keselamatan penduduk keutamaan negeri

23
Pemasyhuran Gelaran DYTM Raja Muda Selangor Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 21 - 28 Oktober 2016, 20 - 27 Muharam 1438 Keselamatan penduduk keutamaan negeri BERITA PENUH MUKA �&6 KHAS pra belanjawan Anak Selangor diiktiraf PBB 16 & 17 5 14 Bantuan RM�, � kepada keluarga mangsa membabitkan sumbangan Kerajaan Negeri, Zakat Selangor, ADN Sementa dan Yayasan Islam Darul Ehsan.

Upload: vukhue

Post on 22-Jan-2017

271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

PemasyhuranGelaran DYTM Raja MudaSelangor

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 21 - 28 Oktober 2016, 20 - 27 Muharam 1438

Keselamatanpenduduk

keutamaan negeri

BERITA PENUH MUKA �&6

KHAS pra belanjawan

Anak Selangordiiktiraf PBB

16&17

5

14Bantuan RM�,��� kepada keluarga mangsa membabitkan sumbangan Kerajaan Negeri, Zakat Selangor,

ADN Sementa danYayasan Islam Darul Ehsan.

Page 2: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama2 SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Sultan Selangor serah bantuan RM�.� jutaPETALING JAYA - DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan RM1.7 juta kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan, di sini, pada 18 Oktober lalu.

Sumbangan dibuat menerusi kutipan dana daripada pelbagai badan bukan kerajaan dan individu persendirian.

Sultan Selangor turut berkenan me-nyerahkan sumbangan RM400,000 sebagai inisiatif badan kebajikan itu meneruskan khidmat komuniti sosial kanak-kanak istimewa di negeri itu.

Pada masa sama, RM100,000 ehsan Kerajaan Negeri turut diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali kepada Presiden Persatuan, Dato’ Dr Lam Peng Chong.

Sementara itu, Peng Chong dalam ucapannya merakamkan setinggi peng-hargaan atas sumbangan yang dilihat

mampu meneruskan khidmat komuniti kepada kanak-kanak memerlukan di se-luruh negeri.

Beliau berkata, khidmat bakti pi-haknya diteruskan bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat peluang se-baiknya seperti kanak-kanak lain.

“Jumlah itu bukan sekadar angka ke-rana walau berapa banyak kosongnya, kami sentiasa meneruskan khidmat so-sial kepada kanak-kanak yang cukup is-timewa,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin mencemar duli meluangkan masa kira-kira dua jam menyantuni dan beramah mesra bersama kanak-kanak istimewa di pusat jagaan itu.

Turut mencemar duli, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pusat kanak-kanak spastik itu sinonim sebagai pusat kebajikan yang menjadi

tumpuan masyarakat menerusi pengli-batannya dalam perkembangan sosial anak istimewa.

Mula beroperasi sejak 1960, pusat ke-

bajikan itu terus optimis menyediakan khidmat bantuan sosial kepada kanak-kanak istimewa khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Syor persempadanan semula

Kerajaan Negeri kemuka bantahan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerajaan Sela-ngor akan memfailkan semakan kehakiman bagi membantah syor persempadanan semula ka-wasan pilihan raya dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Kuala Lumpur.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tin-dakan terbabit dan segala mak-lumat kemas kini dibuat pada 18 Oktober lalu atau selewat-lewat-nya, pada 19 Oktober.

“Kerajaan Negeri percaya kita mempunyai kes kuat berdasar-kan bukti dikumpul kumpulan pakar berhubung perkara ini dan

mendapati notis juga syor dike-luarkan SPR mencabuli perlem-bagaan.

“Sebagai Menteri Besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kita percaya langkah diambil SPR melanggari hak rakyat pelbagai bangsa,” ka-tanya dalam sidang media di sini, pada 18 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, tin-dakan itu diambil ekoran Kera-jaan Negeri rasa bertanggung-jawab mempertahankan sistem demokrasi dan hak rakyat di neg-eri itu.

Katanya, antara tujuan semak-an adalah memohon mahkamah mengeluarkan syor dikemukakan dan melarang SPR meneruskan

proses inkuiri sehingga ia dide-ngar di mahkamah.

“Walaupun tiada kes dikemu-kakan atau rujukan dibuat sebe-lum ini tetapi tiada sebab untuk kita tidak mengemukakannya se-bagai bantahan.

“Dalam keadaan sekarang, kita melihat Barisan Nasional (BN) ter-lalu mendesak dan mengguna-kan isu perkauman bagi mem-pertahankan Putrajaya, maka sudah tentu kita bertanggung-jawab membantah secara keras.

“Daripada maklumat awal dibuat kumpulan pakar, maka buktinya terlalu jelas dan meya-kinkan bahawa mahkamah akan meneliti permohonan ini juga memberi keadilan,” katanya.

SPR jangan jadi budak suruhan UmnoSERI ANDALAS - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya tidak menjadi ‘budak suruhan’ kepada Umno-Barisan Nasional (BN) apabila cende-rung berpihak kepada gagasan itu dalam isu persempadanan semula.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei ber-kata, SPR memberi kelebihan kepada Umno untuk bertan- ding di kawasan yang direka khusus untuk membolehkan parti itu menang tanpa memikir-kan rakan komponen dalam BN.

“Gambaran diberikan adalah mereka terus fokus untuk menang sekurang-kurangnya 35 kawasan dengan perubahan cadangan persempadanan baru ini.

“Jelas sekali SPR melakukan proses ini atas arahan daripada Umno-BN,” katanya dalam si-dang media bersama ADN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pusat Khidmat DUN Seri Anda-las, baru-baru ini.

Sebelum ini, proses persem-padan semula dijalankan SPR menimbulkan keraguan dan di-lihat berpihak kepada Umno-BN.

Ekoran itu, pelbagai pihak tampil menggesa SPR supaya lebih telus memainkan fungsi sebenar badan terbabit tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik.

“Cadangan persempadanan semula ini diatur secara terge-sa-gesa dan dibuat dengan per-timbangan juga strategi untuk menangkan Umno.

“Kita menyeru rakyat untuk membuka mata terhadap apa dilakukan SPR ini,” katanya.

Cadangan persempadanan semula ini diatur secara tergesa-gesa dan dibuat dengan pertimbangan juga strategi untuk menangkan Umno

SHUHAIMI SHAFIEIADN Sri Muda

Page 3: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama3SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Persiapan rapi

Siap siaga hadapi banjirOLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Persiapan rapi bagi mengelakkan banjir di Kam-pung Batu Empat, di sini, sudah dilaksanakan sebaiknya ekoran fenomena air pasang besar di be-berapa kawasan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, an-tara tindakan itu termasuk me-nyediakan 4,000 beg guni pasir dan sembilan pam bergerak un-tuk mengepam air di lokasi me-merlukan.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor me-nyediakan 11 pam bergerak bagi menghadapi musim tengkujuh dengan sembilan daripadanya sudah dipasang di Sabak Bernam dan Klang.

“JPS beri jaminan segala kerja bakal selesai termasuk meletak-kan 4,000 beg pasir untuk me-ninggikan ban dan kita harap ia

dapat menghalang air masuk ke kampung.

“Ban yang pecah ini sebena-rnya berlaku sejauh 40 meter sa-haja kerana tiada penahan kayu bakau dan menyebabkan air ter-tumpu di laluan itu sahaja, na-mun kerja (pembaikan) sedang dilakukan," katanya ketika me-ninjau lokasi ban pecah berham-piran jeti Sungai Keramat, di sini, pada 17 Oktober lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, ban terbabit tidak termasuk dalam senarai peruntu-kan RM4.3 juta bagi projek me-naik taraf ban di seluruh Selangor.

Sebaliknya, beliau berkata, ia termasuk di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dengan peruntukan RM3 juta.

"Peruntukan itu termasuk me-naik taraf ban di pengkalan ne-layan Rantau Panjang, Kampung Tok Muda dan Sungai Janggut," katanya.

Mangsa banjir terima bantuan RM�,���KLANG - 35 keluarga yang terke-san ekoran fenomena air pasang besar, pada 30 September lalu menerima bantuan sekurang-kurangnya RM1,050.

Sumbangan itu membabitkan RM300 daripada Kerajaan Negeri, RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), RM250 sumba-ngan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa dan RM200 daripada Yayasan Islam Darul Ehsan.

Pada masa sama, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) turut menyumbang RM200 bagi setiap keluarga yang berdaftar sebagai ahli Tabung Anak Wari-san Selangor (TAWAS).

Selain bantuan kewangan, keluarga mangsa turut diberi bantuan makanan kering se-perti beras yang diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan wakil

agensi terlibat di Dewan Ser-baguna Kampung Tok Muda, di sini, pada 17 Oktober lalu.

Mohamed Azmin sebelum itu turut meluangkan masa bertemu 236 mangsa daripada 53 kelu-arga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, di situ.

Turut hadir, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan ADN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Henti lempar tohmahanKLANG - Ketika Kerajaan Negeri gigih memberi perkhidmatan ter-baik bagi menjamin keselamatan penduduk ekoran fenomena air pasang besar, terdapat segelintir pihak melemparkan tohmahan tidak berasas.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau kesal terhadap dakwaan itu kerana Kerajaan Negeri giat melakukan persiapan awal bagi menghadapi fenomena berke-naan.

Katanya, ia termasuk memberi peruntukan tambahan RM4.3 juta bagi menyelenggara ban yang rosak.

“Kita cuba elakkan perkara ini daripada berlaku tetapi tidak mungkin ban itu boleh diseleng-gara dalam tempoh sehari tan-pa mengikut perincian teknikal yang betul.

“Ia bagi memastikan kejadi-an sama tidak berulang, namun laporan media mengatakan saya

Peruntukan khas tawar pendidikan percuma UNISELKUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor di bawah pentadbi-ran Pakatan menyediakan pe-runtukan khas bagi membiayai pendidikan percuma kepada mahasiswa di Universiti Sela- ngor (UNISEL).

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, peruntukan itu meliputi Skim Dermasiswa kepada ma-hasiswa berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di uni-versiti milik Kerajaan Negeri itu.

Beliau berkata, peruntukan lebih besar bakal disalurkan bagi tujuan itu di peringkat Kerajaan Persekutuan jika Pa-katan berjaya menakluki Putra-jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jika Pakatan tadbir Putra-jaya, kita tiada halangan untuk beri pendidikan percuma, na-mun ketika ini di Selangor su-dah ada peruntukan khas bagi tujuan itu,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, pada 17 Oktober lalu.

Beliau menjawab persoa-lan dibangkitkan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkenaan tawaran pembia-yaan pendidikan percuma dalam manifesto Pakatan sebe-lum ini.

Idris mendakwa, Pakatan tidak merealisasikan hasrat untuk memberi pendidikan percuma seperti yang pernah dijanjikan kepada rakyat di negeri itu.

tidak turun padang, tidak am-bil tindakan dan faham masalah rakyat.

“Di kampung ini sahaja sudah dua kali saya turun sama seperti tempat lain kerana ini bukan keis-timewaan tetapi tanggungja-wab untuk menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Menerusi tinjauan Selangor-Kini, kebanyakan penduduk me-ngakui keprihatinan Kerajaan Negeri yang bukan sahaja mem-beri kelulusan segera peruntukan menaik taraf ban, malahan ber-

tindak awal dalam menghadapi fenomena kali ini.

Menurut mangsa, langkah awal yang diambil Kerajaan Ne-geri termasuk menyediakan notis awal supaya penduduk berpin-dah dapat mengurangkan keru-gian harta benda.

“Hendak pindah ke pusat pe-mindahan ini juga tidak kelam-kabut dan segala keperluan su-dah disediakan seperti makanan dan tempat tidur selesa,” kata penduduk Kampung Tok Muda, Ahmad Azahari Soraji, 45.

Page 4: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama4 SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Miliki sikap terpuji

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Walaupun antara putera raja yang bakal menduduki takhta istana suatu hari nanti, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin cekal menjalani latihan lasak ketenteraan sama seperti penuntut lain di Royal Military Academy Sandhurst.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kecekalan baginda adalah ciri kepahlawanan yang menjadi tradisi dan jati diri yang mengalir dalam darah leluhur Kesultanan Selangor memba-ngun kerajaan, mencipta keteraturan dan sistem pemerintahan seantero rantau nu-santara.

Beliau turut memuji sikap Raja Muda yang membentuk ikatan 'Skuad Malaya' apabila menjalinkan persahabatan sejati dengan pegawai kadet dari tanah air.

“Walaupun berlatih di bumi asing, Tuanku tidak pernah lupa dan tercabut daripada akar juga kesetiaan tulen ter-hadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghayati kata pujangga: Hubbul Watan Minal Iman – Cintakan tanah air sebahagian daripada iman.

“Akademi tersohor ini melahirkan gra-duan memiliki kemahiran dan kepakaran ilmu ketenteraan, berdisiplin tinggi juga memiliki daya ketahanan fizikal dan mental semasa latihan.

“Tuanku menyelami kelemahan diri se-bagai langkah membina kekuatan untuk menjadi pegawai dan pemimpin berwiba-wa,” katanya ketika menyampaikan sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelaran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah se-bagai Raja Muda Selangor.

Pentauliahan Tengku Amir sebagai Pega-

Raja Muda Selangor pemimpin berwibawa

Putera muda bijak bistari,Segak pula duduk di depan;Raja Muda cahaya negeri,Lembayung bangsa di masa hadapan.

‘Waris negeri’ kebanggaan rakyat jelata,Elok kampung ada tuanya,Elok negeri ada warisnya.

‘Waris negeri’ sepantun pohon,Rimbun daunnya bakal tempat berteduh,Kuat dahannya bakal tempat bergantung,Yang dikukuhkan dengan adatnya,Adat yang turun dan berkembang,Adat yang diikat dengan syarak,Adat bertalikan Kitabullah.

wai Tentera Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Terendak, Melaka yang juga kem sama Mohamed Azmin pernah menabur bakti se-bagai guru Matematik anak perajurit sekali lagi menjadi kebanggaan rakyat.

Katanya, hasil didikan sempurna ayah-andanya Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah diikuti latihan keten-teraan menjadikan keterampilan Tengku Amir menepati ciri pemimpin yang dika-sihi rakyat.

Mohamed Azmin berkata, keperiba-dian Tengku Amir turut menyentuh hati beliau dan rakyat apabila tidak kekok mendampingi masyarakat dalam pelbagai acara seperti program Ihya Ramadan bagi menyemarakkan Islam dan aktiviti sukan demi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat, cerdas dan gagah.

“Patik dan sekalian rakyat ingin men-yembah taat setia ke atas Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dan memperba-harui ikrar mempertahankan institusi Raja

Berperlem-bagaan. Selagi ada bulan dan ma-tahari, begitulah ke- setiaan rakyat ke-pada raja dan negara kekal abadi.

“Institusi Raja Me-layu bagaikan sauh supaya bahtera bangsa tidak dihanyutkan taufan dan badai. Raja dan rakyat berpisah tiada.

“Institusi Raja Berper-lembagaan adalah payung kestabilan dan kemakmur-an Selangor untuk kekal sebagai negeri maju yang peduli rakyat,” katanya.

Menghadap Raja Muda Selangor

Page 5: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama5SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Sejarah baru Kesultanan Selangor terlakar

Pemasyhuran sarat istiadatOLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Istiadat Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Ge-laran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin sebagai Raja Muda Selangor berlangsung penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, pada 15 Okto-ber lalu.

Istiadat dimulakan dengan je-jawat diketuai Yang Dimuliakan Engku Maharajalela Setia Paduka masuk membawa alat kebesaran Sultan bersama kumpulan no-bat untuk mengambil tempat di Balairung Seri.

Jejawat terdiri dari 18 lelaki membawa payung, lapan jejawat lelaki membawa tombak, lapan jejawat lelaki membawa lem- bing, empat jejawat lelaki mem-bawa pedang, lapan jejawat perempuan membawa kaki lilin dan lapan jejawat perempuan menyempelai tetampan wali.

Turut sama, enam Bentara Raja sebelum bertimpuh setimbang di kiri kanan laluan singgahsana, dua Bentara lelaki, tiga Bentara perempuan membawa ketur, te-pak sirih dan alat air embat-em-bat dan tujuh pemain alat nobat yang terdiri daripada nafiri, se-runai, gendang nobat (gendang nyelalu), gendang nengkara dan gendang penangkah.

Istiadat diteruskan dengan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Laksamana Selangor bersama anak-anak Raja Bergelar diiri-ngi Yang Dimuliakan Tengku Paduka Shah Bandar ber-angkat ke Balairung Seri.

Tengku Paduka Shah Bandar kemu-diannya memba-wa dan meletak-kan al-Quran ke atas meja di s i n g g a h s a n a dengan diiringi Tengku Setia.

Tepat jam 10.00 pagi, gong dipalu se-banyak tiga kali menandakan ke-berangkatan tiba Duli Yang Maha Mu-lia (DYMM) Sultan Se-langor, Sultan Sharafud-din Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan iringan paluan nobat Lagu Raja Berangkat.

Keberangkatan pasangan di-raja itu turut disertai perarakan didahului Yang Amat Mulia Teng-ku Laksamana Selangor selaku

Ketua Adat Istiadat Diraja Sela- ngor, Bentara Raja membawa Sembuana, Panglima Perang Kanan Aman Diraja, Panglima Perang Kiri Sedia Diraja, Yang Dimuliakan Engku Seri Perdana membawa Keris Panjang Beruk

Berayun dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Selangor.

Turut sama mengiringi per-arakan itu, Yang Mulia Anak-anak

Raja Berempat, Juruiring Tentera dan Juruiring Polis, Yang Dimu-liakan Tengku Setia dan Yang Dimuliakan Tengku Seri Paduka Shah Bandar.

Sejurus selepas Sultan Shara-fuddin dan Permaisuri Norashi-kin bersemayam di singgahsana, Tengku Amir berangkat masuk

ke Balairung Seri dengan diiringi Yang Dimuliakan

Tengku Indera Bijaya Diraja dan Yang

Dimuliakan Teng-ku Seri Perkasa

Diraja.T e n g k u

Amir kemu-diannya me-nyempurna kan Istia dat Menjun- jung Duli dan Meng-

hadap Sultan S h a r a f u d d i n

bagi menyem-bahkan kem-

bali cenderamata selepas meninggal-

kan Selangor selama tujuh hari pemahsyuran

gelaran dengan iringan palu-an nobat lagu Anak Raja Bersir-am.

Istiadat diteruskan lagi de-ngan sembah ucapan tahniah Kerajaan Negeri dan rakyat Se-langor oleh Dato’ Menteri Besar,

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diapit Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong me-wakili kaum Cina dan ADN Kota Alam Shah, V Ganabatirau me-wakili kaum India.

Turut sama menyembahkan ucapan tahniah, YAM Tengku Indera Setia Selangor mewakili waris dan kerabat diraja, Ahli Dewan Di-Raja, Orang-orang Be-sar Bergelar, Orang-orang Besar Istana dan Orang-orang Besar Daerah dengan diapit oleh Yang Amat Dihormati Tengku Seri

Wangsa Diraja dan Yang Amat Dihormati Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa selamat disampai-kan Dato’ Seri Utama Diraja Muf-ti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Istiadat penuh gemilang itu berakhir apabila Sultan Shara-fuddin mengucup Keris Panjang Beruk Berayun sebelum menye-rahkan kembali kepada Yang Dimuliakan Engku Seri Perdana yang datang menghadap.

Page 6: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama6 SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

KLANG - Persiapan awal dijalankan Kera-jaan Negeri bagi membantu mangsa ban-jir air pasang besar di sekitar Kampung Tok Muda, di sini, pada 16 Oktober lalu me-legakan penduduk setempat.

Beberapa mang-sa yang ditemui Se-langorKini berkata, persiapan awal itu memudahkan mere-ka berpindah lebih awal, sekali gus me-ngurangkan kerugian harta benda.

“Awal lagi kami sudah dimaklum-kan, jadi persiapan rapi dapat dilakukan dengan memindahkan barang ke tempat lebih tinggi supaya tidak rosak.

“Urusan ke pusat pemindahan ini juga tidak kelam-kabut dan segalanya sudah tersedia seperti makan-an dan tempat tidur,” kata penduduk Kampung Tok Muda, Ahmad Azahari So-raji, 45.

Katanya, kedudukan rumahnya yang terletak di kawasan berisiko tinggi untuk dinaiki air menyebabk an beliau dan ahli kelu-arga lain m e m u -

tuskan untuk mengikuti nasihat diberikan pihak bertanggungjawab.

Abdul Kahar Saroji, 49, pula memuji kepekaan Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengambil berat terha-dap mangsa banjir, di sini.

“Sejak kami dilanda banjir, Dr Da-royah bertemu kami untuk mem-

bantu memudahkan pemin-dahan mangsa ke sini.

“Persiapan awal juga menyebabkan jum-

lah kerugian ditang-gung tidak terlalu tinggi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Khariah Azlina Khairuddin, 21, mengucap-kan terima kasih kepada Kera-jaan Negeri yang memastikan keselesaan mangsa banjir.

“Kami disediakan tempat yang selesa cukup dengan ke-mudahan, saya sangat bersyu-kur,” katanya yang berkhidmat sebagai kakitangan swasta.

Fenomena air pasang besar

Ban pecah akibat pasang besarKLANG - Benteng air di Kampung Batu 5, di sini, yang baru dibaiki tidak dapat me-nampung air deras ekoran fenomena air laut pasang besar, pada 16 Oktober lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.00 pagi itu menyebabkan paras air mening-kat dengan cepat sebelum kembali surut menjelang siang.

Menurut laman sesawang Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, daroyahalwi.com, penduduk berhampiran sudah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementa-ra di Dewan Ahmad Razali di Batu 4, di sini.

Laman seswang terbabit menyatakan 55 orang daripada 15 keluarga sudah di-tempatkan di pusat pemindahan semen-tara di Dewan Ahmad Razali.

Terdahulu, SelangorKini yang membuat tinjauan keadaan di Kampung Tok Muda mendapati 236 orang daripada 53 ke-luarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda.

Kebanyakan orang ramai yang dite-mui turut memuji langkah Kerajaan Negeri membuat persediaan awal bagi mengha-dapi fenomena air laut pasang besar kali ini.

Kami disediakantempat yang selesa cukup dengan kemudahan, saya sangat bersyukur

KHARIAH AZLINAMangsa

Ahmad Azahari

Langkah awal buat mangsa lega

Page 7: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Utama7SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

>>>>>>>

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Sebanyak 30 kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah sisa pepejal di seluruh daerah Klang.

Pengurus Besar Kumpulan Da-rul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM), Ramli Tahir berkata, penye-rahan itu sejajar komitmen KDEBWM membawa perubahan juga pembaha-ruan kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisien.

“Penyerahan lori kompaktor baru KDEBWM ini bagi menggantikan lori lama milik sub kontraktor yang berusia dan uzur.

“KDEBWM yakin masalah tipikal di-hadapi kontraktor seperti lori rosak dan tumpahan air ‘leachate’ dapat dise- lesaikan,” katanya kepada SelangorKini, pada 13 Oktober lalu.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Yang Dipertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Ya-sid Bidin.

Ramli berkata, semua lori kompaktor baru itu dilengkapi pelbagai teknologi canggih dan terkini antaranya sistem pe-mantauan lokasi kenderaan (AVLS), ka-mera undur dan CCTV yang dikawal se-cara berpusat di Centralized Command

Center (CCC) di Plaza Perangsang.Katanya, kecanggihan sistem yang

terdapat pada lori kompaktor itu selaras dengan aspirasi dan inisiatif Smart Se-langor.

“Konsep ini menekankan pengaplika-sian kecanggihan teknologi dalam ke-mudahan dan perkhidmatan diberikan kepada rakyat termasuk pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Sejumlah RM23 juta diperuntukkan untuk 60 lori kompaktor sampah baru dengan lapan daripadanya sudah di- serahkan, manakala 22 lagi akan dis-erahkan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Hian Wah berkata, hanya daerah Klang dijadikan sebagai projek perintis buat masa ini sebelum di-perluaskan ke kawasan lain.

Katanya, Kerajaan Negeri turut ber-puas hati terhadap KDEBWM setakat ini bagi menguruskan masalah sampah di kawasan itu.

“Kita dapat lihat pasukan profesional dan cekap berbanding apa yang kita ada sebelum ini, malahan berjaya memberi imej baru kepada penduduk Klang.

“Pada peringkat pertama, KDEBWM hanya menyelesaikan pengurusan sisa pepejal, manakala di peringkat kedua nanti mereka akan mengambil alih pe-ngurusan sisa awam.

“Buat masa ini, kita berpuas hati ke-rana isu sampah di Klang lebih terkawal,” katanya.

Perkhidmatan lebih efisien

�� kompaktor tingkat mutu kutipan sampah

Page 8: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Nasional8 SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Skandal kewangan sana sini

Hapus ketirisan demi rakyat

Isu pertindihan Laut China Selatan gagal ditangani

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutu-an disifatkan gagal menangani isu per-tikaian pertindihan Laut China Selatan membabitkan beberapa negara di ran-tau ini.

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, ia ekoran tiada sebarang spesifikasi atau pendekatan secara efektif diambil Kerajaan Malaysia berkenaan perkara itu.

“Apa pendirian Malaysia? Pastinya per-masalahan dan isu pertindihan ini akan mewujudkan ketegangan juga perti-kaian masyarakat terhadap peranan Ke-rajaan Malaysia.

“Mengapa Kerajaan Malaysia tidak menggunakan pendekatan diambil Tun Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri dulu iaitu mewujudkan zon aman di rantau pasifik ini?

“Mengapa pendirian itu tidak digu-nakan Perdana Menteri kini sebagai ja-minan keamanan dan kestabilan persisir-an laut itu?” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini, pada 17 Oktober lalu.

Beliau mengulas tindakan Kera-jaan Amerika Syarikat juga China yang mengerahkan kekuatan tentera di ka-wasan perairan Laut China Selatan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut menyatakan kebimbangannya jika Kerajaan Persekutuan gagal mengambil pendirian secara efektif bagi menangani kemelut itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Da-tuk Seri Najib Razak dalam kenyataan balas berkata, tumpuan berkenaannya akan dibuat menerusi rundingan dan kerjasama serantau dengan negara ter-libat.

Wujud keraguan penangguhan kes Anwar?PUTRAJAYA - Penangguhan keputusan semakan dikemukakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dibuat secara tergesa-gesa, sekali gus menim-bulkan persoalan berkenaan prosiding Mahkamah Persekutuan.

Peguam Anwar, Kimberley Motley berkata demikian merujuk ketetapan dibuat panel lima hakim dipengerusi-kan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin selepas mendengar hujahan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan balas pen-dakwa raya, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

“Prosiding mahkamah hari ini (12 Ok-tober) berjalan terlalu pantas daripada apa yang kami jangka.

“Sudah tentu kami berharap proses kehakiman ini dibuat secara adil tanpa wujud sebarang campur tangan,” kata-nya kepada pemberita di luar Mahka-mah Persekutuan.

Proses perbicaraan dan semakan ke-hakiman Anwar menjadi tumpuan an-tarabangsa, sekali gus menuntut perbi-caraan adil dan telus.

Motley berkata, pendedahan kes berkenaan menjadi perhatian pelbagai institusi di peringkat tempatan dan an-

tarabangsa.Pada masa sama, Motley berkata, se-

luruh dunia sedang memerhatikan kes terbabit dan ia terus menjadi perhatian antarabangsa.

Sebelum ini, pelbagai pihak khusus-nya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dianggotai Malaysia mendesak pembebasan Anwar kerana beranggapan pendakwaan itu bermotif politik.

Beberapa pimpinan tertinggi dunia juga turut senada dengan pendirian PBB antaranya Dr Yusuf Al Qardawi.

Mahkamah Persekutuan sebelum itu mendengar permohonan Anwar untuk menyemak keputusannya selepas Lem-baga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu menolak peti-syen pengampunan bekas ketua pem-bangkang itu.

Beliau diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela, Kimberley Motley dan Latheefa Koya.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun memfailkan semak-an itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Dr Wan Azizah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR - Amalan ketirisan pen-tadbiran Kerajaan Persekutuan perlu dibendung sebagai jaminan keberkesanan

dan manfaat buat rakyat, kata Ketua Pem-bangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, skandal berterusan ke-menterian di Putrajaya akan terus mengha-kis kepercayaan masyarakat, sekali gus me-nyekat aspek pembangunan mereka.

Katanya, ia merujuk kepada dana RM100 juta yang diseleweng di Kementerian Belia dan Sukan juga skandal 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

“Ketika skandal RM100 juta itu berlaku, ia sesuatu yang sangat memalukan apabila pencapaian atlet kita lebih baik dalam ke-adaan ketirisan kementerian itu.

"Sudah sampai waktunya kementerian perlu menggunakan peruntukan ini secara profesional demi kelangsungan rakyat,” ka-tanya pada sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat di Parlimen, pada 17 Oktober lalu.

Terdahulu, media melaporkan pendeda-han penyelewengan dana RM100 juta bagi tujuan pembangunan sukan Malaysia yang diseleweng pegawai tinggi kerajaan.

Pendedahan itu sekali gus menimbul-kan integriti kementerian di Putrajaya dalam usaha meningkatkan prospek sosial dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada mak-lum balas lanjut berhubung perkara itu.

Page 9: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Nasional9SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Bajet 2017

MTUC tuntut had ambil pekerja asing

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut kerajaan su-paya menghadkan pengambilan pekerja asing kepada 20 peratus di setiap tempat kerja.

Pemangku Presidennya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, perkara itu sebaha-gian daripada tuntutan 13 perkara MTUC kepada Per-dana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak, menjelang pemben-tangan Belanjawan 2017, pada 21 Oktober ini.

Katanya, MTUC yang mewakili kaum pekerja kebanyakannya daripada sektor swasta berharap bajet kali ini mem-beri kesaksamaan dan kesejahteraan kepa-da rakyat.

“Isu pengambilan ramai pekerja asing berbanding pekerja tempatan antara isu berlarutan, sejak tahun lalu.

“Majikan beralasan pekerja tempatan ti-dak mahu melakukan kerja kotor, sukar dan

bahaya, namun pengkritik menjawab gaji dibayar tidak setimpal,” katanya.

Abdullah berkata, MTUC turut mengge-sa kerajaan mengenakan cukai lebih tinggi kepada syarikat yang bergantung kepada

pekerja asing.Institusi terbabit juga mahu skim Pertubuhan Keselamatan

Sosial (PERKESO) diperluaskan kepada semua pekerja asing kerana pada masa ini me-reka tiada sebarang perlin-dungan.

"Insentif khas juga ha-rus diberikan kepada majikan

yang menggajikan pekerja tem-patan, di samping pelepasan cukai

bagi syarikat yang memberi elaun khas dan bonus untuk pekerja," katanya.

Antara tuntutan lain adalah meningkat-kan sumbangan caruman KWSP, kadar pre-mium 0.25 peratus untuk skim insurans pe-kerjaan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, gaji minimum RM1,500 untuk semua sektor dan pelepasan cukai perseorangan daripada RM9,000 kepada RM12,000.

Wujudkan lokasi kitar semula telefon pintarSHAH ALAM - Syarikat pengeluar tele-fon di negara ini wajib menyediakan lokasi khas bagi tempat pembuangan telefon pintar rosak supaya ia boleh dikitar semula.

Timbalan Presiden Gabungan Per-satuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, lo-kasi khas itu boleh dijadikan satu dari-pada elemen penting dalam undang-undang e-sisa yang bakal dikuat kuasa, pada 2018.

Beliau berkata, langkah itu mengam-bil ‘inspirasi’ daripada pengasingan sisa pepejal seperti sampah sarap kepada beberapa bahagian.

“Dalam undang-undang baru, syari-kat pengeluar telefon perlu menye-diakan lokasi khas untuk pembuangan telefon pintar rosak.

“Jika boleh, syarikat pengeluar beli semula telefon itu daripada penggu-na dengan membayar sedikit insentif, sekali gus mampu menarik minat peng-guna menjualnya,” katanya lapor BER-NAMA.

Pada masa sama, Mohd Yusof turut mencadangkan kerajaan supaya me-nguatkuasakan undang-undang de-

ngan mengenakan tindakan terhadap pemilik telefon pintar yang gagal mem-buang telefon pintar rosak.

Katanya, ia bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap kesedaran mengi-tar semula telefon pintar.

“Sebelum ini, orang ramai mem-buang sisa telefon pintar merata-rata tempat hingga membahayakan nyawa sedangkan ia mengandungi komponen bertoksik.

“Komponen plumbum pada telefon pintar rosak mampu merosakkan sistem saraf dan buah pinggang, manakala bahan merkuri boleh menyebabkan in-somnia,” katanya.

Yusof turut meminta semua pihak supaya memainkan peranan termasuk syarikat pengeluar telefon pintar de-ngan menjalankan kempen kitar semula dan menggalakkan orang ramai mem-buangnya secara sukarela.

Ditanya berkenaan pengguna yang masih menyimpan telefon pintar lama mereka, Yusof berkata, tidak salah me-nyimpannya sebagai koleksi, namun ia mesti diasingkan daripada komponen berbahaya untuk mengelak kemuda-ratan kepada kesihatan.

Apa pendirian Malaysia?KUALA LUMPUR - Pendirian Kerajaan Malaysia secara konsisten untuk mem-pertahankan kedaulatan negara khu-susnya di kawasan perairan dipersoal Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Iz-zah Anwar.

Naib Presiden KEADILAN itu berka-ta, Kerajaan Malaysia terlalu ‘tunduk’ dengan kuasa besar luar yang boleh mempengaruhi sentimen kedaulatan negara.

“Realiti kekuatan China itu tidak kita nafikan, namun kita mahu pendirian Malaysia untuk mencerminkan ke-daulatan negara.

“Walaupun sudah wujud tribunal penafian, namun kita perlu ada lang-kah untuk berhadapan sebarang ke-mungkinan pencerobohan yang bakal berlaku di negara ini," katanya pada

sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, pada 17 Oktober lalu.

Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, Malaysia terlalu terhutang budi dengan negara luar khususnya China selepas mereka membeli aset dan ekuiti 1Ma-laysia Development Berhad (1MDB).

“Kita mahu Kerajaan Malaysia tampil menjelaskan sebarang langkah diambil bagi memastikan kedaulatan negara kita tidak langsung terpalit,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perbahasannya mendedahkan wujud tribunal juga pe-mantauan berterusan di kawasan per-airan negara.

Bagaimanapun, kenyataan itu di-persoal Nurul Izzah menerusi insiden pencerobohan kapal luar dan kemasu-kan pendatang asing secara berleluasa.

Page 10: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

10Ekonomi

SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Kekal penyumbang utama KDNK

RM�.�� bilion kukuh ekonomiOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Selangor terus konsisten mengukuhkan ekonomi negeri dengan RM3.03 bilion pelaburan modal bagi tem-poh enam bulan pertama tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, jumlah itu me-letakkan Selangor di tempat kedua ber-banding Johor, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, negeri itu kekal pada kedudukan teratas dengan 130 projek dalam tempoh sama berbanding negeri lain di Malaysia daripada segi bi-langan projek.

“Pencapaian ini menunjukkan Kerajaan Negeri berada di landasan tepat bagi me-nepati sasaran RM6 bilion menjelang akhir 2016.

“Dengan ketidaktentuan ekonomi global, kita berbangga dengan perkem-bangan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Selangor In-ternational Expo 2016 di Bangunan SUK, di sini, pada 13 Oktober lalu.

Pada masa sama, Chang Khim ber-kata, Selangor juga terus kekal sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan

Artis terkenal bakal kongsi tip kejayaanSHAH ALAM - Artis tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin bakal me-nyertai Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di The Mines, Seri Kembangan, pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Selain pengasas produk kecantikan SimplySiti itu, antara selebriti lain yang turut serta adalah Datuk Rosyam Nor, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman (Terlajak Laris), Datuk AC Mizal dan Afdlin Shauki.

Mereka dijadual berkongsi pengala-man dalam bidang perniagaan dan keja-yaan hidup pada hari terakhir expo, pada 22 Oktober ini.

Pameran kali kedua anjuran Invest Selangor Berhad (INVEST) itu turut membabitkan 570 peserta dari dalam

dan luar negara, antaranya China, Hong Kong, Taiwan, India, Iran, negara Eropah juga ASEAN.

Selain sesi bersama usahawan sele-briti, program menarik lain ialah seminar industri halal kelolaan Dewan Perdaga-ngan Islam Malaysia.

INVEST dengan kerjasama Malaysian Bioeconomy Development Corporation turut menganjurkan sesi bioteknologi bertemakan Bio Untuk Belia.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.selangorexpo.com atau [email protected].

Pada 2015, SIE menampilkan lebih 400 peserta pameran dengan catatan lebih 4,000 pengunjung.

Pencapaian ini menunjukkan Kerajaan Negeri berada di landasan tepat bagi menepati sasaran RM6 bilion menjelang akhir 2016

TENG CHANG KHIMExco Pelaburan

22.6 peratus.“Ia menunjukkan peningkatan ber-

banding sumbangan KDNK pada 2014 dengan catatan 22.4 peratus.

“Kerajaan Negeri percaya Sela-ngor akan menerajui senarai penyum-bang KDNK untuk tahun mendatang,” katanya.

Page 11: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

11SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Page 12: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

Album12 SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Album13SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail mengedarkan 120 tong sampah baru sumbangan KDEB kepada penduduk setempat

ADN Cempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad mengadakan lawatan tapak bagi program Pangsapuri Permai Ceria

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiri Karnival Sihat Selangor di kawasan beliau

ADN Seri Serdang, Noor

Hanim Ismail menghadiri

Program Jom Shopping

Deepavali di DUN beliau

ADN Rawang, Gan Pei Nei melakukan semakan pelan dan lawatan ke Tapak Perkuburan Orang Islam Kuala Garing bersama AJK Masjid Nurul Iman

ADN Bukit Melawati,

Jakiran Jacomah menghadiri

perlawanan amal bagi mengum-pul dana Kelab

Bola Sepak Bukit Rotan Baru

ADN Sungai Pinang, Dato’

Teng Chang Khim melakukan

kayuhan pagi sejauh 53km

bersama penduduk

setempat

ADN Teratai, Tiew Way Keng menyantuni masyarakat setempat dalam program Jom Shopping Deepavali di DUN beliau

ADN Seri Andalas, Dr

Xavier Jayakumar

menghadiri Karnival Sihat

Selangor di DUN beliau

Page 13: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

14Rencana

SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Dr Lutfi anak Selangor pilihan PBB

OLEH LIZAWATI MADFA

Bangga! Itulah perasaan yang terbit sejurus menerima berita seorang doktor muda Malay-sia terpilih antara 17 Pemimpin

Muda untuk Matlamat Pembangunan Mampan 2016 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih membanggakan doktor lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berasal dari Gombak, Selangor.

Bukan calang-calang, Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, 29, terpilih daripada ka-langan 18,000 calon dari 186 negara ber-dasarkan usaha dan inisiatifnya dalam bi-dang keusahawanan sosial.

Mengimbas titik mulanya, ketika di ta-hun pertama pengajiannya lagi beliau su-dah mula menanam cita-cita menubuh-kan badan bukan kerajaan (NGO) berkisar perkhidmatan kesihatan berkonsepkan pembangunan mampan.

Hasil penelitiannya, Lutfi mendapati kebanyakan NGO perubatan fokus kepa-da bantuan kecemasan bencana seperti banjir, perang, gempa bumi dan tsunami.

"Saya hargai kewujudan NGO ini, na-mun terfikir apa nasib komuniti berke-naan selepas itu dan siapakah akan bantu mereka selepas NGO tadi sudah pulang selepas misi bantuan?

"Daripada situlah, saya perolehi idea mewujudkan NGO yang bukan sekadar fokus kepada bantuan kecemasan tetapi sesuatu yang lebih mampan," ceritanya membuka bicara.

Cita-citanya sudah ditanam. Namun, beliau mengaku pada awalnya ragu-ra-gu mengambil langkah pertama apabila memikirkan hal berhubung dana, pem-bahagian masa, sokongan pakar dan fak-tor lain lantaran ketika itu masih bergelar pelajar.

Hingga suatu masa, Lutfi ditimpa ujian berat apabila telinga kirinya mengalami kerosakan dan menyebabkan cecair otak keluar melaluinya.

Keadaan itu menyebabkan beliau ter-lantar lama di wad hospital dengan hi-lang keupayaan sementara untuk men-dengar dan mengimbangkan badan yang membuatkannya hampir berputus asa

Hospital Beyond Boundaries bantu Melayu Champa

dengan masa hadapannya."Pada satu malam, saya solat dan ber-

nazar andainya kembali sihat, mampu berjalan dan menjadi doktor, saya akan mulakan cita-cita menubuhkan sebuah NGO pada waktu itu juga.

"Allah SWT nyata mendengar, doa mak-bul dan saya nekad tunai nazar tanpa me-noleh ke belakang lagi," kongsi anak pa-sangan doktor dan pegawai farmasi itu.

Hikmah di sebalik ujian

Setiap berlaku ada hikmah, begitu juga dengan episod hitam Lutfi itu.

Paling penting, beliau mula se-dar mati dan hilang nikmat itu boleh berlaku bila-bila masa sa-haja, lalu mengapa perkara dan niat yang baik harus ditangguh.

"Waktu muda adalah paling sesuai kita memulakannya kerana kurang tang-gungjawab dan mampu menggalas risiko.

"Dana boleh dicari, kepakaran juga bo-leh digali daripada mereka yang berpe-ngalaman. Di situlah, titik tolak saya mu-lakan Hospital Beyond Boundaries (HBB) bersama Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah yang banyak membantu .

"Akhirnya, HBB didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), pada 22 Mei 2012," imbasnya.

Namun mengapa Kemboja? Lutfi berka-ta, segalanya bermula dengan guru mengaji ibunya yang berasal daripada kelom-pok Melayu Champa, di sana.

"Beliau mahu

mengumpul dana membina institusi dan membentangkan projeknya kepada ke-luarga saya yang memang kuat latar be-lakang perubatan.

"Daripada perkongsiannya, saya nam-pak peluang membina klinik untuk bantu golongan Melayu Champa yang sangat terkebelakang kesan kekejaman rejim Khmer Rouge, 30 tahun lalu," cerita anak kedua daripada lima beradik itu.

HBB buka klinik fizikal di Kemboja

Selepas empat tahun bertahan dengan klinik bergerak dengan aktiviti pemerik-

saan kesihatan asas, HBB akhirnya ber-jaya membuka klinik fizikal di bumi

Kemboja.Tidak seperti NGO lain yang

Hospitals Beyond Boundaries

Page 14: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

15SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Rencana

SIAPAKAH DR MOHD LUTFI FADIL

LOKMAN?

• Sedang berkhidmat di Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Pengasas dan Pegawai Eksekutif Hospital Beyond Boundaries (HBB)

• Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dan penerima Anugerah Tun Dr Ismail atas pencapaian pelajar terbaik

• Pengerusi Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia (SMMAMS) bagi tempoh 2011-2012

• Pendebat Antarabangsa Terbaik di Pertandingan Debat Kesihatan Sedunia IFMSA (2012)

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman rasmi Hospitals Beyond Boundaries (HBB) di http://www.hbb.org.my/

menyediakan doktor asing, konsep di HBB mengutamakan pembentukan mo-dal insan daripada komuniti setempat.

Lutfi menjelaskan, HBB memberi lati-han kepada penduduk tempatan untuk mengendalikan klinik berkenaan dengan pemantauan HBB.

"Kami mahu kakitangan yang lebih me-mahami rakyat setempat agar penduduk yang mendapatkan rawatan merasa lebih dekat dengan HBB.

"Pada masa sama, mahu kelompok ini berupaya untuk meneruskan HBB seki-ranya kami tidak mampu lagi. Inilah kon-sep pembangunan mampan yang kami tekankan," tegasnya.

Setakat ini, HBB mempunyai enam ka-kitangan tetap termasuk dua doktor, juru-rawat, bidan, akauntan dan juruteknik makmal perubatan.

"Konsep HBB juga bukan sepenuhnya amal. Sebaliknya, golongan sederhana dikenakan bayaran dan ia kemudian di-gunakan kembali untuk subsidi mereka yang tidak berkemampuan," jelasnya.

HBB bakal menerjah ibu negara

HBB bukan sekadar di Kemboja, janji Lutfi. Sebagai pengasas, beliau mahu me-

lihat HBB terus berkembang.Namun, katanya, sistem sedia ada HBB

perlu diperkasa terlebih dahulu bagi menjadikannya lebih mampan dan beru-paya dilaksanakan di negara lain yang memerlukan.

"Bermula November ini, kami juga akan mulakan di ibu negara dengan ker-jasama dengan sebuah NGO yang aktif dengan pengagihan makanan kepada gelandangan.

"Seperti di Kemboja, kita mulakan da-hulu dengan pemeriksaan kesihatan bia-sa sebelum ke klinik bergerak, klinik biasa dan mungkin sebuah hospital," ujarnya penuh yakin.

Ternyata, Lutfi punya misi dan visi luar biasa. Belum mencapai usia 30-an, bakti-nya di tanah seberang manakan boleh di-lupa dan dipandang enteng.

Moga usahanya membuka lebih ba-nyak lagi hati anak muda untuk berjasa pada perkara serupa.

"Permulaan adalah laluan paling sukar kerana memerlukan pengorbanan tinggi daripada segi tenaga dan masa, tetapi mulakanlah walaupun berat.

"Namun, jangan semborono seba-liknya perlukan mentor dan pihak bertau-liah yang mampu pacu kita ke jalan yang betul," akhirinya.

Waktu muda adalah paling sesuai kita memulakannya kerana kita kurang tanggungjawab dan mampu menggalas risiko. Dana boleh dicari, kepakaran juga boleh digali daripada mereka yang berpengalaman. Di situlah, titik tolak saya mulakan Hospital Beyond Boundaries (HBB) bersama Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah yang banyak membantu

DR MOHD LUTFI FADILPengasas HBB

Page 15: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR �����6

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Pertumbuhan ekonomi negeri mencakupi bidang pertanian menjana pe-ningkatan positif dengan

perolehan RM32 juta setahun dari-pada jumlah keseluruhan keluaran pertanian negara.

Jumlah tersebut meletakkan Selangor menerajui pengeluaran padi negara dengan hasil purata 6.4 juta tan setahun walaupun ke-luasan tanah pertaniannya tidak seluas negeri lain di Semenanjung.

Exco Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-dul Talib berkata, kejayaan tersebut didorong pelaksanaan dasar Agro Smart Selangor di bawah pentad-biran Pakatan.

Beliau berkata, pelaksanaan-nya memberi tumpuan terhadap penggunaan teknologi moden dalam pengeluaran pertanian ser-ta menggunakan teknik 'plant fac-tory' sebagai jaminan pengeluaran berterusan.

"Hala tuju itu pastinya tertumpu kepada bidang kajian supaya sasa-ran kita dalam bidang pertanian mendatangkan hasil dan menepati hala tuju yang ditetapkan.

"Ini termasuk penggunaan teknologi moden dan kaedah 'plant factory' menjurus kepada penanaman tanaman dalam ba-ngunan yang tidak memerlukan pencahayaan secara terus daripa-da matahari.

"Keberkesanannya, teknik pen-

Tingkat pembangunan pertanian negeri

Realisasi dasar Agro Smart Selangorcahayaan lampu di dalam bangu-nan ini boleh menggantikan peng-gunaan cahaya matahari di luar dan menjana perolehan hasil," ka-tanya kepada SelangorKini.

Contohi Belanda, produktiviti bertambah

Mengakui wujudnya sedikit kekangan bagi menjana perolehan pertanian pada kadar maksima disebabkan faktor keluasan tanah, Zaidy berkata, prospek pertani-an negeri bagi tahun 2017 boleh mencontohi pendekatan yang di-laksanakan di Belanda.

Walaupun Selangor negeri per-industrian, Zaidy percaya penge-luaran pertanian boleh ditingkat-kan sebagaimana kejayaan dicapai Belanda walaupun keluasan tanah-nya juga terhad.

Zaidy berkata, pendekatan itu kini dilaksanakan di Selangor bagi tempoh 2017 menerusi penubu-han pelan induk pembangunan pertanian jangka panjang.

Katanya, usaha tersebut boleh

digunakan pakai di negeri itu de-ngan memaksimakan setiap ruang yang ada dengan penggunaan se-gala teknologi dan inovasi terkini.

"Sebagai sebuah negeri per-industrian dengan mempunyai jumlah penduduk yang tinggi, ia memberi cabaran kepada sektor pertanian kerana isu tanah men-jadi faktor paling utama.

"Namun dengan pelan ini, kita berharap ia merangkumi aspek

penggunaan tanah optimum dan mampu menjana hasil tani yang tinggi melalui penggunaan teknologi serta konsep pertanian moden," katanya.

Fokus jana 2.5 peratus KDNK

Dalam usaha mengukuhkan dapatan 2.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) per-tanian, Zaidy berkata, tumpuan

Pelan Induk Pembangunan Per-tanian (PIPP) 2016-2025 rancak dibangunkan ke arah penghasilan sumber pertanian negeri.

Beliau berkata, pelan tersebut dirangka selepas mendapati wu-judnya ketidakseimbangan popu-lasi penduduk dengan kepesatan industri pertanian yang rancak dibangunkan Kerajaan Negeri.

"Jumlah penduduk di Selangor tertinggi bagi tahun 2013 dengan kepadatan 5.8 juta bersamaan dengan 19 peratus keseluruhan rakyat Malaysia.

“Namun, kadar pertumbuhan sektor pertanian tidak selari de-ngan kadar pertumbuhan popu-lasi negeri.

“Justeru, satu kajian perlu dia-dakan untuk merancang hala tuju sektor pertanian yang lebih efektif di Selangor,” katanya.

Sebagai jaminan, beliau per-caya Belanjawan 2017 pastinya turut memfokuskan ke arah pelak-sanaan pelbagai dasar pertanian negeri dan diwujudkan sebelum ini yang mampu dicapai.

Page 16: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ���� ��

OLEH NAZLI IBRAHIM

Kerajaan Negeri terus komi-ted bagi memastikan ke-selesaan masyarakat luar bandar apabila 286 projek

bernilai RM18.9 juta dicadangkan dalam Belanjawan 2016 seperti diu-mumkan Dato' Menteri Besar Sela-ngor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Laporan Prestasi Fizikal Pemba-ngunan Luar Bandar 2016 mem-babitkan peruntukan di bawah portfolio Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi yang diterajui Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi termasuk 160 projek jalan dan longkang bernilai RM10.44 juta, manakala selebihnya membabitkan projek pembangu-nan dewan, balai raya, kemudahan sukan dan jambatan bernilai RM2.77 juta yang sudah diluluskan, sehing-ga 30 September lalu.

Laporan itu turut menunjuk-kan pada tempoh sama sejumlah RM4.73 juta atau 45.29 peratus dari-pada peruntukan keseluruhan 2016 sudah dibelanjakan bagi projek ja-lan dan longkang, manakala RM1.2 juta atau 42.91 peratus bagi projek pembangunan dewan, balai raya, kemudahan sukan dan jambatan.

Sementara itu, status pelaksa-naan pula menunjukkan 201 pro-

Keselesaan masyarakat luar bandar tak dilupakan

Kerajaan Negeri kekal komited peduli rakyat

jek sudah siap sepenuhnya ber-banding 286 keseluruhan projek yang dicadangkan.

Pembangunan desa tidak dilupakan

Bagi peruntukan pembangu-nan desa dan kampung tradisi pula, RM2.75 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2016 membabitkan RM2.37 juta dibelanjakan, sehingga 30 September lalu.

Bagi melaksanakan Program Kampungku Kesayanganku (3K) di lapan daerah, sejumlah RM630,000

diperuntukkan dengan RM560,000 sudah dibelan-

jakan.Jumlah perbelan-

jaan itu tidak termasuk program 3K yang akan dilangsungkan di Kua-

la Langat, pada 28 dan 29 Oktober ini.

Manakala, pertandi-ngan Kampung Tradisi Terbaik yang menelan per-

belanjaan RM415,000 pula kini di peringkat pelak-

sanaan penilaian kam-pung terlibat oleh satu jawatankuasa khas.

Industri komu-niti kampung yang

mene-rima peruntukan RM1 juta pula setakat ini membelanjakan RM992,500 dan Pertandingan Usa-hawan Desa Terbaik yang menelan kos RM50,000 pula sedang dalam proses penilaian.

Selain itu, program lain di bawah portfolio sama adalah Kursus Pen-tadbiran Setiausaha dan Bendahari JKKK dengan jumlah perbelanjaan RM204,000 dan Program Satu Dae-rah Satu Inkubator pula membabit-kan perbelanjaan RM150,000 menjadikan jumlah keseluruhan di-belanjakan RM2.37 juta.

Perundangan syariah diperkasa

Bagi peruntukan yang disalur-kan di bawah Hal Ehwal Agama Islam turut mencatatkan perkem-bangan memberangsangkan khu-susnya melibatkan usaha menye-lesaikan kes tertunggak di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Sela-ngor (JAKESS).

Antaranya, berjaya menyele-saikan 4,610 daripada 5,474 atau 84 peratus kes tertunggak yang difailkan melebihi tempoh dua ta-hun (2014 dan sebelumnya) Mal Mahkamah Rendah Syariah (MRS)

Manakala, bagi kes Mal MRS yang difailkan tempoh kurang dua tahun pula mencatatkan 29,440 daripada 34,500 kes tertunggak berjaya diselesaikan sehingga Sep-tember lalu atau 131.2 peratus ber-banding 60 peratus sasaran yang ditetapkan.

Sementara itu, sebanyak 1,513 daripada 1,810 kes Mal Mahka-mah Tinggi Syariah (MTS) tertung-gak yang difailkan lebih dua tahun atau 98.3 peratus turut berjaya di-selesaikan.

Manakala, bagi kes Mal MTS ter-tunggak yang difailkan kurang dua tahun pula mencatatkan 3,633 da-ripada 5,063 kes diselesaikan atau

130.5 peratus berbanding sasaran 55 peratus.

Usaha JAKESS menjadikan ja-batan itu lebih mesra rakyat juga dijalankan dengan melaksanakan program Mahkamah Syariah Mobil sebanyak 15 kali berbanding sasa-ran sebanyak lapan kali.

JAKESS turut melaksanakan Pro-gram Literasi Undang-undang ber-sama masyarakat Selangor seba-nyak 19 kali berbanding sasaran asal 12 kali.

JAKESS juga bakal menganjur-kan Persidangan Kehakiman Se-Nusantara, pada 7 hingga 9 No-vember ini.

Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Sehingga kini, pelbagai program sudah dijalankan seperti Pertandi-ngan Wau Kapal Terbuka, Pertandi-ngan Seni Khat Jawi Kanvas sempe-na Hari Muzium, Program Sambutan Hari Muzium, Kembara Muzium, projek pemuliharaan bangunan dan tapak tanah bersejarah seperti Ba-ngunan Lama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, Istana Bandar (fasa 2), Gedung Raja Abdullah (fasa 2), kajian hubungan Aceh dan Sela-ngor dan pelbagai lagi.

Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor turut menumpukan kerja grafik, 'write up' set peragaan pa- meran, terjemahan dan percetakan bagi Balai Kebudayaan, Balai Islam, Balai Ilmu Kejadian, Muzium Daerah Kuala Selangor, Muzium Daerah Sa-bak Bernam dan Muzium Insitu Ju-gra dengan peruntukan RM260,000 yang kemajuannya ketika ini men-capai 50 peratus.

Adat Melayu dan Warisan Ne-geri Selangor turut menjalankan program Adat Perkahwinan Mela-yu Selangor dengan perbelanjaan RM200,000 dengan 35 peratus su-dah dijalankan.

160 projek jalan dan longkang bernilai RM10.44 juta, manakala selebihnya projek pembangunan dewan, balai raya, kemudahan sukan dan jambatan RM2.77 juta yang sudah diluluskan, sehingga 30 Septem-ber lalu

Page 17: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

18PBT

SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Orang ra-mai kini boleh membuat aduan secara mudah melalui Sistem Pengurusan Aduan Rakyat (SPARKS) dilancarkan Majlis Dae-rah Kuala Selangor (MDKS).

Yang Dipertuanya, Noraini Ros-lan berkata, sistem itu merangku-mi portal laman sesawang dan ap-likasi telefon pintar (mobile apps) juga sudah diperkenalkan kepada semua jabatan MDKS.

Katanya, ia dipantau secara in-tensif oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan disertai 17 penye-lia, rata-ratanya terdiri daripada kakitangan MDKS.

“Orang ramai boleh meng-hantar aduan melalui portal atau telefon pintar, sementara kaki-tangan MDKS pula boleh menye-mak dan mengemas kini maklu-mat tindakan dengan pantas.

“Pengadu juga dapat meman-tau secara terus status terkini dan tindakan diambil MDKS berke-naan aduan mereka,” katanya ke-tika Majlis Pelancaran SPARKS di ibu pejabat MDKS, pada 11 Okto-ber lalu.

Majlis disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Pada masa sama, Noraini ber-kata, SPARKS yang sejajar dengan

agenda Smart Selangor diharap mampu memberi manfaat kepa-da penduduk Kuala Selangor.

“Bagi tujuan jangka panjang, sistem menyediakan maklumat Sistem Informasi Geografi (SIG) bagi menunjukkan trend aduan dan 'hotspot'.

“SPARKS juga meningkatkan kecekapan dan keberkesan-an MDKS dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk mencapai taraf perbandaran,” ka-tanya.

Aplikasi itu boleh dimuat tu-run di Google Play Store dan Apps Store dengan menaip nama penuh ‘Sistem Pengurusan Ad-uan Rakyat’ di ruangan mencari (search).

MDKS lancar SPARKS

Aduan di hujung jari

PUCHONG - Majlis Perbanda-ran Sepang (MPSepang) akan mengeluarkan notis kompaun ke atas pengusaha tapak pem-buangan sampah haram di Kampung Pulau Meranti, di sini, yang dikenakan tindakan sita.

Pengarah Penguatkuasan-ya, Mohd Azran Musa berkata, pihak berkuasa tempatan itu menjalankan tindakan selepas mendapati kawasan terbabit disalah guna dan menjadi tapak pembuangan sampah haram.

“Kita akan mengeluarkan no-tis iaitu tindakan kompaun se-lain notis pemberhentian ope-rasi juga pembersihan kawasan.

“Kita bertindak menyerbu dan menyita dua tapak pem-buangan sampah haram ini selepas mendapat maklumat awam sebelumnya,” katanya selepas mengadakan operasi mengejut, pada 10 Oktober lalu.

Operasi terbabit diketuai Exco Kerajaan Tempatan, Pemu-tihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah bersama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Langat, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kin-rara, Ng Sze Han.

Pada masa sama, Mohd Az-ran berkata, pemilik kawasan itu ada membuat permohonan kepada MPSepang bagi kerja penambakan tanah dan lom-bong, namun kelulusan belum diberikan pihaknya.

“Mungkin terdapat pemba-ngunan ingin dilakukannya di kawasan ini tetapi permohonan belum kita luluskan.

“MPSepang mempunyai syarat tertentu yang perlu di-penuhi pihak berkenaan,” ka-tanya.

Pengusaha tapak sampah haram disaman

KLANG - Pemilik premis di seki-tar kawasan perindustrian Klang diingatkan supaya menjaga ke-bersihahan atau bakal berde-pan tindakan tegas.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato’ Moha-mad Yasid Bidin berkata, pemi-lik tidak dibenarkan sama sekali melonggokkan bahan itu se-hingga mencemarkan jalan raya dan tanah kerajaan.

"Semua barangan juga sam-pah dilonggok tidak boleh dile-takkan di luar premis atau tanah kerajaan, manakala bahan yang masih digunakan perlu diletak-kan di dalam kawasan premis,” katanya selepas lawatan ke ka-wasan perindustrian Jalan Ke-bun Nenas, di sini, baru-baru ini.

Dalam operasi itu, tujuh pre-mis diperiksa tanpa sebarang

Pastikan premis bersih elak didenda

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membidas tindakan pihak tidak bertang-gungjawab yang menyebarkan suntingan iklan di kawasan per-bandarannya melalui laman so-sial.

Suntingan imej iklan ‘Pilih Si-hat. Dapatkan Ganjaran’ sebelum ini diubah kepada ‘Pilih Sihat’. Dapatkan Ganja’ menimbulkan situasi salah faham dalam kala-ngan masyarakat.

“MBPJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu tidak bertanggungjawab yang me-nyunting imej sehingga meng-akibatkan salah faham dan repu-tasi kami tercalar.

“Diharapkan orang ramai tidak mudah terpedaya dan

kompaun dikeluarkan.Bagaimanapun, Yasid berka-

ta, mana-mana pihak yang ing-kar dengan arahan MPK bakal dikenakan kompaun RM1,000.

“Setiap premis mempunyai

kontraktor yang mengutip sam-pah sendiri, namun tindakan melonggok bukan amalan baik dan dikhuatiri penduduk turut membuang sampah di kawasan itu,” katanya.

MBPJ kritik iklan disunting

berhenti menyebarkan imej berkenaan,” kata MBPJ dalam ke-nyataannya di Facebook.

Difahamkan, papan tanda iklan berkenaan diluluskan di

bawah bidang kuasa MBPJ ber-pandukan ketetapan dibuat Ke-rajaan Negeri sebelum ini.

Bagaimanapun, pengubah-suaiannya menimbulkan situasi kurang senang dengan angga-pan pihak berkuasa tempatan terbabit tidak sensitif.

Pada masa masa, penggu-na laman sosial, Ghandi Miv menuntut individu yang sengaja mencetuskan provokasi itu diba-wa ke muka pengadilan dan di-ambil tindakan sewajarnya.

“Orang yang tidak bertang-gungjawab patut dibawa ke muka keadilan supaya menjadi contoh kepada orang lain un-tuk tidak melakukan atau me- ngulang tindakan tidak ber-moral ini,” katanya.

MBPJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu tidak bertang-gungjawab yang menyunting imej sehingga meng-akibatkan salah faham danreputasi kami tercalar

Page 18: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

19SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

PBT

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR(SELANGOR STATE DEVELOPMENT CORPORATION)

TENDER ADALAH DIPELAWA KEPADA SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) SEPERTI BERIKUT:-

1. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM 106.00 (Termasuk GST 6%) dan hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan).

2. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 19 Oktober 2016.

3. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada syarikat yang sah sahaja. Sekiranya ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Wakil dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) dan PENGIKHTIRAFAN BUMIPUTERA (JIKA ADA) dan satu salinan bagi setiap Sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.

4. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:-

BAHAGIAN PEROLEHAN,PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR,

TINGKAT 7, MENARA HPAIC, LAMAN SERI BUSINESS PARK,NO. 7, PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13,

40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.No. Tel : 03-55201234

5. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.

SIZE : 17cm x 4col (Actual)

BUTIR-BUTIRTAWARAN

SYARATPENDAFTARAN

TEMPAT DANTARIKH DOKUMEN

DIJUAL

TARIKH TENDER DITUTUP

No. Kontrak : PKNS/IP/BPA/KON-01/2016

Tajuk Projek :MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHANTAR, MENGUJI SERTA MENGUJITERIMA SATU(1) BUAH BAS BARU, 36 PENUMPANG UNTUK PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR, TINGKAT 2-9, MENARA HPAIC, LAMAN SERI BUSINESS PARK, NO. 7, PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

BERDAFTAR Kementerian Kewangan

Malaysia (KKM)

Kod Bidang 110105

Bahagian Perolehan, Tingkat 7,

Menara HPAIC, SEKSYEN 13, SHAH ALAM

Pada:19 Oktober 2016

Hingga01 November 2016

08 November 2016

Jam 12.00 Tengahari

KENYATAAN TENDER

http://etender.pkns.gov.my

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) giat menjalankan operasi pindah alih kenderaan buruk di kawasannya bagi membendung masalah ka-cau ganggu kepada penduduk setempat.

Sekretariat Media Unit Komu-nikasi Korporat MBPJ dalam ke-nyataan berkata, operasi terbabit dilakukan bagi membendung pembiakan Aedes, mengatasi masalah halangan petak di tem-pat letak kereta juga menjaga ke-bersihan bandar.

Katanya, operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan dan Kejuruteraan dijadualkan setiap hari di lokasi ‘hotspot’ antara-nya PJS1-10, SS2, SS3, SS7, SS9A, SS20, S21, SS22, SS24, BU6, BU11, PJU10, PJU1A, PJU7, PJS1, SD 1, SD5, SD 9, SD12, Seksyen 6 Kota Damansara dan Seksyen 11 Kota Damansara.

“MBPJ mengenal pasti antara punca kenderaan terbiar ekoran pemilik kenderaan tidak mam-pu menampung kos pembaikan

tinggi atau ia sebenarnya dicuri."Kemungkinan juga pemi-

lik gagal menjelaskan pinjaman dengan bank dan kenderaan ke-malangan mempunyai masalah tuntutan dengan pihak insurans," katanya.

Sehingga kini, 699 tindakan tunda dilakukan dan 573 dialih-kan pemilik dengan 292 kende-raan buruk sudah dilupuskan, manakala 220 lagi dalam proses pelupusan.

Katanya, MBPJ menghantar notis dalam tempoh sebulan kepada pemilik kenderaan ber-dasarkan carian maklumat Ja-batan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk menghantar surat ke-pada polis untuk semakan.

"Jika tiada tuntutan oleh pemi-lik kenderaan, MBPJ mengambil tindakan perlucutan hak terha-dap kenderaan terbabit sebelum proses akhir pelupusan kende-raan buruk.

“Pemilik kenderaan buruk di-denda mengikut ketetapan ia-itu kompaun RM250, kos tunda RM250 dan lain-lain kos RM100,” katanya.

Peduli aduan penduduk

MBPJ alih kenderaan buruk

KLANG - 30,000 guni beg pasir disediakan bagi mening-gikan benteng persisiran pantai yang rendah atau rosak sebelum ini di ka-wasan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin ber-kata, kerja terbabit mula dilakukan pada 13 Oktober lalu bagi menghadapi fenomena air pasang besar.

“Kita diarahkan untuk menyediakan 30,000 beg guni pasir dan semua pe-nguatkuasa MPK, pejabat daerah juga Jabatan Kerja Raya (JKR) akan beker-jasama,” katanya.

Pada masa sama, Yasid berkata, enam dewan di bawah seliaan MPK akan dija-dikan tempat pemindahan dengan di-pastikan memiliki bekalan elektrik dan air mencukupi.

Beliau berkata, tiga unit PANTAS juga dalam keadaan bersedia untuk digerak-kan ke sesuatu tempat bagi menghulur-kan bantuan segera.

“Kita turut menyediakan bot untuk kegunaan itu dan pegawai MPK diarah-kan bertugas 24 jam bersama Pejabat Daerah Klang,” katanya.

Enam dewan dijadikan pusat pe-

��,��� beg pasir tinggikan benteng pesisir pantai

mindahan itu ialah Dewan Kompleks Sukan Pendamaran, Dewan Serbaguna Pendamaran Jaya, Kampung Idaman, Pelabuhan Klang dan Kampung Kuan-tan.

Terdahulu, 414 pusat pemindahan banjir seluruh negeri dibuka selama 24 jam bagi menempatkan mangsa feno-mena air pasang besar di kawasan ter-libat.

Kita diarah-kan untuk

menyediakan 30,000 beg guni pasir dan semua penguat-kuasa MPK, Pejabat Dae-

rah juga Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bekerjasama

MOHAMAD YASID BIDINYang Dipertua MPK

Page 19: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

20Pendidikan

SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Program ‘Men-tor Tangan Bersih’ bakal menje-lajah ke tadika seluruh negeri sepanjang Oktober ini bagi me-ningkatkan kesedaran menja-ga kebersihan dalam kalangan kanak-kanak.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ah-mad berkata, program perintis pendidikan khas itu mensasarkan penglibatan 20,000 kanak-kanak untuk mempelajari cara berstruk-tur daripada usia awal.

“Kita mahu anak seawal usia tiga hingga empat tahun menye-dari pentingnya penjagaan ke-bersihan dan menanamkan kon-sep pencegahan itu lebih baik daripada merawat,” katanya ke-pada SelangorKini.

Dengan kerjasama Lifebuoy dan Hooray, 110 guru dari dae-rah Petaling dan Klang terpilih sebagai ‘mentor’ dalam siri jelajah pertama, baru-baru ini.

Nik Nazmi berkata, mentor akan dibimbing cara berstruktur dalam menjaga serta mendidik

KUALA SELANGOR - Lebih ramai pelajar kurang berkemampuan bakal ditaja untuk menyertai pro-gram kemahiran teknikal di Kolej Antarabangsa INPENS, pada 2017.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, tajaan itu bagi melahirkan pelajar ber-pendidikan, sekali gus menaik taraf pendapatan keluarga dan memenuhi kehendak pasaran.

Katanya, setakat ini 300 pela-jar INPENS yang memenuhi kri-teria untuk menyertai program kemahiran teknikal itu berjaya dibantu melalui peruntukan di-salurkan Kerajaan Negeri.

“Belanjawan 2016 memperun-tukkan RM4 juta kepada INPENS untuk membantu pelajar dengan peningkatan dua kali ganda ber-banding sebelumnya.

“Langkah itu selaras dengan gagasan Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali yang

KUALA SELANGOR - Pelajar Kolej Antarabangsa INPENS yang ditawarkan pembiayaan Kerajaan Negeri perlu meng-gunakan peluang sedia ada de-ngan sebaiknya.

Pemangku Pegawai Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Ya-man berkata, hal itu kerana ramai anak muda yang menginginkan pembiayaan tidak memiliki pelu-ang sama.

“Saya mengharapkan usaha gigih dan kejayaan cemerlang daripada pelajar kerana pelu-ang mendapatkan tajaan atau biasiswa pengajian perlu disyu-kuri,” katanya kepada Selangor-Kini.

Pada masa sama, Zabri berka-ta, pihaknya bersedia dalam me-mastikan pelajar INPENS mem-perolehi pembiayaan pendidikan sewajarnya.

Katanya, ia bagi memastikan peranan kolej dalam melahir-kan ramai tenaga mahir terlak-sana walaupun dihujani pelbagai cabaran.

“Pembiayaan pendidikan adalah entiti penting untuk kelangsungan pembelajaran bagi setiap pelajar kerana kosnya meningkat setiap tahun.

“Maka, INPENS berbesar hati dan berharap Kerajaan Negeri dapat membantu pelajar secara berterusan supaya mereka boleh keluar daripada kepompong ke-miskinan,” katanya.

Sehingga kini, lebih 500 pe-lajar menerima surat tawaran program kemahiran teknikal IN-PENS membabitkan kursus ku-linari, pastri, pembuat pakaian lelaki dan wanita, motosikal, pe-nyaman udara juga sistem kom-puter.

SHAH ALAM - Universiti Sela-ngor (UNISEL) giat melaksanakan pelbagai inisiatif jangka panjang ke arah melahirkan graduan modal insan dan berkualiti.

Pengarah Komunikasi Korpo-ratnya, Hasril Abu Hassan ber-kata, UNISEL tidak hanya terhad kepada aspek pengajian ilmiah sahaja, sebaliknya turut meng-galakkan mahasiswa menyertai sukan dan pembangunan sosial.

“Warga UNISEL secara aktif terlibat dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sukan

untuk melahirkan modal insan berkualiti.

“Aspek kesukanan penting menerusi penglibatan graduan dan komuniti masyarakat sekitar luar kampus di Bestari Jaya khu-susnya,” katanya sempena pe-nganjuran aktiviti senamrobik di Kompleks Sukan UNISEL Kampus Bestari Jaya, pada 8 Oktober lalu.

Hadir sama, Profesor Dr Sha-haruddin Badaruddin; Timba-lan Naib Canselor, Amidi Abdul Manan; Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr Mohd Norazwan A Bakar dan

Pengarah Pusat Sukan, Sapaki Ah-mad Sayuti.

Pada masa sama, Hasril berka-ta, program itu dijadikan saranan ke arah menyahut pembentukan Wawasan 2020 untuk menjadi-kan Malaysia sebagai negara ber-sukan.

“Kebanyakan peserta khu-susnya pelajar berpuas hati ke-rana dapat mengeluarkan peluh dan beriadah sekali gus meng-hilangkan tekanan selepas pe- nat mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Pelajar perlu buktikecemerlangan

Fokus lahir graduan berkualiti

Jaga kebersihan diri

Mentor Tangan Bersih jelajah tadika

Lebih ramai bakal dibantu

menyarankan kolej ini dimartabat juga dibangunkan sebagai insti-tusi pengajian kemahiran unggul di Selangor,” katanya kepada Se-langorKini pada 11 Oktober lalu.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata, pemantapan kursus se-dia ada bakal diberi penekanan dengan jumlah pelajar dijangka terus meningkat saban tahun.

Beliau berkata, tiada had umur bagi menyertai program itu, namun Kerajaan Negeri menggalakkan be-lia muda untuk menyertainya.

“Antara kriteria diutamakan adalah pendapatan kurang dari-pada RM3,000 sebulan dan mem-punyai kelulusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau PT3,” katanya.

kanak-kanak berkenaan proses penjagaan kebersihan tangan oleh Lifebuoy.

“Dengan 110 guru, dijangka-kan sekurang-kurangnya 4,000 kanak-kanak bakal menerima manfaat ilmu berkenaan yang se-cara tidak langsung mampu me-ningkatkan kapasiti juga kualiti pendidik,” katanya.

Dengan kerjasama Lifebuoy dan Hooray, 110 guru dari daerah Petaling dan Klang terpilihsebagai ‘mentor’ dalam siri jelajahpertama

Page 20: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

WAKTU SOLAT SELANGOR21 - 28 Oktober 2016

20 - 27 Muharam 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

21 Jumaat 5.31 5:41 6.56 1:01 4:18 7:00 8:1022 Sabtu 5.31 5:41 6.56 1:00 4:18 7:00 8:1023 Ahad 5.31 5:41 6.56 1:00 4:19 7:00 8:1024 Isnin 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:1025 Selasa 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:0926 Rabu 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:0927 Khamis 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:0928 Jumaat 5.30 5:40 6.56 1:00 4:19 6:59 8:09

21 Jumaat 5.33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:02 8:1222 Sabtu 5.33 5:43 7:00 1:02 4:20 7:02 8:1223 Ahad 5.33 5:43 7:00 1:02 4:21 7:02 8:1224 Isnin 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:1225 Selasa 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:1126 Rabu 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:1127 Khamis 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:1128 Jumaat 5.32 5:42 7:00 1:02 4:21 7:01 8:11

21SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Agama

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR(SELANGOR STATE DEVELOPMENT CORPORATION)

Pra-Kelayakan adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 187 UNIT RUMAH TERES KOS SEDERHANA TINGGI 2 TINGKAT (20’X70’) YANG MENGANDUNGI : 1. JENIS A – 56 UNIT, 2. JENIS A-M – 28 UNIT, 3. JENIS B – 48 UNIT, 4. JENIS B-M – 25 UNIT, 5. JENIS C – 8 UNIT, 6. JENIS C-M – 8 UNIT, 7. JENIS D – 7 UNIT, 8. JENIS D-M – 7 UNIT, 9. PENCAWANG ELEKTRIK – 1 UNIT DI ATAS LOT PT 4076, FASA 3A, LAMAN 1, MUKIM KUALA KALUMPANG, DAERAH HULU SELANGOR DARUL EHSAN.

NO. KONTRAK : PKNS/IP/BJ/KON-04/2016

• Dokumen yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Hanya Kontraktor-kontraktor yangdisenaraipendeksahajaakandimaklumkandanlayakkeperingkatTenderseterusnya.

SIZE : 25cm x 4col (Actual)

NO. PERKARA HURAIAN

1. Skop Kerja 1. Kerja-kerjaAwalan2. Kerja-kerjaCerucuk3. Kerja-kerjaBangunan4. Kerja-kerjaMekanikal&Elektrikal5. Kerja-kerjaInfrastruktur6. Kerja-kerjaLandskap7. Kerja-kerjalainyangberkaitan

2. Syarat-syaratPra-Kelayakan

1. SyaratpendaftaranadalahberdaftardenganCIDB Gred G7 Pengkhususan B04, CE21. Sijil Pengiktirafan Bumiputera (PKK), Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil

Perolehan Kerja Kerajaan dari CIDB. (KontraktorberdaftaryangtelahdigantungolehCIDBdarimemasukitendertidaklayakuntukmemasukiPra-Kelayakan).

** Sila bawa bersama SIJIL ASAL dan Satu Salinan setiap sijil berikut semasa pembelian.

2. BerdaftardenganJabatan Kastam Diraja Malaysia di dalam GST.

3. MempunyaiPengalaman‘Qlassic’ atau ‘CONQUAS’ bagiprojekperumahan.

4. Mempunyaipensijilandanpengalamankerjasepertiyangdisenaraikandibawah: i) SistemPengurusanKualiti(MSISO9001:2008). ii) Amalan kerja yang berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS

18001:2007). iii) PengurusanAlamSekitar(MSISO14001:2004). (Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen

Pra-Kelayakan).

5. MempunyaikeupayaanKewangandankeupayaanTeknikal. i) Nilai‘NettWorth’melebihiRM2.0JutaatauModalPusinganmelebihiRM2.0Juta. ii) Nilai tahunan keseluruhan kerja yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam

tempohlima(5)tahunlepastidakkurangdaripadaRM50Juta. iii) Rekod prestasi kerja yang memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun lepas dari

segitempohpenyiapandanmutukerja. iV) Pengalamanprojeksebanding.

3. BorangPra-Kelayakan

Borang Pra-Kelayakan boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 7, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dari 19 Oktober 2016 sehingga 08 November 2016 semasa waktu pejabat, tidak lewat dari 5.00petangdariIsninhinggaJumaat.

Borang Pra-Kelayakan hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil yang sahsahaja. Sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama suratperwakilankuasadanmembawabersamasijilasalpendaftaran.

Bayaran Dokumen Pra-Kelayakan RM 53.00 (Termasuk 6% GST) yang perlu disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama : PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR. (Bayaran ini tidak akan dikembalikan)

4. Penyerahan Dokumen

Borang yang telah lengkap dengan CV terperinci berserta dokumen-dokumen sokonganhendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan bertulis dengan jelas tajuk projek hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di pejabat :-

Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 7, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel : 03-55201234 atau layari Web Tender PKNS di http://etender.pkns.gov.my

5. Tarikh Tutup Penyerahan Pra-Kelayakan

09 November 2016 sebelum jam 12.00 Tengahari

KENYATAAN TENDER PRA-KELAYAKAN

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sebanyak 89 siri ‘task force’ dijalankan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengenal pasti juga me- nyemak semula bantuan kepa-da asnaf fakir dan miskin di selu-ruh negeri.

Ketua Divisyen Komu-nikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim berka-ta, hal itu bagi memastikan bantuan disalurkan bertepatan dan memenuhi keperluan sesebuah keluarga.

Katanya, program itu dilaksanakan sejak Ogos lalu dan dijangka berakhir,

pada November ini.“Program ini membabit-

kan keluarga asnaf fakir dan miskin yang memfokuskan

k e - pada penerima bantuan k e - wangan bulanan, sewa

rumah, hari raya juga p e r - perubatan.

“LZS mengambil langkah dengan turun padang dan menjalankan siasatan dari

rumah ke rumah membabitkan ker-jasama penolong amil kariah,” katanya

kepada SelangorKini.Pada 11 Oktober lalu, 68 keluarga asnaf

dan fakir miskin diziarahi enam pegawai LZS daerah Sabak Bernam membabitkan kawasan kariah Masjid Panchang Bedena dan Masjid Binjai Jaya.

Manakala, 255 keluarga asnaf dan fakir miskin dari kampung Sijangkang, Kam-pung Batu 9, Kebun Baru dan Kampung Batu 10 Baru terbabit dalam semakan itu, pada 5 dan 6 Oktober lalu.

Siasatan dan semakan semula mem-bolehkan mereka yang layak menerima bantuan kewangan, makanan dan sewa rumah.

GOMBAK - Pasangan pengantin dari Se-langor yang diijabkabulkan bakal mene-rima manfaat Program Insentif Perkahwi-nan Belia berjumlah RM500 seorang dari Pusat Khidmat DUN masing-masing.

ADN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ia termasuk pasangan pengantin yang menyertai program Per-nikahan Perdana di Masjid Al-Khairiyah, pada 2 Oktober lalu untuk memohon insentif terbabit di Pusat Khidmat DUN selepas selesai urusan di pejabat agama.

“Usaha ini diambil bagi membantu pa-sangan yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri selain menggalakkan perkahwinan di usia muda juga mence-gah perkara yang boleh merosakkan akhlak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pro-gram Maal Hijrah dan Majlis Pernikahan Perdana 2016 di Masjid Al- Khairiyah, di sini.

Menerusi program itu, setiap pasangan hanya perlu membayar serendah RM1,000 untuk tujuan penganjuran majlis.

Katanya, inisiatif itu juga bertujuan mensejahterakan rumah tangga dan ke-

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya RM50,000 disalurkan Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS) kepada Tabung Kebajikan Peru-batan Malaysia (TKPM) cawangan Hospital Shah Alam dalam satu majlis, baru-baru ini.

LZS berkata, sumbangan terbabit ber-tujuan meringankan beban muslim yang tidak berkemampuan melunaskan kos perubatan.

“Berkat pengeluar zakat LZS, zakat

anda disalurkan untuk membantu ramai pesakit kronik di bawah asnaf Gharimin.

“Zakat anda juga disumbangkan ke Ja-batan Sosial Hospital untuk disalurkan ke-pada mereka yang memerlukan di sana,” tulisnya di facebook.

Menurut LZS, secara keseluruhannya RM9.3 juta sudah disalurkan kepada 781 individu dan institusi di bawah Bantuan Perubatan Asnaf Gharimin 2016.

Pastikan keperluan tepat

LZS semak bantuan asnaf

Belanja kahwin RM�,��� dapat insentif RM�,���

luarga khususnya anak Selangor atau yang sudah bermastautin di negeri itu lebih daripada 10 tahun.

“Program itu dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan khusus bagi pasangan yang kurang berkemampuan,” katanya.

RM�.� juta bantu kos perubatan asnaf

Page 21: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

22Wanita

SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Golongan wanita yang bergiat dalam Badan Pengurusan Bersa-ma (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) disaran tidak mudah berputus asa menambah ilmu berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan.

Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamsida Taharin berkata, ia kerana pe-ngurusan komuniti pangsapuri yang se-makin rencam sememangnya menuntut komitmen tinggi.

“Diharapkan wanita JMB/MC dapat me-nyumbang kepada pembangunan serta pemeriksaan komuniti pangsapuri itu.

“Peranan wanita mempunyai kesan yang sangat besar dalam pembinaan ma-syarakat bersahsiah mulia,” katanya ke-tika merasmikan Majlis Aspresiasi Wanita Pangsapuri Selangor, di Dewan Megawa-ti, kediaman Menteri Besar, di sini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Da-royah Alwi juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selan-gor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kasim.

Pada masa sama, Shamsida berkata, asas pembinaan modal insan melalui kelu-arga yang sempurna adalah teras penting Selangor menuju ke arah  ‘Smart State’ .

“Sensitiviti wanita terutama suri rumah terhadap persekitaran amat dituntut bagi mendidik dan menanam sifat mulia dalam diri anak seperti tolong-menolong, kebersihan dan tidak mementingkan diri,” katanya.

Majlis yang dihadiri 206 wanita dari-pada 74 pangsapuri itu turut dimeriah-kan dengan persembahan artis tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza.

Penganjurannya sempena Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016 anjuran LPHS.

SHAH ALAM - Seramai 600 peserta membabitkan pengusaha taska dan ibu bapa menyertai Seminar Hak dan Kesela-matan Kanak-Kanak Selangor bagi me-ningkatkan kesedaran terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tang-gungjawab bersama.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemba-ngunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penganjurannya bertujuan memberi pendedahan dan ilmu kepada ibu bapa, guru juga pengasuh taska berke-naan langkah pencegahan kes jenayah membabitkan kanak-kanak.

“Adalah mustahak untuk ibu bapa dan penjaga mengetahui hak asasi kanak-kanak supaya dapat menyediakan perseki-taran selamat.

“Ia juga membantu membentuk perseki-taran sihat supaya kanak-kanak dapat membesar, sekali gus membentuk ma-syarakat positif dan produktif juga me-

nyumbang kepada pembangunan negara,” katanya ketika Majlis Perasmian Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-kanak Sela-ngor 2016 di Hotel De Palma Shah Alam, di sini, pada 15 Oktober lalu.

Seminar terbabit dirangka khas Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan kerjasama Persatuan Tas-ka Negeri.

Ia turut menampilkan Penganalisis Je-nayah Malaysia, Kamal Affendi Hashim bagi berkongsi ilmu, tip keselamatan juga langkah pencegahan diperlukan kanak-kanak apabila berdepan risiko jenayah.

Antaranya isu pengeksploitasian kanak-kanak melalui media sosial dan jenayah termasuk aspek keselamatan membabitkan pencegahan, pencerahan dan pemulihan.

Hadir sama, Presiden Persatuan Taska Selangor, Mahanom Basri dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

SHAH ALAM - Peranan lebih proak-tif dalam menjaga keselamatan kanak-kanak sama ada anak sendiri atau bukan menjadi intipati penting dalam Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-Kanak Sela-ngor 2016, pada 15 Oktober lalu.

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 17, Khairul Anwar Yaakob berkata, program itu memberi kesedaran kepa-da pengusaha taska, ibu bapa dan guru berkenaan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara.

“Kita sebagai ibu bapa, jiran dan pe-mimpin perlu bertanggungjawab atau lebih peka dengan kanak-kanak di seke-liling terutama sekarang apabila banyak kes jenayah dilaporkan.

“Program ini juga bagus diadakan dari masa ke masa sebagai langkah ad-vokasi dan kesedaran awam yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat,” kata-nya yang juga Pengerusi JMB Pangsapuri Daisy.

Guru taska, Hazlinawati Che Zamani,

32, berkata pendedahan diberi Penga-nalisis Jenayah Malaysia, Kamal Affendi Hashim boleh dimanfaatkan beliau se-bagai guru di Taska Anak Bestari Seksyen 7, di sini.

“Hubungan antara guru dan ibu bapa sebenarnya penting selain perlu dite-rapkan supaya anak dapat membesar de-ngan baik, malahan keselamatan mereka juga terjamin.

“Selain itu, aspek keselamatan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) adalah sesuatu yang wajib ada di setiap taska bagi mengelakkan perkara tidak di-ingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, guru taska, Siti Khodijah Elias, 29, berkata beliau mencadangkan program itu diteruskan dengan menga-dakan aktiviti luar dan lebih praktikal.

“Patut diadakan lagi seminar seperti ini tetapi dengan cara praktikal atau lawatan bersama guru, pelajar juga ibu bapa berkenaan penjagaan keselamatan anak ketika berada di luar rumah,” katanya.

Berdepan cabaran urus komuniti

Wanita perlu tambah ilmu

Lindungi kanak-kanak tanggungjawab bersama

Peka keselamatan kanak-kanak

Page 22: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

23SelangorKini 21 - 28 Oktober 2016

Sukan

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Aksi akhir Piala Ma-laysia 2016 bakal menyaksikan per-temuan antara Selangor dan Kedah selepas kedua pasukan berjaya mengatasi lawan masing-masing, pada pertemuan separuh akhir kedua, pada 15 Oktober lalu.

The Red Giants yang juga pe-nyandang Piala Malaysia 2015 beraksi cemerlang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila berja-ya menundukkan T-Team dengan agregat 5-1, sementara Kedah me-ngatasi PDRM 2-1.

Selangor yang dikendalikan K Gu-

nalan menang bergaya 3-0 meng-aibkan T-Team di hadapan penyo-kong sendiri.

Sementara, anak buah Tan Cheng Hoe membawa bekalan kemena-ngan separuh akhir pertama 2-1 ke Stadium Hang Jebat, Melaka walau-pun terikat keputusan seri 0-0.

Selangor dan Kedah bakal beren-tap pada perlawanan akhir yang di-jadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober ini.

Pertemuan itu dijangka se- ngit ekoran kedua pasukan per-nah berentap pada peringkat akhir merebut Piala Malaysia 2015, na-mun kemenangan berpihak kepada The Red Giants.

KUALA TERENGGANU - Kesempa-tan diperolehi tidak digunakan se-baiknya membuatkan T-Team gagal meng-atasi cabaran Selangor dalam perlawanan separuh akhir kedua Pia-la Malaysia, pada 15 Oktober lalu.

Akibatnya, The Titans ditunduk-kan 3-0 pasukan pelawat dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, seterusnya tewas de-ngan agregat 5-1.

Jurulatih pasukan, Rahmad Dar-mawan berkata, sikap berhati-ha-ti pemain dalam mengatur gerak dan mengasak lawan mengundang tekanan hingga memberi kelebihan kepada Selangor.

“Dilihat pemain begitu berhati-hati dalam melancarkan serangan di samping bertahan dan peluang yang diperoleh pula tidak digunakan de-

ngan baik.“Sepatutnya pemain mengawal

dengan tenang keadaan itu tetapi tidak berlaku dan membolehkan Selangor mengambil kesempatan hingga memberi tekanan kepada kita,” katanya kepada media selepas perlawanan itu.

Selangor mengalahkan T-Team 3-0 melalui jaringan R Gopinathan pada minit kedua, Ugo Ukah (m18) dan Andik Vermanshah (m90) untuk me-langkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Beliau berkata, ketangkasan pen-jaga gol Mohd Khairul Azhan adalah salah satu faktor kemenangan The Red Giants yang cemerlang serta ba- nyak menghampakan percubaan anak buahnya mendapatkan gol.

“Kita tidak menghadapi tekanan

dalam menghadapi perlawanan ini dan tidak juga pengalaman Selangor meletakkan jurang besar.

“Namun, pasukan lawan lebih bi-jak dalam mengatur strategi dan memperoleh gol serta berjaya me-nguasai perlawanan hingga tamat,” katanya.

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) menyokong kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali dalam mene-rajui Persatuan Bola Sepak Sela-ngor (FAS) walaupun mendapat tekanan pihak tertentu.

Naib Presidennya, Amin Wa-hab berkata, FAS hanya berde-

Final Piala Malaysia

Selangor bertemu Kedah

T-Team gagal manfaat peluang

Kepimpinan Mohamed Azmin terajui FAS diyakini �� pasukan rebut

Piala Kampung BaruSHAH ALAM - 50 pasukan bakal berentap mere-but kejuaraan dalam kejohanan Bola Keranjang Piala Kampung Baru peringkat Selangor, pada November ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, penganjuran kali ketiga itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan belia tempatan.

“Kita terima sambutan menggalakkan daripa-da belia di setiap daerah dan pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan penduduk juga melahirkan generasi sihat,” katanya kepada Se-langorKini.

Hian Wah turut menyifatkan kejohanan bola keranjang itu adalah pertandingan penting ke-pada penduduk Kampung Baru.

Pertandingan itu akan bermula pada 4 No-vember hingga 26 November ini.

pan tekanan ekoran sikap iri hati sesetengah pihak melihat ke-jayaan Merah Kuning di bawah kepimpinan Mohamed Azmin mara separuh akhir dalam Piala Malaysia musim ini.

“Kami yakin FAS sebenarnya ti-ada masalah tetapi pihak terten-tu yang cemburukan kejayaan itu sengaja mengada-adakan masalah demi kepentingan peri-badi masing-masing,” lapor Sinar Harian.

Katanya, kelab bola sepak Selangor yang kini bernaung di bawah FAS juga sepatutnya me-nyokong Mohamed Azmin.

“Selangor berada di landasan tepat mempertahankan Piala Malaysia, maka sewajarnya so-kongan padu dituju kepada pasukan dan FAS diterajui Mo-hamed Azmin,” katanya.

Kami yakin FASsebenarnya tiada masalah tetapi pihak tertentu yang cemburukan kejayaan itu AMIN WAHABNaib Presiden PBMS

Sepatutnya pemain mengawal dengan tenang keadaan itu tetapi tidak berlaku memboleh-kan Selangor mengambilkesempatan hingga memberi tekanan kepada kita

RAHMAD DARMAWANJurulatih T-Team

Page 23: Keselamatan penduduk keutamaan negeri

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA TERENGGANU - Kejayan Selangor me-

ngalahkan T-Team un-tuk melangkah ke

perlawanan akhir Piala Malaysia melengkapkan usaha pasukan

bagi menjuarainya buat kali ke-34.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari berka-ta, segala usaha diran-cang ternyata mem-buahkan hasil dan kini hanya selangkah bagi merealisasikannya.

“Terharu dengan kekentalan pe-main dalam menghadapi cabaran pasu-kan lawan di gelanggang lawan.

“Saya ucap terima kasih khususnya kepada semua pemain kerana ia adalah musim sangat mencabar bagi Selangor dan kita layak sekali lagi ke peringkat akhir dalam memburu misi ke-34,” ka-tanya kepada SelangorKini selepas per-

lawanan, pada 15 Oktober lalu.Dalam perlawanan itu, Selangor

mengatasi T-Team dengan agre-gat 5-1 apabila mengalahkannya

3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasirud-din Shah, di sini.

Gol The Red Giants dihasilkan R Gopi-nathan pada minit kedua, Ugo Ukah (m18) dan Andik Vermanshah (m90).

Walaupun mendapat gol awal teta-pi Amirudin tidak menganggap Sela-ngor selesa dan pemain bertindak bijak mengekang kebangkitan lawan.

“Tidak mudah dan pasukan terpaksa menyerap asakan mereka yang bertali arus tetapi kita sangat berdisiplin dalam menghalang percubaan merbahaya la-wan.

“Kita juga menggunakan peluang dengan baik serta menjaringkan gol dan ia berbeza dengan aksi pusingan perta-ma lalu,” katanya.

Seperti aksi separuh akhir, beliau ha-nya ingin pasukan fokus pada perlawan-an akhir dan selainnya akan diuruskan pengurusan pasukan.

“Saya hanya ingatkan pasukan harus fokus pada perlawanan dan pengurusan akan pastikan isu pasukan diatasi.

“Semua pihak menyokong pasu-kan iaitu Kerajaan Negeri, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kelab penyokong,” katanya yang menjangka-kan cabaran getir dalam ulangan akhir berdepan Kedah nanti.

KUALA TERENGGANU - Dua gol awal diperolehi memberi kelebihan kepada Selangor menguasai perlawanan, sekali gus mengatasi T-Team dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, pada 15 Oktober lalu.

Jurulatih pasukan, K Guna-lan berkata, segala peranca-ngan menjadi dengan lawan berjaya dinafikan jaringan gol dan membolehkan The Red Giants mendapat ruang untuk kelebihan itu.

“Perancangan pasukan me-mang mengelak dibolosi gol pada 20 minit terawal dan pe-main berjaya ditambah keja-yaan mendapat dua gol yang me-naikkan semangat pasukan.

“Ia nyata memberi kesempa-tan terbaik dan lebih bagus bila diakhiri dengan gol ketiga,” ka-tanya kepada media selepas per-

lawanan berakhir di Stadium Sul-tan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

Selangor mengalahkan T-Team 3-0 melalui jaringan R Gopinathan pada minit ke-dua, Ugo Ukah (m18) dan Andik Vermanshah (m90) un-tuk melangkah ke perlawa-nan akhir Piala Malaysia.

Gunalan berkata, pemain nyata menterjemahkan se-gala strategi diatur dengan berkesan buat mengatasi lawan di sepanjang per-

mainan berkenaan.“Penekanan bahawa kepu-

tusan adalah 0-0 dan bukan 2-1 yang saya sampaikan dalam bilik persalinan (sebelum perlawanan), membuatkan pasukan bertindak seperti diperlukan.

“Barisan pertahanan bertindak baik walaupun ada masa T-Team menyerang dan berjaya memberi tekanan tetapi keseluruhannya saya berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata, pasukan Sela-ngor berada dalam kedudukan baik dan akan membuat persiapan rapi bagi perlawanan akhir dalam usaha mempertahankan kejuaraan itu.

“Ia perlawanan ulangan seperti aksi akhir tahun lalu.

“Ramai antara pemain sudah merasai pengalaman bermain dalam perlawanan akhir anta-ranya Azmi (Muslim), Rizal (Fah-mi Rosid) dan yang lain serta kembalinya Shahrom (Kalam), saya rasa bagus untuk pasukan,” katanya.

Selangor layak ke peringkat akhir dengan agregat 5-1 dan akan bertemu Kedah yang seri dengan PDRM 0-0 (agregat 2-1).

MISI �� kian hampir

The Red Giants siap sedia

Perancangan pasukan memang mengelak dibolosi gol pada 20 minit terawal dan pemain berjaya ditambah kejayaan mendapat dua gol yang menaikkan semangat pasukan

K GUNALANJurulatih pasukan Red Giants

Gam

bar o

leh

Kam

arul

Akh

ir/As

iana

.my