pena ketua pengarang - army.mod.gov. · pdf filekapt muhammad arajah benjare, ... kisah...

Click here to load reader

Post on 10-Mar-2018

241 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

  • 1Jul - Sep 2016 207

    PENA KETUA PENGARANG

    Alhamdulillah merafak kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas nikmat kesihatan yang baik seraya rezeki yang dilimpah-kan kepada kita dalam menongkah arus perjalanan kehidupan dalam mencari keredhaanNya. Sebagaimana telah kita sedia maklum, dalam tempoh ini pelbagai hari peristiwa yang mencalit tentang pergorbanan telah kita raikan seperti Hari Raya Aidil Adha, Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan, Hari Penubuhan Malaysia dan tidak dilupakan juga Hari Angkatan Tentera Malaysia. Hatta, bersempena dengan peristiwa-peristiwa tersebut, terpalit diri untuk menyampaikan serta memperingatkan akan semangat perjuangan yang harus terus dipupuk dalam jiwa selaku warganegara juga sebagai anggota badan beruniform. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi kini umum diketahui adalah hasil keperihan dan pengorbanan insan-insan terdahulu, selayaknya digelar pejuang, bermati-matian dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Semangat kepahlawanan serta keberanian jelas terpampang di setiap bait tuturcara, tingkah laku serta pemikiran setiap individu dengan tujuan yang satu iaitu demi mengembalikan senyuman serta gelak tawa pada generasi mendatang. Oleh hal yang sedemikian, pengorbanan pejuang-pejuang ter-dahulu janganlah dipersia begitu sahaja. Usai sudah peranan mer-eka dan kini kita selaku penyambung warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan terus berjuang, terus bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini. Benar, ada mungkin kita tidak punyai kekentalan seumpama Lt Adnan, tidak punyai keberanian seumpama Kapt Hassan serta tidak segagah pejuang-pejuang lagenda pada masa dahulu. Namun, tidak mustahil untuk kita miliki semua itu sekiranya semangat pengor-banan telah kita pupuk dan pujuk dalam jiwa ini dari masa ke semasa. Suka diingatkan juga bahawasanya keinginan ini tidak akan ter-capai andai terasnya tidak dikuasai terlebih dahulu. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Ke-59, Sehati Sejiwa, itulah teras utama dalam menggapai objektif tersebut di mana tanpa perpaduan dan semangat bersatu, ketumbukan ini akan menjadi goyah dan rapuh. Malah sejarah telah membuktikan, hanya dengan perpaduan yang utuh barulah berjaya tertubuhnya sebuah negara bernama Malaysia. Justeru, marilah kita memupuk nilai perpaduan yang telah terbentuk berkurun lama agar warna keharmonian kekal selamanya. Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan para pembaca amnya agar pejuang-pejuang negara khasnya anggota-anggota veteran terus dihargai dan diingati kerana perit jerih merekalah yang memberi peluang serta ruang untuk kita mengecapi nikmat kemerdekaan dan kedaulatan. Dirgahayu oh tanah airku.

    S e l a k u p e n y a m b u n g warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan t e r u s b e r j u a n g , t e r u s bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini

  • 2

    Isi Kandungan

    Paparan MenarikBu

    lanan

    04 | Bersama Pemimpin 55 | Trup TD

    58 |MKTD 59 | Medan Barat

    62 | Medan Timur/1 Div

    69 | MK Latihan

    70 | 2 Div 76 | 3 Div 80 | 4 Div

    48| IJCET Uji Kepakaran Dua Negara

    50| Eks Taiha Tombak Perkukuh Hubungan

    38| Pengerusi RAD Diraikan

    94 | PW I Norizah Pemanah Negara

  • 3Jul - Sep 2016 207

    www.btdmonline.net | 207

    Sidang Editorial

    RencanaAgam

    a

    PENAUNGJen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

    KETUA PENGARANGMej Jen Dato Hj Khlir Hj Mohd Nor

    PENASIHAT KEWARTAWANANKol Zulkifli Dato Hj TahirKol Mohamad Fauzi Abdul Majid

    PENGARANGLt Kol Hj Ahmad Nazran Hj Ashari

    PENOLONG PENGARANGKapt Aminin Hafizhin Minhad

    WARTAWANSjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Nurulhaswani Ruzaini, LKpl Ainur Aisyah Yahaya, En Luqmanul Arif Abd Karim dan Cik Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

    JURUGAMBARPW II Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

    GRAFIKSSjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali

    KORESPONDEN

    TRUP TD Kapt Muhammad Arajah Benjare, Sjn Mohd Shahrul NizamKpl Amuthan Paraman, Pbt Nurul Hanis Suhaimi,Pbt Najeeha Nordin

    MEDAN BARAT Mej Suria Sulaiman, Kpl Mohd Qayyum Ismail,LKpl Fawzia Idayu, Pbt Zahiruddin Abdullah

    MEDAN TIMUR/1 DIVISYENKapt Siti Rabia Aldania Johari, SSjn Azli Md Mustafa, Kpl Wan Muhammad Azim Wan Ibrahim, Kpl Chung Nyek Chu, Sjn Lim Rantai dan Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman

    2 DIVISYENSSjn Vashantha Kumari Suppiah, Kpl Eylas Mamat, LKpl Mohamad Yusri Yusof, LKpl Mohd Hafiz Che Hanafi, Pbt Safrin Juani

    3 DIVISYENSSjn Rose Ainullah Ahmad, Kpl Mohd Rozaini Abd Rahman, Kpl Yuszailan Mohd Yusof, Pbt Siti Fatin Shafina Ghazali

    4 DIVISYENMej Aisyah Ismail, Sjn Roslan Idris, Sjn Jamaliah Hj Mat, Sjn Che Azham Che Rahman, Kpl Fatin Izzati Amir, Kpl Mohd Ikram Mohammadon, Kpl Mohd Fauzi Abdul, Kpl Mohd Zulkifli Awang, LKpl Siti Zubaidah Ramlan,

    KUALA LUMPURMej (Ust) Ramizi Remli, SSjn Taha Mohd Taib, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar dan LKpl Mohd Nazari Ramli

    BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan

    artikel boleh disalurkan terus kepada:

    Pengarang BTDM, Tingkat 8-11,Markas Tentera Darat,

    Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR

    ataue-mail: [email protected]

    Faks: 03-26985536/03-26923195Tel: 03-20716290

    18| Perwira-perwira 1957Artikel berkisar perwira-perwira pada era kemerdekaan negara seperti Dol Said, Dato Bahaman dan pejuang seangkatan mereka

    22| Sehati Sejiwa: Satukan Rakyat MalaysiaTema Sambutan Hari Kemerdekaan sememangnya menggambarkan situasi terkini akan perpaduan rakyat Malaysia

    34| Bingkisan Sang PahlawanArtikel yang menyentuh budaya masyarakat kini dalam menghargai pahlawan-pahlawan dan apakah erti seorang pahlawan

    90| Inspirasi Kemerdekaan IslamKisah-kisah kemerdekaan yang boleh dijadikan inspirasi untuk mendalami erti kemerdekaan sebenar dari sudut agama.

    92| Korban Pemangkin KemerdekaanKisah pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi dorongan para pejuang tanah air dalam menerapkan semangat rela berkorban demi menuruti perintah agama

    41| Air Mata Pejuang Yang Tidak Didendang

    94 | PW I Norizah Pemanah Negara

  • 4

    Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

    KUALA LUMPUR: Seramai 33 pegawai serta 583 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-83 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat pada 19 Sep 2016. HUT ATM pada tahun ini masih mengekalkan tema pada ta-hun lepas iaitu ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana sebanyak 15 Panji-panji Rejimen serta Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan kali ini. Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 kakitangan awam Kementerian Pertahanan menerima Sijil Kepujian PAT manakala penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM dianugerahkan kepada Markas 21 Grup Gerak Khas dan TLDM pula dianugerahkan kepada Markas Angkatan Kapal Selam serta perkhidmatan TUDM dianugerahkan kepada Pangkalan Udara Butterworth. Dalam ucapan PAT, beliau menzahirkan sukacitanya den-gan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada kon-tinjen perbarisan yang mempersembahkan satu perbarisan yang cukup bersemangat, segak dan mantap pada hari ini. Walaupun kita terpaksa menempuhi hutan belan-tara, gelora samudera dan ribut angkasa, namun bak sumpah pahlawan silam, biar guruh berdentum di langit, walau bumi berkeping dua, angkatan kita tidak akan se-sekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh atau mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan bumi merdeka ini, ujarnya. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU, Jen Tan Sri Dato Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato Anuwi Hassan dan mantan-mantan panglima ATM.

  • 5Jul - Sep 2016 207

    Tahun ATMMenjadi Benteng Negara

    angkatan kita tidak akan sesekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh.....

  • 6

    Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

    KUALA LUMPUR: Penaung Tabung Pahlawan, Datin Sri Rosmah Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2016 bertempat di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 31 Jul 2016. Tujuan utama pelancaran adalah untuk memberi bantuan kebajikan sebanyak RM500.00 kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU) serta penghidap penyakit kronik seramai 2,000 orang malahan menyalurkan bantuan elaun sara hidup bula-nan RM300.00 kepada veteran dan balu yang daif yang tidak layak menerima bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

    Tambahan dari itu, majlis ini turut memberi bantuan wang tunai kepada veteran serta balu yang terlibat dalam musibah serta bencana alam malahan memberi bantuan peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda kepada VKU serta balu yang cacat. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Tabung Pahlawan kerana tidak menge-nal jemu membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa ber-satu memberi penghargaan yang sewajarnya kepada kepada pahlawan negara yang masih berkhidmat atau sudah tiada kerana sehingga ke hari ini telah ramai perajurit terkorban dalam mempertahankan negara kerana mereka sanggup di-hujani peluru, bermandikan darah dan keringat serta nyawa di

View more