pencemaranalamsekitarsem2 150123204806 conversion gate02

10
KOLEJ VOKASIONAL SG. BULOH SELANGOR PEMELIHARAAN DAN PEMULIHAN ALAM SEKITAR NAMA:INTAN WIRDATUL AIN BINTI JAMALI KELAS:CSN 1 NO I/C: NAMA PENSYARAH:PN JAINON BINTI SUMIN

Upload: randy-rusli

Post on 05-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

encemaranalamsekitar

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL SG. BULOH SELANGOR

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHAN ALAM SEKITAR

NAMA:INTAN WIRDATUL AIN BINTI JAMALIKELAS:CSN 1NO I/C:NAMA PENSYARAH:PN JAINON BINTI SUMINISI KANDUNGANBILISI KANDUNGANM/S

1PENGHARGAAN1

23.2MENGANALISA ISU ALAM SEKITARMAKSUD PENCEMARAN ALAM SEKITAR2

3ENAM PUNCA PENCEMARAN3-5

4MAKSUD KESAN RUMAH HIJAU6

5BAHAN YANG MENYEBABKAN KESAN RUMAH HIJAU6

6KESAN BURUK PEMANASAN GLOBAL6

73.3 PEMELIHARAAN DAN PEMUKIHARAAN ALAM SEKITARMAKSUD PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR7

8KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR7

9KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR7

10PENUTUP8

11RUJUKAN9

MENGANALISA ISU ALAM SEKITARMAKSUD PENCEMARAN ALAM SEKITARPencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti.Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi Pencemaran udara- iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Pencemaran air- seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran tanih- iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran radioaktif- iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. Pencemaran bunyi -yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.

ENAM PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITARi)pembakaran bahan api fosil-Bahan-bahan pencemar utama1.Petroleum2.Arang

-Kesan-kesan buruk1.Merendahkan pH air2.Mengurangkan Kebolehan darah mengangkut oksigen3.Menjejaskan system respirasi

ii)pembuangan bahan sisa industry-Bahan pencemar utama1.Pencemar tosik2.Logam berat3.Patagen4.Minyak dan gris5.Pepejal terampai6. Organik yang sukar diurai(refractory or persistent organic)

-Kesan-kesan buruk1. Menyebabkan Mutasi dan kanser.2.Meningkatkan suhu air dan udara.3.Membebaskan gas berbau dan beracun.

iii)bidang pertanian -Bahan- bahan pencemar utama :1.Racun serangga (Pestisida)2.Baja kimia

-Kesan buruk :1.Mencemarkan tanah2.Menyebabkan kekurangan oksigen dalam air3.Menggangu keseimbangan alam

iv)pembuangan sampah sarap dan kumbahan-Bahan-bahan pencemar utama1.plastik2.Bahan pepejal3.Sisa makanan-Kesan-kesan buruk1.Penduduk bertambah menyebabkan jumlah sampah yang dibuang meningkat di sesebuah kawasan.2.Jangkitan penyakit disebabkan pencemaran air3. Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran air

v)kenderaan dan jentera-Bahan-bahan pencemar1.Plumbum2.Gas monoksida

-Kesan-kesan buruk1.Gas beracun boleh membunuh sekiranya berada di kawasan tertutup.2.Menyebabkan kerosakan otak terutama kepada kanak-kanak

vi)penggunaan klorofluorokarbon (CFC)

-Bahan pencemar utama1.Spray aerosol2.Pelarut-Kesan-kesan buruk1.Menyebabkan pemanasan global2.Menipiskan lapisan ozon.

MAKSUD KESAN RUMAH HIJAUPemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gasrumah hijaudi dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk padapemanasan globalsahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.BAHAN YANG MENYEBABKAN KESAN RUMAH HIJAU Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin. Asap daripada kenderaan dan kilang. Letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur.KESAN BURUK PEMANASAN GLOBAL Berlaku peningkatan aras laut secara mendadak: Apabila bongkah ais di Antartika Barat mencair, paras air laut akan meningkat sehingga 10 meter berlaku bencana banjir di kawasan rendah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda. Peningkatan suhu yang melampau di daratan akan menyebabkan tumbuhan mati binatang dan manusia yang bergantung hidup pada tumbuhan akan mati atau bencana kebuluran akan meningkat. Menjejaskan sistem iklim dan cuaca seluruh dunia: Wujud fenomena cuaca yang luar biasa di kebanyakan tempat sehingga menyebabkan perubahan yang ekstrim dan menjejaskan kehidupan seharian. Pemanasan bumi yang melampau juga boleh mengakibatkan musibah kebakaran hutan yang luas dan mampu menjejaskan spesies hidupan di darat dalam jangka masa panjang. Penularan wabak penyakit juga mudah berlaku kerana perubahan cuaca yang melampau: Golongan kanak-kanak dan warga tua menjadi golongan terbanyak menerima impak buruk daripada pemanasan global banyak yang maut akibat strok haba atau dehidrasi. PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITARMAKSUD PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITARPemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan. Manakala pemuliharaan perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu.KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Mendapatkan bekalan air bersih dan tidak tercemar. Mengelakkan suhu bumi meningkat dan berlakunya pemanasan global.

KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR Penghutanan semula Penggunaan baja organic Kaedah biologi Pertanian tetap Kaedah perundangan

PENUTUPSetelah menyiapkan tugasan ini, saya menyedari keadaan bumi semakin uzur. Kelalaian manusia menyebabkan lapisan ozon makin nipis. Manusia yang membuang sampah merata-rata juga telah menyebabkan alam sekitar menjadi kotor. Asap dari kilang dan kenderaan juga telah menyebabkan pencemaran udara.Dengan cara pemulihan alam sekitar dapatlah kita membantu bumi. Sebagai penghuni di bumi kita mestilah, menjaga kebersihan dan menghindari perkara-perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.

RUJUKANhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaranhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm#ixzz2Wx4CsRcVhttp://isma1991.blogspot.com/2012/01/assigment-hgf3032-penggunaan-bahan-api.htmlhttp://bmg36.blogspot.com/2010/10/pemeliharaan-dan-pemuliharaan-alam_04.htmlhttp://pbssainsonline.blogspot.com/2013/04/kepentingan-pemeliharaan-dan.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijauhttp://azemi09.wordpress.com/2012/02/26/kesan-negatifburuk-pemanasan-global/