penasihatan

12
1.0 Pengenalan

Upload: damiana-redha

Post on 27-Jun-2015

1.042 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penasihatan

1.0 Pengenalan

Page 2: Penasihatan

2.0 Definisi dan Ciri-ciri Penasihatan

Penasihatan merupakan salah satu kemahiran yang boleh digunakan oleh guru dalam

membantu pelajarnya. Kefahaman guru dalam bidang penasihatan akan membantu

mereka dalam menolong pelajar terutamanya ketika berhadapan dengan masalah

akademik serta perkembangan diri pelajar. Pelajar-pelajar memerlukan nasihat

memandang mereka mudah terpengaruh dengan budaya kuning sehingga menyebabkan

pelajar mengalami kekeliruan dalam mengamalkan budaya yang betul dan yang mana

salah.

Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan

masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. (Khadijah Rohani dan

Nazariah Samad, 2006: 7). Strategi ini merupakan salah satu cara mudah untuk

mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, menjelajah masalah yang dihadapi.

Mengikut Kamus Dewan (1994) nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan,

mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai

hal. Gibson dan Mitchell (1999) pula menyatakan bahawa nasihat digunakan bagi

menyediakan klien dengan matlumat baru dan berguna selain mengajar cara bagaimana

untuk berfikir dan bertindak. (Khadijah Rohani dan Nazariah Samad, 2006: 7).

Penasihatan mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan bimbingan

dan kaunseling. Salah satu daripada ciri-ciri tersebut ialah berfokus kepada permasalahan

yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Konsep

penasihatan ini terarah kepada menyelesaikan masalah yang berlaku daripada menyelami

psikologi pelajar tersebut. Contohnya, pelajar yang mengalami masalah akademik. Guru

akan menggunakan konsep penasihatan dengan memberi panduan cara-cara belajar

dengan betul seperti belajar secara berkumpulan, merancang jadual waktu belajar dan

lain-lain. Nasihat yang diberikan ini akan membantu pelajar yang lemah bagi

meningkatkan potensi diri masing-masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Penasihatan

Ciri-ciri lain penasihatan ialah berbentuk arahan atau suruhan kepada orang lain

daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti. Orang yang berautoriti ini lebih

berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.

Lazimnya, guru merupakan penasihat yang paling berkesan di sekolah apabila

berhadapan dengan pelajar bermasalah. Hal ini kerana guru merupakan orang yang

memainkan peranan penting dalam pembentukan diri pelajar selepas ibu bapa kerana

kebanyakan masa dihabiskan di sekolah. (Suppiah Nachiappan et. al , 2009: 65). Guru

juga merupakan orang yang paling rapat dan mudah didampingi oleh pelajar.

Selain itu, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi

permasalahan jika nasihat itu memberi kesan. Di dalam melaksanakan penasihatan, guru

tidak perlu memberitahu pelajar apa yang mereka perlu lakukan sebaliknya memberi

khidmat nasihat ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memantau tindakan

pelajar tersebut. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan kebergantungan pelajar

kepada guru. Oleh yang demikian, guru perlu memberi kebebasan dan kelonggaran agar

pelajar dapat berfikir dan bertindak dengan membuat keputusan yang terbaik untuk diri

mereka.

Adakalanya guru berhadapan dengan permasalahan yang rumit dan kompleks.

Kemungkinan masalah pelajar adalah berpunca daripada keretakan rumahtangga

keluarga, masalah kewangan dan lain-lain. Salah satu tugas guru ialah memahami

masalah pelajar dan berusaha menolong mengatasinya. Oleh itu, guru bolehlah memberi

khidmat nasihat sebaik mungkin. Kadangkala terdapat kes-kes yang memerlukan

kemahiran-kemahiran yang khusus bagi menanganinya. Oleh yang demikian, kes yang

melepasi bidang tugas penasihat, maka perlulah dirujuk kepada kaunselor sekolah. hal ini

kerana seandainya guru penasihat tidak mampu membantu, adalah lebih baik individu

yang lebih arif dan berkebolehan mengendalikan sesuatu permasalahan. (Noraini,

2003:56)

Page 4: Penasihatan

3.0 Guru Sebagai Penasihat Yang Berkesan di Sekolah

Hubungan menasihat antara guru dan pelajar adalah interaksi yang berbentuk

interpersonal yang memerlukan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Kemahiran

interpersonal ialah kemampuan seseorang dalam memahami dan memebzakan perasaan,

keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. (Suppiah Nachiappan, 2009:156). Justeru,

guru sebagai pembimbing dan penasihat perlu memahami dengan mendalam aspek

kemanusiaan. Oleh kerana sekolah juga adalah sebahagian daripada masyarakat, tindakan

guru sebagai penasihat akan meninggalkan kesan kepada masyarakat sekeliling. Maka,

guru perlulah berhati-hati supaya setiap nasihat yang diberikan tidak menyalahi budaya

masyarakat setempat. Guru haruslah mewujudkan nilai-nilai positif supaya dapat

menghasilkan penasihatan yang berkesan.

Gurus sebagai penasihat di sekolah seharusnya mempunyai sifat yang mesra dan

sentiasa mudah untuk didampingi. Guru mestilah sentiasa memperlihatkan sikap yang

sentiasa menerima pelajar dengan penuh kemesraan. Kemesraan ini boleh digambarkan

melalui wajah yang manis, tutur kata yang lembut dan kata-kata yang penuh diplomasi,

memek muka dan gerak badan yang menyenangkan. Dengan cara ini, pelajar akan berasa

diterima, dihargai dan dihormati. Segala perlakuan guru akan sentiasa diperhatikan oleh

pelajar dan hal ini mampu mendatangkan suatu perasaan tenang dan yakin dalam diri

pelajar semasa mendapatkan kdidmat nasihat.

Selain itu, penasihat yang berkesan perlulah memiliki sikap yang amanah, jujur

dan ikhlas semasa memeberi khidmat nasihat. Sikap ini merupakan asas dalam tindakan

seseorang sebagai penasihat. Kerahsiaan adalah garis panduan etika kepada guru sebagai

penasihat supaya tidak membocorkan atau mendedahkan apa sahaja perkara yang dikira

sebagai rahsia dari perspektif pelajar sebagai individu yang mendapatkan penasihatan.

(Khadijah Rohani dan Nazariah Samad, 2006:55).

Sebagai contohnya, jika pelajar mengalami masalah dalam subjek Matematik dan

mengadu kepada guru. Oleh itu, guru perlulah memberi panduan dan nasihat serta cara

Page 5: Penasihatan

bagi menguasai subjek tersebut dan bukannya membocorkan masalah tersebut kepada

pelajar lain sehingga diejek oleh kawan-kawan. Kejujuran yang ada pada seorang guru

akan mengawal tindakannya supaya hanya tertumpu untuk membantu pelajar tersebut.

Keikhlasan pula mengawal tindaka guru yang bertujuan hanya untuk membantu pelajar

tanpa mengharapkan ganjaran dan balasan. Keadaan ini juga mampu membuka ruang

yang lebih akrab dan saling mempercayai antara guru dan pelajar seterusnya membawa

kepada proses penasihatan yang lebih berkesan.

Page 6: Penasihatan

4.0 Perbezaan antara Penasihatan dan Bimbingan

Page 7: Penasihatan
Page 8: Penasihatan

5.0 Kepentingan Penasihatan di Sekolah

Page 9: Penasihatan