pence mar an alam sekitar di bandar temerloh

27
PENCEMARAN ALAM SEKITAR di Bandar temerloh Nama: Kelas: Guru: Senarai kandungan

Upload: roogs

Post on 05-Jul-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

PENCEMARAN ALAM SEKITAR di Bandar

temerloh

Nama:Kelas: Guru:

Senarai kandungan

KANDUNGAN 1. Tajuk

Page 2: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

2. Senarai Kandungan3. Penghargaan4. Pendahuluan5. Objektif kajian6. Kawasan Kajian7. Kaedah kajian8. Dapatan kajian9. rumusan10. Lampiran11. Rujukan12. Penilaian umum

Dalam ruang ini,saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah

Page 3: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

membantu saya dalam menghasilkan folio geografi ini.

Terlebih dahulu,saya ingin berterima kasih kepeda guru geografi saya, Cikgu . Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dalam proses menyiapkan folio ini.

Seterusnya,saya mengucap terima kasih kepada ibu bapa saya,iaitu RAJAHdan . Mereka telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya ketika menyiapkan folio geografi ini.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan – kawan saya , GUGANESVARAN dan Narendran rao. Mereka telah berkongsi maklumat dengan saya tentang folio geografi ini.

Page 4: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Nama tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Bandar Temerloh Pahang. Sebab - sebab saya memilih Bandar Temerloh semakin serius bercemar. Sungai Pahang yang berhampiran bandar Temerloh dipenuhi dengan sampah sarap. Di Bandar Temerloh , kita juga boleh melihat sampah merata –rata di tepi jalan. Penduduk di bandar ini juga membuang sa,pah di merata – rata tempat dan juga di dalam longkang. Selain itu , penduduk di bandar Temerloh sering membakar sampah sarap secara terbuka.

Guru geografi kami memberi kami tempoh dua bulan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Folio geografi ini diberikan pada bulan Mac dan dikehendaki menghantar pada bulan Mei.

Saya dapat mengetahui ilmu pengetahuan yang mencukupi melalui kerja kursus yang diberi oleh guru geografi. Antaranya ialah :

Page 5: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Memahami konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh

Menjelaskan jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh

Mengetahui punca pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh

Memahami kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh

Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alamsekitar di Bandar Temerloh

Semasa menjalankan kajian ini, saya menyedari bahawa kepentingan untuk menjaga kebersihan alam sekitar

Nama kawasan kajian saya ialah Bandar Temerloh. Bandar Temerloh terletak di pinggir Sungai Pahang. Bandar Temerloh merupakan pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Bandar

Page 6: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Temerloh juga merupakan titik pertengahan Semenanjung Malaysia.

Bandar Temerloh merupakan sebuah bandar yang mempuntai jaringan pengangkutan yang cekap dan luas. Bandar Temerloh merupakan salah satu Bandar yang pesat membangun. Di sini mempunyai kemudahan kesihatan yang cukup memuaskan dan kemudahan membelajar.

Bandar lain yang dekat dengan Bandar Temerloh ialah Bandar Mentakab. Jarak antara dua Bandar ini ialah 10 km. kita memerlukan 10 minit untuk bertolak ke Mentakab.

Semasa menjalankan kerja kursus ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti berikut:

Rujukan

Page 7: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Saya telah menggunakan kaedah ini seperti melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kesan pencemaran alam sekitar Temu bual Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapat maklumat tentang jenis pencemaran alam sekitar. Saya telah menemuramah tiga responden untuk ini. Pemerhatian Saya telah melawat ke kawasan kajian ,Bandar Temerloh . saya juga melawat ke taman – taman perumahan yang terdapat di Bandar Temerloh seperti Taman Bahagia,Taman Damai dan Taman Temerloh Jaya. Saya telah mendapat maklumat yang berkaitan dengan kesan pencemaran alam sekitar.

Konsep pencemaran alam sekitar ialah sesuatu perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah – sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda – benda atau bahan – bahan hasil dari aktiviti

Page 8: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya ekosistem atau aliran kehidupan.

Contoh pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh ialah pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran bau an sebagainya.

Bandar Temerloh telah mengalami pencemaran alam sekitar yang serius. Antara pencemaran di Bandar Temerloh ialah pencemaran udara,air dan bau.Pencemaran yang paling utama berlaku ialah pencemaran udara. Asap yang dikeluarkan dari

Page 9: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

kilang seperti MNI,kilang papan ,asap dari kenderaan perdagangan seperti lori,bas,pembakaran dan lain – lain merupakan punca berlakunya pencemaran udara. Gas yang dilepaskan daripada peti sejuk dan penghawa dingin juga merupakan salah satu pencemaran alam sekitar. Gas – gas ini termasuklah karbon monoksida,sulfur dioksida , nitrogen dioksida dan kloroflorokarbon. Gas – gas ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti asma,batuk dan kerosakan paru – paru. Asap –asap dari kenderaan turut mencemarkan bau di sekeliling kita. Bau – bau dari asap itu busuk dan susah dihapuskan. Ini menyebabkan seseorang telah menghidapi pelbagai penyakit.

Antara punca pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh ialah perkilangan , kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Kenderaan – kenderaan merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran udara di Bandar

Page 10: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Temerloh . Kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fossil seperti lori, bas ,van dan motosikal telah menyebabkan pencemaran udara. Gas – gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida ,sulphur dioksida , dan nitrogen telah dilepaskan oleh kenderaan bermotor. Pada waktu puncak pula ,iaitupada pukul 6.45pagi hingga 8.30 pagi dan 5.00 petang hingga 6.00 petang,bilangan kenderaan bertambah berjalan di jalan utama ,Jalan Tok Muda Awang Ngah.keadaan ini telah menyebabkan asap bertambah di sekeliling kita dan kesihatan penduduk akan terjejas.

Selain itu , punca pencemaran alam sekitar seterusnya ialah perkilangan. Pencemaran perkilangan ada berlaku di Taman Perindustrian Temerloh,Mentakab. Kilang kertas dan kilang ROBIN terletak di kawasan tersebut. Kilang kertas memproseskan kertas dan Kilang ROBIN menghasilkan pensel dan papan. Di kawasan perindustrian Songsang ,terdapat kilang – kilang papan ,contohnya ialah Kilang INTAN SURIA. Di kawasan perindustrian Seberang Temerloh pula,terdapat kilang MARAN ROAD SAWMILL. Kilang – kilang ini menyebabkan pencemaran udara di Bandar Temerloh. Asap yang dilepaskan mengandungi bahan racun yang membahayakan kesihatan badan kita. Jika kita sepanjang masa menghirup udara racun ini,

Page 11: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

peparu kita akan menjadi lemah dan menyebabkan pelbagai penyakit menjangkiti badan kita.

Punca pencemaran alam sekitar yang lain ialah pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka sering dilakukan oleh penduduk kampung pada petang walaupun ditegur sekeras – keras oleh pegawai MPT. Pembakaran terbuka menyebabkan gas – gas pencemar dibebaskan dan menipiskan lapisan ozon.

Justeru , pembangunan yang pesat juga menjadi pemangkin pencemaran alam. Pembinaan bangunan menyebabkan pencemaran udara dan bunyi. Keadaan ini akan mengganggu kesihatan penduduk dan menyebabkan kerosakan organ.

Kita sebagai rakyat Malaysia,mestilah menjaga kebersihan alam sekitar. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga keindahan tempat sekeliling kita.

Pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh telah menyebabkan kesan yang buruk. Pencemaran telah menjejaskan kesihatan penduduk dengan sangat teruk.

Page 12: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Anatara kesan pencemaran alam sekitar ialah hujan asid. Asap yang banyak dibebaskan dari kilang menyebabkan hujan asid. Hujan asid kebanyakan berlakunya di bandar besar yang mempunyai bilangan pengangkutan yang banyak dan perindustrian yang pesat maju.hujan asid mengandungi sulphur dioksida dan asid sulphuric. Nitrogen dioksida bercampur dengan hidrogen akan menghasilkan asid merit. Hujan asid ini menyebabkan barah kulit,besi berkarat dan cat mudah luntur.

Seterusnya ,fenomena yang melanda negara kita akibat pencemaran pada masa kini ialah jerebu. Jerebu akan menyebabkan kelihatan kita semakin kabur dan keadaan ini akan menyebabkan kemalangan .Jerebu juga menyebabkan keterak mata dan asma.

Selain itu, peningkatan suhu juga merupakan kesan pencemaran. Gas – gas berbahaya dari peti sejuk, penghawa dingin menyebabkan lapisan ozon semakin nipis .Oleh itu sinaran ultra ungu terus mencapai muka bumi dan ini menyebabkan kulit kita melecur dan kekurangan air dalam badan.

Kesan pencemaran alam sekitar yang seterusnya ialah pencemaran udara. Asap – asap yang dikeluarkan melalui kenderaan ,kilang dan

Page 13: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

pembakaran terbuka mengandungi gas – gas pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida . kloroflorokarbon yang dikeluarkan melalui peti sejuk dan penghawa dingin turut mencemarkan udara. Keadaan ini menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

Konklusifnya, sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BANDAR TEMERLOH

Antara cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh ialah menguatkuasakan undang – undang dengan lebih ketat. Undang –undang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar Akta Alam

Page 14: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Sekeliling 1984. melalui undang – undang ini ,semua penduduk yang dianggap telah mencemarkan alam sekitar akan dikenakan denda atau penjara. Majlis Perbandaran Temerloh boleh mendenda industri yang mencemarkan alam sekitar dengan sebanyak Rm 500 atau menarik lessen kilang atau ditutup selama – lamanya.

Cadangan yang seterusnya ialah mengadakan kempen kesedaran . kempen seumpama ini akan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dalam kempen ini, pihak berkaitan akan mendidik penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Jabatan alam sekitar juga telah mengadakan minggu alam sekitar. Melalui kempen – kempen seperti ini ,rakyat negara ini dapat menjaga alam sekitar yang dikurniai oleh MAHA TUHAN.

Selain itu, pendidikan alam sekitar juga perlu diwajibkan di kalangan pelajar sekolah. Ibu bapa perlu memberi didikan ini sejak kecil lagi kerana mereka merupakan generasi yang bakal akan menikmati keindahan dunia ini.

Tambahan pula, kerajaan perlu menamakan beberapa tempat yang telah mengalami pencemaran yang serius sebagai zon penampan. Dalam zon penampan,setiap penduduk perlu diminta menanam sekurang kurangnya sebatang pokok kerana pokok dapat menyerap karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen dalam proses fotosintesis.

Page 15: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar,kita perlulah mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani krisis ini.

Page 16: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Carta aliran pencemaran udara

BAHAN GRAFIK

Page 17: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Peta minda pencemaran udara

BAHAN GRAFIK

Page 18: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan projek “pencemaran alam sekitar di bandar Temerloh” dalam tempoh yang ditetapkan. Daripada hasil kajian ini, saya telah berjaya memperoleh banyak pengetahuan.

Melalui projek ini, saya dapat memahami jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh. Selain itu, saya juga dapat mengetahui kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Temerloh. Saya juga memahami langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Tidak dinafikan, saya juga dapat mengeratkan hubungan antara saya dengan rakan – rakan saya semasa membuat projek.oleh itu, hubungan kami dapat dikukuhkan lagi dan mewujudkan perasaan saling menghormati.

Akhirnya,saya telah berjaya menyiapkan folio ini dengan sempurnanya.

Page 19: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh

PENCEMARAN UDARA

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN AIR

Page 20: Pence Mar An Alam Sekitar Di Bandar Temerloh