pemupukan kbat

3
6.0 ANALISIS KEBERKESANAN PEMUPUKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Manusia merupakan makhluk yang istimewa dengan adanya kurniaan akal fikiran yang membezakannya dengan makhluk yang lain. Dengan adanya akal fikiran ini, manusia dapat berfikir dengan lebih rasional dan bijak. Menurut Dewey (1910), beliau menegaskan bahawa Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi”. Justeru itu, saya berpendapat bahawa berfikir ini merupakan suatu kelebihan yang membolehkan manusia menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun Higher Order Tihinking Skills (HOTS) merupakan suatu tingkat pemikiran yang tinggi. Ia perlulah diasimilasikan di sekolah- sekolah dan di dalam kurikulum di Negara ini. Dengan adanya kemahiran ini, murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding beza, menganalisis dan membuat inferens dan penilaian mampu membantu murid meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran mereka. Menurut Onosko dan Newmann (1994), KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasi maklumat. Selain itu, murid seharusnya mengalami situasi berfikir secara heuristik ataupun penemuan sendiri secara terbimbing dalam usaha mempelajari KBAT. Tambahan pula, guru perlulah bijak dalam menyusun dan menggunakan strategi serta pendekatan pengajaran agar lebih berkesan. 24

Upload: riduan-ewan

Post on 25-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

TRANSCRIPT

6.0 ANALISIS KEBERKESANAN PEMUPUKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Manusia merupakan makhluk yang istimewa dengan adanya kurniaan akal fikiran yang membezakannya dengan makhluk yang lain. Dengan adanya akal fikiran ini, manusia dapat berfikir dengan lebih rasional dan bijak. Menurut Dewey (1910), beliau menegaskan bahawa Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Justeru itu, saya berpendapat bahawa berfikir ini merupakan suatu kelebihan yang membolehkan manusia menyelesaikan sesuatu masalah.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun Higher Order Tihinking Skills (HOTS) merupakan suatu tingkat pemikiran yang tinggi. Ia perlulah diasimilasikan di sekolah-sekolah dan di dalam kurikulum di Negara ini. Dengan adanya kemahiran ini, murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding beza, menganalisis dan membuat inferens dan penilaian mampu membantu murid meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran mereka. Menurut Onosko dan Newmann (1994), KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasi maklumat. Selain itu, murid seharusnya mengalami situasi berfikir secara heuristik ataupun penemuan sendiri secara terbimbing dalam usaha mempelajari KBAT. Tambahan pula, guru perlulah bijak dalam menyusun dan menggunakan strategi serta pendekatan pengajaran agar lebih berkesan.

Seterusnya, pemupukan KBAT juga menggalakkan murid berfikir untuk mencari jawapan kepada suatu masalah yang terkandung dalam sesuatu mata pelajaran misalnya bahasa Melayu. Teknik perbincangan, penyoalan dan penyelesaian masalah mampu digunakan bagi menjana proses pemikiran murid. Di samping itu, KBAT ini juga membantu murid berfikir secara eksplisit bagi melahirkan idea-idea bernas mengikut jenis soalan. Antara caranya adalah menggunakan pendekatan deduktif iaittu pemahaman konsep terlebih dahulu barulah mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. Pemupukan KBAT ini juga adalah merujuk kepada domain dalam Taksonomi Bloom. Namun begitu, pada tahun 2001, Anderson telah menambah baik Taksonomi Bloom dengan menggunakan kata kerja dan meletakkan aras menilai dan mencipta sebagai pemikiran aras tinggi. Berikut merupakan rajah hierarki Anderson (2001):ARASTINGGI

Rajah : Hierarki Anderson (2001)

Pemupukan KBAT pada masa kini adalah sangat dititikberatkan kerana ia sangat membantu dalam meingkatkan pencapaian akademik murid, membantu dalam perkembangan intelektual, dan sesuai dengan kehidupan pada masa kini yang pesat berubah dan berorientasikan teknologi. Antara keberkesanan lain usaha pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah:i. Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain.ii. Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya pelajar dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran.iii. Mereka juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif.iv. Pelajar dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.v. Perkembangan ilmu iaitu tahap kemahiran berfikir kini kian maju.vi. Aspek penting dalam mengembangkan pembelajaran murid iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.25