kertas cadangan kajian tindakan

12 Julai 2015

03Merancang Tindakan ( Individu / Panitia)

1 Bulan

04Melaksana Tindakan aktiviti 1

2 Bulan

05Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan ( dalam panitia)2 Bulan

06Refleksi Kajian

15 Mac 2016

07Menulis Laporan Kajian

20 Mac 2016

Peruntukan

BILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNIT (RM)JUMLAH KOS (RM)

01Kertas A4

12x 784

02Printer Catridge

1x 6565

03Fotostet Bahan

72x172

04Buku Catatan

1x33

Jumlah224

6.0 RUMUSAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan latar belakang, objektif dan kepentingan kajian ini. Pengkaji juga telah mengemukakan beberapa isu yang wujud untuk menyokong permasalahan ini. Instumen yang digunakan dalam kajian ini termasuklah ujian pra, ujian pos, borang soal selidik dan pemerhatian. Penggunaan pendekatan berpusatkan murid digunakan dan tumpuan adalah kepada teknik ASMAK yang dipercayai dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan dimasa akan datang.

Bagi diri pengkaji, kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru pendidikan Syariah Islamiah di sekolah khasnya serta daerah amnya. Hasil kajian ini akan datang dihrap terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji menjadi lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan. Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

7.0 RUJUKAN

Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Atan Long. (1978) Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2010), Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Mok Soon Sang (2010).

Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstuktivisme radikal dalam pendidikan matematek. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

1

12