pencapaian malaysia dalam pelbagai bidang- buku skrap kemerdekaan

13
PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menyiapkan buku skrap sempena bulan kemerdekaan ini dengan sempurna sekali. Saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan buku skrap ini. Kepada guru saya Kajian Tempatan iaitu Puan Marina bt. Masdar yang sering memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muridnya termasuk saya sendiri. Puan Marina bt. Masdar juga telah memberi banyak peraturan yang perlu dilakukan sebelum membuat buku skrap ini agar tidak banyak melakukan kesalahan. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan. KEMERDEKAAN Ada pendapat menyatakan bahawa Tunku Abdul Rahman bukanlah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya seperti Mahatma Ghandi. Tunku lebih merupakan seorang perunding. Dakwaan ini mungkin timbul kerana dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Tunku lebih banyak mengamalkan sikap tolak ansur dan berkromponi dengan pihak British. Beliau lebih mengutamakan keamanan dan kesejahteraan bukannya darah dan air mata. Golongan Raja-raja Melayu secara sulit mengadakan sesuatu sidang rahsia di Johor Bharu pada bulan September 1955 bagi membincangkan kedudukan mereka sekiranya Tanah Melayu beroleh kemerdekaan. Mereka bimbang tentang kedudukan dan kuasa mereka yang selama ini dijamin oleh pihak British tergugat.Bagaimanapun, mereka tidak dapat menentang arus kemerdekaan yang begitu kuat melanda negara kerana kemerdekaan bukanlah impian Tunku tetapi merupakan satu aspirasi rakyat secara keseluruhan.Raja-raja Melayu menyerahkan nasib mereka kepada British. Mereka merasa kedudukan mereka tergugat sekiranya negara mencapai kemerdekaan dan British bertanggungjawab untuk mengekalkan atau memelihara kepentingan mereka. Tunku merupakan sebahagian daripada golongan diraja, beliau menyedari keraguan Raja-raja Melayu. Bagaimanapun, beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa soal politik ialah soal rakyat dan beliau tidak menemui mana-mana Raja untuk meredakan kebimbangan mereka.Tunku tidak membenarkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat serta aspirasi mereka dihalang oleh aspirasi Raja-raja Melayu walaupun beliau menyedari kemerdekaan hanya akan diberi oleh kerajaan British apabila Raja-raja Melayu bersetuju dan sanggup membatalkan perjanjian yang telah ditanda tangani oleh mereka dengan British. Sehubungan dengan itu, satu rombongan untuk merundingkan kemerdekaan negara dihantar ke London. Rombongan tersebut dihadiri oleh 4 orang wakil

Upload: masliza20

Post on 26-Dec-2015

820 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bahan buku skrap

TRANSCRIPT

Page 1: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menyiapkan buku skrap sempena bulan kemerdekaan ini dengan sempurna sekali. Saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan buku skrap ini.

Kepada guru saya Kajian Tempatan iaitu Puan Marina bt. Masdar yang sering memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muridnya termasuk saya sendiri. Puan Marina bt. Masdar juga telah memberi banyak peraturan yang perlu dilakukan sebelum membuat buku skrap ini agar tidak banyak melakukan kesalahan. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan.

KEMERDEKAAN

Ada pendapat menyatakan bahawa Tunku Abdul Rahman bukanlah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya seperti Mahatma Ghandi. Tunku lebih merupakan seorang perunding. Dakwaan ini mungkin timbul kerana dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Tunku lebih banyak mengamalkan sikap tolak ansur dan berkromponi dengan pihak British. Beliau lebih mengutamakan keamanan dan kesejahteraan bukannya darah dan air mata.

Golongan Raja-raja Melayu secara sulit mengadakan sesuatu sidang rahsia di Johor Bharu pada bulan September 1955 bagi membincangkan kedudukan mereka sekiranya Tanah Melayu beroleh kemerdekaan. Mereka bimbang tentang kedudukan dan kuasa mereka yang selama ini dijamin oleh pihak British tergugat.Bagaimanapun, mereka tidak dapat menentang arus kemerdekaan yang begitu kuat melanda negara kerana kemerdekaan bukanlah impian Tunku tetapi merupakan satu aspirasi rakyat secara keseluruhan.Raja-raja Melayu menyerahkan nasib mereka kepada British. Mereka merasa kedudukan mereka tergugat sekiranya negara mencapai kemerdekaan dan British bertanggungjawab untuk mengekalkan atau memelihara kepentingan mereka.

Tunku merupakan sebahagian daripada golongan diraja, beliau menyedari keraguan Raja-raja Melayu. Bagaimanapun, beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa soal politik ialah soal rakyat dan beliau tidak menemui mana-mana Raja untuk meredakan kebimbangan mereka.Tunku tidak membenarkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat serta aspirasi mereka dihalang oleh aspirasi Raja-raja Melayu walaupun beliau menyedari kemerdekaan hanya akan diberi oleh kerajaan British apabila Raja-raja Melayu bersetuju dan sanggup membatalkan perjanjian yang telah ditanda tangani oleh mereka dengan British.

Page 2: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Sehubungan dengan itu, satu rombongan untuk merundingkan kemerdekaan negara dihantar ke London. Rombongan tersebut dihadiri oleh 4 orang wakil daripada Parti Perikatan dan 4 orang wakil Raja-raja Melayu. Empat orang wakil Parti Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun H.S.Lee, dan T.H Tan. Wakil Raja-raja Melayu pula ialah Dato' Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Abdul Majid, Dato' Wan Idris Wan Ibrahim dan Dato' Nik Ahmad Nik Kamil. Rundingan ini dijalankan di Lancaster House dengan Lennox Boyd sebagai wakil kerajaan British. Tunku tidak mempunyai pengalaman dan latar belakang seperti yang dimiliki oleh Boyd berjaya mengemukakan kesnya dengan jujur dan tepat. Hal ini mempengaruhi kejayaan dalam rundingan pusingan pertama.

Rundingan kemerdekaan kali kedua lebih tertumpu kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku terpaksa membuktikan bahawa rakyat daripada keturunan Cina dan India juga mahu tarikh kemerdekaan disegerakan. Ini disebabkan pihak British mahu melengahkan kemerdekaan dengan alasan mereka hanya memenuhi aspirasi Melayu sahaja. Tunku juga menegaskan bahawa Parti Perikatan telah mendapat sebanyak 51 daripada 51 kerusi Dewan Perundangan, masyarakat berbilang kaum pula sudah bersatu, manakala Raja-raja Melayu telah bersedia menerima kemerdekaan dan perlembagaan baru tanpa meragui kedudukan mereka.

Pihak British teragak-agak untuk memberi satu tarikh kemerdekaan. Tunku dengan tegas memberitahu bahawa rombongan kemerdekaan tidak akan pulang selagi pihak British tidak menetapkan tarikh kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pihak British terpaksa mengalah dan menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.Setelah berjaya mencapai tujuan rundingan kemerdekaan, rombongan berkenaan berlepas pulang ke tanahair pada 16 Februari 1956. Rombongan ini sampai ke Singapura pada 20 Februari 1956 dan terus ke Melaka untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Tanah Melayu mempunyai kira-kira satu tahun setengah sebelum merdeka. Perkara pertama yang menjadi tumpuan Tunku sementara nelum merdeka ialah menamatkan darurat. Hal ini menjadi kenyataan sekiranya Parti Komunis Malaya (PKM) meletak senjata.Tunku melantik dirinya sebagai Menteri Pertahanan dua minggu sekembalinya dari London. Bagaimanapun, PKM masih meneruskan perjuangan mereka. Keadaan darurat diisytiharkan tamat pada Ogos 1960.Seminggu sebelum hari merdeka, wakil-wakil dari media asing tertumpu ke Kuala Lumpur. Orang kenamaan dari luar juga bertumpu di ibu negara. Selain ingin menyaksikan upacara kemerdekaan, mereka turut meramal akan dapat melihat pergaduhan kaum antara orang Melayu dan Cina. Sangkaan ini ternyata meleset.

Pada malam 30 Ogos 1957, suasana di Padang Kelab Selangor menjadi hangat dengan ribuan ahli-ahli UMNO dan orang ramai. Apabila tepat jam 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Sebaik sahaja bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar, lautan manusia yang menyaksikan detik bersejarah itu melaungkan perkataan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali dengan penuh bersemangat. Malam tersebut merupakan detik bersejarah serta kejayaan rakyat dan juga kejayaan Tunku secara peribadi. Beliau adalah wira yang berjaya menurunkan bendera Union Jack yang telah berkibar selama 170 tahun di bumi tercinta.

Page 3: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mengalami perubahan dan kemajuan yang mendadak dari segi pembangunan, pendidikan dan yang paling penting corak kehidupan rakyat Malaysia yang telah berubah ke arah yang lebih baik. Nenek moyang kita dahulu bertungkus-lumus melawan penjajah demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk cucu-cicit mereka kini.

Kini, tanggal 31 Ogos 2014, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-57, tanda sudah 57 tahun negara kita bebas dari penjajah-penjajah yang kejam dan tidak berhati perut. Mutakhir ini, setelah lebih kurang separuh abad mencapai kemerdekaan, pastinya telah banyak kejayaan rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.

Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang

Ekonomi

Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.

Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan sama ada di luar bandar atau bandar supaya seluruh rakyat di Malaysia dapat menikmati kemudahan yang sempurna.

Page 4: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Pendidikan

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak adalah satu sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu oleh itu pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan. Sistem pendidikan vernakular dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Setiap sekolah yang didirikan dahulu merupakan sekolah yang khusus untuk kaum tertentu dan ini menyebabkan kemunculan empat jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.

Selepas merdeka, pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pengenalan pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957 - 1967. Selain itu, beberapa buah pusat latihan harian dan maktab-maktab yang baru juga ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru. Contohnya ialah : Maktab Teknik di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan Gaya, Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, latihan guru bagi sekolah menengah dan rendah adalah berasingan. Latihan-latihan guru dijalankan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Bagi menambahkan keupayaan guru terlatih maktab latihan harian ditubuhkan di Alor Setarm Taiping, Ipoh, Teluk Anson(Teluk Intan, Seremban, Melaka, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu. Jawantankuasa Mengkaji Latihan Perguruan juga telah ditubuhkan pada tahun 1969. Selepas merdeka, guru lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat-pusat latihan guru. Kanak-kana kewarganegaraan Malaysia mulai masuk Tahun Satu di sekolah rendah pada umur 7 tahun dan mengikuti persekolahan selama 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa bebas menghantar anak-anak ke sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Walaubagaimanapun, seluruh murid-murid sekolah rendah wajib mengikuti KBSR dan murid-murid sekolah menengah wajib mengikuti PMR dan SPM. Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM atau di peringkat yang lebih tinggi contohnya di universiti.

Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah, universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar supaya semua rakyat dapat menikmati institusi pendidikan yang tinggi. Universiti Malaya di Kuala Lumpur merupakan universiti yang terbaik di Malaysia

Sukan

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.

Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej

Page 5: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlet-atlet negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlet-atlet negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlet-atlet negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.

Pencapaian dalam beberapa dekad ini.

BARCELONA 1992

Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama selepas memenangi pingat gangsa.

ATLANTA 1996

Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan separuh akhir acara badminton.

Kejayaan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklahperusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, aeroangkasa,pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.

Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang barat yang jauh lebih maju daripada kita. Kejayaan Malaysia dalam pelbagai mampu menyuntik semangat ingin cuba dalam kalangan anak watan untuk meneroka bidang-bidang yang baru. Secara tidak langsung, Malaysia mampu berusaha untuk mencapai kejayaan mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia,terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta

Page 6: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

nasional iaituSyarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985.

Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyatMalaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya,pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuannegara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di KualaLumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Rekabentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsisebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmattelekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan inimerupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pellidan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condongmengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri istimewa menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun.

Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakan permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong ***ART. KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan

Page 7: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL).

Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong ***ART dibina di

Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang ***ART merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer. Pembinaan terowang ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton. Selain itu, ia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

Pelancongan

Malaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut. Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih. Pulau Langkawi yang mempunyai pantai yang cantik.

Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan oleh kerajaan hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita pada setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya. Usaha ini telah membawa hasil yang lumayan kepada negara kita. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa, Bangunan Stadhuy’s,Gereja St. Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya. Pelbagai pencapaian dan pengiktirafan telah didapatkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang membuktikan

Page 8: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

perkembangan negara kita dalam bidang pelancongan. Menunjukkan kebudayaan Malaysia yang unik telah mengharumkan nama negara kita.

Secara keseluruhannya, kejayaan manusia dalam pelbagai bidang telah meningkatkan imej negara Malaysia di seluruh dunia. Pencapaian luar biasa dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan pencakar langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang ditempa oleh orang barat. Sebenarnya kejayaan luar biasa ini juga membangkit semangat bangsa Malaysia lebih berani “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia menghadapi segala cabaran untuk mencapai wawasan 2020. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pelbagai pihak bagi memajukan negara dalam pelbagai bidang.

PENCAPAIAN ANAK MALAYSIA KE ANGKASA LEPAS

Antara pencapaian anak Malaysia yang kini dapat mebanggakan Malaysia ialah kejayaan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Beliau yang dilahirkan pada

27 Julai 1972 merupakan seorang pakar ortopedik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM), yang kini telah melakar sejarah dalam dirinya dan juga untuk Malaysia apabila telah menjadi angkasawan Malaysia pertama ke angkasa lepas selepas diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007(Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Beliau telah terpilih menjadi angkasawan apabila beliau telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental untuk memohon dalam Program Angkasawan Malaysia. Dan, berkat doa dan kesabaran serta usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal erti putus asa telah melayakkan beliau menjadi antara calon terakhir yang terpilih.

Beliau dan tiga lagi calon lain telah terpilih menjadi antara calon yang terakhir yang telah diberi peluang menimba ilmu dan pengalaman serta menjalani latihan di

Star City, Russia. Akhirnya, beliau telah berjaya menjadi calon utama Angkasawan Pertama Malaysia, manakala Dr. Faiz Khaleed telah menjadi calon angkasawan simpanan.

Jelaslah,beliau merupakan salah satu contoh kejayaan anak bangsa Malaysia yang boleh dijadikan contoh oleh generasi kini. Segala kejayaan bisa menjadi milik anda sekiranya ada usaha gigih, sifat ingin maju, memperbaiki diri untuk menjadi insan terbaik dan serba boleh. Menjadi antara angkasawan pertama Malaysia yang dihantar ke angkasa, Sheikh muszaphar shukor yang petah berbicara, manis wajah dengan senyuman serta genius berkaliber orangnya, kini menjadi sanjungan dan kebanggaan orang Malaysia.syabas.!!!

Page 9: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

PENCAPAIAN ANAK MALAYSIA DALAM BIDANG SUKAN

Seterusnya, daripada kejayaan angkasa lepas, kita beralih pula ke arah pencapaian seorang anak Malaysia yang kini kian dikenali dan diminati ramai anak muda kini. Siapa yang tidak kenal anak Malaysia ini yang telah banyak membanggakan negara Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Nicol Ann David yang bergitu terkenal dan masyhur dalam permainan skuasy negara dan juga merupakan pemain nombor satu dunia yang telah mengenalkan Malaysia yang kecil ini ke seluruh dunia.

Beliau yang telah dilahirkan di Pulau pinang pada 23 Ogos 1983 bukan sahaja pemain nombor satu dunia malah merupakan orang asia pertama yang memenangi gelaran itu.

Beliau juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia. Setelah tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, beliau telah memperoleh keputusan yang cemerlang, namun kerana minat yang mendalam terhadap permainan skuasy, beliau berlatih skuasy di Amsterdam, Belanda. Beliau juga telah menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004, dan 2006. Hal ini sekaligus telah melonjakkan nama beliau di mata dunia. Pada 4 Disember 2005 pula, beliau telah berjaya mengalahkan Rachael Grinham yang telah menjadikan beliau juara termuda yang memenangi Kejohanan Skuasy Dunia.

Nicol telah menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti(D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.

Kejayaan anak Malaysia ini wajar dijadikan contoh kepada generasi muda kini dan mampu membuka mata masyarakat luar bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain bertaraf dunia.

KEJAYAAN ANAK MALAYSIA MENJELAJAH NEGARA

Habis dunia sukan dan angkasa lepas diteroka, kini kita lihat pula tentang seorang tokoh yang bernama Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abd Kadir. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau sebagai penjelajah negara yang telah menjejakkan kaki di Last Degree atau paksi bumi iaitu bahagian bumi paling utara.

Persiapan selama dua tahun dan perjalanan selama 10 hari telah dilalui oleh beliau dengan penuh cekal dan semangat juang yang tinggi. Beliau merupakan seorang yang kuat dari segi fizikal mahupun mental dan pada tahun 2004, beliau telah berjaya menjelajah kutub selatan yang telah menyebabkan beliau mula dikenali dan mula mendapat tempat di hati rakyat.

Generasi kini sepatutnya mengambil iktibar dari kejayaan beliau dan menjadikan kejayaan ini sebagai pendorong dan pembakar semangat kepada kejayaan di masa depan supaya nama Malaysia terus utuh terpahat di hati dunia.

Page 10: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Dua tahun bersusah payah, menepis pelbagai gosip dan mengharungi ujian yang bukan calang-calang akhirnya hajat untuk menakluk Antartika menggunakan kaedah meluncur ski secara solo berjaya dicapai.

Tarikh 29 Disember 2004 menyaksikan wanita kental ini menamatkan ekspedisi solonya tepat pukul 10.45 malam waktu Malaysia, 10 hari lebih awal dari jadual.

Kejayaan tersebut turut mencatat rekod baru yang melayakkan beliau muncul sebagai wanita pertama Asia meluncur ski secara solo di Antartika dalam masa 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet. Kejayaan tersebut juga telah diiktiraf oleh Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi itu. Kejayaan yang diperoleh bukan mudah untuk dikecapi, beliau telah mengalami kecederaan di lutut dan buku lali setelah terjatuh sebanyak empat kali lalu terpaksa menangguhkan perjalanan selama beberapa hari dan akhirnya berjaya merealisasikan ekspedisinya itu sekali gus mencipta nama menjadi wanita Asia pertama berjaya merentasi Antartika secara solo menggunakan kaedah meluncur ski.

PENCAPAIAN ANAK MALAYSIA MENGELILINGI DUNIA DENGAN BELAYAR

Seterusnya, kita lihat pula sumbangan anak Malaysia dalam melakukan pelayaran untuk mengelilingi dunia. Datuk Azhar Mansor merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Pada mulanya Datuk Azhar Mansor bercadang untuk melakukan pelayaran tersebut dalam tempoh kurang 100 hari, tetapi beliau telah menghadapi masalah berkaitan tiang layar yang patah ketika berada di Cape Horn, Amerika Selatan. Bagaimanapun Datuk Azhar Mansor telah berjaya melakukannya dalam masa 190 hari. Kegigihan Datuk Azhar Mansor adalah contoh unggul Semangat Malaysia Baru. Datuk Azhar Mansor yang berusia 41 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta. Pelayaran yang mengambil masa selama 104 hari pada tahun 1999 dengan pelbagai dugaan dan rintangan, tetapi dengan tekad Malaysia Boleh Beliau telah berjaya mengatasinya dengan penuh tabah bersama kapal layarnya yang dinamakan Jalur Gemilang.

Datuk azhar Mansor telah berjaya mencipta rekod baru melalui laluan Eastabout yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun sebelum ini mahupun pelayar terkenal dunia tetapi Datuk Azhar telah membuktikan keberaniannya dengan semangat Melayu Boleh atau Malaysia Boleh dan telah diiktiraf oleh WSSRC (World Speed Sailing Record Council) sebagai rekod rasmi. Beliau adalah salah seorang dari beberapa orang di dunia ini belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa henti and merupakan orang pertama Asia yang melakukannya selain daripada Jepun. Kurang daripada 150 orang sahaja yang berjaya melakukannya dan beliau telah diiktiraf dalam dunia pelayaran dan meletakkan Negara Malaysia setaraf dengan negara barat yang lain di dalam dunia pelayaran.

Kini, beliau mengusahakan Telaga Harbour Park di Langkawi. Ia merupakan salah satu marina yang terbaik di Malaysia. Keperwiraan Datuk Azhar Mansor adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Baginya, usaha dan kegigihannya dalam mengharungi badai dan ombak adalah

Page 11: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

sebagai sumbangannya sebagai anak merdeka yang tidak berpeluang merasai pahit jerih rakyat yang hidup pada zaman sebelum merdeka.

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN ANAK MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN

Sudah 57 tahun kita bebas dari penjajah yang tidak jemu-jemu menyusahkan negara kita. Namun, ada satu perkara yang telah ditekan dan sangat di beri perhatian sejak dahulu lagi malahan sebelum merdeka lagi iaitu pendidikan. Tanpa pendidikan yang cukup, kita tidak mampu untuk memajukan negara kita. Kerajaan sanggup membelanjakan jutaan ringgit hanya untuk pendidikan di negara kita. Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk membangunkan negara dan juga untuk pembentukan modal insan. Tidak hairanlah jika pelajar-pelajar generasi kini berlumba-lumba untuk menimba ilmu dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.kalau dulu, pendidikan hanya untuk anak melayu menjadi pegawai-pegawai kecil. Kini, anak-anak muda menuntut ilmu untuk bersaing dengan masyarakat luar demi memajukan negara. Antara tokoh pendidikan di Malaysia, tidak asing lagi di pendengaran kita iaitu Amalina Che Bakri yang memperoleh 17A1 dan Azali Azlan yang memperoleh 21A1

NUR AMALINA CHE BAKRI

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor

Page 12: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.

AZALI AZLAN

Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus,

Page 13: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.

Pertahankan kemerdekaan negara

Kita harus pertahankan kemerdekaan negara sebaik mungkin. Itu pesanan yang disampaikan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, masyarakat di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kerana kemerdekaan yang dikecapi membolehkan rakyat Malaysia menikmati keamanan dan kemajuan.

“Sebagai anak Malaysia yang tak sempat melihat apa yang berlaku sebelum merdeka, saya melihat tahap kemajuan negara bermula dari tarikh kita merdeka sehingga sekarang.

“Saya bersyukur kerana kita kini mempunyai infrastruktur yang lengkap serta pembangunan bina insan yang cemerlang bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih bertanggungjawab dalam meneruskan perjuangan memajukan negara,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT).

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata, Malaysia bertuah kerana memiliki banyak pemimpin dan tokoh yang telah memberikan banyak sumbangan dalam membangunkan negara.

“Selepas kemerdekaan, kita bertuah kerana kerana mendapat banyak pemimpin berkaliber yang kerjanya hanya berfikir untuk memajukan negara.

“Kita juga memiliki penjawat-penjawat awam dan guru-guru yang bertugas dengan penuh ikhlas dalam memastikan anak bangsa mereka maju ke hadapan. Mereka tidak mendapat gaji yang tinggi, tapi sumbangan mereka sangat besar,” ujarnya.

Bercerita tentang pengalamannya sebagai ahli perniagaan, beliau berkata, Malaysia jauh lebih bernasib baik berbanding kebanyakan negara-negara lain di dunia selepas memperolehi kemerdekaan.

“Sebagai ahli perniagaan yang terlibat dengan perniagaan di serata dunia, saya selalu membandingkan perkembangan dan halatuju Malaysia dengan negara lain selepas kemerdekaan.

“Selepas lebih 50 tahun merdeka, perkembangan Malaysia jauh lebih dinamik berbanding kebanyakan negara lain. Kita juga telah mencapai banyak kejayaan dari segi infrasktruktur, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan kematangan masyarakat, dan inilah erti kemerdekaan yang sebenar,” jelasnya.

Page 14: Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang- Buku Skrap Kemerdekaan

Beliau bagaimanapun melahirkan kebimbangan sekiranya kemajuan tersebut tidak dapat dipertahankan kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat.

“Saya sebenarnya rasa bimbang dengan sikap segelintir rakyat yang cuba membawa Malaysia kembali mundur ke belakang. Sikap mereka yang mahu memundurkan negara dan membuat negara huru-hara menunjukkan bahawa mereka tidak menghargai pembaharuan dan tahap pencapaian negara selepas 50 tahun kita merdeka.

“Justeru, kita berharap agar orang muda di negara ini menyedari tanggungjawab mereka membawa Malaysia supaya lebih maju ke hadapan dan tidak dipengaruhi anasir-anasir negatif yang merugikan negara,” tegasnya – TMT